Anda di halaman 1dari 3

KONSEP

Konsep pengurusan tingkah laku adalah merangkumi beberapa perkara seperti


perancangan yang dibuat dengan teliti, mengenalpasti individu atau kumpulan yang
bermasalah tingkah laku, menentukan teknik intervensi yang berkesan serta
melaksanakan penilaian secara objektif.

DEFINISI
Program pengurusan tingkah laku adalah program yang berbentuk saintifik dimana
beberapa perkara dilakukan sebelum dan semasa proses pengurusan tingkahlaku
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang positif bagi seseorang individu.

PENGUBAHSUAIAN TINGKAH LAKU


KONSEP
Kaedah atau teknik-teknik yang di gunakan untuk mengurang atau meningkatkan
jenis tingkah lakuatau reaksi tertentu.

DEFINISI
Pendekatan berstruktur dan sistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini,
mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku yang buruk serta merubah tingkah
laku sasaran.

SEJARAH PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU


Pengkaji berpendapat bahawa faktor – faktor seperti genetik, peratus kandungan
bahan kimia dalam badan dan pengalaman tentang sesuatu peristiwa adalah
penyumbang kepada tingkah laku negatif.

1920
Faktor luaran atau persekitaran, sebelum atau selepas melalui sesuatu peristiwa
juga boleh menyebabkan seseorang individu mempamerkan tingkah laku yang
khusus.

Intervensi yang sesuai serta sistematik boleh mengubah tingkah laku negatif kepada
tingkah laku baru yang lebih positif.
PERKEMBANGAN MASA KINI
Tingkah laku yang mencabar adalah merupakan satu bentuk komunikasi dan perlu
dikaji dari segi bentuk dan kefungsiannya.

IMPLIKASI MASALAH TINGKAH LAKU TERHADAP PEMBELAJARAN


Masalah disiplin
Tingkahlaku seperti disruptif, hiperaktif,agresif dan hiperaktif sudah pasti akan
mengganggu kelancaran proses pembelajaran di kelas. Kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku bermasalah ini biasanya akan memberikan masalah yang
banyak kepada guru di dalam kelas terutamanya untuk mematuhi arahan yang
diberikan. Contohnya, kanak-kanak yang tidak mahu menyiapkan kerja rumah
ataupun tugasan yang diberikan oleh guru.Ini akan menyebabkan aktiviti
pembelajaran yang seterusnya tidak boleh dilakukan disebabkan tugasan yang
sebelum ini tidak disiapkan.

Keciciran
Kelas kotor disebabkan oleh murid yang mempunyai masalah tingkah laku.
Contohnya membuang sampah serta tidak tidak menjaga kebersihan kelas. Murid-
murid ini tidak mematuhi peraturan kebersihan serta tidak memahami dan tidak
sedar bahawa tingkah laku yang dipamerkan oleh mereka merupakan suatu tingkah
laku yang tidak disenangi oleh orang lain ataupun bersifat keterlaluan sekiranya
mereka tidak ditegur serta dibimbing. Keadaan kelas yang kotor, bising dan panas
menjadi faktor murid hilang tumpuan.Lama kelamaan murid akan hilang minat
terhadap pembelajaran dan akhirnya berlaku keciciran.

Gejala Sosial
Apabila berlaku masalah tingkah laku, rakan-rakan sekelas akan turut terkesan.
Sebagai contoh murid yang sering bercakap bohong pasti akan mengambil tanpa izin
daripada rakan-rakannya apabila ingin memperolehi sesuatu yang dikehendakinya.
Ini akan menyebabkan rakan-rakan disekelilingnya merasa terganggu dan tidak
selamat. Apabila sudah seringkali berbohong lama kelamaan tabiat ini menjadi gejala
sosial yang sukar dibendung di kalangan kelompok masyarakat pula.
JENIS TINGKAH LAKU POSITIF
Tingkah laku Proaktif
Adalah tingkah laku penuh semangat dan sentiasa aktif pada setiap masa dan
ketika. Contohnya semasa guru menerangkan beberapa perkara di hadapan kelas ,
mereka terus membuat latihan di dalam buku .Mereka sangat cepat dan tidak
menunggu arahan dikeluarkan oleh guru.Tingkah laku ini menimbulkan banyak
masalah kerana tanpa arahan yang jelas, mereka belum tentu dapat menyiapkan
latihan tersebut dengan kesemua betul.
Tingkah laku cepat belajar.
Murid –murid kategori ini biasanya akan cepat belajar. Mereka mudah memahami
apa yang dikatakan atau diterangkan oleh guru.Apabila mereka mudah atau cepat
faham maka mereka akan cepat merasa bosan serta tidak berminat mengikuti apa
selanjutnya diterangkan oleh guru.Mereka akan melakukan perkara-perkara seperti
mengusik kawan – kawan atau membuat pelbagai perkara lain yang boleh
mengganggu tumpuan murid lain. Ini menyebabkan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran terganggu.

Tingkah laku suka mencuba


Murid dalam kategori ini adalah mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi terhap
sesuatu perkara. Contohnya dalam matapelajaran Sains, murid ini akan terus
melakukan eksperimen walaupun demonstrasi guru belum selesai. Sikap ingin tahu
yang melampau
menyebabkan tingkah laku ini di tunjukkan.

Anda mungkin juga menyukai