Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang
Amat Berhormat  Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa semangat
patriotisme perlu dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini supaya rakyat di negara
lain dapat menghormati dan memandang mulia kepada kita. Tambah beliau lagi, semangat
patriotisme hendaklah diterapkan dalam diri generasi muda kita kerana budaya ini sudah
menjadi sebahagian negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat
patriotisme dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang
cemerlang dan dibanggakan oleh negara kerana keperibadian generasi kini akan
mencerminkan keperibadian negara ini. Banyak langkah  yang boleh dilakukan oleh pelbagai
pihak untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi masa kini.

            Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam
diri generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering bercerita
tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat
patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita
atau membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok
Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air. Ibu bapa perlu
mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa sukarnya
berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain itu, menceritakan
peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu
bapa perlu menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini
dapat dilihat apabila orang terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya
untuk mendapatkan makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa
dizalimi oleh penjajah. Mereka akan dapat membandingkan keadaan hidup dalam
pascamerdeka.

            Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk
pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme.
Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat
tersebut merupakan monument yang perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat
melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam. Sebagai contoh tempat bersejarah
yang boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat bersejarah,
guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu
Portugis membina Kota A’ Famosa. Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah
air dan dapat menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap
kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk menpertahankan
negara daripada ancaman musuh. Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain
seperti Bandar Hilir Melaka yang akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara
ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.
            Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak
kerajaan. Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Program
ini dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan
latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan
memupuk semangat patriotik  kepada mereka ke arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih
akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-
menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum,
budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang
merupakan elemen yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang
mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

            Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari


kemerdekaan. Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di kawasan
setempat atau ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di
televisyen. Hai ini demikian akan dapat menjadi medium yang sangat berkesan untuk
menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka. Di samping menyaksikan
kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali nostalgia dan memori sewaktu
negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel kemerdekaan terbit di hati
meraka semangat biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan
kepada anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan
keamanan dan kedamaian.

            Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa tanpa


henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan negara
dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan semua pihak
sangat penting untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi muda. Contoh
yang baik akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah bagaimana acuannya, begitulah
kuihnya.   
Tulis sebuah karangan bertajuk langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan generasi muda. Panjang karangan adalah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

DIDIKAN IBU BAPA LAWATAN KE TEMPAT


BERSEJARAH

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT


PATRIOTISME

PROGRAM LATIHAN
KHIDMAT NEGARA

Tulis sebuah karangan bertajuk langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam


kalangan generasi muda. Panjang karangan adalah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

DIDIKAN IBU BAPA LAWATAN KE TEMPAT


BERSEJARAH

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT


PATRIOTISME

PROGRAM LATIHAN
KHIDMAT NEGARA

Anda mungkin juga menyukai