Anda di halaman 1dari 2

DOA DAN HARAPAN

Wahai insan yang bernama anak. Taatilah dan hormatilah kedua


orang tuamu. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Ingatlah, tiada insan
yang sanggup menghabiskan harta dan berkorban apa sahaja demi
kebahagiaan hidup kita, melainkan ayah dan bonda.
IBU
Tiap kali kurenung wajahmu, betapa hangat bahang kasih
sayangmu. Tangkai hatiku direnggut segala macam kepiluan.
Alangkah..alangkah besarnya pengorbananmu ibu, mendidik anakmu ini
yang belum bisa mengenali apa-apa erti hidup ini sehingga ke alam
kedewasaan. Betapa pilu hati ini ibuku..jasamu sukar untukku ibu.
Syurga di bawah telapak kaki ibu!!..... peringatan nikmat itu sentiasa
kuingati dan kusedari. Doaku ibu.. moga ibu tabah menjadi hidup ini
setabah Fatimah al-Zahraa, moga ibu bahagia dan berjaya dalam segala-
galanya.
AYAH..
Kau tunggak keluarga. Keringat yang mengalir di tubuhmu selama
ini menyedarkan aku betapa ayah berkorban selama ini demi
mendewasakan anak-anakmu. Kupahatkan sebuah keazaman bahawa
suatu hari nanti bebanan ayah akan aku ganti. Aku tidak sanggup
membiarkan keperitan selamanya membelenggu diri ayah.
Ayah dan Ibu,
Doakan semoga anakmu ini sentiasa diiringi kejayaan dalam
pelayaran di lautan ilmu. Di sini aku sering menghambakan diri ini dengan
penuh ikhlas dan tawadhuk, sujud mengabdikan diri kepada Allah
Subhanahuwataala serta menadah kedua belah tangan ini memanjatkan
doa semoga Allah Azawajalla mengampunkan dosa-dosa ini, dosa ayah
dan ibu dan melimpahkan nur hidayah buat kita semua.
Ya.Allah, ampunilah dosa ibubapaku, kasihanilah dan peliharalah
mereka sebagaimana mereka mengasihani dan memeliharaku selama
ini.. Amin, Ya Rabbal Alamin.
Wahai insan bernama anak..,
Renungkanlah dan fikirkanlah.. bagaimana payahnya ibu
bertarung nyawa untuk kita kedunia ini. Betapa girangnya bapa
menyambut kita di sudut keresahan sambil meminta benih keadilan buat
Tahun. Adilkah kita menghadiahkan sekeping kedukaan untuk dua orang
insan yang pernah cemas menanti kehadiran kita apabila kita dewasa
kelak? Jangan korbankan kasih sayang mereka dengan sebuah
kedurhakaan.
Kasih IBU sepanjang waktu
Kasih BAPA sepanjang masa

Anda mungkin juga menyukai