Anda di halaman 1dari 3

Indeks: Karangan Perbincangan : Bantuan kepada Mangsa Bencana Alam

Salin semula petikan di bawah dan betulkan kesalahan tatabahasa dan ejaan yang terdapat
dalam petikan. Lengkapkan juga tempat kosong dengan peribahasa yang betul.

Soalan:
Bencana Alam yang ganas melanda mengorbankan beratus ribu nyawa di dunia. Bincangkan
cara-cara untuk kita berikan bantuan kepada mangsa bencana alam?

Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana alam
pula sering melanda dan menunjukkan belang. Pada realitinya, bencana alam seperti banjir,
letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah satu fenomena alam yang tidak dapat kita
halang bak kata pepatah, geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana
alam tanpa kita minta lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta
segala kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada abad ini,
walaupun teknologi semakin berkembang dan tumbuh dengan pantas bagai belut
____________________ , kemajuan ini tidak dapat menghalang bencana alam yang ganas
melanda.

Pada tanggal 26 Disember 2004, satu peristiwa telah menggemparkan dunia


(1)apabila semua berita-berita melapurkan berlakunya ombak besar iaitu tsunami di Acheh
yang telah (2)berkorban beratus ribu nyawa. Kejadian dahsyat itu masih meninggalkan
kesannya hingga kini malah masih menjadi mimpi ngeri buat semua yang terlibat. Memang
tidak dapat kita nafikan bahawa semenjak belakangan ini banyak bencana alam yang berlaku
di seluruh dunia termasuk negara kita dan juga negara-negara jiran seperti gempa bumi di
Pakistan dan di China, taufan Nargis di Myanmar dan tanah runtuh yang dahsyat di Filipina.
(3)Fenomina yang terbaru ialah letupan Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia. Sebagai
masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana (4)berat mata memandang,
___________________________________________, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan
bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan tangan,
_________________________.

Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain, kita boleh (5)salur
membantu dengan kutipan derma. Derma yang (6)disalurkan akan dihulurkan kepada
mangsa bencana alam yang (7)amat terlalu memerlukan dan mendambakannya bagi
meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini. Bantuan yang disumbangkan tidaklah
hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan
makanan juga diperlukan. Setelah bencana berlaku, pastinya mangsa bencana tidak memiliki
kelengkapan yang sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka telah dimusnahkan
oleh bencana alam yang di luar jangka ini. Pada masa ini, (8)kutipan pelbagai peringkat
derma telah dijalankan oleh pihak berwajib (9)samada pihak swasta ataupun kerajaan yang
berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia. 
Selain itu, menganggotai pasukan penyelamat dan pencari juga merupakan peranan
kita dalam membantu dan mencari mangsa yang terperangkap (10)dalam meruntuhkan
banggunan atau mencari mangsa yang hilang selepas kejadian bencana alam. Muktahir ini,
(11)banyak pasukan-pasukan penyelam Malaysia diterbangkan ke negara-negara jiran yang
mengalami bencana alam untuk memberikan bantuan yang semampu boleh. Namun, tidak
semua (12)dari kita yang berani menjadi penyelamat kerana takut berlakunya kejadian
susulan di tempat bencana terbabit. Bagi mereka yang berani, mereka ibarat wira dari
Malaysia yang datang untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penghuni di muka
bumi ini.

Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping
pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-
kerja (13)pencarian dan penyelamatan mangsa. Mereka membantu bukan untuk
mendapatkan balasan atau ganjaran, namun membantu atas dasar kemanusiaan demi
menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur dengan segala keselesaan dan telah
terselamat daripada bencana alam ini. Rentetan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu platform untuk menyalurkan bantuan dalam
melaksanakan usaha murni ini lantaran kita berpegang pada kata pepatah, hari tidak
selamanya panas.

Membuat keputusan untuk menjadi (14)hartawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal
ini disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli (15)sukarela, kita akan meninggalkan
keluarga yang tersayang (16)dalam tempuh yang teragak lama untuk memberikan bantuan
kepada negara-negara jiran. Bantuan rawatan, membina rumah mangsa yang telah musnah
semula dan (17)mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada
masa ini, sukarelawan bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini
(18)kebanyakkannya menganggotai oleh golongan doktor iaitu golongan bijak pandai untuk
merawat mangsa yang mengalami kecederaan sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa.

Kini, Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Tan Sri Dato Dr. Jamilah semakin mendapat
tempat dalam hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika
(19)buat operasi selamat mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia
telah menerima pujian hasil kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan
dari Malaysia. Konklusinya, kemurnian hati para sukarelawan ini amat bernilai dan bererti
kepada mangsa untuk mereka terus menjalani kehidupan seperti manusia lain. Para
sukarelawan yang berilmu pengetahuan, berakal, rajin dan berkemahiran ini dapat dikatakan
sebagai empat bersimpul satu dalam usaha tulus suci ini.

Intihanya, semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam


menghulurkan bantuan dan tidak menjadi (20)enau
__________________________________________________.  Amat wajar membudayakan sikap saling
membantu selagi kita termampu. Semua pihak haruslah bersama-sama menghulurkan
bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah mengatakan hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih. Semoga sumbangan yang kita salurkan dapat
menyempurnakan iman kita dan dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian
mereka seperti sediakala.

Anda mungkin juga menyukai