Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 2: Bidang dan Bentuk Pentaksiran

1. Kurikulum Sains Rendah mengintegrasikan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran


serta sikap saintifik dan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
Dengan merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara, jelaskan perkara-perkara
tersebut.
Aspek-aspek pengetahuan:
Aspek ini merupakan aspek yang penting di mana insan yang memiliki ilmu
pengetahuan akan dapat dihasilkan. Mereka bukan sahaja berpengetahuan, mereka
juga

mempunyai

keupayaan

untuk

mengaplikasikan

dan

menghayati

ilmu

pengetahuan yang ada pada mereka. Aspek pengetahuan memberikan tumpuan


kepada daya berfikir yang meliputi ciri-ciri seperti mempunyai kemahiran asas 3M,
mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif dan
memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Ini bermakna mereka bukan sahaja
dapat memahami dan mengingati ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh mereka
tetapi juga dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari tersebut dalam
kehidupan seharian. Dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah, murid-murid akan
diberikan peluang untuk mempelajari sesuatu konsep sains melalui penyiasatan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang
mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa mempunyai keinginan untuk menambah
ilmu pengetahuan. Melalui penyiasatan, mereka juga diberikan peluang untuk berfikir
secara lebih luas dan terbuka. Pemikiran secara inovatif juga dapat dipupuk dalam
kalangan mereka dengan menggunakan kurikulum ini.
Kemahiran:
Kemahiran yang ternyata dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah Kemahiran
Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif. Dengan merujuk kepada FPN, untuk
menyesuaikan diri kepada perubahan yang pesat, seseorang perlu melengkapkan
diri bukan sahaja dengan pengetahuan tetapi juga kemahiran terkini. Ini adalah
bertujuan untuk menghasilkan generasi muda yang berdaya saing pada masa yang
akan datang. Mereka bukan sahaja mempunyai pengetahuan tetapi juga mempunyai
pelbagai jenis kemahiran untuk mengendalikan sesuatu perkara dengan lebih baik.
Kemahiran seperti kemahiran proses sains dapat mengembangkan baka dan
pemikiran dalam kalangan murid semasa mereka mempersoalkan tentang sesuatu
perkara dan mencari jawapan secara bersistem dalam kemahiran proses sains.
Manakala Kemahiran manipulatif akan dapat membantu murid supaya mempunyai
perkembangan dari segi psikomotor. Memang tidak dapat dinafikan kemahiran

manipualtif ini akan memanfaatkan tenaga fizikal dalam kalangan murid untuk
berdikari.
Sikap saintifik dan Nilai murni:
Sikap saintifik dan Nilai murni merupakan sikap dan nilai positif yang akan dipelajari
oleh murid semasa mempelajari mata pelajaran sains di dalam kelas. Ini selaras
dengan hasrat FPN yang ingin menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis
yang berakhlak mulia di mana mereka menyedari kesan daripada perbuatan baik
dan buruk, mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk dan
yakin kepada nilai murni. Contohnya, mereka akan diajar supaya jujur semasa
menjalankan eksperimen dengan tidak mengubah hasil eksperimen secara sesuka
hati.

Anda mungkin juga menyukai