Anda di halaman 1dari 7

SARJANA SAINS (KAUNSELING)

SSKC 5123

KAUNSELING KELOMPOK

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :

TEORI PERKEMBANGAN KELOMPOK

(GROUP DEVELOPING THEORY)

NAMA : FARAH ATHIRAH BINTI MOH FUZI

NO MATRIK : 829799

SUPERVISOR : PROF. DR. NOOR AZNIZA BINTI ISHAK

SUBMISSION DATE : 14 OGOS 2022


Teori Perkembangan Kelompok

Kelompok merupakan sekumpulan orang-orang yang saling berinteraksi antara satu sama lain

secara teratur selama jangka waktu tertentu dan mereka beranggapan bahawa sekumpulan orang

yang mempunyai matlamat yang hendak dicapai. Hal ini membuatkan ahli kelompok tersebut

saling bergantungan antara satu sama lain. Manusia fitrahnya memiliki dorongan untuk melakukan

kegiatan peribadi dan manusia memiliki hubungan yang bersifat vertikal iaitu hubungan dengan

tuhannya. Di samping itu juga, manusia memiliki sifat sosial yang memiliki dorongan untuk

melakukan hubungan dan berinteraksi terhadap manusia lain. Menurut Adam (1986) suatu

kelompok terbentuk kerana adanya saling berhubungan (interaksi), saling memperhatikan, merasa

sebagai satu kelompok dan untuk pencapaian tujuan bersama. Tambahan pula menurutnya lagi,

suatu kelompok terdiri dari dua orang atau lebih yang berinteraksi untuk mencapai tujuan bersama,

interaksi tersebut bersifat relatif tetap dan mempunyai struktur tertentu.

Pembentukan kelompok ini adalah amat penting bagi menyelesaikan sesuatau masalah

yang sedang dihadapi ataupun menjayakan sesuatu projek. Keahlian dari kelompok tersebut

mestilah dari kalangan ahli yang mempunyai tujuan atau matlamat yang sama. Namun kejayaan

sesebuah kelompok bergantung kepada bagaimana perkembangan dan kepimpinan kelompok

tersebut. Terdapat banyak jenis kelompok yang boleh dibentuk salah satunya kaunseling

kelompok. Kaunseling kelompok telah membuktikan potensi yang besar dalam membantu individu

dalam bilangan yang besar. Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak

dilahirkan lagi. Hal inni kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu sama lain.

Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh membantu bilangan pelajar yang lebih besar di

institusi pendidikan. Maka dalam esei ini saya akan bincangkan mengenai tahap perkembangan

kelompok.

Tahap perkembangan kelompok ini diperkenalkan oleh Bruce Tuckman pada tahun 1965.

Menurut bruce tuckman terdapat empat tahap dalam perkembangan Tuckman pada tahun 1965

iaitu Forming (Pembentukan), Storming (Konflik), Norming (Kesepaduan) dan Performing


(Kejayaan). Kemudian pada tahun 1977, Bruce Tuckman bersama Mary Ann Jensen menambah

Adjourning (Pembubaran) menjadikan kesemua tahap perkembangan kelompok adalah lima.

Forming (Pembentukan)

Tahap yang pertama ialah fasa pengenalan atau peringkat permulaan. Peringkat ini

biasanya akan dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli-ahli kelompok.

Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan masih diragui. Selain itu, ahli-

ahli kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti situasi, keadaan dan apa yang ingin

mereka capai melalui kelompok ini. Menurut (Zuraidah,1999).Matlamat dan tujuan utama fasa

pengenalan ini adalah untuk mengekalkan kelompok danmembina asas yang kukuh dalam

sesuatu kelompok yang dibentuk. Dalam tahap ini juga, ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya

boleh membina hubungan yang mesra, terbuka , bebas, ikhlasserta jujurdi mana hubungan

ini boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka dalam menghadapi dan mengambil

tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi (Malek,2007).

Tugas-tugas ahli pada peringkat permulaan

1.Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan identiti diri dengan komitmen

kepada kelompok.

2.Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahlikelompok supaya mereka berasa lebih

selesa untuk berkongsi maklumat sepanjang sesi kelompok berlangsung.

3.Membina kepercayaan di kalangan ahli. Ahli juga perlu memiliki tahap kepercayaan yang

tinggi bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi Kaunseling Kelompok.

Storming (Konflik)

Tahap kedua adalalah fasa konflik selepas tahap pertama iaitu selepas fasa pengenalan atau

orientasi. Menurut Zuraidah Abdul Rahman (2006), fasa konflik timbul apabila sifat-sifat tidak

puas hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan kegagalan kumpulan mengemukakan

sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu. Pada fasa ini, ahli-ahli masih lagi ‘bertopeng”, berasa
gemuruh, ragu dan berasa tidak selamat. Maka kesannya, timbullah tingkah-tingkah laku yang

bertentangan seperti menarik diri, berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain dan

rendah diri. Pada peringkat ini juga timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan memusuhi

kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah laku berjenaka dan sindiran secara sinis. Terdapat tiga

kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok.

1.Konflik yang berpunca daripada dalaman diri ahli

.2.Konflik yang wujud antara ahli kelompok.

3.Konflik yang berlaku antara ahli dengan pemimpin kelompok.

Beberapa tanda-tanda peringkat konflik.

1.Ahli mula bertelingkah, mula mengeji dan mengkritik ahli lain serta kaunselor di luar

kelompok

2.Ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi rakan lain,

3.Ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong,

4.Ahli suka merungut dan mengatakan kelompok tidak berfaedah,

5.Ahli kurang rela mengambil bahagian,

6.Ahli yang mula datang lewat dan tidak hadir, enggan bercakap dan sengaja mendiamkan

diri serta ahli berasa kecewa kerana matlamatnya tidak diberi perhatian

Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mencabar dan sukar bagi

kaunselor tetapi kaunselor perlu sedar bahawa kehadirannya adalah penting bagi kelompok.

Kaunselor perlu mantap menguruskan kelompok yang menghadapi konflik dengan cara yang

sesuai dan berkesan. Antara tindakan kaunselor yang sepatutnya

1.Bersikap positif

2.Mendengar dengan aktif

3.Buat rumusan berkaitan perbezaan pendapat


4.Nilai kesan konflik kepada anda dan kelompok

5.Guna teknik yang sesua

Norming (Kesepaduan)

Pada tahap ini ketua kelompok ataupun Kaunselor yang berfungsi sebagai pemimpin juga

memainkan peranan: membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang

meningkatkan perpaduan dan produktiviti. bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat

dikongsi di kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu topik

sahaja.Menurut Ida Hartina (2006), peringkat ini memperlihatkan penyatuan di kalangan ahli di

mana mereka menerima antara satu sama lain dan bermulanya satu hubungan yang lebih

produktif dan seterusnya memudahkan kelompok digerakkan ke arah mencapai matlamat yang

ditetapkan. Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama, saling percaya, memahami dan menghormati

antara satu sama lain. Ahli-ahli mendapat manfaat kerana kesediaan berkongsi dan berbincang

akan menghasilkan banyak pendapat, idea dan pengetahuan yang sekaligus dapat membantu ahli

sendiri. Ciri-ciri tahap ini adalah kewujudan rasa kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan

dan keselesaan di kalangan ahli-ahli.

Manakala, menurut Malek Muhamat Said (2007) keadaan ini menggalakkan ahli-ahli

melibatkan diri dalam komunikasi terbuka, menerokai masalah, berkongsi emosi, pengalaman dan

bekerjasama memberi pendapat yang jujur. Menurut Corey dalam Ida Hartina (2006), berlaku

interaksi yang lebih bebas dan berterus-terang. Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk

meluahkan perkara yang ingin dibincangkan. Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan

membuat pendedahan rahsia diri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah

kelompok itu. Wujudnya empati, jujur, ikhlas, penerimaan, kasih mesra dan kejelikitan

menyebabkan kelompok semakin matang. Menurut Zuraidah Abdul Rahman (2001) ahli-ahli

kelompok akan mengelakkan perselisihan faham dan mengurangkan amalan memihak sebaliknya

pada peringkat ini, ahli mementingkan norma-norma kumpulan. Maklumbalas ahli lain diterima

atau ditolak dengan berhati-hati tanpa perasaan defensif atau kecil hati. Ketua kelompok mahupun

kaunselor juga perlu memodelkan sikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli. mendorong,
menggalak dan menyokong kesediaan ahli mengambil risiko serta mengaplikasikannya dalam

kehidupan seharian. menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan berusaha

mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan.

Performing (Kejayaan)

Tahap ke empat ini memecahkan masalah dan semua mesti terlibat dan sama-sama

merancang serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peringkat ini adalah salah satu

peringkat yang penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat keempat iaitu Fasa

Kejayaan. Ahli-ahli diberi peluang menyelidik masalahnya lebih dekat, berbincang tentang pilihan

resolusi dan mencuba tingkahlaku baharu. Ahli menyokong sesama sendiri dan kerjasama erat

sekali. Menurut Tang Chee Yee (1989), Fasa kejayaan ini juga turut dikenali sebagai Fasa

penyelesaian masalah. Pada fasa ini menunjukkan fasa kelompok berfungsi dan produktiviti.

Manakala, kaunselor dalam fasa ini haruslah pandai memainkan peranannya terutama dalam

memastikan kejayaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kaunselor dapat

membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang telah dikenal pasti.

Adjourning (Pembubaran)

Tahap ke lima adalah fasa penamatan berlaku apabila keseluruhan sesi perjumpaan

kelompok telah mengisi keperluan kelompok atau ahli. Penamatan ini memang disedari oleh ahli

kerana mereka telah diberitahu sejak awal lagi tentang bilangan sesi yang akan dijalankan.  

Seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan. Kaunselor harus

biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan bagi

menamatkan hubungan dalam kaunselingnya. Pada fasa ini fungsi kaunselor adalah membuat

rumusan perjalanan sesi kelompok. Membantu ahli menangani perasaan berkaitan penamatan.

Membuka peluang kepada ahli bagi menyelesaikan unfinished business dalam kelompok.

Menekankan semula kepentingan menjaga kerahsiaan sesi walaupun selepas sesi berakhir.

Mengenal pasti ahli yang memerlukan sebarang sesi lanjutan. Ketua kelompok yang sentiasa peka

dengan perkembangan ahli-ahlinya akan menjadi orang pertama yang menyuarakan supaya

kelompok itu ditamatkan pada masa yang sesuai dan ditetapkan selepas merasakan matlamat
kelompok telah tercapai. Ketua kelompok akan cuba mengingatkan ahli-ahli kelompok bahawa sesi

telah hampir kepada penamatan. Dengan itu, keseluruhan kelompok akan cuba pula untuk

menyesuaikan dengan keadaan dan bersedia untuk berpisah

RUJUKAN

Adam Ibrahim Indrawijaya, 1986, Perilaku Organisasi, Sinar Baru, Bandung, hal. 8

Corey, G. (1995). Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Pacific Grove, CA: Brooks/

Cole Publishing Company.

Ida Hartina. (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok: PTS Profesioanal

Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. PTS

Publications. Perpustakaan Kuala Lumpur.

Tang Chee Yee. (1989). Bimbingan dan kaunseling: Untuk sekolah rendah dan menengah. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman. 2001. Pengenalan Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur: Utusan

Publication

Anda mungkin juga menyukai