Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DT50703 SEKSYEN 2

KAEDAH PENYELIDIKAN DAN REVOLUSI


PERINDUSTRIAN 4.0

NAMA BRENDA **** ********

NO.MATRIK PP*******T

PENYELARAS DR. CRIS

1
1.0 PENGENALAN

Menurut junal ilmiah oleh Adam Badhrulhisham (2019) revolusi industri adalah fasa yang diukur
berdasarkan perkembangan ilmu dan eknologi dunia. Hari ini, dunia telah memasuki fasa
revolusi industri 4.0 yang diukur dengan perkembangan dalam bidang automasi robot,
pengkalan data raya, kepintaran buatan dan pelbagai lagi bentuk kemajuan teknologi baru.

Revolusi juga merupakan satu perubahan asasi dalam kuasa atau struktur pertubuhan
yang berlaku secara mendadak. Jika di gabungkan dengan perindustrian 4.0, secara umumnya
ia melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan masyarakat
seharian. Menurut artikel Forum Ekonomi Dunia Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth
Industrial Revolution menjelaskan revolusi industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan
superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan
perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan
fungsi otak.

Dengan kata lain, kehidupan manusia akan dipermudahkan lagi dengan bantuan
teknologi yang akan membantu menguruskan hal ehwal dan tugasan harian manusia. Terdapat
9 komponen utama di dalam IR4.0 iaitu internet kebendaan (Internet of Things, IoT), robot
autonomi (autonomous robotic), simulasi, perkomputeran awan (cloud computing), sistem
integrasi (digital system integration), keselamatan siber (cyber security), realiti maya
(augmented reality), data raya (big data) dan pembuatan secara aditif (additive manufacturing).

2
2.0 SEJARAH RINGKAS

Menurut journal Majid Bayani (2017) istilah revolusi Industri diperkenalkan oleh ahli sejarah
terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975) revolusi ini adalah satu fenomena yang dianggap lazim
dalam masyarakat moden. Sejarah revolusi bermula pada 1800 (1760-1830). Industri 1.0
adalah mengenai kuasa wap untuk digunakan dalam kilang-kilang. Ia bergantung lebih kepada
kegunaan air ataupun wap yang berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk
kerja-kerja yang tidak dapat dikendalikan oleh tenaga manusia. Maka terciptalah steam engine
yang turut membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan. Dengan revolusi 1.o ini ia
meningkatkan aktiviti perindustrian.

Manakala Industri 2.0 pada tahun 1900 bermula sekitar 1870 hingga 1914 pula
menggunakan kuasa elektrik. Perkembangan teknologi yang melibatkan kuasa eletrik jelas
membawa satu lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran
sepertimana pada hari ini. Revolusi Industri seterusnya adalah revolusi industry 3.0 pada di
mana ia bermula pada tahun 2000. Revolusi industry 3.0 ini mengguna e dan
teknologi maklumat. Namun begitu, di peringkat akhir revolusi ketiga timbul pula teknologi
automasi, di mana kerja-kerja akan dikendalikan oleh teknologi tanpa melibatkan manusia
secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia
dimuatkan dengan program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.

Seterusnya, revolusi Industri Keempat atau revolusi industri 4.0 telah pun bermula pada
tahun 2016. Ia mempunyai hubung kait dengan revolusi industri 3.0 dalam peningkatan
automasi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem
berbentuk siber-fizikal. Dalam industri 4.0 ini, terdapat penemuan pelbagai jenis teknologi
baharu seperti automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic,
cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya. Teknologi automasi ini
memberi cabaran baharu kepada semua sektor di seleuruh negara yang memerlukan mereka
melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dan
merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

3
3.0 JENIS-JENIS TEKNOLOGI / APLIKASI IR4.0 YANG DIGUNAKAN DALAM
KAJIAN PSIKOLOGI / PENDIDIKAN

3.0.1 INTERNET OF THINGS ( IoT )

Internet of things merupakan satu sistem peranti yang saling berkaitan yang
disambungkan ke internet untuk memindahkan dan menerima data dari satu ke yang lain.
Internet perkara yang membentuk cara kita menjalani kehidupan kita. ia membantu kita
mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai cara menangani perkara di sekeliling kita.
Dalam artikel International Journal od Development Research oleh Majid Bayani (2017) Beliau
e g bil ei leh B y i d Vilchez (2017) “Internet of things (IoT) is a prevalent
technology that provides communication and collaboration between the physical and virtual
objects. As it develops, it grows in size and dimension impacting different aspects of our life
such as the education” .

Pada dasarnya ia adalah rangkaian beberapa peranti yang disertakan dengan pelbagai
perisian, elektronik dan sambungan rangkaian dengan orientasi yang berbeza, yang bertujuan
untuk pertukaran dan penyusunan segala jenis maklumat. IoT diterapkan di dalam banyak
industri termasuk dalam kajian pendidikan. Dengan penggunaan IoT ia meningkatkan dan
memberikan nilai yang efektif kepada struktur. Sebagai contoh, sistem saraf IoT komputasi
untuk kolej dan sekolah membantu menjejaki sumber utama dalam kajian, merancang,
meningkatkan akses maklumat dan banyak lagi. IoT juga boleh dianggap sebagai kaedah yang
sesuai dalam kajian penyelidikan psikologi dan pendidikan.

3.0.2 ANALYTICS

Merujuk kepada Richard Northon audit Ketua Pegawai Eksekutif (2012) beliau
mengatakan bahawa analisis adalah penggunaan data, analisis statistik, model penjelasan dan
ramalan. Ia adalah untuk mendapatkan pandangan dan bertindak mengenai masalah yang
kompleks. Beliau juga menerangkan apabila data telah dikumpulkan, ia harus dimasukkan ke
dalam satu sistem gudang. Dan kemudian akan ditentukan melalui jenis analisis yang paling
sesuai dengan soalan yang diajukan dan data yang dikumpulkan.

4
Seterusnya, penggunaan analitik dalam penyelidikan pendidikan adalah untuk membuat
modul data untuk meramalkan kemungkinan hasil dalam penyelidikan mereka. Sebagai contoh,
inisiatif openlearning ini adalah untuk mengumpulkan data bagi mendorong gelung maklum
balas untuk membantu pelajar dan pengajar. Sehingga dapat menentukan pilihan kursus
mengikut seberapa baik setiap kursus dapat membantu para pelajar maju untuk memilih
program tersebut.

Menurut Tristan Denley (2012) dalam wawancara di Austin Peay State University
mengenai penggunaan analitik dalam tujuan pendidikan penyelidikan, analisis ini memainkan
peranan penting dalam sesebuah penyelidikan. Hal ini kerana, dengan analitik ini ia membantu
menyelesaikan persoalan yang ingin kita capai.

3.0.3 CLOUD COMPUTING

Cloud computing adalah ketersediaan sumber dalam sistem komputer, terutamanya daripada
segi penyimpanan data dan kuasa komputer tanpa penguasaan aktif kepadapengguna. Istilah
ini biasanya digunakan untuk menggambarkan pusat data yang tersedia kepada pengguna yang
banyak melalui internet (Wang, 2012).

Cloud Computing bukanlah suatu teknologi yang baharu malahan terdapat syarikat-
syarikatyang besar berlumba-lumba membangunkan teknolgi Cloud Computing seperti AliBaba
dan juga Amazon. Ianya memberikan banyak faedah kepada para pelajar dimana mereka boleh
mengakses bahan-bahan ilmiah seperti jurnal-jurnal secara dalam talian.

4.0 KEBAIKAN INDUSTRI REVOLUSI 4.0 DALAM KAJIAN PSIKOLOGI DAN


PENDIDIKAN

Industri revolusi 4.0 ini mampu membantu mencari jawapan kepada soalan atau
masalah yang sukar diselesaikan. Merujuk kepada Blog Precision Campus oleh Eric Spear (2019),
menilai data yang ada adalah kaedah terbaik untuk menyusun strategi ke dalam bidang
pendidikan. Semakin banyak pengetahuan manusia mengenai sesuatu sejarah, semakin banyak
ilmu yang dapat dipelajarinya.

5
Analitis dapat membantu menjelaskan persoalan yang merangkumi pelbagai masalah
yang kompleks seperti ketidakpastian pembiayaan mengenai kesukaran pelajar, masalah
kemampuan kuliah dan banyak lagi. Ia memberikan gambaran mengenai pelbagai
ketidakpastian bagi institusi. untuk alasan ini analisis mesti dimulakan dengan soalan atau
hipotesis. Menurut Mohd.Majid Konting (2002) dalam kaedah saintifik yang moden seseorang
itu memperoleh pengetahuan bermula dengan membuat induksi berasaskan cerapan dan
hipotesis dalam sesebuah kajian.

Sistem secara automatik memudahkan lagi kajian penyelidikan untuk memproses data.
Sistem data yang dikumpulkan, di atur secara automatik akan membantu menyelesaikan
masalah ini. Pengkaji dapat memasukkan tujuan mereka dan membuat laporan dengan mudah
yang memberikan jawapan kepada soalan mereka yang paling penting. Dengan laporan dan
makluman masa nyata, para pembuat keputusan dapat yakin bahawa mereka mendasarkan
sebarang pilihan pada maklumat yang lengkap dan tepat.

5.0 KEBURUKAN INDUSTRI REVOLUSI 4.0 DALAM KAJIAN PSIKOLOGI DAN


PENDIDIKAN

Analisis data tidak boleh berkesan tanpa sokongan mana-mana pihak yang terlibat seperti
respondan dan ahli organisasi dalam kajian tersebut. Kajian juga tidak akan berjaya jika
terdapat respondan yang tidak memberi kerjasama dalam menyerahkan data untuk analisis
atau sistem mereka tidak dapat diakses dan ia menyukarkan lagi untuk mendapatkan maklumat
yang dapat ditindak lanjuti.

Akhirnya, analisis sukar dibuat dan jumlah data yang dikumpulkan akan bertambah dan
sukar untuk di kendalikan. Selain itu, pengumpulan maklumat dan membuat laporan menjadi
semakin rumit. Sistem yang dapat berkembang dengan organisasi sangat penting untuk
menguruskan masalah ini.

Apabila banyak data yan dikumpulkan ia memberi masalah dan kesukaran kepada para pengkaji
untuk mencari dan mengakses data yang sangat diperlukan. Apabila sebilangan data yang
besar dikumpulkan ia boleh mengelirukan para pengkaji untuk menganalisis secara sepenuhnya.

6
Selain itu, mereka hanya akan mengambil data-data secara rambang yang senang untuk
dianalisis daripada data yang penting dan betul.

Seterusnya, mereka mungkin tidak menganalisis data sepenuhnya atau hanya


menumpukan perhatian pada langkah-langkah yang paling mudah untuk mengumpulkan data
dan bukannya langkah-langkah yang benar-benar menambah nilai. Sebagai tambahan, jika
seseorang membuat kajian dalam pendidikan. Menyaring data secara manual adalah sangat
mustahil untuk mendapatkan kenyataan dan hipotisis mengenai permasalahan kajian yang
dikaji.

Dengan pertambahan jumlah pelajar, isu dan pembaharuan kaedah pengajaran Abad
ke-21 dalam pendidikan ini, para pendidik sering dibanjiri dengan jumlah data yang banyak.
Kementrian Pendidikan Malaysia menerima maklumat mengenai setiap kejadian dan interaksi
yang berlaku setiap hari, ia meninggalkan penganalisis dengan ribuan kumpulan data yang
sama dan berulang-ulang.

Jika melakukan kajian dalam pendidikan tradisional ia terlalu memakan masa yang lama untuk
mengumpul dan menyusun data-data yang berkaitan tersebut.

7
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, industri revolusi ini banyak memberi manfaat kajian dalam psikologi dan
pendidikan di Malaysia. Kajian dalam psikologi dan pendidikan juga memberi lonjakan ilmu
kepada penyelesaian untuk memantapkan lagi pembelajaran dan pengajaran oleh semua
lapisan pendidik seluruh Negara. Berdasarkan buku Penyelidikan Pendidikan EDU 3041/3044
Unit 1-8/8 Universiti Putra Malaysia oleh Dr. Mohd Majid Konting (2002) kajian dalam
pendidikan adalah mencari pengetahuan bagi membolehkan dirinya memahami alam di mana
mereka hidup. Bagi mencari pengetahuan, mereka melakukan penyelididkan secara sistematik
mengumpul dan menganalisis maklumat yang mereka kumpul. Dengan industri revolusi 4.0 ia
memudahkan lagi penyelidikan dan mengurangkan ketidak kepastian dan risiko yang
diakibatkan oleh keputusan berkenaan. Agar kajian ini memperoleh pengetahuan yang boleh
menghasilkan pengetahuan yang benar-benar boleh dipercayai. Sebab itu, pencarian
pengetahuan moden menggunakan pancaindera dan proses taakulan.

8
6.0 RUJUKAN

Adam Badhrulhisham, Muhammad Hilmi Mat Johar, Taufiq A. Rashid. 2019. Mendepani Cabaran
REvolusi Industri 4.0 (IR4.0) Dalam Konteks Mahasiswa: Analisis Menurut Perspektif Islam.

https://www.researchgate.net/publication//620-1085-1-SM.pdf

Klaus Schwab.The Fourth Industrial Revolution.Forum Ekonomi Dunia.

Majid Bayani.2017.Internet of Things (IoT) Advantages on E-Learning in the Smart Cities.


International Journal of Development Research.(IJDR)

https://www.researchgate.net/publication/ 11347-IotAdvantages-SMARTCITIES.pdf

Prof. Madya Dr. Mohd. Majid Konting. 2002. MODUL PEMBELAJARAN: EDU 3041/3044
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN.

Wang (2012). "Enterprise cloud service architectures". Information Technology and


Management.

https://www.youtube.com/watch?v=5ucLcy_3jZo ( What is educational research )

https://www.youtube.com/watch?v=6mBO2vqLv38 ( Internet of Things )

https://www.youtube.com/watch?v=mVxAG1dqfp8 ( Role of Iot in Education )

9
7.0 APENDEX

10

Anda mungkin juga menyukai