Anda di halaman 1dari 5

7 Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Semasa Hayatnya

Pengorbanan ibu bapa yang tidak terkira nilainya, tidaklah wajar dipandang
remeh oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang
lanjut, sentiasa punya peluang buat...
KELUARGA · ADDIN DYNA · 23 JAN 2015

Pengorbanan ibu bapa yang tidak terkira nilainya, tidaklah wajar dipandang
remeh oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang
lanjut, sentiasa punya peluang buat anak-anak berbakti selagi usia ibu
bapa belum terhenti.

Lebih penting bagi si anak adalah redha Allah pada dirinya terletak pada
redha ibu bapa. Jadi di sini saya kongsikan 7 cara berbakti kepada ibu
bapa semasa hayatnya dalam usaha kita mencapai redha.

#1 – Memberi Kasih Sayang

Timbal balas paling mudah yang dapat dilakukan bagi seorang anak
kepada ibu bapa adalah memberi kasih sayang kepada mereka.
Sebagaimana ibu bapa kita pernah melimpahkan kasih sayang dan
menatang kita bagai minyak yang penuh, begitulah cara ekspresi kasih kita
kepada mereka. Kita boleh merajinkan diri untuk berbual-berbual dan
menghiburkan hati ibu bapa.

#2 – Memberi Perhatian

Ibu bapa yang semakin hari meniti usia tua, akan semakin sensitif
perasaannya. Mereka lebih cenderung berasa sunyi apabila anak-anak
yang membesar dan semakin mandiri mengabaikan mereka sendirian
tanpa perhatian. Ini akan mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental iu
bapa tersebut.

Contoh yang dapat kita lakukan dalam memberi perhatian terhadap ibu
bapa adalah sentiasa meluangkan masa untuk bersama mereka dengan
aktiviti bekeluarga. Sekecil-kecil perkara yang dapat dilakukan sekiranya
seorang anak berada jauh daripada ibu bapa adalah dengan menghubungi
mereka untuk bertanya khabar.

#3 – Memenuhi Hajat

Memenuhi hajat ibu bapa menjadi keutamaan berbanding melakukan tugas


lain. Malah berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di
medan perang sebagaimana yang diriwayatkan daripada Bukhari dan
Muslim.

Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,

“Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah?”

Lalu Baginda bersabda, “Solat pada waktunya.”

“Kemudian apa?” tanya saya lagi.

Baginda menjawab, “berbakti kepada kedua ibu bapa.”

Saya bertanya, “apa lagi?”

Baginda menjawab, “berjihad pada jalan Allah.”

#4 – Melakukan Yang Mereka Gemari

Selagi mana arahan daripada ibu bapa tidak bertentangan dengan syariat
Islam, seharusnya kita melakukan sesuatu yang baik pada pandangan
mereka. Jika kita melakukan yang sebaliknya, ini seperti menderhaka.
Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan
dalam kehidupannya malah disegerakan balasan di dunia dan tidak
terlepas di akhirat.

Dalam hadis diriwayatkan al-Hakam yang bermaksud:

“Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-


Nya hingga ke hari kiamat kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu
bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada
pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
#5 – Bertutur Dengan Lemah Lembut

Sebagaimana Allah sebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud,

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah


melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun). (Surah al-Isra': 23)
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun). (Surah al-Isra’: 23)

Bertutur dengan lemah lembut adalah salah satu cara bagi menjaga
perasaan ibu bapa. Tentu saja ibu bapa akan senang hati terhadap respon
yang diberikan kepada setiap pertuturan lemah lembut anak-anak, lantas
komunikasi yang harmoni dan berkesan dapat dihasilkan.

#6 – Mendoakan Kebaikan Untuk Ibu Bapa

Sebagai seorang anak, perlunya kita untuk sentiasa mendoakan kebaikan


ibu bapa kita. Malah amalan mendoakan mereka tidak habis untuk dunia
sahaja, tetapi akhirat mereka juga. Antara doa yang lazim kita amalkan
adalah sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas


kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al-Isra': 24)
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Isra’: 24)

#7 – Menghulurkan Bantuan Kewangan

Sebagai anak yang punya kudrat yang lebih kuat berbanding ibu bapa,
seeloknya hasil daripada usaha pendapatan kita dihulurkan kepada ibu
bapa semampunya. Ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak mampu lagi
membanting tulang bagi meraih pendapatan lagi atas faktor lanjut usia.
Lagi pula seusia mereka seharusnya tidak lagi terbeban dengan kerja-kerja
berat tetapi bersenang lenang dan menikmati ibadat.

Mungkin 20, 30 atau 40 peratus pendapatan kita dapat dikongsikan


bersama mereka mengikut kemampuan. Hal ini kerana dengan izin Allah
rezeki kita akan bertambah berkat bilamana ibu bapa mendoakan kembali
kebaikan buat kita.

Rumusan

Konklusi yang dapat saya berikan tentang bakti daripada anak kepada ibu
bapanya adalah untuk sama-sama melakukan yang terbaik selagi mana
tidak bercanggah dengan peraturan Tuhan. Keuntungan berganda buat
anak-anak yang berbakti pasti menanti selain keberkatan dalam hubungan
kekeluargaan yang bahagia bukan di dunia sahaja malah di akhirat,
dengan izin-Nya. Akhir kata,

“Yang namanya cinta pada orang tua itu harus pada keduanya, bukan
pada salah satu.”
Baik buruk salah seorang daripada orang tua kita, sama diterima. Atas
sebab mereka adalah individu yang Tuhan jadikan untuk mewujudkan kita.
Datangnya kita di dunia Tuhan kurniakan melalui mereka berdua. Pasti
Tuhan punya sebab yang tersendiri, untuk Tuhan letakkan kita sebagai
anak mereka. Sama-sama kita berusaha sehabis baik berbakti selagi
mereka masih bernyawa. Mari!

Anda mungkin juga menyukai