Anda di halaman 1dari 16

BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

BAHAN
KECEMERLANGAN

SAINS
TINGKATAN TIGA

Nama :
Tingkatan :

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 DEFINISI

KONSEP DEFINISI
JIRIM Semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang

HOMEOSTASIS Pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu


organisma

TRANSPIRASI Proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari


permukaan daun ke udara secara penyejatan

PENCERNAAN MAKANAN Proses penguraian makanan yang kompleks dan besar


kepada molekul-molekul yang lebih kecil, ringkas dan boleh
larut supaya dapat diserap k dalam sel-sel badan

SPESIES Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang


serupa dan boleh saling membiak dan menghasilkan anak

POPULASI Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di


habitat yang sama

KOMUNITI Beberapa populasi organisma yang berbeza dan hidup


bersama dalam satu habitat dan saling berinteraksi antara
satu sama lain

EKOSISTEM Beberapa komuniti yang tinggal bersama-sama dalam satu


habitat saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk
segala komponen bukan hidup seperti air, udara dan tanah

KOMENSALISME Interaksi antara dua organisma yang memberi manfaat


kepada satu organisma sahaja tanpa memudaratkan atau
menguntungkan organisma yang satu lagi

MUTUALISME Interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua jenis


organisma

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

PARASITISME Interaksi yang menguntungkan satu organisma sahaja dan


memudaratkan atau merugikan organisma yang satu lagi

PERSAINGAN Interaksi antara organisma dalam satu habitat bersaing


untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad seperti
cahaya, ruanng, air, makanan dan pasangan

PEMBIAKAN Proses penghasilan individu baharu oleh organisma hidup


untuk menambahkan bilangan organisma sesuatu spesies

PEMBIAKAN SEKS Pembiakan yang melibatkan persenyawaan dua induk iaitu


induk jantan dan induk betina bagi membentuk zigot

PEMBIAKAN ASEKS Pembiakan yang melibatkan satu induk sahaja melalui


kaedah belahan dedua, pertunasan, penjanaan semula,
pembentukan spora dan pembiakan vegetatif

PENGOVULAN Proses pembebasan ovum yang matang daripada ovari


pada hari ke-14 kitar haid

PERSENYAWAAN Proses apabila nukleus sperma bercantum dengan nukleus


ovum di tiub Falopio untuk membentuk zigot

PENDEBUNGAAN Proses pemindahan butir debunga matang dari anter ke


stigma

ARUS ELEKTRIK Kadar pengaliran cas elektrik melalui suatu konduktor yang
boleh diukur dengan menggunakan ammeter

VOLTAN Beza upaya di antara dua titik yang boleh diukur dengan
menggunakan voltmeter

RINTANGAN Keupayaan suatu konduktor untuk mengehadkan atau


menentang aliran arus elektrik melaluinya

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 FAKTOR BAGI KONSEP

KONSEP FAKTOR
PEMBAKARAN  Oksigen
 Bahan api
 Haba

KEPERLUAN KALORI  Saiz badan


 Umur
 Pekerjaan
 Jantina
 Keadaan kesihatan
 Iklim

FOTOSINTESIS  Cahaya matahati


 Karbon dioksida
 Air
 Klorofil

KADAR KETERLARUTAN  Suhu pelarut


 Kadar kacauan
 Saiz zat terlarut

KADAR PENYEJATAN AIR  Kelembapan udara


 Suhu persekitaran
 Pergerakan udara
 Luas permukaan air yang terdedah

GESERAN  Daya yang dikenakan


 Jenis permukaan

TEKANAN UDARA  Isipadu


 Suhu

KESTABILAN  Pusat graviti


 Luas tapak

TRANSPIRASI  Suhu persekitaran


 Keamatan cahaya
 Kelembapan udara
 Pergerakan udara

PERCAMBAHAN BIJI  Air


BENIH  Udara
 Suhu yang sesuai

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 FORMULA DAN UNIT

ISTILAH FORMULA UNIT


KETUMPATAN Jisim g/cm³
Isipadu

KERJA Daya × Sesaran Joule


(J)

KUASA Kerja yang dilakukan Watt


Masa yang diambil (W)

TENAGA KEUPAYAAN Jisim objek × Pecutan graviti × Tinggi Joule


GRAVITI (J)

TENAGA KEUPAYAAN ½ × Daya × Sesaran Joule


KENYAL (J)

TENAGA KINETIK ½ × Jisim × (Halaju)² Joule


(J)

MOMEN DAYA Daya × Jarak tegak dari pangsi Newton meter


(Nm)

HUKUM TUAS Beban × Jarak beban dari fulkrum = Daya × Jarak daya dari fulkrum

ARUS ELEKTRIK Voltan Ampere


Rintangan (A)

VOLTAN Arus × Rintangan Volt


(V)

RINTANGAN Voltan ohm


Arus Ω

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

ARUS LITAR BERSIRI I = I1 = I2 = … Ampere


(A)

VOLTAN LITAR BERSIRI V = V1 + V2 + … Volt


(V)

RINTANGAN LITAR BERSIRI R = R1 + R2 + … ohm


ARUS LITAR SELARI I = I1 + I2 + … Ampere


(A)

VOLTAN LITAR SELARI V = V1 = V2 = … Volt


(V)

RINTANGAN LITAR SELARI 1 = 1 + 1 +… ohm


R = R1 + R2 Ω

KUASA ELEKTRIK Tenaga elektrik Watt


Masa (W)

Voltan × Arus
TENAGA ELEKTRIK Kuasa × Masa kilowatt jam
(kWj)

KOS TENAGA Tenaga elektrik yang digunakan × Kadar seunit RM


ELEKTRIK

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 UJIAN PENGESAHAN KEHADIRAN GAS

GAS KAEDAH PEMERHATIAN


OKSIGEN Kayu uji berbara Kayu uji menghasilkan nyalaan

KARBON DIOKSIDA Air kapur Air kapur menjadi keruh

HIDROGEN Kayu uji menyala Kayu uji terpadam dan bunyi ‘pop’
terhasil

SULFUR DIOKSIDA Larutan kalium manganat Warna larutan kalium manganat


(VII) berasid (VII) berasid menjadi luntur dan
tidak berwarna

 UJIAN MAKANAN

KELAS MAKANAN KAEDAH PEMERHATIAN


GLUKOSA Larutan Benedict Mendakan merah bata terhasil

KANJI Larutan Iodin Larutan biru tua terhasil

PROTEIN Reagen Millon Mendakan merah bata terhasil

LEMAK Kertas turas Tompok gris terbentuk pada kertas


turas

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 KELAS MAKANAN

KELAS MAKANAN FUNGSI CONTOH


KARBOHIDRAT Membekalkan tenaga  Nasi
 Roti
 Gula
PROTEIN Membaiki tisu badan yang rosak dan  Ayam
untuk pertumbuhan  Daging
 Telur
LEMAK Melindungi organ badan dan menebat  Mentega
haba  Minyak
 Kuning telur
VITAMIN Mengekalkan kesihatan yang baik  Susu
 Buah-buahan
 Sayur-sayuran
MINERAL Mengekalkan kesihatan yang baik  Telur
 Buah-buahan
 Sayur-sayuran
PELAWAS Merangsang peristalsis dan  Buah-buahan
mengelakkan sembelit  Sayur-sayuran
 Bijirin
AIR Melarutkan bahan kimia dan  Jus buah
mengangkut nutrien ke dalam sel  Tembikai
 Air kosong

 ENZIM PENCERNAAN

KELAS MAKANAN ENZIM HASIL PENCERNAAN


KANJI Amilase Maltosa

MALTOSA Maltase Glukosa

PROTEIN Protease Polipeptida

POLIPEPTIDA Protease Dipeptida

DIPEPTIDA Protease Asid amino

LEMAK Lipase Asid lemak dan gliserol

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 SISTEM DALAM MANUSIA

SISTEM STRUKTUR
PENCERNAAN Mulut, Esofagus, Perut, Usus kecil, Usus besar, Rektum

RESPIRASI Hidung, Trakea, Peparu, Diafragma, Sangkar rusuk, Bronkus,


Bronkiol

PEREDARAN Salur darah, Jantung, Darah


DARAH

PEMBIAKAN LELAKI Vesikel semen, Uretra, Duktus sperma, Zakar, Testis, Skrotum,
Kelenjar prostat

PEMBIAKAN Tiub Falopio, Ovari, Uterus, Serviks, Faraj


PEREMPUAN

PERKUMUHAN Kulit, Peparu, Ginjal

RANGKA Tengkorak, Tulang

 PERUBAHAN KEADAAN JIRIM

PROSES MAKSUD
PENDIDIHAN Proses perubahan cecair menjadi gas dengan menyerap haba
apabila suhu cecair mencapai takat didih semasa dipanaskan

PENYEJATAN Proses perubahan cecair menjadi gas dengan menyerap haba


apabila dipanaskan dan berlaku pada sebarang suhu

PEMBEKUAN Proses perubahan cecair menjadi pepejal dengan membebaskan


haba semasa disejukkan

PELEBURAN Proses perubahan pepejal menjadi cecair dengan menyerap haba


apabila dipanaskan

PEMEJALWAPAN Proses perubahan secara langsung pepejal menjadi gas atau gas
berubah menjadi pepejal

KONDENSASI Proses perubahan gas menjadi cecair dengan membebaskan haba


semasa disejukkan

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 FENOMENA CAHAYA

FENOMENA MAKSUD
PEMBIASAN CAHAYA Perubahan arah sinar cahaya apabila merambat dari satu
medium ke medium yang berlainan ketumpatan

PENYEBARAN CAHAYA Pemecahan cahaya putih kepada juzuk warnanya iaitu


merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu dengan
menggunakan prisma kaca
PENYERAKAN CAHAYA Pemecahan dan penyebaran cahaya apabila sinar cahaya
dihalang dan dipantulkan ke semua arah oleh zarah-zarah
dalam udara atau gas

 SISTEM BUMI

SISTEM STRUKTUR
HIDROSFERA Zon air yang merangkumi sungai, tasik, lautan dan air yang
terperangkap sebagai ais di bawah tanah dan wap air dalam atmosfera

GEOSFERA Zon batu dan tanah di atas permukaan bumi

ATMOSFERA Zon udara yang menyeliputi permukaan bumi

BIOSFERA Zon hidupan yang terdiri daripada beraneka hidupan seperti manusia,
haiwan, tumbuhan dan hidupan seni

 FENOMENA GEOBENCANA

KEJADIAN MAKSUD
PEMANASAN GLOBAL Peningkatan suhu purata atmosfera bumi akibat kesan rumah
hijau yang menyebabkan perubahan pada pola cuaca

HUJAN ASID Air hujan yang telah bercampur dengan pelbagai jenis
pencemar udara seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida

VOLKANISME Pergerakan magma dan gas yang berpadu dengannya dari


bahagian dalam bumi ke kerak bumi dan ke permukaan bumi

GEMPA BUMI Gegaran mendadak yang berlaku pada kerak bumi hasil
daripada pergerakan plat-plat tektonik

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 PENGELASAN VERTEBRATA

KUMPULAN CIRI
MAMALIA  Homoioterma (berdarah panas)
 Badan dilitupi bulu dan rambut
 Bernafas melalui peparu
 Melahir dan menyusukan anak
BURUNG  Homoioterma (berdarah panas)
 Badan dilitupi bulu pelepah
 Bernafas melalui peparu
 Menghasilkan telur bercangkerang keras
REPTILIA  Poikiloterma (berdarah sejuk)
 Bersisik dan berkulit keras
 Bernafas melalui peparu
 Menghasilkan telur bercangkerang
AMFIBIA  Poikiloterma (berdarah sejuk)
 Badan dilitupi kulit lembap
 Anak bernafas melalui insang manakala dewasa bernafas
melalui kulit lembap dan peparu
 Menghasilkan telur yang berlendir dan tidak bercangkerang
IKAN  Poikiloterma (berdarah sejuk)
 Badan dilitupi sisik keras yang berlendir
 Bernafas melalui insang
 Menghasilkan telur

 PENGELASAN TUMBUHAN TIDAK BERBUNGA

LUMUT PAKU-PAKIS KONIFER


 Membiak dengan  Membiak dengan  Membiak dengan
menghasilkan spora menghasilkan spora menghasilkan kon
 Bukan vaskular  Vaskular  Vaskular

 PENGELASAN TUMBUHAN BERBUNGA

MONOKOTILEDON DIKOTILEDON
 Satu kotiledon  Dua kotiledon
 Berakar serabut  Berakar tunjang
 Daun berurat selari  Daun berurat jejala
 Kebanyakan pokok berbatang lembut  Kebanyakan pokok batang berkayu

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 KEIMUNAN

JENIS KEIMUNAN CIRI


KEIMUNAN PASIF SEMULA  Terhasil apabila anak mendapat antibodi daripada
JADI susu ibu atau darah ibu yang merentasi dinding
plasenta

KEIMUNAN PASIF BUATAN  Terhasil apabila antiserum disuntik ke dalam badan


pesakit

KEIMUNAN AKTIF SEMULA  Terhasil apabila seseorang sembuh daripada


JADI serangan penyakit

KEIMUNAN AKTIF BUATAN  Terhasil apabila vaksin yang mengandungi patogen


mati atau lemah dimasukkan ke dalam badan dan
sistem keimunan bergerak balas dengan
menghasilkan antibodi

 SISTEM PEMBEKALAN AIR

TANGKI PROSES
PENAPISAN  Menyingkirkan bendasing seperti ranting kayu dan daun

PENGOKSIDAAN  Menambahkan kandungan oksigen di dalam air untuk


menyingkirkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan

PENGGUMPALAN  Alum dimasukkan supaya zarah-zarah lumpur bergumpal


dan tenggelam
 Kapur mati (kalsium hidroksida) ditambah untuk
mengurangkan keasidan air
PENGENAPAN  Bahan terampai mendak di dasar tangki

PENURASAN  Menyingkirkan bendasing dengan penapis pasir

PENGKLORINAN DAN  Klorin dimasukkan untuk membunuh mikroorganisma di


PEMFLUORIDAAN dalam air
 Natrium fluorida dimasukkan untuk mengelakkan
pereputan gigi

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 SIFAT ASID DAN ALKALI

ASID ALKALI
 Nilai pH kurang daripada 7  Nilai pH lebih daripada 7
 Berasa masam  Berasa pahit
 Mengakis  Mengakis
 Menukarkan kertas litmus biru kepada  Menukarkan kertas litmus merah kepad
merah biru
 Bertindak balas dengan logam untuk  Tidak bertindak balas dengan logam
menghasilkaan gas hidrogen

 TUAS

JENIS TUAS CIRI


TUAS KELAS PERTAMA Fulkrum terletak di antara beban dengan daya

TUAS KELAS KEDUA Beban terletak di antara fulkrum dengan daya

TUAS KELAS KETIGA Daya terletak di antara fulkrum dengan beban

 HABA

PENGALIRAN HABA CIRI


KONDUKSI Proses pengaliran haba dari kawasan panas ke kawasan
sejuk melalui medium pepejal

PEROLAKAN Proses pengaliran haba dari kawasan panas ke kawasan


sejuk melalui pergerakan bendalir (cecair dan gas)

SINARAN Proses pemindahan haba dari kawasan panas ke kawasan


sejuk tanpa sebarang medium

BAYU LAUT Proses perolakan pada waktu siang apabila udara panas di
darat mengembang, menjadi kurang tumpat dan naik ke
atas manakala udara sejuk dari permukaan laut yang lebih
tumpat menggantikan udara panas di darat
BAYU DARAT Proses perolakan pada waktu malam apabila udara panas
di permukaan laut mengembang, menjadi kurang tumpat
dan naik ke atas manakala udara sejuk dari darat yang
lebih tumpat menggantikan udara panas di laut
FARIDAH BINTI OSMAN
PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 ALIRAN IMPULS DALAM TINDAKAN TERKAWAL

Impuls Gerak
Rangsangan Afektor Otak Efektor
saraf balas

 KELEBIHAN PENGLIHATAN STEREOSKOPIK DAN PENGLIHATAN MONOKULAR

PENGLIHATAN STEREOSKOPIK PENGLIHATAN MONOKULAR


 Mempunyai medan penglihatan bertindih  Mempunyai medan penglihatan yang
yang menghasilkan imej tiga dimensi lebih luas
 Membolehkan jarak, saiz dan kedalaman  Membolehkan haiwan mengesan musuh
objek dianggar dengan lebih tepat yang datang dari mana-mana arah

 MEKANISME PERNAFASAN

MENARIK NAFAS MENGHEMBUS NAFAS


 Sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke  Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan
luar ke dalam
 Otot diafragma mengecut dan diafragma  Otot diafragma mengendur dan
menjadi leper diafragma melengkung ke atas
 Rongga toraks lebih besar  Rongga toraks lebih kecil
 Tekanan udara di dalam rongga toraks  Tekanan udara di dalam rongga toraks
berkurang bertambah
 Udara masuk ke dalam peparu  Udara keluar daripada peparu

 SALUR DARAH MANUSIA

ARTERI KAPILARI VENA


Mengangkut darah Membenarkan pertukaran Mengangkut darah
beroksigen keluar dari gas, makanan dan bahan terdeoksigen masuk ke
jantung kecuali arteri kumuh antara darah dengan jantung kecuali vena
pulmonari sel badan secara resapan pulmonari

 KOMPONEN DARAH

KOMPONEN DARAH FUNGSI


SEL DARAH MERAH Mengangkut oksigen di dalam hemoglobin ke seluruh sel
badan
SEL DARAH PUTIH Membantu mempertahankan badan daripada serangan
penyakit
PLATELET Membantu pembekuan darah

PLASMA DARAH Mengandungi air dan bahan terlarut seperti nutrien, gas
karbon dioksida, enzim, hormon dan bahan kumuh

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 TERMOKIMIA

TINDAK BALAS EKSOTERMIK TINDAK BALAS ENDOTERMIK


Tindak balas kimia yang membebaskan haba Tindak balas kimia yang menyerap haba dari
ke persekitaran persekitaran

 SUMBER TENAGA

SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU


Sumber tenaga yang boleh digantikan Sumber tenaga yang tidak boleh diganti dan
secara berterusan dan tidak akan habis akan habis digunakan

 KERADIOAKTIFAN

STRUKTUR CIRI
SINARAN RADIOAKTIF Sinaran mengion yang menghasilkan ion positif dan ion
negatif apabila melintasi udara
PROTON Zarah yang bercas positif

ELEKTRON Zarah yang bercas negatif

NEUTRON Zarah neutral yang tidak bercas

 JENIS TRANSFORMER

TRANSFORMER INJAK NAIK TRANSFORMER INJAK TURUN


 Alat yang menaikkan voltan bagi arus  Alat yang menurunkan voltan bagi arus
ulang-alik ulang-alik
 Bilangan lilitan pada gegelung primer  Bilangan lilitan pada gegelung primer
adalah kurang daripada bilangan lilitan adalah lebih banyak daripada bilangan
pada gegelung sekunder lilitan pada gegelung sekunder

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA
BAHAN KECEMERLANGAN SAINS

 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

OBJEK ANGKASA MAKSUD


GALAKSI Satu himpunan jasad yang terdiri daripada jutaan bintang
bersama gas, gas debu dan habuk

NEBULA Awan besar yang terdiri daripada debu dan gas-gas seperti
hidrogen dan helium

METEOROID Serpihan batu dan logam kecil yang terapung dan bergerak
di angkasa

METEOR Meteoroid yang memasuki atmosfera bumi dan terbakar


dengan menghasilkan coretan cahaya

METEORIT Meteor yang menghentam permukaan bumi dan


menghasilkan kawah

ASTEROID Batuan besar dan logam yang beredar mengelilingi matahari


mengikut orbitnya sendiri

KOMET Jasad kecil yang terdiri daripada campuran ais, gas dan
debu beku yang bergerak mengelilingi matahari mengikut
orbitnya sendiri

 TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS

TEKNOLOGI TUJUAN
ROKET Alat yang digunakan untuk melancarkan satelit buatan dan
menghantar manusia ke angkasa lepas

SATELIT Objek yang beredar dalam orbitnya untuk mengumpul


maklumat dan data tentang angkasa lepas

KUAR ANGKASA Kapal angkasa yang mengumpul maklumat dan


menghantarnya kembali ke bumi

PENDERIAAN JAUH Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dalam


bidang pertanian, geologi, pengurusan bencana dan
pertahanan dari jarak jauh

Good
Luck

FARIDAH BINTI OSMAN


PANITIA SAINS
SMK TAMAN MEGAH RIA

Anda mungkin juga menyukai