Anda di halaman 1dari 32

Madah Persahabatan

Posted on Mac 5, 2008 by Haniey| 36 Komen

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita

tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Andai ku tahu. Kapan tiba ajalku Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku Andai ku tahu Kapan tiba masaku Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku Aku takut akan semua dosa dosaku Aku takut dosa yg terus membayangiku Andai ku tahu Malaikatmu kan menjemputku Izinkan aku mengucap kata taubat padamu Aku takut akan semua dosa dosaku Aku takut dosa yg terus membayangiku Ampuni aku dari segala dosa dosaku Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu Aku manusia yang takut neraka Namun aku juga tak pantas disurga Andai ku tahu. Kapan tiba ajalku Izinkan aku mengucap kata taubat padamu Aku takut akan semua dosa dosaku Aku takut dosa yg terus membayangiku Ampuni aku dari segala dosa dosaku Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu

Tanggungjawab bapa - Sebagai pelindung keluarga Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com http://www.ukhwah.com/

Tarikh: Khamis, 29 Julai 2004 @ 9:58:52 Topik: Umum

Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan. Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu. Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin. Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anakanak. Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan. suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.

Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa


Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya. Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib: 1. Mempersekutukan Allah 2. Derhaka kepada dua ibubapa. 3. Cakap bohong atau persaksian bohong

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut: 1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa. 2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT . 3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa. 4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt. 5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa' " Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil" 6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka. 7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya. 8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka. 10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati. 11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi. Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.

1. menghormati kedua ibu bapanya tidak kiralah bagaimanapun rupa perangai kedua ibubapanya selagimana keduanya tidak mengingkari perintah Allah. 2. tidak melawan kata-katanya walaupun ianya menyakiti hati seorang anak, kerana besar dosanya mengingkari kata keduanya. hatta 'ah' sekalipun sudahkan berdosa, inikan pula kata-kata lain yang menyakiti hati mereka. 3. merendahkan bahasa dan tingkah laku ketika berhadapan dengan keduanya. Allah menyukai bahasa indah dan murka akan bahasa kesat dan pedih. 4. neraka adalah tempat terbaik untuk anak yang derhaka. tempat yang wajar untuk anak yang telah memperkecilkan hati kedua ibubapanya. Allah tak kisah pun kalau anak kecil hati terhadap ibubapanya, tapi Allah MURKA pada anak yang menyebabkan kedua ibubapanya berkecil hati. 5. ibu bapa telah membesarkan anak-anaknya semampu yang boleh dilakukan mereka. mereka tidak sedikitpun meminta2 bahkan mendamba harta anak mereka, kerana tanggungjawab yang diamanahkan Allah bukan sekadar dinilai di dunia, malah di akhirat kelak. 6. jangan sampai kita kehilangan mereka, barulah timbul kesal dan sesal. masa itu, buat apa pun tak berguna. tangislah airmata darah sekalipun tidak akan memulangkan mereka kepada kita. 7. jangan tanya apa yang telah mereka lakukan, tapi tanyalah apa yang telah kita pulangkan kepada mereka.. madu dan racunnya ada di tangan kita. jika kita anak yang baik, pastinya madu yang ingin kita pulangkan. sebab doa dari mereka yang kita dambakan.

doa dari mereka yang menentukan kebahagiaan kita di muka bumi ini. tanpa restu mereka, tidak bahagialah hidup seorang anak adam. balasan yang setimpal hanyalah untuk tindakan setimpal yang telah dilakukan. tidak lebih dan tidak kurang. what goes around comes around, Allah Maha Kaya. Harini mungkin kita telah mengecilkan hati ibu bapa kita, suatu hari nanti ingatlah, dikala anak kita melakukan perkara yang sama kepada kita, jangan sampai masa itu kita tidak mampu berbuat apa2dah melainkan redha sahaja.

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya. "Macam mana kalau tak betul?" Kepada adikku, inilah jawapan abangmu. Adikku, Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa. Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini? Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya: "Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."(Surah Ar-Rum: 36-37) Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu Adikku, Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang? Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya? Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis? Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti. Ujian Ini Nikmat Keimanan Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu? Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan? Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah? Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu? Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan. Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya. Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

MAKANLAH,IBU TIDAK LAPAR. Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar. 2. MAKANLAH,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN. Ketika penulis mulai besar,ibu sering meluangkan waktu senggangnya pergi memancing di taliair berhampiran rumah untuk dijadikan lauk mereka sekeluarga.Kemudian,ibu akan memasak gulai ikan yang segar itu untuk anak-anaknya.Sewaktu anak-anak makan,ibu akan duduk di samping mereka dan hanya memakan sisa makanan yang menempel di tulang bekas sisa ikan yang dimakan penulis dan adikberadiknya.Bila penulis menghulurkan ikan kepadanya,ibu berkataMakanlah nak,ibu tidak suka makan ikan. 3. CEPATLAH TIDUR,IBU BELUM NGANTUK. Di usia awal remaja penulis,semasa beliau di sekolah menengah,ibu akan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih ke kedai untuk menyara persekolahan penulis adik-beradik.Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1.30 pagi penulis terjaga dari tidur dan melihat ibunya sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Penulis telah melihat beberapa kali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.Penulis pun berkata,Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.Ibu tersenyum sambil berkata,Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi. 4. MINUMLAH,IBU TIDAK HAUS. Di hujung musim persekolahan,ibu telah meminta cuti kerja supaya dapat menemani penulis pergi sekolah menduduki peperiksaan.Ibu sabar menunggu di luar dewan dan berpanas.Mulutnya pula terus kumat-kamit mendoakan agar anaknya akan lulus cemerlang.Ketika penulis selesai dengan peperiksaannya,ibu dengancepat menhulurkan air kopi yang disiapkan dalam botol yang dibawanya kepada penulis.Melihat ibunya dibasahi peluh,penulis segera memberikan cawannya kepada ibu.Ibu menolak sambil berkata.Minumlah nak,ibu tidak haus. 5. IBU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN LELAKI. Setelah pemergian ayah kerana sakit,yakni baru beberapa bulan penulis dilahirkan,ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Melihat kehidupan mereka yang semakin susah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran sering datang memberikan ibu bantuan,tetapi ibu sering menolaknya.Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya bernikah lagi agar ada orang lelaki yang menjaga dan mencari wang untuk mereka sekeluarga.Tetapi ibu tidak mengendahkan nasihat mereka dan berkataSaya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki. 6. JANGAN SUSAH-SUSAH,IBU ADA DUIT.

Setelah abang dan kakak penulis bekerja,mereka menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Mereka juga sering mengirim duit kepada ibu tetapi ibu telah mengirim balik duit itu kepada mereka ambil berkata..Jangan susah-susah,ibu ada duit. 7. TIDAK PAYAH,IBU TIDAK BIASA. Setelah tamat pengajian di universiti,penulis telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar Negara dan dibiayai oleh sebuah syarikat.setelah mendapat sarjana yang cemerlang,penulis telah bekerja dengan syarikat tersebut.Dengan gaji yang lumayan,penulis berhajat membawa ibu menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Tetapi ibu yang baik hati telah menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berkataTak payahlah,ibu tidak biasa tinggal di negara orang. 8. JANGAN MENANGIS,IBU TIDAK SAKIT. Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam penulis menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu terpaksa dibedah secepat mungkin dan penulis yang berada jauh di seberang samudera,segera pulang menjenguk ibu tercinta.Penulis melihat ibu yang terbaring lemah selepas menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan tua masih mampu menatap wajah penulis penuh kerinduan bersama sebuah senyuman.Penulis dapat melihat betapa siksanya ibu menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnyaPenulis menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Namun ibu tetap tersenyum dan berkataJangan menangis nak,ibu tidak sakit.Selepas pengucapan pembohongan kelapan itu,ibu telah pergi mengadap penciptanya. Sehingga kini penulis diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun beliau mengasihi ibunya,tetapi beliau tidak pernah sekalipun membisikkan kata-kata itu kepada ibunya.

Nurse, boleh saya tengok bayi saya? ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. Mereka kata saya cacat, katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma, kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya, kata si anak berkali-kali. Tak mungkin, balas si ayah. Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba. Bila? tanya si anak. Akan tiba masanya anakku, balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya, si ayah berbisik ke telinga anaknya. Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya tanyalah pada sesiapa pun kenalannya. P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.. Saya Sayang Ibu

Diari Sang Ayah


JUM, 11 FEB 2011 21:44 | SYAKIRIN DAUD | EDITOR: SAKURA_ABYAD303 0

26 Januari 1992. Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati. 26 Januari 1995. Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah. Januari 1998. Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini. Januari 1999. Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur. November 2003. Hari ini, kamu pulang dengan senyuman, di tangan kananmu tergenggam erat sekeping slip, dengan mata yang berkaca, kamu berlari lari lalu memeluk erat ibu,dan mencium tangan ayah. Perasaan sebak timbul di hati.sambil mengucapkan ''terima kasih ayah, ibu adik berjanji akan belajar dengan bersungguh sungguh lagi,". Tahniah anakku, tidak sia-sia usaha kamu selama ini. Slip peperiksaan yang tertera huruf A berdarab lima menjadi bukti kesungguhanmu menimba ilmu, teruskan usahamu wahai anak. Januari 2004. Alam persekolahan sememangnya indah dan mencabar, sekolah menengah adalah perjalanan seterusnya untukmu berjaya. Teruskanlah perjuanganmu. Ayah bangga mempunyai anak sepertimu,

menjagamu, melihatmu tersenyum riang, melihatmu dewasa, menjadi sesuatu yang takkan pernah ayah menyesal..:) 27 Januari 2007. Hari ini, hati ayah sedikit runsing. Ayah terjumpa surat-surat cinta dari dalam beg sekolahmu, dan sms di telefon bimbitmu memberitahu ayah, bahawa anak ayah sudah pandai bermain cinta. Sememangnya cinta adalah pemberian Tuhan. Tetapi ketahuillah anak, usiamu belum mengizinkanmu untuk ini. Ayah meletakkannya kembali, demi tuhan, ayah sangat risau. Ayah akan cuba sebaik mungkin untuk meluahkan kepadamu, sedewasa mungkin. Ayah tahu kamu kini seorang remaja, ingin dilayan seperti seorang dewasa, ayah faham. 11 p.m. Ayah terkejut dengan perlakuanmu. Ayah cuba untuk menerangkan kepadamu hal yang sebenar, bukan perasaanmu itu dilarang, namun waktu saja belum tepat untuk merasakan semua, tetapi kamu meninggikan suara, bila ayah menasihatimu, kamu menengking ibumu. Ibumu sedari tadi menangis, lalu tertidur dalam tangisannya. Anakku, ayah sedikit kecewa dengan sikapmu, ketahuilah, kami yang menjaga makan minummu sedari kecil, kamilah yang menyayangimu sepenuh hati, bukan dia. 28 Januari 2009. Sekali lagi air mata ibumu tumpah dengan sikapmu. Pagi tadi ibu membersihkan bilikmu, agar nampak kemas, sedang ibumu menyapu,i bu terjumpa sebuah beg berwarna ungu. Ibu membuka zip beg tersebut kerana merasa curiga., langkah terkejutnya ibumu, pakaian-pakaian di dalam beg tersebut bukanlah hasil pembelian ibu mahupun ayah. Skirt pendek dengan warna yang pelbagai, baju tanpa lengan, seluar jeans ketat, dan alat kontrasepsi! UNTUK APAKAH ITU WAHAI ANAK! dan tanpa rasa bersalah pula kau mengakui pakaian itu hak mutlak kamu. Bukankah ayah memberikanmu didikan agama yang sempurna? Lalu siapakah yang mengaji di hadapan ayah dari muqaddam sehingga khatam al quran? Siapakah yang menjadi ma\mum ayah selepas ibu? Siapa pula yang ayah hantar ke sekolah agama setiap petang? Siapa duhai anak? Siapa? Ibumu pengsan selepas solat maghrib tadi. Sedang engkau hilang entah ke mana, curi keluar, tanpa kami sedari. 26 Februari 2010. Ibarat dipanah petir hati ayah dan ibu apabila mendengar pengakuanmu, "ayah,ibu...adik hamil" ya Allah, apalah dosa-dosaku ya Allah?!. Beratnya beban yang kau beri. Gelap pandangan ayah mendengarkan itu, ibumu? menangis, meraung, memikirkan cahaya matanya yang sudah jauh dari agama. Kurangkah didikan kami?. Kurangkah belaian kasih sayang kami?. Setelah kami tatang kau ibarat minyak yang penuh, lalu apakah jenis timbalan yang kau beri duhai anak?. Di manakah janjimu dahulu wahai sayang?. Janjimu yang akan belajar bersungguh-sungguh?. Sedang rakan-rakanmu pulang dengan membawa senyuman sambil menggenggam slip peperiksaan dan kau pulang membawa keputusan hamil dari hospital?. Adakah ini cara kau membalas jasa ayah dan ibumu?. Apakah ini wahai anakku. Kau melukakan hati ibu, mengguris hati ayah!. Terbayang di fikiran saat kau dijamah buaya laknat tersebut, cukup membuat hati ayah remuk, hancur, berkecai!. Apakah kau terlupakan agamamu?. Andai kau tidak cintakan ayah dan ibumu lagi, cintailah agamu duhai anak. Kamu punya tuhan. Tuhan yang maha melihat setiap gerak gerimu! terlupakah kau pada

zat yang satu itu? lalu apakah yang akan ayah dan ibu jawab, saat diasak pertanyaan dari sang Tuhan, tentang kegagalan kami mendidikmu?. Tentang kealpaan kami dalam mendidikmu?. Tahukah kamu wahai anak, perbuatanmu bakal menghantar ibu serta ayahmu ke neraka?. Kau campakkan kami ke dalam lubang yang tersedia panasnya sejak penciptaan bumi, dengan menggunakan tangan-tanganmu sendiri!. Kau relakan jasad ibu dan ayah kau dibantai oleh Malik, si penjaga neraka. Kau biarkan kami meraung-raung dijilat api, dan kau hanya melihat kami disengat binatang-binatang bisa!. Sampainya hatimu. kenapa tidak, engkau ambil sahaja pisau, tusuk ayahmu ini, tuangkanlah racun, beri sahaja ibumu minum! lebih rela kami dibunuh, dari menelan pahitnya kenyataan. Dan hari-hari yang kami lalui selepas itu, tidak seindah saat mengazankanmu di telinga kanan,dan iqamah di telinga kiri.. Anak menangis, meraung-raung menyesali diri yang kotor dan hina, menyesali diri yang tidak pernah mengenal erti syukur, dikurnai ayah yang sempurna. Namun, tangisan tiada lagi berguna, kerana sang ayah bakal tidur lena. Anak hanya mampu menatap wajah ayahnya yang pucat, untuk kali terakhir, sebelum kembali dikambus tanah... Peringatan buat aku dan semua, sayangilah ibu dan ayah dan jangan pilih jalan hitam!. "(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan?) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9). Wallahualam

Mak... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih... Mak tau tak... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... dan itu juga terakhir kalinya Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni... Mak macam dah sedia... Seminggu sebelum tu... Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... Kakak pun rasa hairan... Mak tak penah buat gitu... Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... Kengkadang siaran indonesia ... Mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih... Pastu mak jemur karpet-karpet. .. Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. Mak biarkan ruang tu kosong.. Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan... Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. Ada kat dalam almari... Ada kat dalam dalam beg... Ada dalam ASB... Ada kat dalam Tabung Haji.. Mak cakap tak berapa cukup lagi... Ada kat dalam gulung tikar... Masa tu mak perasan takk..?? Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar... Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... Mak cuma gelak jer... Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu... Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut... Bila malam tu kiter sampai dari KL... Mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...

Mak tetap takmau pi hospital... Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... Tapi kiter berkeras juga pujuk.. Nanti di hospital ada doktor... Ada ubat untuk mak.. Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer... Mak tetap tak bersetuju... Mak memang degil.. Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital... Mak... Ampunkan kami semua... Kami nak mak sehat... Kami sayang mak... Kami tak mau mak sakit... Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... Ampunkan kami yer mak... Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak Kiter kata nak beli kereta... Mak asyik tanya ajer.. Cukup ker duit.. Kiter jawab pula... Kalau tak cukup, mak kan banyak duit... Mak gelak ajerr... Lepas tu bila kereta kiter sampai... Mak buat kenduri kesyukuran... Dan kiter masih ingat lagi... Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor... Punya la kiter takut... Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak... Bila balik sahaja kampong... Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... Mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga... Mak... Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...

Mak, kiter menipu mak kan ... Ampon kan kiter... Mak... Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006 Bila tiba aja kat hospital... Nurse tengah balut mak dengan kain putih... Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn... Mak tau tak... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... Jalan di depan terasa makin kelam... Airmata dah tak mampu di tahan... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. Kosong...sekosong hati ini... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn... Mak... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter... Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... Lagi laaaa... laju airmata ni.. Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak... Mak... Sampai takat ini surat ni kiter tulis... kiter nangis ni... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi... Takder orang yang bangun lagi... Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih... Kiter rindu kat mak..!

Takpa la... Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, Kiter baca yassin untuk mak... Mak tunggu ya..! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... Semua anak-anak mak mengelilingi mak... Menatap wajah mak buat kali terakhir... Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja... Mak rasa tak... Masa tu kiter sentuh dahi mak... Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk... Kiter tak mampu nak cium mak... Kiter tak daya... Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... Badan akak terasa panas... Makk... Anak mak yang seorang tu demam... Mak tauu... Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap... Masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan... Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi... Semakin kiter tenung terasa semakin sayu... Tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu... Kiter cuba bertahan... Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... Nak cakap dengan mak... Anak mak yang ni dah tak betul kan ...???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter...

Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis... Mak tau tak.. Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... Rasa nyilu sangat... Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan... Mak... Cukup la sampai sini dulu... Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ... Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula... Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih... Pastu kawan kiter bgtau... Simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...k Kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak I LOVE YOU SO MUCH Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. Sampai masuk universiti.. Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian terima kasih, Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Mak... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih... Mak tau tak... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... dan itu juga terakhir kalinya Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni... Mak macam dah sedia... Seminggu sebelum tu... Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... Kakak pun rasa hairan... Mak tak penah buat gitu... Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... Kengkadang siaran indonesia ... Mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih... Pastu mak jemur karpet-karpet. .. Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. Mak biarkan ruang tu kosong.. Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan... Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. Ada kat dalam almari... Ada kat dalam dalam beg... Ada dalam ASB... Ada kat dalam Tabung Haji.. Mak cakap tak berapa cukup lagi... Ada kat dalam gulung tikar... Masa tu mak perasan takk..?? Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar... Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... Mak cuma gelak jer... Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu... Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut... Bila malam tu kiter sampai dari KL...

Mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk... Mak tetap takmau pi hospital... Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... Tapi kiter berkeras juga pujuk.. Nanti di hospital ada doktor... Ada ubat untuk mak.. Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer... Mak tetap tak bersetuju... Mak memang degil.. Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital... Mak... Ampunkan kami semua... Kami nak mak sehat... Kami sayang mak... Kami tak mau mak sakit... Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... Ampunkan kami yer mak... Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak Kiter kata nak beli kereta... Mak asyik tanya ajer.. Cukup ker duit.. Kiter jawab pula... Kalau tak cukup, mak kan banyak duit... Mak gelak ajerr... Lepas tu bila kereta kiter sampai... Mak buat kenduri kesyukuran... Dan kiter masih ingat lagi... Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor... Punya la kiter takut... Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak... Bila balik sahaja kampong... Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... Mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak... Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... Mak, kiter menipu mak kan ... Ampon kan kiter... Mak... Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006 Bila tiba aja kat hospital... Nurse tengah balut mak dengan kain putih... Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn... Mak tau tak... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... Jalan di depan terasa makin kelam... Airmata dah tak mampu di tahan... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. Kosong...sekosong hati ini... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn... Mak... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter... Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... Lagi laaaa... laju airmata ni.. Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak... Mak... Sampai takat ini surat ni kiter tulis... kiter nangis ni... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...

Takder orang yang bangun lagi... Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih... Kiter rindu kat mak..! Takpa la... Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, Kiter baca yassin untuk mak... Mak tunggu ya..! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... Semua anak-anak mak mengelilingi mak... Menatap wajah mak buat kali terakhir... Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja... Mak rasa tak... Masa tu kiter sentuh dahi mak... Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk... Kiter tak mampu nak cium mak... Kiter tak daya... Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... Badan akak terasa panas... Makk... Anak mak yang seorang tu demam... Mak tauu... Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap... Masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan... Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi... Semakin kiter tenung terasa semakin sayu... Tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu... Kiter cuba bertahan... Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... Nak cakap dengan mak... Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis... Mak tau tak.. Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... Rasa nyilu sangat... Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan... Mak... Cukup la sampai sini dulu... Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ... Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula... Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih... Pastu kawan kiter bgtau... Simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...k Kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak I LOVE YOU SO MUCH Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. Sampai masuk universiti.. Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian terima kasih, Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?


SAB, 30 OKT 2010 13:42 |

Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar. Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, ruparupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen. Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah. Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan. Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan? Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu. Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar

mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran. Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya. Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya. Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil. Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal. Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri


ISN, 18 OKT 2010 14:03 |

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri. Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda. Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang
kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang
penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus
berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani! 05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda. 06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up
dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh! 08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang
berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan
tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan
sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam


AHD, 10 OKT 2010 18:15 |

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri. Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut. Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan. "Anak muda," lelaki tua itu bersuara. "Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi. "Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu. " Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut. " Masin!" Lelaki tua itu tersenyum lagi. "Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya." Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu. "Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut. "Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut. "Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita." "Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita." "Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri." Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dad

Petua Untuk Hati


SAB, 20 NOV 2010 21:58 |

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca alQuran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

Anda mungkin juga menyukai