Anda di halaman 1dari 8

REDHA ALLAH DALAM REDHA IBUBAPA

(13 Jamadil Awal 1430H/ 8 Mei 2009M)


Oleh: Abdul Rahim bin Rashid

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah bersama-sama kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita beroleh rahmat
berkekalan dariNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ibu dan bapa merupakan insan yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Pengorbanan yang
diberikan oleh dua insan ini tidak dapat kita bayangkan. Mereka memberikan selautan kasih
sayang kepada kita, bukan sahaja selepas kelahiran kita ke dunia ini bahkan ia telah bermula
lebih awal daripada itu. Semenjak dalam kandungan lagi perasaan tersebut telah berkembang
mekar dan keharumannya dapat kita nikmati sebaik sahaja dilahirkan ke dunia yang penuh
dengan ujian dan mehnah ini. Semenjak itulah bermulanya sebuah pengorbanan yang tidak
ada tolok bandingnya. Ayah terpaksa bekerja keras mencari rezeki bagi memastikan anak
kesayangannya hidup dalam keadaan yang penuh keselesaan. Sidang Jumaat yang
dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin dan sederhana pastinya ingat kisah perjuangan
seorang ayah. Mimbar Jumaat yakin, ramai antara kita yang dibesarkan dalam suasana
tersebut. Oleh itu, renungkanlah sejenak agar timbul rasa belas dan kasih sayang kita
terhadap insane yang bernama ayah ini.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Ibu, emak, mama dan ummi ialah perkataan yang tidak asing buat kita semua. Pengorbanan
yang dilakukan oleh insan ini teramat mulia di sisi Allah swt. Penderitaan yang dialami oleh ibu
sewaktu mengandungkan kita pun sudah tidak dapat dibayangkan. Tubuh ibu semakin hari
semakin lemah, sehinggalah tiba saat kelahiran, ibu sekali lagi terpaksa mengerah baki kudrat
yang ada untuk melahirkan insan yang amat ditunggu kehadirannya. Ada ibu yang selamat
dan tidak kurang juga menggadaikan nyawa demi anak tercinta.

Kita mengaku bahawa kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan terhadap dua insan
ini. Tetapi yang menyedihkan kita masih ada manusia yang tidak tahu menilai pengorbanan
yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Penderhakaan dilakukan secara nyata dan jelas tanpa
mengambil kira sedikit pun pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka
merupakan sikap terkutuk lagi keji. Beberapa bentuk penderhakaan yang dlakukan ialah:

• Tidak mentaati perintah mereka dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang
anak.

• Mementingkan diri sendiri dan keluarga daripada mengambil tahu kehidupan ibu bapanya
lebih-lebih lagi ketika mereka memerlukan bantuan daripada anak-anak.

• Kasar ketika berinteraksi dengan ibu bapa dan sering mengeluarkan kata-kata yang
mengguris hati dan perasaan mereka.

• Berasa hina dengan kemiskinan ibu bapa setelah memperoleh kemewahan hidup.

Ini di antara manusia yang memiliki jiwa dan peribadi yang amat hina di sisi Allah swt.
Sesungguhnya jiwa yang mulia akan berbangga dengan asal usulnya, bangga dengan ibu
bapanya walau apa jua taraf kehidupan mereka dan di mana mereka tinggal. Jika seorang
anak sedar dengan penuh keinsafan lautan penderitaan dan bebanan yang dipikul oleh insan
yang bernama ibu semenjak mengandungkannya sehinggalah tiba saat melahirkannya,
kemudian membesarkannya dan menyedari pengorbanan seorang ayah semenjak
mengeluarkan perbelanjaan pertama semasa dia masih dalam kandungan sehinggalah dia
menjadi seorang lelaki yang memiliki isteri dan anak, nescaya mereka sedar bahawa apa saja
yang diberikan oleh mereka selama ini kepada ibu bapa tidak mampu menandingi nilai dan
pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa walaupun untuk satu hari.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bayangkahlah, apakah azab yang disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang
memberikan layanan yang buruk terhadap kedua-dua ibu bapa mereka? Di manakah maruah
manusia sanggup menukar pemberian madu yang manis dengan takungan cuka yang
beracun? Jika peranan ibu bapa hanya sekadar menyediakan nafkah untuk anak-anaknya,
nescaya musnah segala-galanya tetapi peranan mereka sebenarnya jauh daripada itu. Mereka
mencurahkan sepenuh kasih sayang yang tidak pernah bermusim bahkan mekar sepanjang
hayat mereka, sehinggalah mereka memejamkan mata untuk selama-lamanya.

Dalam hal ini, suatu kisah yang mana telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah saw.
Dan bertanya “ Ya Rasulullah, aku telah menunaikan haji bersama ibuku. Aku telah memikul
ibuku di atas belakangku dari Yaman hingga sampai ke Baitullah, aku mengelilingi Kaabah
bersamanya, aku wukuf di Arafah bersamanya, di Mina aku melontar untuknya. Aku lakukan
semuanya kerana ibuku uzur dan tidak mampu bergerak. Oleh itu, aku pikul dia di atas
belakangku semasa mengerjakan semua proses ibadah haji. Adakah aku sudah menunaikan
haknya ke atasku?. Rasulullah saw. bersabda, ”Tidak”. Lelaki itu terkejut lantas berkata,
”kenapa?”. Nabi saw. bersabda, ” Kerana apa yang ibumu lakukan sewaktu masih kecil diiringi
dengan harapan dan doa agar engkau terus hidup sedangkan apa yang engkau lakukan
terhadapnya diiringi dengan harapan dan doa agar dia mati suatu hari nanti”.

Benarlah sabda junjungan besar saw., semulia mana sekalipun seorang anak itu, sudah pasti
tidak akan mampu melakukan pengorbanan seperti yang telah dilakukan oleh ibu dan bapa.
Adakah tidak hina dan jijik pada sudut akhlak dan maruah apabila seorang anak berdiri
dengan angkuh di hadapan ibu bapana setelah dewasa sedangkan dia berhutang kepada
keduanya semenjak kecil lagi?. Lantaran itu, wajarlaj syariat meletakkan penderhakaan
kepada ibu bapa sebagai salah satu dosa besar selepas syirik kepada Allah SWT.

Dalam surah luqman- ayat 13 – 14, Allah SWT. telah mengiringi tegahan syirik kepada Allah
bersama-sama pesanan agar berbuat baik kepada ibu bapa dan wajib mengucapkan rasa
syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada ibu bapa.
Firman Allah SWT. :

‫ن ن ن ن للن تنكشن ن نإرككن بإن نناللننإهن إننن‬ ‫إ‬ ‫إ إإ‬


‫لوإنكذن قلن نناللن لتنكقنلمن نناتنن لنبكننن ن نهن لوتهن ن نلون يلعنظنتن نهتن يلن ننا بنت لن‬
.‫الششنكرلكن ل ظنتكلنممن لعنإظنيِممن‬
‫صننالتنهتن إفن ن‬ ‫ن‬‫صن نيِ نننا ا كإل ننكنسننالنن بإنوا لنإنلدنينإهن لح نلنكتن نهن أتمن نهن وهننننا عنلن نىن وهن نننن وفإ‬
‫ل ل ك ل ت ت ل كن ل ى ل ك ل ل‬ ‫لولو ن ك ل‬
‫صنيتن‬‫لن ن الكنمن إ‬ ‫ن‬‫إ‬ ‫ن‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫د‬ ‫إ‬
‫ن‬ ‫ل‬ ‫وا‬‫ن‬‫ين ن أنلإنن اكشنتكنرن إلن ولإ‬‫إ‬
‫ل‬ ‫ن‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ك لل ك‬‫ل‬ ‫لعنالمن ك‬
Bermaksud: Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya: ”Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. Dan Kami wajibkan manusia berbuat
baik kepada kedua ibu bapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun, bersyukurlah
”kepadaKu dan kepada kedua ibi bapamu dan kepada Akulah tempat kembalimu

Hal ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang
Bermaksud: Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar darpada dosa-
dosa besar?. Syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibu bapa.

Tidak ada insan pun yang sanggup melakukan penderhakaan terhadap kedua ibu bapanya
kecuali manusia yang hilang maruah, buruk akhlak dan hilang pegangan agamanya. Ada pihak
yang cuba membolehkan penderhakaan terhadap ibu bapa mereka kerana kekasaran yang
dilakukan ketika membesarkan mereka. Memang tidak dapat diingkari, ada sebilangan kecil
ibu bapa bersikap kasar dan bengis ketika membesarkan anak-anak mereka. Tidak syak lagi
bengis ini sifat jahiliah yang tidak sepatutnya diwarisi. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan
untuk membolehkan sebarang bentuk penderhakaan terhadap mereka. Jangan biarkan
peristiwa tersebut mengaburi pandanan kita lantas kita lupa jasa dan pengorbanan yang telah
dilakukan oleh ibu bapa. Sebengis-bengis mereka masih terdapat di sana nostalgia indah yang
cukup untuk menggamit hati dan perasaan ini agar menghulurkan kemaafan buat mereka.

Ketika isi masih kemerahan, anggota pula masih terkulai, hanya berbekalkan anugerah Ilahi,
kita pun menangis sebagai isyarat memerlukan sesuatu. Insafilah, siapakah manusia terdekat
yang mendengar tangisan manja itu?. Siapakah insan yang bersusah payah mencari rezeki
untuk kita ketika kita belum memiliki tenaga dan kemampuan?. Siapakah insan yang merawati
sakit kita sewaktu diri kita masih belum mengenal dunia?. Siapakah insan yang mengawal kita
daripada sebarang ancaman bahaya dengan mempertaruhkan nyawa dan diri hanya semata-
mata untuk melihat kita terus bernyawa?. Maafkanlah mereka kerana kita terlalu banyak
berhutang dengan dua insan ini. Janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan mereka walaupun
sekarang mereka sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Lihat bagaimana layanan yang diberikan
mereka terhadap anak-anaknya yang masih kecil, kemudian lihatlah kesakitan, rintihan dan
deritanya ibu ketika melahirkan mereka. Kemudian lihatlah betapa letihnya dan lemahnya
mereka, wajah ibu tidak secantik dahulu, tangan ibu semakin kasar, badan ibu semakin lemah,
ayah pula hanya dapat berehat apabila mentari terbenam dan kadang-kadang kenyenyakan
tidur malamnya tersentak apabila si anak menangis. Sesiapa ketika hidupnya sentiasa berbuat
baik terhadap ibu bapanya pasti Allah akan anugerahkan kepadanya seorang cahaya mata
yang bakal mengulangi sejarahnya. Sesiapa yang menderhaka kepada ibu bapanya sudah
pasti akan lahir manusia daripada zuriatnya sendiri, lantas mengulangi sejarah hitam yang
pernah dilakukan suatu ketika dahulu, sepertimana Sabda Rasulullah saw.
Bermaksud:

Berbuat baiklah terhadap ibu bapa kamu, pasti anak kamu akan berbuat baik terhadapkamu.
(Hadis dikeluarkan oleh Hakim dan Tabrani).

Marilah kita merenung kembali apa yang telah diperdengarkan kepada kita pada hari ini.
Mengenang jasa mereka bukanlah satu penghayatan yang bermusim atau terbatas pada
sesuatu masa atau sambutan semata-mata, bahkan apabila mereka telah meninggal dunia
sekalipun masih ada tanggungjawab yang wajib kita tunaikan kepada mereka, apatah lagi
ketika mereka masih bernyawa di hadapan mata kita.
KHUTBAH KEDUA

‫ُ عوأعبشهعهد أعمن همعحممدداً ععببهدهه‬,‫ك لعهه‬ ‫َ أعبشهعهد أعبن لع إرلعهع إرلم اه عوبحعدهه لع عشرريِ ع‬.‫َ اًعبلعحبمهد رملر عحبمدداً عكرثيِدراً عكعماَ أععمعر‬.‫ل‬ ‫اًعبلعحبمهد ر م ر‬
َ.‫صعحاَبرره أعبجعمرعيِعن‬ ‫صيل عوعسليبم عوعباَرربك عععلىَ عسيِيردعناَ همعحممدد عوعععلىَ آلرره عوأع ب‬ ‫َ عاًللمههمم ع‬.‫عوعرهسوُلههه‬
َ.‫ق تهعقاَترره لعععلمهكبم تهبفلرهحوُعن‬
‫ُ اًرتمهقوُاً اع عح م‬,‫ا‬‫ُ فععيِاَ رععباَعد ر‬,‫أعمماَ بعبعهد‬
َ‫صيل عععلىَ عسيِيردعنا‬ ‫َ عيِآَ أعليِعهاَ اًلمرذيِعن آعمهنوُاً ع‬.‫صللوُعن عععلىَ اًلنمبريي‬
‫َ عاًللمههمم ع‬.َ‫صللوُاً ععلعبيِره عوعسليهموُاً تعبسلربيِدما‬ ‫إرمن اع عوعملَئرعكتعهه يِه ع‬
َ.‫صعحاَبرره أعبجعمرعيِعن‬ ‫عوعحبربيِبرعناَ عوعشفربيِرععناَ عوعمبوُلععناَ همعحممدد عوعععلىَ آلرره عوأع ب‬
‫ب‬‫ب همرجبيِ ه‬ ‫َ إرنم ع‬.‫ت‬
ْ‫ك عسرمبيِبْع قعرربيِ ب‬ ‫ت اًلعبحعيِآَرء رمبنههبم عواًلعبمعوُاً ر‬ ‫ت عواًبلهمبؤرمرنيِعن عواًبلهمبؤرمعناَ ر‬ ‫عاًللمههمم اًبغفربر لربلهمبسلررميِعن عواًبلهمبسلرعماَ ر‬
‫ضعي اًبلعحاَعجاَ ر‬
َ.‫ت‬ ‫ت عوعيِاَ عقاَ ر‬
‫اًلمدعععوُاً ر‬
Ya Allah! Ya Tuhan kami! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya
Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan ibubapa kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di
akhirat kelak.
Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada kami
semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami khasnya kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami
khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan
nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara kami,
khususnya negeri Sarawak yang tercinta ini, sebagai negeri yang maju dan sejahtera .Justeru
kami pohon kehadratmu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang
bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke
jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau
panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung
denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
‫ب اًبلععععاَلعرمبيِعن‪ َ.‬رعبعععاَعد ارعع‪ َ.‬إرمن اععع يِعععأبهمهر رباَبلععععبدرل‬ ‫عربمعنآَ آترعناَ رفي اًللدبنعيِاَ عحعسنعةد عورفي باًلْرخعررة عحعسنعةد عوقرعناَ عععذاً ع‬
‫ب اًلنمععاَرر‪ َ.‬آميِععن‪ ُ,‬يِعععاَ عر م‬
‫عواًرلبحعساَرن‪ َ.‬عورإيِعتآَرء رذيِ اًبلقهبرعبىَ عويِعبنعهىَ ععرن اًبلفعبحعشآَرء عواًبلهمبنعكرر عواًبلبعبغري‪ َ.‬يِعرعظههكبم لعععلمهكبم تععذمكهربوعن‪ َ.‬عفاَبذهكهرواً اع اًبلععرظبيِعععم يِعععبذهكبرهكبم‪َ.‬‬
‫صلععة‪َ.‬‬ ‫صنعهعوُعن‪َ.‬أعقربيِهموُاً اًل مع‬
‫ضلرره يِهبعرطهكبم‪ َ.‬عولعرذبكهر ار أعبكبعهر‪ َ.‬عواه يِعبعلعهم عماَ تع ب‬ ‫عواًبشهكهروهه عععلىَ نرععرمره يِعرزبدهكبم‪ َ.‬عواًبسأ ع ههلوُهه رمبن فع ب‬
‫‪Disediakan Oleh:‬‬
‫‪Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak‬‬

Anda mungkin juga menyukai