Anda di halaman 1dari 3

Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia.

Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga


hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain kerana sikap saling
membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk dipercayai
jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni.
Terdapat beberapa cara mewujudkan keluarga bahagia.

Antara salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai didikan agama dan
moral yang utuh. Hal ini kerana agama merupakan tunjang pembentukan sesebuah keluarga itu.
Kebiasaannya, keluarga yang berpendidikan agama mampu melahirkan persefahaman dan perasaan
bertolak ansur dalam perhubungan keluarga.

Selain itu, Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni
dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka
dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Lantaran itu, ibu
bapa haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-
anak. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya melakukan aktiviti di luar
rumah, bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang
membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat
terhadap anak-anak dengan bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah dan
kehidupan sosial mereka.

Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia.
Contohnya, abang atau kakak yang sudah dewasa membantu meringankan beban ibu bapa seperti
menjaga adik, mengemas rumah dan memasak. Dengan itu, ibu tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke
rumah setelah penat bekerja. Malah, ibu juga akan berasa gembira melihat keadaan rumah yang teratur
dan bersih. Hal ini, akan mengelakkan pertelingkahan antara ibu dan anak seterusnya membawa kepada
pembentukan keluarga bahagia.

Di samping itu, ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran


terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada
sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung. Ramai orang
mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.Ahli keluarga
haruslah bantu-membantu antara satu sama lain.

Maka, sudah terang lagi bersuluh keluarga bahagia amat penting dalam kehidupan kita, bahkan
negara kita juga akan aman damai kerana tiada pertelingkahan sesama sendiri. Kesediaan setiap anggota
untuk bersedia berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan
keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan
masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju.
Ciri-ciri keluarga bahagia

Anda mungkin juga menyukai