Anda di halaman 1dari 10

TAHAP KEPUASAN BEKERJA DARI ASPEK PERSEKITARAN PEKERJAAN &

BEBANAN TUGAS DALAM KALANGAN KETUA GURU KAFA NEGERI SELANGOR

Oleh :
Mohamad Fuad Haji Ishak,Suhana Mohamed Lip, Mohd Izzuddin Mohd Pisol
dan Sapie Sabilan

ABSTRAK
Pengurusan sekolah seperti ketua guru merupakan tunjang utama dalam pelaksanaan kurikulum
di sekolah. Senario pendidikan era ini menunjukkan permintaan kepada pendidikan berkualiti
setaraf antarabangsa yang memerlukan semua pihak terlibat memperkasakan peranan bagi
mencapai standart yang telah digariskan. Sehubungan dengan itu, satu kajian yang mengfokus
kepada kepuasan bekerja dalam kalangan ketua guru KAFA khususnya di Selangor adalah perlu
bagi mengenalpasti tahap kepuasan bekerja pengurus sekolah terhadap persekitaran pekerjaan
sedia ada. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti bebanan tugas semasa ketua guru
KAFA. Kajian berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
pemerolehan data. Seramai 207 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan
ketua guru SRA, SRAI dan KAFA dari sembilan buah daerah di negeri Selangor. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa majoriti ketua guru KAFA perlu melakukan kerja di luar waktu
persekolahan dengan pertambahan purata dari 18 ke 22 jam bekerja seminggu berada pada
tahap sederhana tinggi dengan nilai min=3.72. Hasil kajian menunjukkan bahawa 70.7 peratus
ketua guru bersetuju bahawa persekitaran sekolah di kebanyakan SRA, SRAI dan KAFA secara
umumnya adalah baik pada nilai min=3.74. Begitu dengan juga bersetuju bahawa jarak
perjalanan dari rumah ke sekolah tidak membebankan adalah pada tahap yang baik dan
memuaskan pada nilai min=3.87. Manakala, aspek fasiliti yang disediakan mencukupi berada
pada tahap sederhana rendah pada nilai min=2.51.Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa tahap kepuasan bekerja dari aspek persekitaran pekerjaan adalah tinggi,
tetapi kebanyakan responden dibebani dengan tugasan sekolah yang melebihi dari waktu jam
bekerja sebenar ketua guru KAFA. Hasil dapatan kajian serta syor yang dicadangkan diharap
dapat membantu pihak majikan iaitu bahagian pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor
dalam menambah baik sistem pengurusan pendidikan bagi mencapai taraf sistem dan tahap
pendidikan yang lebih berkualiti.

Kata kunci ; Kepuasan Bekerja, Ketua Guru & Jabatan Agama Islam Selangor

PENGENALAN

Sekolah adalah sebuah organisasi sosial yang meliputi satu kumpulan manusia yang menjalankan
tugas secara berstruktur bagi mencapai matlamat yang dikongsi bersama antara ketua guru dan
semua guru. Perubahan budaya sekolah hari ini memberikan tekanan dan cabaran kepada tugasan
sebagai pendidik khususnya kepada ketua guru yang bertanggungjawab dalam mengurus
organisasi sekolah. Perkembangan ini menyebabkan peranan ketua guru menjadi bertambah
sukar dan kompleks, sedangkan kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada faktor
kepimpinan seseorang ketua guru. Sekolah memerlukan pengurusan yang mantap dan berkesan
ke arah merealisasi matlamat, objektif, visi dan misi yang direncanakan.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam bertanggungjawab
secara langsung dalam sistem pengurusan Sekolah Rendah Agama (SRA), Kelas Asas Fardu Ain
(KAFA), Kelas Asas Fardu Ain Integrasi berperanan dalam melahirkan insan yang holistik.
Pengurusan sekolah merupakan tunjang utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Ketua guru atau Guru besar dibantu dengan guru penolong kanan bertanggungjawab
dalam pengurusan sekolah. Senario pendidikan era ini menunjukkan permintaan kepada
pendidikan berkualiti setaraf antarabangsa yang memerlukan semua pihak terlibat
memperkasakan peranan bagi mencapai standard yang telah digariskan. Tambahan pula,
pendidikan hari ini mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dari segi guru, pelajar,
sistem sekolah, ibu bapa, budaya dan sebagainya. Oleh itu, pengurusan sekolah mempunyai
peranan yang besar dan perlu berdaya saing dalam menangani segala cabaran tersebut.

Pengurusan sekolah perlu mendukung peranan dan tanggungjawab dalam pembinaan


profesionalisme guru ke arah melahirkan guru yang berdikari, kreatif, mujahadah dan
mempunyai ciri kepimpinan yang baik. Guru yang mempunyai profesionalisme yang mantap
akan menghasilkan murid yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai peribadi yang terpuji
serta mengamalkan amal soleh.

KONSEP KEPUASAN BEKERJA

Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan
mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah
pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi. Isu
kepuasan kerja ini bukan sahaja diperkatakan di kalangan pekerja industri malah turut menjadi
perhatian dalam kalangan guru-guru.

Kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi
mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Herzberg (1959), Mc Gregor (1960), Arggeris (1964) dan
Maslow (1970) merupakan pengkaji-pengkaji yang menekankan tentang kepuasan kerja. Walau
bagaimanapun, kepuasan kerja banyak bergantung kepada nilai pekerjaan itu mengikut taksiran
atau penilaian individu itu sendiri.

Menurut (Kalleberg, 1977) kepuasan kerja dikaitkan dengan aspek efektif atau perasaan
seseorang terhadap kerjanya, konsep kepuasan kerja ini adalah berkaitan dengan sikap seseorang
terhadap keseluruhan situasi kerjanya. Tambahan lagi, sikap tersebut mengandungi pelbagai
dimensi iaitu seseorang pekerja boleh berpuas hati terhadap sesuatu dimensi pekerjaannya tetapi
pada masa yang sama tidak puas terhadap dimensi lain dalam pekerjaannya. Kepuasan kerja
diperjelaskan sebagai suatu keadaan afektif (perasaan) yang dipengaruhi oleh faktor interaksi di
antara pekerja, ciri-ciri personal, nilai dan jangkaan terhadap persekitaran kerja dan organisasi
(Muellar & Mc Claskey, 1990).

Kajian Jaafar Sidek Latif (1995) berkaitan kepuasan kerja Kaunselor-Kaunselor sekolah terhadap
aspek-aspek kepuasan kerja seperti suasana kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan dan teman
sekerja serta kesan pembolehubah-pembolehubah latar belakang kaunselor ke atas kepuasan
kerja dalam aspek-aspek tersebut. Kajian dijalankan melalui soal selidik Job Descriptive Index
(JDI) ke atas 75 orang kaunselor di semua sekolah menengah di Negeri Sembilan. Keputusan
kajian menunjukkan kaunselor sekolah mengalami tahap kepuasan kerja yang sederhana. Aspek
teman sekerja dan penyeliaan menjadi punca utama kepuasan kerja manakala aspek kenaikan
pangkat adalah paling tidak memuaskan. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan di antara kepuasan kerja mengikut jantina dan taraf latihan.

Borg (1991) melalui kajiannya mendapati bahawa tekanan kerja, kepuasan kerja, ketidakhadiran
ke tempat kerja, atau ponteng kerja, penumpuan terhadap kerja, penglibatan dalam kerjaya dan
imej diri sebagai seorang guru sekolah rendah telah menunjukkan bahawa tekanan kerja
menyebabkan mereka merasa tidak ada kepuasan kerja, seringkali akan ponteng kerja dan
cenderung untuk berhenti dan terlalu sedikit bilangan mereka akan kembali semula ke profesion
perguruan. Kajian yang sama telah dilakukan oleh Schnorr dan Straugh (1993) mendapati ramai
guru mempunyai perancangan untuk bertukar kerja selepas berkhidmat selama tiga tahun. Ini
adalah disebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap pekerjaan semasa mereka berpunca
daripada kurangnya insentif-insentif yang diberikan sebagai ganjaran kepada mereka.

Kajian Hipps dan Halpin (1992) ke atas guru-guru dan pengetua sekolah di Alabama
menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap tekanan kerja yang tinggi berbanding pengetua.
Hal ini disebabkan oleh kerja yang banyak, perhubungan dengan pelajar, gaji, elaun dan ganti
rugi serta perhubungan antara kakitangan. Beliau mendapati bahawa kebanyakkan guru
mempunyai perancangan untuk bertukar kepada kerjaya yang lain.

KONSEP MOTIVASI DAN KEPUASAN KERJA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Berkaitan kepuasan kerja, Islam tidak meletakkan ukuran kebendaan sebagai kayu ukur utama.
Ibadah merupakan ukuran utama yang meletakkan sejauh mana seorang pekerja itu berupaya
memastikan tugasnya menjadi ibadah. Selain itu, Islam juga menegaskan kepentingan majikan
menunaikan tanggungjawab terhadap pekerja termasuklah membayar upah yang setimpal seperti
sabda Rasulullah saw Dilarang mengambil seseorang untuk bekerja, sehingga diberitahu kadar
upahnya (Imam Ahmad, 1978), menepati janji, hubungan yang baik, adil, bertimbang rasa,
mewujudkan persekitaran yang baik (biah solehah).

Rajah 1. Konsep motivasi dan kepuasan Islam; Keutamaan berada pada dasar hidup iaitu
agama (Ahmad Nawawi Yaakob, 2000)

HARTA

KETURUNAN

AKAL

NYAWA/JIWA
AGAMA

Ahmad Nawawi Yaakob (2000), menegaskan bahawa kepuasan kerja dalam Islam adalah
bermula dengan memenuhi kehendak agama kerana pekerjaan dianggap sebahagian daripada
ibadah. Sasaran hidup seorang Muslim ialah mendapat keredhaan Allah S.W.T. Seorang pekerja
akan berasa puas apabila dia dapat menunaikan suruhan agama. Apabila tugas agama
disempurnakan; nescaya kepuasan dalaman telah lahir dalam dirinya dan pekerja lebih bersedia
untuk menjalankan tugas pengurusan yang selanjutnya.
TUGAS KETUA GURU KAFA

Tugas ketua guru KAFA Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu tugas penyeliaan, tugas pengurusan kakitangan sekolah, tugas menyelaras dana
dan sistem fail sekolah, tugas menjaga disiplin dan tugas membuat laporan dan memastikan
kurikulum dan sistem penilaian berjalan dengan baik.

Tugas-tugas penyeliaan yang perlu dilaksanakan oleh ketua guru ialah menyelia dan memantau
guru mengajar, menyelia dan memantau perkembangan staf, menyelia semua pembaikpulihan
dan penyelenggaraan kecil sekolah, mengesah tugasan harian guru setiap hari, mengurus dan
menyelia tugas kakitangan, menyelia dan meneliti serta menilai sumbangan guru. Manakala
tugasan pengurusan kakitangan sekolah meliputi mengurus kekosongan pekerja sama ada guru
atau bukan guru, menyemak kehadiran guru setiap hari/minggu, menyusun tugas-tugas GPK,
mengurus perjawatan dan perkhidmatan.

Ketua guru bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas am seperti menyelenggara dan mengurus


kursus dalaman, menyemak aduan pelanggan, menyemak dan menandatangani semua surat
keluar, mengadakan dan menyelenggara kelengkapan persekolahan, ABM dan perabot,
memastikan struktur bangunan dan kawasan sekolah selamat, mengambil tindakan tentang
laporan-laporan (nazir/negeri/aduan pelanggan dan lain-lain, mengendali tetamu/aduan
pelanggan, menandatangani kad kemajuan dan menghantar riten ke JAIS.

Ketua guru juga melakukan tugas-tugas pengkeranian seperti tugas menyelaras dana dan sistem
fail sekolah. Dalam skop tugas ini ketua guru mengurus dan menyimpan wang sekolah,
menyelaras dana dan menyelenggara sistem fail, menyelenggara fail peribadi kakitangan,
menyemak dan menulis minit semua surat-surat masuk, membuat draf semua surat jawapan,
menyelia dan mengurus semua dokumen audit kewangan dan audit bersepadu.

Di samping itu, tugas menjaga disiplin dan membuat laporan seperti pengerusi jawatankuasa
disiplin sekolah, dan menguatkuasakan tindakan tatatertib/laporan harta.Bagi memastikan
kurikulum dan sistem penilaian berjalan dengan baik ketua guru diamanahkan menyemak RPP
bagi setiap minggu, mengendali kurikulum JAIS /JAKIM peringkat sekolah, menyelia dan
mengurus ko-kurikulum JAIS/JAKIM, menjadi pengerusi jawatankuasa takwim sekolah dan
mengurus dan memantau pendaftaran PSRA/UPKK. Selain tugas-tugas pentadbiran dan
pengurusan yang diamanahkan, ketua guru juga mempunyai tanggungjawab mengajar seperti
guru biasa. (Bahagian Pendidikan Islam JAIS, 2014)

PERMASALAHAN KAJIAN

Senario pendidikan era ini menunjukkan permintaan kepada pendidikan berkualiti setaraf
antarabangsa yang memerlukan pengurusan sekolah serta guru-guru memperkasakan peranan
serta mencapai standard yang ditetapkan. Secara tidak langsung, bebanan pihak pengurusan
sekolah serta guru bertambah dan kecenderungan kepada fenomena burnout akan meningkat.
Senario ini berlaku di Sarawak dalam kalangan guru-guru yang ditempatkan di Sarawak dari
tahun 1993 hingga 1996, di mana seramai 75 orang guru telah meninggalkan profesion
disebabkan persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban kerja yang berat(Borneo Post, 1996).

Berdasarkan daripada kajian oleh Azura binti Mohd Nor, (2004), kegagalan menyesuaikan diri
menyebabkan pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam
fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi iaitu ilmu yang dipelajari tidak dapat
digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus
perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah. Kegagalan menyesuaikan diri dengan
keadaan ini, menyebabkan sesetengah guru tidak mencapai kepuasan dalam kerjaya mereka
(Suara Kamil, 2001). Apabila perkara ini berlaku terhadap ketua guru atau melibatkan individu
dalam pengurusan sekolah, maka perjalanan sekolah akan menyebabkan kepincangan dan
kemunduran institusi tersebut.

Selain itu, ketua guru juga berdepan persekitaran kerja yang pelbagai. Antaranya ialah kerenah
murid yang sering menimbulkan masalah displin. Jika dilihat dalam aspek pendidikan hari ini,
pelbagai kes disiplin dilaporkan. Seharusnya guru dan ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk
mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang memihak kepada
anak-anak mereka jika dikenakan sebarang tindakan salahlaku. Tindakan yang diambil oleh guru
dipersoalkan oleh mereka. Selain itu, guru-guru sendiri turut diancam oleh pelajar. Isu ini juga
menyebabkan tekanan kerja ketua guru dan sukar mencapai kepuasan dalam kerjaya mereka.

Ketua guru merupakan orang yang penting dalam usaha membentuk dan mewujudkan suasana
oraganisasi sekolah bagi mencapai kejayaan. Mereka perlu mengutamakan matlamat sekolah
dengan memberi nilai yang paling tinggi dan dijadikan nadi dalam pengurusan sekolah.
Matlamat ini perlu dijelaskan kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa. Ini membuktikan
terbukti bahawa guru besar adalah orang yang sangat penting. Mereka berhadapan dengan
pelbagai tugas yang memaksa mereka untuk menjadi seorang yang kuat dari segi fizikal dan
emosi. Mengikut Sapora (2006), stres kerja adalah satu halangan kepada produktiviti kerja yang
baik. Sekiranya guru besar stres, lemah dan tidak bersemangat maka mereka tidak dapat
membawa kejayaan kepada sekolah yang dipimpin. Mereka juga perlu memiliki kepuasan kerja
yang tinggi kerana mereka yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi akan dapat memberikan
sepenuh komitmen terhadap tugas. Oleh itu guru besar perlu mempunyai maklumat mengenai
stres dan kepuasan kerja.

Usaha bagi memenuhi keperluan pengurusan sekolah serta guru-guru merupakan satu agenda
yang berterusan di semua peringkat pendidikan sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengkaji tahap kepuasan guru khususnya oleh Jabatan
Agama Islam Selangor serta kerajaan negeri bagi menambah baik sistem sedia ada. Namun fokus
kajian terhadap tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pengurus sekolah seperti ketua guru
serta penolong ketua guru masih amat kurang. Azlina & Rohani ( 2012 ) menyatakan kajian stres
dan kepuasan kerja telah banyak dijalankan terhadap guru-guru dari pelbagai peringkat namun
agak sukar didapati kajian seumpama ini dijalankan terhadap guru-guru besar atau ketua-ketua
guru. Kajian terhadap kepuasan bekerja dalam kalangan ketua guru KAFA ini perlu bagi
memastikan kesinambungan kualiti pengurusan pendidikan serta keberhasilannya kepada Jabatan
Agama Islam Negeri Selangor dalam menambah baik sistem pengurusan pendidikan di peringkat
sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian adalah seperti berikut ;


1. Mengenal pasti bebanan tugas ketua guru KAFA di SRA, SRAI dan KAFA negeri
Selangor.
2. Menganalisa tahap kepuasan bekerja ketua guru KAFA dari aspek persekitaran
pekerjaan.
3. Memberikan syor dan alternatif kepada Jabatan Agama Islam Selangor dalam menambah
baik dan mempertingkatkan kepuasan bekerja dan motivasi ketua guru KAFA di negeri
Selangor.

METODOLOGI KAJIAN

1. Reka bentuk kajian.

Menurut Keelinger (1993), reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan dalam sesuatu
penyelidikan kepada pengkaji untuk mengumpul, menganalisa dan mengintrepretasi data. Reka
bentuk kajian juga menjadi garis panduan kepada penyelidik atau membimbing penyelidik ke
arah mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan dalam kajian. Kajian ini adalah
merupakan satu kajian tinjauan kuantitatif yang bertujuan mengkaji tahap kepuasan bekerja dari
aspek persekitaran pekerjaan dan bebanan tugas dalam kalangan ketua guru KAFA Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS). Kajian ini dijalankan terhadap pengurus-pengurus Sekolah
Rendah Agama Integrasi(SRAI), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan sekolah Kelas Agama
Fardhu Ain (KAFA) di Selangor bagi mengenal pasti aspek kepuasan bekerja.

2. Instrumen kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Satu set instrumen borang soal selidik
responden (ketua guru KAFA) telah dibina dan digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini.

3. Populasi dan Saiz Sampel


Penyelidikan ini melibatkan seramai 247 orang responden daripada 287 orang ketua guru. Ianya
melibatkan semua ketua guru di tiga buah jenis sekolah di bawah jabatan agama Islam Selangor
iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI) dan Kelas Asas
Fardu Ain (KAFA). Data-data soalselidik dianalisis dengan menggunakan program SPSS for
Windows (Version 19.0).

TAHAP BEBANAN TUGAS KETUA GURU KAFA

Jadual 1: Jumlah masa yang digunakan oleh guru melakukan kerja-kerja sekolah diluar waktu
persekolahan dalam seminggu
Kekerapan & Peratus(N=247)
No Item Tiada 0.5 Jam 1 Jam 1.5 Jam 2 Jam Min SP INT

A10.01 Menyediakan 1 34 106 41 65 3.55 1.038 ST


rancangan pengajaran (0.4%) (13.8%) (42.9%) (16.6%) (26.3%)
harian (RPH)
A10.02 Menanda/memeriksa 4 26 80 59 78 3.73 1.068 ST
tugasan pelajar (1.6%) (10.5%) (32.4%) (23.9%) (31.6%)
A10.03 Menyediakan Bahan 9 36 75 65 62 3.55 1.125 ST
Bantu Sumber (3.6%) (14.6%) (30.4%) (26.3%) (25.1%)
Pengajaran (BBSP)
A10.04 Kelas tambahan 24 25 60 38 100 3.67 1.351 ST
(tuisyen) (9.7%) (10.1%) (24.3%) (15.4%) (40.5%)
A10.05 Melatih murid dalam 30 32 84 42 59 3.28 1.293 ST
aktiviti kokurikulum (12.1%) (13.0%) (34.0%) (17.0%) (23.9%)
A10.06 Membaca dan membuat 2 38 88 46 73 3.61 1.091 ST
rujukan (0.8%) (15.4%) (35.6%) (18.6%) (29.6%)
A10.07 Membina/menyediakan/ 16 13 61 42 115 3.92 1.227 ST
soalan ujian dan (6.5%) (5.3%) (24.7%) (17.0%) (46.6%)
peperiksaan
A10.08 Memeriksa /merekod 4 17 75 69 82 3.84 1.018 ST
keputusan ujian dan (1.6%) (6.9%) (30.4%) (27.9%) (33.2%)
lembaran kerja
A10.09 Mengemaskini data 7 24 87 54 75 3.67 1.094 ST
pelajar (2.8%) (9.7%) (35.2%) (21.9%) (30.4%)
A10.10 Melaksanakan kajian 39 34 76 32 66 3.21 1.390 ST
tindakan (15.8%) (13.8%) (30.8%) (13.0%) (26.7%)
A10.11 Menyediakan lembaran 10 35 86 62 54 3.47 1.103 ST
kerja (4.0%) (14.2%) (34.8%) (25.1%) (21.9%)
A10.12 Mewujudkan hubungan 12 29 82 51 73 3.58 1.169 ST
dua hala dengan (4.9%) (11.7%) (33.2%) (20.6%) (29.6%)
komuniti dan agensi
luar
A10.13 Mengemaskini dan 5 5 34 58 145 4.35 0.932 T
merekod kewangan (2.0%) (2.0%) (13.8%) (23.5%) (58.7%)
sekolah
A10.14 Merancang dan 2 10 52 62 121 4.17 0.953 T
melaksanakan program (0.8%) (4.0%) (21.1%) (25.1%) (49.0%)
kecemerlangan
pendidikan
A10.15 Merancang - 8 53 65 121 4.21 0.890 T
pembangunan dan (3.2%) (21.5%) (26.3%) (49.0%)
pengurusan sekolah
Min keseluruhan jumlah masa 3.72 0.727 ST
yang digunakan oleh ketua guru /
guru penolong kanan dalam
melakukan kerja sekolah diluar
waktu persekolahan .
Sumber: Kajian Lapangan, Tahap Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Ketua Guru Kafa
Negeri Selangor, 2014

Jadual 1 di atas, menunjukkan jumlah masa yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan 15
tugasan ketua guru/ guru penolong kanan di luar waktu persekolahan. Bebanan tugas dihitung
berdasarkan purata sehingga 2 jam seminggu. Data menunjukkan bahawa julat taburan min yang
tertinggi ialah (min=4.35) dan julat min yang terendah ialah (min=3.21).

Dapatan menunjukkan jumlah jam masa yang diperuntukkan dalam tugasan kerja ketua guru
diluar waktu persekolahan berada pada tahap yang tinggi ialah tugasan ketua guru dalam
mengemaskini dan merekod kewangan sekolah dengan min sebanyak (min=4.36). Tugasan
merancang pembangunan dan pengurusan sekolah sebanyak (min=4.28). Seterusnya merancang
dan melaksanakan program kecemerlangan pendidikan sebanyak (min=4.24) dan membina dan
menyediakan soalan ujian dan peperiksaan dengan min sebanyak (min=4.12).

Manakala tugasan-tugasan yang lain menunjukkan jumlah nilai min pada tahap sederhana tinggi
iaitu memeriksa/merekod keputusan ujian dan lembaran kerja (min=3.92),menanda/memeriksa
tugasan pelajar sebanyak (min=3.81), mengemaskini data pelajar sebanyak (min=3.75),
Membaca dan membuat rujukan (min=3.71),mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti
dan agensi luar (min=3.68),menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) pada nilai
(min=3.62) dan menyediakan Bahan Bantu Sumber Pengajaran (BBSP) pada nilai (min=3.61).
Terdapat dua tugasan yang mendapat nilai (min=3.35) iaitu membuat kelas tambahan dan
melatih murid dalam aktiviti kokurikulum. Nilai min 3.28 pada tugasan melaksanakan kajian
tindakan dan menyediakan lembaran kerja. Secara keseluruhannya jumlah min bagi masa yang
digunakan oleh ketua guru dalam melaksanakan tugasan diluar waktu persekolahan adalah pada
tahap yang sederhana tinggi 3.72 dengan anggaran sebanyak 1.0 jam seminggu diperuntukkan
oleh mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua guru/guru penolong kanan.
TAHAP KEPUASAN BEKERJA KETUA GURU DARI ASPEK PERSEKITARAN
PEKERJAAN

Jadual 2 : Tahap Kepuasan Bekerja Aspek Persekitaran Pekerjaan Ketua Guru/ Guru
Penolong Kanan KAFA
Kekerapan & Peratus (N=247)
No Item STS TS KS S SS Min SP INT

B01 Jarak perjalanan dari 7 19 36 121 64 3.87 0.997 ST


rumah ke sekolah tidak (2.8%) (7.7%) (14.6%) (49.0%) (25.9%)
membebankan
B02 Persekitaran sekolah 6 15 53 135 38 3.74 0.876 ST
adalah baik (2.4%) (6.1%) (21.5%) (54.7%) (15.4%)
* B03 Kemudahan asas sekolah 34 93 60 44 16 2.51 1.066 SR
sempurna (13.8%) (37.7%) (24.3%) (17.8%) (6.5%)
Min Keseluruhan Tahap Kepuasan 3.38 0.630 ST
Bekerja Aspek Persekitaran
Pekerjaan Ketua Guru/ Guru
Penolong Kanan
Sumber: Kajian Lapangan, Tahap Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Ketua Guru Kafa
Negeri Selangor, 2014

Jadual di atas menunjukkan min tahap kepuasan bekerja secara keseluruhan dari aspek
persekitaran pekerjaan ketua guru / guru penolong kanan KAFA pada tahap sederhana tinggi,
min berada pada nilai min 3.38. Min yang tertinggi ialah 3.87 adalah dari aspek jarak perjalanan
dari rumah ke sekolah tidak membebankan pada tahap sederhana tinggi. Seterusnya aspek
persekitaran yang baik dengan nilai min 3.74 sederhana tinggi dan tahap kepuasan kerja ketua
guru dari aspek kemudahan asas sekolah paling rendah dengan min 2.51 pada tahap sederhana
rendah.

Seramai 185 orang reponden (74.9%) bersetuju dengan tahap kepuasan berkerja dari aspek jarak
perjalanan dari rumah ke sekolah tidak membebankan. Hanya 62 orang responden (26.9%)
sahaja yang berpandangan jarak perjalanan ke sekolah membebankan. Responden juga berpuas
hati dari aspek persekitaran sekolah dengan 173 orang (70%) bersetuju bahawa persekitaran
sekolah adalah baik. Manakala 74 orang responden (30%) tidak bersetuju dengan pandangan
tersebut. Namun, pada aspek kemudahan asas pula seramai 187 orang responden (75.8%) tidak
bersetuju dengan kemudahan asas sekolah sempurna dan 60 orang responden (18%) bersetuju
dengan tahap kemudahan asas yang disediakan. Secara keseluruhannya responden bersetuju dan
berpuas hati dari aspek jarak perjalanan ke sekolah yang tidak membebankan dan persekitaran
sekolah. Walau bagaimanapun reponden tidak berpuas hati dengan tahap kemudahan asas yang
disediakan.

KESIMPULAN

Tugas hakiki ketua guru yang telah ditetapkan bagi ketua-ketua guru KAFA di negeri Selangor
meliputi 32 tugasan yang perlu dilengkapkan selama 5 jam waktu bekerja sehari atau 25 jam
seminggu. Majoriti ketua guru KAFA bersetuju bahawa mereka kerap membawa pulang kerja
untuk diselesaikan di rumah. Kerja yang perlu diselesaikan oleh ketua guru KAFA di luar waktu
persekolahan merangkumi tugas-tugas persediaan pengajaran, persediaan penilaian,
penyelidikan, khidmat ummah serta kerja-kerja pentadbiran.
Pertambahan tugas di luar waktu bekerja ini merangkumi purata 18 hingga 22 jam yang perlu
diselesaikan oleh ketua guru dalam seminggu. Oleh itu, jumlah keseluruhan jam bekerja ketua
guru di sekolah dan di luar waktu persekolahan adalah sebanyak 43 hingga 47 jam seminggu.
Selain itu, majoriti responden bersetuju bahawa tugasan ketua guru KAFA adalah sama dengan
tugas Guru Besar di SRA atau SRAI. Walaupun, hasil dapatan kajian menunjukkan bebanan
kerja yang sederhana tinggi dalam kalangan ketua guru KAFA, majoriti responden menunjukkan
maklumbalas positif terhadap persekitaran pekerjaan di sekolah. Responden ketua guru KAFA
bersetuju bahawa persekitaran pekerjaan di sekolah adalah baik pada nilai min =3.38.
Responden ketua guru KAFA bersetuju bahawa persekitaran pekerjaan dari segi fasiliti di
sekolah-sekolah mereka berada pada tahap sederhana nilai rendah dengan min=2.51. Majoriti
responden ketua guru juga menunjukkan respon positif terhadap jarak perjalanan dari rumah ke
sekolah tidak membebankan pada nilai min=3.87. Secara keseluruhannya, kepuasan bekerja
ketua guru KAFA terhadap persekitaran pekerjaan adalah sederhana tinggi namun begitu aspek
fasiliti atau kemudahan sekolah perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

CADANGAN
Secara keseluruhannya, pihak majikan perlu mengambil inisiatif dengan mewujudkan skim gaji
baharu bagi ketua guru KAFA serta menyemak semula bebanan tugas ketua guru/ penolong
ketua guru KAFA bagi menjamin kesinambungan dan meningkatkan kualiti dan produktiviti
pekerja pada masa akan datang serta khidmat pengurusan pendidikan sekolah. Aspek prasarana
dan kemudahan di sekolah perlu diberikan perhatian yang lebih bagi mewujudkan sekolah yang
berkesan dan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid dapat dipertingkatkan ke tahap
lebih baik.

RUJUKAN
Al-Imam Ahmad Hanbal (1978). Musnad Ahmad Bin Hanbal, Beirut : Dar al-Fikr.
Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd
Ahmad Nawawi Yaakob (2000).Penghayatan Komunikasi Islam Dalam Pengurusan Kalangan
Pengetua dan Komitmen Guru: Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Skudai,
Johor:Universiti Teknologi Malaysia.
Armstrong, M and Murlis, H (2007) Reward Management, Revised 5th Edition, London, Kogan
Page.
Arifin Haji Zainal. 1981. Motivasi dan Perilaku Kerja dalam Organisasi. Ilmu Masyarakat 6:
55-67.
Azlina Bt. Mohd. Kosnin & Rohana Binti Ahmad. 2012. Hubungan Di Antara Stres Kerja
Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru-Guru Besar Di Daerah Batu Pahat Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Beck, R.C. (1983). Motivation: Theories and principles (2nd ed.). New Jersey: Prentice Hall
Borneo Post. Sarawak, Malaysia: 9 October 1996.
Cohen, L., Lawrence, M., & Morrison, K. (2001). Research Methods in Education(5th ed.).
London: Routledge
Deil, T. E dan Baldridge, J. V (1975). Managing Change in Educational Organisation.
California; Mc Cuthchan Publishing Corporation
Field, J. (2008). Job Satisfaction Model for Retention. TalentedApps. Wordpress.
Herzberg, F, Mausner, B and Synderman, B ( 1959 ). The Motivation to Work. New York :
John Wiley and Son Inc.
Hulin, C. L. And Smith, P. C. ( 1964 ). Sex Difference in Job Satisfaction. Journal of Applied
Psychology. 48 (1) : 88-92.
Keelinger, F N.(1973). Foundations of Behavioural Research. 2nd Edition .New York: Holt,
Rienhart & Winston
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Smith, W.E. (1975). The Effect of Anticipated vs. Unanticipated Social Reward on Subsequent
Intrinsic Motivation. Cornell University, Ithaca, NY.
Shaharudin Jamaluddin (1999). Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pekerja Sokongan Tetap
Tempatan Dalam Rangkaian Restoran Makanan Segera KFC dan Pizza Hut di Malaysia.
Kertas Projek: Universiti Putra Malaysia

Anda mungkin juga menyukai