Anda di halaman 1dari 9

PENYENGGARAAN DAN

KESINAMBUNGAN HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN: 3.0 PENGANGKUTAN


STANDARD KANDUNGAN : 3.3 DARAH MANUSIA
STANDARD PEMBELAJARAN : AKTIVITI 3.6

NAMA : KOH JUN XIAN


NO IC : 051221140227
TINGKATAN : 3 JUJUR
ISI KANDUNGAN

TEMA MUKA
SURAT
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH 1

KRITERIA YANG MELAYAKKAN SESEORANG 2


MENDERMA DARAH

ISU BERKAITAN DENGAN MENDERMA DARAH 3,4

KAEDAH PENGURUSAN DARAH YANG DIDERMA 5


DARI SEGI PENYIMPANAN DAN PENSTORAN

PENGHASILAN POSTER JOM MENDERMA DARAH 6

SUMBER RUJUKAN 7
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH
Manusia mungkin kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang berlebihan. Pendarahan yang
berlebihan ini mungkin berpunca daripada kecederaan ataupun penyakit. Jadi, darah tersebut
perlulah digantikan melalui pemindahan darah. Apabila perkara ini berlaku, maka beberapa perkara
perlu diambil kira seperti kesesuaian darah penderma dengan darah penerima.

Antara syarat lain bagi penderma darah adalah seseorang itu mestilah sihat, berat melebihi 50kg dan
berumur antara 17 hingga 60 tahun. Seseorang itu boleh menderma sehingga 0.5 liter darah pada
satu-satu masa. Derma darah terakhir juga adalah sekurang-kurangnya 90 hari sebelum.

Walaubagaimanapun, ada beberapa faedah yang berkaitan dengan kepentingan menderma darah.

1. Boleh menyelamatkan nyawa seseorang


Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan juga ibu yang
melahirkan anak, darah yang didermakan adalah sangat penting. Dalam keadaan kecemasan seperti
itu, mereka sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu pada saat
kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan
pesakit.

2. Boleh membantu seseorang dengan penyakit


yang berkaitan dengan darah
Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit yang berkaitan
dengan darah. Antara penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia, anemia dan talasemia
yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia
pula adalah penyakit yang berkaitan dengan platlet.

Mereka ini sangat memerlukan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tanpa bekalan
darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut kepada pesakit. Justeru itu, darah
yang diderma adalah sangat penting.

1
KRITERIA YANG MELAYAKKAN SESEORANG
MENDERMA DARAH

• Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu


mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)

• Berat badan melebihi 45 kg.

• Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.

• Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil


minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari
pendermaan.

• Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam)
sebelum menderma darah.

• Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi


bukan warganegara Malaysia) Berumur tidak melebihi 55 tahun

• Berat badan 55 kg dan ke atas.

• Telah menderma darah penuh sekurang-kurang 2 kali dan


pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.

• Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)

2
ISU BERKAITAN DENGAN MENDERMA DARAH

Mitos 1: Menderma darah boleh menyebabkan berat badan naik atau turn.
Menderma darah tidak memberi kesan ke atas berat badan. Ada yang berpendapat bahawa proses
menderma darah menggunakan banyak tenaga. Oleh itu, mereka perlu mengambil makanan yang lebih
untuk menambahkan tenaga dan darah. Akibatnya, berat badan mereka bertambah.

Sebenarnya darah yang hilang melalui pendermaan darah akan merangsang badan untuk menghasilkan
sel-sel darah baru sebagai pengganti. Menurut kajian yang dijalankan oleh University of California di San
Diego, menderma 1 unit darah (473 ml) akan menggunakan kira-kira 650 kalori tenaga6. Namun, ia tidak
sesuai dijadikan sebagai pelan panjang untuk menurun berat badan. Ini adalah seseorang hanya
dibenarkan untuk menderma darah semula selepas 2 – 3 bulan.

Mitos 2: Menderma darah boleh mendapat penyakit berjangkit.

Ada yang berpendapat penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan sebagainya boleh dijangkiti
melalui pendermaan darah. Penyakit-penyakit ini dijangkiti melalui penggunaan jarum yang sama oleh
berbagai penderma darah.

Perkhidmatan pendermaan darah sentiasa mengamalkan penggunaan jarum dan picagari baru untuk
setiap pendermaan. Jarum dan picagari yang telah digunakan akan dibuang segera selepas setiap
pendermaan darah dan tidak boleh digunakan untuk penderma darah lain. Ini adalah untuk memastikan
keselamatan kepada penderma darah dan juga produk darah.

Prosedur mengambil darah juga menggunakan teknik aseptik bagi memastikan penderma darah dan
darah adalah bebas dari kuman dan selamat.

Mitos 3: Darah yang diderma boleh simpan lama.

Ada juga yang menyangka bahawa darah yang diderma boleh disimpan selama-lamanya dan diperolehi
bila diperlukan. Oleh itu, menderma darah boleh dilakukan sekali sekala.

Jangka hayat sel darah merah di dalam badan adalah kira-kira 120 hari. Sel darah merah akan merosot
bila berada di luar badan manusia. Oleh itu, sel-sel ini dipelihara dengan bahan awet dan nutrien dalam
simpanan. Secara umum, sel darah merah yang diderma boleh hidup sekitar 35 – 42 hari. Maka,
pendermaan darah perlu dilakukan berterusan bagi memastikan stok darah tidak berkurangan.

Mitos 4: Menderma darah mengambil masa yang panjang.

Menderma darah terdiri daripada 4 langkah mudah, iaitu, pendaftaran, penyaringan dan pemeriksaan
kesihatan, pengambilan darah serta berehat. Satu sesi menderma darah mengambil masa kurang
daripada sejam kecuali untuk pendermaan jenis apheresis yang akan memakan masa satu jam 30 minit.

Jangkamasa menderma darah juga banyak bergantung kepada bilangan penderma darah hadir dalam
sesebuah kempen derma darah dan keupayaan pasukan pendermaan darah dalam mengendalikan
aktiviti tersebut. Bilangan penderma darah yang tinggi akan mengambil masa lebih sejam untuk
menyempurnakan proses menderma darah.
Mitos 5: Pendermaan darah akan menyebabkan badan saya lemah.

Seorang dewasa sihat mempunyai purata 4.7 liter darah. Isipadu darah yang diambil untuk setiap
pendermaan adalah lebih kurang 350 – 450 ml, iaitu 7.5 – 9.5% daripada jumlah isipadu darah.
Kekerapan pendermaan darah adalah 3 bulan sekali. Tempoh ini cukup untuk badan menghasilkan sel
darah merah baru.

Setiap penderma darah perlu melalui saringan kesihatan rapi yang dikendalikan oleh anggota perubatan
terlatih sebelum mereka dibenarkan untuk menderma darah.

Pada umumnya, menderma darah tidak akan melemahkan badan kecuali individu tersebut ada masalah
kesihatan.

Mitos 6: Terdapat ramai penderma darah di Malaysia. Kenapa saya perlu


menderma darah?

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan4, kira-kira 2.5% daripada jumlah penduduk di Malaysia adalah
penderma darah. Angka ini jauh lebih rendah dari standard antarabangsa, iaitu 5%. Kumpulan penderma
darah yang kecil akan semakin susut disebabkan peningkatan usia dan faktor-faktor lain, sekiranya tiada
penglibatan yang lebih dari masyarakat.

Akibatnya, stok darah sukar diperolehi dan kaedah-kaedah rawatan pun berkurangan kerana rawatan
yang menggunakan darah tidak dapat dijalankan.

Oleh itu penglibatan masyarakat yang lebih aktif akan membantu mengekalkan keperluan terhadap darah.

Mitos 7: Individu Muslim tidak boleh derma atau terima darah dari orang bukan
Muslim.

Agama Islam menekankan kepentingan nilai hidup dan Muslim diwajibkan untuk melakukan sedaya
upaya mereka demi menyelamatkan nyawa. Agama, pegangan dan kepercayaan lain juga mengamalkan
prinsip yang sama.

Bila darah menjadi satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa, ia perlu diderma dan diterima tanpa
paksaan dan prasangka terhadap mana-mana agama, bangsa dan jantina.

Mitos 8: Individu yang mengalami tekanan darah tinggi dan mengambil ubat
sebagai rawatan tidak boleh menderma darah.

Ada orang yang membuat anggapan bahawa orang yang mengalami tekanan darah tinggi tidak layak
untuk menderma darah. Lebih-lebih lagi mereka yang mengambil ubat tekanan darah tinggi.

Sebenarnya perkhidmatan pendermaan darah menerima darah yang diderma oleh individu yang
mengambil ubat tekanan darah tinggi dengan syarat tekanan darah mereka adalah stabil dan tidak
dipengaruhi oleh masalah kesihatan lain yang merumitkan.

Doktor perlu membuat penilaian ke atas penderma darah ini bagi menentukan kelayakan mereka untuk
menderma darah tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

4
KAEDAH PENGURUSAN DARAH
Pendermaan darah boleh dibuat lazimnya dalam bentuk darah (whole blood) dan juga plasma atau
platelet dengan dengan menggunakan mesin aferesis. Penyediaan komponen darah dilakukan ke atas
pendermaan whole blood.
Unit darah (whole blood) perlu mematuhi setiap kriteria seperti berikut sebelum diproses sebagai
komponen darah yang berkualiti tinggi.

 Beg yang mengandungi darah dalam keadaan baik, iaitu tidak tanda kebocoran.
 Beg darah mesti dilekatkan label yang mengandungi maklumat pendermaan seperti nombor
pendermaan, kumpulan darah, tarikh dan masa darah didermakan.
 Isipadu darah berada dalam julat yang ditetapkan. Contohnya, untuk beg darah bersaiz 450ml julat
isipadu darah dalam lingkungan 405 ml – 495 ml darah sahaja akan diproses dan disediakan
komponen darah.
 Suhu penyimpanan darah mesti berada di antara 20°C – 24°C dari pendermaan sehinggalah diterima
di makmal pemprosesan komponen darah.
 Tempoh pungutan darah mesti kurang daripada 12 minit. Tempoh pungutan bermula dari darah
dialirkan dari penderma darah memasuki beg darah sehinggalah beg darah penuh.
Terdapat juga darah yang tidak diproses dan dikekalkan di dalam bentuk asalnya, iaitu whole blood. Ia
digunakan untuk pesakit yang kehilangan banyak darah atau bayi yang memerlukan pertukaran darah
(exchange transfusion).
Setiap unit darah yang diderma akan didaftarkan ke dalam sistem maklumat makmal. Maklumat
pendermaan dan pemprosesan seperti tarikh penyediaan komponen darah, tarikh luput setiap komponen
yang dihasilkan, berat dan isipadu komponen akan direkodkan.

Kuantiti setiap komponen yang diproses bergantung kepada keperluan semasa. Contohnya, bilangan
platelet yang disediakan meningkat semasa wabak denggi menular.

Beg darah diletak dalam mesin pengempar menggunakan kelajuan tinggi bagi mengasingkan darah
kepada komponen-komponennya. Darah akan terpisah kepada tiga bahagian utama, iaitu cecair plasma
yang berwarna kuning muda berada di atas lapisan nipis sebatian platelet dan sel darah putih manakala
sel darah merah mendap di bahagian bawah.

Cecair plasma bersama sebatian platelet dan sel darah putih akan disalurkan ke beg lain. Lapisan sel
darah merah dikekalkan dalam beg asal. Lapisan sel darah merah ini agak pekat dan padat dan dikenali
sebagai packed red cells. Beg yang mengandungi cecair plasma dan sebatian platelet akan diempar
semula bagi memisahkan platelet daripada plasma. Platelet akan dikekalkan di dalam beg manakala
plasma disalurkan keluar ke beg lain.

5
POSTER JOM MENDERMA DARAH

6
RUJUKAN

Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah


membenarkan darahnya diambil dan digunakan untuk
pemindahan dan / atau dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui
proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan komponen
seluruh darah). Derma darah mungkin darah keseluruhan (WB),
atau komponen khusus secara terus (dipanggil apheresis kedua).
Bank darah sering mengambil bahagian dalam proses
pengumpulan serta prosedur yang mengikutinya.
Hari ini di negara maju, penderma darah kebiasaannya
merupakan sukarelawan yang tidak dibayar yang menderma
darah untuk bekalan masyarakat. Di negara-negara yang lebih
miskin, bekalan ditubuhkan adalah terhad dan penderma
biasanya memberikan darah apabila keluarga atau rakan
memerlukan pemindahan (derma diarahkan). Banyak penderma
menderma sebagai tindakan amal, tetapi di negara-negara yang
membolehkan derma dibayar beberapa penderma dibayar, dan
dalam beberapa kes terdapat insentif selain wang seperti masa
rehat dari kerja. Penderma juga boleh diambil darahnya untuk
kegunaan masa depan mereka sendiri (derma autologous).
Menderma adalah agak selamat, tetapi beberapa penderma
mungkin memdapat tanda lebam di mana jarum dimasukkan atau
mungkin merasa letih.

Anda mungkin juga menyukai