Anda di halaman 1dari 30

2

ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Isu-Isu semasa Latihan Mengajar:

Antara isu-isu dalam latihan mengajar ialah:

1. Tatacara Guru Pelatih semasa di Sekolah

Semasa sesi taklimat bersama En. Yazriha, pelbagai perkara telah

dibincangkan. Antaranya ialah berkenaan tatacara dan adab bersama guru-guru lain

dan perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa di sekolah. Peringatan

berkaitan sikap ataupun budaya saling tegur-menegur, senyum, mesra dan hormat-

menghormati amat dipraktikan dalam sekolah ini dan harus diamalkan serta

diterapkan dalam diri guru pelatih. Saya juga berpendapat bahawa hubungan yang

erat sesama guru pelatih juga penting supaya jalinan kesefahaman dan imej diri serta

imej universiti dapat dijaga daripada tercalar. Perkara ini juga disebut dalam jurnal

‘Pendidik dan Pendidikan’, Jilid 17 pada tahun 2000/2001, yang menyatakan bahawa

pengalaman guru pelatih itu sendiri terhadap hubungan sesama guru pelatih adalah

baik, dan disebut mereka selalu berkumpul sesama sendiri kerana mereka lebih

selesa berbincang dan berkongsi pengalaman dan pendapat berkenaan mata

pelajaran yang diajar. Malah, dalam jurnal ini juga, turut diungkapkan pandangan

guru pelatih terhadap perbezaan hubungan dirinya bersama guru pembimbing jauh

lebih baik berbanding guru-guru lain. Bagi pendapat saya, saya amat bertuah sekali

dapat menjalankan latihan mengajar di sekolah ini kerana saya dan rakan-rakan

mempunyai hubungan yang erat bersama guru-guru aliran perdana berbanding guru

-guru pendidikan khas. Walaupun begitu, saya beranggapan semua ini sebagai

pengalaman dan kesedaran kepada diri sendiri supaya melakukan yang terbaik.

Selain itu, peringatan supaya tidak mencontohi kelakuan dan amalan kurang baik

segelintir guru yang tidak wajar dicontohi oleh guru pelatih. Turut dimaklumkan

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 1


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

juga, mengenai sikap sesetengah guru yang bermasalah terutamanya dari segi sikap,

kelakuan bila berdepan dengan murid dan hal-hal lain yang berkaitan lagi.

Sikap tidak berkira dan keikhlasan dalam menyempurnakan segala tugas yang

diberi wajar diamalkan oleh guru pelatih. Sebagai seorang guru pelatih, saya bersedia

untuk memikul segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan tanpa ada rasa

terpaksa ataupun terbeban kerana saya sedar bahawa ini lah masa ataupun

kesempatan yang harus saya gunakan untuk mempelajari perkara baru. Menyedari

hakikat ini harus dirasai oleh guru pelatih sama seperti yang dinyatakan dalam jurnal

‘Pendidik dan Pendidikan’, Jilid 17 pada tahun 2000/2001 dalam muka surat 54,

yang menyatakan guru pelatih kadang-kadang diberi tugas yang tidak sepatutnya

menjadi tanggungjawab mereka dalam erti kata lain mereka telah dipergunakan

untuk menyelesaikan kewajipan guru-guru lain. Oleh itu, sekali lagi saya merasakan

apa yang dipelajari daripada luahan guru pelatih dalam jurnal diatas, jelas

mengambarkan pengalaman yang hampir mirip yang dirasai oleh saya sendiri dalam

tempoh latihan mengajar ini.

Sepanjang pengalaman membantu sekolah terutamanya ketika pengagihan wang

bantuan RM100 kepada semua murid, saya ditugaskan membantu rakan saya iaitu

Nur Wafa, mengagihkan wang kepada waris. Dimaklumkan bahawa tingkatan

ataupun kelas berkenaan adalah seramai lapan (8) orang murid dan jumlah duit

adalah RM800 bagi tingkatan berkenaan. Pada hari tersebut, seramai empat (4) orang

waris datang pada hari tersebut dan baki wang tersebut adalah RM400. Malah,

sebelum menghantar baki duit berkenaan, saya dan rakan saya telah berulang kali

menghitung duit berkenaan sebelum menyerahkannya kepada guru kanan

pendidikan khas. Pada minggu seterusnya, seorang guru telah menyatakan bahawa

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 2


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

jumlah duit tersebut tidak cukup sebanyak RM50 dan menunjukkan jumlah duit

sebanyak RM150 di tangannya. Pada masa tersebut, beliau telah menyatakan perkara

itu di hadapan ibu bapa murid sebelum mesyuarat perjumpaan RPI dijalankan. Saya

berasa amat malu dan berasa sedikit kecewa dan marah akibat tindakan guru ini

sehingga menimbulkan suasana tidak selesa semasa perjumpaan tersebut.

Penyelesaian Masalah Ini:

(i) Bertindak untuk berhubung secara terus dengan guru kanan pendidikan khas

Dalam masalah ini, saya dan rakan saya telah berhubung dengan Guru Kanan

Pendidikan Khas berkenaan perkara ini. Saya telah dimaklumkan oleh guru kanan

berkenaan bahawa masalah tersebut telah pun selesai dan kemungkinan berlaku

kesilapan dalam pengiraan semula duit-duit berkenaan. Namun, saya berasa

sebersalah kerana perkara akibat daripada salah faham ini boleh mendatangkan

masalah gangguan perasaan terutamanya kepada saya dan rakan saya.

(ii) Menanam sikap sabar semasa menghadapi situasi ini

Saya juga merasakan bahawa guru tersebut boleh memanggil saya dan rakan saya

secara peribadi untuk memastikan perkara tersebut ataupun menanti setelah

perjumpaan RPI itu berakhir untuk membincangkan dan menyelesaikan hal ini

daripada bertindak terus di hadapan ibu bapa murid-murid. Secara jujurnya, saya

berasa malu apabila diperlakukan begitu khususnya di hadapan ibu bapa murid.

Dalam situasi ini, saya belajar untuk bersabar dan bertindak sepatutnya dengan

bertanya permasalahan ini secara terus kepada guru kanan pendidikan khas. Saya

juga sanggup untuk menggantikan nilai wang yang kurang tersebut jika perlu.

2. Isu Ketidakhadiran Murid

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 3


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Sekolah ini telah mencatatkan peratus ketidakhadiran murid yang tertinggi di

bahagian daerah timur laut, Pulau Pinang. Menurut Jonathan W Shute et al, (2015)

dalam Siti Hajar Johari et al, (2019) dalam jurnal yang bertajuk ‘Peranan Kaunselor

dalam Menangani Masalah Ponteng Sekolah’ berpendapat bahawa masalah ponteng

adalah antara masalah tingkah-laku sosial dalam pendidikan. Bagi Mustaffa & Jamil

(2012) dalam jurnal yang sama menyatakan bahawa masalah ponteng sekolah

merupakan masalah yang cukup serius dalam dunia pendidikan. Keadaan ini amat

mengundang keresahan dan kebimbangan bagi pihak guru dan sekolah. Antara faktor

penyumbang kepada pemasalah ini adalah isu pengangkutan, kurang kerjasama ibu

bapa dan faktor motivasi murid yang rendah. Bagi murid aliran Pendidikan Khas

Integrasi (PPKI), peratus ketidakhadiran adalah amat tinggi jika dibandingkan dengan

murid-murid aliran perdana. Daripada hasil perbincangan dan perkongsian daripada

guru kaunseling dan guru-guru tingkatan, faktor ketidakhadiran murid bagi aliran

ppki disebabkan oleh faktor kesihatan murid itu sendiri.

Majoriti murid ppki yang gagal menghadirkan diri ke sekolah adalah

disebabkan oleh faktor kesihatan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka

terpaksa mengambil cuti dalam tempoh masa yang lama untuk sembuh dan hadir ke

sekolah. Malah, faktor berkaitan sikap murid yang susah bangun pagi dan kurang

minat untuk ke sekolah turut menjadi punca kepada peningkatan kepada kadar

ketidakhadiran murid di sekolah ini. Ada juga guru-guru berpendapat bahawa isu

ketidakhadiran berkait-rapat dengan kurangnya kerjasama ibu bapa dalam

memastikan rekod kehadiran penuh bagi anak-anak mereka. Memang tidak dapat

disangkal bahawa sesetengah ibubapa menghadapi kekangan dan halangan dalam

memastikan anak istimewa mereka menghadirkan diri ke sekolah disebabkan faktor

kekangan masa, faktor pengangkutan, dan komitmen terhadap hal-hal peribadi yang

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 4


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

lain. Walau bagaimanapun, tidak dapat kita nafikan bahawa peranan keluarga dalam

memastikan kehadiran anak mereka adalah penting. Kebanyakkan anak-anak yang

ponteng sekolah selalunya memiliki masalah keluarga seperti yang dinyatakan dalam

Siti Hajar Johari et al, (2019). Oleh itu, kes ponteng ini perlu dibendung dalam

peringkat keluarga kerana keluarga merupakan entiti utama yang banyak

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Namun pihak sekolah telah mencadangkan intervensi bagi menangani dan

mengurangkan masalah ini. Intervensi yang telah dibincangkan oleh pihak sekolah

dan guru-guru seperti program ‘Ziarah Cakna’ ataupun ‘Merisik Khabar’ yang

merangkumi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti program mentor-mentee, program

motivasi, kaunseling individu dan kelompok, dan melalui pesanan pagi semasa

perhimpunan di sekolah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah juga telah berbincang

berkenaan target peratusan kehadiran murid pada bulan Januari sehingga Jun pada

tahun ini. Pihak sekolah juga meminta pertolongan daripada guru pelatih bagi

membantu sekolah mengurangkan kadar ketidakhadiran murid-murid di sekolah ini.

Penyelesaian bagi masalah ini:

Pihak sekolah juga meminta pandangan dan idea daripada guru-guru pelatih

berdasarkan situasi ini.

(i) Faktor minat murid ke sekolah

Saya dan rakan-rakan telah mencadangkan agar faktor berkenaan minat murid

ke sekolah harus diperkemaskini dan mungkin pengubahsuaian perlu untuk

menyemai minat murid datang ke sekolah. Bagi murid-murid ppki khasnya, saya dan

rakan-rakan telah mencadangkan agar guru terlebih dahulu melihat kembali tahap

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 5


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

PdPc mereka sama ada perlu pengubahsuaian dengan kesesuaian murid ataupun

sebaliknya. Harus diambil kira juga bahawa setiap murid memiliki kemampuan yang

berbeza dalam proses belajar. Walau bagaimanapun, kami juga turut mencadangkan

agar pelaksanaan program yang menarik dan pengubahsuaian aktiviti di sekolah dan

dalam bilik darjah juga harus dijalankan. Contohnya, mengadakan aktiviti santai

selepas masa rehat berdasarkan minat dan perkara yang disukai oleh murid. Aktiviti

santai ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang melibatkan permainan congkak, Chess,

Sariba, dan sebagainya. Perubahan ini mampu membantu murid untuk

menghilangkan rasa bosan, mengantuk, dan mampu mengekalkan perhatian murid.

Kami juga mencadangkan supaya aktiviti ini dijalankan dalam masa satu (1) jam

sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran. Peluang ini akan

memberikan ruang bagi murid-murid ppki tenang dari segi mental dan emosi dan

seterusnya akan menyumbang kepada kesediaan belajar pada masa hadapan.

(ii) Perkukuh hubungan guru dan murid

Selain itu, kami juga turut mencadangkan agar hubungan guru dan murid

harus diperkukuh dan dibina. Jika hubungan guru dan murid dapat diperbaiki dan

dieratkan, murid secara semula jadi akan gemar hadir ke sekolah kerana keadaan

persekitaran sekolah yang memberi ransangan positif terhadap dirinya. Menurut

Wentzel, K. R. (2009) dalam artikel yang bertajuk ‘Pembinaan Hubungan antara Guru

dan Pelajar’, beliau percaya hubungan yang baik antara guru dan murid mampu

menyumbang kepada perkembangan murid dari sudut emosi, motivasi terhadap

akademik, pembinaan sikap positif dan menguasai kemahiran-kemahiran sosial.

Harus diingatkan juga bahawa peranan guru sebagai orang yang paling senang

didekati oleh murid mampu membolehkan perubahan positif dalam diri murid kerana

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 6


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

potensi guru yang paling berkesan sebagai individu yang berperanan insan yang

mudah didekati oleh murid menurut Mohd Sahandri Gani et al, (2010) dalam artikel

yang sama.

Jika dibandingkan dengan keadaan sebaliknya, dimana jika setiap kali

kehadiran murid ke sekolah dipenuhi dengan cemuhan dan kata-kata kesat daripada

guru, murid kemungkinan akan memiliki motivasi yang rendah untuk belajar dan

minat ke sekolah adalah kurang. Bagi saya, murid adalah tanggungjawab seseorang

guru. Murid ke sekolah bukanlah untuk dicemuruh, ditengking, diberi kata-kata

kesat dan dimalukan, tetapi hakikatnya murid ke sekolah untuk mempelajari dan

mengalami sendiri pengalaman belajar secara sebenar melalui teknik dan gaya

pembelajaran yang berkesan. Jika dilihat daripada sudut positif, suasana konduksif

dapat terselah melalui cara layanan guru yang memberi dorongan, usaha dan

inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah, mampu meningkatkan jumlah

kehadiran murid. Harus kita ingatkan bahawa guru umpama rakan baik kepada

muridnya. Hal ini kerana murid akan berasa senang dan dihargai kerana

kehadirannya ke sekolah. Murid cenderung beranggapan jika guru berbuat

sedemikian, mereka telah berjaya mendapatkan perhatian guru dan menyedari guru

telah memberikan tumpuan dan perhatian terhadap kehadiran mereka di sekolah.

Oleh itu, suasana yang memberansangkan dan konduksif amat penting dalam

mewujudkan dan melahirkan minat murid ke sekolah.

3. Ikatan dan Kerjasama antara Guru, Guru Pelatih dan Para Murid yang

Berasal daripada Latar Belakang Berbeza

Selaku guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di sekolah berkenaan, saya

dan rakan-rakan diminta untuk bekerjasama dengan para guru dan pihak

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 7


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

pentadbiran untuk segala program yang akan diadakan. Aktiviti-aktiviti ataupun

program sekolah yang saya turut serta iaitu program Merentas Desa, Sukan Tara,

pemilihan Sukan Tara, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pengakap, latihan intensif

pasukan olahraga sekolah, program Jom ke sekolah dan program Tranformasi 25.

Sepanjang aktiviti-aktiviti ini berlangsung, saya memegang pelbagai tanggungjawab.

Ini mendedahkan saya dengan pengalaman baharu dalam pelbagai tanggungjawab

baru yang diberikan kepada saya. Saya merasakan segala tugas yang diberi akan saya

laksanakan sebaik mungkin dan semestinya budaya tidak segan bertanya akan saya

amalkan sentiasa.

Bagi program pemilihan sukan tara sekolah, saya telah menyandang jawatan

sebagai penjaga stesen lontar peluru. Saya telah bekerjasama dengan seorang guru

daripada aliran perdana yang amat baik dan senang memberikan kerjasama. Sebelum

hari sukan tara tersebut, kami berdua bersama guru sukan sekolah telah membuat

tanda ataupun penanda bagi acara ini. Pada hari kejadian juga, saya bertindak

sebagai pemerhati point ataupun penanda mata yang diperoleh oleh murid manakala

cikgu tersebut sebagai individu yang mencatat markah para murid. Bagi hari

pemilihan atlet sukan tara pula, saya diberi tanggungjawab sebagai penjaga stesen

lompat jauh. Saya sebagai pengukur pada hari kejadian. Pelbagai ilmu tentang

pengendalian tapak lompat jauh, cara mengambil kiraan, cara memilih pemenang

tempat pertama, kedua dan ketiga berdasarkan senarai terkumpul untuk ketiga-tiga

jumlah lompatan yang dilakukan oleh murid.

Tambahan itu, saya juga telah mengetuai sesi pemanasan badan pada hari

merentas desa, sukan tara dan pemilihan atlet sukan tara sekolah. Kawan-kawan

guru pelatih juga turut bersama membantu saya semasa sesi memanaskan badan ini.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 8


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Saya telah melakukan senaman renganggan badan dan beberapa tarian zumba

berserta musik selama 30 minit. Bagi saya, peluang ini memberikan ruang untuk

saya melatih keyakinan diri, melatih cara penyampaian berkesan, mendedahkan saya

dengan teknik mengawal kumpulan besar murid dan yang paling penting menjalinkan

hubungan mesra dengan guru-guru dan murid-murid. Saya juga turut berasa

gembira kerana semua pihak termasuk penolong kanan dan pengetua sekolah

kelihatan gembira dan berpuas hati dalam sesi memanaskan badan yang diketua oleh

saya dan turut dibantu oleh rakan-rakan guru pelatih yang lain.

Begitu juga semasa Mesyuarat Agung Ibu Bapa dan Guru (PIBG), saya dan

Cikgu Zainol ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa dekorasi dan tempat. Tugas saya

pada masa tersebut adalah melakukan lakaran ‘banner’ yang akan diletakkan di luar

sekolah dan dalam dewan. Saya dan Cikgu Zainol juga bertindak sebagai individu

yang melakukan hebahan dalam sosial media sekolah. Banyak perkara baru yang

saya pelajari terutamanya dalam membuat lakaran ‘banner’ menggunakan

kemudahan ‘photoshop’, ‘slide powerpoint’, dan lain-lain aplikasi. Saya juga turut

belajar daripada Cikgu Zainol cara mengekalkan kualiti gubahan lakaran yang dibuat

menggunakan pengetahuan seni dan teknologi. Beberapa minggu sebelum mesyuarat

ini diadakan juga, saya, cikgu Zainol dan murid-murid telah bertungkus-lumus

mempamerkan dan melekatkan ‘banner’ di hadapan dan belakang pintu pagar

sekolah. Pada hari kejadian juga, saya turut mempelajari aturan majlis dan

menyediakan dokumen-dokumen yang perlu ditayangkan untuk tontonan ibu bapa

dan warga sekolah selain saya turut melakukan catatan terhadap proses undian

semasa pemilihan dijalankan. Bagi saya, walaupun proses dan perjalanan pada hari

mesyuarat ini berlangsung dalam masa yang sekejap tetapi banyak perkara yang saya

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 9


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

telah pelajari dalam pelaksaan tanggungjawab yang diberikan kepada saya pada hari

tersebut.

Sehubungan itu, saya juga turut diberi peluang untuk menjadi jurulatih

murid-murid ppki yang terpilih dan mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga

peringkat sekolah bagi aliran ppki. Dalam tempoh selama hampir sebulan bersama

dan mengetuai sesi latihan intensif bersama murid-murid dan guru-guru pendidikan

khas yang terlibat, setiap hari saya mempelajari teknik baru dan cara membina

stamina dalam diri murid. Saya akui sepanjang tempoh ini, saya amat penat dan

turut dibebani oleh aktivti dan komitmen yang lain. Namun saya sedar bahawa tugas

dan bakat guru bukanlah hanya dari segi pengajaran untuk menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sahaja tetapi guru juga harus fleksibel

dari segi kebolehan kerana guru ibarat bidan terjun dalam apa jua aspek dan

tanggungjawab yang diberi terutamnya di sekolah. Bagi saya, kepenatan dan

kelelahan ini menjadikan saya sebagai seorang mahasiswi bakal guru yang kuat dari

segi emosi, fizikal dan mental kerana kepayahan ini mengajar saya untuk menjadi

seorang yang lebih cekal pada masa akan datang.

Saya juga turut menimba pengalaman dalam melaksanakan Hari Pengakap

sekolah. Saya dan rakan-rakan yang lain telah diamanahkan untuk melakukan

aktiviti pada hari berkenaan dengan kerjasama pihak Kelana Siswa daripada

Universiti Sains Malaysia (USM). Saya telah ditugaskan sebagai penjaga stesen empat

(4) iaitu cabaran tayar. Dalam cabaran ini, murid dikehendaki dalam kumpulan

untuk melalui setiap halangan tayar. Jika terdapat rakan sekumpulan terjatuh maka

mereka perlu mengulangi aktiviti ini sekali lagi sehingga berjaya. Dalam stesen ini,

aktiviti ini kelihatan mudah tapi amat mencabar bagi kanak-kanak berkeperluan

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 10


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

khas. Saya membuat peraturan permainan ini seperti berikut kerana misi bagi setiap

aktiviti adalah bagi melahirkan rasa tanggungjawab, bekerjasama dan yakin diri

dalam diri murid bekerpeluan khas.

Tuntasnya, saya merasakan segala tugas yang akan dan telah diberikan

kepada saya laksanakan sebaik mungkin dan semestinya budaya tidak segan

bertanya akan saya amalkan senantiasa.

4. Pelakasanan RPI (Kerjasama antara Ibu Bapa dan Guru)

Dalam melaksanaan RPI, kerjasama antara guru dan ibu bapa diperlukan. Seperti

yang kita sedia maklum RPI merupakan sebuah dokumen khas yang mengandungi

perubahan terhadap program dan perkhidmatan yang tersedia kepada murid

berkeperluan khas (Jabatan Pendidikan Khas, 2000, Kementerian Pendidikan

Malaysia). Saya dimaklumkan oleh guru-guru bahawa proses melakukan RPI ini

adalah secara berperingkat bergantung kepada cara pelaksaannya di setiap sekolah.

Jika sebelum ini RPI perlu didokumenkan secara manual, terdapat juga cara baru

dimana RPI ini harus dilengkapkan dalam e-sistem yang telah disediakan oleh pihak

kementerian. Saya juga telah dimaklumkan oleh guru-guru bahawa RPI dijalankan

dalam masa tiga (3) kali setahun. Pada pandangan saya, pelaksaan RPI ini

memerlukan usaha guru-guru yang diberi tanggungjawab yang mengajar murid-

murid khas, dalam mengenal pasti kelebihan dan kebolehan murid. Dalam

pengalaman saya sepanjang menghadiri mesyuarat RPI di sekolah, saya telah

mengenal pasti bahawa majoriti guru-guru dan ibu bapa menfokuskan kepada

kebolehan murid dari segi kemahiran dan akademik. Dalam mesyuarat ini, saya

mendapati guru-guru bagi setiap subjek telah memberikan pendapat berkenaan

kebolehan murid dan masalah yang dihadapi semasa belajar ataupun sebarang

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 11


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

masalah tingkah-laku yang dihadapi oleh murid. Ibu bapa murid juga turut berkongsi

mengenai perkembangan dan keadaan anak mereka kepada semua guru mata

pelajaran. Setelah sesi perkongsian berkenaan, pihak guru dan ibu bapa akan

membuat keputusan tentang perkara yang menjadi sasaran dalam diri murid.

Contohnya, dalam perubahan tingkah-laku, peneguhan tingkah-laku, mengasah

bakat ataupun kemahiran yang dimiliki oleh murid dan apa-apa sahaja yang

berkaitan dengan akademik. Selama mesyuarat ini berlansung, banyak perkara yang

saya pelajari daripada guru-guru terutama dalam proses penyediaan RPI daripada

peringkat awal sehinggalah ke peringkat akhir. Pengalaman ini akan saya aplikasikan

dalam semasa mengalas tanggungjawab sebagai guru kelak.

5. Isu Keselamatan semasa Menjalankan Aktiviti

Pengalaman saya dalam semua aktiviti yang sempat saya sertai di sekolah,

pihak sekolah amat mementingkan isu keselamatan murid dalam setiap program

yang diadakan. Saya banyak mempelajari tatacara keselamatan melalui program

merentas desa, latihan hari merentas desa, pemilihan sukan tara, program sukan

tara, dan semasa hari pengankap ppki. Misalnya, semasa menjalani latihan merentas

desa, saya mempelajari dalam apa jua program yang akan diadakan oleh pihak

sekolah dan juga guru, isu dan faktor keselamatan murid adalah faktor yang amat

penting sekali. Saya belajar untuk menangani masalah berkaitan perubahan arah

laluan, cara-cara menanda laluan, pengendalian setiap ‘checkpoint’ dan solusi kepada

masalah yang dihadapi dalam sepanjang laluan merentas desa, daripada guru-guru

yang berpengalaman. Bagi acara hari merentas desa yang sebenar, saya ditugaskan

sebagai guru yang mengendalikan aktiviti pemanasan badan dan ditugaskan sebagai

penjaga kepada ‘checkpoint’ enam (6). Sepanjang aktiviti ini, saya belajar cara

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 12


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

merekod masa 15 peserta terawal bersama Cikgu Zul dan mengedarkan ‘mark’

kepada peserta yang melepasi stesen enam (6). Bagi acara pemilihan sukan tara, saya

telah bertugas dalam acara lontar peluru dan mengetuai slot pemanasan badan. Saya

belajar cara-cara mengambil ukuran dan menanda tanda ukuran minimun dan

maksimum untuk para peserta bersama guru-guru sukan yang lain. Bagi program

sukan tara pula, saya ditugaskan dalam aktiviti pemanasan badan dan acara lompat

jauh. Dalam acara lompat jauh, saya mempelajari cara mengukur lompatan peserta,

mengenalpasti lompatan tersebut dikira ataupun sebaliknya dan cara memilih

lompatan untuk tempat pertama hingga tempat ketiga. Begitu juga semasa Hari

Pengakap PPKI, saya dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk menjaga stesen

aktiviti. Dalam pelaksanaan aktiviti bagi setiap stesen, saya dan rakan-rakan

diingatkan untuk mementingkan elemen keselamatan semasa menjalankan aktiviti.

Namun, bagi setiap aktiviti saya dan rakan-rakan berjaya memastikan setiap murid

dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan aktiviti. Begitu juga semasa

menjalankan aktiviti Hari Bowling peringkat PPKI, saya telah ditugaskan menjaga

kumpulan tujuh (7) yang terdiri daripada pelajar ‘high’ dan ‘low function’. Saya telah

membimbing mereka berkenaan cara-cara bermain bowling dan memberikan mereka

peluang untuk mengaplikasi teknik bermain bowling dengan betul. Saya mendapati

program seperti bermain bowling ini amat memberi keseronokan kepada murid. Saya

mendapati murid suka mencuba dan terus mencuba dalam permainan ini. Saat yang

paling saya tidak dapat lupakan adalah, apabila mereka berjaya mendapatkan ‘strike’

pada lontaran mereka. Saya merasakan semua murid amat bergembira dan menyukai

aktiviti yang menarik seperti aktiviti bermain bowling ini. Saya juga mendapati

bahawa dorongan dan ransangan guru amat berkesan terutamanya dalam memberi

ilmu dan keyakinan kepada murid sepanjang aktiviti permainan bowling ini.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 13


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

6. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2)

Isu ini merupakan satu (1) isu baharu yang bagi saya sebagai seorang guru pelatih.

SKPMG2 ataupun nama penuhnya ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Gelombang 2 iaitu berkenaan perubahan dalam peningkatan kualiti standard yang

merangkumi aspek-aspek pengurusan organisasi, kokurikulum, kepimpinan,

pembelajaran dan pemudahcaraan, hal ehwal murid dan kemenjadian murid. Saya

berasa beruntung kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus ini bersama guru-

guru sekolah. Kursus ini sedikit sebanyak mendedahkan saya berkenaan fungsi guru

dan elemen-elemen lain yang terkandung dalam SKPMG2 ini. Antaranya ialah

peranan guru sebagai perancang. Guru adalah individu yang membuat dan mengatur

persediaan dan perancangan daripada peringkat awal sehinggalah ke peringkat akhir

dalam memastikan persediaan rapi dalam proses pembelajaran dan permudahcaraan

(PdPc). Tambahan itu, guru juga adalah seorang profesional dan mengamalkan nilai

sistematik dalam menjalankan dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang

berkualiti. Guru disifatkan sebagai pemikir yang mengawal kelancaran proses PdPc.

PdPc yang terancang berkait dengan pengurusan masa dan bukannya perbuatan

semata-mata. Dalam PdPc juga, guru sebagai pembimbing kepada murid. Guru

memberi bimbingan dalam pelbagai aspek untuk melahirkan kefahaman dan

mencetus ‘celik akal’ dalam diri murid. Selain itu, guru berperanan sebagai individu

yang memberikan tunjuk ajar ataupun memainkan peranan sebagai ‘role model’

kepada murid. Misalnya, semasa PdPc dijalankan, guru adalah model yang bertindak

menyampaikan maklumat secara berkesan dan efektif. Walau bagaimanapun, guru

juga berperanan sebagai individu yang merupakan pendorong kepada emosi murid.

Dalam PdPc, peneguhan berbentuk positif dan peneguhan negatif amat penting. Kata-

kata pujian, ayat-ayat sokongan dan dorangan akan membantu menghasilkan

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 14


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

ransangan positif dalam diri murid untuk belajar. Saya juga turut memahami dan

menyedari bahawa guru juga bertindak sebagai penilai. Guru menjadi individu yang

menilai penguasaan dan tahap pemahaman murid. Justeru, sifat dan nilai-nilai guru

seperti yang dinyatakan tadi akan menyumbang kepada kemenjadian murid sebagai

pembelajar aktif. Pembelajar aktif ini meliputi keupayaan yang dimiliki oleh murid

untuk mengamalkan nilai positif dalam kehidupan seharian, mampu berkomunikasi

dengan efektif, mampu bertindak sebagai pemikir, mampu menyelesaikan dan

berdepan masalah selain membuat perkaitan isi pembelajaran dengan kehidupan

seharian mereka.

7. Isu Pembelajaran secara Talian

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pada minggu kedua

barulah pihak sekolah menegaskan kepada guru-guru untuk meneruskan sesi

pembelajaran dalam talian. Saya telah dimaklumkan oleh guru pembimbing saya

bahawa guru-guru tingkatan akan memasukkan setiap guru yang mengajar kelas

tingkatan berkenaan ke dalam ‘Whatsapp’ kumpulan kelas masing-masing. Saya

dimaklumkan bahawa dalam PKP ini, saya harus menyediakan latihan, nota, ataupun

video ringkas berkaitan topik yang hendak disampaikan kepada murid. Pada

mulanya, saya berasa amat kekok dan tidak terbiasa kerana ini merupakan sebuah

perkara yang luar daripada kebiasaan. Saya mengambil keputusan untuk

menyediakan latihan bagi ulang kaji pelajaran lepas sebelum memulakan pengajaran

topik baru. Bagi latihan ulang kaji, saya telah menyediakan latihan menggunakan

beberapa platform iaitu membina kuiz menggunakan aplikasi ‘Quizizz’, ‘Goggle Form’,

‘Goggle Document’, selain dokumen biasa menggunakan ‘Microsoft Word’ dan ‘Power

Point’. Bagi topik baru juga, saya turut membekalkan nota dalam bentuk rajah, carta

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 15


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

alir, peta minda dengan bantuan penerangan secara audio melalui video daripada

sumber ‘youtube’ dan sebagainya. Malah, saya juga turut merakam video bagi tujuan

penerangan kepada murid selain menggunakan aplikasi sokongan seperti ‘voice note’ ,

penghantaran gambar, dan video dalam aplikasi ‘whatsapp’. Jika dilihat daripada

respon murid, tindak balas dan penyertaan adalah dalam kadar memuaskan dan bagi

sesetengah kelas ataupun tingkatan pula, respon murid adalah amat dalam peringkat

yang minimun. Pengalaman saya semasa mengendalikan PdPc secara online, saya

berpendapat bahawa PdPc dalam talian ini amat mencabar kepada kita biasanya

melihat dan melakukan PdPc secara bersemuka. Apabila PdPc ini dilakukan secara

virtual, perasaannya amat berbeza sekali dibandingkan di dalam kelas. Pada

pengalaman saya sendiri, kejadian kerja rumah ataupun latihan yang diberikan

kepada murid pada minggu ini akan dilengkapkan oleh murid pada minggu hadapan.

Jika topik baru diperkenalkan, saya harus memastikan semua murid melengkapkan

latihan lepas sebelum memperkenalkan topik baru. Untuk mengatasi masalah lupa,

saya selalu menyediakan senarai semak dalam setiap aktiviti supaya setiap murid

mengambil peranan dalam latihan yang saya beri. Sejujurnya, selepas PKP diadakan

fasa demi fasa, saya amat menyukai pengajaran secara dalam talian ini kerana saya

telah menemukan kenikmatan menjalankan PdPc dalam atas talian. Dengan

kemudahan teknologi seperti ‘Skype’, ‘Goggle Classroom’, ‘Whatsapp features’,

‘Telegrem’, ‘Zoom’, ‘WebEx’, ‘Gmail Video Call’, dan sebagainya, guru dan murid boleh

bersidang seperti di dalam kelas dan ini akan memudahkan maklumat disampaikan

dengan efektif. Pada masa inilah, saya mengaplikasi pelbagai ilmu teknologi

menggunakan aplikasi-aplikasi teknologi yang saya pelajari dalam kursus multimedia

semasa dalam tempoh pengajian dahulu. Bagi saya, ilmu mengenai multimedia ini

berguna untuk pelbagai tujuan terutamanya dalam bidang pendidikan khususnya

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 16


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

dalam dunia yang kian mencabar ini dengan pelbagai dugaan dan halangan kepada

PdPc secara bersemuka antara guru dan murid.

Antara cabaran yang saya hadapi semasa mengendalikan PdPc secara dalam

talian ialah:

I. masalah capaian internet yang minima

II. kurang penglibatan dan respon murid

III. isu ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit untuk bekerja

IV. terdapat kelas tingkatan yang tiada ‘group Whatsapp’

V. hasil kerja murid yang kurang jelas

VI. kualiti kerja murid

VII. tiada telefon pintar

Cara saya mengatasi masalah-masalah ini adalah:

i. Masalah capaian internet yang minima

Bagi masalah capaian internet yang minima, khususnya apabila pada hari

tersebut terdapat gangguan cuaca seperti ribut petir, hujan lebat ataupun lain-lain

sebab, saya akan menyediakan latihan seringkas yang mungkin seperti membuat

soalan latihan yang boleh dihantar terus menerusi applikasi ‘whatsapp’ ataupun apa-

apa medium yang digunakan sebagai perantaraan antara guru dan ibu bapa. Tujuan

cara ini bagi memudahkan penyampaian latihan kepada ibu bapa dan murid-murid

dalam jangka masa yang pendek.

ii. Kurang penglibatan dan respon murid

Semasa menjalankan PdPc dalam talian, berdasarkan pengalaman saya dalam

PKP fasa 2, murid dan ibu bapa amat teruja dan penglibatan murid adalah

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 17


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

memuaskan pada masa tersebut. Apabila, masuk PKP fasa 3, 4, dan 5, murid-murid

kurang memberikan respon terhadap aktiviti yang disediakan oleh guru. Murid mula

menghantar hasil kerja dalam jangka masa yang panjang. Ada dalam kalangan murid

juga, terus menghilangkan diri dan berdiam. Cara saya untuk merangsang

penglibatan murid ketika ini adalah membuat senarai semak dimana murid akan

menanda nama mereka sekiranya telah menyiapkan latihan yang diberi. Saya juga

akan menanda hasil kerja murid serta merta dan memberi kata-kata pujian dan

galakkan kepada murid yang telah menyiapkan latihan mereka. Saya juga pasti

teknik ini akan memberi galakkan kepada murid lain untuk melengkapkan latihan

selepas melihat rakan-rakan mereka menerima ransangan positif. Saya juga tidak

memaksa murid untuk melengkapkan latihan tersebut secara serta merta dan akan

memberikan tarikh akhir bagi memberi murid masa dan ruang untuk menyiapkan

kerja-kerja yang lain. Saya juga memahami bahawa terdapat ibu bapa yang masih

berkerja dari rumah dan memerlukan penggunaan telefon bimbit mereka semasa

bekerja. Bagi saya dalam keadaan ini, saya menerima dalam tempoh selama mana

yang murid dan ibu bapa perlukan dalam melengkapkan latihan yang saya berikan.

iii. Isu ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit untuk bekerja

Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa murid juga turut bekerja dari rumah.

Terdapat sesetengah ibu bapa murid yang memaklumkan bahawa mereka bekerja dan

kemungkinan akan menghantar hasil kerja anak selepas mereka menyiapkan kerja.

Tiada paksaan dan masa yang singkat diberikan kepada ibu bapa dan murid untuk

melaksanakan tanggungjawab terhadap latihan yang diberi kerana pada masa

pendemik ini sifat saling memahami amat diperlukan.

iv. Terdapat kelas tingkatan yang tiada ‘group Whatsapp’

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 18


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Pada PKP fasa 2, kami dimaklumkan bahawa guru tingkatan akan memasukkan

semua guru mata pelajaran dalam ‘group whatsapp’ tingkatan masing-masing.

Namun, saya juga terkilan kerana terdapat kelas ataupun tingkatan yang tidak

mempunyai ‘group Whatsapp’. Menurut guru tingkatan berkenaan tidak membuat

‘group Whatsapp’ kerana beliau sering kali menghantar hebahan melalui cara

pesanan secara peribadi. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya mewujudkan ‘group

whatsapp’ sendiri bagi kelas tingkatan tersebut khas untuk subjek yang saya ajar.

Saya telah menghantar segala latihan, nota dan lembaran kerja dalam group

berkenaan. Walaupun respon kurang menggalakkan, namun rata-rata majoriti murid

dan ibu bapa melengkapkan latihan yang diberi walaupun dalam jangka masa yang

lama.

v. Hasil kerja murid yang kurang jelas

Semasa guru memberikan tugasan, saya ada memaklumkan kepada ibu bapa

untuk menangkap gambar anak mereka semasa membuat latihan daripada guru. Ibu

bapa juga dikehendaki untuk menangkap gambar hasil kerja anak mereka yang telah

siap. Ada sesetengah gambar yang kurang jelas dan terpaksa dirujuk kembali kepada

ibu bapa untuk mengambil gambar hasil kerja anak yang baru bagi memudahkan

guru untuk menyemak hasil kerja murid dengan jelas.

vi. Kualiti kerja murid

Dalam pengalaman saya, sepanjang menjalankan PdPc secara dalam talian ini,

kualiti kerja murid adalah amat baik. Murid yang lemah di dalam kelas mampu

menghasilkan hasil kerja yang luar biasa hasil berkat usaha ibu bapa dan ahli

keluarga yang membantu mengajar murid-murid ini. Kebanyakkan ibu bapa akan

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 19


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

memastikan anak mereka menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru walaupun

dalam satu jangka masa yang panjang.

vii. Tiada telefon pintar

Bagi kes ibu bapa yang memiliki masalah tiada telefon pintar, saya telah

menggunakan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon bagi

menyampaikan kerja rumah kepada murid. Saya telah menghantar nota ringkas

berserta kerja rumah dengan harapan murid-murid yang kurang berkemampuan ini

terus mengikuti sesi PdPc secara dalam talian. Saya juga selalu membuat panggilan

terus kepada murid berkenaan untuk bertanya sebarang permasalahan yang dihadapi

dan sebagai langkah untuk memastikan murid berkenaan terus melakukan tugasan

yang diberi.

9. Penggunaan Model dan Teori Pengajaran dalam Perancangan Mengajar bagi Subjek

Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Seni Visual

Sebelum bermulanya latihan mengajar, saya telah melakukan beberapa

pembacaan dan ulangkaji terhadap penggunaan dan pengetahuan pedagogi dalam

pendidikan khususnya yang berkaitan dengan keperluan dan kesesuaian murid

berkeperluan khas. Semasa menjalani latihan mengajar ini, saya turut mengaplikasi

beberapa jenis model pengajaran yang saya rasa bersesuaian dengan inti pati

kandungan pengajaran dan aktiviti yang saya lakukan dalam sesi PdPc. Antara model

pengajaran yang saya gunakan ialah model pengajaran sosial, model pengajaran

masteri, model pengajaran ekspositori dan model pengajaran koperatif. Manakala,

teori pengajaran yang menjadi pilihan saya ialah teori behaviourisme, teori kognitif,

teori sosial dan teori humanisme.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 20


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, saya lebih memilih untuk mengaplikasi

model pengajaran sosial, model pengajaran koperatif, model pengajaran masteri dan

model pengajaran ekspositori. Bagi pengaplikasian model-model pengajaran ini, saya

memilih kesesuaian tajuk dan pendekatan yang akan digunakan dalam sesi PdPc

yang saya jalankan. Bagi subjek bahasa Inggeris Tingkatan dua (2), kesemua model

pengajaran berkenaan dapat saya aplikasikan dalam sesi PdPc kerana tajuk-tajuk

dalam rancangan pengajaran tahunan (RPT) adalah bersesuaian dan bersifat bebas.

Tambahan itu, terdapat empat (4) komponen dalam bahasa Inggeris iaitu ‘writing’,

‘reading’, ‘listening’, dan ‘speaking’. Keempat-empat komponen ini memiliki sifat

bebas yang tersendiri memudahkan pengaplikasian model-model pengajaran seperti

yang dinyatakan. Misalnya, bagi tajuk berkaitan kerakyatan ataupun nasionalisme,

unsur model seperti model sosial dan model koperatif boleh diterapkan dalam

pengajaran tajuk ini.

Bagi teori pengajaran yang diaplikasi dalam subjek ini iaitu teori kognitif dan

teori pembelajaran konstruktivisme. Teori pembelajaran kognitif berperanan dalam

membantu murid mengaitkan pembelajaran lama dan menghubungkannya dengan

pembelajaran baru. Manakala, bagi teori konstruktivisme membolehkan murid

menerima pengetahuan melalui persekitaran dan pengalaman dirinya. Murid bukan

sahaja menerima ilmu pengetahuan bahkan memproses ilmu yang ditimba pada masa

sebenar melalui perubahan skema dalam mindanya.

Selain itu, model pengajaran yang saya selalu gunakan dalam mata pelajaran

matematik adalah model pengajaran masteri. Dalam model ini, murid biasanya

dikehendaki menguasai dan memahami kandungan PdPc sebelum beralih ke topik

yang baru. Penguasaan murid amat dititikberatkan dalam model ini terutamanya bagi

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 21


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

subjek matematik. Hal ini kerana mata pelajaran matematik adalah berkaitan konsep

dan pemahaman terhadap sesuatu konsep yang saling berkaitan dengan konsep yang

lain. Oleh itu, saya memilih untuk mengaplikasi model pengajaran masteri dalam

mata pelajaran matematik.

Tambahan itu, bagi mata pelajaran pendidikan seni pula, saya lebih memilih

untuk menggunakan model pengajaran sosial dan koperatif kerana dalam subjek ini

saya amat menerapkan budaya kerja secara berkumpulan. Kerja berkumpulan ini

akan memberi murid lebih kebebasan dalam memberikan idea dan mengekpresi diri

mereka dalam berkarya. Guru memainkan peranan penting sebagai model dalam sesi

PdPc. Oleh kerana murid berkeperluan khas memerlukan bimbingan secara

berterusan, saya telah menyediakan langkah-langkah dalam menghasilkan sesebuah

karya seni bagi rujukan para murid.

Saya telah memecahkan langkah-langkah berkenaan kepada kemahiran yang

lebih kecil. Langkah ini dikenali sebagai analisis tugasan. Menurut Lee Lay Wah

(2009) dalam laman sesawang http://epkhas.ses.usm.my/content/analisis-tugasan,

analisi tugasan merupakan proses penting dalam perancangan pengajaran murid

berkeperluan khas. Analisis tugasan ini juga merupakan proses memecahkan atau

membahagikan aktiviti yang susah ataupun kompleks kepada langkah yang lebih

ringkas. Murid-murid diajar sehingga menguasai langkah-langkah ini dalam sesi

PdPc. Dengan ini, sesuatu kemahiran ataupun konsep dapat dipelajari dengan mudah

oleh murid berkeperluan khas. Saya juga turut menyediakan bahan sokongan seperti

gambar bagi setiap langkah supaya murid lebih memahami langkah-langkah yang

dipelajari.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 22


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

10. Amalan Penyediaan Contoh Berbentuk Visual dalam membantu Meningkatkan

Kefahaman Murid

Sepanjang latihan mengajar ini, saya telah mempraktikkan amalan penyediaan

contoh-contoh termasuklah contoh-contoh isi kandungan pembelajaran dan contoh

aktiviti berbentuk visual. Bagi penyediaan contoh-contoh isi kandungan, saya lebih

mempraktikan penggunaan contoh yang bermula daripada contoh yang mudah

sehinggalah ke peringkat yang lebih kompleks lagi. Dalam bilik darjah, penggunaan

contoh ini terbaik jika dihasilkan secara multisensori kerana ini dapat meransang

pelbagai deria murid dan mampu menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku serta-merta. Lebedeff (2010) dalam jurnal artikel yang bertajuk ‘Penerokaan

Kesan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Visual Imej dalam Kalangan

Pelajar Cacat Pendengaran’, berpendapat imej berperanan alat yang menggalakkan

kanak-kanak untuk berfikir dan harus digunakan oleh guru sebagai sumber budaya

bagi semua bidang ilmu. Selain itu, Felder dan Solomon (2013) dalam sumber yang

sama menyatakan proses penyerapan maklumat diserap secara berkesan dengan

bantuan contoh-contoh demonstrasi, filem, video, gambar dan gambar rajah apabila

murid masalah pendengaran melihat contoh-contoh berkenaan. Marien (2010) dalam

sumber yang sama juga berpendapat satu (1) gambar tunggal kemungkinan

membawa seribu rujukan. Tambahan itu, Cavanaugh (2006) dalam sumber yang

sama menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan imej

mampu menyokong tahap kefahaman murid, penyimpanan dan aplikasi. Sehubungan

itu, saya juga merasakan bahawa penggunaan contoh-contoh yang unik dan pelbagai

mampu menimbulkan perasaan ingin tahu dan meransang minat murid untuk

mengikuti sesi PdPc sehingga tamat.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 23


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

11. Keperluan dalam Membuat Jurnal Refleksi bagi Guru Pelatih

Penyediaan refleksi harian dan mingguan adalah sebuah catatan yang penting

kepada guru pelatih. Penulisan refleksi ini mampu membantu guru pelatih untuk

merancang PdPc dengan lebih berkesan. Menurut Mohd Hassan Abdullah & et (2019)

dalam jurnal yang bertajuk ‘Manual Refleksi Kritis’, penulisan refleksi ini membantu

guru pelatih dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Faizah Abd

Majid (2008) dalam jurnal yang sama turut menyatakan bahawa penulisan refleksi

kritis membolehkan guru pelatih untuk menghayati pengalaman latihan mengajar

yang mereka lalui secara mendalam. Lucas (2008) dalam jurnal yang sama juga turut

berpendapat penulisan refleksi mampu membantu guru pelatih dalam menggunakan

teori pengajaran dan pembelajaran dengan alam mengajar yang sebenar. Oleh itu,

saya telah melatih diri untuk menulis refleksi mingguan kerana menerusi penulisan

refleksi ini saya dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan selain mampu

meningktkan pengetahuan diri saya dari aspek pedagogi dalam pendidikan. Penulisan

refleksi juga berkait rapat dengan perasaan sebenar guru pelatih seperti saya dalam

merakam buah fikiran, perasaan, pandangan dan kemahiran terhadap sesuatu sesi

PdPc yang telah dijalankan. Bagi saya, penulisan refleksi ini membantu dalam

menambahbaikan cara dan kaedah pengajaran yang saya praktikan selama di

sekolah mahupun dalam sesi pengajaran secara maya.

11. Relevensi Subjek di Universiti dengan Keperluan di Sekolah

Sepanjang pengalaman selama lima (5) minggu menjalankan latihan mengajar

di sekolah dan seterusnya menjalani latihan mengajar atas talian, saya telah

mengaplikasi pelbagai ilmu-ilmu yang telah saya pelajari sepanjang tempoh saya di

universiti ini.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 24


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Saya telah mempelajari kursus-kursus seperti PPK 345 Kaunseling Keluarga

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, PPK 223 iaitu Kemahiran Hidup dalam Pendidikan

Khas, PPk 211 Masalah Pembelajaran, PPK 431 Pendekatan Pengajaran Pelajar

Disleksia, Pgt 219 Penghantar Kaedah Ilmu Kemanusiaan, PPK 212 Masalah

Pendengaran, PPK 334 Pengurusan Masalah Emosi, Tingkah-Laku Kanak-Kanak,

PGT 436E ‘Information & Communication Technology in Education’ dan PGT 201E

‘Instructional Technology Practices’ dan lain-lain lagi.

Bagi kursus-kursus yang saya telah nyatakan diatas, saya merasakan

pengetahuan dan apa yang saya pelajari dalam kursus-kursus berkenaan amat

releven dengan keperluan kemahiran dan pengetahuan yang saya perlukan semasa

berhadapan dengan murid-murid. Manfaat daripada kursus-kursus diatas adalah

seperti:

i. Aspek pengurusan kelas

Dari segi pengurusan kelas, ilmu yang saya peroleh daripada kursus-kursus

berkenaan seperti dalam aspek pengurusan masa, cara pengawalan tingkah-laku

murid yang bermasalah ataupun menghadapi tantrum, cara pengekalan tingkah-laku

baik dalam bilik darjah, pencorakan atmosfera positif dan konduksif di dalam bilik

darjah, cara memupuk dan melibatkan penyertaan semua murid dalam bilik darjah

yang mempengaruhi gaya pembelajaran dan sifat saya semasa dalam bilik darjah.

Apabila berdepan dengan situasi ataupun konflik, sebagai seorang guru, saya harus

bijak mencari jalan solusi untuk meleraikan konflik dengan tenang dan adil kepada

kedua-dua belah pihak. Berbekalkan ilmu yang saya pelajari dalam menangani

konflik ini, saya mampu mengawal keharmonian kelas dan memastikan perhatian

murid selalu terarah kepada fokus PdPc pada hari berkenaan.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 25


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

ii. Persediaan Pengajaran

Pengetahuan berkenaan kepentingan persediaan sebelum mengajar juga

menyumbang kepada keberkesanan rancangan PdPc yang saya jalankan.

Pengetahuan berkenaan perkara-perkara yang perlu saya perhatikan seperti

kesesuaian aktiviti, tahap pengetahuan dan kemahiran murid, peruntukan masa,

kepadatan isi kandungan pelajaran, objektif pengajaran, bahan-bahan pengajaran

yang digunakan dalam sesi PdPc adalah selamat untuk semua murid, berdasarkan

minat dan waktu PdPc dijalankan. Tambahan itu, melalui ilmu-ilmu yang telah saya

pelajari dalam kursus-kursus tersebut juga, saya menyedari bahawa dalam

persediaan mengajar ini juga, saya harus peka terhadap pemilihan teori, teknik, dan

model pengajaran yang bersesuaian dengan input utama kandungan pengajaran dan

pembelajaran pada hari tersebut disamping mengambil kira penerapan nilai murni

serta cara mengekalkan perhatian murid dalam bilik darjah. Saya juga mengambil

kira tahap kebolehan murid dan menyediakan tugasan serta mngambil kira

penyampaian isi kandungan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan

dan kemampuan mereka.

iii. Pelaksanaan Pengajaran

Semasa pelaksanaan pengajaran juga, saya telah dilatih dan diterapkan

berkenaan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan proses penyampaian

pengajaran saya berbentuk interaktif, memberi motivasi dan galakkan kepada murid,

menarik, lancar serta melibatkan penglibatan semua murid dalam aktiviti dan

tugasan dalam pembelajaran yang menyumbang kepada keberkesanan proses PdPc

saya. Dalam pelaksaan pengajaran ini juga, saya merasakan amat perlu guru

mengaitkan pengetahuan murid dalam pembelajaran lalu dan menghubungkaitkan

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 26


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

pengetahuan berkenaan dengan pembelajaran semasa. Saya juga turut menyediakan

jadual ringkas yang dilengkapi dengan catatan ringkas bagi setiap langkah sebagai

rujukan saya semasa mengajar. Hal ini untuk memastikan saya tidak menggunakan

masa secara berlebihan dan memastikan sesi pengajaran tersebut dijalankan dalam

masa yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, saya juga berpendapat penggunaan bahasa yang mudah

difahami dan penggunaan bahasa yang berunsur sinomin atau antonim mampu

membantu murid khas dalam memperkembang dan memahami apa yang

disampaikan oleh guru. Misalnya, bagi subjek Bahasa Inggeris, saya selalu

menyediakan ‘words bank’ sebagai cara meluaskan kosa kata murid. Dari segi

penerangan juga, penerangan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

adalah sesuatu kewajipan disamping mengaplikasi cara penggunaan gambar dalam

memperkukuh pemahaman murid disamping teknik pengulangan juga turut

diterapkan.

iv. Pentaksiran dan maklum balas

Dari segi pentaksiran dan maklum balas, saya telah diajar untuk menyediakan

latihan ataupun lembaran kerja, kuiz ringkas, soalan, tugasan dan pelbagai cara lagi

dalam mengukur tahap kefahaman murid. Saya suka menyediakan pentaksiran

berbentuk lembaran kerja kerana bagi saya kelas tingkatan yang saya ajar

mempunyai perbezaan tahap belajar yang berbeza. Maka, disini saya menyediakan

dua (2) jenis lembaran kerja bagi kedua-dua tahap murid ini.

v. Sifat-sifat professional

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 27


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

Sejujurnya berdasarkan kursus-kursus ini, saya diajar dengan pelbagai

kemahiran yang meliputi kemahiran seseorang guru dalam dan luar bilik darjah

selain mempengaruhi personaliti guru yang sentiasa bersedia, menyedari

tanggungjawab terhadap murid, pengetahuan terhadap pedagogi dalam pendidikan,

kemestian dalam bersifat terbuka, ringan tulang, menginginkan kesempatan

mempelajari pengalaman dan ilmu baharu, cara mengatasi dan menyelesaikan

masalah, pandai menggunakan kemahiran komunikasi dan lain-lain lagi. Tuntasnya,

kursus-kursus yang saya pelajari ini sedikit sebanyak menyumbang kepada nilai-nilai

dalam pembawakan diri saya sebagai seorang bakal guru yang berkualiti kelak.

vi. Kemahiran teknologi

Saya juga banyak didedahkan dengan penggunaan dan pengaplikasian

teknologi dalam sesi PdPc. Dua (2) kursus yang menyediakan pengetahuan ini iaitu

PGt 436E dan PGT 201E. Dalam kursus ini, saya dan rakan-rakan didedahkan

dengan pelbagai jenis teknologi dan teknologi bantuan ataupun khas bagi keperluan

individu berkeperluan khas. Selain itu, saya juga telah diberi tugasan dalam

menyediakan perancangan mengajar dan mengajar menggunakan kemahiran

teknologi ini dalam sesi ‘mikroteaching’.

Saya berasa sangat bersyukur apabila penggunaan ilmu-ilmu teknologi ini

diguna pakai pada masa PKP dimana saya telah diarahkan untuk melakukan sesi

pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Pada masa ini lah saya

menggunakan ilmu ini dan membantu menyampaikan sesi PdPc secara dalam talian

dengan berkesan dan lancar. Tambahan itu, saya juga turut mempelajari bahasa

isyarat dan didedahkan dengan pengetahuan dalam ‘braille’ bagi kursus PPK 212 dan

PGt 436E, dimana pengetahuan ini merupakan bentuk teknologi sederhana dalam

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 28


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

teknologi yang membantu saya untuk berkomunikasi bersama murid yang mengalami

keperluan khas dalam penglihatan dan pendengaran. Malah, ilmu teknologi ini juga

banyak menyumbang kepada pengahasilan sesi PdPc yang menarik, penyediaan

bahan bantu mengajar yang kreatif dan pelbagai sesuai dengan peredaran dan cita

rasa murid pada masa sekarang.

12. Matlamat dan Arah Tuju Guru Pelatih

Sebagai seorang guru pelatih dan bakal guru, pengalaman dan ilmu yang saya

telah timba dan rasai di menara gading ini akan saya ingat dan praktikan pada masa

hadapan apabila bergelar seorang guru nanti. Saya menyedari bahawa saya seorang

yang begitu mementingkan rasa puas mengajar dimana saya merupakan seseorang

yang amat mementingkan kesedian, inti pati dalam pengajaran dan pemerolehan ilmu

daripada setiap murid. Saya percaya bahawa semuanya adalah lahir daripada niat

ikhlas dalam menyumbang dan menyampaikan ilmu kepada anak-anak istimewa ini

agar mereka boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dan

menjadi berdikari pada masa hadapan. Yang pahit ditelan dan yang manis dikenang

merupakan adat resam dalam kehidupan. Umpama pokok yang baru tumbuh,

memerlukan cahaya matahari sebagai penyinar, memerlukan air untuk keperluan

hidup dan baja bagi mengekalkan nutrisi sepanjang proses pertumbuhan begitu juga

kita sebagai manusia yang memerlukan cahaya matahari sebagai motivasi, air sebagai

pelengkap dan baja sebagai tambahan supaya bertumbuh mekar hari demi hari. Saya

berharap pada masa hadapan iaitu semasa posting, saya dapat mengaplikasi segala

ilmu yang telah dipelajari dan tidak mudah alpa dalam memberikan ilmu kepada

golongan khas ini berteraskan niat yang mendalam untuk membantu menyumbang

ilmu kepada golongan ini. Jika sebaliknya, saya akan berkongsi ilmu-ilmu yang telah

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 29


2
ISU-ISU SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

saya pelajari melalui kelas tuisyen ataupun menyertai program khidmat masyarakat

supaya ilmu ini sentiasa dipraktikkan. Saya juga berhasrat dalam menimba ilmu ke

peringkat yang lebih tinggi lagi jika ada kesempatan. Saya merasakan saya ingin

mendalami ilmu ini bagi membantu golongan khas ini dalam pelbagai aspek

kehidupan mereka.

FOLIO HARIAN LATIHAN MENGAJAR (KAREN DAY, 135682) 30

Anda mungkin juga menyukai