Anda di halaman 1dari 6

Soalan Tugasan

Terdapat pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan kehidupan murid pendidikan khas.
Antaranya ialah stigma masyarkat terhadap MBK,pelabelan dan pengasingan,isu ibadat,
penerimaan ibubapa dan proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan..

Tidak dapat dinafikan bahawa cabaran memang wujud dalam segala bidang termasuklah juga
dengan kehidupan murid pendidikan khas.Cabaran –cabaran yang dihadapi pada masa kini
adalah berdasarkan kepada pelbagai aspek antaranya adalah stigma masyarakat terhadap murid
berkeperluan khas, perlabelan dan pengasingan,isu ibadat, penerimaan ibubapa dan proses
pengajaran dan pembelajaran. Isu-isu ini merupakan isu yang perlu diberi perhatian dan dihadapi
dengan teliti dan cermat dalam usaha memantapkan lagi pendidikan khas.

a) Pengasingan

Pengasingan bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak


normal di dalam sIstem pendidikan dan juga aspek pengajaran dan pembelajaran.
Wujud faktor- faktor negatif dari aspek pengasingan bagi kanak-kanak istimewa ini.
Antaranya ialah :

i) Kanak – kanak istimewa tidak berpeluang berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

ii) Interaksi dan komunikasi yang terhad boleh menjejaskan perkembangan social
kanak-kanak ini.

iii) Guru-guru dan tenaga penagajar tidak ada peluang untuk mengikuti program lain
kerana kemahiran yang ada akan digunakan untuk mengajar kanak-kanak
tersebut secara berterusan.

iv) Peluang pekerjaan yang terhad lantaran mereka hanya menguasai kemahiran
dalam bidang- bidang yang tertentu sahaja.

v) Pergaulan yang terbatas menyebabkan peluang untuk memperkembangkan diri


amat terhad.
b) Stigma pelabelan dan pengelasan

Individu berkeperluan khas menghadapi masalah tambahan iaitu “stigma” yang


dihuraikan oleh ahli sosiologi (Goffman 1953) sebagai satu sifat yang sangat menghina
yang mendatangkan malu dan cela kepadanya.Pendidikan khas cuba mengurangkan
perasaan stigma ini supaya kedua-dua pihak, individu berkeperluan khas dan individu
normal dapat memahami implikasi- implikasi kecacatan dengan mengutamakan individu
berkeperluan khas. Ini sebagai seorang individu .Terdapat juga sebilangan individu
berkeperluan khas yang amat cacat atau menghadapi pelbagai kecacatan hingga mereka
tidak dapat dididik untuk bekerja tetapi mereka harus dilengkapkan kemahiran-
kemahiran hidup yang asas.Salah anggapan yang harus dibetulkan ialah mengubah sikap
masyarakat supaya tidak menggunakan rangkaikata pelabelan dan pengelasan terhadap
mereka.

c) Penerimaan ibu bapa

Setiap insan yang lahir di atas muka bumi ini memerlukan beberapa perkara asas dalam
kehidupan mereka.Kanak-kanak istimewa juga memerlukan keperluan lain.Mereka
juga mempunyai hak untuk dididik dijaga dan disediakan Dalam usaha mendokong
mereka, ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting.Sangatlah perlu
ibubapa dan ahli keluarga memahami tugas, peranan dan tanggungjawab mereka dalam
usaha membangunkan diri insan istimewa ini.

Kelahiran anak yang cacat menjadi satu tamparan hebat yang berpanjangan kepada
ibubapa. Lebih teruk tahap kecacatan, lebih besar masalah yang dihadapi oleh keluarga.
Karnes dan Lee ( 1980) menyenaraikan 7 peringkat perasaan yang dihadapi oleh ibubapa
apabila mereka mengetahui anak yang dilahirkan mengalami kecacatan.

i) Menolak kenyataan - berpegang kepada tidak ada masalah yang wujud.

ii) Perasaan marah – kerana terlalu lemah dan kecewa terhadap anak dan diri
sendiri.Kejadian ini akan menyebabkan penarikan diri dari terus
menyayangi anak atau mendera anak secara fizikal.
Iii) Rasa bersalah – ibubapa seringkali menyalahi diri sendiri atau menuduh antara
satu sama lain.

iv) Perasaan malu – memikirkan bahawa orang tidak menyenangi mereka yang
mempunyai anak cacat.

v) Menyalahi orang – ibubapa menyalahi pihak lain atas keadaan anak mereka.
Contohnya menyalahkan doctor dan guru.Perbuatan ini adalah untuk
memujuk diri sendiri.

Vi) Kawalan berlebihan – ibubapa terlalu menjaga anak hingga menghalang mereka
menyertai aktiviti dengan apa jua aktiviti.

vii) Penerimaan – ibubapa akhirnya menerima hakikkat keadaan anak membantu


perkembangan masa depan anak.

Kecacatan-kecacatan yang kompleks dapat dikenalpasti dengan mudahnya oleh


ibubapa dalam masa tiga tahun selepas kelahiran kanak-kanak tersebut.Di antara
masalah kecacatan yang boleh dikenalpasti dalam usia ini ialah seperti masalah
penglihatan,terencat akal serta kecacatan fzikal yang mengakibatkan
ketidakupayaan menggerakkan kaki dan tangan.

Ibubapa perlu peka dengan kemajuan teknologi berkaitan Pendidikan Khas serta
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai. Mereka juga perlu
meyertai pertubuhan dan organisasi yang khusus untuk kategori anak mereka bagi
mendapatkan khidmat nasihat serta lain-lain keperluan.

Ibu bapa juga perlu tahu aspek mendisiplinkan anak mereka.Anak istimewa perlu
didisiplinkan untuk membezakan antara yang baik dan yang tidak layak, antara yang
boleh dan tidak boleh. Mendisiplinkan anak istimewa adalah satu proses yang
berterusan.Malah ahli keluarga yang lain juga mempunyai pengaruh utama dalam
mendidik dan memelihara merekaUntuk membolehkan kanak-kanak ini dilatih dan
dibimbing dengan cara lebih berkesan,maka perlulah ada kolaborasi dalam system
kekeluargaan di mana kanak-kanak itu tinggal dan membesar.
d) Pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun program pendidikan khas telah lama dilaksanalan di negara ini, namun ia
masih menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam perkembangan dan pelaksanaannya.
Pelbagai langkah-langkah baru serta inovasi telah dilaksanakan .Cabaran – cabaran dan
isu-isu yang dihadapi ini perlu diberi perhatian serius serta tidak dipandang rendah atau
mudah. Antara cabaran yang telah dikenal pasti dinegara ini ialah :

i) Bilangan guru pendidikan khas yang terlatih khusus masih terhad dan tidak
cukup samada di sekolah rendah mahupun menengah.

ii) Masalah ‘burn-out” dalam kalangan guru-guru pendidikan khas kerana mereka
dibebankan dengan pelbagai bidang tugas selain daripada tugas mengajar
di bilik darjah.

Iii) Kesukaran di dalam memperolehi khidmat sokongan samada daripada agensi-


agensi kerajaan ataupun agensi-agensi bukan kerajaan kerana pakar yang
sedia ada adalah terhad.

iv) Tiada kesediaan murid – murid normal menerima murid-murid khas di sekolah-
sekolah integrasi dan sebaliknya.

v) Kerenah birokrasi dalam urusan pendaftaran individu berkeperluan khas sebagai


orang kurang upaya (OKU).

vi) Guru-guru menghadapi masalah kekurangan bahan bantu mengajar seperti CD


dan kaset yang boleh digunakan oleh guru dan murid.

Isu ibadat

Al-Quran adalah sebuah kitab yang menjadi panduan dan pegangan hidup sesorang muslim bagi
menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Setiap muslim yang beriman kepada Allah
wajib mempelajari dan menghayati al-Quran di dalam kehidupannya. Begitu juga dengan
golongan istemewa seperti pekak, bisu dan buta, tuntutan mempelajari al-Quran ke atas mereka
tidak terlepas, namun bentuk perlaksanaannya mungkin berbeza mengikut kemampuan
seseorang.

Permasalahan yang sering berlaku kepada murid pekak,iaitu tidak dapat menyebut huruf-huruf
al-Quran, masalah bunyi huruf, masalah ingatan jangka pendek dan lain – lain lagi.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid masalah penglihatan sewaktu mempelajari
al-Quran, iaitu mereka tidak menguasai Jawi dan huruf-huruf Hija’iyyah Arab, kurang mahir
mengenal kod-kod al-Quran Braille, lambat mengikuti pengajaran guru, dan tiada asas al-Quran
yang kukuh. Selain itu, murid yang rabun lebih lemah daripada buta kerana mereka sukar untuk
mengenal dan membaca huruf-huruf dalam al-Quran apabila ia ditulis secara bersambung. Ini
menyebabkan mereka merasa bosan dan tidak berminat untuk mempelajari al-Quran yang
menyebabkan kebanyakan mereka tidak dapat membaca langsung al-Quran berbanding murid
buta sepenuhnya.

Isu dan cabarannya ialah guru menghadapi masalah untuk mengajar Tilawah al-Quran murid –
murid bermasalah penglihatan kerana kebanyakan murid tidak mempunyai asas langsung dalam
Tilawah al-Quran.Selain itu ibubapa menyerahkan sepenuhnya tugas pengajaran kepada guru di
sekolah tanpa pemantauan apabila berada di rumah.Guru – guru tidak mempunyai bahan bantu
mengajar dari sumber yang luas dalam pengajaran Tilawah al-Quran.

Justeru itu, beberapa cadangan telah syorkan untuk mengatasi masalah tersebut, antaranya
penghasilan bahan yang sesuai dengan kemampuan pelajar, pendedahan kaedah Fakih kepada
semua guru Pendidikan Islam peringkat menengah, latihan pertuturan,pertuturan Kiu bagi murid
yang mempunyai sisa pendengaran, alat bantu dengar (ABD). Pihak-pihak yang
bertanggungjawab perlu menyediakan dan memperbanyakkan bahan bantu mengajar seperti CD
dan kaset yang boleh digunakan oleh guru dan murid serta bahan-bahan rujukan tajwid dan al-
Quran dalam tulisan Braille bagi menggalakkan pelajar melakukan rujukan sendiri dalam proses
pembelajaran Tilawah al-Quran . Penghasilan al-Quran Braille juga merupakan salah satu
alternatif bagi OKU masalah penglihatan untuk berinteraksi dengan mushaf ini.
Kesimpulan
Khidmat sokongan untuk murid-murid berkeperluan khas perlu diperluaskan supaya ibu - bapa
yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas, guru – guru dan masyarakat umum tahu cara
bimbingan dan didikan yang sempurna kepada mereka..

Rujukan

https://www.slideshare.net/elkey91/teori-pemerolehanbahasa-2?next_slideshow=1

https://www.slideshare.net/syahsyukur/teoriteori-perkembangan-bahasa

https://www.slideshare.net/ShimahHassan/minggu-4-teori-perkembangan-bahasa-kuliah

Abdul Rahim Talib (2011), Hbsl 3203 Pendidikan Khas: Pengajaran Bahasa Melayu
: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai