Anda di halaman 1dari 26

INSTITUSI

KELUARGA

TANGGUNGJAWAB IBU
BAPA DAN ANAK
PENGENALAN

Keluarga merupakan tunggak penting kebahagiaan


dalam kehidupan seseorang individu.
Keluarga merupakan tempat bermanja,
memperolehi kasih sayang, mendapatkan bimbingan
dan pertolongan serta tempat mencurahkan kasih
sayang dan mendapatkan kekuatan meneruskan
kehidupan.
Definisi Keluarga
 Menurut Kamus Dewan, keluarga bermaksud suami isteri
serta anak-anaknya, seisi rumah tangga dan mempunyai
pertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan.

 Keluarga juga boleh didefinisikan sebagai satu unit kecil dari


masyarakat yang terdiri daripada kepala keluarga dan
beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di bawah satu
tempat di bawah satu atap dan saling bergantungan (Tatriana
Reto Parupi, 2017).

 Secara umumnya keluarga ialah sekumpulan manusia yang


mempunyai hubungan melalui perkahwinan, hubungan
darah, pengangkatan dan tinggal serumah.
 Menurut imam al-Ghazali antara manfaat perkahwinan ini
ialah dapat membina keluarga dan institusi keluarga yang
menjadi tempat menghiburkan jiwa dikala kegundahan.

 Dalam hukum faraid, ikatan kekeluargaan ini merupakan


salah satu sebab layak menerima harta pusaka.

 Mereka yang layak menerima pusaka ini disebut dalam


Surah an-Nisa’ ayat 7. Antara syarat layak/ waris menerima
pusaka ialah:
 Kekeluargaan
 Perkahwinan
Ringkasnya ciri-ciri sesebuah keluarga itu adalah
seperti berikut:
 Terbentuk melalui ikatan perkahwinan, darah dan
pengangkatan
 Tinggal sebumbung
 Memiliki amalan budaya hidup yang berasal dari yang
serupa atau satu punca.
 Terdiri dari ibu bapa datuk nenek, suami isteri dan anak-
anak.
Kepentingan keluarga

Keluarga sangat penting kerana:


i. Ia mempengaruhi kehidupan masyarakat
ii. Dari keluarga terbentuklah masyarakat dan negara
iii.Keluarga yang sejahtera, bahagia dan terdidik akan
menghasilkan masyarakat yang memberi manfaat
kepada pembangunan adab dan tamadun negara.
Konsep Rumahku Syurgaku

 Kita perlu menjadikan rumahtangga sebagai syurga sebelum kita


mencapai mardhatillah memasuki syurgaNya yang sebenar di
akhirat kelak.
 Antara ciri-ciri Baiti Jannati ialah:
1) Pembinaan rumahtangga dan keluarga adalah bedasarkan
Syariat Islam
2) Mewujudkan suasana penghayatan Islam dalam keluarga
3) Menitikberatkan daya intelek dan keilmuan ahli keluarga
4) Berusaha mewujudkan kedamaian, sakinah, mawaddah dan
rahmah dalam keluarga
5) Mengamalkan perhubungan baik, komunikasi yang berkesan
6) Membina keluarga penyayang
 Antara cara-cara untuk mewujudkan suasana keislaman dan
kedamaian dalam rumahtangga ialah:
A. Menghidupkan sembahyang berjemaah di rumah
B. Membaca al-Quran bersama-sama
C. Berkongsi ilmu dengan membaca buku-buku agama dan motivasi
bersama keluarga
D. Meluangkan masa makan bersama keluarga
E. Mengamalkan memberi salam kepada ahli keluarga
F. Mendidik anak-anak pendidikan adab, akhlak dan tasawuf seperti
adab meminta izin masuk ke bilik ibu bapa
G. Mendidik anak dan anggota keluarga dengan pendidikan hijab dan
batas pergaulan antara keluarga
H. Menjaga kebersihan, kesihatan keluarga dan keindahan serta
keselesaan rumahtangga
Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak

Kriteria Calon Suami/Menantu


Hasan bin ‘Ali r.a pernah ditanya oleh seorang lelaki: “Saya
mempunyai seorang anak perempuan, menurut
pendapatmu dengan siapa anak perempuan itu harus saya
kahwinkan? Hasan menjawab, “Kahwinkanlah puterimu
dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah. Kalau dia
mencintainya dia akan menghormatinya dan kalau dia
tidak mencintainya, dia tidak akan menganiayainya”.
 Berikut adalah senarai kriteria yang perlu ada pada bakal
suami:
 Berkemampuan zahir dan batin
 Tidak dayus
 Tidak membebankan bahkan boleh membantu
isteri dalam urusan rumahtangga
 Bertanggungjawab
 Pemaaf
 Keturunan yang baik dan beradab
 Gemar beribadah
 Seorang yang amanah
 Menjaga batas pergaulan
Kriteria Calon Isteri

 Pemilihan isteri adalah berasaskan kepada berikut:


A. Harta
B. Keturunan
C. Kecantikan
D. Agama

 Bedasarkan hadis Rasulullah S.A.W:


“ Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan
kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan
yang beragama, nescaya kamu berbahagia.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setelah pemilihan calon isteri/suami mematuhi
piawaian yang dicadangkan syarak, maka pelayaran
bahtera rumahtangga selepas ini diharapkan akan
lebih mudah mematuhi syariat seterusnya pasangan
dapat melaksanakan tanggungjawab yang digariskan
bagi menjayakan keluarga sakinah, mawaddah
warahmah.
Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak

 Memilih bakal isteri/suami yang baik serta soleh dan


solehah
 Membaca doa sebelum melakukan persetubuhan antara
suami isteri.
 Azan dan iqamah ditelinga bayi
 Melaksanakan tahnik (belah mulut). Disapukan
lelangitnya dengan sedikit kurma dan air zam-zam oleh
orang yang soleh.
 Mencukur rambut
 Memberikan nama yang baik
 Melaksanakan aqiqah
 Mengkhatankannya
 Mencurahkan kasih sayang dan memberi perlindungan
 Menyamakan pemberian dan layanan antara anak-anak
 Memberi makan yang baik dan halal
 Mengasingkan tempat tidur apabila sampai usia 10 tahun
 Mengajar dan mendidik menunaikan solat
 Memberikan didikan agama, adab dan al-Quran
Tanggungjawab suami

 Memberi nafkah halal mengikut kemampuan


 Menyediakan tempat tinggal dan menjamin keselamatan keluarga
 Adil dan layanan yang baik
 Memberi didikan agama
 Memaafkan isteri
 Menyantuni isteri
 Membantu isteri/ menyediakan pembantu untuk pengurusan anak-
anak jika mampu
 Menjaga aib dan maruah isteri
 Melindungi isteri daripada api meraka
 Menghormati dan melayan keluarga isteri
Tanggungjawab isteri

Memberikan layanan dan ketaatan kepada suami


Pelihara kesucian diri dan berhias untuk suami
Meminta izin suami dalam melaksanakan urusan
besar terutama apabila keluar rumah
Menjaga amanah dan harta suami
Menjaga rahsia rumahtangga
Mendidik anak-anak
Menghormati dan melayan keluarga suami
Tanggungjawab Anak-anak Terhadap Ibu Bapa

 “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik bagi keluarganya.


Dan aku orang yang paling baik bagi keluargaku”
• (Hadis Riwayat al-Tarmizi)
● Islam menggariskan
tanggungjawab ibu bapa terhadap
anak-anak dan begitu juga
sebaliknya iaitu tanggungjawab
anak-anak terhadap ibu bapa.
● Bahkan berbuat baik kepada ibu
bapa merupakan satu perintah
Allah. Jika dilaksanakan akan
mendapat pahala tetapi jika
diabaikan oleh menyebabkan dosa
besar.
Dalam surah al-Isra’ ayat 23 pula, Allah befirman
yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak


menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Antara tanggungjawab anak-anak yang digariskan
Islam ialah:
 Berbuat bakti kepada ibu bapa
 Berlemah lembut semasa berkomunikasi
 Mendengar kata mereka
 Mentaati mereka pada perkara-perkara yang tidak
bertentangan syarak
 meminta izin sebelum memasuki bilik mereka
 Berdiri menghormati mereka pada keadaan yang perlu
 Tidak melintasi mereka tanpaadab
 Tidak meninggikan suara
 Sedia mengorbankan harta benda untuk mereka
Bersedia menjaga dan merawat mereka ketika
sakit
Merendah diri dan bersopan santun
Memandang mereka dengan kasih sayang
Keluar rumah dengan izin mereka
 Berdoa setiap hari untuk mereka:

َّ ‫اَللهُ َّم ا ْغفِرْ لِ ْى ُذنُ ْوبِ ْى َولِ َوالِ َد‬


َ ‫ى َوارْ َح ْمهُ َما َك َما َربَّيَانِ ْى‬
‫ص ِغ ْيرًا‬
Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku Kasihani
mereka seperti mereka menjagaku
Tanggungjawab Selepas Kematian Ibu Bapa

Berdoa untuk mereka


 Menziarahi pusara mereka
Melaksanakan janji mereka yang belum ditunaikan
Melangsaikan hutang mereka
Menjalin silaturrahim dengan rakan-rakan mereka
Berbual amal kebaikan untuk keduanya
(bersedekah, waqaf, puasa, mengerjakan haji,
membaca al-Quran)
Hukum Menderhaka Kepada Ibu bapa

Maksud menderhaka ialah:


 Tidak mentaati mereka
 Menyakiti hati dan fizikal mereka
 Membuat perkara yang mereka tidak redha
 Memandang hina kepada mereka
 Mengabaikan mereka sewaktu sihat lebih-lebih
lagi waktu uzur ataupun tua
● Derhaka termasuk dalam dosa-dosa besar. Ulamak
menggariskan antara dosa besar ialah penderhakaan ini.
Para sahabat pernah menceritakan bahawa Nabi SAW
pernah bertanya tiga kali kepada mereka: “Mahukah
aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling
besar?” Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah
tentu wahai Rasulullah!”. Baginda menjelaskan:
Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa
(perawi menerangkan, bahawa Baginda ketika itu
duduk sambil bersandar. Lalu menyambung) dan
sumpah yang palsu.
(Riwayat Bukhari)
Balasan Dosa Besar Penderhakaan Kepada Ibu Bapa

I. Dilaknat Allah SWT


Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Terlaknatilah orang yang mencaci ayahnya, terlaknatilah
orang yang mencaci ibunya, terlaknatilah orang yang
menyembelih untuk selain Allah, terlaknatilah orang yang
merubah batas-batas tanah, terlaknatilah orang yang
menyesatkan orang yang buta dari jalan, terlaknatilah
orang yang menyetubuhi binatang dan terlaknatlah orang
yang melakukan perbuatan kaum Luth.” Baginda
mengucapkan berulang kali, tiga kali tentang liwat
(perbuatan kaum Luth).
(Riwayat Ahmad)
ii. Tidak masuk syurga
“Tiga golongan yang haramkan masuk syurga: peminum arak, orang
yang derhaka (terhadap ibu bapanya), dan lelaki dayus (yang
membiarkan keluarganya melakukan perbuatan dosa).

iii. Tidak diterima amalannya

iv. Disegerakan pembalasan dosanya itu


“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan
menderhaka kepada kedua ibu bapa”.
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
KESIMPULAN

Ibu bapa merupakan role model pertama kepada


anak-anak.
Ulamak Islam Abdullah Nasih Ulwan menggariskan
pendidikan yang perlu dititikberatkan ibu bapa:
 Pendidikan Iman
 Pendidikan Akhlak
 Pendidikan Jasmani
 Pendidikan Minda dan akal
 Pendidikan Sosial
 Pendidikan Psikologi dan Emosi

Anda mungkin juga menyukai