Anda di halaman 1dari 2

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.

Merekalah yang menjadi


sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anakanak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi
keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibu bapa terutama ibunya tidak
ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.
Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt
supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan
ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan
kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa
adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak
mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih
hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya
sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan
penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan
mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan
mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan
dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan
sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan
mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan
mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang
telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk
keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayatsuci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan
akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang
berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada
lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati
serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.
Renung-renungkan............. terima kasih

Anda mungkin juga menyukai