Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 

TUGASAN

SILA BACA BERKAITAN DENGAN LANGKAH KESELAMATAN DAN PENJAGAAN


HAIWAN KESAYANGAN DAN UPLOAD NAIK DIRUANGAN INI

Haiwan kesayangan adalah haiwan yang boleh dipelihara dirumah, dijadikan sebagai
peneman iaitu boleh dibelai dan dimanja menarik perhatian dan menggembirakan
pemiliknya. Haiwan kesayangan ini juga pastinya dapat mengurangkan tekananserta
menggembirakan kepada pemiliknya.Memiliki haiwan kesayangan adalah pengalaman yang
sangat bernilai yang tidak mungkin dapat digambarkan kepuasannya hanya dengan kata-
kata.

Namun begitu dalam keghairahan memelihara haiwan kesayangan adalah menjadi satu
tanggungjawab pemiliknya supaya mengamalkan cara penjagaan yang betul. Amalan
penjagaan yang betul dapat menghindarkan daripada haiwan kesayangan tersebut
dihinggapi penyakit serta mampu membesar dengan baik dan sihat. Antara keselamatan
yang seharusnya dititik beratkan ketika memelihara haiwan kesayangan adalah :

a) Memberi pemakanan yang baik dan seimbang.

Memastikan haiwan tersebut mendapat keperluan makanan yang sesuai dan nutrien
yang cukup untuk tumbesaran haiwan tersebut.

b) Menyediakan tempat tinggal yang sesuai.

Penyediaan tempat tinggal seperti reban, sangkar, akuarium perlu untuk haiwan
peliharaan tersebut iaitu mestilah terdapat aliran udara yang baik, terdapat ruang
makan, minum dan rehat yang selesa. Tempat tinggal yang selesa dapat
menghindarkan haiwan kesayangan tersebut daripada dihinggapi penyakit dan
membesar dengan baik.

c) Penjagaan kesihatan dan pengawasan yang baik.

Penjagaan kesihatan dan pengawasan yang baik meliputi pelbagai aspek seperti :

 Kebersihan tempat tinggal iaitu sangkar, reban,akuarium.


 Kebersihan alatan dan kelengkapan
 Kebersihan haiwan kesayangan tersebut.
 Mengenalpasti tanda – tanda haiwan yang berpenyakit dan mendapatkan
rawatan segera untuk pemeriksaan lanjut dari doktor haiwan.
d) Penjagaan keselamatan diri semasa menjaga haiwan kesayangan.

Pemilik haiwan kesayangan perlu sentiasa mengutamakan keselamatan diri semasa


bermain, mengurus atau merawat haiwan kesayangan.

Pemakaian sarung tangan semasa merawat penyakit haiwan atau ketika bermain
dapat menghindari daripada jangkitan penyakit ataupun dicakar atau digigit semasa
bermain.

Anda mungkin juga menyukai