Anda di halaman 1dari 3

RUJUKAN

Senarai Rujukan :

o Dr. Azaharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hassan, Muslimin, 2018,
Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
o https://ms.m.wikipedia.org
o https://www.scribd.com
o https://sejarahtokoh.wordpress.com
o https://prezi.com
o https://sinarbestari.sinarharian.com.my
o https://www.ipendidikan.my
4. Cara Untuk Menyemaikan Semangat Patriotik Mengenang Jasa
Pahlawan Negara

Terdapat banyak cara yang boleh dijalankan bagi memupuk semangat


patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya adalah dengan
memupuk semangat patriotik sejak dari awal umur lagi seperti di bangku
sekolah. Hal ini membolehkan semangat patriotik hidup sebati dalam diri
pelajar seperti kata pepatah Melayu iaitu “melentur buluh, biarlah dari
rebungnya”.

Perlu difahami pengaruh guru di sekolah adalah penting dan beperanan


dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak-anak murid
mereka semenjak mereka masih kecil. Hal ini disebabkan para guru yang
mengajar di sekolah boleh menekankan sifat-sifat patriotik di dalam kelas.
Mereka perlu mendorong kanak-kanak untuk melahirkan perasaan bangga dan
syukur terhadap negara serta cinta akan tanah air.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam
memupuk semangat patriotik pada jiwa sanubari anak-anak mereka. Ini
kerana, anak-anak yang masih belum matang untuk berfikir akan sentiasa
mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka. Disebabkan itu, ibu bapa
sewajarnya menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak mereka

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen


secara besar-besaran dalam memupuk semangat patriotik antara masyarakat.
Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Dengan ini, ianya bukan
sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di negara kita

Anda mungkin juga menyukai