Anda di halaman 1dari 3

Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin terhadap usaha para guru dalam

memartabatkan profesion perguruan dan melahirkan generasi sekarang dan akan datang agar
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Salah satu usaha yang dilakukan adalah
dengan mengintegrasikan teknologi dalam sistem pendidikan di negara kita. Namun,
persoalannya di sini adalah bagaimanakah penggunaan teknologi boleh dibudayakan di
sekolah? Menurut kamus Dewan Bahasa dan pustaka, membudayakan membawa maksud
menjadi kebiasaan atau kelaziman. Oleh itu, penggunaan teknologi perlulah dijadikan
kebiasaan dari peringkat akar umbi terutamanya di sekolah.

Bagi membolehkan penggunaan Teknologi sebagai alat pengupaya (enabling tool) serta
menjadi budaya pada semua peringkat organisasi pendidikan, antara jalan untuk
menjayakannya adalah seperti berikut :

1) Penyediaan kemudahan komputer


Kemudahan Makmal komputer serta peralatan teknologi harus disediakan di sekolah-
sekolah dengan lengkap oleh Kementerian pendidikan. Ini termasuklah akses internet.
2) Memberikan latihan untuk peningkatan kemahiran guru
Guru-guru yang berkemahiran dalam bidang teknologi adalah sedikit atau terhad.
Oleh itu, bilangan guru yang berkemahiran perlu ditambahkan lagi bagi setiap sekolah
dalam usaha memastikan penggunaan teknologi dengan baik dan berkesan. Guru
perlulah diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan teknologi dan
peralatan ICT secara cekap dan efektif. Salah satu cara yang ideal untuk meningkatkan
efisiensi guru terhadap penggunaan teknologi adalah dengan menyediakan bengkel
atau kursus kepada guru oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Holmes (1999),
memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan
teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar.
3) Membudayakan penggunaan teknologi dalam proses PdPc
Penggunaan Teknologi dalam bidang pendidikan dapat meringankan beban serta
kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisional yang sebelum ini terhad
terhadap penggunaan buku, kapur dan papan hitam. Dengan penggunaan teknologi
dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan, guru mampu menumpukan kepada
cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan
pembelajaran yang yang berkesan. Isi pengajaran dapat diringkaskan dan
dipersembahkan menggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu
merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar.
4) Sikap dan minat guru
Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untuk
menjalankan tugas dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Bagi
membudayakan teknologi di sekolah, seseorang pendidik itu haruslah berdedikasi,
peka terhadap perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap
pembelajaran dan mempunyai inovasi dalam tugas. Guru haruslah berazam untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya
dapat menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna seiring dengan perkembangan
teknologi.
5) Menggalakkan penciptaan dan Inovasi
Pameran ciptaan inovasi yang terkini perlu diadakan untuk mendedahkan kepada para
pendidik tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Petandingan mereka cipta berkonsepkan teknologi dan inovasi juga
perlu digalakkan kepada guru serta pelajar bagi menunjukkan kreativiti mereka
seterusnya boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan.
6) Menerapkan Teknologi, ICT dan Inovasi dalam Kokurikulum di sekolah
Penerapan Teknologi, ICT dan Inovasi dalam Kokurikulum di sekolah dapat
memberikan pendedahan kepada pelajar kepentingan teknologi dalam pendidikan
dan pelajar dapat membiasakan diri untuk menggunakan teknologi.

Mempelajari bagaimana menggunakan teknologi belum mencukupi untuk


membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen
yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran
dan implikasi berhubung dengan teknologi. Semoga pembudayaan teknologi di sekolah dapat
dilaksanakan dan berjaya bagi mencapai gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Pendidikan&pg=pe_03.htm#ixzz5YUGZWVdM

Anda mungkin juga menyukai