Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 

TUGASAN

TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN KEBERSIHAN DIRI DALAM


KALANGAN KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGIKUT PERSPEKTIF
GURU PENDIDIKAN KHAS . KEMUKAKAN PANDANGAN ANDA.....

Jawapan

Sama ada kita sedar atau tidak amalan kebersihan diri amatlah penting. Mengabaikan
amalan kebersihan diri adalah merupakan satu titik permulaan kegagalan dalam
menguruskan kehidupan.Lantaran itu adalah amat penting bagi kita semua meningkatkan
tahap pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri. Apa yang membimbangkan bukan
semua orang mampu melakukannya.

Dikalangan kanak-kanak masalah pembelajaran, bukanlah satu perkara yang mudah


untuk mengaplikasikan amalan kebersihan ini. Tahap pengetahuan yang rendah berpunca
dari kekurangan diri menjadikan mereka adalah termasuk dalam golongan yang
mengabaikan amalan kebersihan diri. Mereka tidak mampu memikirkan apakah
rasionalnya sesuatu perbuatan yang dilakukan bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.
Sebagai contoh, pengabaian adab ketika makan, menjadikan kanak-kanak masalah
pembelajaran ini kurang menarik perwatakannya. Seringkali dilihat kanak – kanak ini
makan dalam keadaan tidak bersih dimana terdapat makanan yang tertumpah ke atas
pakaian mereka, di atas meja atau mereka tidak mengamalkan cara mencuci tangan yang
betul sebelum mahupun selepas makan.

Selain dari itu, dari sudut kesihatan pula, amalan memberus gigi diwaktu pagi
sememangnya telah menjadi rutin harian bagi semua manusia. Namun begitu menjadi
kebimbingan apabila masih ada segelintir lagi dikalangan murid-murid masalah
pembelajaran ini yang tidak melakukan sebegitu. Sedangkan hakikatnya mereka telah
menerima ilmu dan tahu bahawa kebersihan diri penting dalam kehidupan.Mengapa ini
terjadi ? Ini adalah kerana mereka tidak membudayakan dan menjadikan pengetahuan
yang diterima sebagai amalan harian dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Seterusnya penjagaan dan kebersihan diri penting kerana dapat menonjolkan perwatakan
dan imej seseorang. Dalam amalan kebersihan sikap negatif seperti malas menyikat dan
merapikan rambut bagi murid lelaki ketika hendak kesekolah, memakai tudung yang
senget bagi murid perempuan pula adalah sebahagian dari permasalahan kegagalan
amalan kebersihan dikalangan murid-murid masalah pembelajaran.Sikap memandang
remeh tentang kebersihan secara tidak langsung menjadikan mereka kurang berdisiplin.

Natijahnya imej dan perwatakan yang menarik hasil dari tahap pengetahuan, sikap dan
amalan kebersihan diri, akan memudahkan pergaulan dengan orang ramai dan masyarakat.
Namun perlulah kita terima hakikat bahawa mereka semua adalah insan terpilih yang ada
kekurangan , yang perlu kita pimpin dan bimbing kearah kehidupan yang lebih baik dan
teratur .

Anda mungkin juga menyukai