Anda di halaman 1dari 6

MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID SINDROM DOWN MENGGUNAKAN

PENEGUHAN POSITIF PUJIAN DAN TOKEN EKONOMI

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan menggunakan teknik
peneguhan positif dengan memberi pujian dan token ekonomi .Teknik ini digunakan
bertujuan untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada tingkah laku yang positif.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data-data.
Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang pemerhatian dan dianalisis
dengan menggunakan skor kekerapan untuk mendapatkan perbandingan dan menganalisis
data yang dikumpul. Dapatan daripada temubual juga dibuat penilaian. Hasil kajian
memperlihatkan murid menunjukkan perubahan tingkah laku namun ia tidak dapat
dihapuskan kerana kajian dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Kajian juga
membuktikan penggunaan pujian dan ganjaran token ekonomi adalah sesuai dan amat
berkesan.

1.0 Pendahuluan

Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang yang dapat diperhatikan ,
diukur dan diulang. Lewis M. Beaker (2001), mentafsirkan tingkah laku adalah apa yang
kamu lakukan, cara berinteraksi atau beraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran.
Menurut Dantini ( 2011), masalah tingkah laku dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran bukanlah satu masalah yang sangat serius tetapi boleh menjadi serius
sekiranya tidak dirawat.

Beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah tingkah laku ini adalah
masalah komunikasi. Masalah komunikasi berlaku apabila tidak dapat memahami arahan
atau kehendak orang lain. Masalah tingkah laku ini juga adalah dipengaruhi oleh
tindakbalas proaktif yang mana murid tersebut melakukan tingkah laku negatif dalam usaha
mendapat perhatian daripada guru dan rakan – rakan.

1.1 Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian

Murid berkeperluan khas (MBK) merupakan istilah yang merujuk kepada murid bermasalah
didalam pembelajaran Mereka juga sering dikaitkan dengan tingkahlaku yang bermasalah.
Antaranya tingkahlaku yang membahayakan diri sendiri, tingkahlaku distruptik mahupun
distruktif. Kajian ini melibatkan seorang murid Sindrom Down di sebuah Sekolah Rendah
Daerah Besut yang mempunyai masalah tingkah laku iaitu kerap menangis ketika aktiviti
membuat lembaran kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak – kanak
Sindrom Down adalah antara murid kurang upaya pembelajaran yang memerlukan satu
pendidikan berbeza dengan kanak – kanak yang lain. Mereka dikaitkan dengan kelemahan
keupayaan berfikir ( kognitif ) dan tumbesaran kanak – kanak serta mempunyai masalah
tingkah laku dan emosi.

Justeru kajian ini memfokuskan kepada modifikasi tingkah laku murid Sindrom Down dengan
menggunakan pujian dan ekonomi token. Menurut Hackenberg, (2009) program token
ekonomi ini dikenali sebagai sistem ekonomi kerana ia berasaskan sistem kewangan yang
mempunyai nilai jika ditukarkan kepada benda atau aktiviti yang lain sebagai pengukuhan
kepada murid. Diperkukuhkan lagi dengan kajian Cherry (2013) menyatakan pelaksanaan
penggunaan peneguhan positif ganjaran dapat memberi kesan terhadap pencapaian
akademik dan tingkahlaku murid. Ganjaran memberi ransangan dan kesan kepada emosi
yang memainkan peranan yang dapat mengubah psikologi seseorang dengan
mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku murid tersebut.

Objektif kajian yang dijalankan adalah:

i. Mengenalpasti tingkah laku negatif murid Sindrom Down yang kerap menangis
sehingga menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

ii . Mengenal pasti keberkesanan teknik peneguhan positif dan Ekonomi Token dalam
mengubah tingkah laku negatif murid tersebut.

2. Metodologi Kajian

Beberapa kaedah digunakan bagi memperolehi data dan maklumat yang berkaitan. Antara
kaedah yang digunakan ialah pemerhatian dan juga temubual. Pemerhatian ini dijalankan
semasa sesi pembelajaran di dalam bilik darjah dengan merekod tingkah laku peserta kajian
ke dalam borang pemerhatian mengikut sela masa. Kajian ini dijalankan selama dua minggu
iaitu satu minggu pemerhatian dan satu minggu intervensi. Pengkaji juga telah menemubual
rakan guru serta pembantu pengurusan murid. Ini bagi memastikan intervensi yang
dilakukan dapat mengubah masalah tingkah laku murid tersebut.

3. Analisis Data

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, hasil dapatan daripada temu bual bersama
rakan guru wanita dan pembantu pengurusan murid telah membuktikan bahawa murid ini
sering menangis di dalam kelas. Berikut adalah diantara soalan yang ditanyakan di dalam
temu bual tersebut :

“ Apakah perlakuan murid tersebut sehingga sering mengganggu kelancaran proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah cikgu ? .’’

“ Semasa saya mengajar dia sering menangis di dalam bilik darjah terutamanya ketika
membuat lembaran kerja dan secara tidak langsung ini mengganggu tumpuan murid lain
terhadap pembelajaran ”.

Pembantu Pengurusan Murid dalam kenyataannya :

“ Murid ini sering menangis sewaktu aktiviti membuat lembaran kerja kerana inginkan lebih
perhatian daripada guru ”.

Daripada kenyataan di atas , jelas membuktikan bahawa tindakan murid tersebut benar –
benar mengganggu proses kelancaran pengajaran dan pembelajaran serta prestasi
akademik bukan sahaja pada dirinya tetapi murid – murid lain juga.

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan peneguhan positif dan Ekonomi Token untuk
pengubahsuaian tingkah laku murid. Kata - kata pujian seperti hebat, bagus, bijak juga
diberikan kepada murid tersebut bagi meningkatkan lagi keberkesanan tingkah laku murid .
Pemberian token ekonomi adalah berbentuk pelekat bintang dan ditukar dengan tontonan
videoklip Didi and freinds yang merupakan video kegemaran murid tersebut . Peraturan
pemberian pelekat bintang telah diberitahu kepada murid iaitu seandainya murid kurang atau
tidak langsung menangis dalam masa sehari maka murid akan diberi pelekat bintang dan
boleh ditukar kepada tontonan videoklip sebagaimana jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Kekerapan tingkah laku dan bilangan pelekat bintang

Bilangan menangis Bilangan pelekat bintang Jumlah minit tontonan videoklip


5 dan ke atas 0 0
4 1 1
3 2 2
2 3 3
1 4 4
0 5 5

Berdasarkan data pemerhatian dan penilaian yang diperolehi, pengkaji telah menganalisis
data – data tersebut bagi melihat keberkesanan teknik peneguhan positif dan ekonomi
token sebagai satu kaedah intervensi bagi tingkah laku kerap menangis semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Minggu pertama

Jadual 2 ( a ) : Jadual data kekerapan tingkah laku ( Baseline )

Hari
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis
(11.10. (12.10. (13.10. (14.10. (15.10.
Masa 2020) 2020) 2020) 2020) 2020)
8.30 - 9.30 / / // / /
10.30 - 11.30 // // / // /
11.30 - 12.30 /// // /// /// ///
Jumlah 6 5 6 6 5

Minggu kedua

Jadual 2 ( b ) : Jadual data kekerapan tingkah laku ( Intervensi )

Hari
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis
(18.10. (19.10. (20.10. (21.10. (22.10.
Masa 2020) 2020) 2020) 2020) 2020)
8.30 - 9.30 / / / - -
10.30 - 11.30 // / / / -
11.30 - 12.30 /// // / / /
Jumlah 6 4 3 2 1

Pengkaji tidak menggunakan sebarang kaedah intervensi pada minggu pertama. Kekerapan
murid melakukan tingkah laku negatif direkodkan mengikut masa-masa yang ditetapkan.
Tingkah laku paling banyak dan ketara dilakukan adalah pada waktu tengahari. Ini mungkin
disebabkan faktor persekitaran bilik darjah yang panas serta murid berasa bosan kerana
telah lama berada di sekolah. Pada minggu pertama ,kekerapan tingkah laku negatif agak
tinggi di mana pada hari pertama adalah 6 dan hari kedua dicatatkan sebanyak 5 kali,
manakala hari ketiga sebanyak 6 kali juga dan pada hari keempat dan kelima sebanyak 6
dan 5 kali. Tingkah laku sasaran yang dilakukan oleh murid adalah kerap menangis.

Seterusnya pada pemerhatian minggu kedua, pengkaji menggunakan peneguhan positif


untuk pengubahsuaian tingkah laku murid. Perbincangan dengan guru matapelajaran telah
dilakukan untuk memberikan ganjaran kepada murid. Pengkaji juga menggunakan pujukan
dan pujian seperti hebatnya, bijak dan sebagainya dalam usaha meningkatkan lagi
keberkesanan ketika program pengubahsuaian tingkah laku murid dijalankan. Pengkaji juga
memberikan pelekat bintang kepada murid dan kemudian murid dibenarkan menukarnya
dengan menonton videoklip lagu kanak-kanak kegemarannya iaitu Didi and Friends selama
beberapa minit mengikut bilangan pelekat bintang di akhir sesi pembelajaran. Kesan
daripada peneguhan positif dan juga ganjaran tersebut pengkaji telah mendapat hasil yang
berbeza daripada pemerhatian minggu pertama sebelum intervensi dan minggu kedua
selepas intervensi dilakukan. Kekerapan murid melakukan tingkah laku negatif telah
berkurang. Pada minggu ke dua iaitu pada hari pertama persekolahan, tingkah laku negatif
yang ditunjukkan tidak mempunyai perbezaan dari minggu sebelumnya. Namun begitu pada
hari kedua terdapat penurunan kepada 4, diikuti dengan 3 pada hari ketiga dan seterusnya
semakin berkurang kekerapan menangis pada hari keempat dan dan akhirnya menjadi sekali
sahaja menangis dalam sehari iaitu pada hari Khamis. Pola kekerapan menangis yang
semakin berkurang membuktikan bahawa teknik intervensi yang dipilih berkesan untuk
menangani masalah tingkah laku tersebut.

5. Perbincangan, Cadangan dan Implikasi

Berdasarkan hasil dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa pendekatan yang digunakan
berhasil mengubahsuai tingkah laku yang tidak wajar kepada yang lebih wajar. Ini
membuktikan bahawa ganjaran seperti pujian dan ekonomi token merupakan salah satu
teknik yang mampu memberi kesan dan motivasi kepada murid sekiranya sesuai dengan
masalah yang hendak diselesaikan. Guru juga boleh mengaplikasikan kaedah modifikasi
tingkah laku ini disamping sentiasa memberi motivasi kepada murid supaya mengekalkan
sikap tersebut dan jangan mengulanginya lagi . Implikasinya kajian ini secara tidak langsung
meningkatkan penguasaan serta prestasi akademik di sekolah serta membina keyakinan
murid berkeperluan khas untuk berhadapan dengan masyarakat.

Kesimpulan.

Kajian ini adalah menunjukkan bahawa teknik ekonomi token didapati sangat baik dan
berkesan di dalam menangani tingkah laku negatif serta membentuk tingkah laku positif.
Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya pihak sekolah membantu mereka tetapi
juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.
Pentadbir sekolah juga memainkan peranan yang besar dalam menyediakan pelbagai
prasarana bagi memenuhi keperluan murid-murid berkeperluan khas ini. Sebagai guru
adalah penting memahami peranan setiap agensi dan individu yang boleh memberikan
perkhidmatan mereka kepada murid-murid khas. Khidmat sokongan ini akan dapat
membantu ibu bapa dan guru-guru khas dalam mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi
kerajaan seperi Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Kementerian
Pembangunan Keluarga, Wanita dan masyarakat sedikit sebanyak menyuntik motivasi
kepada muid – murid berkeperluan Khas supaya tidak malu apabila berhadapan dengan
masyarakat. Selain daripada itu khidmat kumpulan pelbagai disiplin seperti pakar perubatan,
pakar terapi dan pekerja sosial yang memberikan khidmat bantu dan sokongan dari aspek-
aspek lain membolehkan murid – murid berkeperluan khas mendapat penghormatan dan
dilayan sebagai manusia yang bermaruah. Dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat
menjadi sumber rujukan oleh pelbagai pihak mengatasi masalah tingkah laku murid – murid
khas demi keadilan, agar mereka merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin.

Anda mungkin juga menyukai