Anda di halaman 1dari 29

CABARAN DAN HALATUJU PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS.

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan di negara kita masa kini telah banyak melalui transformasi yang memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Perubahan dan pembaharuan dalam sistem pendidikan dilihat sebagai peluang untuk menguji potensi, kemampuan dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu. Mereka perlu sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di atas kesedaran itu sanggup meningkatkan keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan mengikut keperluan. Guru bertaraf dunia bukan sahaja merancang strategi pengajaran-pembelajarannya dengan teliti dan sentiasa membuat persediaan untuk membuka peluang kepada pelajar melakukan penerokaan malah merancang pelbagai laluan pembelajaran dengan kemahiran yang tinggi. Cabaran dalam profesion perguruan masa kini memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Pekerjaan yang penuh cabaran ini menguji kemampuan dan ketabahan dalam menguruskan suatu organisasi dengan bijaksana. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil yang mencabar kemampuan dan ketabahan seseorang dalam pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan dengan muridnya tetapi juga bersama organisasi dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran. Pengurusan dalam pendidikan mempunyai satu organisasi yang dibentuk yang mempunyai hala tuju yang mahu dicapai. Halatuju pula bermaksud penetapan matlamat dan sasaran yang hendak dicapai dalam sesuatu organisasi. Pendidikan khas perlu mempunyai visi, misi dan objektif utama dalam mengurus tadbir sesuatu organisasi. Halatuju merangkumi perancangan pentadbiran, program-program utama, peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dan membentuk kepakaran yang beretika. 2.0 Cabaran yang dimaksudkan boleh dilihat dalam pelbagai aspek: 2.1 Individu dan keluarga

Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan. Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas. Segelintir mereka mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam masa yang singkat. Keenganan ibu bapa memahami perjalanan pengurusan pendidikan khas menjadikan ianya semakin sukar untuk dilaksanakan. Bagi mereka anak mereka harus diajar seperti murid aliran perdana yang lain. Keghairahan menjadikan anak mereka sama dengan rakan sebaya sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pengurusan

pendidikan khas. Walau bagaimanapun ada sebahagian mereka pula menyerahkan sepenuhnya anak mereka kepada pihak sekolah. Mereka mengharapkan sepenuhnya kepada guru pendidikan khas mendidik anak mereka dalam segala aspek. Kedua-dua situasi ini menjadi satu cabaran yang besar dalam pendidikan khas. Hal yang demikian kerana tidak ada kesinambungan dan komitmen daripada pihak ibu bapa terhadap pembelajaran anak mereka di luar waktu persekolahan. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan transformasi dalam pendidikan. Terdapat sebahagian ibu bapa merasa rendah diri kerana mempunyai anak yang tidak sempurna dan berasa malu pada ahli keluarga yang lain. Ada sebahagiannya pula mengasingkan diri dari ahli keluarga lain.

Dari aspek individu murid pula adalah berbeza diantara satu sama lain. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Cabaran utama bagi guru-guru pendidikan khas bagaimana untuk mendapat kepercayaan dari anak-anak istimewa ini. Bukan senang untuk berhadapan dengan mereka kerana setiap orang kanak-kanak istimewa tersebut biasanya mempunyai pelbagai kelainan. Kesediaan anak-anak istimewa ini memasuki alam persekolahan juga dengan cara yang berbeza. Ini dapat dilihat pada faktor kematangan dan kesediaan fizikal berhadapan dengan rakan-rakan baru di sekolah. Besar kemungkinan layanan yang diterima di sekolah tidak sama dengan dirumah. Setiap hari mereka perlu mengikuti peraturan-peraturan sama seperti rakan sebaya mereka. Guru akan menghadapi berbagai bagai gaya dan karenah daripada murid-murid pendidikan khas ini kerana kebanyakan mereka tidak pernah mengenali alam persekolahan pada peringkat awal. Mereka mahu dilayan sebagaimana ibu bapa mereka melayan mereka di rumah. Guru sebagai pengganti ibu bapa perlu peka kepada keperluan mereka setiap masa. Termasuklah dalam pengurusan emosi dan amalan berdikari. Cabarannya ialah mungkin apa yang diberi oleh guru tidak sama dengan apa yang mereka terima dirumah. Sangat sukar bagi guru berhadapan dengan mereka yang mempunyai kepelbagaian yang pelbagai. Hanya dengan kesabaran dan

keperihatinan serta kemampuan memberikan layanan yang baik dalam pelbagai aspek mampu meningkatkan kepercayaan murid terhadap guru pendidikan khas. Kepercayaan dan kasih sayang mereka terhadap guru akan melebihi kepercayaan dan kasih sayang terhadap ibu bapa mereka sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dengan kepelbagaian mereka.

Cabaran juga dilihat dalam menguruskan murid-murid pendidikan khas yang berada di dalam kelas inklusif . Kelas inklusif yang berjaya memerlukan guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu bersikap jujur dan terbuka. Perkara yang sering diperkatakan ialah layanan yang diberikan terhadap murid pendidikan khas dan keprihatinan guru dalam membimbing mereka bersama murid biasa. Kita juga melihat peranan yang perlu dipikul oleh guru pendidikan khas semasa menghantar murid mereka ke kelas inklusif. Murid inklusif ini mempunyai potensi untuk cemerlang sama dengan murid biasa tetapi mereka memerlukan lebih bimbingan dan motivasi yang tinggi untk berdaya saing.

2.2 Sosial dan persekitaran Sosial dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan pendidikan khas. Sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan muridmurid pendidikan khas merupakan satu lonjakan ilmu yang perlu diterokai bersama. Masyarakat mempunyai pelbagai perbezaan gaya hidup dan kepercayaan. Cabaran yang sangat besar bagi pengurusan pendidikan khas adalah dalam memberikan kesedaran dan membetulkan tanggapan mengenai pendidikan untuk kanak-kanak kelainan upaya. Bukan semua daripada mereka mempunyai kemampuan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan sara hidup anak-anak mereka. Malah kebanyakan kanak-kanak kelainan upaya ini datang dari keluarga yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk memberikan kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan keperluan. Kita mengharapkan sokongan dan komitmen dari ahli masyarakat dalam menangani masalah tingkah laku dan displin serta penderaan kanak-kanak. Sokongan masyarakat sangat penting bagi meredakan kegundahan hati ibu bapa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran membesarkan anak-anak kurang upaya. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka bagi menggalakan masyarakat

bersifat penyayang dan prihatin. Hubungan dengan ahli komuniti yang lain perlu dijaga supaya semua orang sekeliling faham mengenai pengurusan anak-anak pendidikan khas. Pengurusan pendidikan khas menghadapi cabaran dalam menerapkan nilai-nilai simpati dan empati dalam kalangan ahli masyarakat atas nama kesedaran dan tangungjawab. Kegiatan-kegiatan kerja amal dalam masyarakat masih lagi kurang mendapat sambutan dan penglibatan dalam badan-badan sukarela hanya dalam kalangan ahli yang terlbat sahaja. Oleh yang demikian pelbagai kemudahan dalam persekitaran dapat diusahakan bersama . Namun demikian bukan disemua tempat segala kemudahan itu disediakan malah ada segelintir yang menyalahgunakannya. Menerapkan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat mengenai keperluan golongan kelainan upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Lontaran pandangan sinis dan serong terhadap golongan ini secara negatifnya akan memberi impak kepada pergaulan kanak-kanak kelainan upaya dalam masyarakat. Kita lihat juga di persekitaran sekolah dimana penerimaan pentadbiran sekolah dalam membuka ruang kepada murid-murid pendidikan khas. Pengintegrasian sesuatu program bukanlah sesuatu yang mudah hendak dilaksanakan. Kesanggupan berkongsi segala kemudahan yang ada dan memberikan keutamaan kepada murid-murid pendidikan khas merupakan antara sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Kebanyakan sekolah lebih berfokus kepada kecemerlangan dan bukan kepada kebajikan kerana ianya membawa kepada impak yang lebih besar. Bukan semua program integrasi mendapat tempat yang selesa dan mempunyai ruang yang cukup bagi menampung keperluan aktiviti mereka. Pentadbir melihat program pendidkan khas ini seolah sekadar menumpang disatu sudut yang lain atau menjadi tempelan sahaja kepada sekolah. Masyaralat sekolah memandang ianya satu program yang bukan menyumbang kepada kecemerlangan dan pembangunan sekolah. Inilah cabaran yang sangat besar yang perlu dihadapi oleh pengurusan pendidikan khas. Dalam melaksanakan tugasan hakiki dan berdaya saing dengan ahli masyarakat sekolah yang lain maka pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hala tuju supaya program ini akan dipandang sama hebat dengan program lain. Kerjasama dengan badan-badan atau persatuan yang boleh memperjuangkan hak-hak kanak-kanak kelainan upaya sangat memberi impak. Kita semua perlu bersatu menetapkan satu perjuangan yang sama supaya akan timbul kesedaran dalam

kalangan mereka bagi menghargai golongan yang kurang bernasib baik. Jabatanjabatan kerajaan turut memainkan peranan membuka ruang dan menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan berbanding kepentingan peribadi. Pelbagai aktiviti dan program perlu dirancang bagi membuktikan bahawa pengurusan pendidikan khas boleh berdaya saing dan mempunyai matlamat jangka panjang. Kesedaran dapat dilihat sudah banyak badan-badan sukarela menjalankan aktiviti-aktiviti bersama dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. 2.3 Personel dan Kepakaran Asas terpenting yang perlu dimiliki dalam sesuatu organisasi pendidikan ialah personel yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Personel inilah yang akan membentuk dan menggerakkan sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Menurut Greenlaw dan Kohl dalam buku Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan(zaidatol,2003), pengurusan personel merangkumi semua keputusan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi. Termasuklah aspek motivasi, melatih dan menyediakan keperluan serta kefungsian personel. Dalam konteks cabaran dalam pengurusan pendidikan khas, pengurusan sekolah berusaha membentuk personel seorang guru yang mempunyai nilai-nilai etika dan kredibiliti sebagai seorang pendidik. Semua peringkat dalam pengurusan perlu memberikan perhatian dan mengambil berat kebajikan guru dalam memberikan ruang keselesaan. Pengurusan perlu bijak meletakkan guru di tempat yang betul dengan minat dan kepakarannya. Kecekapan sesuatu pengurusan dapat dilihat dengan sumbangan dan kerja buat seorang guru yang mampu melaksanakan tugasan dengan efisyen. Tugas seorang guru sebagai pengurus kanak-kanak istimewa ini sangat mencabar. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan meneliti pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap murid pendidikan khas, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah guru perlu mampu memahami serta mengenali setiap jenis murid didalam kelas supaya mereka juga boleh mencapai kejayaan

daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Cabaran yang paling besar bagi guru pendidikan khas ialah bukan sahaja memberikan pendidikan malah memastikan mereka juga boleh melakukan amalan berdikari dalam kehidupan harian mereka. Amat sukar untuk dipastikan sebanyak mana amalan tersebut dipraktikan di rumah dan mempunyai kesinambungan yang berterusan. Pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat perancangan mengurus bagi menentukan keperluan dalam sesuatu organisasi. Ini bermaksud mengetahui bilangan guru yang diperlukan dalam sesuatu organisasi mencukupi dengan keperluan. Kebanyakan program pendidikan khas sering mengalami kekurangan guru. Tenaga pengajar yang tidak cukup akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid khas. Oleh yang demikian lahirlah guru-guru yang dilatih secara segera oleh kementerian termasuklah yang bertukar opsyen. Pengurusan pendidikan khas terpaksa berhadapan dengan tenaga kerja yang kurang berpengetahuan, kurang kepakaran dan tidak mempunyai minat dengan pendidikan khas. Kewibawaan dan kebolehan guru pendidikan khas pula sering dipertikaikan kerana usaha melahirkan seorang kelainan upaya yang cemerlang sangat sukar dilakukan. Kecemerlangan mereka dinilai oleh prestasi murid pendidikan khas dalam akademik. Guru perlu sentiasa mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kesediaan menggunakan pelbagai alatan pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran. Namun demikian masa untuk menghasilkan seorang insan yang cemerlang dalam kalangan kelainan upaya memerlukan masa yang amat panjang. Sikap kebanyakan guru pendidikan khas sendiri yang terlalu mengambil mudah dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugas. Alasan kerana mengajar pendidikan khas bukanlah satu helah yang baik untuk tidak memberikan kerjasama dalam organisasi sekolah. Inilah satu cabaran dalam pengurusan pendidikan khas kerana keseluruhan organisasi akan dipandang sepi kerana sikap beberapa orang guru yang sedemikian. Begitu sukar meletakan satu-satu kepakaran mengikut minat dan kebolehan guru dalam pengurusan pentadbiran. Kepakaran itu boleh diperolehi dengan usaha latihan dan bacaan, kursus, pembelajaran kendiri. Inidividu guru itu sendiri perlu mengapliksikan kepakaran yang ada bersama organisasi lain atau kepakaran itu tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. Ini satu cabaran yang sukar dihadapi kerana ianya bergantung kepada minat dan komitmen guru dalam menjana idea dan perkongsian maklumat. Bekerjasama sebagai satu kumpulan guru-guru biasa dan

guru khas merupakan satu himpunan kepakaran dan resos yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian murid. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut akan mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Pengurusan pendidikan khas perlu melahirkan personel yang mempunyai kepakaran dan kualiti kerja yang seimbang dengan penampilan peribadi. Cabaran memupuk hubungan baik dengan dalam satu organisasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan daya pengeluaran dalam satu kerja berpasukan. Struktur organisasi perlu membina hubungan baik dan menyediakan latihan bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan dan mempertingkatkan kepakaran personel. 3.0 HALATUJU PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS Halatuju dalam amalan pendidikan telah jelas dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Khas iaitu satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Halatuju bermaksud menetapkan sasaran, misi, visi dan objektif keseluruhan dalam sesuatu organisasi. Pengurusan pendidikan khas dalam sesuatu organisasi akan berjaya apabila terdapat komitmen sepenuhnya terhadap kualiti. Pentingnya melaksanakan visi dan misi haruslah seiring dengan kecemerlangan tindakan. Tribus 1994, dalam buku Mengurus Kualiti Di Sekolah(2004), mengatakan matlamat hendaklah tetap dan tidak berubah-berubah setiap hari. Justeru itu hasrat organisasi untuk mempunyai hala tuju yang betul perlu selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi pendidikan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran dalam pendidikan. Secara keseluruhannya perbincangan halatuju dalam konteks pengurusan pendidikan khas merangkumi aspek: 3.1 Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Khas Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Visi

Pendidikan Khas pula bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada mereka dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Pentadbiran pendidikan khas perlu menyusun atur bidang tugas dengan bijak supaya tidak berlaku pertindihan tugas yang boleh menjejaskan kualiti guru dan keseluruhan organisasi. Pembahagian tugas yang adil dan sentiasa memantau pengurusan kerja serta memberikan khidmat bantu membolehkan seseorang guru itu menjalankan tugas di atas landasan yang betul. Pentadbiran pendidikan khas perlu mempunyai acuan yang tersendiri dengan gaya kepimpinan yang berkesan. Pentadbiran pendidikan khas perlu melihat secara menyeluruh dari aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, pengurusan kewangan dan pentadbiran. Tugas-tugas tersebut harus difahami dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai penetapan perancangan strategik dengan sumber-sumber yang cukup sesuai dengan keupayaan membangunkan organisasi. Hubngan baik dengan rakan sekerja yang bersedia menerima kritikan, idea dan mencari jalan penyelesaian masalah. 3.2 Personel Dan Kepakaran Menurut Atan (1991), guru mempunyai tugas yang mulia dan penting kerana di tangan gurulah letaknya rakyat pada masa hadapan. Jika tugas guru itu dijalankan dengan baik, masyarakat beruntung kerana menjadi rakyat yang berguna tetapi jika berlaku sebaliknya, masyarakat akan menanggung kerugian yang besar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Mereka perlu diberi ruang menjalani kehidupan yang bermakna dan mampu menjalani hidup berdikari dalam masyarakat. Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik murid kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu

pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap setiap daripada mereka memerlukan kaedah pengajaran tersendiri. Pentadbir pendidikan khas perlu merupakan seorang yang menjadi pakar rujuk dalam segala aspek. Pengetahuan dan pengalaman adalah gabungan yang boleh memimpin guru-guru lain. Halatuju yang cemerlang memerlukan guru yang mempunyai keperibadian yang unggul, bersikap positif, memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran dan beretika. Guru perlu berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan supaya kewibaan dan kebolehan mengendalikan murid-murid pendidikan khas tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu keupayaan berkomunikasi dan berkolaborasi dengan semua pihak membawa kepada satu budaya kerja cemerlang dan berkualiti. Guru pendidkan seharunya berani membuat anjakan minda dan sentiasa membuat pelabagai inovasi dalam pengajaran sebagai tuntutan atas satu usaha yang bersungguh-sungguh. Kepakaran yang dimiliki menjadi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran yang membawa kepada kecemerlangan dalam pendidikan khas. Perkongsian ilmu dapat meningkatkan prestasi kerja dan memperbaiki kelemahan diri. Mohd Taib Hj Dora, 2005 dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesioanal(2010), mengatakan seorang guru itu perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan profesion perguruan. Guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual yang tinggi supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Ketrampilan diri hendaklah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan iman yang kuat agar tidak kecundang dengan tewas dengan tanggapan negatif pihak lain. Halatuju guru dalam merealisasikan misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini setiap masa. Disamping itu berusaha mengaplikasi

kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru pendidikan khas perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Kedua-dua guru kelas biasa dan guru khas perlu bersedia untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dipersetujui serta berkesanggupan untuk merancang dan bekerjasama dalam semua aspek aktiviti dan isu. Penting sekali adalah kita tidak boleh mengenepikan, mengabaikan atau mengecilkan pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas ini. Isu isu pengasingan dan pelabelan membangkitkan semangat dan kekuatan untuk bangun berdaya saing. Murid-murid pendidikan sudah boleh berada dalam kelompok murid-murid biasa dan menjalankan aktiviti kurikulum serta kokurikulum bersama. Program inklusif banyak membantu menjadikan mereka berdaya saing dan berketrampilan setanding dengan rakan sebaya. Justeru itu program inklusif perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya supaya murid-murid pendidikan khas boleh berpeluang membuktikan keupayaan mereka dalam bidang akademik. Guru pendidikan khas harus berusaha dan menunjukkan kepakaran dalam pelbagai bidang supaya kebolehan dan kepakaran itu tidak boleh dipertikaikan. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.

3.3 Peranan Ibu bapa dan Masyarakat

Kita melihat perkembangan program pendidikan khas masa kini semakin diterima dengan baik. Sambutan dari pihak ibu bapa sangat menggalakan demi kesedaran dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak istimewa. Akta pendidikan wajib telah memperlihatkan kedudukan kanak-kanak kelainan upaya juga berhak diberi pendidikan yang selayaknya seperti kanak-kanak yang seusia mereka. Bukan mudah bagi pihak ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada orang tidak mereka kenali. Guru sentiasa perlu bersedia memberikan harapan dan menunjukkan kecekapan mereka agar kewibawaan mereka dalam mendidik anak-anak kelainan upaya tidak dipandang remeh. Pihak pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa dan sentiasa berkolaborasi demi kejayaan anak-anak pendidikan khas. Keberkesanan dan pemantapan program sangat memerlukan sokongan daripada institusi keluarga dan masyarakat. Pendapat Sharifah Alwiyah Al Sagoff, 1985 dalam buku Kepimpinan Pendidikan di Malaysia92005), mengatakan sekolah dan keluarga perlu mempunyai aspirasi , nilai dan sikap yang ada kesinambungan antara sekolah dan rumah. Hal ini akan mengeratkan hubungan baik dua pihak dalam mencapai visi pengurusan pendidikan khas. Ibu bapa dan masyarakat juga akan menjadi role model kepada ibu bapa lain dan anak-anak pendidikan khas. Kesediaan ibu bapa dan masyarakat memberi sokongan dalam program-program anjuran sekolah dan penglibatan dalam majlis ilmu seperti seminar ke ibu bapaan membawa kepada hala tuju yang sama. Kerjasama dengan badan-badan sukarela dan NGO akan membuka ruang dan pemikiran yang lebih luas dan terbuka. Disinilah tempat yang paling sesuai untuk mereka bertukar-tukar pendapat, menjana idea dan memberikan kritikan membina dalam usaha memahami keperluan pendidikan masa kini. Kesedaran dalam kalangan mereka merupakan satu sokongan dan berfungsi sebagai penyumbang dalam kemajuan pendidikan. Persepsi ibu bapa dan masyarakat terhadap pengurusan sekolah perlu berubah mengikut keperluan semasa tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu program. Semua pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya murid-murid pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seharusnya diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan murid-murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan. Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Senarai rujukan: Atan Long.(1991).Isu-isu latihan mengajar:Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Habib,M (2005).,Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum.Tesis Ph.D.Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohd Taib.(2010).Asas kepimpinan dan perkembangan profesional.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Mohd,A(2008),Mengurus kanak-kanak yang susah belajar.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Noriati, A (2010), Guru dan cabaran semasa.Shah Alam:Oxford Fajar. Razhiyah,K (2008), Menjadi guru pendidikan khas,Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Robiah ,S(1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Syed Ismail, Ahmad Subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia. Zaidatol Akmaliah(2003)Pengurusan dan kepimpinan pendidikan satu langkah ke hadapan.Universiti Putra Malaysia:Serdang Zharulnizam,S (2010),Kepimpinan dan pengurusan pendidikan khas.Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Isu Perlaksanaan Pengajaran:


Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah . Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Hal ini sememangnya amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun mereka menganggap pengajaran akan menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa. Bagi guru yang prihatin, memang akan digunakan latihan di dalam buku namun perlu mempunyai pengisian dan mengajar

dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan murid Pendidikan Khas setiap hari asyik mewarna. Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan baik dan seperti yang sepatutnya. Guru Pendidikan Khas sendiri memandang rendah kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain. Isu seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah. Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Selalunya tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan guru pula duduk rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri. Berbeza pula bagi guru yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin dan mengawasi agar tidak berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.

Cadangan Mengatasi:
Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk

pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran. Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolahsekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam ilmu pengetahuan.
e g B } uru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti. Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

PENDAHULUAN Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan teori-teori yang ada

hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan. Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF. Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.

PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF: 1. Bahan bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah. 2. Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan. 3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru. 4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati. 5. Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

PENDEKATAN TEORI KOGNITIF. 1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula. 2. Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME. Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta

kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. aktif. 2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang

dan perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara kumpulan ketika bermain lego. 3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa

proses belajar dilangsungkan. 4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan

fizikal dan pengetahuan sedia ada murid. 5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

6.

Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses

pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan

murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru. 2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda

murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan. 3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran

terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. 4. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan

sedia ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru. Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan. 5. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid

dalam aktiviti pembelajaran. 6. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif

digunakan dalam proses pembelajaran. 7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik

pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding aktiviti berkumpulan.

TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak. 1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-kanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja. 2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur. 3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. 4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan

masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan membuat penaakulan. Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu satu proses yang merubah struktur kognitif.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan satu sistem maklumat yang baru. 2. Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid pengalaman. 3. Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah. Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu sebelum mempelajari nombor. akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan

4. Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan digalakkan dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa. 5. Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.

TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY. Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan

bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut mengenai scaffolding iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh

melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain. KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep scaffolding . Kanak kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-

kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masingmasing.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan. 2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan. 3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVITSME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

1. Pengalaman pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan keperluan kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup iaitu komponen berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat mengembangkan satu maklumat baru yang berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. 2. Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan namun tahap mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor. Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif pembelajaran. 3. Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha sendiri dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas. Contoh dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama dengan rakan untuk mencipta

sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk melakukannya. 4. Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang kanakkanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang boleh belajar. Oleh yang demikian bahan bahan dan aktiviti pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak-kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing. 5. Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka. Secara tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti pembelajaran.

6. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan membantu kanak-kanak tersebut memakai pakaian mengikut langkah-langkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak-kanak tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut dapat mengingati semula langkah-langkah yang telah dipelajari. 7. Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada pemerhatian. Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak membantu guru mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut.

Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan memberikan jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan pengajaran atau bahan media. 8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana. Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu muridmurid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RUMUSAN.

Keseluruhannya teori teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Teori teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Perkembangan kognitif mereka sangat berkait dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu pengalaman yang baru. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi dengan rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan di atas, saya berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama antara murid, guru dan bahan.