Anda di halaman 1dari 15

Bandingkan pendekatan penyelidikan kualitatif,

kuantitatif dan kaedah campuran

Industri 4.0

Industri 4.0 menurut Forbes, adalah “kilang pintar,” di mana sebuah


sistem gabungan siber dan fizikal berkemampuan memantau
proses fizikal kilang serta membuat keputusan sendiri (bersifat
autonomi). Sistem fizikal ini mampu berkomunikasi dan
bekerjasama antara semua sistem dan manusia secara ‘live’
melalui laman web.

Revolusi industri pertama adalah ketika terciptanya enjin wap dan


mesin-mesin terawal yang memudahkan kerja-kerja nenek moyang
kita (sebagai contoh pemprosesan kapas dan laluan kereta api).
Industri 2.0 pula adalah ketika wujudnya kemudahan elektrik,
barisan pemasangan (assembly line) serta bermulanya proses
pengeluaran secara besar-besaran. Seterusnya, Industri 3.0
muncul bersama kewujudan komputer dan automasi, ketika robot
dan mesin mula menggantikan pekerja manusia di barisan
pemasangan tersebut.
Kini kita memasuki Revolusi Industri Keempat, di mana komputer
dan sistem automatik bekerja bersama-sama dalam sebuah cara
yang baru. Di mana robot dihubungkan secara wireless ke sistem
komputer yang boleh belajar sendiri serta mampu mengawal
robot-robot dengan campur tangan yang sangat sedikit dari pihak
manusia.

Ciri-ciri kilang atau sistem tergolong di bawah Industri 4.0

 Interoperability – Hal ini bermaksud mesin, peranti, sensor


dan individu yang boleh berhubung dan berkomunikasi antara
satu sama lain.
 Ketelusan maklumat – Sistem-sistem ini mampu mencipta
satu salinan maya dunia fizikal melalui data yang dikesan
menerusi sensor untuk pemprosesan maklumat.
 Bantuan teknikal – Sistem tersebut boleh menyokong
manusia dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah serta ia berupaya untuk membantu individu dalam tugas
yang terlalu sukar atau tidak selamat bagi seorang manusia.
 Membuat keputusan sendiri- Sistem siber-fizikal ini mampu
membuat keputusan –keputusan mudah dengan sendiri dan
boleh bertindak secara autonomi yang mungkin.

Industri 4.0 mempunyai peranan yang penting dalam sektor


komoditi. Sebagai contoh komoditi kelapa sawit. Sistem pengesan
yang dihubungkan dengan sistem pengkomputeran menerusi
rangkaian komunikasi membolehkan kita menjejaki produktiviti
sebatang pokok kelapa sawit dan bukannya menjejaki produktiviti
plot atau ladang lapor akhbar

Kita dapat mengetahui tahap tekanan setiap pokok yang


disebabkan oleh cuaca kering dan basah yang berpanjangan serta
campur tangan yang diperlukan seperti pengairan, pembajaan dan
penggunaan racun perosak. Ini memberi impak langsung kepada,
penghasilan kumpulan buah segar

….……>……….

Industri 4.0 adalah industri yang menggabungkan teknologi otomatisasi


dengan teknologi cyber. Ini merupakan tren otomatisasi dan pertukaran data
dalam teknologi manufaktur. Ini termasuk sistem cyber-fisik, Internet of Things
(IoT), komputasi awan dan komputasi kognitif.

Industrialisasi dunia dimulai pada akhir abad ke-18 dengan munculnya tenaga
uap dan penemuan kekuatan alat tenun, secara radikal mengubah bagaimana
barang-barang diproduksi. Seabad kemudian, listrik dan jalur perakitan
memungkinkan produksi massal. Pada 1970-an, revolusi industri ketiga dimulai
ketika kemajuan dalam otomatisasi bertenaga komputer memungkinkan kita
memprogram mesin dan jaringan

revolusi industri keempat mengubah ekonomi, pekerjaan, dan bahkan


masyarakat itu sendiri. Di bawah pengertian apa itu Industri 4.0, banyak
teknologi fisik dan digital yang digabungkan melalui analitik, kecerdasan
buatan, teknologi kognitif, dan Internet of Things (IoT) untuk menciptakan
perusahaan digital yang saling terkait dan mampu menghasilkan keputusan
yang lebih tepat.

Perusahaan digital dapat berkomunikasi, menganalisis, dan menggunakan


data untuk mendorong tindakan cerdas di dunia fisik. Singkatnya, revolusi ini
menanamkan teknologi yang cerdas dan terhubung tidak hanya di dalam
perusahaan, tetapi juga kehidupan sehari-hari kita.

Berikut beberapa contoh peluang yang dimungkinkan dari


industri 4.0:
 Memberikan informasi real-time tentang arus barang
dari titik asal ke konsumen
 Perincian peristiwa: komposisi fisik, manufaktur, dan
nomor seri
 Transparansi tentang faktor seperti asal produk
 Peningkatan visibilitas proses pengiriman dan status
ketersediaan
 Tautan ke struktur proses bisnis back-end
(menggunakan ERP, EMS, CRM, dan sebagainya.)
 Informasi real-time dan analisis prediktif akan
meningkatkan perencanaan dan alokasi ke tingkat
berikutnya
 Integrasi horizontal akan menurunkan biaya untuk
menangani jaringan rantai pasokan yang kompleks
 Integrasi saluran yang mulus akan bergantung pada
pengiriman last-mile yang nyaman dan hemat biaya
 Transparansi pada kualitas dan asal akan membantu
perusahaan untuk membedakan di pasar dan memenuhi
permintaan konsumen.

Kesan 4.0

KEHADIRAN Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0) yang


menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa
banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberikan
kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Dalam konteks
ini, pendidikan tinggi adalah antara bidang cukup penting
yang tidak ketinggalan menerima impak perkembangan
terbaru ini.

Kesan Industri 4.0 terhadap industri pekerjaan


tempatan

Mengulas lanjut mengenai kesan Industri 4.0 ke atas


penggunaan tenaga kerja tempatan, Dr. Othman berkata
kumpulan menengah rendah akan menjadi kumpulan
paling terjejas kerana secara perlahan menjadi kelompok
yang tidak diperlukan dalam ekonomi.

“Kumpulan menengah rendah ini lebih mudah diganti


dengan robot dan sistem kerana mereka tidak mempunyai
‘tacit knowledge’ yang boleh ditawarkan kepada majikan
dan ekonomi secara keseluruhannya.

“Akibat diganti dengan peralatan komputer dan komunikasi


digital lainnya, kumpulan ini akhirnya akan terpinggir
dalam sistem ekonomi baru ini,” katanya.

Berbeza dengan kumpulan berpendapatan rendah


meskipun statusnya sama dengan kumpulan
berpendapatan sederhana tetap mempunyai beberapa
perbezaan positif dengan kebanyakan mereka
mengekalkan pekerjaan masing-masing.

“Kumpulan pendapatan rendah ini akan terus mendapat


perhatian dan simpati kerajaan dan industri mengenai
nasib mereka. Pelbagai dasar dan polisi akan dirangka
oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan pekerjaan mereka.

“Perkara ini berlaku di atas sebab bahawa robot dan


teknologi automasi tidak akan mampu untuk melakukan
pekerjaan golongan ini seperti tukang sapu, tukang cuci
dan juga membasuh tandas,” katanya lagi.
Masyarakat perlu bersiap sedia

revolusi itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam


hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza
daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada
penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik,
dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
Industri 4.0 hebat kerana ia menggantikan banyak kerja
dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses
automasi hasil bantuan perisian.

"Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan


pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua
urusan dijalankan secara digital," katanya menerusi
catatan di laman blog beliau.

Beliau menarik perhatian berhubung kenyataan Perdana


Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa
mahu tidak mahu, rakyat perlu bersedia kerana Industri 4.0
yang akan membawa kepada kejayaan wawasan
Transformasi Nasional 2050.

Salleh berkata Industri 4.0 akan membawa perubahan


besar antaranya kepada media tradisional apabila
manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer
untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.

"Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi


terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat
menarik perhatian pembaca," kata menteri itu.

Dari segi pendidikan pula, beliau berkata Revolusi Industri


4.0 akan menyaksikan penggunaan komputer riba dengan
lebih menyeluruh di sekolah.

"Teknologi hologram, media sosial dan kecerdasan buatan


juga akan menjadi aspek utama sebagai alat bantuan
mengajar. Mungkin di masa hadapan, pelajar boleh belajar
di rumah sahaja kerana kuliah disampaikan dalam bentuk
video,"

Kaedah Gabungan.
Kaedah gabungan atau mixed methods merujuk kepada
metodologi kajian yang muncul dalam kajian bersistematik
yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif melalui
penyelidikan atau mahu mengekalkan program
penyelidikan sedia ada. Asas kepada kenyataan ini adalah
kaedah gabungan merupakan integrasi dan sinergi
penggunaan data yang lebih lengkap berbanding
memisahkan data dan membuat analisis secara
berasingan.

Terdapat beberapa alasan kenapa pengkaji menggunakan


kaedah gabungan dalam penyelidikan ini

i. Saling melengkapi: menggunakan data yang diperolehi


dengan satu-satu kaedah untuk menyokong dapatan
kaedah lain. Semasa kajian ini, pengkaji menggunakan
temu bual semi struktur dengan kumpulan fokus
membolehkan penerokaan terhadap cabaran-cabaran
yang dikenal pasti bagi melengkapkan data kuantitatif

ii. Pembangunan: menggunakan hasil dapatan daripada


sesuatu kaedah untuk membangunkan atau
memaklumkan kegunaan kaedah-kaedah lain. Kumpulan
fokus yang dikaji mendapati kursus-kursus keusahawanan
dapat memberi motivasi dalam diri mereka untuk gigih
berusaha mengubah keadaan keluarga.

iii. Triangulasi: menggunakan data yang diperolehi


daripada kedua-dua kaedah untuk menyokong hasil
dapatan. Contohnya dalam kajian ini, pengkaji
melaksanakan kajian kes untuk mengetahui impak
program pembasmian kemiskinan dan menganalisis
dokumentasi laporan kendiri untuk memantapkan hasil
dapatan data kualitatif seperti tahap kesejahteraan
responden sebelum dan selepas menyertai program
tersebut.

Senarai ini menunjukkan pengkaji mengakui bahawa


kekuatan kaedah kuantitatif dalam membuat dapatan
umum malah memberi ruang kepada pandangan
responden dalam menyatakan pandangan mereka
terhadap keberkesanan program pembasmian kemiskinan.
Selain itu, kaedah kuantitatif yang dilaksanakan juga
membantu penyelidik untuk mendapatkan data daripada
jumlah responden yang ramai walaupun terdapat
kekangan kewangan, jarak dan masa. Biar apapun alasan
yang diberikan untuk kaedah gabungan ini, pengkaji
melihat kesesuaian menjawab persoalan kajian
menggunakan kajian bentuk ini telah dinyatakan secara
jelas.

Asas andaian kaedah gabungan ialah kaedah ini boleh


menjadikan persoalan kajian lebih komprehensif
berbanding menggunakan hanya satu kaedah kajian sama
ada kuantitatif atau kualitatif

Persoalan-persoalan yang diajukan melalui kaedah


gabungan ini cenderung lebih terbuka dan kompleks
dengan pelbagai aspek yang mana setiap satunya dapat
dikaji secara lebih baik melalui kaedah kuantitatif atau
kualitatif

Kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif memberi


beberapa kelebihan seperti dapat membandingkan data
kuantitatif dengan kualitatif khususnya untuk memahami
pertentangan antara hasil dapatan kedua-dua kaedah
kajian ini, memberi gambaran terhadap pandangan
responden iaitu pengkaji mendapat peluang untuk
memahami responden dan memastikan hasil dapatan
adalah pengalaman mereka sendiri dan menggalakkan
interaksi ilmiah iaitu pengkaji dapat bertemu dengan pakar
bidang pembangunan sosial bagi mengetahui pandangan
mereka terhadap isu-isu yang dibincangkan

Memahami dapatan kajian melalui pengalaman dan


pandangan responden menjadikan data kajian lebih kaya
(rich) dan bermakna (depth in meaning). Menurut Gunter
(2001), memahami makna-makna yang tersirat dan
tersurat serta pengalaman membolehkan sesuatu
fenomena difahami dan dikonseptualkan. Seterusnya
kaedah gabungan ini dapat menyediakan keanjalan
(flexible) dalam mengatur dan menyusun perjalanan kajian
seperti menyediakan instrumen atau merancang temu bual
semi struktur. Kaedah gabungan memberi ruang kepada
pengkaji untuk menguruskan masa kajian yang boleh
disesuaikan dengan pelbagai tugasan seperti membuat
pemerhatian dan percubaan secara rambang untuk
menjelaskan lebih banyak maklumat berbanding yang
boleh diperolehi melalui satu kaedah sahaja.

CABARAN PELAKSANAAN KAEDAH GABUNGAN


DALAM KAJIAN PERBANDINGAN
Pengalaman menjalankan kaedah gabungan untuk
melengkapkan kajian dalam pembangunan sosial di
Malaysia dan Indonesia membolehkan pengkaji berkongsi
cabaran dan masalah yang dihadapi. Walaupun kaedah
gabungan dianggap memiliki kekuatan sebagai sebuah
pendekatan dalam mana-mana kajian, pengkaji
berhadapan dengan tiga cabaran besar.

Pertama, menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif


dilihat sebagai bermasalah kerana kedua-dua bentuk
kajian ini mempunyai kerangka penyelidikan sendiri. Hasil
dapatan mungkin menambahkan beban masalah sedia
ada berbanding menyelesaikan masalah. Dalam kajian
yang dilakukan, salah satu ulasan pemeriksa ialah beliau
cenderung kepada kaedah menganalisis data secara
sebelah-menyebelah, bukannya dibuat analisis dapatan
kuantitatif dahulu diikuti dapatan kualitatif.

Keadaan ini mewujudkan cabaran kedua iaitu kekangan


masa dan kekurangan pengalaman. Tidak dapat dinafikan
bahawa kajian yang dihasilkan kaya dengan data
kuantitatif dan kualitatif, justeru ia mengambil masa untuk
dianalisis. Kekurangan pengalaman menyebabkan data
kuantitatif tidak dapat ditafsir dengan meluas dan data
kualitatif tidak banyak membantu membuat kesimpulan
yang lebih menyeluruh.

Cabaran ketiga ialah sukar membuat integrasi data yang


tulen kerana penggunaan jenis data yang berbeza. Satu
cara untuk mendapatkan integrasi data yang tulen ialah
melalui strategi pelbagai analisis yang melibatkan
pemikiran inovatif untuk mengolah perbezaan data di
samping memberi makna terhadap integrasi data
berkenaan. Integrasi data yang kurang tepat menjejaskan
kekuatan kesimpulan kajian.

KESIMPULAN

Kajian yang menggunakan kaedah gabungan ini


memerlukan pertimbangan yang betul supaya hasil
dapatan kajian akan memberikan keputusan yang jelas,
menyeluruh dan praktikal supaya kita boleh berkongsi
hasil kajian bersama penyelidik-penyelidik yang lain dan
juga menjadi sumber idea baru kepada bakal-bakal
penyelidik yang akan melakukan penyelidikan mereka.
Bagi pelajar di peringkat sarjana atau kedoktoran yang
membuat keputusan untuk menggunakan kaedah
gabungan ini, mereka perlu berhati-hati apabila
menggunakan pendekatan ini kerana bakal berhadapan
cabaran besar khususnya dari segi integrasi data dan
kekangan masa. Kajian yang menggunakan kaedah
gabungan ini walaupun nampaknya memberikan
keputusan yang lebih baik berbanding dengan satu-satu
kajian, tetapi kita harus mengambil kira bahawa kaedah ini
adalah kaedah pilihan yang boleh digunakan secara
bersama dengan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Bagi
kajian-kajian yang melibatkan proses atau jangka masa
panjang, kaedah gabungan ini dirasakan sesuai untuk
mereka lakukan dan akan memberikan keputusan yang
lebih signifikan terhadap persoalan kajian yang
ditimbulkan.

Anda mungkin juga menyukai