Anda di halaman 1dari 4

CONTOH MENULIS KARANGAN BAHAGIAN A

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian
anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH

CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH

KECEMERLANGAN AKADEMIK

CARA MENJAWAB
1.BINA PENDAHULUAN MENGGUNAKAN TEKNIK MUSA
2.BINA SEKURANG-KURANGNYA 6 SOALAN BAGI SETIAP ISI YANG DIBERIKAN
UNTUK MENGHASILKAN PERENGGAN
3.SOALAN BERPANDUKAN TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS.
4.GUNAKAN JUGA TEKNIK PANDANG BELAKANG
5.BINA PENUTUP MENGGUNAKAN TEKNIK RASA CINTA AKU PASTI HILANG
CONTOH:
PENDAHULUAN
AYAT MENARIK: SEJAK AKHIR-AKHIR INI
AYAT UMUM : PERANAN SEKOLAH MENJADI SEMAKIN VITAL
AYAT SOKONGAN:SEKOLAH MERUPAKAN TEMPAT KITA MENIMBA ILMU

AYAT SOKONGAN: SETIAP PELAJAR PERLU MENYAYANGI SEKOLAH KERANA DI SINILAH


MEREKA MEMPEROLEH PELBAGAI DISIPLIN ILMU YANG PENTING UNTUK MASA DEPAN
AYAT ARAH:TERDAPAT BANYAK CARA UNTUK MENYAYANGI SEKOLAH.

HASILNYA:
Sejak akhir-akhir ini, peranan sekolah menjadi semakin vital. Sekolah merupakan tempat kita
menimba ilmu . Setiap pelajar perlu menyayangi sekolah kerana di sinilah mereka memperoleh pelbagai
disiplin ilmu yang penting untuk masa depan. Terdapat banyak cara untuk menyayangi sekolah
PERENGGAN ISI
CONTOH PEMBINAAN PERENGGAN ISI:
1.APAKAH CARA-CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN: Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah.
2. MENGAPAKAH MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH MERUPAKAN CARA UNTUK
MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN: Hal ini demikian kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan
oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar secara percuma.
3.APAKAN CONTOH HARTA BENDA SEKOLAH YANG DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN
UNTUK KEGUNAAN PELAJAR SECARA PERCUMA.
JAWAPAN:Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam kelas, papan
kenyataan, komputer dan sebagainya.
4.APAKAH KESAN SEKIRANYA KITA MENJAGA KEMUDAHAN SEPERTI KERUSI MEJA DI
DALAM KELAS, PAPAN KENYATAAN, KOMPUTER DAN SEBAGAINYA.
JAWAPAN: Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama dan boleh
digunakan oleh pelajar-pelajar baru.
5.APAKAH KESAN SETERUSNYA JIKA KEMUDAHAN ITU DAPAT DIGUNAKAN UNTUK
TEMPOH YANG LEBIH LAMA?
JAWAPAN: Seterusnya, pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang
telah sedia ada. Wang yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk
meningkatkan kecemerlangan pelajar.

6.APAKAH PENEGASAN YANG BOLEH ANDA BUAT TENTANG CARA-CARA MEYAYANGI


SEKOLAH?
JAWAPAN: Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling mudah bagi
pelajar untuk menyayangi sekolah.
HASILNYA:
Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah. Hal ini demikian
kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan
pelajar secara percuma. Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam
kelas, papan kenyataan, komputer dan sebagainya. Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan
untuk tempoh yang lebih lama dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar baru. Seterusnya, pihak
sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang telah sedia ada. Wang
yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk meningkatkan
kecemerlangan pelajar. Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling
mudah bagi pelajar untuk meyayangi sekolah.

PENUTUP
CONTOH MEMBINA PENUTUP:
RASA....RUMUSAN: Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita
sayangi.
CINTA...CADANGAN: Oleh itu, setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing.
AKU.....ANCAMAN : Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah, maka sekolah akan menjadi tempat
yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar.
PASTI ...PENDAPAT/PERIBAHASA; Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih perlulah kita jadikan realiti dalam usaha menyayangi sekolah
HARAPAN: supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.
HASILNYA:
Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita sayangi. Oleh itu,
setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing. Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah,
maka sekolah akan menjadi tempat yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar.

Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak hendak seribu dalih perlulah kita jadikan
realiti dalam usaha menyayangi sekolah supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.
MENARIK BUKAN ! JANGAN TAKUT UNTUK MENULIS..............................................ANDA
BOLEH.

Anda mungkin juga menyukai