Anda di halaman 1dari 9

FOLIO SAINS

TINGKATAN 3
TITTLE :
DARAH MANUSIA

NAMA

: FARHAH NAJIBAH BINTI HALMAH

KELAS

: 3 AL ZARQALI

NAMA GURU : PN. ROSNIAZURA BT RAMLI


MARKAH

ISI KANDUNGAN
KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA

KUMPULAN DARAH

KUMPULAN DARAH PENDERMA KEPADA PENERIMA

KEPENTINGAN MENDERMA DARAH

PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN DARAH

KOMPONEN DARAH DAN


FUNGSINYA
Plasma
Plasma berfungsi untuk mengangkut nutrisi, gula, lemak, hormon, gas, dan
bahan limbah yang ada di darah. Kadar plasma dalam darah sekitar 55
persen dari volume darah. Plasma terdiri dari air dengan beberapa zat
yang terlarut didalamnya. Plasma mengandung garam, protein, dan sel-sel
darah.

Sel Darah Merah (Eritrosit)


Fungsi darah merah adalah mendistribusikan oksigen ke jaringan dan
organ sel, serta mengambil karbon dioksida untuk transportasi ke paruparu yang dikeluarkan dari tubuh. Sel-sel ini menentukan jenis darah dan
merupakan jenis sel yang paling melimpah dalam darah. Sel darah merah
memiliki apa yang dikenal sebagai bentuk cekung ganda. Sel darah merah
tidak memiliki inti, tetapi mereka mengandung jutaan molekul hemoglobin.
Besi yang mengandung protein ini mengikat molekul oksigen yang
diperoleh di paru-paru dan mengangkut mereka ke berbagai bagian tubuh.

Sel Darah Putih (Leukosit)


Sel-sel darah putih berfungsi dalam sistem kekebalan tubuh dan sistem
limfatik dengan mempertahankan tubuh terhadap infeksi. Sel-sel ini
menemukan, menghancurkan, dan menghapus patogen dan benda asing
dari tubuh. Ada beberapa jenis sel darah putih, masing-masing dengan
fungsi yang berbeda. Contohnya termasuk limfosit, monosit, neutrofil,
basofil, dan eosinofil.Bentuknya juga tidak tetap.

Trombosit ( Platelet )

Trombosit

berfungsi

dalam

proses

pembekuan.

Ketika

trombosit

menemukan sebuah pembuluh darah terluka, mereka mengumpul untuk


menutup luka di pembuluh darah. Komponen sel ini terbentuk dari
potongan-potongan sel yang ditemukan di sumsum tulang.

KUMPULAN DARAH
Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah
putih dan platlet.
Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang
berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang
juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.

Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu
bapa. Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis kumpulan

darah ini boleh mempengaruhi personaliti, watak dan kesesuaian


seseorang dengan individu lain.

KUMPULAN DARAH
PENDERMA KEPADA
PENERIMA

Apabila ada perkara yang memerlukan pemindahan darah, kita perlu


pastikan kumpulan darah penderma dan penerima adalah sama atau
serasi. . Jika darah yang digunakan adalah tidak sama dan serasi, darah
tersebut akan menggumpal. Hal ini akan membunuh penerima darah
tersebut.
Jadual dibawah menunjukkan keserasian darah.

KEPENTINGAN MENDERMA
DARAH
1. Boleh menyelamatkan nyawa seseorang
Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti
akibat kemalangan dan juga ibu yang melahirkan anak, darah
yang didermakan adalah sangat penting. Dalam keadaan
kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan darah yang
banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu pada saat
kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang didermakan, proses
ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit.

2. Boleh membantu seseorang dengan penyakit yang


berkaitan dengan darah
Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang
menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah. Antara
penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia, anemia
dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala
penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah
penyakit yang berkaitan dengan platlet.

3.Menjadi lebih produktif dan berkesan


Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72
jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya
dalam masa 6 8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan
badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu, menderma
darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga
memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.

PENGENDALIAN DAN
PENYIMPANAN DARAH
Langkah 1
Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan
diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod
derma darah juga akan disemak bagi memastikan kali terakhir penderma
mendermakan darah adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu.

Langkah 2
Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih
kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah
kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat.
Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil
bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.

Langkah 3
Darah yang diderma kemudiannya akan diuji bagi menentukan kumpulan
darah ABO. Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesesuaian darah
penderma dengan darah pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Jika
tidak memastikan kumpulan yang betul, proses pemindahan darah akan
bertambah sulit.

Langkah 4
Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B
dan C, AIDS dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus
seperti virus imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak
dikehendaki juga akan dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan
disingkirkan.

Langkah 5
Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah
akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5 - 10 hari ataupun
lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya
komponen darah boleh disimpan seperti berikut:
Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari
Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari
Plasma - dibekukan selama 1 tahun

Langkah 6
Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi
sebelum itu, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah
tersebut diuji lagi sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini
diteruskan pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena pada
lengan.

Anda mungkin juga menyukai