Anda di halaman 1dari 4

KENAPA WAJIB TAAT KEPADA IBUBAPA

1. Taatlah kepada-Ku dan dua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku
lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. (hadis)

2. Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah – antaranya ; berbakti kepada ibubapa. (hadis)

3. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa
(hadis)

4. “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi
anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

5. “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis
riwayat at-Tirmizi)

6. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap
ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa,
beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan
menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu
Majah)

7. HARIAN Metro edisi 9 Mac 2012 melalui berita utamanya menyiarkan kisah seorang ibu tua yang lumpuh
ditinggalkan anaknya di sebuah hotel murah.

Pada awalnya si ibu dibawa bermalam di hotel murah mungkin dengan alasan membawanya bercuti. Namun
akhirnya ditinggalkan berseorangan di kamar hotel. Bayangkan selepas beberapa hari ditinggalkan, baru disedari
oleh pekerja hotel yang prihatin.

Luluh hati ini tatkala menatap gambar wajah si ibu yang berkata sambil mengalir air mata: “Saya mahu ke rumah
kebajikan.” Pastinya laporan berita itu mengundang perasaan pilu dan geram sesiapa yang membaca mengenainya.

Tergamak si anak membiarkan si ibu keseorangan, sedangkan dia tahu ibunya lumpuh. Bagaimanapun, syukur
Alhamdulillah, si ibu dipertemukan semula dengan si anak baru-baru ini. Mudah-mudahan ia tidak berulang kembali
dan menjadi peringatan yang berguna untuk kita semua.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama kisah seperti ini dipaparkan di akhbar. Ia seterusnya menunjukkan kepada kita
betapa segelintir masyarakat kita mempunyai hati batu.

Apabila membaca kisah warga emas malang, fikiran saya terus menerjah memori ketika masih di dalam rancangan
Imam Muda.

Dalam minggu bertemakan ‘usia emas’, kami dibawa menziarah sebuah rumah kebajikan. Di sana, setiap peserta
diperkenalkan dengan seorang penghuni.

Saya kemudian dipertanggungjawabkan untuk cuba menyelami isi hati seorang lelaki tua yang hampir tiga tahun
menjadi penghuni.
Lelaki itu yang semakin kabur penglihatannya berkali-kali meluahkan rasa kekesalan terhadap anak lelakinya yang
langsung tidak menjenguknya di sana. Setiap hari dia menanti dan berharap, namun bayang anaknya tidak kunjung
tiba.

Tidak sesekali berharap untuk dibawa pulang dan dijaga kerana tidak mahu menyusahkan anak, tetapi alasan tiada
masa untuk menziarah memang tidak dapat diterima si ayah.

Hinggakan terpacul kata-kata tidak elok daripada mulut si ayah akibat terlalu kecewa dengan sikap anaknya yang
sedemikian rupa.

Harus diingat, kata-kata ibu dan ayah antara doa yang sungguh mustajab. Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah
hadis bersabda: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang
bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) Perintah untuk taat kepada
ibu bapa selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Allah juga bersifat mutlak (wajib) sebagaimana firman Allah
di dalam surah Al-Israa’ ayat 24, yang bermaksud: “... dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
seorang atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, jangan engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Huh’, dan jangan engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun).” Berbicara mengenai ketaatan
kepada ibu bapa, tidak lengkap rasanya jika tidak mengaitkannya dengan kisah ahli ibadah bernama Juraij.

Kisah ini adalah sahih dan terkandung dalam satu hadis pada muka surat 511 di dalam Kitab Sahih Muslim terbitan
Beirut, Lubnan.

Juraij adalah rahib yang terkenal dengan ketekunannya melakukan ibadah hinggakan dia membina sebuah biara
khusus sebagai tempat untuknya beribadah.

Satu hari ketika menunaikan solat sunat, datang ibunya di luar biaranya untuk bertemu dengannya. Lalu si ibu
memberi salam. Tatkala itu, hati Juraij berbelah bagi sama ada menjawab salam ibunya atau meneruskan solat sunat.

Lalu dia mengambil keputusan untuk meneruskan solat. Kemudian datang lagi si ibu memberi salam sehingga
beberapa kali, semuanya ketika Juraij beribadah.

Juraij tidak menjawab salam ibunya hingga terlanjur daripada mulut ibu satu doa: “Wahai Juraij, semoga Allah tidak
mencabut nyawamu sebelum engkau melihat wajah seorang pelacur!” Peristiwa itu membawa malapetaka kepada
Juraij. Kutukan ibunya membuka pintu langit dan menggetarkan loh mahfuz. Kalam Allah mencatat kutukan ibu,
malaikat beredar meninggalkan biara tempat beribadah Juraij.

Tidak lama kemudian, Juraij didatangi fitnah daripada seorang pelacur yang menuduhnya berzina dengannya. Berita
ini sampai kepada pengetahuan pemerintah lalu diarahkan biara Juraij dirobohkan.

Lalu dipanggil pelacur itu bersama si bayi yang dilahirkan. Dengan izin Allah, bayi itu dapat berkata-kata dan
menafikan Juraij adalah ayahnya. Saat itu Juraij hanya tersenyum, tahu bahawa kata-kata ibunya dulu dimakbulkan
dan diizinkan Allah.
Namun selepas memohon keampunan daripada ibunya, Allah membantunya melawan fitnah itu. Begitulah kisah
bagaimana hebatnya doa daripada ibu dan bapa untuk kita jadikan sebagai iktibar.

Dosanya hanya tidak menjawab salam kerana melakukan solat sunat, tetapi fitnah yang menimpa bukan
sembarangan.

Jika berbuat ihsan kepada ibu bapa adalah tuntutan fardu ain, perbuatan mengabaikannya pula termasuk di antara
dosa besar.

Antara dalil syarak yang jelas membuktikan perkara ini terkandung di dalam hadis yang diriwayatkan Abdullah bin
Amru apabila seorang lelaki Arab datang kepada Nabi SAW, lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dia dosa
besar?” Nabi SAW menjawab: “Mensyirikkan Allah.” Kemudian dia bertanya lagi, “kemudian apa?” Lalu baginda
menjawab: “Menderhaka kepada ibu bapa.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Dugaan berat yang sering dialami oleh anak
adalah apabila ibu bapanya terlalu tua dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Dalam keadaan begini si anak perlu bersabar melayani kerenah mereka, jangan mudah melenting dan memarahi
mereka, kerana perbuatan sedemikian menyakitkan hati mereka. Apabila hati mereka terguris, bermakna si anak
menjadi derhaka.

Kasihilah ibu bapa seperti mana mereka mengasihi kita dan selalulah berdoa kebaikan untuk mereka.

Allah berfirman dalam surah Al-Israa’ ayat 25 yang bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada
kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan mendidikku sewaktu kecil.”

8. AKHLAK DENGAN IBUBAPA

1. Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.
2. Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
3. Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
4. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.
5. Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
6. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
7. Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
8. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
9. Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya,
kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui
tetamu).
10. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
11. Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.
12. Tidak memotong perbualan mereka.
13. Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
14. Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
15. Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
16. Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
17. Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.
18. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
19. Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
20. Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
21. Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.
22. Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan (mendahului) mereka.
23. Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
24. Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.
25. Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibubapa
mereka.
26. Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud
firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku
pada masa kecil.

9. BERBAKTI KEPADA IBUBAPA SETELAH KEMATIAN MEREKA

Berbuat baik kepada kedua ibubapa bukanlah berakhir setelah kematian mereka, tetapi hendaklah diteruskan selepas
kematian mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1.Menyembahyangkan jenazahnya. Jika ia anak lelaki maka lebih utama ia mengimamkan solat jenazah ke atas
kedua ibubapanya serta membaca doa bagi mereka.

2.Sentiasa memohon keampunan dosa kedua ibubapa. Ini antara tanda anak yang soleh.

3.Menunaikan janji yang belum sempat ditunaikan oleh ibubapa sebelum kematiannya. Janji ini tarmasuk sedekah
jariah, wakaf dan sebagainya.

4.Berbuat baik kepada sahabat baik ibu bapa seperti meneruskan hubungan silaturrahim dengan sahabat baik
mereka.Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya termasuk perbuatan yang paling baik ialah meneruskan silaturrahim
dengan sahabat baik bapanya sesudah bapanya meninggal”. Riwayat Muslim.

5.Membantu keluarga yang dahulunya dibantu oleh ibubapanya. Abu Daud meriwayatkan satu hadis: Telah datang
seorang bertanya kepada Rasulullah adakah sesuatu kebaikan yang masih ia dapat dilakukan kepada ibubapanya
sesudah mereka meninggal dunia. Rasulullah menjawab “Ada; iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa
meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi
sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada keduanya”. Riwayat Abu
Daud.

10.

Anda mungkin juga menyukai