Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN WAWANCARA

Sebagai seorang editor majalah sekolah. Anda diminta untuk mewawancara salah seorang
pelajar cermelang PMR sekolah anda untuk dimuatkan dalam majalah sekolah tersebut.
Tuliskan sebuah wawancara lengkap.

NAJWA : Selamat datang saya ucapkan kepada saudari Alisa. Terima kasih kerana
meluangkan masa saudari untuk di wawancara. Sempena kejayaan saudari
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam ujian baru-baru ini. Terlebih
dahulu saya ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan saudari

ALISA : Pertama sekali terima kasih kepada saudari kerana sudi mewawancara saya.
Sebenarnya tiada rahsia yang penting melainkan usaha yang gigih dalam
mencapai cita-cita yang mendorong saya berjaya dalam peperiksaan kali ini.
Saya menanamkan sifat tidak putus asa dalam mengejar ilmu pengetahuan.

NAJWA : selain itu, mungkin ada cara yang boleh saudari kongsi bersama supaya menjadi
panduan kepada pelajar lain. Rahsia kejayaan saudari ini?

ALISA : Ok. kita kena menetapkan niat kenapa kita belajar dan sentiasa perbaharui niat kita
supaya kita tidak lupa apakah tujuan kita belajar. Keduanya,kita harus ingat
bahawa belajar itu juga merupakan ibadah.. Antara tips-tips belajar yang boleh
saya kongsikan bersama, pertama susun strategi bagaimana cara untuk kita kuasai
mata pelajaran tersebut. Disamping itu, kita haruslah menumpukan perhatian
sepenuhnya semasa guru mengajar di hadapan. Sekiranya ada kemusykilan jangan
malu bertanya kerana orang yang malu bertanya akan sesat jalan.

NAJWA : Bagaimana pula saudari membahagikan masa belajar dengan membuat aktiviti
sukan? Adakah saudari seorang yang aktif dalam bidang sukan?

ALISA : Untuk menjadi seorang yang berjaya pada saya, kejayaan buka diukur dengan
berjayanya kita dalam kurikulum sahaja. Bidang kurikulum ini juga perlu
seimbang dengan bidang ko-kurikulum. Saya juga seorang yang aktif dalam
bidang ko-kurikulum. Saya mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.

NAJWA : Akhir sekali apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan lain diluar sana?

ALISA : Nasihat saya kepada rakan-rakan, sama-sama lah kita menuntut ilmu dan jangan
mudah menyerah kerana dengan ilmu pengatahuan sahaja mampu merubah
kehidupan kita.

NAJWA: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudari. Kerana sudi berkongsi rahsia
kejayaan dengan kami.

ALISA : sama-sama

Anda mungkin juga menyukai