Anda di halaman 1dari 14

MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Pecutan Akhir SPM 2013 - Penulisan Dimensi Diri & Dimensi Keluarga

Latihan 1 : Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan,
masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini
menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam
menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.

Pendahuluan : Tragedi-tragedi pelik seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami
membunuh isteri di tempat tidur, anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam
keluarga bagaikan menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang
kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas
di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir peledak sehingga
keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan
emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan kemurungan, halunisasi,
dan gila. Memandangkan fenomena ini boleh mengancam kesejahteraan institusi tertua di
dunia itu, pelbagai langkah menanganinya harus diambil dengan seberapa segera.

Isi 1 : Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang
mencukupi sebelum anak-anak mengharungi alam berumah tangga – anak-anak sudah
mempunyai persediaan yang cukup – dapat menangani segala masalah dengan tenang

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah


tangga adalah suatu amanah dan ibadah – menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah
keluarga yang harmoni dan sejahtera

Isi 3 : Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat – ilmu
dunia sebagai alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai pengimbang dan
kedamaian batiniah

Isi 4 : Menjalinkan perasaan mesra dan seronok sesama ahli keluarga – mengetepikan
perkara-perkara negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah – menikmati kehidupan
berkeluarga ibarat syurga

Isi 5 : Memilih pihak ketiga sebagai pendamai – langkah penyelesaian terakhir sekiranya
masalah terlalu rumit – semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing –
menerima hakikat bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian

Kesimpulan : Fenomena semasa yang semakin mencabar secara tidak langsung boleh
mempengaruhi mod dan emosi seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata,
justeru padahnya terlalu besar. Jangan dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap
masalah hendaklah diselesaikan dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah
yang tidak boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tidak mau seribu helah.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 2 : Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli


keluarga dapat membentuk keluarga yang penyayang.

Berikan pandangan anda tentang peranan ahli keluarga dalam melahirkan keluarga yang
harmoni dan penyayang.

Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada


kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut
menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk keluarga
yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah
keluarga harmoni dan bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya
eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi
mencorakkan sebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang. Walau
bagaimanapun, sokongan daripada anak-anak dan seluruh ahli keluarga amat penting juga
dalam melahirkan sebuah keluarga yang penyayang

Isi 1 : Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan seperti ini
sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa memupuk
kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat

Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada


anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk saling
hormat dan saling menyokong

Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak – melahirkan


persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat

Isi 4 : Anak-anak perlu patuh kepada ibu bapa – ibu bapa senang dengan sikap anak-anak
yang mudah ditunjuk ajar – tidak wujud jurang komunikasi

Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran


tetangga – mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan
kasih sayang

Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan


penyayang lagi cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak negatif kepada
masyarakat setempat. Oleh itu, persefahaman yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat
membentuk masyarakat madani yang kompeten dan harmoni.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 3 : Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan


kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan selain dapat menyihatkan badan.

Ulas pernyataan di atas.

Pendahuluan : Kehidupan pada hari ini sungguh mencabar. Pelbagai cabaran yang
mewarnai kehidupan kita. Bermula dengan cabaran di dalam rumah tangga hinggalah cabaran
di tempat kerja. Pelbagai masalah yang kadang-kadang boleh memisahkan insan-insan
tersayang. Memandangkan kesibukan telah menjadi penghalang ikatan kasih sayang dalam
keluarga, justeru kesempatan mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga
amatlah digalakkan. Hal demikian bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan keluarga
semula, malahan dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Oleh hal yang
demikian, setiap peluang keemasan untuk bersama-sama keluarga beriadah dan berekreasi
hendaklah diisi dengan sebaik mungkin.

Isi 1 : Dapat mengikat tautan keluarga agar lebih rapat – wujud sikap saling menolong
dan saling menyokong.

Isi 2 : Dapat bertukar-tukar fikiran dan berbincang secara santai – melupakan sejenak
masalah dalam rumah tangga dan masalah di tempat kerja – menyihatkan minda dan
mengembalikan tenaga

Isi 3 : Dapat menikmati keindahan dan kesaujanaan alam secara bersama – bersama-
sama mensyukuri akan rahmat Tuhan – saling bermuhasabah dan membuat koreksi peribadi

Isi 4 : Berkongsi pendapat menyelesaikan masalah – apabila berhadapan dengan cabaran


dalam masa aktiviti (dalam aktiviti riadah) – saling menguji ketahanan, kekuatan dan
ketabahan

Isi 5 : Aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti hidup – kesihatan fizikal dan mental –
ketenangan dan keseimbangan emosi – melahirkan zuriat yang sihat – cergas fizikal dan
cerdas minda

Kesimpulan : Keluarga ialah harta dan dalam masa yang sama menjadi teman penghibur
serta menyejukkan jiwa yang lara. Oleh itu, kesinambungan keluarga yang sihat, aktif dan
harmoni hendaklah dilestarikan agar hidup sentiasa riang dilingkungi oleh keluarga yang
bahagia dan harmoni.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 4 : Peranan membentuk keluarga bahagia tidak hanya terletak di atas bahu
ibu bapa sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua ahli keluarga.

Tulis pendapat anda tentang peranan ahli keluarga untuk membentuk keluarga yang
bahagia.

Pendahuluan : “Air dicencang tidak akan putus, dan carik-carik bulu ayam lama-lama
bercantum semula”. Dua ungkapan daripada peribahasa Melayu itu menjelaskan kepada kita
bahawa hubungan rapat yang berpaksikan darah daging tidak akan dapat dileraikan.
Walaupun pernah terpisah akibat salah faham, namun perpecahan tersebut tidak akan ke
mana-mana malah akan bercantum semula. Menghayati isi kandung daripada pengajaran
peribahasa tersebut, jelaslah kepada kita bahawa tugas membentuk keluarga yang bahagia
adalah menjadi tanggungjawab semua anggota dalam keluarga.

Isi 1 : Sentiasa mengutamakan jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga -
keluarga sebagai punca utama lahirnya kehidupan yang bahagia - tidak bersikap
mementingkan diri sendiri – sentiasa bertolak ansur dan bermusyawarah

Isi 2 : Menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi - setiap ahli keluarga yang sudah
besar dan berjaya sama ada dalam pelajaran atau kerjaya hendaklah menunjukkan contoh
teladan yang baik - membimbing dan memandu adik-adik untuk berjaya terutama dalam
pelajaran - meletakkan asas akhlak yang terpuji dengan mengamalkan tingkah laku yang baik
- mengutamakan prinsip yang muda disayangi dan yang tua dihormati

isi 3 : Menyokong keluarga dalam bentuk material dan moral - tidak boleh bersikap
mementingkan diri sendiri – membantu meringankan bebanan ibu bapa untuk menanggung
keluarga - sebagai langkah membalas budi ibu bapa/tidak bersikap seperti kacang lupakan
kulit - mempererat jalinan kasih dalam kalangan adik-beradik

Isi 4: Menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga induk walaupun selepas
berkahwin - tidak terputus silaturahim dengan keluarga - mewujudkan keluarga besar yang
harmoni, produktif, dan toleran

Kesimpulan : Berdasarkan maksud sepotong ayat al-Quran dalam Surah Ali Imron yang
bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah. Dan
berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah akan
nikmat Allah kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya”. Dengan yang demikian, jalinlah
kasih syang dan silaturahim demi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

* jika soalan berkaitan peranan anda (dimensi diri), gunalah kata ganti diri saya.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 5 : “Ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi”.

Tulis sebuah karangan berhubung dengan peribahasa tersebut.

Pendahuluan : Kehidupan berkeluarga telah mendominasi dunia sejak dari manusia mula
mengenal keperluan terhadap pasangannya. Institusi keluarga merupakan komuniti sosial
yang paling tua di dunia dan mampu bertahan hingga ke hari ini. Daripada sebuah keluarga
akhirnya berkembanglah zuriat. Zuriat yang lahir akan meneruskan tradisi warisan keluarga
dan keturunan. Atas faktor hubungan darah dan baka, anak-anak biasanya akan mewarisi
tampang fizikal serta bakat daripada ibu bapa mereka. Daripada pewarisan zuriat yang turun-
temurun itulah lahirnya peribahasa yang menyatakan, ke manakah tumpahnya kuah jikalau
tidak ke nasi.

Isi 1 : Anak sudah pasti mewarisi pembawaan serta bentuk rupa paras daripada
ibu bapa -
sekiranya ibu bapa memiliki ciri-ciri personaliti yang baik, justeru anak-anak pun demikian -
anak-anak dikatakan pancaran daripada ibu bapa - anak-anak perlu menuruti semua acuan
yang baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa

Isi 2 : Pembentukan sahsiah dan perwatakan anak-anak akan bermula di rumah - anak-
anak akan mewarisi segala tingkah laku dan tindak tanduk ibu bapa - budaya dan iklim dalam
keluarga bakal mewarnai setiap tindakan anak-anak

Isi 3 : Bakat besar yang ada kepada bapa atau ibu hendaklah diwarisi oleh anak-anak –
anak-anak hendaklah menjadi ikon baik ibu bapa – teladan daripada ramai pemimpin dunia
yang bakat mereka diwarisi oleh anak-anak – anak-anak mesti mempertahankan imej baik
yang telah ditunjukkan oleh ibu bapa

Isi 3 : Anak-anak hendaklah bersikap terbuka untuk menerima segala bimbingan


daripada ibu bapa - anak diibaratkan seperti sehelai kain putih semasa lahirnya, terletaklah
kepada ibu bapa untuk menentukan corak dan warnanya - amalkan sikap melentur buluh
biarlah semasa rebungnya – ibu bapa telah lama hidup dan banyak pengalaman yang
sewajarnya dituruti oleh anak-anak

Isi 5 : Turunan bakat yang dimiliki oleh ibu bapa perlu diwarisi oleh anak-anak – anak-
anak wajar berbangga kerana bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh ibu bapa – cuba
suburkan turunan bakat (seni kraftangan, bidang seni lukis, seni tari. memasak dan
ketukangan) yang diwarisi secara turunan generasi – peribahasa ke mana tumpah kuah kalau
tidak ke nasi

Kesimpulan : Baka dan keturunan adalah suatu kejadian Allah yang paling unik. Tiada
sesiapapun yang mampu mengubah suai ciptaan Tuhan yang sungguh agung itu. Oleh yang
demikian, kita sewajarnya menjaga zuriat dan keturunan daripada tercemar daripada pelbagai
anasir luar yang boleh merosakkan darah daging sendiri. Wujudkan hubungan yang rapat
antara ibu bapa dan anak-anak agar tradisi keluarga dan baka keturunan yang baik terus
produktif, ibarat benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 6 : Harapan ibu bapa terhadap anak-anak amatlah besar. Walau


bagaimanapun terdapat kes-kes seperti kacang melupakan kulit.

Pada pendapat anda, mengapakah wujud anak-anak yang bersikap demikian.

Pendahuluan : Alam berumah tangga menjadi cukup berseri dengan kehadiran cahaya mata.
Si ibu dan si ayah akan segera mencapai kematangan dan mula mengambil tanggungjawab
untuk menyempurnakan si anugerah daripada Tuhan itu. Itulah anak yang menjadi harapan
kepada ibu bapa sama ada di dunia mahupun di akhirat. Berbahagialah kedua-dua ibu bapa
sekiranya anak yang dilahirkan menjadi insan soleh, cemerlang dan tidak tersasar daripada
asal usul. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga ibu bapa yang terpaksa menempuh hari-
hari emas mereka akibat dipinggirkan oleh anak-anak yang tidak berhati perut umpama
kacang lupakan kulit. Sebenarnya, banyak faktor yang boleh dijustifikasikan sehingga wujud
anak-anak seumpama itu.

Isi 1 : Anak-anak yang cepat lupa daratan – lupa asal usul lalu menjadi anak derhaka –
tidak mahu berkorban untuk ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka

Isi 2 : Anak-anak tidak mempedulikan halal haram – jahil agama – tidak menghayati
balasan syurga adalah dengan reda ibu bapa

Isi 3 : Anak pascamoden yang terlalu leka dengan kebendaan – mengejar keselesaan
dunia – menganggap ibu bapa sebagai beban – sengaja membiarkan ibu bapa menderita di
desa pedalaman yang daif

Isi 4 : Sikap ibu bapa sendiri – segelintir ibu bapa yang tidak mempedulikan
tanggungjawab terhadap anak-anak – lalai dengan keseronokan – tidak sedar akan nasib pada
hari itua

Isi 5 : Masalah kebobrokan dan rumah tangga ibu bapa yang berantakan – berlaku
perceraian – anak-anak hidup terbiar dan melarat – anak-anak membawa haluan masing-
masing – hilang mawaddah terhadap ibu bapa.

Kesimpulan : Sudah menjadi resam dunia, hidup ibarat putaran roda. Demikianlah tentang
hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Andai ibu bapa melaksanakan tanggungjawab dengan
penuh ikhlas terhadap anak-anak, insya-Allah balasnya akan baik juga. Malang sekali
keadaan yang berlaku adalah amat berbeza. Oleh itu, antara ibu bapa dan anak-anak seyogia
laksanakan tanggungjawab masing-masing semoga hidup memperoleh rahmat daripada Allah
SWT.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Soalan 7 : Ramai remaja pada hari ini yang bertindak di luar batasan sehingga
memalukan ibu bapa. Perbuatan tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan buruk
kepada ibu bapa.

Bincangkan.

Pendahuluan : Belakangan ini, pelbagai isu yang melibatkan remaja sering menjadi topik
perdebatan utama. Sama ada di dada-dada akhbar mahupun yang terpancar melalui kaca
televisyen, isu panas yang berkaitan tingkah laku remaja tetap menjadi sajian yang
meloyakan. Cerita-cerita tentang pergaulan bebas, merempit dan melepak, menagih dan
jenayah semakin meningkat hari demi hari. Sementara itu, ibu bapa terpaksa menanggung
malu akibat tidak tertahan dengan gelagat anak-anak. Adakah mereka tidak dididik dengan
sempurna? Ke manakah pergi ibu bapa mereka? Sebenarnya, soalan-soalan seumpama itu
terlalu acap kita dengar. Walau bagaimanapun, amatlah tidak adil untuk menyalahkan ibu
bapa semata-mata kerana tindakan keji anak-anak muda hari ini sudah keterlaluan dan turut
memalukan induk sendiri.

Isi 1 : Ibu bapa menderita dan sedih kerana menanggung malu – kecewa apabila anak
yang dididik dan dibelai semasa kecil telah menconteng arang ke muka mereka – melakukan
pelbagai perbuatan keji dan lupa daratan

Isi 2 : Ibu bapa disisih dan dipandang serong oleh masyarakat – berdepan dengan
pelbagai tuduhan (tidak pandai mengajar anak dan menyusahkan masyarakat) – mengalami
masalah untuk berinteraksi dan bercampur gaul dalam masyarakat

Isi 3 : Ibu bapa mengalami kesan trauma dan fobia dengan tindakan ganas oleh anak-
anak – berlaku kes anak yang menagih dadah mencekik dan memukul ibu – takut situasi
sama berulang

Isi 4 : Ibu bapa dipanggil ke balai polis – diminta mengikat jamin anak yang terlibat
dengan perbuatan jenayah – mengalami tekanan perasaan dan malu

Isi 5 : Hilang tempat bergantung – menghadapi hari-hari tua yang hambar, takut dan
mengecewakan – menghembuskan nafas yang terakhir dalam kekecewaan (ditamsilkan mati
pejam tidak rapat)

Kesimpulan : Alangkah bahagianya bagi seseorang ibu atau bapa yang pada saat-saat akhir
perjalanan mereka dikelilingi oleh anak-anak dan cucu. Ada bacaan ayat-ayat suci mahupun
doa yang ditiupkan di sisi telinga oleh anak-anak yang soleh. Namun, malang sekali nasib
sebilangan ibu bapa yang terpaksa manelan kepahitan akibat perbuatan anak-anak yang tidak
bertanggungjawab. Oleh itu, wahai para remaja andai sesat di hujung jalan baliklah ke
pangkal jalan.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 8 : Anak-anak remaja hari ini dikatakan sangat liat untuk masuk ke dapur
sedangkan amalan ke dapur telah menjadi warisan turun-temurun.

Bincangkan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk memperkasakan budaya ke
dapur dalam kalangan anak-anak.

Pendahuluan : Menghayati lirik lagu klasik yang berbunyi, “Anak dara kalau menyanyi di
dapur, alamat mendapat suami tua”. Walaupun kata-kata tersebut agak sinis untuk menasihati
anak-anak gadis supaya lebih bersopan, namun di sebalik kata-kata tersebut mengandung
hakikat bahawa anak-anak perempuan sangat sinonim dengan kerja-kerja di dapur terutama
memasak. Sejak fasa silam lagi nilai diri seseorang turut diukur berdasarkan kecekapannya
menguruskan hal-hal di dapur. Sebaliknya, selepas melalui beberapa peringkat pemodenan,
anak remaja sama ada perempuan atau lelaki amat liat untuk ke dapur. Fenomena ini jelas
menunjukkan gejala ketandusan budaya tradisional. Oleh itu, sebelum warisan turun-temurun
ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu bapa hendaklah memainkan peranan hakiki untuk
melatih anak-anak agar mesra ke dapur.

Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di rumah – rumah sebagai paksi membentuk


peribadi anak-anak - ibu bapa hendaklah membudayakan amalan tradisional – membiasakan
anak-anak dengan latihan memasak, mengemas rumah – ibu bapa hendaklah menjadi role
model dan kepimpinan melalui teladan – memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-
anak

Isi 2 : Kurangkan tabiat suka makan di luar – anak-anak berasa tiada keperluan untuk
masuk ke dapur – tiada peluang untuk mendidik anak-anak secara formal

Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang – ketika semua ahli
keluarga bertemu – ibu hendaklah mengajak anak-anak masuk ke dapur – anak-anak perlu
belajar dan membantu si ibu di dapur – memberi peluang anak-anak mencuba resipi mereka –
anggota keluarga hendaklah memberikan kerjasama dan memberi penghargaan

Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin – dengan disiplin anak-anak mudah
menerima tunjuk ajar - setiap anak hendaklah diberikan tugas yang sepadan – tidak wajar ada
yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat panjang (menunggu makanan terhidang ke
lutut

Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak – anak-anak perlu diberikan semangat dan
dorongan dari awal - menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga
(majalah Anjung Seri, Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai bentuk perisian
CD/DVD) – membuka minda anak-anak mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang
berjaya

Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun
ilmunya akan ke dapur bukanlah membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang
tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap individu akan kepentingan menghidupkan suasana
kekeluargaan yang harmoni dan jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini luput,
wajarlah semua pihak terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 9 : Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan amalan gaya


hidup sihat.
Beri pendapat anda.

Pendahuluan : Gejala serangan pelbagai penyakit yang menggerunkan dan luar biasa sejak
belakangan ini amat dibimbangi oleh warga dunia. Beberapa ancaman wabak seperti SARS,
ILI, HINI, Aids dan pelbagai penyakit benar-benar menggemparkan masyarakat dunia pada
dekad-dekad belakangan ini. Selain wabak yang bersekala besar seperti itu, ancaman
kesihatan yang bersifat domestik seperti denggi, barah, dan penyakit kronik masih
membelenggu masyarakat. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah digemblengkan oleh WHO
dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk menangani ancaman gejala penyakit, namun
usaha tersebut akan menjadi lebih berkesan apabila semua pihak sentiasa prihatin untuk
memilih amalan gaya hidup sihat sebagai keutamaan. Inisiatif seperti itu hendaklah turut
disokong oleh institusi keluarga selaku penggerak utama pembentukan sesebuah masyarakat
yang sihat.

Isi-isi cadangan : (Peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga)

Isi 1: Keluarga perlu menjadikan agenda kesihatan penting setanding dengan keperluan asas
yang lain – kesihatan diambil sebagai suatu budaya dalam hidup – dalam konteks mencegah
adalah lebih baik daripada mengubati.

Isi 2: Memantapkan kedudukan ekonomi rumah tangga – kesihatan amat berkait rapat
dengan kedudukan kewangan untuk menangani segala keperluan asas

Isi 3: Mengamalkan pendidikan kesihatan dalam keluarga – keutamaan kepada maklumat


dan sumber-sumber kesihatan – bahan bacaan, kempen, dan amalan harian

Isi 4: Mengutamakan makanan untuk kesihatan daripada makan untuk kepuasan – memberi
perhatian serius terhadap nasihat dan panduan dalam piramid makanan – memilih makanan
yang berkhasiat, bersih dan halal (berpegang kepada falsafah pembentukan peribadi bermula
daripada pemakanan yang baik dan berkhasiat)

Isi 5: Mengamalkan rutin kesihatan – tidur yang cukup. Senaman yang sempurna, amalan
kebersihan, dan peka terhadapa segala serangan penyakit.

Isi 6: Peka terhadap kejahteraan dan kebersihan alam sekitar – berpegang kepada
kesejahteraan alam sebagai penjanan hidup sihat.

Isi 7: Peka terhadap keperluan masyarakat dan negara – masyarakat yang harmoni negara
dan jaya dan hidup sejahtera..

Kesimpulan : Mafhum daripada sepotong Hadith Nabi yang bermaksud, “Jagalah masa
sihatmu sebelum datang masa sakit” benar-benar menyedarkan kita bahawa
kesihatan merupakan aset besar untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun. Dalam
merealisasikan matlamat hidup sihat secara universal, keluarga hendaklah menjadi paksi
utama melaksanakan segala program amalan gaya hidup sihat yang sentiasa dicanang-
canangkan.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 10 : Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu


kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.

Pendahuluan : Anak sebagai amanah Allah. Anak juga sebagai anugerah kerana terdapat
orang yang tertentu yang terlalu berhajatkan kepada anak tidak diberikan zuriat, sebaliknya
ada pula yang memiliki terlalu ramai anak sehingga tidak terjaga. Anak-anak yang dibela jaga
dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi
sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan
rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya sesebuah rumah tangga apabila
dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil
manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup
membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi
banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah
yang lebih diberikan peranan untuk membanteras gejala pagan seperti itu agar tidak melarat.

(langkah-langkah membanteras)

Isi 1: Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga – kasih sayang dijadikan
kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga

Isi 2: Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa
mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil – menjadikan kehadiran
seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang – setiap anggota dalam keluarga faham akan
tanggungjawab masing-masing

Isi 3: Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan – setiap pasangan dikehendaki


menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumahtangga – ilmu
yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil

Isi 4: Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna – kesedaran
terhadap tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk
syaitan – penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai
kemanusiaan dan nilai sejagat

Isi 5: Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-
kanak – tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera –
mengambil tindakan pantas mencegah, melapor, dan menyelamatkan kanak-kanak yang
didera.

Isi 6: Memperkukuh jalinan kejiranan – setiap anggota keluarga hendaklah dididik


supaya menghormati jiran – jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama
ada susah atau senang.

Kesimpulan : Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan madani


yang mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara. Kejayaan
sesebuah negara adalah bergantung penuh kepada modal insan yang cemerlang sama ada
dalam aspek mental mahupun fizikal. Oleh yang demikian, keluarga amatlah
bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang mendorong kepada gejala penderaan
agar masyarakat terus harmoni dan negara sejahtera.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 11 : Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan


bebanan ekonomi dalam rumah tangga.

Tulis pendapat anda tentang langkah-langkah hemat berbelanja yang boleh dibantu oleh
anak-anak.

Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini
kos sara hidup keluarga terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi
dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana
alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana
ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-
negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita.
Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius
agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu,
setiap ahli keluarga haruslah mempunyai pelan tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada
menjadi mangsa krisis seperti itu.

Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak kecil -
memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda, berbelanja secara
berhemat, dan menjauhi amalan boros

Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui institusi


kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan memperuntukkan
lebihan belanja untuk simpanan – hayati budaya masyarakat silam menyimpan wang di dalam
tabung buluh

Isi 3 : Anak-anak hendaklah memahami kemampuan ibu bapa - tidak meminta-minta


sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup rakan-rakan di luar

Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar
kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat terpengaruh
dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan

Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk -elakkan
sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga

Sampel kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat
sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah
disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita
terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah sudah
terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi perbelanjaan secara
berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 12 : Setiap anak menjadi harapan keluarga. Menyedari hakikat tersebut,


anak-anak harus mempersiapkan diri untuk menggalas tanggungjawab terhadap
keluarga.

Tulis persediaan-persediaan yang perlu anak-anak lakukan.

Pendahuluan : Anak-anak ialah cahaya mata yang menjadi buah hati pengarang jantung
kepada kedua-dua ibu dan ayah. Dengan kelahiran seseorang anak, kehidupan ibu dan bapa
menjadi lengkap dan sempurna. Apatah lagi apabila anak yang dilahirkan dapat membesar
dengan sempurna serta menjadi insan yang berguna. Sebagai anak-anak yang menjadi
harapan ibu bapa, mereka hendaklah bersedia untuk menggalas harapan ibu bapa yang tinggi
menggunung. Elakkan daripada menjadi anak-anak yang membawa masalah kepada ibu bapa
kerana dosa yang paling besar ialah menderhakai ibu bapa. Oleh yang demikian, setiap anak
dituntut membuat persediaan sama ada mental, fizikal dan sahsiah yang baik agar harapan ibu
bapa terutama apabila menjelang usia emas mereka tidak dikecewakan.

Isi 1 : Menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah SWT – insan yang
bertakwa sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa – tidak
melakukan kerja-kerja yang terkutuk yang boleh menjejaskan maruah ibu bapa

Isi 2 : Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral tinggi – pekerti dan moral menjadi
piawai seseorang itu dipandang mulia – tidak mudah terjebak dalam angkara yang
merosakkan masa depan – menjadi imej (pancaran) hati nurani ibu bapa

Isi 3 : Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan – mengisi dada dengan ilmu,
mempelajari pelbagai kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya yang baik – bercita-
cita membalas budi ibu bapa

Isi 4 : Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan adik-beradik dan kaum
keluarga – mewujudkan keluarga harmoni – membantu dengan ikhlas tanpa mengira aspek
material mahupun moral

Isi 5 : Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba saat-saat akhir mereka – maksud
daripada firman Allah, “Akan gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan ikhlas menjaga
ibu dan bapanya hingga ke akhir hayat” - tindakan membalas budi ibu bapa yang amat besar
nilainya di sisi Tuhan.

Kesimpulan : Meminjam kata-kata daripada orang-orang lama bahawa, betapa kasihnya


seseorang ibu kepada anaknya hatta seekor lalat pun tidak dibenarkan hinggap ke tubuh si
anak. Demikianlah pengorbanan besar ibu bapa terhadap seseorang anak. Oleh itu, sikap yang
sama wajar dikembalikan oleh anak-anak terhadap kedua-dua ibu bapa. Jasa ibu bapa yang
melahirkan dan membesarkan anak-anak tidak terbalas walaupun galang gantinya sebatang
sungai emas sekalipun. Dengan hal yang demikian, bersedialah untuk menjadi seorang anak
yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai tempat mereka bergantung.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Soalan 13 : Sokongan daripada anak-anak amat penting dalam usaha mewujudkan


persekitaran keluarga yang bersih, sihat, dan ceria.

Bincangkan pendapat anda tentang sumbangan yang boleh anak-anak berikan untuk
mencapai matlamat di atas.

Pendahuluan : Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat “Rumahku
Syurgaku” menjadi hasrat semua ibu bapa. Namun demikian, tidak semua hasrat tersebut
mencapai matlamat. Ada yang kecundang dan terbentur di tengah-tengah gelora samudera.
Semua orang sentiasa menyimpan hasrat yang amat tinggi agar anak-anak menjadi insan
mulia yang tahu membalas budi dan jasa induk mereka. Oleh yang demikian, bagi
merealisasikan matlamat keluarga yang bersih, sihat, dan ceria anak-anak hendaklah
berperanan penting untuk menyuburkan persekitaran rumah tangga yang bahagia dan
kondusif.

Isi 1 : Patuh dan hormat kepada kedua-dua ibu bapa – tidak melawan dan menyanggah
cakap ibu bapa – tunaikan dan penuhi segala hasrat mereka – tidak melakukan aktiviti yang
boleh menyekitkan hati ibu bapa

Isi 2 : Menjalinkan hubungan yang akrab sesama anggota keluarga – bercakap secara
hormat dan lemah lembut sesama saudara mara – tidak bersikap ego dan mementingkan diri
sendiri

Isi 3 : Merancangkan perjumpaan keluarga secara berkala – bersama-sama pulang ke


induk – kesempatan pada cuti hujung minggu, cuti am, dan musim perayaan – menganjurkan
aktiviti mesra keluarga seperti makan bersama-sama

Isi 4 : Mengadakan program fizikal dan kerohanian secara bersama – aktiviti riadah,
gotong royong dan solat berjemaah – ziarah

Isi 5 : Menjalinkan hubungan persaudaraan dengan sanak saudara sama ada di


sebelah ibu mahupun bapa – memperluas rangkaian kaum keluarga – membantu yang
memerlukan dan menyokong usaha memajukan tabung ekonomi keluarga

Kesimpulan : Keluarga bahagia merupakan teras masyarakat yang maju dan harmoni.
Masyarakat yang harmoni dan dinamik bermula daripada sistem keluarga yang teratur dan
sejahtera. Oleh itu, setiap keluarga sama ada keluarga nukleus mahupun keluarga besar
hendaklah menjalinkan kehidupan yang saling menyokong dan bertoleransi.
MODUL KARANGAN 2014 : SMK KPG RAJA DISUSUN OLEH : ROSHIMA ABD LATIF

Latihan 14 : Anda telah memenangi peraduan menulis esei yang dianjurkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat di tempat anda. Tajuk esei yang anda pilih ialah,
“Permata Hatiku Sayang”.

Tulis esei tentang siapakah anak yang dikatakan Permata Hati?

Pendahuluan : Anak adalah menjadi buah hati pengarang jantung kepada ibu bapa. Anak
sebagai anugerah yang bakal menyerikan kehidupan berumah tangga. Disebabkan kehadiran
mereka terlalu bermakna kepada kedua-dua ibu bapa, justeru anak digelar cahaya mata. Anak
yang dibelai dengan penuh kasih sayang serta diberikan ilmu pengetahuan mampu menjadi
insan yang berguna. Mereka pasti menjadi anak-anak yang pandai membalas budi ibu bapa.
Sebenarnya, inilah anak-anak yang menjadi impian ibu bapa dan disebut permata hati.

Isi 1 : Anak yang patuh akan perintah Allah SWT dan menyayangi ibu bapa - sentiasa
taat akan perintah Allah – meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan melaksanakan
segala perintah yang baik – sntiasa berbakti kepada kedua-dua ibu bapa

Isi 2 : Anak-anak yang bermotivasi tinggi – berazam mahu mencapai kejayaan di hari
muka – gigih berusaha dan belajar – ingin membalas jasa ibu bapa dengan menghadiahi
mereka kejayaan

Isi 3 : Anak yang cemerlang akhlak dan moralnya – sentiasa menjaga nama baik
keluarga – berhati-hati dalam sebarang tindakan dan kelakuan – tidak mahu maruah ibu bapa
tercemar – hormat akan orang tua, kaum keluarga dan jiran tetangga

Isi 4 : Anak yang ikhlas mahu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa yang telah
tua dan uzur - mengambil peluang untuk membalas jasa ibu bapa ketika mereka sangat
memerlukan kehadiran anak-anak – faham akan tuntutan bahawa semua dosa anak terhadap
ibu bapanya akan terhapus apabila si ibu atau bapa mati di bawah jagaan anak tersebut

Kesimpulan : Mafhum daripada sepotong Hadith Rasulullah dengan maksudnya, “Apabila


mati seseorang anak Adam itu, justeru terputuslah segala amal baiknya, kecuali tiga yang
masih tinggal. Ketiga-tiga yang tersebut ialah sedekah kepada golongan yang memerlukan,
ilmu yang bermanfaat yang diajarkan, dan anak-anak yang baik yang sentiasa mendoakan
kesejahteraan ibu bapa mereka”. Demikianlah betapa besarnya erti kehadiran anak-anak sama
ada semasa hidup mahupun setelah mati.

Anda mungkin juga menyukai