Anda di halaman 1dari 1

“Wah, banyaknya pengunjung hari ini!” kata Vinod.

“Eh, di sana ada ekspo barangan buatan Malaysia!” kata Adif sambil
menunjukkan ke arah pentas utama di bahagian tengah gedung itu.
“Oh, baguslah! Jom kita membeli barang-barang keperluan sekolah di sini, ajak
Tan Huey.
“Wah, saya tidak menyangka bahawa banyaknya barangan yang dibuat di
negara kita sendiri!” kata Adif dengan rasa kagum.
Tan Huey bersetuju dengan Kata-kata Adif. “Alat kelengkapan rumah, pakaian,
dan peralatan komputer semuanya keluaran negara kita.”
Vinod memilih dua helai baju dan seluar sekolah. Selain itu, dia turut membeli
kasut sekolah sambil diperhatikan oleh Adif dan Tan Huey.
“Banyaknya peralatan sekolah yang kamu beli,” kata Tan Huey kepada Vinod.
“Bapa saya selalu membeli baju sekolah jenama ini. Rupa-rupanya baju sekolah
ini buatan Malaysia.
Selain harganya yang murah, jahitannya kemas, dan kainnya juga berkualiti,” jelas
Vinod.
“Saya rasa kebanyakan barangan yang dijual di sini mampu memenuhi cita rasa
rakyat Malaysia dan pelancong yang datang dari luar negara. Lihatlah baju-baju batik
yang dijual di sini. Semuanya cantik dan menunjukkan ciri budaya warisan seni
tradisional. Kita patut berbangga kerana Malaysia sudah mampu mengeluarkan
barangan buatan sendiri yang murah tetapi berkualiti tinggi setanding dengan kualiti
barangan negara-negara luar,” jelas Adif.
“Betul kata kamu, Adif. Saya amat bangga menjadi anak Malaysia. Tidak ada
salahnya jika membeli barangan tempatan kerana kilang-kilang di Malaysia
berteknologi tinggi juga,” sokong Vinod.

Anda mungkin juga menyukai