Anda di halaman 1dari 1

TINGGAL KENANGAN

Hari-hari berlalu..
Disitu kita bersatu mencari ilmu,
Bersama mereka yang dikenali sebagai rakan seperjuangan.
Kita sama-sama berjuang,
Demi mencapai cita-cita dan impian,
Bekerja keras dan bersengkang mata,
Hanya diatas keinginan mengecapi kejayaan.
Diatas landasan perjuangan
Kita tidak bosan kerana,
Diselangi dengan hilai tawa,
Dari mulut mereka sering memeriahkan suasana.
Usik-mengusik amalan biasa,
Kita bahagia menjalani kehidupan sedemikian,
Seolah-olah hidup ini tiada penghujungnya.
Tetapi kini
Semua itu hanya tinggal kenangan,
Mereka dengan haluan mereka,
Dan aku dengan jalanku.
Tiada lagi hilai tawa,
Dimana suatu ketika dulu pernah mengamatkan suasana,
Tiada lagi usik mengusik,
Ingin sekali rasanya aku kembali,
Membuka kenangan lama, menyelami episode-episod yang berlalu,
Mahu saja aku himpunkan mereka untuk bersamaku,
Sememangnya esok masih ada,
Namun yang pasti adakah esok untuk kita?

Anda mungkin juga menyukai