Anda di halaman 1dari 53

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak dan
masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli
keluarga.
Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau
stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.

Pendahuluan: Tragedi-tragedi pelik seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami membunuh isteri di
tempat tidur, anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam keluarga bagaikan menjadi suatu
fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca
dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi
anasir peledak sehingga keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai
tekanan emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan kemurungan, halunisasi, dan gila.
Memandangkan fenomena ini boleh mengancam kesejahteraan institusi tertua di dunia itu, pelbagai langkah
menanganinya harus diambil dengan seberapa segera.

Isi 1: Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum anakanak mengharungi alam berumah tangga anak-anak sudah mempunyai persediaan yang cukup dapat
menangani segala masalah dengan tenang

Isi 2: Ibu bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah tangga adalah suatu amanah
dan ibadah menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera

Isi 3: Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat ilmu dunia sebagai alat untuk
kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai pengimbang dan kedamaian batiniah

Isi 4: Menjalinkan perasaan mesra dan seronok sesama ahli keluarga mengetepikan perkara-perkara negatif
yang boleh mencetuskan perasaan marah menikmati kehidupan berkeluarga ibarat syurga

Isi 5: Memilih pihak ketiga sebagai pendamai langkah penyelesaian terakhir sekiranya masalah terlalu rumit
semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing menerima hakikat bahawa bukan semua masalah
harus diselesaikan bersendirian

Kesimpulan: Fenomena semasa yang semakin mencabar secara tidak langsung boleh mempengaruhi mod dan
emosi seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata, justeru padahnya terlalu besar. Jangan
dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan hemah dan

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

pemikiran yang positif. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tidak mau
seribu helah.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk
keluarga yang penyayang.
Berikan pandangan anda tentang peranan ahli keluarga dalam melahirkan keluarga yang harmoni dan
penyayang.

Pendahuluan: Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan dan ada
kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi
nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting
untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari
nescaya eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi
mencorakkan sebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang. Walau bagaimanapun,
sokongan daripada anak-anak dan seluruh ahli keluarga amat penting juga dalam melahirkan sebuah keluarga
yang penyayang

Isi 1: Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah insan seperti ini sentiasa berfikiran positif
dan mengetepikan perihal yang negatif sentiasa memupuk kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia
mahupun akhirat

Isi 2: Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada anak-anak anak-anak
yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong

Isi 3: Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak melahirkan persekitaran rumah tangga
yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat

Isi 4: Anak-anak perlu patuh kepada ibu bapa ibu bapa senang dengan sikap anak-anak yang mudah ditunjuk
ajar tidak wujud jurang komunikasi

Isi 5: Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga mendedahi anak-anak
tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan kasih sayang

Kesimpulan: Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan penyayang lagi
cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak negatif kepada masyarakat setempat. Oleh itu,
persefahaman yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat membentuk masyarakat madani yang kompeten
dan harmoni.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan selain dapat menyihatkan badan.
Ulas pernyataan di atas.

Pendahuluan: Kehidupan pada hari ini sungguh mencabar. Pelbagai cabaran yang mewarnai kehidupan kita.
Bermula dengan cabaran di dalam rumah tangga hinggalah cabaran di tempat kerja. Pelbagai masalah yang
kadang-kadang boleh memisahkan insan-insan tersayang. Memandangkan kesibukan telah menjadi
penghalang ikatan kasih sayang dalam keluarga, justeru kesempatan mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi
bersama-sama keluarga amatlah digalakkan. Hal demikian bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan
keluarga semula, malahan dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Oleh hal yang
demikian, setiap peluang keemasan untuk bersama-sama keluarga beriadah dan berekreasi hendaklah diisi
dengan sebaik mungkin.

Isi 1: Dapat mengikat tautan keluarga agar lebih rapat wujud sikap saling menolong dan saling menyokong.

Isi 2: Dapat bertukar-tukar fikiran dan berbincang secara santai melupakan sejenak masalah dalam rumah
tangga dan masalah di tempat kerja menyihatkan minda dan mengembalikan tenaga

Isi 3: Dapat menikmati keindahan dan kesaujanaan alam secara bersama bersama-sama mensyukuri akan
rahmat Tuhan saling bermuhasabah dan membuat koreksi peribadi

Isi 4: Berkongsi pendapat menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan cabaran dalam masa aktiviti
(dalam aktiviti riadah) saling menguji ketahanan, kekuatan dan ketabahan

Isi 5: Aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti hidup kesihatan fizikal dan mental ketenangan dan
keseimbangan emosi melahirkan zuriat yang sihat cergas fizikal dan cerdas minda

Kesimpulan: Keluarga ialah harta dan dalam masa yang sama menjadi teman penghibur serta menyejukkan
jiwa yang lara. Oleh itu, kesinambungan keluarga yang sihat, aktif dan harmoni hendaklah dilestarikan agar
hidup sentiasa riang dilingkungi oleh keluarga yang bahagia dan harmoni.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Peranan membentuk keluarga bahagia tidak hanya terletak di atas bahu ibu bapa sahaja, sebaliknya
menjadi tanggungjawab semua ahli keluarga.
Tulis pendapat anda tentang peranan ahli keluarga untuk membentuk keluarga yang bahagia.

Pendahuluan: Air dicencang tidak akan putus, dan carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula. Dua
ungkapan daripada peribahasa Melayu itu menjelaskan kepada kita bahawa hubungan rapat yang berpaksikan
darah daging tidak akan dapat dileraikan. Walaupun pernah terpisah akibat salah faham, namun perpecahan
tersebut tidak akan ke mana-mana malah akan bercantum semula. Menghayati isi kandung daripada
pengajaran peribahasa tersebut, jelaslah kepada kita bahawa tugas membentuk keluarga yang bahagia adalah
menjadi tanggungjawab semua anggota dalam keluarga.

Isi 1: Sentiasa mengutamakan jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga - keluarga sebagai punca
utama lahirnya kehidupan yang bahagia - tidak bersikap mementingkan diri sendiri sentiasa bertolak ansur
dan bermusyawarah

Isi 2: Menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi - setiap ahli keluarga yang sudah besar dan berjaya sama
ada dalam pelajaran atau kerjaya hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik - membimbing dan
memandu adik-adik untuk berjaya terutama dalam pelajaran - meletakkan asas akhlak yang terpuji dengan
mengamalkan tingkah laku yang baik - mengutamakan prinsip yang muda disayangi dan yang tua dihormati

Isi 3: Menyokong keluarga dalam bentuk material dan moral - tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri
membantu meringankan bebanan ibu bapa untuk menanggung keluarga - sebagai langkah membalas budi ibu
bapa/tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit - mempererat jalinan kasih dalam kalangan adik-beradik

Isi 4: Menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga induk walaupun selepas berkahwin - tidak terputus
silaturahim dengan keluarga - mewujudkan keluarga besar yang harmoni, produktif, dan toleran

Kesimpulan: Berdasarkan maksud sepotong ayat al-Quran dalam Surah Ali Imron yang bermaksud, Wahai
orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah. Dan berpeganglah kamu kepada tali Allah dan
janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya.
Dengan yang demikian, jalinlah kasih syang dan silaturahim demi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
*jika soalan berkaitan peranan anda (dimensi diri), gunalah kata ganti diri saya.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.


Tulis sebuah karangan berhubung dengan peribahasa tersebut.
Pendahuluan: Kehidupan berkeluarga telah mendominasi dunia sejak dari manusia mula mengenal keperluan
terhadap pasangannya. Institusi keluarga merupakan komuniti sosial yang paling tua di dunia dan mampu
bertahan hingga ke hari ini. Daripada sebuah keluarga akhirnya berkembanglah zuriat. Zuriat yang lahir akan
meneruskan tradisi warisan keluarga dan keturunan. Atas faktor hubungan darah dan baka, anak-anak
biasanya akan mewarisi tampang fizikal serta bakat daripada ibu bapa mereka. Daripada pewarisan zuriat yang
turun-temurun itulah lahirnya peribahasa yang menyatakan, ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.

Isi 1: Anak sudah pasti mewarisi pembawaan serta bentuk rupa paras daripada ibu bapa sekiranya ibu bapa memiliki ciri-ciri personaliti yang baik, justeru anak-anak pun demikian - anak-anak
dikatakan pancaran daripada ibu bapa - anak-anak perlu menuruti semua acuan yang baik yang ditunjukkan
oleh ibu bapa

Isi 2: Pembentukan sahsiah dan perwatakan anak-anak akan bermula di rumah - anak-anak akan mewarisi
segala tingkah laku dan tindak tanduk ibu bapa - budaya dan iklim dalam keluarga bakal mewarnai setiap
tindakan anak-anak

Isi 3: Bakat besar yang ada kepada bapa atau ibu hendaklah diwarisi oleh anak-anak anak-anak hendaklah
menjadi ikon baik ibu bapa teladan daripada ramai pemimpin dunia yang bakat mereka diwarisi oleh anakanak anak-anak mesti mempertahankan imej baik yang telah ditunjukkan oleh ibu bapa

Isi 3: Anak-anak hendaklah bersikap terbuka untuk menerima segala bimbingan daripada ibu bapa - anak
diibaratkan seperti sehelai kain putih semasa lahirnya, terletaklah kepada ibu bapa untuk menentukan corak
dan warnanya - amalkan sikap melentur buluh biarlah semasa rebungnya ibu bapa telah lama hidup dan
banyak pengalaman yang sewajarnya dituruti oleh anak-anak

Isi 5: Turunan bakat yang dimiliki oleh ibu bapa perlu diwarisi oleh anak-anak anak-anak wajar berbangga
kerana bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh ibu bapa cuba suburkan turunan bakat (seni kraftangan,
bidang seni lukis, seni tari. memasak dan ketukangan) yang diwarisi secara turunan generasi peribahasa ke
mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Kesimpulan: Baka dan keturunan adalah suatu kejadian Allah yang paling unik. Tiada sesiapapun yang mampu
mengubah suai ciptaan Tuhan yang sungguh agung itu. Oleh yang demikian, kita sewajarnya menjaga zuriat
dan keturunan daripada tercemar daripada pelbagai anasir luar yang boleh merosakkan darah daging sendiri.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Wujudkan hubungan yang rapat antara ibu bapa dan anak-anak agar tradisi keluarga dan baka keturunan yang
baik terus produktif, ibarat benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
Harapan ibu bapa terhadap anak-anak amatlah besar. Walau bagaimanapun terdapat kes-kes seperti
kacang melupakan kulit.

Pada pendapat anda, mengapakah wujud anak-anak yang bersikap demikian.

Pendahuluan: Alam berumah tangga menjadi cukup berseri dengan kehadiran cahaya mata. Si ibu dan si ayah
akan segera mencapai kematangan dan mula mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan si anugerah
daripada Tuhan itu. Itulah anak yang menjadi harapan kepada ibu bapa sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Berbahagialah kedua-dua ibu bapa sekiranya anak yang dilahirkan menjadi insan soleh, cemerlang dan tidak
tersasar daripada asal usul. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga ibu bapa yang terpaksa menempuh harihari emas mereka akibat dipinggirkan oleh anak-anak yang tidak berhati perut umpama kacang lupakan kulit.
Sebenarnya, banyak faktor yang boleh dijustifikasikan sehingga wujud anak-anak seumpama itu.

Isi 1: Anak-anak yang cepat lupa daratan lupa asal usul lalu menjadi anak derhaka tidak mahu berkorban
untuk ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka

Isi 2: Anak-anak tidak mempedulikan halal haram jahil agama tidak menghayati balasan syurga adalah
dengan reda ibu bapa

Isi 3: Anak pascamoden yang terlalu leka dengan kebendaan mengejar keselesaan dunia menganggap ibu
bapa sebagai beban sengaja membiarkan ibu bapa menderita di desa pedalaman yang daif

Isi 4: Sikap ibu bapa sendiri segelintir ibu bapa yang tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap anakanak lalai dengan keseronokan tidak sedar akan nasib pada hari itua

Isi 5: Masalah kebobrokan dan rumah tangga ibu bapa yang berantakan berlaku perceraian anak-anak
hidup terbiar dan melarat anak-anak membawa haluan masing-masing hilang mawaddah terhadap ibu
bapa.

Kesimpulan: Sudah menjadi resam dunia, hidup ibarat putaran roda. Demikianlah tentang hubungan ibu bapa
dengan anak-anak. Andai ibu bapa melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas terhadap anak-anak,
insya-Allah balasnya akan baik juga. Malang sekali keadaan yang berlaku adalah amat berbeza. Oleh itu,

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

antara ibu bapa dan anak-anak seyogia laksanakan tanggungjawab masing-masing semoga hidup memperoleh
rahmat daripada Allah SWT.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Ramai remaja pada hari ini yang bertindak di luar batasan sehingga memalukan ibu bapa. Perbuatan
tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada ibu bapa.

Bincangkan.

Pendahuluan: Belakangan ini, pelbagai isu yang melibatkan remaja sering menjadi topik perdebatan utama.
Sama ada di dada-dada akhbar mahupun yang terpancar melalui kaca televisyen, isu panas yang berkaitan
tingkah laku remaja tetap menjadi sajian yang meloyakan. Cerita-cerita tentang pergaulan bebas, merempit dan
melepak, menagih dan jenayah semakin meningkat hari demi hari. Sementara itu, ibu bapa terpaksa
menanggung malu akibat tidak tertahan dengan gelagat anak-anak. Adakah mereka tidak dididik dengan
sempurna? Ke manakah pergi ibu bapa mereka? Sebenarnya, soalan-soalan seumpama itu terlalu acap kita
dengar. Walau bagaimanapun, amatlah tidak adil untuk menyalahkan ibu bapa semata-mata kerana tindakan
keji anak-anak muda hari ini sudah keterlaluan dan turut memalukan induk sendiri.

Isi 1: Ibu bapa menderita dan sedih kerana menanggung malu kecewa apabila anak yang dididik dan dibelai
semasa kecil telah menconteng arang ke muka mereka melakukan pelbagai perbuatan keji dan lupa daratan

Isi 2: Ibu bapa disisih dan dipandang serong oleh masyarakat berdepan dengan pelbagai tuduhan (tidak
pandai mengajar anak dan menyusahkan masyarakat) mengalami masalah untuk berinteraksi dan bercampur
gaul dalam masyarakat

Isi 3: Ibu bapa mengalami kesan trauma dan fobia dengan tindakan ganas oleh anak-anak berlaku kes anak
yang menagih dadah mencekik dan memukul ibu takut situasi sama berulang

Isi 4: Ibu bapa dipanggil ke balai polis diminta mengikat jamin anak yang terlibat dengan perbuatan jenayah
mengalami tekanan perasaan dan malu

Isi 5: Hilang tempat bergantung menghadapi hari-hari tua yang hambar, takut dan mengecewakan
menghembuskan nafas yang terakhir dalam kekecewaan (ditamsilkan mati pejam tidak rapat)

Kesimpulan: Alangkah bahagianya bagi seseorang ibu atau bapa yang pada saat-saat akhir perjalanan mereka
dikelilingi oleh anak-anak dan cucu. Ada bacaan ayat-ayat suci mahupun doa yang ditiupkan di sisi telinga oleh
anak-anak yang soleh. Namun, malang sekali nasib sebilangan ibu bapa yang terpaksa manelan kepahitan
akibat perbuatan anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, wahai para remaja andai sesat di hujung
jalan baliklah ke pangkal jalan.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Anak-anak remaja hari ini dikatakan sangat liat untuk masuk ke dapur sedangkan amalan ke dapur telah
menjadi warisan turun-temurun. Bincangkan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk
memperkasakan budaya ke dapur dalam kalangan anak-anak.
Pendahuluan: Menghayati lirik lagu klasik yang berbunyi, Anak dara kalau menyanyi di dapur, alamat
mendapat suami tua. Walaupun kata-kata tersebut agak sinis untuk menasihati anak-anak gadis supaya lebih
bersopan, namun di sebalik kata-kata tersebut mengandung hakikat bahawa anak-anak perempuan sangat
sinonim dengan kerja-kerja di dapur terutama memasak. Sejak fasa silam lagi nilai diri seseorang turut diukur
berdasarkan kecekapannya menguruskan hal-hal di dapur. Sebaliknya, selepas melalui beberapa peringkat
pemodenan, anak remaja sama ada perempuan atau lelaki amat liat untuk ke dapur. Fenomena ini jelas
menunjukkan gejala ketandusan budaya tradisional. Oleh itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan
arus pemodenan, ibu bapa hendaklah memainkan peranan hakiki untuk melatih anak-anak agar mesra ke
dapur.
Isi 1: Mengamalkan pendidikan bermula di rumah rumah sebagai paksi membentuk peribadi anak-anak - ibu
bapa hendaklah membudayakan amalan tradisional membiasakan anak-anak dengan latihan memasak,
mengemas rumah ibu bapa hendaklah menjadi role model dan kepimpinan melalui teladan memanfaatkan
cuti sekolah untuk melatih anak-anak
Isi 2: Kurangkan tabiat suka makan di luar anak-anak berasa tiada keperluan untuk masuk ke dapur tiada
peluang untuk mendidik anak-anak secara formal
Isi 3: Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang ketika semua ahli keluarga bertemu ibu
hendaklah mengajak anak-anak masuk ke dapur anak-anak perlu belajar dan membantu si ibu di dapur
memberi peluang anak-anak mencuba resipi mereka anggota keluarga hendaklah memberikan kerjasama
dan memberi penghargaan
Isi 4: Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin dengan disiplin anak-anak mudah menerima tunjuk ajar setiap anak hendaklah diberikan tugas yang sepadan tidak wajar ada yang terlalu berat tugasan dan ada
yang berehat panjang (menunggu makanan terhidang ke lutut
Isi 5: Memberi motivasi kepada anak-anak anak-anak perlu diberikan semangat dan dorongan dari awal menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga (majalah Anjung Seri, Majalah Laman, Saji,
Didik, Muslimah dan pelbagai bentuk perisian CD/DVD) membuka minda anak-anak mengikuti teladan
daripada ikon keluarga yang berjaya

Kesimpulan: Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun ilmunya akan ke
dapur bukanlah membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang tersirat adalah untuk
mengilhamkan setiap individu akan kepentingan menghidupkan suasana kekeluargaan yang harmoni dan

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini luput, wajarlah semua pihak terutama ibu bapa mendidik
anak-anak semula ke landasan yang betul.
Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan amalan gaya hidup sihat.
Berikan pendapat anda.

Pendahuluan: Gejala serangan pelbagai penyakit yang menggerunkan dan luar biasa sejak belakangan ini
amat dibimbangi oleh warga dunia. Beberapa ancaman wabak seperti SARS, ILI, HINI, Aids dan pelbagai
penyakit benar-benar menggemparkan masyarakat dunia pada dekad-dekad belakangan ini. Selain wabak
yang bersekala besar seperti itu, ancaman kesihatan yang bersifat domestik seperti denggi, barah, dan
penyakit kronik masih membelenggu masyarakat. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah digemblengkan oleh
WHO dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk menangani ancaman gejala penyakit, namun usaha
tersebut akan menjadi lebih berkesan apabila semua pihak sentiasa prihatin untuk memilih amalan gaya hidup
sihat sebagai keutamaan. Inisiatif seperti itu hendaklah turut disokong oleh institusi keluarga selaku penggerak
utama pembentukan sesebuah masyarakat yang sihat.

(Peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga)


Isi 1: Keluarga perlu menjadikan agenda kesihatan penting setanding dengan keperluan asas yang lain
kesihatan diambil sebagai suatu budaya dalam hidup dalam konteks mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati.
Isi 2: Memantapkan kedudukan ekonomi rumah tangga kesihatan amat berkait rapat dengan kedudukan
kewangan untuk menangani segala keperluan asas.
Isi 3: Mengamalkan pendidikan kesihatan dalam keluarga keutamaan kepada maklumat dan sumber-sumber
kesihatan bahan bacaan, kempen, dan amalan harian.
Isi 4: Mengutamakan makanan untuk kesihatan daripada makan untuk kepuasan memberi perhatian serius
terhadap nasihat dan panduan dalam piramid makanan memilih makanan yang berkhasiat, bersih dan halal
(berpegang kepada falsafah pembentukan peribadi bermula daripada pemakanan yang baik dan berkhasiat).
Isi 5: Mengamalkan rutin kesihatan tidur yang cukup. Senaman yang sempurna, amalan kebersihan, dan
peka terhadapa segala serangan penyakit.
Isi 6: Peka terhadap kejahteraan dan kebersihan alam sekitar berpegang kepada kesejahteraan alam
sebagai penjanan hidup sihat.
Isi 7: Peka terhadap keperluan masyarakat dan negara masyarakat yang harmoni negara dan jaya dan hidup
sejahtera.

Kesimpulan: Mafhum daripada sepotong Hadith Nabi yang bermaksud, Jagalah masa sihatmu sebelum
datang masa sakit benar-benar menyedarkan kita bahawa kesihatan merupakan aset besar untuk sesuatu
bangsa itu mempertahankan tamadun. Dalam merealisasikan matlamat hidup sihat secara universal, keluarga

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

hendaklah menjadi paksi utama melaksanakan segala program amalan gaya hidup sihat yang sentiasa
dicanang-canangkan.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu kejadian penderaan kanak-kanak
oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.

Pendahuluan: Anak sebagai amanah Allah. Anak juga sebagai anugerah kerana terdapat orang yang tertentu
yang terlalu berhajatkan kepada anak tidak diberikan zuriat, sebaliknya ada pula yang memiliki terlalu ramai
anak sehingga tidak terjaga. Anak-anak yang dibela jaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam
kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih
gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya sesebuah rumah tangga
apabila dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia
sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging
sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan
akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih diberikan peranan untuk membanteras gejala pagan
seperti itu agar tidak melarat.

(Langkah-langkah membanteras)
Isi 1: Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga kasih sayang dijadikan kunci dan matlamat
membina sesebuah keluarga.
Isi 2: Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul amanah
untuk menjaga anak-anak kecil menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang
setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing.
Isi 3: Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan setiap pasangan dikehendaki menghayati betul-betul
kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumahtangga ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan
psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil.
Isi 4: Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna kesedaran terhadap tanggunjawab
agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk syaitan penghayatan moral membolehkan
seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat.
Isi 5: Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak tidak memberikan
kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera mengambil tindakan pantas mencegah, melapor,
dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera.
Isi 6: Memperkukuh jalinan kejiranan setiap anggota keluarga hendaklah dididik supaya menghormati jiran
jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama ada susah atau senang.
Kesimpulan: Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan madani yang mampu
memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara. Kejayaan sesebuah negara adalah
bergantung penuh kepada modal insan yang cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun fizikal. Oleh
yang demikian, keluarga amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang mendorong kepada
gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan negara sejahtera.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah
tangga.
Tulis pendapat anda tentang langkah-langkah hemat berbelanja yang boleh dibantu oleh anak-anak.

Pendahuluan: Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara hidup
keluarga terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan
mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan
banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir
besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan
kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius agar dapat
menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap ahli keluarga
haruslah mempunyai pelan tersendiri untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa krisis seperti itu.

Isi 1: Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak kecil - memupuk nilai-nilai murni
dalam keluarga seperti menyayangi harta benda, berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros

Isi 2: Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui institusi kewangan dan
pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan
hayati budaya masyarakat silam menyimpan wang di dalam tabung buluh

Isi 3: Anak-anak hendaklah memahami kemampuan ibu bapa - tidak meminta-minta sesuatu yang berlebihlebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup rakan-rakan di luar

Isi 4: Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar kemampuan - keinginan untuk
hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran
jualan

Isi 5: Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk -elakkan sifat meninggi diri mahu
bersaing dengan jiran dan tetangga

Kesimpulan: Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis
amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan
sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti
ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi perbelanjaan secara
berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Setiap anak menjadi harapan keluarga. Menyedari hakikat tersebut, anak-anak harus mempersiapkan
diri untuk menggalas tanggungjawab terhadap keluarga.
Tulis persediaan-persediaan yang perlu anak-anak lakukan.
Pendahuluan: Anak-anak ialah cahaya mata yang menjadi buah hati pengarang jantung kepada kedua-dua ibu
dan ayah. Dengan kelahiran seseorang anak, kehidupan ibu dan bapa menjadi lengkap dan sempurna. Apatah
lagi apabila anak yang dilahirkan dapat membesar dengan sempurna serta menjadi insan yang berguna.
Sebagai anak-anak yang menjadi harapan ibu bapa, mereka hendaklah bersedia untuk menggalas harapan ibu
bapa yang tinggi menggunung. Elakkan daripada menjadi anak-anak yang membawa masalah kepada ibu
bapa kerana dosa yang paling besar ialah menderhakai ibu bapa. Oleh yang demikian, setiap anak dituntut
membuat persediaan sama ada mental, fizikal dan sahsiah yang baik agar harapan ibu bapa terutama apabila
menjelang usia emas mereka tidak dikecewakan.

Isi 1: Menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah SWT insan yang bertakwa sentiasa
melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa tidak melakukan kerja-kerja yang terkutuk
yang boleh menjejaskan maruah ibu bapa

Isi 2: Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral tinggi pekerti dan moral menjadi piawai seseorang itu
dipandang mulia tidak mudah terjebak dalam angkara yang merosakkan masa depan menjadi imej
(pancaran) hati nurani ibu bapa

Isi 3: Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan mengisi dada dengan ilmu, mempelajari pelbagai
kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya yang baik bercita-cita membalas budi ibu bapa

Isi 4: Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan adik-beradik dan kaum keluarga mewujudkan
keluarga harmoni membantu dengan ikhlas tanpa mengira aspek material mahupun moral

Isi 5: Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba saat-saat akhir mereka maksud daripada firman Allah, Akan
gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan ikhlas menjaga ibu dan bapanya hingga ke akhir hayat tindakan membalas budi ibu bapa yang amat besar nilainya di sisi Tuhan.

Kesimpulan: Meminjam kata-kata daripada orang-orang lama bahawa, betapa kasihnya seseorang ibu kepada
anaknya hatta seekor lalat pun tidak dibenarkan hinggap ke tubuh si anak. Demikianlah pengorbanan besar ibu
bapa terhadap seseorang anak. Oleh itu, sikap yang sama wajar dikembalikan oleh anak-anak terhadap keduadua ibu bapa. Jasa ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak tidak terbalas walaupun galang
gantinya sebatang sungai emas sekalipun. Dengan hal yang demikian, bersedialah untuk menjadi seorang
anak yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai tempat mereka bergantung.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Sokongan daripada anak-anak amat penting dalam usaha mewujudkan persekitaran keluarga yang
bersih, sihat, dan ceria.

Bincangkan pendapat anda tentang sumbangan yang boleh anak-anak berikan untuk mencapai matlamat di
atas.

Pendahuluan: Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat Rumahku Syurgaku menjadi
hasrat semua ibu bapa. Namun demikian, tidak semua hasrat tersebut mencapai matlamat. Ada yang
kecundang dan terbentur di tengah-tengah gelora samudera. Semua orang sentiasa menyimpan hasrat yang
amat tinggi agar anak-anak menjadi insan mulia yang tahu membalas budi dan jasa induk mereka. Oleh yang
demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang bersih, sihat, dan ceria anak-anak hendaklah
berperanan penting untuk menyuburkan persekitaran rumah tangga yang bahagia dan kondusif.

Isi 1: Patuh dan hormat kepada kedua-dua ibu bapa tidak melawan dan menyanggah cakap ibu bapa
tunaikan dan penuhi segala hasrat mereka tidak melakukan aktiviti yang boleh menyekitkan hati ibu bapa

Isi 2: Menjalinkan hubungan yang akrab sesama anggota keluarga bercakap secara hormat dan lemah
lembut sesama saudara mara tidak bersikap ego dan mementingkan diri sendiri

Isi 3: Merancangkan perjumpaan keluarga secara berkala bersama-sama pulang ke induk kesempatan
pada cuti hujung minggu, cuti am, dan musim perayaan menganjurkan aktiviti mesra keluarga seperti makan
bersama-sama

Isi 4: Mengadakan program fizikal dan kerohanian secara bersama aktiviti riadah, gotong royong dan solat
berjemaah ziarah

Isi 5: Menjalinkan hubungan persaudaraan dengan sanak saudara sama ada di sebelah ibu mahupun bapa
memperluas rangkaian kaum keluarga membantu yang memerlukan dan menyokong usaha memajukan
tabung ekonomi keluarga

Kesimpulan: Keluarga bahagia merupakan teras masyarakat yang maju dan harmoni. Masyarakat yang
harmoni dan dinamik bermula daripada sistem keluarga yang teratur dan sejahtera. Oleh itu, setiap keluarga
sama ada keluarga nukleus mahupun keluarga besar hendaklah menjalinkan kehidupan yang saling
menyokong dan bertoleransi.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Anda telah memenangi peraduan menulis esei yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di
tempat anda. Tajuk esei yang anda pilih ialah, Permata Hatiku Sayang.

Tulis esei tentang siapakah anak yang dikatakan Permata Hati?

Pendahuluan: Anak adalah menjadi buah hati pengarang jantung kepada ibu bapa. Anak sebagai anugerah
yang bakal menyerikan kehidupan berumah tangga. Disebabkan kehadiran mereka terlalu bermakna kepada
kedua-dua ibu bapa, justeru anak digelar cahaya mata. Anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang serta
diberikan ilmu pengetahuan mampu menjadi insan yang berguna. Mereka pasti menjadi anak-anak yang pandai
membalas budi ibu bapa. Sebenarnya, inilah anak-anak yang menjadi impian ibu bapa dan disebut permata
hati.

Isi 1: Anak yang patuh akan perintah Allah SWT dan menyayangi ibu bapa - sentiasa taat akan perintah Allah
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan melaksanakan segala perintah yang baik sntiasa berbakti
kepada kedua-dua ibu bapa

Isi 2: Anak-anak yang bermotivasi tinggi berazam mahu mencapai kejayaan di hari muka gigih berusaha
dan belajar ingin membalas jasa ibu bapa dengan menghadiahi mereka kejayaan

Isi 3: Anak yang cemerlang akhlak dan moralnya sentiasa menjaga nama baik keluarga berhati-hati dalam
sebarang tindakan dan kelakuan tidak mahu maruah ibu bapa tercemar hormat akan orang tua, kaum
keluarga dan jiran tetangga

Isi 4: Anak yang ikhlas mahu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa yang telah tua dan uzur mengambil peluang untuk membalas jasa ibu bapa ketika mereka sangat memerlukan kehadiran anak-anak
faham akan tuntutan bahawa semua dosa anak terhadap ibu bapanya akan terhapus apabila si ibu atau bapa
mati di bawah jagaan anak tersebut

Kesimpulan: Mafhum daripada sepotong Hadith Rasulullah dengan maksudnya, Apabila mati seseorang anak
Adam itu, justeru terputuslah segala amal baiknya, kecuali tiga yang masih tinggal. Ketiga-tiga yang tersebut
ialah sedekah kepada golongan yang memerlukan, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan, dan anak-anak yang
baik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka. Demikianlah betapa besarnya erti kehadiran
anak-anak sama ada semasa hidup mahupun setelah mati.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap yang baik dalam kalangan anakanak.

Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah keluarga yang harmoni

ISI-ISI UTAMA (IU)

Anak-anak yang mulia budi pekerti dan bermoral tinggi

Anak-anak yang bersikap ringan tulang

Anak-anak yang patuh kepada perintah agama dan taat kepada ibu bapa

Anak-anak yang bersedia mengambil tanggungjawab

Anak-anak yang saling bertoleransi

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat Rumahku Syurgaku menjadi hasrat semua
keluarga. Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memanglah lunak dan muluk, namun tidak
semudah seperti yang dihasratkan. Realitinya, banyak institusi keluarga yang kecundang dan terbentur ditelan
gelombang. Oleh itu, selain ibu bapa, anak-anak turut berperanan untuk mewujudkan keharmonian dalam
rumah tangga. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah
bersikap positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni,
dan sejahtera.

Prakarsa yang paling prima ialah anak-anak hendaklah menjadi seorang insan yang patuh kepada agama dan
taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun
budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah. Hormati dan
taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah atas redha ibu bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi
manakala perintah Tuhan ditaati nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani.
Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah
tangga selaras dengan slogan Rumahku Syurgaku.

Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi pekerti dan bermoral tinggi. Budi pekerti dan moral
sentiasa menjadi pakaian peribadi. Elok pekerti nescaya terserlah nilai insani. Sewajarnya, anak-anak haruslah
mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, Hendak mengenal diri lihatlah
pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan
hati dan kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua
dihormati, manakala yang muda disayangi. Seandainya, karektor seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah
lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan kriteria yang amat baik untuk
membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun
penat lelah dalam memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap segala
kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh semua ahli keluarga. Malahan ada
ketika wujud salah faham apabila anak-anak seperti ini dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang
wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat hubungan
mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas
limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian, balasi ibu bapa dengan sikap
ringan tulang demi sebuah keluarga yang harmoni dan prihatin.

Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula
yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil
tanggungjawab. Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik
beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun.
Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan
terbentuk. Anak-anak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin kepada
ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak
yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah
untuk mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.

Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resipi untuk melahirkan sebuah keluarga yang
harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya
keluarga lebih aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan
saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah anggap kononnya ada yang
lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan
kuku. Sebarang perbuatan yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak lebih daripada cubit paha kiri paha
kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana perselisihan
dalam kalangan adik-beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. Oleh itu, setiap ahli keluarga
bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua dalam sejarah manusia ini agar terus
subur dengan sifat kasih sayang, harmoni dan penuh mawaddah.

Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik. Sikap penyayang ibu
bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga
yang harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga memperoleh
kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, Keluarga bahagia penjana kecemerlangan ummah.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

KELUARGA IMPIAN SAYA (I)

"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan
seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah
keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus
memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu
bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan
kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan
mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang
merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata
pepatah ,bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana
intan, yang mana kaca. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya
mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu
bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa
harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh . Didikan
agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur
buluh, biarlah dari rebungnya. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh
diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah
mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa
anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar
bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak
sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan
yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya
hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak
janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa,
siapakah kita?

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan
memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahliahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan
sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur
juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. Rumahku, syurgaku. Keluarga bahagia
ialah keluarga impian saya.

KELUARGA IMPIAN SAYA (II)

Rumahku, syurgaku merupakan ungkapan keramat yang memanifestasikan peri pentingnya setiap ahli dalam
sesebuah keluarga memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin sehingga menjelmakan
kebahagiaan yang menjadikan rumah seumpama syurga. Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang
bahagia, tidak terkecuali saya. Dalam sebuah keluarga yang bahagia, nilai toleransi, bertimbang rasa, kasih
sayang, hormat menghormati dan kejujuran sewajarnya menunjangi kehidupan seharian ahli-ahlinya. Tidak
lengkap jika setiap ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain
kerana sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar
untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi
harmoni. Oleh itu, kita harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan itu kerana
tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.

Sesungguhnya setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipan masing-masing demi mewujudkan
sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang
harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk sahsiah anakanak. Ibu bapa jugalah yang akan memberikan bekalan yang terbaik kepada anak-anak seperti ilmu
pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni. Anak-anak pada era globalisasi ini semakin cepat menerima apaapa yang dipelajari, maka anak-anak ini perlu dibaja dengan perkara yang baik dan berfaedah serta
membuahkan hasil. Anak-anak umpama sehelai kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa supaya
menjadi sehelai kain batik yang cantik lagi menarik. Sewaktu anak-anak masih kecil, ibu bapalah yang menjadi
guru mereka kerana merekalah guru yang pertama dan terdekat yang boleh membimbing anak-anak supaya
menjadi insan yang berwawasan apabila dewasa kelak. Anak-anak akan meniru jejak langkah ibu dan bapa
kerana mereka merupakan idola anak-anak mereka semasa kecil dan hal ini dapat diibaratkan bagaimana
acuan, begitulah kuihnya. Haruslah diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa pasti
ada yang akan menjejaki langkah mereka. Tuntasnya, benarlah bahawa ibu bapa haruslah membentuk sahsiah
anak-anak mereka untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi fizikal mahupun rohani mereka dan ciri
keluarga beginilah yang menjadi impian saya.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Selain itu, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka yang mana intan, yang mana kaca, iaitu mereka
bijak membezakan antara perbuatan yang baik dan sebaliknya. Hal ini disebabkan oleh sifat anak-anak yang
naif lantas tidak berupaya membezakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk. Dalam konteks
ini ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang realiti menempuh kehidupan yang diredai Tuhan. Ibu
bapa harus mengawasi pergaulan anak-anak di luar rumah kerana dikhuatiri mereka terlampau bebas sehingga
terjerumus ke lembah dunia yang penuh dengan masalah sosial dan susila yang meruncing sedangkan mereka
masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka
tidak bergaul dengan rakan yang buruk akhlaknya kerana hal tersebut akan menggelapkan masa depan
mereka. Tidak cukup jika kasih sayang yang diberikan seperti bena tak bena. Sebaliknya, ibu bapa haruslah
memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak memperoleh didikan agama yang mantap sejak anakanak masih kecil lagi kerana tanpa pegangan agama yang kukuh mereka akan tersesat seperti layang-layang
terputus talinya. Ironinya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya mereka tidak
tersesat ketika menempuh belantara kehidupan. Dalam benak saya, inilah antara ciri yang perlu ada dalam
keluarga yang menjadi idaman saya.

Anak-anak akan kehilangan semangat untuk melakukan sebarang kerja seharian jika ibu bapa tidak
meluangkan masa dengan mereka walaupun hanya untuk bertanyakan khabar. Lantaran itu, ibu bapa haruslah
berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Meluangkan masa bersamasama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya melakukan aktiviti di luar rumah, bahkan usaha tersebut boleh
juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di
samping menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak dengan bertanyakan
masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah dan kehidupan sosial mereka. Ibu bapa tidak
seharusnya memperlihatkan sikap rakus dalam mengejar fatamorgana dalam aspek kebendaan sehingga
mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Wang ringgit bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah
yang dihadapi tetapi kasih sayang yang ikhlas dari lubuk hati yang suci itu adalah penting bagi menjana
keluarga bahagia. Tidak salah jika ibu bapa mencari rezeki pada siang hari, tetapi jika sering pulang lewat
petang sehingga mengabaikan makan minum anak-anak, tentu mereka akan makan hati. Peribahasa Arab
pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kurang memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk
adalah yatim. Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama dengan anak-anak
agar mereka tidak kesunyian di samping dapat membina keluarga bahagia.

Menjadi anak yang derhaka ialah perkara yang dilarang sama sekali dalam mana-mana ajaran agama. Untuk
mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak haruslah menuruti perintah ibu bapa mereka. Anak-anak hendaklah
belajar dengan penuh kesungguhan dan mendapat keputusan yang cemerlang kerana pencapaian tersebut
dapat membanggakan ibu bapa untuk membalas jasa mereka. Anak-anak seharusnya memuliakan maruah diri
dan maruah keluarga dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba
haram, dan menagih dadah. Anak-anak sewajarnya mendengar nasihat ibu bapa, bukannya menjadikan diri
mereka tidak ubah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Tidak sepatutnya jasa ibu bapa yang tidak terbalas
itu dilupakan begitu sahaja. Sebagai insan yang bergelar anak kita haruslah mengenang jasa mereka kerana

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

kita ditegah untuk menjadi seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak haruslah mengambil alih tugas ibu bapa
yang dahulu menjaga kita sewaktu kecil dan kini tugas itu diambil oleh generasi muda untuk menjaga ibu bapa
mereka yang sudah uzur yang sudah tidak boleh menguruskan diri mereka lagi. Jika ibu bapa boleh menatang
kita umpama anak emas, mengapa kita sebagai anak tidak boleh melakukan hal yang sama? Hal ini
disebabkan oleh mereka masih tidak bijak untuk menghargai seseorang yang telah berjasa kepada diri mereka
sedangkan ibu bapalah yang telah membimbing, mendidik dan menjaga mereka sejak mereka kecil lagi.
Seandainya tiada ibu bapa,siapakah kita pada hari ini? Akhir sekali,anak-anak harus mentaati perintah ibu bapa
agar keluarga bahagia dapat dibina. Sejujurnya, inilah antara ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga yang
menjadi impian saya.

Haruslah menjadi kewajipan dalam institusi kekeluargaan untuk saling hormat menghormati antara satu sama
lain. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan, terutamanya antara ibu
bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh
mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung. Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang
bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil
berat terhadap keluarga, mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati
oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina. Ahli keluarga haruslah bahu-membahu
antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek matematik,
haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia.
Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu
memajukan generasi akan datang, malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.
Kita haruslah mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni. Tegasnya, saya mengimpikan ahli keluarga yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan untuk membina keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah
institusi keluarga itu menjadi keluarga yang dihormati.

Kesimpulannya, itulah antara ciri keluarga yang menjadi impian saya, terutamanya setelah saya dewasa dan
membina keluarga sendiri. Semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya saya berjaya dalam bidang pelajaran
yang sudah pasti akan menjadikan masa hadapan saya cerah kerana kedudukan ekonomi saya yang stabil.
Selain itu, saya dan pasangan yang menjadi suri kehidupan saya akan memikul tanggungjawab dengan sebaik
yang mungkin agar anak-anak akan menjadikan kami sebagai rol model mereka. Dengan keizinan daripada
Yang Maha Esa, mudah-mudahan impian saya akan tercapai. Lebih jauh lagi, saya mesti berusaha dengan
penuh kesungguhan agar impian tidak tinggal sebagai mimpi pada siang hari kerana tanpa usaha tiadalah
kejayaan. Semoga fajar yang menyingsing pada sekurang-kurangnya sepuluh tahun akan datang memberikan
sinaran paling gemilang dalam kehidupan saya.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI
MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan
bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting
dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak
mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada
tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur
Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan
beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga
yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau.
Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan
sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh
keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan
anak-anak.

Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk
mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anakanak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan
pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah
kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka.
Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia
terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan
melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan
tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa
mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai
masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang
tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai
persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi.
Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos
pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah
menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup
mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa
ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang
pelajaran.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang
sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan
lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus
menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis
dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan
bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein
pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh
itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh
keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.

Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu
bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha
seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka.
Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang
dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada
dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di
bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK

Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia telah menjadi
sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31
Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara gergasi di pentas
antarabangsa. Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan negara perlu ada dalam diri setiap masyarakat
bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus dalam mempertahankan
negara yang berdaulat ini. Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan yang sangat signifikan dalam
memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka.

Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama dengan membawa
anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium. Di Malaysia, terdapat sebuah muzium iaitu Muzium
Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman dahulu, pakaian istana, keris-keris yang
digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah luar. Anak-anak bukan sahaja dapat mengenali
tokoh-tokoh terdahulu malah menerapkan semangat keberanian perwira-perwira negara yang mengamalkan
peribahasa biar putih tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu. Salah satu
tempat bersejarah yang tersohor ialah Melaka yang lebih dikenali sebagai Negeri Bersejarah. Di Melaka, ibu
bapa boleh menunjukkan tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar yang pernah menjajah negara
kita seperti bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat cinta akan negara dapat
disemai melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah ibu bapa perlu menjadi
suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, Bapa Borek, Anak Rintik, ibu bapa perlu menjadi
ikon kepada anak-anak dalam menerapkan semangat cinta akan negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak
sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan semangat patriotisme itu sendiri. Kita boleh ambil
contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu iaitu seorang warga Malaysia yang
mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang berani memijak bendera Jalur Gemilang. Ibu bapa perlu
menunjukkan semangat cinta akan negara melalui kibaran Jalur Gemilang dengan bangga untuk diteladani
oleh anak-anak. Secara tidak langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi. Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya semangat patriotisme ini.
Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga titisan
darah yang terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman penjajah. Tegasnya,
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa untuk melentur anakanak mereka menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak kecil lagi.

Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam menguasai subjek
Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana banyak fakta yang perlu dihafal
dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah merasai keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermatimatian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memberi tekanan kepada
anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

anak umpama kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan
negara. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa
tertekan malah semangat bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh
menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi meningkatkan
prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini akan membibitkan rasa cinta
terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan kecintaan terhadap negara.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam
memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Pepohon pokok tidak akan berliuk
lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan
negara dalam diri anak-anak. Sebenarnya, anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi
Wawasan 2020 pada masa hadapan. Kita mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu dilakukan dan boleh
dimulakan dengan langkah-langkah yang telah disarankan di atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat
memupuk malah menguatkan semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya, semangat
patriotisme yang telah sebati dalam diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi muda yang mantap jati diri.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK BUDAYA ILMU DALAM DIRI ANAK-ANAK

Budaya ilmu sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Hal ini kerana budaya ilmu dapat memberi
sumbangan kepada semua pihak. Sebagai contoh, budaya ilmu dapat menjadikan seseorang yang bijak dan
dapat memajukan negara. Sekiranya budaya ilmu itu tidak diamalkan, masyarakat tidak dapat melahirkan
seorang pemimpin. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak agar mengamalkan budaya ilmu.

Peranan yang pertama ialah ibu bapa hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak
akan menjadikan ibu bapa sebagai idola. Sekiranya ibu bapa membaca buku bersama-sama anak-anak,
mereka dapat meminati budaya ilmu.Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi idola kepada anak-anak.

Peranan yang kedua ialah ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk menyertai lawatan sambil belajar.Hal
ini kerana, ilmu yang diperoleh melalui pemerhatian dan pengalaman akan diingati sampai bila-bila. Selain itu,
mereka akan mendapat pengalaman. Contohnya, dengan mengikuti lawatan ke universiti, mereka akan dapat
pengetahuan dan menghilangkan tekanan sewaktu belajar.sekiranya mereka tidak mengikuti lawatan ini,
mereka dapat ilmu dan pengalaman. Oleh itu, ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk mengikuti lawatan
sambil belajar.

Peranan yang ketiga ialah ibu bapa haruslah mengajar dan membantu anak-anak untuk menjawab latihan kerja
sekolah dan untuk selesaikan masalah. Hal ini kerana, ibu bapa lebih mengetahui dan mempunyai banyak
ilmu.selain itu, keputusan peperiksaan anak-anak dapat dibaiki. Contohnya, ibu bapa hendaklah membantu
anak-anak ketika mereka membuat kerja rumah. Sekiranya ibu bapa tidak menolong, anak-anak akan terbiar
dan tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengajar dan membantu
anak-anak dalam menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting untuk mendidik anak-anak agar mereka suka akan budaya
ilmu. Bak kata peribahasa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu, ibu bapa haruslah
mendidik anak-anak dengan budaya ilmu supaya mereka cemerlang, gemilang dan terbilang.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus
pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai
kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat
antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana
masyarakat penyayang hanya dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama
ahli keluarga yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar
dalam melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa
tercinta ini.

Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak
harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak
kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa.
Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa
harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam
peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu
bapa maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui
pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih
sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.

Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita. Hal ini
demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar
dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu
bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan
berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah
ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai
kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang. Amalan-amalan ini akan
melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan
menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya
sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat
penting dalam melahirkan individu penyayang.

Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa
mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotongroyong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap
zalim dan menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak. Nilai-nilai baik ini akan menjadi
ikutan kepada anak-anak. Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-membantu
dalam masyarakat akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga merupakan ahli
masyarakat.

Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi melahirkan individu
dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga yang stabil.
Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi kewangan serta mampu menyediakan
segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah
keluarga yang saling-menyayangi, hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya
dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa
mengalami sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa
berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping
itu juga, ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan
keluarga yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak
akan mencari kasih sayang di luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan
mereka.

Masyarakat penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Ibu bapa
harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan
masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan
tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada
anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi
dengan masyarakat pelbagai kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan
seperti perang saudara yang berlaku di Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak
dapat diajar tentang kepentingan amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan
oleh masyarakat antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang
berlaku di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan
masyarakat yang penyayang.

Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang
penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan peranan mereka semaksimum mungkin,
namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan
oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan akan mampu mewujudkan
masyarakat yang sejahtera. Ingatlah individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang
seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK MINAT MEMBACA

Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum mencapai tahap
yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka
membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini
demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang ringan
seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat
dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan
Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka
yang tidak tahu akan kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karyakarya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan majalah
atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka hanya
sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci
kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang
berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh
diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta
buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal
ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke
pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat
pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih bukubuku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak
agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu,
anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan
sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di
samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini,
dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa membawa
anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak
untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan
ilmu pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa
hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang
minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi
dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah
kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktivitiaktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku
ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu
bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga
berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul,
sedangkan diri sendiri tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah,
bagaimanakah anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila
melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak
kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak
kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora,
dicampak ke bumi menjadi penawar.

Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang
mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan
bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka
pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap
bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat
khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku
dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk
membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan
dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan
sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku
sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai
ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak.
Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana
menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak
kenal maka tak cinta.

Seterusnya, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku dengan cara mendaftar anak
mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai
aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli
Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab
buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku. Secara tidak langsung, anakanak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak
pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan
pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai
Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri
kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca
malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri
kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung
tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang
menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku- buku agama, dan buku
motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak untuk
membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan
memastikan anak mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anakanak juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah
buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca
tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang
banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini
tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah
menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak sudah biasa
didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak
akan biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal
dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa terluang dan mereka akan menghargai masa
kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa
anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan awam
memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anakanak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap, aman, damai
dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan
perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan membimbing anakanak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua lapisan
masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang menyalahgunakan Internet seperti melihat gambar-gambar
lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di
kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya
boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-bahan
ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam bahan
bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk
minat membaca buku-buku ilmiah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca
bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana
membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah
menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah
jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka
pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada
manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
PERANAN IBU BAPA DALAM PEMUPUKAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM JIWA ANAK?

Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan mengasuh anak-anak menjadi
warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara.
Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.

Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan
negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja
dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang
miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya
penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa
mempunyai peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.

Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah di negara
ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato
Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara
pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan
serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima
kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila
sering melawat tempat bersejarah di negara ini.

Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri
kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini
dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan
negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka
bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik
sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita
tersebut.

Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa anak untuk
sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan
pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu.
Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang
menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa
cinta akan negara.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat patriotik
kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa
menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan
itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk
memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara.

Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi
amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan
kepada pelajar agar mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa
perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang
negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu,
ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami
kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa. Golongan ini
perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak memahami makna
pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam
menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat
terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan
orang terdahulu.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA DALAM LAHIRKAN REMAJA BERKUALITI?

Galakan, dorongan dan nasihat serta tunjuk ajar daripada ibu bapa penting dalam melahirkan anak yang
seimbang daripada segi rohaniah dan jasminah.
Bincangkan.

Anak merupakan satu anugerah Tuhan kepada mana-mana ibu bapa pun. Kemunculan anak dalam kehidupan
berkeluarga dianggap pemberi penyeri atau sumber inspirasi pula. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa perlu
memberikan perhatian dan penekanan terhadap usaha mendidik anak juga. Oleh itu, ibu bapa memang
berperanan penting dalam mendidik anak mereka.

Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang paling rapat dengan anak mereka. Semua
tindakan dan kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh
teladan mereka pula. Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang baik boleh mempengaruhi sikap
anak mereka pula nanti. Pendek kata, kerapatan ibu bapa dengan anaklah yang menjadikan peranan mendidik
itu penting dilaksanakan dengan baik.

Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buat anak-anak. Setiap masalah yang berlaku dalam
kehidupan anak pasti akan dirujuk kepada ibu bapa untuk mendapat panduan menyelesaikannya dan
kegagalan untuk berinteraksi dengan ibu bapa ketika inilah yang menyebabkan anak-anak terganggu
kelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah ibu bapa yang sedar keadaan ini lalu memberikan pelbagai nasihat
dan kata perangsang yang membantu anak mereka untuk mengharungi zaman keremajaan mereka dengan
baik. Justeru, ibu bapa penting kerana merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika dibelenggu
pelbagai masalah hidup.

Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikan kasih sayang kepada anak mereka
terutama ketika anak mereka melakukan kesilapan. Ibu bapa yang bijak mendidik akan memaafkan kesalahan
anak mereka walaupun diri mereka berasa kecewa kerana sedar anak mereka perlu diberi peluang kali kedua.
Tindakan memaafkan kesalahan anak dengan bijak dan penuh kasih sayang ini akan membentuk anak menjadi
insan yang lebih baik sikapnya. Maka, ibu bapa penting kerana merekalah tempat kasih sayang bermula dalam
hidup remaja itu.

Namun begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga penting dalam kehidupan remaja. Pihak guru perlulah
mendidik generasi muda ini dengan penuh tanggung jawab kerana masa remaja banyak juga dihabiskan di
sekolah. Semua nasihat dan dorongan yang diberikan oleh pihak guru pasti meninggalkan kesan mendalam
dalam jiwa pelajar itu lalu membentuk peribadi yang mulia pula. Jadi, pihak sekolah juga memikul tugas
mendidik generasi muda ini bersama-sama ibu bapa.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Malah, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak anak-anak
mereka. Remaja yang berakhlak mulia pasti memiliki rakan yang serupa juga akhlaknya. Kegagalan memilih
rakan yang baik akan menyebabkan seseorang remaja itu terjebak ke kancah negatif yang lebih buruk pada
masa hadapan. Oleh itu, anak juga hendaklah bijak memilih rakan supaya mereka tidak terjebak dalam
kegiatan yang tidak bermanfaat pula.

Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting dalam didikan anak kerana mereka umpama lilin yang
membakar diri sendiri untuk memastikan kehidupan anak berjalan lancar. Kerjasama anak juga penting supaya
semua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan pantas. Anak merupakan satu tugas
yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita semua. Peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya
membuktikan betapa didikan ibu bapa ketika anak itu masih kecil amat penting lagi bermakna untuk masa
depan mereka kelak.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI ISU REMAJA?

Peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan para pendidik dalam usaha menangani masalah remaja
masa kini. Bincangkan.

Sememangnya peranan ibu bapa dalam mendidik remaja lebih besar daripada tugas seorang guru itu. Ibu bapa
yang bertanggungjawab pastinya menyedari bahawa merekalah yang harus memainkan peranan yang lebih
besar dan tidak menyerahkan tugas mendidik anak mereka bulat-bulat kepada pihak sekolah sahaja. Selagi ibu
bapa masih gagal untuk memahami konsep ini selagi itulah masalah remaja tidak akan berjaya diselesaikan.
Jadi, mengapakah ibu bapa lebih besar peranannya berbanding pihak guru?
Kalau kita kaji secara mendalam masa remaja berada di rumah lebih panjang daripada mereka belajar di
sekolah. Masa yang panjang di rumah bersama-sama ibu bapa ini menjadikan ibu bapa lebih berpeluang untuk
mendidik anak mereka akan kehidupan yang sejati. Ibu bapa boleh menggunakan masa yang panjang itu
dengan pelbagai pendekatan yang dianggap berkesan untuk mendidik generasi muda negara itu. Remaja akan
lebih mudah mematuhi arahan jika mereka berpeluang atau mempunyai masa untuk memahami sebab mereka
melakukan sesuatu tindakan itu.
Malahan, hubungan remaja dengan ibu bapa seharusnya menjadi lebih rapat kerana masa yang dihabiskan di
rumah amat panjang. Tidak wujud protokol antara hubungan anak dengan ibubapanya berbanding hubungan
atau interaksi remaja dengan gurunya. Perasaan segan dan tidak mesra timbul kerana guru dan pelajar tidak
selalu bertemu berbanding dengan ibu bapa mereka. Hubungan yang rapat menjadi asas untuk memahami
peribadi seseorang lalu mengambil cara pendekatan yang tepat untuk mengubah sikapnya.
Peranan ibu bapa begitu besar dalam pendidikan remaja menjadi insan yang cemerlang kerana ibu bapa lebih
memahami peribadi anak mereka. Akibat hidup serumah menyebabkan ibu bapa boleh mengenal hati budi
anak mereka dengan lebih tepat berbanding dengan guru. Setiap tindakan remaja mampu difahami oleh ibu
bapa yang bertanggungjawab. Kefahaman tentang peribadi anak merekalah yang menjadikan peranan ibu
bapa begitu kritikal dalam memastikan remaja tidak terjebak ke dalam kancah sosial yang negatif.
Tambahan pula, guru bolehlah dianggap sebagai orang luar dalam hal mendidik remaja. Ibu bapa lebih
berperanan kerana mereka dianggap ahli keluarga sendiri yang boleh dipercayai oleh remaja. Kebanyakan
guru akan berpindah dan keadaan ini pasti memberikan kesan terhadap aspek psikologi pelajar yang sudah
terlalu bergantung kepada guru mereka. Keadaan ini berbeza dengan ibu bapa yang akan terus menunggu
anaknya walaupun anak mereka itu sudah melakukan satu kesilapan yang besar dalam hidup mereka.
Konklusinya, peranan ibu bapa jauh lebih besar berbanding dengan pihak guru. Semua pihak harus
memberikan ibu bapa peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam mendidik generasi zaman
moden ini. Remaja pula perlulah bersikap terbuka dalam menerima nasihat dan teguran membina ibu bapa
mereka. Kerjasama semua pihaklah yang bakal menyaksikan remaja kita berubah sikap. Remaja harapan
negara ini.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMUPUKAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM JIWA ANAK?

Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan mengasuh anak-anak menjadi
warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara.
Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.

Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan
negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja
dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang
miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya
penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa
mempunyai peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.

Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah di negara
ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato
Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara
pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan
serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima
kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila
sering melawat tempat bersejarah di negara ini.

Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri
kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini
dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan
negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka
bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik
sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita
tersebut.

Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa anak untuk
sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan
pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu.
Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang
menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa
cinta akan negara.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat patriotik
kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa
menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan
itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk
memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara.

Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi
amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan
kepada pelajar agar mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa
perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang
negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu,
ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami
kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa. Golongan ini
perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak memahami makna
pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam
menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat
terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan
orang terdahulu.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA DALAM MELAHIRKAN ANAK YANG SEIMBANG DARIPADA SEGI ROHANIAH DAN
JASMANIAH

Galakan, dorongan dan nasihat serta tunjuk ajar daripada ibu bapa penting dalam melahirkan anak yang
seimbang daripada segi rohaniah dan jasmaniah. Bincangkan.

Anak merupakan satu anugerah Tuhan kepada mana-mana ibu bapa pun. Kemunculan anak dalam kehidupan
berkeluarga dianggap pemberi penyeri atau sumber inspirasi pula. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa perlu
memberikan perhatian dan penekanan terhadap usaha mendidik anak juga. Oleh itu, ibu bapa memang
berperanan penting dalam mendidik anak mereka.

Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang paling rapat dengan anak mereka. Semua
tindakan dan kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh
teladan mereka pula. Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang baik boleh mempengaruhi sikap
anak mereka pula nanti. Pendek kata, kerapatan ibu bapa dengan anaklah yang menjadikan peranan mendidik
itu penting dilaksanakan dengan baik.

Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buat anak-anak. Setiap masalah yang berlaku dalam
kehidupan anak pasti akan dirujuk kepada ibu bapa untuk mendapat panduan menyelesaikannya dan
kegagalan untuk berinteraksi dengan ibu bapa ketika inilah yang menyebabkan anak-anak terganggu
kelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah ibu bapa yang sedar keadaan ini lalu memberikan pelbagai nasihat
dan kata perangsang yang membantu anak mereka untuk mengharungi zaman keremajaan mereka dengan
baik. Justeru, ibu bapa penting kerana merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika dibelenggu
pelbagai masalah hidup.

Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikan kasih sayang kepada anak mereka
terutama ketika anak mereka melakukan kesilapan. Ibu bapa yang bijak mendidik akan memaafkan kesalahan
anak mereka walaupun diri mereka berasa kecewa kerana sedar anak mereka perlu diberi peluang kali kedua.
Tindakan memaafkan kesalahan anak dengan bijak dan penuh kasih sayang ini akan membentuk anak menjadi
insan yang lebih baik sikapnya. Maka, ibu bapa penting kerana merekalah tempat kasih sayang bermula dalam
hidup remaja itu.

Namun begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga penting dalam kehidupan remaja. Pihak guru perlulah
mendidik generasi muda ini dengan penuh tanggung jawab kerana masa remaja banyak juga dihabiskan di
sekolah. Semua nasihat dan dorongan yang diberikan oleh pihak guru pasti meninggalkan kesan mendalam
dalam jiwa pelajar itu lalu membentuk peribadi yang mulia pula. Jadi, pihak sekolah juga memikul tugas
mendidik generasi muda ini bersama-sama ibu bapa.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Malah, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak anak-anak
mereka. Remaja yang berakhlak mulia pasti memiliki rakan yang serupa juga akhlaknya. Kegagalan memilih
rakan yang baik akan menyebabkan seseorang remaja itu terjebak ke kancah negatif yang lebih buruk pada
masa hadapan. Oleh itu, anak juga hendaklah bijak memilih rakan supaya mereka tidak terjebak dalam
kegiatan yang tidak bermanfaat pula.

Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting dalam didikan anak kerana mereka umpama lilin yang
membakar diri sendiri untuk memastikan kehidupan anak berjalan lancar. Kerjasama anak juga penting supaya
semua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan pantas. Anak merupakan satu tugas
yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita semua. Peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya
membuktikan betapa didikan ibu bapa ketika anak itu masih kecil amat penting lagi bermakna untuk masa
depan mereka kelak.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT PENYAYANG NEGARA


Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak
mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu
diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri
Abdullah Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali.
Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun
begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut
lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih
banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh
membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan
anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk
masyarakat penyayang akan tercapai jua.
Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan
sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama
tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan
didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya
anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan
pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat
ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan
tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa
sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang
penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang
di negara ini.
Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun
demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri,
penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan
emosi. Bak kata pepatah bagai acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap
yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di
hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang
positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf
globalisasi ini.
Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam
hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayang. Justeru,
peribahasa bagai aur dengan tebing hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya
generasi muda sejak belakangan ini.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

BINCANGKAN USAHA-USAHA ANDA UNTUK MENJADI SEORANG ANAK YANG BAIK KEPADA KEDUADUA IBU BAPA
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang
anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Pendahuluan
Contoh 1
Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak
ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9
bulan 10 hari. Apabila tiba masanya, kita dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan
kita. Bapa pula bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu bapa
kita juga tidak terhenti di situ sahaja. Berbakti kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan anak yang tidak boleh
diabaikan walau dengan apa alasan sekali pun. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah
menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk
kita membalas jasa mereka.

Contoh 2
Ibu bapa adalah permulaan hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan melihat dunia pada hari ini. Dengan izin
Allah, ibu bapa kitalah yang dipilih Allah untuk menjadi ibu bapa kita. Hanya mereka, tidak yang lain. Ingatkah
kita betapa besar pengorbanan ayah dan ibu dalam memastikan kita mendapat yang terbaik sejak kita
dilahirkan? Bermula dengan susah payah ibu mengandungkan kita dan pengorbanan ayah yang bertungkus
lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kita, lahirnya kita di muka bumi pula disambut dengan kalimah
suci yakni azan ke telinga kita oleh ayah. Itupun setelah ibu berhempas pulas melahirkan kita. Kemudian masa
berlalu dan ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Kitalah buah hati ibu bapa. Diberikan
mereka segala keperluan yang kita perlukan. Dirawat dengan penuh kasih sayang. Diberikan tempat tinggal
yang terbaik mengikut kemampuannya, makan minum yang berkhasiat, air susu yang segar sehingga kita
membesar. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas
jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.

Isi-isi
Mematuhi dan mendengar nasihat ibu bapa.
Memberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah
lembut.
Berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang mereka sukai dan mendoakan
keampunan untuk kedua ibu bapa setiap kali kita berdoa.
Sentiasa bermanis muka dengan kedua ibu bapa.
Tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa atau yang mengecilkan hati mereka.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Menziarahi ibu bapa di kampong.


Sentiasa berhubung dengan ibu bapa.
Memberikan bantuan kepada ibu bapa bila diperlukan.
Membawa ibu bapa melancong atau melakukan ibadah umrah.

Penutup
Contoh
Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang anak kita hendaklah sentiasa menjauhkan diri daripada sikap bagai
kacang lupakan kulit. Kita janganlah sesekali menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita kerana
syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang
telah dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita. Segala jasa yang
mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan harta yang berjuta sekalipun. Kita haruslah membalas
jasa mereka sementara mereka masih hidup,selagi nyawa dikandung badan.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA MEMBANTU ANAK-ANAK MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM
PELAJARAN

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda,
apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah
tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan
mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran?

Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan
bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang
dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak
membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan
anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecahbelah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini,
peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap
rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam
pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa
bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam
kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi
oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti
yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka
sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan
rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan
sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang
setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka
pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat
sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anakanak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang
secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain
tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk
kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka
juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang
anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat
membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya
anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan
terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap
anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke
kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anakanak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan
selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran
buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah
ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak
untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa
pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.

Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukartukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah
anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan
guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah
disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti
dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu
sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja.
Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan
masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak
akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam
perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam
pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh
memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting
untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah
bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang
memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan
kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah
ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan,
Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta
berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi
memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga
bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka
dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang
semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usahausaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar seribu mancis tidak dapat
menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan
kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat
murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud; suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun.
Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk
sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan
nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang dianganangankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika.
Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi
nyata.

Seterusnya, usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka
berjaya itu tercapai adalah dengan bermain tarik tali dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu
bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang
utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak
emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus
berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja
dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci,
tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas
sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal
tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan
diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada
peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.

Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu.
Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn
pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami
ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang
memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka
akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan
tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.

Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak
pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang
musibah. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. Umpama menarik
rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui
rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan
dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri
dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri.
Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan
kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu
bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak
dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan
yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju
hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi,
sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki.

Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa yang
mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anakanak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan
dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa.
Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anakanak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan katakata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus. Desakan dan
paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk
berjaya kerana anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu
bapa. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anakanak.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi insan
berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang
jatuh ke atasnya pasti memberi kesan. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan
dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi
yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira
dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk
meningkatkan prestasi.
PERANAN IBU BAPA DALAM MENGATASI MASALAH REMAJA

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan
negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala
sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur
kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil
luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Keutuhan institusi
keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti
batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala
sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga
untuk memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah
menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan
mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai
kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap
sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak
sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu
sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu
bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak
mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita.
Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anakanak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak.
Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat
negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari
kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan
cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga
keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato Dr.
Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri
mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa
hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata
ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan
mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil
inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak
mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa
dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk
membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu
memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me
ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum
terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga
kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan
wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu
memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan
oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya,
ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anakanak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi
apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak
mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa
mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak.
Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran
dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita
inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka.
Marilah kita berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah
ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

DIMENSI 2: KEKELUARGAAN

CARA-CARA MENJADIKAN KEHIDUPAN WARGA EMAS LEBIH BAIK?


Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang
banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula. Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh
kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.
Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang
semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut
menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu
menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?
Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang
separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan
pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan
potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah
ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.
Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah
sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi
kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh
beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk
rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan.
Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang
sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas.
Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa
warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang
mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas.
Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan
kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti
yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan
kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan
idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai
satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan
pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal
dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

Anda mungkin juga menyukai