Anda di halaman 1dari 2

SOALAN

Hasil dari pembacaan Topik2 Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif anda dikehandaki
menyenaraikan 3 hingga 5 kemungkinan yang akan berlaku jika MBK ditempatkan di
penempatan yang salah atau tidak sesuai.

JAWAPAN
1. Membantutkan minat murid MBK terhadap pengajaran dan pembelajaran.
MBK adalah individu kurang upaya yang juga mempunyai minat , hasrat dan cita-cita yang
setanding dengan individu normal. Oleh itu mereka perlulah diberi peluang pendidikan yang
setanding dengan mereka yang normal. Kegagalan menempatkan MBK dalam penempatan
yang tepat akan hanya menyebabkan murid tersebut kurang berminat terhadap pengajaran
dan pembelajaran. Akhirnya mereka akan jauh ketinggalan dan kurang berjaya dalam
kehidupan.
2. Gagal memaksimumkan potensi diri yang ada pada murid.
Pendidikan adalah proses pembelajaran dan pengubahsuaian hasil daripada sistem sekolah
dan pengalaman yang berkaitan. Penempatan yang salah akan menyebabkan potensi yang
ada pada MBK tidak dicungkil secara maksimum. Murid tidak diberi pendidikan sesuai
dengan keperluan pendidikan yang boleh melonjakkan kemampuan, bakat serta kemahiran dalam diri.
Secara tidak langsung ini akan menghadkan peluang kerjaya murid pada masa akan
datang.
3. Masalah sosial
Penempatan yang salah menyebabkan murid kurang berminat hadir ke sekolah. Apabila tidak
hadir ke sekolah mereka berkemungkinan akan melepak dan berpelesiran di pusat - pusat
membeli-belah , meronda sekeliling kampung dengan motosikal bersama kawan – kawan
yang sudah tidak bersekolah atau melakukan pelbagai aktiviti lain yang tidak berfaedah. Ini
semua pasti akan mengundang gejala sosial yang lebih buruk.
4. Tekanan emosi
Peluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai di halang .MBK tidak
mendapat bimbingan, panduan, kemahiran, intervensi serta latihan yang tepat akibat dari
salah percaturan penempatan. Kesannya ketidakupayaan MBK sukar diatasi maka ini akan
memberi tekanan emosi yang dahsyat bukan sahaja kepada MBK tersebut tetapi juga keluarga
dan masyarakat.
5. Pandangan negatif masyarakat.
Kesedaran di kalangan ibubapa dan komuniti serta menerima sepenuhnya kanak-kanak
berkeperluan khas adalah amat penting. Namun begitu pandangan negatif masyarakat tidak
akan berubah implikasi daripada penempatan yang salah dikalangan murid MBK.
Penempatan yang salah menyebabkan keupayaan sebenar MBK tidak dapat dioptimumkan.
Akibatnya masyarakat akan melabel bahawa orang cacat tetap cacat dan tak mungkin setanding
dengan orang normal. Mereka akan terus meminggirkan MBK ini atau melabel mereka dengan
panggilan yang tidak baik dan sesuai.

Anda mungkin juga menyukai