Anda di halaman 1dari 1

Perkembangan teknologi banyak mengubah cara belajar di seluruh dunia.

Proses
pembelajaran yang awalnya bersifat konvensional, iaitu memerlukan ruang fizikal seperti bilik darjah
telah diinovasikan supaya bersifat lebih global dengan pengenalan konsep Bilik Darjah Digital. Melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) 2013-2025, anjakan ke-7 adalah untuk
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Anjakan ini membuka dimensi
baru melalui penggunaan teknologi digital secara lebih meluas, yang seterusnya membawa kepada
inovasi pendidikan (Education Innovation).

Teknologi digital ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
mudah, berkesan serta menarik. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah e-learning, Camscanner,
Xodo, Flipgrid, Quizizz, Digital Ink, QR code, Insertlearning, Book Creator, Goformative, Padlet dan lain-
lain lagi. Penggunaan QR Code merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan teknologi digital dan seharusnya dimanfaatkan oleh golongan pendidik pada masa kini.
QR Code (Quick Response Code) adalah sejenis kod matrik yang dibangunkan oleh Denso Wave.
Tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat dengan cepat dan mendapatkan maklum balas
pantas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan QR Code adalah sangat menarik jika guru
tersebut kreatif. Dengan menggunakan QR Code, guru boleh memberikan link ke laman sesawang,
Youtube Channel, pdf dan gambar. Penggunaan imbasan QR Code membolehkan maklumat lebih
terperinci diberikan. Bagi membolehkan pelajar memenuhi asas Pembelajaran Abad ke-21 iaitu
pembelajaran berasaskan pelajar (Student Centered Learning), QR Code boleh diimbas bagi
membolehkan pelajar menyemak sendiri jawapan bagi sesuatu latihan yang diberikan oleh guru. Jika
guru tersebut kreatif dan inovatif, guru boleh menyediakan permainan menggunakan QR Code.
Contohnya adalah permaian suai dan padan. Pelajar dikehendaki memadankan kad, kemudian mereka
perlu mengimbas QR Code untuk memeriksa padanan jawapan yang mereka berikan. Guru juga boleh
menyediakan buku interaktif menggunakan QR Code, kemudian dijadikan Visualizer dan digunakan
dalam PdPc di dalam bilik darjah.

Kewujudan teknologi digital kini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin. Namun, tugas
guru memberikan arahan, mengawasi serta membimbing pelajar tetap perlu dilaksanakan bagi
memaksimumkan potensi pelajar.

Anda mungkin juga menyukai