Anda di halaman 1dari 98

TEKANAN KERJA, STRATEGI DAYA TINDAK

DAN KESIHATAN MENTAL: SATU KAJIAN


DALAM KALANGAN PETUGAS KESIHATAN
JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL
DAERAH BALING, KEDAH
FARAH ATHIRAH BINTI MOH FUZI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TEKANAN KERJA, STRATEGI DAYA TINDAK DAN KESIHATAN MENTAL:
SATU KAJIAN DALAM KALANGAN PETUGAS KESIHATAN JABATAN
KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL DAERAH BALING, KEDAH

FARAH ATHIRAH BINTI MOH FUZI

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI


IJAZAH SARJANA MUDA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2021
i

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

12 Februari 2021 FARAH ATHIRAH BINTI


MOH FUZI
GB03602
ii

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya berjaya menyempurnakan tesis
penyelidikan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Setinggi - tinggi penghargaan saya
rakamkan kepada semua yang terlibat dalam penulisan ini terutamanya kepada
penyelia utama saya, Prof. Madya Dr. Wan Shahrazad Wan Sulaiman atas tunjuk ajar,
motivasi dan cadangan-cadangan yang diberikan oleh beliau selama tempoh
menyiapkan tesis ini. Perhatian dan jasa baik yang telah diberikan akan dikenang
untuk selama-lamanya.

Penghargaan juga diucapkan kepada majikan saya Hospital Daerah Baling


kerana memberi peluang saya bagi melanjutkan pelajaran ini. Terima kasih juga buat
rakan-rakan sekerja yang banyak berkorban masa dan tenaga semasa saya menghadiri
kuliah pada hujung minggu. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan
kepada semua responden-responden yang terlibat dalam kajian ini kerana sudi
meluangkan masa untuk mengisi borang kaji selidik dan memberi kerjasama yang
baik kepada saya sepanjang kajian soal selidik ini dijalankan. Akhir sekali ucapan
penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan
secara langsung atau tidak langsung, terutamanya kepada kedua ibu bapa, rakan
sekuliah saya terutama Norashikin, Afiqah, Syazwana dan seluruh ahli keluarga saya
yang telah banyak berkorban dan menolong saya, juga. Terima kasih juga kepada
semua kawan-kawan seperjuangan saya yang turut menyumbangkan buah fikiran serta
dorongan sepanjang penyelidikan dan penulisan tesis ini.

Terima kasih di atas segalanya.

Farah Athirah Binti Moh Fuzi,

Pusat Pengajian Sains Sosial Dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia


iii

ABSTRAK

Tekanan merupakan satu fenomena yang seringkali dikaitkan dengan kesihatan fizikal
dan mental dan tahap produktiviti individu atau pekerja. Maka, petugas kesihatan
yang bekerja di Jabatan Kecemasan dan Trauma perlu dibantu dan diberikan
penekanan dari segi aspek fizikal dan psikologi dalam memastikan mereka sentiasa
bersedia serta dapat kekal untuk memberikan tenaga dalam usaha mengawal dan
mengekang wabak Covid-19 yang melanda dunia kini. Sehubungan dengan itu, kajian
ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan tekanan kerja dan
strategi daya tindak terhadap masalah kesihatan mental para petugas kesihatan dalam
bertugas sebagai petugas barisan hadapan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital
Daerah Baling, Kedah. Ianya sekaligus dapat membantu pengkaji mengenal pasti
perkaitan masalah tekanan kerja yang dialami oleh petugas barisan serta strategi daya
tindak yang berhubungan dengan aspek kesihatan mental sebagai petugas barisan
hadapan. Kajian ini melibatkan 80 responden menggunakan soal selidik sebagai alat
utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Pengkaji menggunakan satu set soal
selidik yang mengandungi empat bahagian, iaitu demografi, soalan mengukur tekanan
kerja, strategi daya tindak dan kesihatan mental. Kemudian data dianalisis
menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 22.0
secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa petugas
kesihatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling mempunyai tahap
tekanan yang sangat tinggi. Di samping itu juga, keputusan menunjukkan majoriti
petugas kesihatan menggunakan strategi berfokus emosi bagi menyelesaikan masalah
mereka bagi penggunaan strategi daya tindak. Namun begitu, dimensi strategi
berfokus emosi didapati tiada hubungan yang signifikan di dalam kajian ini dengan
tekanan kerja dan kesihatan mental. Pengkaji menyarankan agar pihak jabatan
mengadakan program dan motivasi mengenai cara menangani tekanan dan strategi
daya tindak.
iv

JOB STRESS, COPING STRATEGIES AND MENTAL HEALTH: A STUDY AMONG


STAFF AT EMERGENCY DEPARTMENT HOSPITAL DAERAH BALING

ABSTRACT

Stress is one of phenomena that can lead to physical illness, as well as psychological
distress and mental illness due to the coronavirus disease 2019 (COVID-19) pandemic
which continues to pose an unprecedented threat and challenge to public health around
the world. Lacking sufficient human resources, emergency and trauma’s staff are
required to undertake an increased workload at the clinical frontline of this epidemic.
Additionally, emergency and trauma’s staff are at a high risk due to their working
within close proximity to COVID-19 patients. As a result, they experience increased
job stress. The aim of this study was to assess job stress, coping strategies and mental
health and their correlation between constructs among emergency and trauma
department’s staff. A descriptive correlational design was used on all staff which are
working in emergency and trauma department. Data were collected from 80 staff
using google form that consisted of four section. Section A is about respondent’s
demographic, section B to measure job stress by using Perceived Stress Scale, section
C is to measure coping strategies using Brief COPE, and section D is to measure
mental health by using Depression Anxiety and Stress Scale (DASS). Then, the data
were analyzed using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 22.0.
The results revealed that majority of emergency and trauma department Hospital
Baling’s staff had higher level of job stress. Most of the staff used Emotion-focused
coping as a copping strategy for problem solving. However, there was no significant
correlation between emotion-focused coping with job stress and mental health.
Therefore, implementing programmes and motivation from employer aimed at
teaching them how to deal with stress at work and improving copping strategies are
recommended.
v

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH x
SENARAI SINGKATAN xi

BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Permasalahan Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Definisi Konseptual Dan Operasional 7
1.7.1 Tekanan Kerja 8
1.7.2 Strategi Daya Tindak 9
1.7.3 Kesihatan Mental 11

BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN


2.1 Pengenalan 13
2.2 Kerangka Teori 13
2.2.1 Teori General Adaptation Syndrome (GAS) 13
2.2.2 Teori Daya Tindak 16
2.3 Tinjauan Kajian Lepas 18
2.3.1 Hubungan Tekanan dan Kesihatan Mental 18
2.4 Kerangka Kajian 26
vi

BAB III KAEDAH KAJIAN


3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Populasi Dan Persampelan 30
3.4 Alat Kajian 32
3.4.1 Maklumat Demografi 32
3.4.1 Perceived Stress Scale 32
3.4.2 Brief COPE 33
3.4.3 Depression Anxiety and Stress Scales (DASS) 35
3.5 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Alat Kajian 37
3.5.1 Perceived Stress Scale (PSS) 38
3.5.2 Brief COPE 38
3.5.3 Depression Anxiety and Stress Scales (DASS) 38
3.6 Analisis Data 38
3.6.1 Statistik Deskriptif 39
3.6.2 Statistik Inferensi 39
3.7 Prosedur Kajian 41
3.8 Kesimpulan 41

BAB IV DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan 42
4.2 Semakan Data 42
4.2.1 Missing Value 43
4.2.2 Ujian Normaliti 43
4.3 Analisis Deskriptif 44
4.4 Analisis Deskriptif Tahap Tekanan Kerja, Strategi Daya
Tindak Dan Tahap Kesihatan Mental 48
4.4.1 Tahap Tekanan Kerja 48
4.4.2 Strategi Daya Tindak 49
4.4.3 Tahap Kesihatan Mental 49
4.5 Keputusan Analisis Inferensi 50

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN


CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Ringkasan Kajian 57
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 58
vii

5.3.1 Hubungan Antara Tekanan Kerja Dan Kesihatan


Mental 58
5.3.2 Hubungan Antara Strategi Daya Tindak Dan
Kesihatan Mental 61
5.3.3 Hubungan Antara Tekanan Kerja Dan Strategi
Daya Tindak 63
5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 65
5.5 Implikasi Dapatan Kajian 65
5.5.1 Petugas Kesihatan 65
5.5.2 Jabatan Kecemasan dan Trauma 66
5.5.3 Kementerian Kesihatan Malaysia 66
5.6 Limitasi Kajian 67
5.6.1 Jumlah sampel 67
5.6.2 Kaedah Pengumpulan Data 67
5.6.3 Instrumen kajian 67
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.8 Rumusan 69
RUJUKAN 70
Lampiran A Borang soal selidik 78
viii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 3.1 : Pembahagian Item Positif dan Negatif Inventori Perceived Stress
Scale-10 33

Jadual 3.2 : Tahap Stres Bagi Setiap Markat 33

Jadual 3.3 : Pemarkatan Brief COPE 34

Jadual 3.4 : Item dan dimensi dalam Brief COPE 34

Jadual 3.5 : Dimensi dalam Brief Cope 35

Jadual 3.6 : Jadual item mengikut skala kemurungan, kebimbangan dan


tekanan 36

Jadual 3.7 : Skor bagi skala kemurungan, kebimbangan dan tekanan 36

Jadual 3.8 : Interpretasi nilai korelasi 40

Jadual 3.9 : Analisis data mengikut persoalan kajian 40

Jadual 4.1: Keputusan normaliti setiap pembolehubah 43

Jadual 4.2 : Profil demografi subjek kajian (N=80) 45

Jadual 4.3 : Keputusan statistik deskriptif konstruk 47

Jadual 4.4 : Keputusan deskriptif bagi tahap tekanan kerja 48

Jadual 4.5 : Keputusan deskriptif bagi dimensi strategi daya tindak 49

Jadual 4.6 : Keputusan deskriptif bagi tahap kesihatan mental 50

Jadual 4.7 : Keputusan analisis hubungan antara tekanan kerja dan kesihatan
mental 51

Jadual 4.8 : Keputusan analisis dimensi kesihatan mental dengan tekanan kerja52

Jadual 4.9 : Keputusan analisis strategi daya tindak dengan kesihatan mental 52

Jadual 4.10 : Keputusan analisis dimensi strategi daya tindak dengan tekanan53

Jadual 4.11 : Keputusan analisis demensi strategi daya tindak dengan


kemurungan 54

Jadual 4.12 : Keputusan analisis demensi strategi daya tindak dengan


kebimbangan 55
ix

Jadual 4.13 : Keputusan analisis tekanan kerja dan strategi daya tindak 55

Jadual 4.14 : Keputusan analisis tekanan kerja dengan dimensi strategi daya
tindak 56
x

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman

Rajah 2.1 Model sindrom penyesuaian umum 14

Rajah 3.1 Penentu saiz sampel Krejcie Dan Morgan (1970) 31

Rajah 4.1 Keputusan deskriptif bagi tahap tekanan kerja 50


xi

SENARAI SINGKATAN

BM Bahasa Malaysia

DASS Depression Anxiety and Stress Scale

EWCS European Working Condition Survey

GAS General Adaptation Syndrome

KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar

NHMS National Health and Morbidity Survey

OSI Occupational Stress Indicator

PSS-10 Perceived Stress Scale-10

PBB Persatuan Bangsa–Bangsa Bersatu

SPSS Statistical Package for Social Sciences

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia


BAB I

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini mengandungi latar belakang kajian yang membincangkan isu-isu yang
memangkinkan kajian ini untuk dijalankan. Kemudian diikuti dengan pernyataan
masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konseptual dan
operasional.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tekanan merupakan satu fenomena yang seringkali dikaitkan dengan prestasi kerja,
kesihatan fizikal dan mental dan tahap produktiviti individu atau pekerja (Rohany &
Fatimah 2006). Hal ini kerana, tekanan kerja boleh memberi impak kepada masalah
kesihatan mental jika tidak ditangani dengan baik dan berkesan. Fenomena tekanan ini
merupakan sesuatu kebiasaan yang berlaku dalam kehidupan manusia yang sentiasa
sibuk dalam menjalankan tugas seharian. Kebiasaannya individu yang bekerja di
dalam sesebuah jabatan akan mempunyai pengalaman kebosanan dan kebimbangan
yang berpunca daripada diri sendiri mahupun persekitaran yang menyebabkan mereka
berasa tidak selesa, tidak puas hati dan kurang produktif

Selain itu, tekanan kerja merupakan masalah serius, yang melibatkan ramai
pekerja dalam pelbagai bidang professional. Hal ini kerana, pekerja merupakan
golongan yang mudah terdedah dengan tekanan sama ada tekanan daripada luaran
ataupun dalaman. Antara tekanan yang dialami oleh pekerja adalah perubahan di
tempat kerja yang terjadi antaranya kerana faktor globalisasi dan persaingan ekonomi,
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi moden, situasi tempat kerja dan
kerja itu sendiri yang semakin mencabar dan membebankan. Perkara ini telah
mendorong kepada peningkatan tekanan dalam kalangan pekerja. Menurut kajian
European Working Condition Survey (EWCS) pada tahun 2000 mendapati tekanan
2

berkaitan kerja merupakan masalah kesihatan berkaitan kerja kedua tertinggi di


Eropah. Sebanyak 62% pekerja Amerika menyatakan kerja merupakan punca
disebabkan oleh stres. Sehubungan dengan itu, seorang daripada empat orang pekerja
bercuti daripada bekerja adalah untuk tujuan berdaya tindak terhadap stres (APA
Survey 2004).

Tambahan pula, tekanan juga dikaitkan dengan masalah kesihatan mental yang
sering melanda masyarakat kita dewasa ini. Kesihatan mental merupakan aspek sangat
penting bagi setiap fasa kehidupan manusia seperti mana pentingnya kesihatan fizikal.
Di samping itu, kesihatan mental dilihat dari aspek baik dan buruk. Setiap orang,
mungkin dalam hidupnya mengalami kedua-dua aspek tersebut, kadang kala keadaan
mentalnya sangat sihat, tetapi pada suatu masa yang lain adalah sebaliknya. Menurut
Zulkarnain (2018) dan Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2018)
menunjukkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan
kedua terbesar yang membahayakan rakyat negara ini selepas penyakit jantung.
Tambahannya lagi, kiraan yang melihat kepada umur pesakit, setiap 3 daripada 10
rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas atau 29.2 peratus mengalami pelbagai
masalah kesihatan mental.

Keadaan mental seseorang pekerja itu akan menjadi lebih teruk apabila mereka
diberi beban melampau batas. Persekitaran kerja yang negatif juga akan
mendatangkan pelbagai penyakit fizikal dan mental termasuk masalah tingkah laku
yang menyebabkan pekerja bersikap sambil lewa dan suka ponteng kerja serta mutu
kerja yang menurun. Keadaan ini akan bertambah buruk jika majikan terus mengambil
sikap tidak menjaga kebajikan dan persekitaran kerja yang positif, maka seseorang
pekerja itu akan cenderung untuk mengalami penyakit mental seperti kebimbangan,
kemurungan dan burnout yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan
mudah dengan membunuh diri. Peningkatan masalah kesihatan mental di tempat kerja
ini memberi impak yang buruk serta akan merugikan organisasi dan menjadi
pembunuh senyap kepada tenaga kerja yang berkualiti. Oleh sebab itu, pada saat
mengalami masalah kesihatan mental, seseorang memerlukan pertolongan orang lain
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
3

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Dewasa ini, wabak Covid-19 menjadi isu yang hangat meniti di bibir semua penduduk
dunia. Wabak ini telah menjadi pandemik kepada dunia kini. Penularan COVID-19
berisiko mencetuskan krisis kesihatan mental global dan tekanan kerja, sekaligus
tindakan segera perlu diambil bagi menangani penderitaan psikologi yang ditimbulkan
oleh pandemik ini. Walau bagaimanapun, ketika ini perlindungan kesihatan fizikal
menjadi perhatian utama, namun begitu, Persatuan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB)
telah memberi amaran bahawa wabak COVID-19 juga menyebabkan tekanan mental
membabitkan sejumlah besar populasi penduduk dunia termasuklah petugas barisan
hadapan khususnya petugas kesihatan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran dalam satu


pesanan video ketika melancarkan taklimat dan mengatakan selepas berpuluh-puluh
tahun pengabaian dan kekurangan pelaburan dalam perkhidmatan kesihatan mental,
kini pandemik COVID-19 menjejaskan keluarga dan masyarakat disebabkan oleh
tekanan mental. Walau bagaimanapun, sekiranya pandemik ini tidak dapat dikawal,
kesedihan, kegelisahan dan kemurungan akan terus mempengaruhi masyarakat serta
petugas kesihatan yang menghadapi tekanan kerja. Hal ini menunjukkan impak wabak
ini kepada kesihatan mental masyarakat begitu besar terutamanya kepada petugas
kesihatan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh ‘Northwestern National Life


Insurance Company’ (1991) mendapati hampir 46 peratus pekerja di Amerika
Syarikat merasa tertekan dengan tugas mereka, di mana hampir 27 peratus pekerja
telah melaporkan bahawa sumber utama tekanan dalam kehidupan mereka berpunca
daripada kerja yang mereka lakukan. Manakala, 72 peratus hasil tinjauan mendapati
bahawa tekanan memberi kesan masalah fizikal dan mental pekerja. Ini dibuktikan
lagi dengan hasil kajian yang dilakukan oleh ‘Institute of Stress in New York,
America’ (2002) iaitu terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami tekanan
yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi
mengalami tekanan setiap hari. Justeru, tekanan kerja merupakan salah satu pencetus
yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental individu.
4

Selain itu, dalam konteks organisasi, istilah tekanan di tempat kerja sering
digunakan silih berganti dengan tekanan kerja dan tekanan pekerjaan yang merupakan
produk kognitif bagi mentafsirkan sesuatu keadaan (Abu Al Rub 2004; Ismail et al.
2010; Wickra Masinghe 2012). Tekanan kerja secara khususnya dilihat sebagai reaksi
tubuh badan yang mengganggu psikologi dan fisiologi pekerja serta mengundang
ancaman ketidakselesaan terhadap tubuh badan pekerja (He, Zhao & Archbold 2002).
Qiongning Chen et al. (2020) menyatakan dalam menghadapi isu kesihatan awam
yang berskala besar ini, petugas kesihatan mengalami tekanan dari dua aspek iaitu
fizikal dan psikologi. Cabaran dan tekanan yang dialami oleh petugas kesihatan dapat
mencetus gangguan mental seperti kebimbangan (anxiety), kecelaruan kemurungan
(depressive disorder) dan post-traumatic stress disorder (PTSD) di mana ianya
mampu untuk mewujudkan keadaan bahaya yang menjangkaui kesan pandemik
Covid-19 itu sendiri (Bao et al. 2020). Keadaan ini berlaku terutamanya apabila fasiliti
kesihatan seperti jabatan kecemasan dan trauma serta klinik kesihatan telah mengubah
dan membentuk tatacara baru khusus untuk Covid-19 dalam usaha bagi mengawal
penularan wabak ini di samping dapat memberikan perawatan yang berkesan telah
memberi impak kepada petugas kesihatan untuk mengadaptasi dengan tekanan
semasa.

Beberapa data statistik telah ditemui hasil daripada kajian lepas membuktikan
bahawa kesan tekanan kerja mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kesihatan
mental pekerja. Masalah kesihatan mental telah sekian lama menjadi krisis global di
mana terdapat pelbagai penyakit mental yang telah dikenal pasti melalui statistik yang
dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2019). Melalui statistik tersebut,
jumlah pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental telah menunjukkan
peningkatan di seluruh dunia. Selain itu, masalah kesihatan mental turut mendorong
ke arah kewujudan pelbagai masalah lain seperti kurang berupaya dalam menjalani
kehidupan harian sehingga timbul keinginan untuk mencederakan diri sendiri malah
berpontensi untuk membunuh diri. Selain itu juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(2019), turut menyatakan terdapat pelbagai jenis penyakit mental yang berbeza-beza
tahap dan keadaannya. Secara umum, penyakit mental dibahagikan kepada beberapa
kumpulan berdasarkan gabungan aspek tidak normal yang terdapat dalam pemikiran,
pandangan, emosi, kelakuan dan hubungan sosial dengan orang lain.
5

Tambahan pula, kehidupan manusia kini yang semakin mencabar dan


kompleks. Keadaan menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia secara global
ini menyumbang kepada kemunculan suatu keadaan yang menyerang petugas barisan
hadapan iaitu tekanan atau lebih dikenali sebagai “stres”. Menurut Hatta Sidi dan
Mohamed Hatta (2002) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia
sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Tekanan
kerja ini akan mendorong kepada masalah kesihatan mental. Walau bagaimanapun,
bagi mengurangkan dan membendung tekanan ini terdapat beberapa strategi daya
tindak yang dapat dipraktikkan oleh petugas kesihatan khususnya. Menurut Bridger et
al. (2013), strategi daya tindak yang digunakan untuk mengurus situasi yang memberi
tekanan sebagai tindak balas dapat mempengaruhi kesejahteraan mental. Maksudnya,
sumber tekanan tidak terlalu penting tetapi bagaimana petugas kesihatan beradaptasi
dengan sumber tekanan akan menentukan kesannya terhadap kesihatan dan
kesejahteraan mental. Kesimpulannya, strategi daya tindak yang berkesan membawa
kepada hasil yang lebih baik iaitu kebahagiaan, perkembangan peribadi, kepuasan
hidup, kesejahteraan hidup serta kesejahteraan mental yang baik manakala sebaliknya
strategi daya tindak negatif berpotensi menyebabkan ketidakseimbangan emosi dan
pembentukan masalah mental.

Maka, pengkaji berpendapat petugas kesihatan yang bekerja di jabatan


kecemasan dan trauma perlu dibantu dan diberikan penekanan dari segi aspek fizikal
dan psikologi dalam memastikan mereka sentiasa bersedia serta dapat kekal untuk
memberikan tenaga dalam usaha mengawal dan mengekang wabak Covid-19 yang
melanda dunia kini. Kekuatan fizikal dan psikologi amat penting bagi setiap petugas
kesihatan kerana mereka terlibat dari segi pemakaian PPE yang panas, jumlah pesakit
yang ramai, perubahan operasi kerja dan waktu kerja, limitasi aktiviti sosial bersama
keluarga dan rakan serta pengorbanan diri mereka untuk bertugas sebagai petugas
barisan hadapan tertakluk kepada arahan semasa dan keadaan semasa wabak. Kadar
tekanan yang sangat tinggi berkemungkinan meninggalkan kesan jangka masa pendek
atau jangka masa panjang. Maka, bagi menghadapi situasi ini, strategi daya tindak
diperlukan untuk membolehkan petugas kesihatan meningkatkan tahap kesihatan
mental apabila berhadapan dengan cabaran dan tekanan di tempat kerja. Hal ini kerana
strategi daya tindak merupakan tindak balas individu terhadap tuntutan kognitif dan
6

berhubung dengan fleksibiliti psikologi individu (Devereux et al. 2009). Strategi daya
tindak juga merupakan satu elemen penting yang digunakan oleh seseorang individu
untuk menguasai, mengurangkan, atau mengecilkan kesan tekanan (Seyedeh et al.
2010). Menurut Wong (1993) penggunaan strategi daya tindak oleh individu adalah
mengikut kesesuaian dengan situasi, kewujudan sumber dan pengetahuan budaya.
Menurut Carmeli et al. (2009) sekiranya seseorang individu mempunyai strategi daya
tindak yang baik maka, kesejahteraan psikologi dan mentalnya akan baik.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk


mengenalpasti hubungan tekanan kerja dan strategi daya tindak terhadap masalah
kesihatan mental para petugas kesihatan dalam bertugas sebagai petugas barisan
hadapan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital daerah Baling, Kedah. Ianya
sekaligus dapat membantu pengkaji mengenal pasti perkaitan masalah tekanan kerja
yang dialami oleh petugas barisan serta strategi daya tindak yang mempengaruhi
aspek kesihatan mental sebagai petugas barisan hadapan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap tekanan kerja, strategi daya tindak dan kesihatan mental petugas
kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling?

2. Adakah terdapat hubungan antara tekanan dan kesihatan mental petugas


kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling?

3. Adakah terdapat hubungan antara strategi daya tindak dan kesihatan mental
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling?

4. Adakah terdapat hubungan tekanan dan strategi daya tindak petugas kesihatan
di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tahap tekanan kerja, strategi daya tindak dan kesihatan mental
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.
7

2. Mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dan kesihatan mental petugas


kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

3. Mengenalpasti hubungan antara strategi daya tindak dan kesihatan mental


petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

4. Mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dan strategi daya tindak petugas
kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Matlamat kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara tekanan kerja dengan
kesihatan mental. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh
strategi daya tindak dalam hubungan antara tekanan kerja dan kesihatan mental. Hasil
kajian ini diharap dapat membantu pegawai psikologi dan petugas barisan hadapan
mengenalpasti tekanan kerja yang dihadapi dan strategi daya tindak petugas barisan
hadapan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling dan memberi
implikasi yang baik kepada tahap kesejahteraan mental mereka. Kajian ini juga
diharapkan agar dapat menjadi asas kepada penyelidikan seterusnya pada masa akan
datang.

1.7 DEFINISI KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL

Definisi konseptual merujuk kepada definisi teori yang diperkukuhkan oleh kajian
lepas (Marican 2005). Ia lebih bersifat abstrak dan umum. Definisi operasional pula
merujuk kepada definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk memberi gambaran
mengenai konsep yang hendak dikaji (Marican 2005).

1.7.1 Tekanan Kerja

Definisi konseptual:

Tekanan atau stress, berasal dari perkataan Greek iaitu “stringere” yang bermaksud
ketat atau tegang (Cox 1978). Tokoh yang dianggap sebagai pelopor dalam kajian
8

mengenai tekanan iaitu Hans Seyle Selye (1976) beliau telah mendefinisikan
‘tekanan’ sebagai gerak balas fizikal badan terhadap permintaan sama ada permintaan
positif atau negatif. Tekanan didefinisikan sebagai tekanan pada emosi, proses
pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Apabila tekanan yang dihadapi terlalu
tinggi, ia akan menyebabkan gangguan kepada kebolehan seseorang itu berinteraksi
dengan persekitaran. Tekanan yang tinggi juga dikaitkan dengan kebimbangan kronik,
mudah marah, sukar untuk menenangkan diri, tidak boleh diajak berunding dan bagi
sesetengah pihak akan mengambil alkohol dan dadah yang berlebihan. Manakala.
tekanan yang berterusan dan keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental
mahupun kesihatan fizikal.

Maria Diana (2011) mengatakan tekanan juga boleh didefinisikan sebagai


tindak balas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan sama ada yang sebenar atau
yang diimaginasikan. Ia merupakan satu fenomena semula jadi yang tidak boleh
dielakkan sekiranya seseorang itu membuat kerja-kerja professional mahupun tidak.
Tekanan merupakan perkara normal dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan
kesibukan. Setiap orang akan mengalami tekanan dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, menurut Rohani & Nor Eda (2001) tekanan merupakan sesuatu perkara
yang normal dan penting dalam kehidupan. Tekanan boleh menimbulkan keadaan
yang baik dan sebaliknya. Tekanan yang menyebabkan keadaan buruk adalah apabila
tekanan mengganggu aspek psikologi seseorang.

Tambahan, menurut Azmi (2005) pula terdapat beberapa keadaan yang


membawa kepada tekanan kerja. Keadaan ini dipanggil ‘stressor’ atau penyebab.
Antara penyebab tersebut ialah bebanan tugas, tekanan masa, kualiti penyeliaan yang
lemah, ketidaksesuaian pihak atasan berbanding dengan tanggungjawab sebenar,
konflik peranan, nilai-nilai yang berbeza di antara organisasi dan pekerja serta
kekecewaan. Tekanan yang wujud daripada beban kerja mental (mental workload)
merupakan kesan terlalu banyak beban kerja atau terlalu sedikit beban kerja serta
faktor kecekapan melakukan sesuatu tugas.

Definisi Operasional:
9

Secara operasi, tekanan kerja diukur menggunakan soal selidik Perceived Stress
Scale-10 (PSS-10) yang diperkenalkan oleh Cohen (1988). Soal selidik ini
mengandungi 10 soalan yang berkaitan dengan perasaan dan pemikiran responden
dalam tempoh sebulan yang lalu. Dalam setiap soalan, responden dikehendaki untuk
menyatakan kekerapan perasaan atau fikiran dalam keadaan yang tertentu. Inventori
ini menggunakan lima skala likert iaitu 0=tidak pernah, 1=hampir tidak pernah,
2=kadang-kadang, 3=kerap dan 4=sangat kerap. PSS-10 merupakan satu set soal
selidik yang mengandungi 10 soalan yang mengukur lima tahap persepsi terhadap
tekanan yang dihadapi oleh responden iaitu sangat rendah dari purata, rendah dari
purata, purata, tinggi dari purata dan lebih tinggi dari purata. Inventori ini mempunyai
beberapa item positif dan juga item negatif. Selain itu inventori ini juga dapat
mengukur tahap keprihatinan responden terhadap kesihatan. Sebelum ini inventori
Perceived Stress Scale telah diterjemahkan oleh pengkaji lain ke dalam bahasa
Melayu, dalam kajian penilaian skala Perceived Stress Scale terhadap dua pekerjaan
iaitu sektor perubatan dan sektor keretapi di Malaysia (Sar Al- Dubai et al. 2014).

1.7.2 Strategi Daya Tindak

Definisi konseptual:

Daya tindak merujuk kepada pemikiran dan perilaku individu yang terlibat sehingga
boleh mengurus, bersabar, atau mengurangkan permintaan dalaman atau luaran dalam
menilai sumber kuasa yang ada pada seseorang individu (Lazarus & Folkman 1984).
Menurut Folkman (1984) strategi daya tindak melibatkan perkaitan yang signifikan di
antara elemen kognitif dan tingkah laku di mana individu yang mempunyai kemahiran
daya tindak yang positif didapati mampu mengawal tekanan yang wujud akibat
daripada keinginan luaran dan keinginan dalaman serta menbantu mereka agar tidak
bersifat emosional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan pula, beliau
turut menjelaskan bahawa kemahiran daya tindak didefinisikan sebagai suatu bentuk
tindak balas yang wujud secara semula jadi apabila seseorang individu berhadapan
dengan situasi yang tertekan atau mencabar. Manakala, Charles dan Michael (1994)
berpendapat daya tindak terhadap tekanan dibahagikan kepada dua iaitu strategi daya
tindak berfokus masalah (problem focused) dan strategi daya tindak berfokus emosi
10

(emotion focused). Strategi daya tindak berfokus masalah merujuk kepada usaha daya
tindak untuk menghapuskan perkara yang menggugat dan menghilangkan kesan
tekanan manakala strategi daya tindak berfokus emosi adalah usaha untuk
mengurangkan perasaan negatif yang meningkatkan respon terhadap ancaman.

Definisi Operasional:

Strategi daya tindak merujuk kepada usaha yang aktif untuk menyelesaikan sesuatu
isu atau masalah yang dihadapi. Mekanisme daya tindak membantu seseorang
individu untuk berhadapan dengan ancaman, cabaran dan halangan dalam kehidupan
serta berperanan sebagai medium bagi mengurangkan atau menyederhanakan
ketegangan dan tekanan (Kahn & Cooper 1986). Selain itu, Plunckett et al. (2000)
menjelaskan bahawa strategi daya tindak bermaksud kemahiran dan keupayaan yang
diadaptasikan oleh seseorang individu bagi menangani tekanan dan krisis dalam
kehidupan mereka. Blacher et al. (2013) dan Ekas et al. (2015) menjelaskan bahawa
apabila tekanan berlaku, proses daya tindak akan menyusul bagi menangani cabaran
tersebut. Pengkaji memberi tumpuan kepada strategi daya tindak fokus pada tekanan
kerja. Daya tindak merujuk kepada pendekatan individu untuk mengelak tekanan
melalui penilaian kognitif dan mengambil aspek positif antara diri sendiri dan
persekitaran.

Secara operasi, strategi daya tindak diukur menggunakan Brief COPE yang
telah dibina oleh Carver (1989). Ia mengandungi 28 item yang mengukur 14 jenis
daya tindak iaitu merupakan versi singkat dari 60 item skala COPE yang
dikembangkan oleh Carver (1989). Alat ukur dalam kajian ini menggunakan skala
Brief COPE versi bahasa Melayu yang di terjemah dalam kajian lepas (Intan 2007).
Skala Brief COPE ini memiliki 14 subskala yang terdiri daripada 2 item bagi setiap
skalanya. Manakala, 14 subskala ini pula dibahagi kepada tiga dimensi utama iaitu
Daya Tindak Berfokus Masalah (daya tindak aktif, perancangan dan mencari
sokongan instrumental), Daya Tindak Berfokus Emosi (penerimaan, humor,
pengluahan, agama, sokongan emosi, kerangka positif, dan menyalahkan diri sendiri)
dan Daya Tindak Pengelakan (penafian, mengalihkan perhatian, pelepasan tingkah
laku dan penyalahgunaan bahan).
11

1.7.3 Kesihatan Mental

Definisi konseptual

Kesihatan mental merujuk kepada keadaan manusia yang normal iaitu seseorang
individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap tekanan kehidupan,
boleh bekerja dengan produktif dan boleh memberikan sumbangan yang sewajarnya
kepada masyarakat (World Health Organization 2014). Menurut Kementerian
Kesihatan Malaysia (2012) kesihatan mental adalah “kemampuan individu, kelompok
dan persekitaran berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosi kesejahteraan
subjektif serta fungsi yang optimum di samping menonjolkan penggunaan keupayaan
kognitif, yang efektif untuk menuju ke arah pencapaian matlamat individu dan
kumpulan secara selari dan berteraskan keadilan”. Kesihatan mental dalam kajian ini
merujuk kepada keadaan sejahtera, sempurna pemikiran dan kestabilan emosi dan
tingkah laku di mana seseorang individu itu dapat menyelesaikan kerja dan tugasan
dengan efektif. Impak atau ciri utama gangguan mental dapat dikesan melalui gejala
kemurungan. Selain itu, kemurungan juga dapat dikesan melalui elemen lain yang
digariskan sebagai pencetus kepada masalah kesihatan mental iaitu kebimbangan dan
stres.

Berdasarkan ketiga-tiga elemen yang dibincangkan, pengkaji merumuskan


bahawa kebimbangan, kemurungan dan stres menjadi pencetus utama kepada masalah
kesihatan mental sehingga mengakibatkan pelbagai implikasi. Dalam konteks kajian,
petugas kesihatan adalah individu yang dominan menghadapi masalah ini khususnya
yang bekerja di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
12

Definisi Operasional

Menurut Lakhan dan Vieira (2008) kebimbangan, kemurungan dan stres merupakan
elemen yang terdapat dalam kesihatan mental. Gejala kesihatan mental tercetus
apabila masalah kebimbangan melampau sehingga mengakibatkan gangguan emosi
dan fikiran yang mana akhirnya menyumbang kepada potensi masalah keresahan dan
gangguan kesihatan mental (American Psychiatric Association 2017; Portnoy 1959).
Kedua, kemurungan merupakan masalah kesihatan mental yang melibatkan perubahan
tingkah laku yang dapat dikesan melalui gaya, perbuatan atau keadaan seseorang yang
tidak stabil seperti gemar menyendiri dan termenung. Ketiga, stres merupakan tekanan
yang memberi impak kepada perasaan seseorang sehingga menyebabkan masalah
dalaman dan menjejaskan kesihatan seseorang individu (Krantz, Thorn & Kiecolt-
Glaser 2013; Portnoy 1959).

Secara operasinya, kesihatan mental diukur menggunakan inventori DASS


(Depression, Anxiety and Stress Scale) sebagai alat kajian. Alat ujian DASS ini
mengukur tahap kesihatan mental dengan memberi fokus kepada tiga tret iaitu
kemurungan, kebimbangan dan tekanan. DASS ini telah diperkenalkan oleh Syd
Lovibond dan Peter Lovibond dari University of New South Wales pada tahun 1995.
Alat ujian ini mengandungi 42 item, yang mana setiap satunya dinilai dengan
menggunakan 4 skala merujuk kepada kekerapan simptom tersebut dialami oleh
responden dalam masa satu minggu. Semua item dinilai menggunakan skala
pemeringkatan Likert dengan empat pilihan jawapan iaitu tidak langsung, sedikit atau
jarang-jarang, banyak atau kerap kali dan sangat banyak atau sangat kerap. Soal
selidik Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS) merupakan terjemahan Dr Ramli
Musa, Ketua Jabatan Psikiatri, Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Soal selidik yang telah diterjemahkan dibahagikan kepada 7 item untuk
setiap skala kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Menurut Ramli, Mohd. Arif dan
Zaini (2007) DASS-21 telah diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuklah versi
13

Bahasa Malaysia (BM). DASS dengan 21 item mengambil kira kekangan masa
menjawab responden.

BAB II

KAJIAN KEPUSTAKAAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini memfokuskan perbincangan berkaitan kajian-kajian lepas yang telah


dijalankan oleh pengkaji yang lepas. Perbincangan juga meliputi teori-teori yang
berkaitan dan kajian-kajian lepas berkaitan hubungan tekanan, strategi daya tindak
dan kesihatan mental.

1.2 KERANGKA TEORI

2.2.1 Teori General Adaptation Syndrome (GAS)

Model fisiologi stres telah diperkenalkan oleh Hans Selye melalui Teori Sindrom
Adaptasi Am (General Adaptation Syndrome Theory). Teori ini menggambarkan
bahawa tekanan adalah tindak balas pertahanan badan manusia terhadap sesuatu punca
tekanan. Tekanan yang berasaskan fisiologi ini adalah berdasarkan pengaktifan
berterusan beberapa mekanisma hormon dan sistem saraf badan manusia ketika
menghadapi stres (Berry 1998). Teori ini adalah berdasarkan kepada tiga tahap asas
perkembangan yang berlaku ketika stres iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (alarm
reaction), tahap penentangan (stage of resistance) dan tahap kelesuan (stage of
exhaustion) seperti di tunjukkan dalam Rajah 2.1.
14

Rajah 2.1 Model Sindrom Penyesuaian Umum


Sumber : Adaptasi Daripada Selya (1956)

Pada peringkat amaran (alarm stage), individu mula menyedari dan


mengenalpasti ancaman yang wujud daripada penyebab tekanan. Badan individu
tersebut akan mengalami tindak balas “melawan atau lari”. Apabila terdedah kepada
tekanan, tindak balas biasa seseorang akan dirangsang oleh dua hormon badan iaitu
adrenalin dan norepinephrine. Tindakan hormon adrenalin adalah untuk
menggerakkan glukosa dan lemak pelepasan asid daripada sel-sel lemak. Badan dapat
menggunakan kedua-duanya sebagai tenaga untuk bertindak balas terhadap tekanan
yang dialami. Selain itu juga, adrenalin dan norepinephrine juga mempunyai kesan
yang kuat ke atas jantung. Kedua-dua kadar degupan jantung dan isipadu strok
meningkat, sekali gus meningkatkan kadar pergerakan jantung. Mereka juga
membantu untuk membawa darah dari bahagian-bahagian badan yang lain ke jantung,
otak dan otot sebagai badan yang bersedia untuk menyerang atau melarikan diri. Pada
masa yang sama, badan juga mengeluarkan glucocorticoids, terutamanya kortisol
untuk membantu memenuhi keperluan tenaga badan dalam masa tekanan. Reaksi
glucocortical biasanya lebih perlahan dan mengambil tempoh yang lebih lama
daripada kesan yang sama adrenalin pada metabolisme glukosa.
15

Manakala, pada peringkat penentangan (resistance stage) pula menunjukkan


individu menahan tekanan yang disebabkan oleh ancaman asal. Apabila ancaman awal
telah reda, badan cuba untuk kembali ke keadaan homeostatik dan membaiki sendiri.
Hal ini kerana, sebahagian daripada fasa rintangan sindrom penyesuaian umum,
mempunyai ciri-ciri yang kurang tumpuan dan peka. Kadar denyutan jantung dan
kadar degupan jantung untuk kembali ke normal telah menyebabkan tekanan darah
dikurangkan dan hormon yang dirembeskan oleh badan cuba untuk kembali ke tahap
normal. Walau bagaimanapun, disebabkan tekanan awal telah terjadi, maka badan
kekal pada keadaan memuncak untuk beberapa waktu. Manakala, jika terdapat
tekanan yang kronik, badan akan cuba untuk membayar ganti rugi pada peringkat
rintangan. Oleh sebab itu, jika badan mengalami tekanan terlalu lama dan kekal di
peringkat rintangan, ia boleh membawa kepada tahap seterusnya iaitu keletihan.

Seterusnya adalah peringkat keletihan akibat daripada pendedahan kronik


kepada tekanan. Pada peringkat ini, tekanan adalah seperti yang badan tidak dapat
kembali kepada keadaan asalnya yang homeostatik. Dalam erti kata lain, badan telah
menghabiskan sumber-sumber dalaman dan tidak mampu untuk melawan tekanan
secukupnya. Tanda-tanda peringkat keletihan mungkin termasuk kebimbangan dan
kemurungan. Peringkat keletihan juga dicirikan oleh kompromi sistem imun, yang
menjadikan ia lebih sukar bagi badan untuk melawan jangkitan. Seterusnya tekanan
kronik boleh membawa kepada beberapa penyakit dan isu-isu yang berkaitan, seperti
diabetes jenis 2, ulser dan tekanan darah tinggi.

Tekanan kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan,
sumber, dan kehendak pekerja. Ianya boleh memberi kesan ke atas psikologi dan
fisiologi manusia. Seseorang individu yang berada dalam keadaan tertekan dengan
kerja yang dilakukan akan menunjukkan kemurungan yang berpanjangan. Jika
tekanan ini terus berulang dan tidak diatasi dengan segera, ia boleh meninggalkan
kesan yang buruk terutamanya dari aspek keselamatan dan kesihatan pekerja itu
sendiri. Oleh sebab itu, jika seseorang berada dalam keadaan tertekan psikologi akan
terganggu dan pekerja gagal membuat keputusan dengan baik. Pekerja mudah berasa
bimbang, takut dan cepat marah. Hal ini boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan
16

boleh menggugat produktiviti organisasi serta mendorong kepada masalah kesihatan


mental.

2.2.2 Teori Daya Tindak

Daya tindak merujuk kepada proses untuk mengubah cara berfikir dan bertingkah laku
apabila cuba memenuhi sesuatu tuntutan dalaman atau luaran yang melebihi
keupayaan yang ada pada diri seseorang (Lazarus & Folkman 1987). Daya tindak juga
merupakan satu usaha yang perlu dilakukan oleh individu untuk mengurangkan
tekanan yang dihadapi (Resick 2001). Secara ringkasnya daya tindak merupakan satu
proses mengurus cara berfikir dan bertingkah laku yang dilakukan oleh individu bagi
mengurangkan atau mengecilkan tekanan, ianya boleh dalam bentuk strategi tingkah
laku ataupun strategi emosi.

Secara amnya, terdapat dua jenis strategi daya tindak iaitu strategi daya tindak
fokus emosi dan strategi daya tindak fokus-masalah (Lazarus & Folkman 1987).
Berdasarkan teori daya tindak, strategi daya tindak fokus-emosi boleh dibahagikan
kepada lima komponen utama iaitu kawalan diri, penilaian semula, sokongan sosial,
penerimaan tanggungjawab dan menjauhkan diri daripada krisis sebaliknya strategi
daya tindak fokus-masalah pula terbahagi kepada dua elemen utama iaitu penyelesaian
masalah secara terancang dan konfrontasi (Lazarus & Folkman 1987).

Menurut Wong (1993) penggunaan strategi daya tindak oleh individu adalah
mengikut kesesuaian dengan situasi, kewujudan sumber dan pengetahuan budaya.
Kecerdasan emosi boleh memberi kesan yang tinggi terhadap kepuasan kerja,
komitmen organisasi (Welbourne et al. 2007) dan kesejahteraan psikologi (Carmeli et
al. 2009) sekiranya seseorang individu mempunyai strategi daya tindak yang tinggi.
Hal ini kerana keupayaan menggunakan strategi daya tindak membantu anggota polis
mengurangkan kesan tekanan serta membolehkan mereka memenuhi tuntutan dalam
kehidupan harian seperti tuntutan kerja dan memenuhi matlamat hidup (Wong 1993).

Oleh sebab itu teori tidak berdaya yang dipelajari (Learned Helplessness
Theory) membincangkan strategi daya tindak terhadap tekanan dan perbincangan
menjurus ke arah gaya pemikiran individu terhadap situasi stres yang dihadapi
17

individu (Peterson & Seligman 1984). Istilah daya tindak adalah selari dengan
pendekatan psikologi positif yang menekankan kepada pemikiran positif, emosi positif
dan ciri- ciri positif. Persoalan daya tindak dianggap klasik bila dikaitkan dengan
konsep mekanisme bela diri (Cano Garcio et al. 2007). Namun begitu, persoalan daya
tindak terus relevan dalam konteks proses bertindak yang dibincangkan dalam dua
cara iaitu gaya daya tindak dan strategi daya tindak. Contohnya dalam konteks
mangsa peristiwa trauma, istilah strategi daya tindak memberi kelebihan berbanding
istilah gaya daya tindak kerana strategi merujuk kepada tindakan yang lebih spesifik
khususnya berupaya diubahsuai dan lebih menarik dibincangkan dalam perspektif
intervensi.

Selain itu, Connor, Smith dan Flachsbart (2010) turut mengklasifikasi daya
tindak dalam bentuk yang lebih komprehensif iaitu kawalan utama, kawalan kedua,
pengunduran dan pelbagai. Setiap daya tindak tersebut mengandungi subfaktor
masing-masing. Daya tindak kawalan utama mengandungi lima subfaktor daya tindak
iaitu penyelesaian masalah, sokongan sosial instrumental, sokongan sosial emosi,
sokongan sosial campuran, dan penyelenggaraan emosi. Daya tindak kedua terdiri
daripada pengalihan perhatian, penyusunan semula kognitif dan daya tindak kedua
terdiri daripada pengalihan perhatian, penyusunan semula kognitif dan penerimaan.
Ketiga, daya tindak penangguhan terdiri daripada pengelakan, penafian, pengharapan
(wishful thinking) dan penarikan diri (withdrawal). Akhir sekali, daya tindak pelbagai
adalah seperti fokus emosi yang pelbagai, fokus emosi negatif, daya tindak agama dan
penggunaan bahan.

Manakala, Carver dan Smith (2010) mengkategori strategi daya tindak kepada
enam iaitu berfokuskan masalah (problem-focused), berfokuskan emosi (emotion-
focused), penglibatan (engagement), pengunduran (disengagement), penyesuaian
(accommodative) dan proaktif (proactive). Namun begitu untuk meneroka tema daya
tindak yang digunakan oleh mangsa banjir lumpur di Lembah Bertam Cameron, daya
tindak yang dicadangkan Carver dan Smith (2010) serta Connor, Smith dan Flachsbart
(2010) dijadikan panduan. Hasil analisis terhadap daya tindak yang lebih spesifik
seperti yang dicadangkan oleh Carver dan Smith (2010) serta Connor, Smith dan
18

Flachsbart (2010) telah digunakan. Sebagai rumusannya, terdapat empat daya tindak
iaitu kawalan utama, kawalan kedua, pengelakan dan pelbagai.

Daya tindak kawalan utama juga dikenali sebagai penglibatan (engagement),


proaktif dan berfokuskan masalah. Daya tindak kawalan kedua juga dikenali sebagai
penyesuaian (accomodative), seterusnya daya tindak pelbagai juga dikenali sebagai
berfokuskan emosi. Daya tindak kawalan utama adalah percubaan yang proaktif untuk
mengawal dan mengubah keadaan atau reaksi emosi yang teruk yang sedang dihadapi
oleh individu kepada satu keadaan dan reaksi emosi yang lebih terkawal. Daya tindak
kawalan kedua pula menerangkan percubaan untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran apabila individu sedang menghadapi keadaan atau situasi yang memberi
tekanan atau krisis. Daya tindak ketiga iaitu pengelakan, adalah apabila individu
mencuba sedaya upaya melarikan diri dari berurusan atau berhadapan dengan situasi
dan emosi yang tertekan. Daya tindak yang terakhir adalah berfokuskan emosi yang
bercampur-campur, iaitu berfokuskan emosi yang tidak boleh dikawal seperti
menjerit, menangis, meraung dan sebagainya. Sebaliknya, daya tindak berfokuskan
emosi yang boleh dikawal adalah seperti daya tindak agama.

2.3 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

2.3.1 Hubungan Tekanan dan Kesihatan Mental

Menurut Dr. Chua Sook Ning (2018), di dalam Eikhwan (2020) isu kesihatan mental
atau “penyakit tidak nampak” ini dalam kalangan pekerja di Malaysia mungkin
menelan kos RM14.4 bilion atau 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pada 2018. Manakala, berdasarkan Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015
National Health and Morbidity Survey (NHMS 2015) prevalens masalah kesihatan
mental dalam kalangan dewasa berumur 16 tahun dan ke atas ialah 29.2 peratus iaitu
meningkat sebanyak 18.5 peratus daripada 10.7 peratus pada 1996. Prevalens ini terus
menunjukkan trend menaik dengan golongan wanita, orang dewasa muda berkerjaya
dan daripada keluarga berpendapatan rendah serta kaum bumiputera paling berisiko
menghadapi masalah ini.
19

Kesihatan mental berhubung kait dengan tekanan. Tekanan merupakan


masalah kesihatan semulajadi yang biasa berlaku di semua peringkat golongan.
Menurut Azrul Hisham (2009) tekanan merupakan satu bentuk keadaan ataupun
perasaan yang hadir daripada pengalaman apabila seseorang individu menganggap
bahawa permintaan yang diterima oleh mereka adalah tinggi dan tidak mampu untuk
dipenuhi atas sebab kekurangan sumber sosial dan peribadi. Perkara ini boleh
mengakibatkan seseorang mengalami perubahan dari segi tingkah laku dan emosi
apabila individu tersebut menghadapi tekanan (Hoo Chee Lim 2008). Isu yang
berkaitan dengan tugas termasuklah ‘burnout’, kebosanan, ketidakhadiran,
ketidakupayaan membuat keputusan, tahap atau mutu kerja yang rendah dan
sebagainya merupakan faktor yang dapat dikaitkan dengan tahap kesihatan mental.
Tambahan pula, Maslach, Jackson dan Leiter (2016) berpendapat keadaan perubahan
sosial banyak menyumbang kepada penyakit mental dan psikologi dalam kalangan
pekerja. Hal ini dapat dibuktikan apabila berlakunya penyakit mental disebabkan
terdapat faktor luar yang mengganggu kehidupan seseorang individu.

Selain itu, dalam kajian yang dilakukan oleh Rohany Nasir dan Fatimah Omar
(2006) mendapati terdapat tujuh jenis punca tekanan dalam kerjaya iaitu faktor
intrinsik atau dalaman persekitaran tempat kerja, peranan dalam organisasi,
perkembangan kerjaya, hubungan interpersonal di tempat kerja, iklim dan struktur
organisasi, punca-punca luaran organisasi dan faktor individu itu sendiri. Maka,
tekanan dilihat sebagai sesuatu yang negatif dalam kehidupan kita. Walau
bagaimanapun, sebenarnya tekanan boleh dilihat dari dua persepsi iaitu positif
(eustress) dan negatif (distress). Antara faktor-faktor yang berpotensi menjadi sumber
tekanan secara amnya dapat dikelaskan kepada faktor dalaman (individu yang
bersangkutan) dan faktor luaran (lingkungan rumah, sosial mahu pun tempat kerja).
Keadaan ini menggambarkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh pekerja adalah
berbeza mengikut jenis pekerjaan dan tugasan yang dilakukan. Tekanan kerja yang
keterlaluan akan mengakibatkan pekerja menjadi tegang, bimbang dan takut dan
secara tidak langsung akan terjadinya tindak balas psikologi dan perubahan fisiologi
(Ishak 2004 dalam Roshidah 2016).
20

Menurut kajian Australian Psychological Society (2014) dalam kalangan


penduduk berumur awal dewasa yakni belia (18-35 tahun), mendapati bahawa
golongan dewasa awal (belia) mengalami tekanan yang berterusan pada tahap tinggi
berbanding dengan golongan berumur tua. Golongan belia ini dilaporkan mempunyai
kesejahteraan yang paling rendah berbanding dengan golongan umur lain. Begitu juga
mereka yang mengalami kemurungan dan kebimbangan yang tinggi. Masalah yang
berkaitan dengan kewangan, keluarga, gaya-hidup, dan kesihatan mental merupakan
sumber tekanan utama. Sehubungan dengan itu, sebahagian besar (80.0%) daripada
mereka menyatakan bahawa tekanan yang dialami telah memberi kesan terhadap
kesihatan mental. Kajian ini disokong oleh Antoniou et al. (2003) yang menjelaskan
penekanan khusus diberikan kepada sumber yang berpotensi menyebabkan tekanan
dalam persekitaran kerja, kurang penggunaan keupayaan, kebosanan, lebihan beban
kerja, konflik peranan, kenaikan gaji, kekaburan masa kerja, hubungan dan kerja, dan
peralatan yang berbahaya.

Tambahan pula, Tatik Suryani dan Harry Widyantoro (2001) menyenaraikan


empat faktor yang menjadi sumber penyebab tekanan iaitu lingkungan luar,
persekitaran tempat kerja, kelompok kerja serta faktor yang berasal dari dalam diri
individu yang boleh mendorong kepada masalah kesihatan mental pekerja iaitu:

(a) Lingkungan luar: Merupakan persekitaran di luar tempat kerja yang akan
mempengaruhi keadaan kerja. Ini termasuklah orang-orang yang berada di tempat
kerja serta persekitaran luar atau lingkungan makro seperti keadaan sosial,
perkembangan teknologi, keadaan ekonomi, politik dan lain-lain.

(b) Persekitaran tempat kerja: Merupakan tempat yang sangat berpotensi


mendatangkan tekanan. Hal ini berkaitan dengan bebanan kerja, suasana kerja,
kebosanan, dan lain-lain lagi.

(c) Faktor individu: Sumber dari dalam diri individu itu sendiri yang turut
menyumbang kepada wujudnya tekanan yang boleh digolongkan kepada dua faktor
iaitu demografi dan peribadi.
21

(d) Kelompok kerja : Keadaan kelompok kerja yang baik akan dapat dilihat dengan
adanya peningkatan yang tinggi, penerimaan sosial serta hubungan yang harmoni
antara ahli dalam kelompok.

2.3.2 Hubungan Tekanan dan Strategi Daya Tindak

Menurut Cooper dan Roberston (1987), semakin besar sesebuah organisasi, semakin
tinggi punca tekanan yang dihadapi. Tekanan kerja merupakan reaksi negatif manusia
terhadap rangsangan daripada sosial, suasana pekerjaan, ganjaran yang tidak
mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya. Tekanan kerja juga
akan mempengaruhi fizikal dan secara tidak langsung menyebabkan
ketidakseimbangan keupayaan pekerja di dalam sesebuah organisasi (Mohd Fikri
2003).

Terdapat beberapa strategi daya tindak yang telah dicadangkan untuk


menangani tekanan. Strategi daya tindak merupakan tindakan yang diambil oleh
seseorang untuk menjadi mahir, untuk bertolak ansur, untuk mengurangkan atau
mengecilkan kesan daripada tekanan, dan boleh terjadi dalam bentuk strategi tingkah
laku dan strategi emosi. Strategi untuk mengatasi tekanan inilah yang dikenali sebagai
strategi kemahiran berdaya tindak (Aldwin, 2007; Somerfield & McCrae 2000).
Strategi kemahiran individu dalam berdaya tindak amat diperlukan sebagai
penyelesaian kepada situasi yang menekan. Lazarus dan Folkman (1984)
mendefinisikan daya tindak merujuk kepada sesuatu yang dilakukan oleh individu
untuk mengatasi tuntutan yang membebani kerana di luar keupayaan diri sendiri.
Skinner dan Zimmer-Gembeck (2006) juga menyatakan bahawa daya tindak adalah
kecenderungan seseorang untuk memberi respon dengan cara yang boleh diramalkan
apabila berhadapan dengan keadaan tertentu.

Kajian Aris et al. (2012), dalam kajiannya yang melihat tekanan dalam
perkhidmatan awam melibatkan seramai 2807 responden dari pelbagai kementerian
dan jabatan. Keputusan kajian menunjukkan tahap tekanan kakitangan awam berada
pada tahap sederhana. Manakala faktor intrinsik dan struktur iklim dalam organisasi
merupakan punca utama tekanan. Penemuan kajian juga menunjukkan daya tindak
22

berbentuk spiritual paling banyak digunakan responden apabila berhadapan dengan


tekanan kerja diikuti daya tindak beriadah.

Cher Kar Hong (2004) telah menjalankan kajian bagi melihat perbezaan
penggunaan strategi daya tindak mengikut faktor jantina serta mengenal pasti
hubungan yang wujud antara tahap tekanan dengan penggunaan strategi daya tindak.
Seramai 100 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dipilih
sebagai subjek kajian yang terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan 50 orang
pelajar perempuan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Student Life
Stress Inventory dan soal selidik ini terdiri daripada item yang mengukur tahap
tekanan dan penggunaan strategi daya tindak seseorang pelajar. Hasil kajian
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan strategi
daya tindak antara pelajar lelaki dan perempuan. Sementara itu, kajian juga
menggambarkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap tekanan
dengan penggunaan strategi daya tindak.

Manakala Yusliza Mad Yusuf (2004) dalam kajiannya bertujuan mengenal


pasti perbezaan tahap tekanan serta penggunaan strategi daya tindak dalam kalangan
pelajar UKM. Di samping itu juga, pengkaji juga ingin melihat perbezaan tahap
tekanan mengikut beberapa pemboleh ubah seperti mengikut jantina, tahun pengajian
serta aliran pengajian. Pengkaji juga melihat hubungan antara tekanan dan strategi
daya tindak dalam kalangan pelajar UKM. Dalam kajian tersebut, seramai 100 orang
pelajar UKM telah dipilih sebagai subjek kajian yang terdiri daripada 50 orang pelajar
lelaki dan 50 orang pelajar perempuan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini
adalah rekaan oleh Gadzella (1994) iaitu Student Life Stress Inventory. Hasil kajian
mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara tekanan pelajar mengikut jantina,
tahun pengajian serta penggunaan strategi daya tindak mengikut jantina. Namun
kajian yang dihasilkan ini telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan tekanan
yang signifikan mengikut aliran pengajian. Di samping itu juga terdapat hubungan
yang signifikan antara tekanan dan penggunaan strategi daya tindak dalam kalangan
pelajar. Hasil dapatan kajian ini disokong oleh kajian Mohd Zukri (2010), yang
mengkaji tekanan kerja dan strategi daya tindak dalam kalangan warden penjara di
Kedah. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan
23

antara tekanan kerja dengan strategi daya tindak dalam mengurangkan simptom
tekanan secara positif dan memberi sokongan emosi. Hubungan pemilihan strategi
daya tindak dengan faktor tekanan yang dihadapi adalah sangat kompleks. Hal ini
kerana, strategi daya tindak boleh membawa kepada hasil yang positif seperti
kebimbangan yang rendah, kepuasan kerja yang tinggi dan niat untuk kekal cemerlang
dalam jabatan.

Selain itu, kajian oleh Narimah (2003) mengkaji hubungan di antara tekanan
kerja dengan kepuasan kerja dan kesannya terhadap strategi daya tindakan di kalangan
jururawat di hospital kerajaan dan swasta. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat
perbezaan tekanan kerja mengikut taraf perkahwinan, taraf pendidikan, umur dan
tempoh bekerja. Seramai 160 orang jururawat daripada hospital kerajaan dan swasta
telah dipilih sebagai subjek. Alat kajian yang digunakan ialah Occupational Stress
Indicator (OSI). Data dianalisis dengan menggunakan kaedah Korelasi Pearson,
Ujian-t dan ANOVA sehala. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
positif di antara tekanan dengan strategi daya tindak.

Namun begitu menurut Zunnur (2015) dalam kajiannya mengenai hubungan


tekanan, strategi daya tindak dan daya tahan dalam kalangan penjawat awam di
Jabatan Kerja Raya, Langkawi, Kedah mendapati tahap tekanan penjawat awam
adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara strategi
daya tindak dan tekanan. Namun begitu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak
terdapat hubungan antara daya tahan dan tekanan. Kesimpulannya, apabila seseorang
berhadapan dengan situasi yang memberi tekanan, daya tindak merupakan perkara
yang penting kerana ia melibatkan cara seseorang itu bertindak balas terhadap
tekanan. Reaksi individu bergantung kepada tahap pemikiran dan pemahaman
terhadap peristiwa yang berlaku. Jika pemahaman individu tersebut adalah negatif,
maka reaksinya juga adalah negatif.

2.3.3 Hubungan Strategi Daya Tindak dan Kesihatan Mental

Laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (2018)


menyatakan kesihatan mental merupakan sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang
24

kerana kesihatan mental bukan sahaja mengenai penyakit mental. Kesihatan mental
sebenarnya merangkumi kesejahteraan hidup, kebahagiaan, dan kemampuan
seseorang menghadapi cabaran, menerima keadaan sedia ada dengan terbuka dan
mempunyai sikap positif. Hal ini melibatkan tiga elemen utama iaitu persepsi
seseorang terhadap dirinya, orang lain dan kemampuan kendiri untuk mengharungi
tuntutan kehidupan.

Manakala, daya tindak merujuk kepada cara berfikir dan tingkah laku yang
pelbagai dalam situasi berhadapan dengan tekanan dalaman atau luaran (Lazarus
1999). Strategi daya tindak merupakan kemampuan menangani tekanan dan tindakan
ini dipengaruhi oleh faktor yang membawa tekanan kepada individu dan interaksi
antara keduanya. Pemahaman kognitif dan matlamat perlu sama bagi memastikan
strategi daya tindak berjaya dilaksanakan. Maka, perkaitan kesihatan mental dan
strategi daya tindak dalam kalangan petugas kesihatan amatlah penting. Hal ini
merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh seseorang untuk mengelakkan diri
dari kemudaratan atau ancaman yang disebabkan oleh tekanan. Ianya merujuk kepada
cara atau sebarang pola tingkah laku yang diambil oleh seseorang untuk menangani
tekanan yang menjurus kepada masalah kesihatan mental. Strategi daya tindak
merupakan usaha yang boleh dilakukan oleh individu untuk menguruskan atau
mengendalikan tuntutan semua masalah yang dihadapi. Walaupun terdapat banyak
perdebatan tentang konsep daya tindak, ramai juga pengkaji yang memberi fokus
terhadap daya tindak dan kaitannya dengan kesihatan fizikal. Hal ini kerana, secara
umumnya jika dilihat pada hari ini, daya tindak telah diterima sebagai salah satu
alternatif perubatan yang penting dalam memberikan kesan kepada kesihatan
psikologi dan mental (Charlton & Thompson 1996).

Arehart-Treichel (2002) menyatakan masalah kemurungan lazimnya telah


menjadi masalah kesihatan mental yang memberikan pengaruh kepada pelajar kolej
hari ini. Tinjauan yang dilakukan terhadap pelajar kolej di Amerika mendapati lebih
53 peratus pelajar dilaporkan mempunyai masalah kemurungan sejak permulaan
memasuki kolej dan 45 peratus pula dilaporkan mengalami masalah kemurungan yang
lebih teruk pada tahun akhir pengajian dan menyebabkan sukar untuk berfungsi (Caca
2002). Kebanyakan kajian menunjukkan isu daya tindak dalam bertindak balas
25

terhadap mood kemurungan mampu meningkatkan kekuatan dan jangka masa episod
kemurungan yang dialami (Nolen Hoeksema, Parker & Larson 1994).

Manakala kajian oleh Khairul Bariah (2003) bertujuan melihat hubungan


tekanan kerja dengan aspek kepuasan kerja dan strategi daya tindak dengan aspek
kesihatan mental dan kesihatan fizikal di kalangan jururawat hospital swasta. Di
samping itu juga, dalam kajiannya juga melihat kepada perbezaan tekanan kerja
mengikut taraf akademik dan pengalaman kerja. Subjek kajian terdiri daripada 25
orang jururawat hospital swasta. Alat ujian yang digunakan ialah Occupational Stress
Indicator (OSI). Data dianalisis dengan menggunakan Korelasi Pearson, Ujian-t dan
ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tekanan kerja
di kalangan jururawat hospital dari segi taraf akademik dan pengalaman kerja.
Manakala, tekanan kerja mempunyai hubungan negatif dengan kepuasan kerja, daya
tindak dan tahap kesihatan fizikal serta kesihatan mental.

Di samping itu, kajian Votta dan Manion (2003) mendapati bahawa jika
seseorang yang berhadapan dengan masalah dan tidak menggunakan sebarang daya
tindak, ini akan menambahkan lagi risiko untuk mengalami masalah kesihatan mental
seperti kemurungan. Kesimpulannya, dengan penggunaan strategi daya tindak dalam
menangani masalah menekan yang dihadapi, mampu untuk mengurangkan risiko
seseorang itu berdepan dengan mood kemurungan yang mengganggu fungsi kesihatan
mental. Plunckett, Radmacher dan Moll-Phanara (2000) melihat strategi daya tindak
dalam kalangan pelajar dari dua sudut utama iaitu daya tindak produktif seperti
mendapatkan sokongan sosial, beraktiviti, meluahkan masalah, mendapatkan nasihat,
meningkatkan kerohanian. Manakala, daya tindak tidak produktif adalah seperti
meluahkan tekanan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti menyalahkan orang
lain, mencarut, menjerit, menafikan, mengelak dan penyalahgunaan dadah.

Kesimpulannya, kemahiran daya tindak juga dijelaskan sebagai suatu bentuk


strategi yang diadaptasikan oleh seseorang individu dalam menangani tekanan emosi,
tekanan sosial dan tekanan biologi serta berperanan sebagai faktor pelindung yang
mampu menghalang risiko kemurungan (Frydenberg & Lewis 1991). Kenyataan ini
disokong oleh kajian Sabitha (1995) yang menyatakan bahawa strategi daya tindak
26

merupakan dimensi penting yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh
seseorang individu memandangkan mekanisme ini dapat merangsang tingkah laku dan
pemikiran yang positif semasa menyelesaikan sesuatu konflik.

2.4 KERANGKA KAJIAN

Tekanan Kerja

Kesihatan Mental

Strategi Daya Tindak


27

2.5 HIPOTESIS KAJIAN

H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan kesihatan
mental petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H1a: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan tekanan petugas
kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H1b: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan kemurungan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H1c: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan kebimbangan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi daya tindak dan
kesihatan mental petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital
Daerah Baling.

H2a: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus masalah dan tekanan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H2b: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus emosi dan tekanan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H2c: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pengelakan dan tekanan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H2d: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus masalah dan
kemurungan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.
28

H2e: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus emosi dan
kemurungan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H2f: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pengelakan dan kemurungan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H2g: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus masalah dan
kebimbangan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H2h: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus emosi dan
kebimbangan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling

H2i: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pengelakan dan kebimbangan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi daya
tindak petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H3a: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi berfokus
masalah petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling

H3b: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi berfokus
emosi petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling

H3c: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi pengelakan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.
29

BAB III

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai


kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh
itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, populasi dan
persampelan, alat kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur
penganalisisan data.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Mohd. Najib (2001) menyatakan bahawa kaedah tinjauan merupakan satu kajian di
mana pengkaji akan memungut data dalam satu masa tertentu sahaja dan kebiasaannya
menggunakan soal selidik. Selain itu, menurut Chua (2011) kajian tinjauan merupakan
salah satu kaedah penyelidikan bukan eksperimen yang paling popular, yang
digunakan dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang sains sosial. Kajian jenis
ini adalah popular kerana mempunyai ciri-ciri penggunaan yang menyeluruh, cara
pengendalian yang digemari, cara memungut data yang cepat, penggunaan saiz sampel
yang besar, maklumat yang terus dan keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan.
Oleh itu, kaedah ini akan menggunakan soal selidik sebagai alat utama bagi
mengumpul data secara kuantitatif. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan satu set
soal selidik yang mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, D bagi
mendapatkan data kajian seperti berikut:

a. Bahagian A: Data demografi responden.

b. Bahagian B: Set soalan yang mengukur tekanan kerja.


30

c. Bahagian C: Set soalan yang mengukur strategi daya tindak.

d. Bahagian D: Set soalan yang mengukur kesihatan mental.

3.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN

Najib (1999), menjelaskan populasi adalah sumber bagi penyelidik untuk


mendapatkan data atau maklumat berkenaan dengan penyelidikan yang dijalankan.
Manakala responden yang terlibat dalam sesebuah kajian hendaklah mewakili keadaan
yang sebenar keseluruhan populasi. Bagi menentukan populasi kajian, penyelidik
merujuk kepada cadangan Mitchell yang diterjemahkan oleh Syahrom (2009) yang
mana beliau mencadangkan beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam
menentukan populasi kajian. Antaranya, yang pertama ialah penyelidik perlu
mengambil kira mengenai sifat-sifat populasi saranan penyelidik. Populasi saranan
ialah satu kumpulan besar yang melibatkan individu, objek atau peristiwa yang ingin
dijadikan sebagai generalisasi mengenai penemuan kajian. Seterusnya ialah penyelidik
perlu mengambil kira demografi populasi yang merangkumi pemboleh ubah seperti
umur, bangsa, dan bidang pekerjaan. Yang terakhir ialah penyelidik boleh
mendapatkan sampel dan populasi sasaran dengan menggunakan kaedah persampelan
rawak. Dalam kajian ini, penyelidik memilih populasi yang bersesuaian dengan kajian
yang ingin dijalankan. Populasi kajian ini terdiri daripada kakitangan yang bekerja di
jabatan kecemasan dan trauma di sebuah Hospital Daerah Baling. Populasi kajian ini
terdiri daripada 80 orang kakitangan yang terdiri daripada kumpulan profesional dan
sokongan iaitu pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, pembantu
perawatan kesihatan, pemandu dan kerani meliputi 48 lelaki dan 32 perempuan.

Sampel adalah sebagai atau wakil populasi yang akan diteliti. Dalam
menentukan saiz sampel, isu yang paling penting adalah mengenai perwakilan dan
kecukupan. Isu perwakilan mengemukakan persoalan adakah saiz sampel mewakili
populasi kajian. Menurut Webster (1985) pula, sampel adalah bahagian set responden
yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Menurut Mohd
Najib (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan data kelompok individu yang
diselidik dan perlu dikenalpasti. Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah
mengikut jadual Krejcie dan Morgan yang telah menyenaraikan saiz sampel yang
31

berpadanan dengan saiz populasi kajian seperti Rajah 3.1 (Krejcie & Morgan 1970).
Saiz populasi 80 orang maka anggaran saiz sampel adalah 66 orang. Namun begitu
dalam kajian ini, pengkaji mengambil keseluruhan populasi dengan mengambil kira
kemungkinan ralat yang berlaku 20%. Selain itu, dalam kajian ini subjek kajian dipilih
daripada kaedah persampelan bukan kebarangkalian iaitu sampel bertujuan. Kaedah
persampelan bertujuan ini adalah sampel dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang
dikehendaki pengkaji. Sebagai contoh kriteria sampel kajian mestilah kakitangan yang
bertugas di jabatan kecemasan Hospital Daerah Baling.

Rajah 3.2 Penentu Saiz Sampel Krejcie Dan Morgan (1970)


32

3.4 ALAT KAJIAN

Alat kajian dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi empat bahagian
telah digunakan untuk mendapatkan data. Berikut adalah soal selidik yang digunakan
dalam kajian ini:

3.4.1 Maklumat Demografi

Bahagian ini mengandungi 8 soalan antaranya ialah tentang jantina, umur, status
perkahwinan, bangsa, tahap pendidikan, tempoh berkhidmat, jawatan dan gred, dan
status jawatan.

3.4.1 Perceived Stress Scale

Penyelidik menggunakan soal selidik Perceived Stress Scale-10 (PSS-10) yang


diperkenalkan oleh Cohen (1988). Soal selidik ini mengandungi 10 soalan yang
berkaitan dengan perasaan dan pemikiran responden dalam tempoh sebulan yang lalu.
Dalam setiap soalan, responden dikehendaki untuk menyatakan kekerapan perasaan
atau fikiran dalam keadaan yang tertentu. Inventori ini menggunakan lima skala likert
iaitu 0=tidak pernah, 1=hampir tidak pernah, 2=kadang-kadang, 3=kerap dan 4=sangat
kerap. PSS-10 merupakan satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan yang
mengukur lima tahap persepsi terhadap tekanan yang dihadapi oleh responden iaitu
sangat rendah dari purata, rendah dari purata, purata, tinggi dari purata dan lebih
tinggi dari purata. Selain itu inventori ini juga dapat mengukur tahap keprihatinan
responden terhadap kesihatan mereka namun ianya tidak difokuskan di dalam kajian
ini kerana ianya tidak terdapat di dalam persoalan kajian ini. Sebelum ini inventori
Perceived Stress Scale telah diterjemahkan oleh pengkaji lain ke dalam bahasa
Melayu, pengkaji telah merujuk kepada kajian penilaian skala Perceived Stress Scale
terhadap dua pekerjaan iaitu sektor perubatan dan sektor keretapi di Malaysia oleh Sar
Al- Dubai et al. (2014). Inventori ini mempunyai beberapa item positif dan juga item
negatif seperti Jadual 3.1.
33

Jadual 3.1 : Pembahagian Item Positif dan Negatif Inventori Perceived Stress
Scale-10

Jenis Item Nombor Item Jumlah


POSITIF 4, 5, 7 dan 8 4
NEGATIF 1, 2, 3, 6, 9 dan 10 6
JUMLAH ITEM 10

Setiap item dalam inventori ini mempunyai skala likert 5 mata yang mana
ianya bermula daripada tidak pernah (0) hingga sangat kerap (4). Dalam inventori ini
terdapat 4 item positif iaitu item 4, 5, 7 dan 8 yang mana kaedah permakatannya ialah
secara terbalik (reverse scored). Item positif ini dikira secara terbalik iaitu
menggunakan 4=tidak pernah, 3=hampir tidak pernah, 2=kadang-kadang, 1=agak
kerap dan 0= sangat kerap. Bagi item negatif pula ialah item 1, 2, 3, 6, 9 dan 10 pula,
cara permakatannya adalah seperti biasa iaitu 0=tidak pernah, 1=hampir tidak pernah,
2=kadang-kadang, 3=agak kerap dan 4=sangat kerap. Kemudian semua markat bagi
setiap item akan dijumlahkan. Jadual 3.2 menunjukkan tahap stres bagi setiap markat
yang dijumlahkan.

Jadual 3.2 : Tahap Stres Bagi Setiap Markat

Jumlah Markat Tahap Stres


0 hingga 7 Sangat rendah
8 hingga 11 Rendah
12 hingga 15 Sederhana
16 hingga 20 Tinggi
20 ke atas Sangat tinggi

3.4.2 Brief COPE

Alat ukur yang digunakan untuk mengukur strategi daya tindak dalam kajian ini
adalah instrumen berdasarkan skala Brief COPE (Carver, 1997), terdiri dari 28 item
yang merupakan versi singkat dari 60 item skala COPE yang dikembangkan oleh
Carver (1989). Alat ukur dalam kajian ini menggunakan skala Brief COPE versi
bahasa Melayu yang di terjemah dalam kajian lepas (Intan, 2007). Skala Brief COPE
ini memiliki 14 subskala yang terdiri dari 2 item pada setiap skalanya (Jadual 3.4), 14
34

subskala ini dapat dibahagi kepada tiga dimensi utama seperti ditunjukkan dalam
Jadual 3.5 iaitu:

1. Daya Tindak Berfokus Masalah (daya tindak aktif, perancangan dan mencari
sokongan instrumental)

2. Daya Tindak Berfokus Emosi (penerimaan, humor, pengluahan, agama,


sokongan emosi, kerangka positif, dan menyalahkan diri sendiri)

3. Daya Tindak Pengelakan (penafian, mengalihkan perhatian, pelepasan tingkah


laku dan penyalahgunaan bahan)

Jadual 3.3 : Pemarkatan Brief COPE

Skala Item Positif

Tidak langsung melakukannya 1

Jarang-jarang melakukannya 2

Kerap melakukannya 3

Sangat kerap melakukannya 4

Jadual 3.4 : Item dan dimensi dalam Brief COPE

Dimensi Item

Daya tindak aktif 1, 15

Perancangan 2, 16

Mencari sokongan instrumental 3. 17

Penerimaan 4, 18

Humor 5, 19

Agama 6, 20
35

Sokongan emosi 7, 21

Instrumental 8, 22

Mengalihkan perhatian 9, 23

Penafian 10, 24

Kerangka positif 11, 25

Penyalahgunaan bahan 12, 26

Pelepasan tingkah laku 13, 27

Menyalahkan diri sendiri 14, 28

Jadual 3.5 : Dimensi dalam Brief Cope

Dimensi Item

Strategi Berfokus Masalah 1, 2, 6, 8, 15, 16, 22, 20

Strategi Berfokus Emosi 3, 4, 7, 11, 17, 18, 19, 21, 25

Strategi Pengelakan 9, 10, 12, 13, 14, 24, 26, 27, 28

3.4.3 Depression Anxiety and Stress Scales (DASS)

Pengkaji menggunakan DASS sebagai alat kajian mengukur tahap stress,


kebimbangan dan kemurungan responden. Alat ujian DASS ini mengukur tahap
kesihatan mental dengan memberi fokus kepada tiga tret iaitu kemurungan,
kebimbangan dan tekanan. DASS ini telah diperkenalkan oleh Syd Lovibond and
Peter Lovibond dari University of New South Wales pada tahun 1995. Alat ujian ini
mengandungi 42 item, yang mana setiap satunya dinilai dengan menggunakan 4 skala
merujuk kepada kekerapan simptom tersebut dialami oleh responden dalam masa satu
minggu. Semua item dinilai menggunakan skala pemeringkatan Likert dengan empat
pilihan jawapan iaitu tidak langsung, sedikit atau jarang-jarang, banyak atau kerap kali
dan sangat banyak atau sangat kerap Walau bagaimanapun, kajian ini telah
36

menggunakan DASS dengan 21 item mengambilkira kekangan masa menjawab


responden. Menurut Ramli, Mohd. Arif dan Zaini (2007), DASS-21 telah diterjemah
dalam pelbagai bahasa termasuklah versi Bahasa Malaysia (BM). DASS juga telah
digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai alat penyelidikan untuk mengukur
aspek psikologi. Soal selidik Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS21)
merupakan terjemahan Dr Ramli Musa, Ketua Jabatan Psikiatri, Kuliyyah Perubatan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Soal selidik yang telah diterjemahkan
dibahagikan kepada 7 item untuk setiap skala kemurungan, kebimbangan dan tekanan.
Rujuk jadual 3.6 dan 3.7.

Jadual 3.6 : Jadual item mengikut skala kemurungan, kebimbangan dan tekanan
TEKANAN

Soalan S1 S6 S8 S11 S12 S14 S18


KEBIMBANGAN

Soalan S2 S4 S7 S9 S15 S19 S20


KEMURUNGAN

Soalan S3 S5 S10 S13 S16 S17 S21

Jadual 3.7 : Skor bagi skala kemurungan, kebimbangan dan tekanan

Kemurungan Kebimbangan Tekanan


Normal 0-5 0-4 0-7
Ringan 6-7 5-6 8-9
Sederhana 8-10 7-8 10-13
Teruk 11-14 9-10 14-17
Sangat Teruk 15+ 11+ 18+
37

3.5 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN ALAT KAJIAN

Dalam memastikan alat kajian yang hendak digunakan dalam sesebuah kajian,
penyelidik hendaklah memastikan bahawa alat kajian yang digunakan itu
mmempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Kesahan dan
kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik adalah penting. Data kajian juga
penting dan perlu dipastikan ketepatan dan kemasukan datanya adalah seperti yang
dimaksudkan kerana ia menyumbang kepada kesahan dan kebolehpercayaan hasil
kajian. Jika nilai kebolehpercayaan atau kesahan soal selidik adalah tinggi, maka soal
selidik tersebut boleh dipercayai dan sah. Tuckman (1978) juga mendefinisikan
kesahan kajian sebagai keupayaan sesuatu kajian yang boleh mengukur apa yang ingin
diukur. Sidek Mohd Noah (2002) juga berpendapat bahawa sesuatu ujian dikatakan
mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang
sepatutnya diukur adalah tinggi. Hal ini juga disokong oleh Mohd Majid Konting
(1999) yang mentafsirkan bahawa kesahan sesuatu alat ukur adalah berdasarkan
sejauhmana alat itu mengukur data yang sepatutnya diukur. Salah satu ciri soal selidik
yang baik ialah boleh dipercayai. Kebolehpercayaan bermaksud kebolehan sesuatu
alah ukur atau instrumen kajian menghasilkan keputusan yang tekal atau konsisten
setiap kali pengukuran yang dibuat. Menurut McMillan dan Schumacher (2006), tahap
kebolehpercayaan sesuatu alat kajian boleh dianggarkan menggunakan lima kaedah
iaitu menentukan kestabilan, menentukan kesamaan, menentukan kestabilan dan
kesamaan, menentukan ketekalan dalaman dan menentukan darjah persetujuan. Jika
alat kajian benar-benar boleh dipercayai, pekali alfa seharusnya 1.00. Namun sukar
untuk mendapatkan alat kajian yang boleh dipercayai 100 peratus. Menurut McMillan
dan Schumacher (2006) pula, nilai koefisien antara 0.70 hingga 0.80 sudah boleh
dianggap sebagai mempunyai kebolehpercayaan yang agak tinggi. Menurut Mohd
Yusri Ibrahim (2010), tahap kebolehpercayaan sesuatu soal selidik banyak
dipengaruhi oleh kualiti soal selidik yang dibina. Sekiranya soal selidik tersebut baik
dan berkualiti, biasanya pekali kebolehpercayaan akan meningkat. Begitulah
sebaliknya jika soal selidik itu kurang baik, kurang jelas dan kurang berkualiti, pekali
kebolehpercayaan akan berkurang. Berikut adalah kebolehpercayaan dan kesahan bagi
alat ujian kajian ini.
38

3.5.1 Perceived Stress Scale (PSS)

Kajian SAR Al-Dubai (2014), yang telah dilakukan di kalangan 191 kakitangan
perubatan dan 513 pekerja keretaapi mendapati hasil kebolehpercayaan ke atas skala
PSS ini menunjukkan pekali alfa adalah 0.70 untuk kakitangan perubatan dan 0.71
untuk pekerja kereta api. Kedua-dua sampel masing-masing menyumbang 59.2% dan
64.8% dari perbezaan penduduk perubatan dan pekerja keretapi. Maka
kebolehpercayaan dan kesahan bagi skala PSS ini adalah bagus dan boleh digunakan.

3.5.2 Brief COPE

Hasil penilaian kebolehpercayaan ke atas skala Brief COPE versi bahasa Melayu
adalah 0.83. Kebanyakan strategi daya tindak menunjukkan penerimaan baik dan
ketekalan dalaman dengan nilai kebolehpercayaan pekali alfa lebih daripada 0.65.
Menurut Saiful (2011), berdasarkan kajian dalam kalangan remaja di sekolah
menengah yang telah dijalankan menunjukkan Brief COPE versi bahasa Melayu
menunjukkan nilai psikometrik yang bagus.

3.5.3 Depression Anxiety and Stress Scales (DASS)

Hasil penilaian kebolehpercayaan ke atas skala DASS yang mengandungi 21 item


menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Pekali kebolehpercayaan alfa
Cronbach skala DASS adalah 0.93. Manakala, pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach
skala bagi dimensi tahap kebimbangan, kemurungan, tekanan dan jumlah skor
daripada ujian DASS, ini dianggarkan menggunakan alfa Cronbach, iaitu .897 (95%
CI = .890–.904) untuk skala kebimbangan, .947 (95% CI = .943–.951 untuk skala
kemurungan, .933 (95% CI = .928–.937) dan .966 (95% CI = .964–.968) untuk skala
tekanan.

3.6 ANALISIS DATA

Analisis data bertujuan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibina. Analisis
data dibuat dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) Versi 22.0. Analisis data merupakan salah satu aspek yang penting dalam
39

menjalankan satu-satu penyelidikan. Pemprosesan data merupakan teknik


pengumpulan, pengolahan, analisis dan penyimpanan dan pengeluaran data. Mohd
Majid (1994) menyatakan bahawa matlamat pemprosesan data adalah untuk
mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna daripada data yang dikumpul.
Data berkenaan merupakan data mentah yang tidak bermakna kecuali setelah diproses.
Data-data yang dikumpul melalui soal selidik dianalisis mengikut bahagian-
bahagiannya bagi memperoleh data mentah. Hasil analisis pula adalah untuk
memenuhi objektif dan persoalan kajian ini. Menurut Gay (1992), kaedah analisis
statistik yang digunakan dalam sesuatu kajian bergantung kepada reka bentuk kajian
dan jenis skala pengukuran pemboleh ubah bersandar yang digunakan. Sementara
Othman Mohamed (2001) mengatakan bahawa zaman kini, analisis data statistik
mudah dilakukan dengan menggunakan bantuan perisian komputer program SPSS.
Dalam kajian ini, dua pemboleh ubah statistik penganalisisan digunakan iaitu kaedah
deskriptif dan inferensi.

3.6.1 Statistik Deskriptif

Kaedah statistik deskriptif atau dikenali juga statistik perihalan ialah statistik yang
digunakan untuk memperihalkan sesuatu peristiwa (Mohd Majid 1999). Ia juga
merupakan teknik yang menerangkan data dengan meringkaskan beberapa set data
supaya ia mudah difahami. Kaedah ini penting untuk menerangkan secara umum
dapatan bagi sesuatu pemboleh ubah kajian yang merangkumi kekerapan, peratusan,
min, sisihan piawai, skor minimum dan maksimum, kadar kekerapan dan peratus bagi
skor yang diperoleh daripada respon kajian.

3.6.2 Statistik Inferensi

Statistik inferensi lazimnya digunakan untuk menganalisis data kajian bagi


memastikan maklumat yang serupa dengan populasi yang dikaji diperoleh dari
sampel. Tujuan penggunaannya ialah untuk membuat generalisasi tentang
perhubungan antara pemboleh ubah dalam sampel kajian kepada populasi kajian
(Chua Yan Piaw 2006). Kaedah ini juga digunakan untuk menguji hipotesis. Jenis
analisis statistik inferensi yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini ialah
korelasi Pearson.
40

3.6.2.1 Korelasi Pearson

Korelasi Pearson iaitu digunakan untuk melihat hubungan di antara dua pemboleh
ubah dan mengenalpasti kekuatan hubungannya (Chua Yan Piaw 2006). Menurut
Mohd. Nawi Ab Rahman (2001), nilai pekali korelasi berada di antara -1.0 hingga
+1.0. Pekali korelasi positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama,
manakala nilai pekali negatif yang signifikan ini menunjukkan hubungan yang
berlawanan. Nilai pekali negatif yang tidak signifikan ini menunjukkan tidak ada
hubungan. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan ujian korelasi Pearson
untuk melihat hubungan di antara tekanan kerja, strategi daya tindak dengan kesihatan
mental. Untuk mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah, penyelidik telah merujuk
kepada interpretasi nilai korelasi oleh Guilford (1956). Intepretasi tersebut
menerangkan tentang kekuatan hubungan bagi dua pemboleh ubah melalui pekali
kolerasi dalam SPSS. Jadual 3.8 menunjukkan intepretasi nilai Korelasi.

Jadual 3.8 : Interpretasi nilai korelasi

R Kekuatan Hubungan Pemboleh ubah


<0.20 Tiada hubungan
0.20=0.40 Hubungan lemah
0.40-0.70 Hubungan sederhana
0.70-0.90 Hubungan kuat
>0.90 Hubungan sangat kuat

Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Guilford (1956)

Jadual 3.9 menunjukkan pemilihan analisis statistik berasaskan persoalan


kajian yang terdapat dalam kajian ini.

Jadual 3.9 : Analisis data mengikut persoalan kajian


Bil. Persoalan Kajian Analisis Data
1. Apakah tahap tekanan kerja, strategi daya tindak dan tahap Deskriptif
kesihatan mental petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan
Trauma Hospital Daerah Baling?

2. Adakah terdapat hubungan antara tekanan dan kesihatan mental Korelasi Pearson
41

petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital


Daerah Baling?
3. Adakah terdapat hubungan antara strategi daya tindak dan Korelasi Pearson
kesihatan mental petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan
Trauma Hospital Daerah Baling?
4. Adakah terdapat hubungan tekanan dan strategi daya tindak Korelasi Pearson
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital
Daerah Baling?

3.7 PROSEDUR KAJIAN

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat mengumpul data. Pengkaji
memohon kebenaran daripada Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling untuk mengedar borang soal selidik secara atas talian. Pautan borang soal
selidik telah dimuat naik ke dalam kumpulan whatsapp rasmi Jabatan Kecemasan dan
Trauma Hospital Daerah Baling. Setiap responden diberi tempoh masa selama
seminggu oleh pengkaji untuk menjawab dengan lengkap semua soalan dalam borang
soal selidik tersebut. Langkah seterusnya adalah mengumpul soal selidik untuk tujuan
merekod data. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian, setiap bahagian
mempunyai arahan dan tatacara menjawab soalan agar menjadi panduan kepada
responden semasa menjawab. Bagi memastikan responden menjawab dengan baik
soal selidik tersebut, pengkaji menjamin kerahsiaan identiti subjek dan menyatakan
objektif utama kajian ini dijalankan.

3.8 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab ini membincangkan populasi, sampel, kaedah dan prosedur yang
digunakan untuk menjalankan kajian. Huraian analisis dapatan kajian dibuat
berdasarkan kepada setiap item dan juga secara keseluruhan bagi setiap aspek yang
dikaji. Metodologi kajian digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang telah
disediakan dalam Bab 1. Semua maklumat yang dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS. Semua keputusan dan kesimpulan yang telah diperolehi
daripada analisis data dinyatakan dalam Bab 4.
42

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan tindak balas yang diberikan oleh
responden-responden terhadap soal selidik yang diedarkan. Data kajian ini telah
dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical Package for Social Sciences
(SPSS), versi 22.0. Semua keputusan yang diperolehi dibentang dalam bentuk jadual,
carta pai dan graf. Hasil dapatan kajian yang dikemukakan dalam bab ini adalah untuk
menghuraikan jawapan kepada persoalan kajian iaitu tahap tekanan kerja, strategi
daya tindak dan kesihatan mental petugas kesihatan di jabatan kecemasan Hospital
Daerah Baling. Selain itu juga, analisis untuk menjelaskan latar belakang responden
pengkaji turut menggunakan analisis deskriptif melalui proses taburan frekuensi iaitu
untuk menunjukkan kekerapan dan peratus. Manakala, bagi menjawab persoalan
kajian pertama, pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif iaitu tahap tekanan
kerja, strategi daya tindak dan tahap kesihatan mental. Bagi menjawab soalan kajian
kedua, ketiga dan keempat, pengkaji menggunakan statistik inferensi iaitu ujian
kolerasi Pearson untuk melihat perhubungan antara tekanan kerja, strategi daya tindak
dan kesihatan mental.

1.2 SEMAKAN DATA

Semakan data adalah proses untuk memastikan data yang dikumpul adalah bersih dan
bersedia untuk dianalisis sebelum penyelidik boleh menjalankan analisis statistik yang
selanjutnya. Ini adalah perkara yang penting untuk memastikan data tersebut boleh
dipercayai dan sah untuk menguji hipotesis kajian.
43

1.2.1 Missing Value

Missing value telah dibuat untuk memeriksa nilai-nilai yang hilang dalam data yang
dipindahkan. Berdasarkan keputusan yang diperolehi dengan menggunakan SPSS,
peratusan nilai-nilai yang hilang untuk semua item dalam soal selidik adalah 0% yang
bermaksud tiada nilai-nilai yang hilang semasa pemindahan data dari excel ke SPSS.

1.2.2 Ujian Normaliti

Ujian normaliti digunakan untuk menentukan sama ada satu set data adalah

menunjukkan taburan yang normal atau tidak, untuk mengira bagaimana mungkin satu

pemboleh ubah rawak asas adalah untuk diagihkan seperti biasa. Dalam proses ujian

statistik, ujian normal dianggap prasyarat dan ia adalah andaian asas dalam ujian

berparameter. Ia boleh dilakukan dengan dua cara, sama ada secara grafik dan

berangka. Fokus utama penyelidik adalah untuk melihat dan menjelaskan data normal

yang digunakan dalam penyelidikan ini. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan

penilaian skewness dan kurtosis untuk menentukan sama ada data bertaburan secara

normal atau tidak. Statistik skewnes dan kurtosis menunjukkan bentuk taburan data, di

mana nilai bagi skewness dan kurtosis menunjukkan taburan 100% normal. Skewness

menunjukkan kepencongan taburan. Nilai positif bagi skewness menunjukkan graf

pencong positif, manakala nilai negatif menunjukkan pencong negatif. Kurtosis pula

menunjukkan tinggi atau rendah bentuk taburan. Nilai kurtosis yang positif

menunjukkan bentuk lengkungan taburan yang tinggi (bentuk leptokurtik), manakala

nilai kurtosis yang negatif menunjukkan bentuk lengkungan taburan yang rendah

(bentuk platikurtik). Ujian normal bagi setiap pembolehubah telah dibuat dan

dibincangkan dalam bahagian ini seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.10: Keputusan normaliti setiap pembolehubah


44

Konstruk Skewness Kurtosis

Tekanan kerja .204 -.762


Strategi daya tindak .660 .224
Kesihatan mental .563 .181

Taburan data di atas dianggap normal kerana kedua–dua nilai bagi skewness

dan kurtosis bagi setiap konstruk adalah kecil, iaitu .204 dan -.762 bagi konstruk

tekanan kerja, nilai .660 dan .224 bagi strategi daya tindak, manakala bagi konstruk

kesihatan mental adalah .563 dan .181 masing–masing. Suatu data dikatakan

bertaburan normal apabila kedua-dua nilai skewness dan kurtosis berada dalam

lingkungan ±1.96 (Chua 2006). Hal ini bererti bahawa untuk satu data bertaburan

normal sekiranya nilai skewness dan kurtosis terletak di antara – 1.96 dan +1.96.

1.3 ANALISIS DESKRIPTIF

Data untuk kajian ini dikumpul daripada 80 orang kakitangan Jabatan Kecemasan dan

Trauma Hospital Daerah Baling. Bahagian yang seterusnya menerangkan secara

ringkas mengenai analisis deskriptif maklumat latar belakang responden.

Pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar diperolehi menggunakan

perisian SPSS versi 22.0. Data yang diperolehi daripada Bahagian A iaitu demografi

responden merupakan data deskriptif dan dihuraikan menggunakan frekuensi dan

peratusan. Data yang diperoleh ini memberikan ringkasan kepada keseluruhan

demografi responden dalam kajian ini. Antara ciri-ciri demografi responden yang

dihuraikan ialah jantina, umur, status perkahwinan, bangsa, tahap pendidikan, jawatan

dan status pekerjaan. Hasil dapatan analisis demografi responden melalui kekerapan

dan peratusan adalah seperti Jadual 4.2.


45

Jadual 4.11 : Profil demografi subjek kajian (N=80)

Demografi Klasifikasi Kekerapan Peratusan


(%)

Jantina Lelaki 48 60
Perempuan 32 40
Umur 20 – 25 tahun 5 6.2
26 – 35 tahun 16 20
36 – 45 tahun 53 66.3
46 tahun ke atas 6 7.5
Status perkahwinan Bujang 9 10.8
Berkahwin 71 88.2
Bangsa Melayu 76 95
Cina 0 0
India 3 3.8
lain-lain 1 1.2
Tahap pendidikan SPM 28 35
Diploma 39 48.8
Ijazah dan keatas 13 16.2
Jawatan Pegawai Perubatan 13 16.2
Penolong Pegawai Perubatan 22 27.5
Jururawat 15 18.8
Penolong Perawat Kesihatan 11 13.8
Pemandu 15 18.8
Kerani 4 5.0
Status pekerjaan Tetap 72 90
Kontrak 8 10

Profil demografi responden ditunjukkan dalam Jadual 4.2 menunjukkan


bilangan reponden lelaki adalah lebih daripada responden perempuan. Terdapat 60%
lelaki iaitu 48 orang kakitangan lelaki berbanding 40% perempuan iaitu seramai 32
orang kaitangan perempuan dalam sampel ini.

Majoriti responden yang mewakili 53 orang kakitangan (66.3%) berumur


antara 36 hingga 45 tahun. Ini diikuti oleh 16 orang kakitangan (20%) yang termasuk
di dalam lingkungan umur 26 hingga 35 tahun. Seterusnya 6 orang kakitangan (7.5%)
dalam lingkungan umur 46 tahun ke atas. Manakala, kumpulan umur 25 tahun dan ke
bawah mewakili 5 orang kakitangan (6.2% ) daripada responden.

Berdasarkan Jadual 4.2, majoriti kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma


Hospital Daerah Baling adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 76 orang responden
46

(95%). Manakala, kakitangan yang berbangsa india adalah 3 orang responden (3.8%).
Seterusnya lain-lain bangsa 1 orang responden (1.2%).

Di samping itu juga, didapati juga majoriti daripada kakitangan Jabatan


Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling ini telah berkahwin iaitu 71 orang
(88.2%) dan sebanyak 9 orang (10.8%) masih tidak berkeluarga.

Dari segi latar belakang pendidikan pula, majoriti responden memiliki


kelulusan diploma iaitu seramai 39 orang responden (48.8%). Ini diikuti oleh
responden yang memiliki pendidikan SPM seramai 28 orang (35%) serta diikuti
responden yang memiliki kelulusan akademik dalam ijazah dan ke atas seramai 13
orang iaitu (16.2%).

Selain itu, umumnya kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital


Daerah Baling terdiri daripada pelbagai jawatan iaitu Pegawai Perubatan seramai 13
orang responen (16.2%), Penolong Pegawai Perubatan seramai 22 orang responden
(27.5%), Jururawat seramai 15 orang responden (18.8%), Penolong Perawat Kesihatan
seramai 11 orang responden (13.8%), pemandu ambulan seramai 15 orang responden
(18.8%) dan jawatan kerani adalah seramai 4 orang responden (5%).

Seterusnya, adalah status pekerjaan bagi kakitangan Jabatan Kecemasan dan


Trauma Hospital Daerah Baling di mana majoriti adalah berstatus tetap iaitu 72 orang
(90%). Manakala, seramai 8 orang responden (10%) kajian status pekerjaan mereka
adalah secara kontrak. Keputusan analisis statistik deskriptif bagi setiap konstruk dan
dimensi adalah seperti Jadual 4.3.
47

Jadual 4.12 : Keputusan statistik deskriptif konstruk

Konstruk Skor Skor Skor Sisihan Skewness Kurtosis


min max min piawaian
(M) (SP)
Tekanan kerja 4 32 16.80 6.590 .204 -.762
Strategi daya
tindak
Daya Tindak Aktif 0 6 3.55 1.637 -.215 -.715
Perancangan 0 6 3.82 1.557 -.526 -.321
Mencari Sokongan 1 6 4.31 1.356 -.467 -.549
Instrumental
Penerimaan 1 6 4.61 1.364 -.979 .544
Humor 1 6 3.16 1.096 .260 .449
Agama 0 6 3.21 1.110 -.264 .245
Sokongan Emosi 0 3 1.31 .922 .324 -.655
Instrumental 0 3 .69 .805 1.230 1.373
Mengalih 1 6 4.24 1.389 -.410 -.721
Perhatian
Penafian 0 6 3.91 1.494 -.314 -.365
Kerangka positif 0 6 4.65 1.244 -.879 1.076
Penyalahgunaan 0 6 4.61 1.373 -.978 .747
bahan
Pelepasan tingkah 0 6 1.63 1.354 1.032 1.438
laku
Menyalahkan diri 0 6 1.51 1.458 1.181 1.162
sendiri
Kesihatan mental
Tekanan 0 20 9.11 5.11 .340 -1.056
Kemurungan 0 18 4.96 4.083 .844 1.87
Kebimbangan 0 19 4.69 4.083 .844 .187

Berdasakan Jadual 4.3, hasil kajian terhadap 80 orang responden petugas di


Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling menunjukkan bahawa skor
min dan sisihan piawai bagi konstruk tekanan kerja ialah 16.80 dan 6.59. Manakala,
bagi mengenal pasti strategi daya tindak yang digunakan oleh responden pula, kajian
ini mendapati petugas lebih kerap menggunakan strategi daya tindak kerangka positif
(M= 4.65), dikuti dengan penerimaan dan penyalahgunaan bahan (M= 4.61),
48

seterusnya strategi mengalih perhatian (M= 4.24), mencari sokongan (M = 4.31),


penafian (M=3.91), perancangan (M=3.82), daya tindak aktif (M= 3.55), agama (M=
3.21), humor (M= 3.16), pelepasan tingkah laku (1.63), menyalahkan diri sendiri (M=
1.51), sokongan emosi (M=1.31) dan yang paling kurang digunakan oleh responden
adalah instrumental (M=.69). Seterusnya bagi konstruk kesihatan mental pula, dalam
kajian ini mendapati responden kajian berada dalam keadaan tekanan yang tinggi
(M=9.11), diikuti kemurungan (M= 4.96) dan demensi kebimbangan (M=4.69).

1.4 ANALISIS DESKRIPTIF TAHAP TEKANAN KERJA, STRATEGI DAYA


TINDAK DAN TAHAP KESIHATAN MENTAL

Bagi menjawab objektif satu iaitu mengkaji tahap tekanan kerja, strategi daya tindak
dan kesihatan mental satu analisis deskriptif secara kekerapan, peratusan, skor min
dan sisihan piawai telah dilakukan. Hasil kajian analisis deskriptif bagi setiap konstruk
ini ditunjukkan melalui jadual dan rajah seperti berikut.

1.4.1 Tahap Tekanan Kerja

Hasil analisis kajian tahap tekanan kerja terhadap 80 orang responden menunjukkan
majoriti responden berada pada tahap sangat tinggi iaitu 25 orang (31.3%), diikuti
tahap tinggi dan tahap rendah, kedua-duanya 17 orang (21.3%). Manakala 15 orang
responden (18.8%) berada pada tahap sederhana. Seterusnya 6 orang responden
(7.5%) berada pada tahap sangat rendah. Rujuk Jadual 4.4 dan Rajah 4.1

Jadual 4.13 : Keputusan deskriptif bagi tahap tekanan kerja

Konstruk Tahap Kekerapan Peratusan


(%)
TAHAP SANGAT RENDAH 6 7.5
TEKANAN RENDAH 17 21.3
KERJA SEDERHANA 15 18.8
TINGGI 17 21.3
SANGAT TINGGI 25 31.3
Jumlah 80 100.0
49

Rajah 4.3 Keputusan deskriptif bagi tahap tekanan kerja

1.4.2 Strategi Daya Tindak

Bagi konstruk strategi daya tindak, majoriti responden kajian menggunakan strategi
berfokus emosi dengan nilai skor min tertinggi iaitu (M=17.24, SP= 4.219). Diikuti
dengan teknik strategi pengelakan dengan skor min (M= 13.69, SP= 4.482).
Seterusnya bagi strategi berfokus masalah adalah sebanyak (M=11.28, SP= 3.865).
Rujuk Jadual 4.5.

Jadual 4.14 : Keputusan deskriptif bagi dimensi strategi daya tindak

Dimensi Strategi Daya min Sisihan


Tindak piawaian
Strategi berfokus masalah 11.28 3.865
Strategi berfokus emosi 17.24 4.219
Strategi pengelakan 13.69 4.482

1.4.3 Tahap Kesihatan Mental

Seterusnya adalah hasil analisis kajian tahap kesihatan mental bagi dimensi tekanan,
kebimbangan dan kemurungan terhadap 80 orang responden. Berdasarkan Jadual 4.6
50

menunjukkan majoriti responden berada pada tahap normal bagi ketiga–tiga dimensi
iaitu tekanan 41 orang (51.3%), kebimbangan 44 orang (55%) dan kemurungan 50
orang (62.5%). Seramai 22 orang (27.5%) didapati mempunyai tahap kesihatan mental
yang teruk bagi dimensi tekanan, diikuti 8 orang (10%) bagi dimensi kemurungan,
seterusnya 6 orang (7.5%) bagi dimensi kebimbangan. Selain itu juga, terdapat 6
orang responden (7.5%) mempunyai tahap kesihatan mental yang sangat teruk bagi
dimensi kebimbangan, 3 orang responden (3.8%) bagi dimensi tekanan dan hanya 1
orang (1.3%) bagi dimensi kemurungan. Selebihnya berada pada tahap kesihatan
mental yang ringan dan sederhana.

Jadual 4.15 : Keputusan deskriptif bagi tahap kesihatan mental

Tahap kesihatan Tekanan Kebimbangan Kemurungan


mental Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan
(%) (%) (%)
Normal 41 51.3 44 55.0 50 62.5
Ringan 6 7.5 15 18.8 8 10.0
Sederhana 8 10.0 9 11.3 13 16.3
Teruk 22 27.5 6 7.5 8 10.0
Sangat Teruk 3 3.8 6 7.5 1 1.3
Jumlah 80 100.0 80 100.0 80 100.0

1.5 KEPUTUSAN ANALISIS INFERENSI

H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan kesihatan mental
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.7 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan sederhana, dengan nilai r
= .661 pada aras p = .000. Oleh yang demikian, kajian ini menerima hipotesis
alternatif (H1) di mana didapati tekanan kerja mempunyai hubungan yang signifikan
dengan kesihatan mental dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling
51

Jadual 4.16 : Keputusan analisis hubungan antara tekanan kerja dan kesihatan
mental

Konstruk Kesihatan mental


Tekanan kerja .661**

*k<.05, **k<.01

H1a: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan tekanan petugas
kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H1b: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan kemurungan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H1c: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan kebimbangan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.8 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan sederhana, dengan nilai r
= .658 pada aras p = .000. Oleh yang demikian, kajian ini menerima hipotesis
alternatif (H1a) di mana didapati tekanan kerja mempunyai hubungan yang signifikan
dengan dimensi tekanan dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling. Manakala bagi dimensi kemurungan dan kebimbangan pula,
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan lemah, dengan nilai r = .459 pada
aras p = .000 dan bagi kemurungan dengan nilai r =.506 pada aras p = .000 . Oleh
yang demikian, kajian ini menerima hipotesis alternatif H1a, H1b dan H1c di mana
didapati tekanan kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi tekanan,
kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling.
52

Jadual 4.17 : Keputusan analisis dimensi kesihatan mental dengan tekanan kerja

Dimensi kesihatan mental Tekanan kerja


1. Tekanan .658**
2. Kemurungan .459**
3. Kebimbangan .506**

*k<.05, **k<.01

H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi daya tindak dan kesihatan
mental petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.9 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan sangat lemah, dengan
nilai r = .307 pada aras p = .006. Oleh yang demikian, kajian ini menerima hipotesis
alternatif (H2) di mana didapati strategi daya tindak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan kesihatan mental dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan
Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.18 : Keputusan analisis strategi daya tindak dengan kesihatan mental

Konstruk Kesihatan Mental


Strategi daya tindak .307**

*k<.05, **k<.01

H2a: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus masalah dan tekanan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H2b: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus emosi dan tekanan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H2c: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pengelakan dan tekanan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.
53

Jadual 4.10 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan sangat lemah bagi
strategi berfokus masalah dan strategi pengelakan, dengan nilai r = .282 pada aras p
= .011 dan bagi pengelakan nilai r = .302 pada aras p = .006. Oleh yang demikian,
kajian ini menerima hipotesis alternatif (H2a dan H2c) dimana di dapati tekanan
mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi strategi berfokus masalah dan
strategi pengelakan dalam kalangan kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling. Manakala, bagi strategi berfokus emosi kajian ini mendapati
tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan nilai r =.077 pada aras p = .499 . Oleh
yang demikian, kajian ini menolak hipotesis alternatif (H2b) di mana didapati tekanan
tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi strategi berfokus emosi
dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.19 : Keputusan analisis dimensi strategi daya tindak dengan tekanan
Dimensi strategi daya tindak Tekanan
1. Strategi berfokus masalah .282*

2. Strategi Pengelakan .302**

3. Strategi berfokus emosi .077

*k<.05, **k<.01

H2d: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus masalah dan
kemurungan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H2e: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus emosi dan
kemurungan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H2f: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pengelakan dan kemurungan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.11 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan lemah bagi strategi
berfokus masalah dan strategi pengelakan dengan kemurungan, pada nilai r = .355
pada aras p = .001 dan bagi pengelakan nilai r = .423 pada aras p = .000. Oleh yang
54

demikian, kajian ini menerima hipotesis alternatif (H2d dan H2f) di mana didapati
kemurungan mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi strategi berfokus
masalah dan strategi pengelakan dalam kalangan kakitangan Jabatan Kecemasan dan
Trauma Hospital Daerah Baling. Manakala, bagi strategi berfokus emosi dan
kemurungan, kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan
nilai r =-.088 pada aras p = .439. Oleh yang demikian, kajian ini menolak hipotesis
alternatif (H2e) di mana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi
berfokus emosi dan kemurungan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.20 : Keputusan analisis demensi strategi daya tindak dengan


kemurungan

Dimensi strategi daya tindak Kemurungan


1. Strategi berfokus masalah .355**

2. Strategi Pengelakan .423**

3. Strategi berfokus emosi -.088

*k<.05, **k<.01

H2g: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus masalah dan
kebimbangan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H2h: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi berfokus emosi dan
kebimbangan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.

H2i: Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pengelakan dan kebimbangan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.12 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan lemah bagi strategi
berfokus masalah dan strategi pengelakan dengan kebimbangan, pada nilai r = .302
pada aras p = .006, dan bagi strategi pengelakan nilai r = .371 pada aras p = .001. Oleh
yang demikian, kajian ini menerima hipotesis alternatif (H2g dan H2i) di mana
55

didapati kebimbangan mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi strategi


berfokus masalah dan strategi pengelakan dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan
dan Trauma Hospital Daerah Baling. Manakala, bagi strategi berfokus emosi dan
kebimbangan, kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan
nilai r = -.084 pada aras p = .459. Oleh yang demikian, kajian ini menolak hipotesis
alternatif (H2h) di mana didapati kebimbangan tidak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan dimensi strategi berfokus emosi dalam kalangan petugas Jabatan
Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.21 : Keputusan analisis demensi strategi daya tindak dengan


kebimbangan

Dimensi strategi daya tindak Kebimbangan


1. Strategi berfokus masalah .302**

2. Strategi Pengelakan .371**

3. Strategi berfokus emosi -.084

*k<.05, **k<.01

H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi daya tindak
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.13 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan lemah, dengan nilai r
= .333 pada aras p = .003. Oleh yang demikian, kajian ini menerima hipotesis
alternatif (H3) di mana didapati tekanan kerja mempunyai hubungan yang signifikan
dengan strategi daya tindak dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.22 : Keputusan analisis tekanan kerja dan strategi daya tindak

Konstruk Strategi Daya Tindak


Tekanan kerja .333**

*k<.05, **k<.01

H3a: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi berfokus
masalah petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling.
56

H3b: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi berfokus
emosi petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

H3c: Terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan strategi pengelakan
petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.14 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan lemah bagi strategi
berfokus masalah dan strategi pengelakan dengan kebimbangan, pada nilai r = .311
pada aras p = .005, dan bagi strategi pengelakan nilai r = .358 pada aras p = .001. Oleh
yang demikian, kajian ini menerima hipotesis alternatif (H3a dan H3c) di mana
didapati tekanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi strategi
berfokus masalah dan strategi pengelakan dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan
dan Trauma Hospital Daerah Baling. Manakala, bagi strategi berfokus emosi dan
tekanan, kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan nilai r =
1.75 pada aras p = 0.121. Oleh yang demikian, kajian ini menolak hipotesis alternatif
(H3b) di mana didapati tekanan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan
dimensi strategi berfokus emosi dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan
Trauma Hospital Daerah Baling.

Jadual 4.23 : Keputusan analisis tekanan kerja dengan dimensi strategi daya
tindak

Strategi berfokus Strategi pengelakan Strategi berfokus


masalah emosi
Tekanan kerja .311** .358** .175

*k<.05, **k<.01
57

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

1.1 PENGENALAN

Dapatan kajian yang telah dilaporkan dalam Bab 4 dibincangkan dan akan dirumuskan
dalam bab ini. Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu
ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian, implikasi
dapatan kajian, limitasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan rumusan.

1.2 RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap 80 orang kakitangan yang terdiri daripada kumpulan
profesional dan sokongan iaitu pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan,
jururawat, pembantu perawatan kesihatan, pemandu dan kerani meliputi 48 lelaki dan
32 perempuan. Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti hubungan tekanan kerja dan
strategi daya tindak dan masalah kesihatan mental para petugas kesihatan yang
bertugas sebagai petugas barisan hadapan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital
Daerah Baling, Kedah. Di samping itu juga, kajian ini membantu pengkaji
mengenalpasti perkaitan masalah tekanan kerja dialami oleh petugas barisan serta
strategi daya tindak yang digunakan serta aspek kesihatan mental. Pengkaji telah
menggunakan soal selidik sebagai alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif.
Data daripada soal selidik yang mengandungi empat bahagian, iaitu bahagian A iaitu
data demografi responden, bahagian B iaitu set soalan yang mengukur tekanan kerja,
bahagian C iaitu set soalan yang mengukur strategi daya tindak dan bahagian D iaitu
58

set soalan yang mengukur kesihatan mental. Data telah dianalisis menggunakan
perincian SPSS 22.0.

1.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa petugas kesihatan Jabatan


Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling mempunyai tahap tekanan yang
sangat tinggi. Di samping itu juga, keputusan menunjukkan majoriti petugas kesihatan
menggunakan strategi berfokus emosi bagi menyelesaikan masalah mereka bagi
penggunaan strategi daya tindak. Namun begitu, dimensi strategi berfokus emosi
didapati tiada perhubungan yang signifikan di dalam kajian ini dengan mana–mana
konstruk. Selain itu, kajian ini mendapati kebanyakan responden mempunyai tahap
kesihatan mental yang normal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang
perlu diberikan perhatian khusus agar masalah ini tidak menjadi lebih teruk kelak.
Maka, pengkaji telah membuat pengkajian lebih terperinci bagi melihat hubungkait di
antara setiap konstruk bagi menjawab persoalan kajian ini.

1.3.1 Hubungan Antara Tekanan Kerja Dan Kesihatan Mental

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan ujian korelasi untuk melihat hubungan
antara tekanan kerja dan kesihatan mental. Keputusan analisis bagi dimensi kesihatan
mental iaitu tekanan, kebimbangan dan kemurungan turut mempunyai hubungan
dengan tekanan kerja. Hal ini dibuktikan apabila keputusan menunjukkan terdapat
hubungan positif yang signifikan sederhana bagi dimensi tekanan dalam kalangan
petugas kesihatan. Manakala bagi dimensi kemurungan dan kebimbangan pula,
menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah tetapi signifikan. Maka,
keputusan ini menunjukkan petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling, mengalami masalah tekanan kerja dan turut mempunyai
hubungkait dengan kesihatan mental.

Beberapa kajian lepas membuktikan bahawa tekanan kerja mempunyai


pengaruh yang kuat terhadap kesihatan pekerja terutamanya kesihatan mental pekerja.
Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019 menyatakan hampir setengah juta
59

penduduk di negara ini mengalami kemurungan. Statistik ini merangkumi 2.3 peratus
rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas yang mengalami kesihatan mental. Menurut
Dr Adham di dalam satu akhbar, “penularan Covid-19 memberi kesan besar kepada
masyarakat dunia termasuk Malaysia”. Hal ini juga turut melibatkan petugas barisan
hadapan juga tidak terlepas daripada mengalami masalah emosi dan tekanan akibat
terpaksa menanggung tugas, diberi tugas yang berganda atau mengalami 'burnout'.
Tambahan pula, Lee (2020) menjelaskan petugas kesihatan dan anggota barisan
hadapan yang mengalami kesan psikologi merasa kebimbangan apabila bekerja tanpa
henti, menghadapi risiko dijangkiti dan kekurangan alat perlindungan diri semasa
bertugas. Selain itu, mereka juga merasa kesunyian, keletihan fizikal dan pengasingan
dari keluarga.

Teori tekanan yang sering diaplikasikan dalam banyak kajian sebelum ini
adalah menggunakan teori Transactional Stress Theory. Menurut Cox dan Griffiths
(2010), konsep Transactional Stress Theory menjelaskan bahawa tekanan di tempat
kerja melibatkan satu proses yang terdiri daripada tiga elemen iaitu pendedahan
kepada bahaya psikososial organisasi, proses persepsi kognitif yang melibatkan
tekanan emosi dan hubungkait antara tekanan terhadap individu yang melibatkan
masalah psikologi, tingkah laku dan masalah kesihatan dengan memberi kesan
terhadap organisasi yang melibatkan individu mengelak dari kerja, kurang komitmen
dan sebagainya. Transactional Stress Theory memberi penekanan terhadap fungsi
proses kognitif dalam menangani tekanan yang dialami secara dinamik antara pekerja
dengan kerja yang dilakukan (Lazarus 1990). Manakala, menurut Lazarus (1991)
Transactional Stress melibatkan dua elemen yang saling berkait iaitu diri individu
tersebut dan persekitaran mereka yang secara tidak langsung mempengaruhi emosi
yang merangkumi aspek tekanan.

Oleh sebab itu, didapati beberapa petugas kesihatan di Jabatan Kecemasan dan
Trauma turut mengalami kemurungan dan kebimbangan. Kemurungan merupakan isu
kesihatan global yang menjadi polemik masa kini dengan angka lebih dari 300 juta
penderita di seluruh dunia dan angka tersebut terus meningkat (Toghyani et al. 2018).
Beban masalah mental ini terus menjadi liabiliti terbesar yang memberi impak kepada
aspek kesihatan, sosial, dan ekonomi (Jenkins et al. 2011). Manakala, isu
60

kebimbangan pula adalah sejenis kecelaruan kesihatan mental hasil dorongan tekanan.
Kedua-dua tekanan dan kebimbangan mempunyai simptom yang hampir sama dan
agak sukar untuk dikesan perbezaan antara keduanya. Covid-19 boleh membawa
kepada simptom kebimbangan dalam diri petugas kesihatan itu sendiri iaitu daripada
aspek kognitif, emosi, somatik, autonomik dan juga tingkah laku di mana ia
menunjukkan darjah yang berbeza. Antara simptom kognitif adalah konsentrasi yang
lemah, masalah ingatan, dan rasa tidak boleh dibantu, manakala simptom emosi pula
adalah perasaan takut, gerun, terseksa, cepat marah dan sensitif. Simptom somatik
pula meliputi insomnia, sakit badan, hilang selera makan serta kurang nafsu seks.
Manakala simptom autonomik pula terdiri daripada jantung yang berdegup laju,
berdebar, sentiasa mahu terkencing dan sakit perut. Simptom tingkah laku bagi
kebimbangan pula boleh dilihat melaui tingkah laku agresif, kejam, dan juga
pengelakan terhadap orang ramai, tempat atau situasi (Chhabra 2020).

Selain itu juga, kenyataan ini disokong dengan kajian oleh Roy et al. (2020)
terhadap 662 orang responden yang mendapati majoritinya mengalami kebimbangan.
Lebih 80% orang responden terlalu memikirkan tentang COVID-19 sepanjang
minggu. Seramai 40% responden pula paranoid memikirkan sepanjang minggu
samada mereka telah terkena jangkitan, 72% responden melaporkan berasa bimbang
terhadap diri sendiri dan keluarga serta 12% mengalami kesukaran tidur. Seterusnya,
kajian Wang et al. (2020) terhadap 1210 orang responden daripada 194 bandar di
China mendapati 16.5% mengalami simptom kemurungan, 28.8 % melaporkan
simptom kebimbangan dan 8.1% mengalami stres daripada sederhana kepada teruk.
Kajian ini juga mendapati 75.2% responden berasa bimbang tentang diri dan ahli
keluarga jika berjangkit penyakit ini.

Sehubungan dengan fenomena COVID-19 ini, ramai yang mula berasa cemas,
risau, tertekan, bimbang dan takut dengan kemunculan wabak ini. Oleh itu, setiap
individu berpotensi mengalami isu melibatkan kesihatan mental seperti kemurungan,
kebimbangan dan tekanan. Selain golongan yang berisiko seperti pesakit COVID-19,
ahli keluarga pesakit serta petugas di barisan hadapan (frontliner) turut mengalami
tekanan kerja yang menjurus kepada gangguan kesihatan mental. Tambahan pula,
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan juga menyebabkan
61

ramai individu yang berada dalam keadaan tertekan sehinggakan memberi kesan
kepada kesihatan mereka terutamanya petugas kesihatan. Lantaran itu, kajian Zhou et
al. (2020) menunjukkan keperluan intervensi psikologi semasa pandemik COVID-19
diakibatkan oleh jumlah pesakit yang ramai, kekurangan kemudahan perubatan serta
kekurangan kemahiran dan pengetahuan di kalangan petugas.

1.3.2 Hubungan Antara Strategi Daya Tindak Dan Kesihatan Mental

Kesihatan mental dan strategi daya tindak merupakan antara kajian popular yang
menarik minat ramai pengkaji kerana kesedaran terhadap kesihatan mental pada masa
kini semakin tinggi dengan keadaan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan ujian korelasi untuk melihat hubungan
antara strategi daya tindak dengan kesihatan mental. Hasil analisis telah mendapati,
kedua-dua strategi daya tindak berfokus masalah dan strategi pengelakan
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan setiap dimensi kesihatan
mental iaitu tekanan, kemurungan dan kebimbangan. Manakala, bagi strategi berfokus
emosi tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan setiap dimensi kesihatan
mental. Hal ini membawa maksud, petugas kesihatan Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Daerah Baling menggunakan strategi berfokus masalah dan pengelakan
sahaja bagi meyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kajian terdahulu telah mengesahkan hubungan antara strategi daya tindak dan
kesejahteraan psikologi. Sebagai contohnya, kajian Carnicer et al. (2013) mendapati
terdapat hubungan antara strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologi melibatkan
98 orang pelajar prasiswazah berumur 19 hingga 42 tahun. Daya tindak dinilai
menggunakan Coping Resources Inventory oleh Moos (1993). Manakala
kesejahteraan psikologi dinilai menggunakan Brief Symptom Inventory. Hasil
keputusan mendapati terdapat hubungan antara strategi daya tindak dan kesejahteraan
psikologi. Penggunaan daya tindak penyelesaian masalah mampu mengurangkan
kesan kemurungan, kebimbangan dan tekanan psikologi. Namun begitu, penggunaan
daya tindak pengelakan berfikir pula menyebabkan kehadiran tanda-tanda tekanan.
Selain itu, daya tindak pengelakan tingkah laku juga berkait dengan kesejahteraan
62

psikologi yang rendah. Kajian ini bersetuju daya tindak yang baik mampu menangani
masalah tekanan psikologi dalam kalangan pelajar universiti.

Tambahan pula, dapatan kajian ini juga mendapati faktor penyebab


kebimbangan dan kemurungan petugas kesihatan ialah apabila mereka terdedah
kepada bahaya kesihatan dan keselamatan yakni penyakit semasa menjalankan tugas
di Jabatan Kecemasan dan Trauma terutama semasa pandemik COVID 19. Hal ini
disebabkan oleh kerisauan dan kekhuatiran mendapat jangkitan penyakit yang
mungkin dibawa oleh pesakit yang tidak diketahui status serta pesakit yang
merahsiakan maklumat perjalanan yang sebenar. Bagi mengatasi masalah ini, petugas
kesihatan menggunakan samada strategi berfokus masalah ataupun strategi
pengelakan. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati kedua–dua komponen strategi
daya tindak ini mempunyai hubungan dengan tekanan, kebimbangan dan kemurungan.

Di samping itu juga sekiranya tekanan yang berterusan dan keterlaluan dialami
tanpa penggunaan strategi daya tindak akan mengganggu kesihatan mental mahupun
kesihatan fizikal. Azmi (2005) menyatakan bahawa terdapat beberapa keadaan yang
membawa kepada tekanan kerja. Keadaan ini dipanggil ‘stressor’ atau penyebab.
Antara penyebab tersebut ialah bebanan tugas, tekanan masa, kualiti penyeliaan yang
lemah, ketidaksesuaian pihak atasan berbanding dengan tanggungjaawab sebenar,
konflik peranan, nilai-nilai yang berbeza di antara organisasi dan pekerja serta
kekecewaan. Tekanan yang wujud daripada beban kerja merupakan kesan terlalu
banyak beban kerja atau terlalu sedikit beban kerja serta faktor kecekapan melakukan
sesuatu tugas. Keempat, akibat daripada kerja lebih masa. Kelima, faktor
tanggungjawab kerja dan akhir sekali ialah cabaran tugas tersebut. Kenyataan ini
disokong oleh Teori General Adaptation Syndrom (GAS) yang diperkenalkan oleh
Selye (1926). dalam Ferlis et al. (2010) yang menyatakan bahawa penyebab stres
seperti germ (kuman) atau terlampau menitikberatkan kerja akan mengganggu
keseimbangan dalaman. Badan akan bertindak balas dengan mana-mana penyebab
stres, sama ada selesa atau tidak, dengan mengaktifkan sifat psikologi yang tidak
spesifik. Reaksi sebegini bertujuan untuk mempertahankan diri atau mengekalkan
keseimbangan dalaman yang disebut juga homeostasis.
63

1.3.3 Hubungan Antara Tekanan Kerja Dan Strategi Daya Tindak

Seterusnya kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan bagi tekanan kerja
dengan dimensi strategi daya tindak iaitu strategi berfokus masalah dan strategi
pengelakan dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah
Baling. Manakala, bagi strategi berfokus emosi dengan tekanan, kajian ini mendapati
tekanan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan strategi berfokus emosi
dalam kalangan petugas Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Daerah Baling.

Dalam konteks kajian ini, dapatan adalah konsisten dengan kajian lepas seperti
kajian oleh Narimah (2003) yang memperoleh hubungan signifikan di antara tekanan
kerja, kepuasan kerja dan strategi daya tindak di kalangan jururawat di hospital
kerajaan dan swasta. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif
di antara tekanan dengan strategi daya tindak. Walau bagaimanapun, tidak terdapat
hubungan negatif di antara tekanan dengan kepuasan kerja. Kajian ini juga bertujuan
untuk melihat perbezaan tekanan kerja mengikut taraf perkahwinan, taraf pendidikan,
umur dan tempoh bekerja. Seramai 160 orang jururawat daripada hospital kerajaan
dan swasta telah dipilih sebagai subjek. Alat kajian yang digunakan ialah
Occupational Stress Indicator (OSI). Data dianalisis dengan menggunakan kaedah
Korelasi Pearson, Ujian-t dan ANOVA sehala.

Folkman dan Lazarus (1980) mengkategorikan daya tindak kepada dua jenis
utama iaitu berfokuskan masalah (problem-focused) dan berfokuskan emosi (emotion-
focused). Strategi berfokus masalah adalah lebih kepada usaha untuk menyelesaikan
masalah dan tekanan manakala strategi berfokus emosi adalah pengurusan emosi
terhadap tekanan tersebut. Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mengatasi
tekanan. Namun begitu, tidak semua tekanan dapat diatasi dengan berkesan kerana
sesetengah strategi daya tindak tidak sesuai digunakan dalam mengatasi tekanan yang
dihadapi. Dengan menggunakan daya tindak, seseorang boleh berhadapan dengan
tekanan atau boleh mengurangkan dan meminimumkan situasi yang menekan dan
seterusnya membentuk kesejahteraan seseorang. Situasi yang menekan merujuk
kepada situasi yang mengancam kesejahteraan psikologi individu (Vaughn & Roesch
2003). Pemilihan daya tindak ini berbeza mengikut individu. Melalui penggunaan
64

daya tindak yang berkesan, tingkah laku, pemikiran dan interaksi dengan persekitaran
dapat diurus dengan baik dan interaksi ini berhubung kait dengan kesejahteraan
psikologi individu (Folkman, Lazarus, Gruen & De Longis 1986).

Kebiasaannya, dalam sesebuah jabatan pasti ada masalah yang timbul sama
ada dari sudut tekanan kerja. Tekanan kerja merupakan manifestasi negatif dalam
persekitaran kerja pada hari ini dan menjadi isu utama dalam kalangan pekerja
walaupun tekanan sering dikaitkan dengan keburukan, Namun manusia memerlukan
sedikit tekanan dalam kehidupan. Tekanan juga merupakan sebagai penggerak dalam
mewujudkan satu tindakan ke arah penentuan keberkesanan peribadi. Kehidupan yang
bebas daripada tekanan akan membuat seseorang itu malas dan tidak maju ke
hadapan. Individu mesti menentukan sendiri tahap optimum bagi dirinya sendiri dan
mereka sendiri tahu sama ada tahap tekanan yang dialami mereka itu sudah
melampaui batas atau tidak. Oleh sebab itu, individu yang mempunyai daya tindak
yang adaptif dan baik akan dapat menghadapi tekanan harian mahupun peristiwa
buruk yang terjadi dengan baik. Kajian mendapati terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi pemilihan daya tindak seseorang

Meskipun petugas kesihatan menggunakan strategi daya tindak berfokuskan


masalah dan strategi pengelakan tetapi tekanan yang dialami oleh petugas kesihatan
masih berada pada tahap tekanan yang tinggi. Hal ini, memerlukan petugas kesihatan
sendiri menstruktur semula pemikiran negatif kepada positif yang boleh menyumbang
kepada kesejahteraan psikologi lebih baik. Penstrukturan semula ini penting supaya
dapat mengubah emosi negatif kepada lebih positif dan individu akan lebih optimis
terhadap cabaran yang dihadapi terutama sekali semasa bertugas membanteras wabak
COVID-19 ini. Sikap optimis iaitu berfikiran positif terhadap pelbagai situasi
meskipun situasi negatif adalah faktor kognitif yang paling berpengaruh dalam
mengawal emosi dan tekanan (Tusaie-Mumford 2001). Sikap ini membawa kepada
kekuatan petugas itu sendiri dalam mengawal situasi persekitaran mereka. Souri dan
Hasanirad (2011) mengatakan sikap optimis individu mempengaruhi kesejahteraan
psikologi secara keseluruhan. Oleh itu, kebolehan untuk mengatasi tekanan secara
efektif boleh membantu petugas kesihatan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap
kesejahteraan psikologi mereka. Bagi mendapatkan kesan yang positif terhadap
65

kesejahteraan psikologi, petugas perlu mengawal situasi mengikut strategi daya tindak
yang terbaik mengikut situasi.

1.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Objektif
kajian yang dijalankan secara khusus adalah untuk mengenalpasti hubungan antara
tiga konstruk utama iaitu tekanan kerja, strategi daya tindak dan kesihatan mental.
Berdasarkan kajian yang diketengahkan telah membuktikan bahawa isu berkenaan
tekanan kerja di dalam organisasi tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua
pihak. Kesan-kesan tekanan kerja bukan sahaja boleh berlaku terhadap psikologi dan
fisiologi diri pekerja itu sendiri malah lebih memburukkan lagi ianya boleh memberi
kesan negatif terhadap organisasi dari segi imej dan kualiti penyampaian
perkhidmatan kepada masyarakat. Pendekatan strategi daya tindak dan teknik
psikologi yang berkesan serta persekitaran kerja yang kurang tekanan adalah salah
satu faktor yang perlu dititik beratkan dalam usaha membendung isu ini daripada terus
membelenggu organisasi.

1.5 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Hasil dari kajian oleh pengkaji ke atas tekanan kerja, strategi daya tindak dan
kesihatan mental di Jabatan Kecemasan dan Trauma sedikit sebanyak memberikan
implikasi kepada petugas kesihatan, organisasi Jabatan Kecemasan dan Trauma serta
Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membanteras isu tekanan kerja dan isu
kesihatan mental dalam kalangan kakitangan petugas kesihatan terutamanya ketika
pandemik COVID -19 yang melanda dunia kini.

1.5.1 Petugas Kesihatan

Kajian menunjukkan bahawa individu yang berhadapan dengan bencana akan


mengalami gangguan emosi. Mereka berada dalam kebimbangan, sentiasa risau,
menghadapi masalah kekurangan tidur dan simptom kemurungan yang lain.
Sesetengah dari mereka boleh pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun,
yang lain memerlukan bantuan sokongan untuk pulih seperti sedia kala. Petugas
66

kesihatan dan anggota barisan hadapan juga mengalami tekanan dan kebimbangan
apabila bekerja tanpa henti, menghadapi risiko dijangkiti, kekurangan alat
perlindungan, merasa kesunyian, keletihan fizikal dan pengasingan dari keluarga.
Lantaran itu, kajian ini menunjukkan keperluan intervensi psikologi semasa pandemik
COVID-19 berikutan jumlah pesakit yang ramai, kekurangan kemudahan perubatan,
kekurangan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan petugas dan juga kesukaran
mendapat kerjasama dari pesakit terutama sekali bagi pesakit yang mengalami
masalah kesihatan mental.

1.5.2 Jabatan Kecemasan dan Trauma

Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak organisasi Jabatan Kecemasan dan
Trauma mengenalpasti petugas–petugas kesihatan yang mempunyai tekanan kerja
tinggi yang secara tidak langsung mengganggu kesihatan mental petugas. Pihak
pengurusan perlulah mengambil langkah–langkah yang bersesuaian untuk membantu
petugas–petugas yang dikenalpasti mengalami tekanan kerja agar ia tidak berlanjutan.
Hal ini kerana, tekanan kerja yang dialami oleh kakitangan tidak boleh dianggap
sebagai masalah peribadi mereka semata-mata kerana tekanan kerja akan turut
memberi kesan kepada organisasi sekiranya tidak dibanteras. Pihak organisasi juga
akan turut merasa kesan tekanan kerja tersebut. Contohnya, penurunan mutu
perkhidmatan pekerja serta peningkatan kes cuti sakit serta kekurangan kakitangan
untuk melaksanakan perkhidmatan. Oleh yang demikian, pihak organisasi perlulah
mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekalkan tekanan kerja pada tahap yang
sesuai yakni membendung peningkatan tahap tekanan kerja dan membantu
mengurangkan beban tekanan kerja yang tinggi.

1.5.3 Kementerian Kesihatan Malaysia

Secara umumnya, dengan adanya data daripada kajian seperti ini diharap dapat
membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengkaji beberapa aspek
yang dapat membantu petugas kesihatan dan organisasi meneruskan pelaksanaan
dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Misalnya daripada
aspek sistem penggiliran shif, program bantuan kakitangan, pendapatan, elaun atau
67

bonus latihan kemahiran yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan tahap
tekanan kerja.

1.6 LIMITASI KAJIAN

Pengkaji juga menghadapi limitasi atau halangan dalam menjalankan kajian. Antara
limitasinya ialah:

1.6.1 Jumlah sampel

Jumlah sampel yang terlalu terhad yang mana sampel untuk kajian ini hanya 80 orang
sahaja dan hanya melibatkan satu jabatan sahaja.

1.6.2 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui soal selidik atas talian
disebabkan oleh pandemik COVID -19. Pengkaji mendapati kaedah ini sukar untuk
mendapatkan kerjasama daripada subjek kajian. Tambahan pula, subjek kajian adalah
petugas kesihatan barisan hadapan di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang sibuk.
Pengkaji terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengumpul kesemua data.

1.6.3 Instrumen kajian

Kajian ini hanya menggunakan satu kaedah pengumpulan data iaitu melalui soal
selidik. Pengkaji menerima maklum balas daripada subjek kajian bahawa soal selidik
ini terlalu panjang untuk diselesaikan. Malahan masalah kepada jaringan internet
semasa subjek kajian menjawab soal selidik ini juga wujud. Hal ini mengurangkan
motivasi subjek kajian untuk menyelesaikan soal selidik ini. Pengkaji mendapati
bahawa reka bentuk kajian boleh dipelbagaikan dengan menggabungkan kaedah
kualitatif dan kuantitatif. Selain soal selidik, pengkaji juga boleh mendapatkan
maklumat melalui temubual atau lain-lain kaedah.
68

1.7 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Sebagai panduan atau saranan, pengkaji mencadangkan agar kajian mengenai tekanan
kerja, strategi daya tindak dengan kesihatan mental dapat diteruskan dan
diperkembangkan dari masa ke semasa. Hal ini kerana penting bagi pekerja
mengenalpasti keadaan tekanan yang boleh mempengaruhi kesihatan mental
seseorang individu. Selain itu juga, para pekerja dapat mengatasi tekanan dengan baik
dengan menggunakan strategi daya tindak yang bersesuai. Sesuatu jabatan juga
disarankan untuk memperbaiki beberapa aspek samada dari sudut pentadbiran dalam
organisasi mahupun pengurusan petugas kesihatan agar dapat memberi manfaat.
Antara cadangan yang disarankan adalah meningkatkan motivasi setiap petugas
kesihatan terutama dalam keadaan musim pandemik COVID -19 yang melanda dunia
ini.

Pengkaji juga ingin menyarankan agar borang soal selidik diedarkan lebih
awal lagi kepada subjek kajian. Tindakan ini penting kerana proses pengedaran dan
pengumpulan semula borang soal selidik akan mengambil masa yang lama walaupun
borang diedarkan secara atas talian. Oleh sebab itu, pengkaji menyarankan kepada
pengkaji akan datang supaya melakukan proses dokumentasi termasuk menjalankan
dan mengedarkan soal selidik lebih awal supaya segala masalah dapat diatasi dengan
lebih awal. Tambahan pula, tindakan susulan secara berterusan seperti memberi
peringatan semula kepada subjek kajian melalui“whatsapp’ adalah penting untuk
mendapatkan maklum balas dengan cepat.

Selain itu, pengkaji juga menyarankan kepada pengkaji akan datang supaya
dapat menambah bilangan subjek dan memilih tempat kajian yang lebih luas supaya
dapat mewakili populasi dalam menjalankan kajian. Di samping itu, ia dapat
mengurangkan bias dalam kajian kerana semakin ramai subjek yang mewakili sesuatu
kajian, maka semakin tinggi darjah kebolehpercayaan yang diperolehi. Dengan ini
hasil kajian boleh digeneralisasikan kepada semua populasi kakitangan yang menjadi
responden kajian. Seterusnya, bakal pengkaji juga disarankan agar dapat
menggunakan soal selidik yang lebih ringkas dan padat supaya dapat mengelakkan
rasa bosan di kalangan subjek kajian. Pengkaji juga boleh menggabungkan beberapa
69

kaedah seperti menggunakan soal selidik dengan metod kualitatif yang juga
melibatkan pemerhatian dan temubual. Kaedah ini penting bagi mendapatkan data
dengan lebih terperinci dan dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih baik.

Pengkaji juga menyarankan agar kajian masa hadapan dapat merangkumi


perbandingan dari sudut demografi. Hal ini dapat memanfaatkan pembaca dari segi
pemahaman dan pengetahuan supaya dapat menambahkan ilmu dalam minda
pembaca. Dengan ini, ia dapat melengkapkan lagi kajian tentang perbezaan demografi
dengan tekanan kerja. Tambahan pula, item-item dalam alat ujian juga boleh ditambah
supaya pembolehubah yang diukur memberi gambaran yang lebih jelas. Seterusnya,
adalah disarankan supaya lebih banyak kajian-kajian tempatan atau pun luar negara
dapat dijadikan rujukan. Ini dapat membantu memberikan idea-idea baru yang lebih
berkesan lagi dalam kajian seumpama ini.

1.8 RUMUSAN

Akhir sekali, pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberikan idea kepada
pengkaji akan datang, khususnya bagi mereka yang berminat untuk membuat kajian
yang berkaitan dengan tekanan kerja, strategi daya tindak dan kesihatan mental.
Penggunaan alat kajian PSI, Brief COPE, dan ujian DASS juga diharapkan dapat
diperluaskan lagi setelah kajian seperti ini didedahkan. Alat kajian ini sesuai
digunakan bagi mengukur dan menilai hubungan tekanan kerja, strategi daya tindak
dan kesihatan mental yang dihadapi oleh semua golongan pekerja
70

RUJUKAN

Abu AlRub, R. F. 2004. Job Stress, Job Performance, and Social Support Among
Hospital Nurses. Journal of Nursing Scholarship 36-31 :73-78.

Alay, S., & Kocak, S. 1999. A Study of Stress Sources, Symptoms and Strategies of
Physical Educators in Elementary Schools. Hacettepe Üniversitesi Eğitim
Fakültesi Dergisi 16-17: 11-14.

Aldwin, C. M. 2007. Stress, coping, and development: An integrated perspective (2nd


ed.). New York: Guilford.

Antoniou, Alexander-Stamatios & J. Davidson, Marilyn & Cooper, Cary. 2003.


Occupational stress, job satisfaction and health state in male and female junior
hospital doctors in Greece. Journal of Managerial Psychology, 18: 592-621

APA Survey. 2004. Retrieved from www.apa.org/monitor/julaug04/survey.aspx.

APA. 2017. Anxiety Disorders: Why They Matter and What Employers Can Do.
American Psychiatric Association

Arehart-Treichel J. 2002. Mental illness on rise on college campuses. Psychiatry


News, 37(6):6-38.

Aris Kasan, Fatimah Hanum Mohamad Hajari, Juwairiyah Jaafar & Nordin Yusoff.
2012. Stres dalam perkhidmatan awam: Impaknya kepada prestasi dan
kesejahteraan pegawai awam. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan
Awam Malaysia, 7: 1-34.

Australian Psychological Society. 2014. Stress and Well Being in Australia Survey
2014. Melbourne: APS.

Azmi Mustafa. 2005. Tekanan dan kepuasan kerja di kalangan kakitangan Pusat
Serenti. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan
Malaysia

Azrul Hisham Abdul Manaf. 2009. Faktor-faktor tekanan dan kesannya kepada guru
sekolah menengah kebangsaan: Satu kajian di daerah timur laut, Pulau Pinang.
Universiti Utara Malaysia.

Berita Harian. 2020. COVID-19 cetus krisis kesihatan mental global – PBB. Capaian
pada 24 November 2020 dari https://www.bharian

Berry, L. M. 1998. Psychology at work. (2nd ed). Boston: McGraw-Hill.

Blacher, J., Begum, G.F. & Marcoulides, G. A. 2013. Longitudinal perspectives of


child positiveimpact on families: Relationship to disability and culture.
American Journal on Intellectual and Developmental Disabilities 118 (2):
141-155.
71

Boa, Y., Sun, Y., Meng, S., Shi, J., Lu. 2020. 2019 nCov epidemic address mental
health care to empower society. Lancet, 395: e37-e38.

Bridger, R. S., Day, A. J., & Morton, K. 2013. Occupational stress and employee
turnover. Ergonomics, 56(11) : 1629-1639

Brief, A.P, Schuler, R.S. & Sell, M.V., 1981. Managing Job Stress. New York: Little
Brown and Company.

Caca. 2002. Analysis of the National College Health Assessment: Reference Group
Database, in Baltimore, American College Health Association: Spring.

Cano Garcia, F.J., Rodrigus Franco, L. & Garcia Martinez, J. 2007. Spanish version of
the Coping Strategies Inventory. Actas Esp Psiquiatr, 35(1): 29-39.

Carmeli, A., Halevy, M.Y. & Weisberg, J. 2009. The relationship between emotional
intelligence and psychological well-being. Journal of Managerial Psychology,
24(1): 66-78.

Carnicer, J. G., & Calderon, C. 2013. Coping strategies and psychological well-being
among teacher education students. European Journal of Psychology of
Education, 28, 1127-1140.

Carver, C. S. 1997. You want to measure coping but your protocol’too long: Consider
the Brief COPE. International Journal of Behavioral Medicine, 4(1), 92-100.

Carver, C. S., Scheier, M. F., & Weintraub, J. K. 1989. Assessing coping strategies: A
theoretically based approach. Journal of Personality and Social Psychology,
56(2).

Chapman, P.L., & Mullis, R.L. 2000. Racial differences in adolescent coping and self-
esteem. Psychology: Research And Theory On Human Development, 161(2) :
152-160.

Charles, S.C. & Michael, F.S. 1994. Situational coping and coping dispositions in a
stressful transaction. Journal of Personality and Social Psychology, 66(1):
184-195.

Cher Kar Hong. 2004. Tekanan dan Penggunaan Strategi Daya Tindak di Kalangan
Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Chhabra, S. 2020. Psychological Implications of COVID-19 Pandemic: A Wide


Spectrum of Manifestations. Journal of Evolution of Medical and Dental
Sciences, 9(33) : 2386–2391

Chua, Y.P. 2011. Kaedah dan statistik penyelidikan kaedah penyelidikan. (Edisi
Kedua). Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, S., Kamarck, T., & Mermelstein, R.1983. A global measure of perceived
stress. Journal of Health and Social Behavior, 385-396.
72

Cox, T. & Griffiths, A. 2010. Work-related stress: A theoretical perspective. Dalam


Leka, S. & Houdmont, J. (Eds), Occupational Health Psychology (pp. 31-56).
Oxford: Wiley Blackwell

Cox, T., Boot, N., Cox, S. & Harrison, S. 1978. Stress in Schools: An Organisational
Perspective. Work and Stress, 2(4): 353-363.

Devereux, J.M., Hastings, R.P., Noone, S.J., Firth, A & Totsika, V. 2009. Social
support and coping as mediators or moderators of the impact of work stressors
on burnout in intelecctual disability support staff. Research in Development
Disabilities, 30: 367-377.

Eikhwan Ali. 2020. Pandemic Covid-19 Mendepani Impak Psikososial. Capaian


https://www.tsis.my/wp-content/uploads/2020/04/PERSPEKTIF-Pandemik-
COVID-19-Mendepani-Impak-Psikososial.pdf.

Ekas, N.V., Timmons, L., Pruitt, M., Ghilain, C. & Alessandri, M. 2015. The power of
positivity: Predictors of relationship satisfaction for parents of children with
autism spectrum disorder. Journal of Autism and Developmental Disorders 45
(7): 199-200.

Eyropean for Safety and Health at Work. 2009. European Risk Observation Report:
OSH in Figures: practices regarding stres and health outcomes. Journal of
theNational Medical Association, 95(9): 833.

Ferlis Bahari, Rosnah Ismail, Vincent Pang, Balan Rathakrishnan & Lailawati
Madlan.2010. Pembentukan, pengujian dan penilaian Instrumen Stres Pelajar
Universiti (ISPU). Laporan Projek Penyelidikan di bawah Geran FRGS,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial,
Universiti Malaysia Sabah

Folkman, S. 1984. Personal control and stress and coping processes: A theoretical
analysis. Journal of Personality and Social Psychology; 46 (3): 839-852

Folkman, S., Lazarus, R. S., Gruen, R. J., & De Longis, A. 1986 Appraisal, coping,
health status, and psychological symptoms. Journal of Personality and Social
Psychology, 50(3), 571-579.

Frydenberg, E. & Lewis, R. 1991. Adolescent coping: The different ways in which
boys and girlscope. Journal of Adolescence 14 (2): 119- 133

Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Educational research compentencies for analysis
and application. New Jersey: Prentice Hall

Hatta Sidi & Mohammed Hatta Shahram. 2002. Mengurus stres, pendekatan yang
praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

He, N., Zhao, J., & Archbold, C. A. 2002. Gender and police stress: A convergent and
divergent impact of work environment, work-family conflict and stress coping
mechanism of female and male police officers. Policing: An International
Journal of Police Strategies & Management, 25(4): 687-708.
73

Hoo Chee Lim. 2008. Analisis Profail Kesihatan Mental Pelajar Universiti Malaysia
Sabah.

Intan, I. H., Ahmad, F.A.R. & Hafiza, A. 2007. A study of stressors and coping
strategies among first year nursing students in the College of Polytech MARA,
Kota Bharu, Kelantan[dissertation]. Medical Education: UniversitiSains
Malaysia.

Jenkins R., Baingana F., Ahmad R., McDaid D., & Atun R. 2011. Mental health
andthe global agenda: Core conceptual issues. Mental Health in Family
Medicine Journal, 8(2): 69.

Kahn, H.K. & Cooper. C.L. 1986. Computing stress. Current Psychological Research
and Review, 17 (1): 148-162.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2012. Dasar Kesihatan Mental Negara. Diakses di


LamanWeb: http://www.moh.gov.my.

Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2020. Available from: http://www.dosh.gov.my/

Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan. 2001.. Available from:


http://www.dosh.gov.my/.

Krantz, D. S., Thorn, B. & Kiecolt-Glaser, J. 2013. How Stress Affects Your Health.
American Psychological Assosiation.

Lakhan, S. E. & Vieira, K. F. 2008. Nutritional Therapies for Mental Disorders.


Nutrition Journal. 7(2): 1–8

Laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia IKPM. 2020. Jabatan Perkhidmatan


Awam. Capaian pada 2 Februari 2020 dari https://ikpm.jpa.gov.my/

Lazarus, J.1991. Stress Relief & Relaxation Techniques. NTC/Contemporary


Publishing Group Inc, Keats Publishing, Los Angeles, CA.

Lazarus, R.S. 1984. Psychological stres and the coping process. New York: McGraw-
Hill.

Lee, S.A. 2020. Coronavirus Anxiety Scale: A brief mental health screen for COVID
19 related anxiety. Journal of Death Studies, 44 (7).

Marican, S. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Prentice Hall.

Maslach, C., Jackson, S. E., & Leiter, M. P. 2016. Maslach Burnout Inventory:
Manual. Place of publication not identified: Mind Garden.

Mcmillan, J. & Schumacher, S. 2006. Research in Education: Evidence-Based


Inquiry. Boston: Pearson Education Inc

McShane, S. L. & Von Glinow, M. A. 2005. Organizational behavior. (3rd ed.).


United States of America: McGraw-Hill Companies, Inc.
74

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan


Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Zunnur Bin Ibrahim. 2015. Hubungan tekanan, strategi daya tindak dan
daya tahan dalam kalangan penjawat awam di Jabatan Kerja Raya, Langkawi,
Kedah. Faculty Of Cognitive Sciences And Human Development.

Mohd Fikri. 2003. Kajian pengetahuan kesihatan mental dan prevalen stres di
kalangan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia. Tesis sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yusri Ibrahim. 2010. Bimbingan Cepat: Analisis Data Penyelidikan. Bandar
Ilmu.Mowen, John C & Minor, 2002, Consumer Behavior.

Mohd Zukri Ibrahim. 2009. Kajian stres pekerjaan dan penggunaan strategi daya
tindak di kalangan pegawai penjara di negeri Kedah. Cheras, Kuala Lumpur:
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Nawi Ab. Rahman. 2001. Asas statistik. (4th. Edition). Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Mowen, John C. / Minor, Michael. 2002. Perilaku konsumen jilid 1 edisi kelima.
Jakarta: Erlangga.

Muhamad Saiful Bahri Yusoff. (2011). The Validity of The Malay Brief Cope in
Identifying Coping Strategies Among Adolescents In Secondary School.
International Medical Journal, 18, 29-33.

Narimah Abd. Razak. 2003. Hubungan di antara tekanan dengan kepuasan kerja dan
kesannya terhadap strategi daya tindakan di kalangan jururawat Hospital
Kerajaan dan Swasta. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nolen-Hoeksema, S., & Girgus, J.S. 1994. The emergence of gender differences in
depression during adolescence. Psychological Bulletin, 115: 424-443.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan tesis dalam bidang sains sosial.


Serdang:Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2019. ICD-11 for mortality and morbidity statistics.
Diambil daripada https://icd.who.int/browse11/l-m/en.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2019. Mental disorders. Diakses daripada


https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/mental-disorders.

Peterson, C. & Seligmen, M.E.P. 1984. Causal explanations as a risk factor for
depression: Theory and evidence. Psychological Review 9(3): 347-374

Pinel, J.P.T. 2003. Biopsychology (5th ed). United 66 States of America: Allyn and
Bacon.
75

Plunckett, S.C., Radmacher, K.A. & MollPhanara, D. 2000. Adolescent life events,
stress and coping: A comparison of communities and genders. Professional
School Counselling, 3(1): 356-366.

Qiongning Chen et. al. 2020. Clinical characteristics of 145 patients with corona virus
disease 2019 (COVID-19) in Taizhou, Zhejiang, China
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32342479/

Raja Maria Diana Raja Ali. 2011. Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (Stres)
di kalangan guru-guru sekolah menengah di Daerah Pasir Putih. Tesis Sarjana.
Open University Malaysia. Diperoleh dari
http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf

Rohany Nasir & Fatimah Omar. 2006. Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi.
Kajian tekanan kerja dan kesihatan pekerja. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selangor.

Rohany Nasir & Nor Eda Nusi. 2001 Tekanan kerja, tekanan rumahtangga dan
komitmen kerjaya di kalangan pegawai wanita Polis Di Raja Malaysia. Jurnal
Psikologi Malaysia.

Roy, D., Tripathy, S., Kar, S. K., Sharma, N., Verma, S. K., & Kaushal, V. (2020).
Study of knowledge, attitude, anxiety and perceived mental healthcare need in
Indian population during COVID-19 pandemic. Asian Journal of Psychiatry,
51(51) : 1–7.

Sabitha Marican. 1995. Program pengurusan stres ke arah membentuk budaya kerja
produktif. Jurnal Pendidikan, 17(1): 35- 39.

Salvendry, G. & Smith, M.J., 1981. Machine pacing and occupational stress.
London:Taylor and Francis Ltd.

SAR Al-Dubai, K. Ganasegeran, A. Barua, A.M. Rizal & K.G. Rampal 2014.
Evaluation of psychometric properties of the Malay version Perceived Stress
Scale in two occupational settings in Malaysia. Annals of Medical and Health
Sciences Research, 4(8): 104-107.

Selye, H. 1976. The stress of life (Rev. ed.). New York, NY: Mc GrawHill.

Seyedeh Najmeh Noorbakhsh, Mohammad Ali Besharat, & Jamileh Zarei 2010.
Emotional intelligence and coping style with stress. Procedia Social and
Behavioral Science,5:818-822.

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, Teori & Praktis.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Skinner, E. A. & Zimmer-Gembeck, M. J. 2006. The development of coping. Annual


Review of Psychology, 55: 119-144. doi:
10.1146/annurev.psych.58.110405.085705
76

Somerfield, M. R & McCrae, R. R. 2000. Stress and Coping Research:


Methodological Challenges, Theoretical Advances, and Clinical Applications.
American Psychologist, 55(6): 620-625.

Souri, H., & Hasanirad, T. 2011. Relationship between resilience, optimism and
psychological well being in students of medicine. Social and Behavioral
Sciences, 30, 1541-1544.

Tatik Suryani & Harry Widyantoro. 2001. Analisis Faktor-Faktor yang


Mempengaruhi Tingkat Stress Kerja pada Tenaga Edukatif Tetap Perguruan
Tinggi Swasta di Surabaya. Jurnal Manajemen Sumber Daya Manusia 1-12.

Toghyani, M., Kajbaf, M.B., & Ghamarani, A. 2018. What Does Islamic Lifestyle Say
about Depression Management? Zahedan Journal of Research and Medical
Science, 20(7).

Tuckman, B. C. 1978. Conducting Educational Research. New York Harcourt Brace


Jovanovich.

Tusaie-Mumford, K. 2001. Psychosocial resilience in rural adolescents: Optimism,


perceived social support and gender differences. Unpublished doctoral
dissertation, University of Pittsburgh.

Vaughn, A. A., & Roesch, S. C. (2003). Psychological and physical health correlates
of coping in minority adolescents. Journal of Health Psychology, 8(6), 671–
683

Votta, E., & Manion, I. G. 2003. Factors in the psychological adjustment of homeless
adolescent males: The role of coping style. Journal of the American Academy
of Child and Adolescent Psychiatry 42: 778–785.

Wang, C. Riyu Pan, R., Wan X., & Tan, Y. 2020. Mental health in the COVID-19
pandemic. QJM:Monthly Journal of the Association of Physicians, 113(5):
311–312.

Webster, M. 1985. Webster’s ninth new collegiate dictionary. Meriam: Webster Inc.

Welbourne, J.L., Eggerth, D., Hartley, T.A., Andrew, M.E. & Sanxhez, F. 2007.
Coping strategies in the workplace: Relationships with attributional style and
job satisfaction. Journal of Vocational Behavior, 70: 312-325.

Wong, C-S., & Law, K. S. 2002. The effects of leader and follower emotional
intelligence on performance and attitude: An exploratory study. The
Leadership Quarterly, 13, 243-274.

Wong, P.T.P. 1993. Effective management of life stress: The resource-congruence


model. Stress Medicine, 9: 51-60.

World Health Organization. .2014. Mental health: A State of Well Being. Diakses di
Journal of Humanities, and Language.
77

Yozgat, U., Yurtkoru, S., & Bilginoğlu, E. 2013. Job stress and job performance
among employees in public sector in Istanbul: Examining the moderating role
of emotional intelligence. Social and Behavioral Sciences.

Yusliza bt. Mad Yusuf. 2004. Tekanan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi:
Satu kajian kes di UKM. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Zhou, X., Snoswell, C.L., Harding, L.E., Bambling, M., Edirippulige, S., Bai, X., &
Smith, A.C. 2020.The role of telehealth in reducing the mental health burden
from COVID-19. Telemed. J. E. Health. 26(4), 377-379. http://
doi.org)10.1089/tmj.2020.0068

Zulkarnain. 2018. Masalah kesihatan mental juga berpunca di tempat kerja


abigail2/https://www.cernaminda.com/masalah-kesihatan-mental-juga
berpunca-di tempat-kerja/
78

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN: MENGKAJI PERHUBUNGAN TEKANAN KERJA,


STRATEGI DAYA TINDAK DAN KESIHATAN MENTAL

Saya Farah Athirah binti Moh Fuzi, penuntut tahun akhir Universiti Kebangsaan
Malaysia, di bawah penyeliaan Prof Madya Dr Wan Sharazad Wan Sulaiman sedang
menjalankan kajian tentang perhubungan tekanan kerja, strategi daya tindak dan
kesihatan mental. Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
kajian di atas. Segala maklumat adalah RAHSIA dan hanya untuk tujuan kajian ini
sahaja. Ia tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar
kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Baling dapat memberikan
jawapan kepada soalan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas. Segala kerjasama,
sokongan dan bantuan yang telah saudara/saudari berikan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga dengan kerjasama ini akan
mempertingkatkan lagi kesahihan kajian ini.

Nota: Segala butir-butir yang terkandung di dalam soal selidik ini adalah sulit dan
hanya untuk kegunaan kajian semata-mata.

Bahagian A: Data demografi responden.

Bahagian B: Set soalan yang mengukur tahap tekanan kerja.

Bahagian C: Set soalan yang mengukur tahap strategi daya tindak.

Bahagian D: Set soalan yang mengukur tahap kesihatan mental


79

Soal Selidik Bahagian A – [Demografi Responden]

Melalui soal selidik yang berkaitan dengan demografi responden seperti yang tertera
dihalamanini, anda dikehendaki memberi maklumat mengenai latar belakang anda.
Semua maklumat yang akan anda berikan adalah sangat RAHSIA. Maklumat ini
sudah pasti akan membantu penyelidik menganalisis maklumbalas anda. Nama anda
tidak akan diminta dan tidak sesekali dikaitkan dengan apa jua tatacara atau kaedah
data ini diproses atau semasa dianalisis dalam laporan/kajian akhir penyelidikan
falsafah kedoktoran ini nanti. Oleh yang demikian anda diminta untuk menandakan
[√] pada ruang yang telah disediakan di bawah secara betul, jujur dan ikhlas.

1. Jantina: 2. Umur:

i) Lelaki i) 20 – 25 tahun

ii) Perempuan ii) 26 – 35 tahun

iii) 36 – 45 tahun

iv) 46 tahun ke atas

3. Status Perkahwinan 4. Bangsa

i) Bujang I) Melayu

ii) Berkahwin ii) Cina

iii) India

5. Tahap pendidikan 6. Tempoh perkhidmatan:

i) SPM i) 5 tahun ke bawah


80

ii) Diploma ii) 6 – 10 tahun

iii) Ijazah dan keatas iii) 10 tahun ke atas

7. Jawatan 8. Status pekerjaan

i) Pegawai Perubatan i) Tetap

ii) Penolong Pegawai Perubatan ii) Kontrak

iii) Jururawat

iv) Penolong Perawat Kesihatan

v) Pemandu

vii) Kerani
81

Bahagian B

Soalan- soalan pada skala ini bertanya tentang perasaan dan fikiran anda sejak bulan lalu. Dalam
setiap kes, anda diminta untuk menunjukkan dengan membulatkan seberapa kerapkah
yang anda merasa atau berfikir dengan cara tertentu.

0 = Tidak Pernah, 1 = Hampir Tidak Pernah, 2 = Kadang-Kadang, 3 = Agak Kerap, 4 =


Sangat Kerap

Bil Pada bulan lalu, berapa kerapkah.. Tidak Hampir Kadang Agak Sangat
Pernah Tidak – Kerap Kerap
Pernah Kadang
1 Anda merasa kecewa kerana sesuatu yang terjadi di 0 1 2 3 4
luar jangkaan anda?
2 Anda merasa bahawa anda tidak mampu mengawal 0 1 2 3 4
isu-isu penting dalam hidup anda?
3 Anda merasa gugup dan tertekan (stress) 0 1 2 3 4
4 Anda merasa yakin tentang kemampuan anda untuk 0 1 2 3 4
menangani maslah- masalah peribadi anda?
5 Anda merasa bahawa semuanya berjalan mengikut 0 1 2 3 4
rancangan anda?
6 Anda mendapati bahawa anda tidak mampu mengatasi 0 1 2 3 4
semua pekara yang anda perlu lakukan?
7 Anda mampu mengawal perasaan marah dalam hidup 0 1 2 3 4
anda?
8 Anda merasa bahawa anda berjaya di atas segala 0 1 2 3 4
sesuatu?
9 Anda menjadi marah kerana hal-hal yang berada di 0 1 2 3 4
luar kawalan anda?
10 Anda merasa kesulitan yang menimbun begitu tinggi 0 1 2 3 4
sehingga anda tidak mampu menanganinya?
82

Bahagian C

Sila baca kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0,1,2,3) yang menggambarkan keadaan
anda. Tidak ada jawapan yang betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyak masa
untuk mana-mana kenyataan. Skala markah adalah seperti berikut:

0 =Saya tidak melakukan (STM) 1=saya melakukan kadang-kadang (SMK)

2=saya agak kerap melakukan (SAKM) 3= saya sangat kerap melakukan (SSKM)

No Penyataan STM SKM SAKM SSKM

1 Saya beralih kepada aktiviti/tugasan lain supaya saya melupakan 0 1 2 3


pekara tersebut

2 Saya membuat sesuatu untuk kurang memikirkan hal tersebut 0 1 2 3


seperti pergi menonton wayang, menonton televisyen, membaca ,
berkhayal, tidur atau membeli belah.

3 Saya menumpukan usaha saya untuk melakukan sesuatu terhadap 0 1 2 3


situasi yang saya sedang alami.

4 Saya mengambil tindakan untuk cuba menjadikan situasi itu lebih 0 1 2 3


baik.

5 Saya berkata pada diri sendiri “ini bukan realiti”. 0 1 2 3

6 Saya enggan mempercayai bahawa pekara tersebut telah berlaku. 0 1 2 3

7 Saya menggunakan alkohol atau dadah untuk menjadikan rasa 0 1 2 3


lega.

8 Saya menggunakan alkohol atau dadah untuk membantu saya 0 1 2 3


menghadapinya.

9 Saya mendapatkan sokongan emosi daripada orang lain. 0 1 2 3

10 Saya memperolehi pujukan dan timbangrasa daripada seseorang. 0 1 2 3

11 Saya mendapatkan bantuan dan nasihat daripada orang lain. 0 1 2 3

12 Saya cuba mendapatkan nasihat dan bantuan daripada orang lain 0 1 2 3


tentang apa yang harus dilakukan.

13 Saya berputus asa untuk menangani masalah tersebut. 0 1 2 3

14 Saya berputus asa untuk mencuba mengendalikannya. 0 1 2 3

15 Saya berkata sesuatu untuk membiarkan perasaan yang tidak 0 1 2 3


menyenangkan itu berlalu.

16 Saya meluahkan perasaan-perasaan negatif saya. 0 1 2 3


83

17 Saya cuba melihat daripada sudut yang berbeza untuk menjadikan 0 1 2 3


ia lebih positif.

18 Saya mencuba mencari sesuatu yang baik daripada apa yang 0 1 2 3


berlaku.

19 Saya cuba menyediakan strategi apa yang harus dilakukan. 0 1 2 3

20 Saya berfikir dengan mendalam tentang langkah – langkah yang 0 1 2 3


perlu diambil.

21 Saya berjenaka tentang pekara itu. 0 1 2 3

22 Saya mempersendakan situasi tersebut. 0 1 2 3

23 Saya menerima hakikat bahawa ianya telah berlaku. 0 1 2 3

24 Saya cuba belajar untuk hidup dengan masalah itu. 0 1 2 3

25 Saya cuba mencari ketenangan dalam kepercayaan agama atau 0 1 2 3


rohani saya.

26 Saya berdoa atau bermeditasi. 0 1 2 3

27 Saya mengkritik diri saya sendiri. 0 1 2 3

28 Saya menyalahkan diri sendiri atas apa yang telah berlaku. 0 1 2 3


84

Bahagian D

Sila baca kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3) yang


menggambarkan keadaan anda SEMINGGU yang lepas. Tidak ada jawapan
yang betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana
kenyataan. Skala markah adalah seperti berikut:

0 =Tidak pernah sama sekali 1=Jarang 2=Kerap 3=Sangat Kerap

No Penyataan Tidak Pernah Jarang Kerap Sangat Kerap

1 Sukar untuk bertenang ketika mengendalikan 0 1 2 3


kes-kes di jabatan.
2 Saya sedar mulut saya sentiasa kering semasa 0 1 2 3
bekerja.
3 Saya seolah-olah tidak dapat mengalami 0 1 2 3
perasaan positif sama sekali di tempat kerja.

4 Saya sukar untuk bernafas dan berasa sesak 0 1 2 3


semasa bekerja walaupun tanpa sebarang
aktiviti fizikal atau masalah kesihatan.

5 Saya rasa tidak bersemangat untuk melakukan 0 1 2 3


tugasan saya.

6 Saya cenderung bertindak secara berlebihan 0 1 2 3


semasa keadaan yang sibuk dan tidak terkawal
semasa mengendalikan pesakit.

7 Saya pernah menggeletar semasa melakukan 0 1 2 3


prosedur kepada pesakit (contohnya tangan)

8 Saya dapati diri saya kurang yakin dengan 0 1 2 3


keputusan yang diambil dalam melakukan
saringan awal pesakit.

9 Saya risau akan berlaku keadaan di mana saya 0 1 2 3


panik dan berkelakuan bodoh semasa memberi
rawatan kepada pesakit.

10 Saya rasa diri tidak berguna sekiranya tidak 0 1 2 3


dapat selamatkan pesakit (putus harapan)

11 Saya dapati saya mudah resah gelisah 0 1 2 3


berhadapan dengan orang atasan atau
penyelia.

12 Saya sentiasa mahukan sesuatu perkara 0 1 2 3


dilakukan dengan cepat dan selesai segera.
(semasa mengendalikan pesakit di zon merah)

13 Saya berasa sedih dan tidak semangat tanpa 0 1 2 3


sebab semasa melakukan tugasan.
14 Saya sentiasa merasakan diri saya sentiasa 0 1 2 3
85

betul dan keputusan yang saya ambil adalah


paling baik untuk semua pihak.

15 Saya mudah melakukan kesilapan semasa 0 1 2 3


dalam keadaan kecemasan dan tekanan.

16 Saya rasa terbeban untuk menghadirkan diri di 0 1 2 3


tempat kerja.

17 Saya rasa diri tidak bermakna untuk jabatan. 0 1 2 3

18 Saya mudah tersinggung apabila menerima 0 1 2 3


teguran daripada rakan-rakan dan penyelia.

19 Saya berasa berdebar-debar walaupun semasa 0 1 2 3


ketiadaan tugasan dan pesakit.

20 Saya sentiasa berasa takut tanpa sebab semasa 0 1 2 3


sedang bekerja.

21 Saya rasa hidup ini kosong sekadar 0 1 2 3


menghadirkan diri di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai