Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan

Bak kata peribahasa, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Bagitu halnya dengan perubahan sektor ekonomi apabila berlakunya perubahan penjanaan
ekonomi melalui sektor-sektor tertentu.

Di zaman moden ini, sumber pendapatan eknonomi di peringkat dunia kebanyakannya

tertumpu dalam bidang perindustrian. Sekarang, dunia sudah berada di fasa revolusi

perindustrian 4.0.

Apakah yang dimaksudkan dengannya? Apa pula cabaran yang bakal dihadapi penduduk

dunia secara amnya?

Ayuh kita fahami.

Definisi Revolusi Perindustrian 4.0

Klaus Schwab yang merupakan seorang pengasas Forum Ekonomi Dunia telah memetik
dalam bukunya, The Fourth Industrial Revolution, menjelaskan bahawa Revolusi Industri
Keempat ini dikenali dengan munculnya perkembangan teknologi yang lebih maju untuk
mengatasi kelemahan batasan sumber manusia melalui penghasilan

1. superkomputer

2. robot pintar

3. kenderaan tanpa pengemudi

4. suntingan genetik

5. perkembangan neuroteknologi

Dalam bahasa mudahnya, kehidupan seharian manusia akan menjadi lebih mudah dengan

adanya bantuan teknologi ini sebagai pendamping atau “kawan” kita untuk membantu

menguruskan tugasan dan beban kerja.


Sejarah Revolusi Perindustrian

Peralihan ekonomi yang melibatkan penjanaan pendapatan dari sektor pertanian,

perlombongan dan sebagainya telah mendorong munculnya revolusi perindustrian untuk

memaksimumkan hasil bermula dari kurun ke-18 lagi.

Secara amnya, fokus bagi setiap revolusi perindustrian adalah seperti berikut

 Revolusi perindustrian 1.0 – penggunaan mesin berkuasa wap

 Revolusi perindustrian 2.0 – penggunaan elektrik secara meluas

 Revolusi perindustrian 3.0 – berasaskan teknologi maklumat dan perkembangan

komputer

 Revolusi perindustrian 4.0 – pelbagai teknologi baharu dengan intergrasi sistem,

internet, data dan simulasi

Tujuan Pengenalan Revolusi Perindustrian 4.0

Dengan kepesatan teknologi yang kini mencapai teknologi 5G, semakin banyak aplikasi dan

sistem berkomputer automatik tanpa keperluan sumber tenaga manusia boleh dibangunkan.

Hasilnya, kita akan lebih cepat melakukan sesuatu atau boleh melakukan pelbagai kerja

dalam satu masa, di samping memberi keselesaan kepada tugasan harian kita.

Bayangkan, anda boleh memasak sambil membasuh pakaian, memberi makan kepada

binatang peliharaan, menyiram pokok dalam satu masa yang sama dengan hanya memberikan

arahan melalui alat kawalan jauh atau aplikasi telefon bimbit sahaja.

Senang cerita, anda boleh mula membayangkan kehidupan bagai dalam komik Doraemon

yang mempunyai pelbagai peralatan canggih.


Hampir semua perkara yang kita anggap mustahil untuk wujud, kini sudah mula mendapat

tempat di pasaran dan menjadi kebiasaan para pengguna.

Penggunaan alat navigasi arah jalan seperti Waze dan Google Map adalah permulaan

teknologi ini.

Lihat betapa canggih dan banyaknya kebaikan teknologi tersebut untuk mengetahui

kesesakan jalan raya dan memberi jalan yang paling dekat.

Lebih banyak lagi teknologi seumpama dan lebih maju yang sedang dibangunkan.

Komponen Utama Revolusi Perindustrian 4.0

Terdapat 9 tonggak utama yang menjadi peneraju revolusi ini, antaranya:

1. Robotik autonomi – penggunaan robot untuk perkerjaan atau tugas yang rumit.

2. Simulasi – sistem simulasi ini bertujuan untuk meramalkan konsep yang dicadangkan,

jadi hal ini akan menjimatkan kos dan mengurangkan potensi masalah/memberi

cadangan awal langkah penyelesaian

3. Teknologi awan (cloud) – penyimpanan data tanpa memerlukan simpanan fizikal.

Data ini boleh diakses di mana-masa sahaja.

4. Integrasi sistem – sambungan sistem menyeluruh yang boleh diakses oleh banyak

pihak yang terbabit, melicinkan urusan sistem.

5. Industri teknologi peranti pintar (internet of things) – rangkaian peranti yang boleh

berkomunikasi antara mesin dengan lebih pantas biarpun dengan simpanan data dan

arahan yang besar dan kompleks

6. Keselamatan siber – perlindungan data dan meminimumkan risiko

kehilangan/kerosakan data melalui penciptaan sistem keselamatan siber


7. Percetakan 3D – pembuatan bahan industri yang sesuai dengan keperluan teknologi

baharu yang berskala kecil dan mempunyai spesifikasi tertentu (kecil, ringan, kualiti

fizikal yang tinggi)

8. Realiti maya – penyediaan maklumat secara visual secara tepat, khas bagi

mengurangkan risiko kesilapan tenaga pakar

9. Analisis data besar (big data) – analisis terhadap set data yang besar ini akan

membantu mengoptimumkan kualiti pengeluaran, kos penjimatan dan perkhidmatan.

Kesan Jangka Panjang Revolusi Perindustrian 4.0

Pelaksanaan revolusi ini menandakan penglibatan manusia yang terhad kerana semuanya

bergantung kepada teknologi baharu yang sentiasa dikemas kini bagi memberikan prestasi

yang mantap.

Antara kesan yang boleh dijangka ialah:

1. Kemunculan sistem fizikal siber yang memperlihatkan gabungan manusia, mesin dan

kaedah teknologi baharu dalam kehidupan seharian.

2. Mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga manusia dan fizikal

3. Menuntut masyarakat yang berdaya saing, kreatif dan kritis supaya tidak terus

terpinggir dengan kepesatan teknologi

Cabaran Revolusi Perindustrian 4.0

 Semua sektor perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam bidang ekonomi, sosial dan

sebagainya. Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia turut berevolusi dan

tidak statik dengan pendekatan tradisi dalam kehidupan.


 Pembaharuan dan pembangunan ini ditujukan kepada kaedah kehidupan yang

diperbaharui, bukannya memperbaharui teras agama.

 Kehilangan beberapa jenis pekerjaan tradisi dalam bidang-bidang tertentu kerana

digantikan dengan gajet, teknologi dan aplikasi pintar.

 Perubahan landskap industri dan jenis pekerjaan yang memfokuskan penggunaan

teknologi.

 Kehadiran teknologi pintar dalam pelbagai industri turut menyebabkan ekosistem

ekonomi dan sosia.

 Kemudahan penggunaan teknologi yang disalah guna akan menyebabkan wujudnya

jenayah atas talian yang baru seperti aplikasi berbahaya serta boleh membawa kesan

moral dan jenayah.

Kesimpulan

Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia dan rakyatnya harus peka dan beradaptasi

dengan sebarang perubahan kemodenan yang melanda dunia.

Kemunculan teknologi baharu ini khususnya untuk menjayakan revolusi perindustrian 4.0

perlu disambut dengan baik kerana manfaatnya yang meluas, di samping, sama-sama

mempelajari dan memahami sistem revolusi ini secara menyeluruh untuk tidak ketinggalan

dan terpinggir.

Akan datang, lebih banyak revolusi yang bakal berlaku terutamanya dalam bidang ekonomi

yang mempengaruhi kehidupan seharian kita secara tidak langsung. Jadilah masyarakat yang

cakna dan celik ilmu.

Rujukan
1. Alaloul, W. S., Liew, M. S., Zawawi, N. A. W. A., & Mohammed, B. S. (2018).

Industry revolution IR 4.0: future opportunities and challenges in construction

industry. In MATEC Web of Conferences (Vol. 203, p. 02010). EDP Sciences.

2. https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0

3. https://rootofscience.com/blog/2018/sains-komputer/zaman-industri-4-0/

4. Kamaruzaman, M. F., Hamid, R., Mutalib, A. A., & Rasul, M. S. (2019). Comparison

of Engineering Skills with IR 4.0 Skills. International Journal of Online and

Biomedical Engineering (iJOE), 15(10), 15-28.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Apakah  yang dimaksudkan dengan Revolusi Industri  4.0?

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth
Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan
kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan
perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan
fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal
menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita
lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron
sampai di depan pintu rumah.

Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan
dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-
masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.

Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di
tengah-tengah jalan raya yang sesak.

Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh
menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal
sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.

Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan
berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.
Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan
dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan
keselesaan manusia.

Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global,


banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi
navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat
laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil
Internet of Things (IoT).

 Sumber : www.kosmo.com.my (http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2017&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm)

Celik Industri 4.0

REVOLUSI Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi


cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan
perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa
wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi
perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.

Bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti


automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem,
penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu
sepenuhnya bagi manusia,mesin dan kaedah baharu teknologi.

Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu
melibatkan manusia secara langsung.

Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang
secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

Jadi, sekiranya cabaran teknologi baharu yang kompleks itu tidak diberi penekanan
sewajarnya, ia boleh menyebabkan Malaysia jauh ketinggalan dalam persaingan di peringkat
global.

Baru-baru ini, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam
Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan
mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0.

“Bayangkan pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja
menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan individu
atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.

“Jadi kita memerlukan institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi
cabaran baharu itu agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era
globalisasi dan digital itu,” katanya dalam satu seminar anjuran Kementerian Pendidikan
Tinggi di ibu negara itu.
Dalam seminar itu, Marmolejo turut memuji Malaysia selaku negara pertama merangka
elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi)
2015-2025.

Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah ke hadapan, beliau menyifatkan
pelan pembangunan pendidikan tinggi yang merangkumi 10 lonjakan itu sebagai rangka kerja
naratif sangat baik bukan sahaja untuk masa depan tetapi hari ini.

“Saya telah melawat banyak negara dan memerhati usaha-usaha yang dilakukan dalam
menangani isu pembelajaran di seluruh dunia dan sangat jelas langkah yang diambil Malaysia
lebih konkrit dalam pelaksanaannya.

“Walaupun kesan revolusi perindustrian terutamanya berkaitan sistem pendidikan tinggi


dibincang secara global tetapi apa yang dilakukan di Malaysia menunjukkan komitmen
berterusan negara itu.

“Ini adalah negara pertama yang saya melihat usaha berterusan yang diambil oleh kerajaan
ini dalam menggalakkan perbincangan dan membangunkan pendidikan relevan dan selaras
dengan Industri 4.0,” katanya.

Tambah beliau, idea yang dipraktikkan Malaysia merupakan langkah paling inovatif untuk
menentukan bagaimana negara akan menjadi pemain signifikan dalam ekonomi global pada
masa hadapan.

Apa pun, bidang ilmu dan pendidikan mesti dijadikan sebagai teras dalam usaha
mempersiapkan pelajar dan graduan menangani cabaran baharu revolusi itu.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd (http://www.utusan.com.my/rencana/utama/celik-


industri-4-0-1.524994#ixzz58pf2YVPy)

Cabaran Revolusi Industri 4.0

INISIATIF dan peruntukan Bajet 2018 jelas bertepatan revolusi industri 4.0, menjamin
kelestarian persekitaran dan membuka harapan gagasan TN50 dalam kerangka maqasid
syariah. Hampir semua pihak gembira terutamanya golongan berpendapatan rendah dan
sederhana tetapi cabaran yang tinggal ialah merealisasikannya.

Amat perlu kita memahami teras belanjawan itu sebagai berharmoni dengan kerangka
maqasid syariah yang menjangkau semua urusan kehidupan dengan sasaran kecemerlangan
duniawi dan ukhrawi. Ini bererti, kita perlu merungkai agenda kehidupan dalam kerangka al-
Quran, sebagaimana perintah Allah SWT yang bermaksud: “Dan carilah apa yang Allah
sediakan di alam akhirat (balasan dan kebahagiaan), tapi janganlah lupa nasib kalian daripada
dunia (yakni amal perbuatan dan kenikmatan).” (Al-Qasas: 77).

Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan agar pandangan alam dan prinsip hidup
bermatlamatkan akhirat sebagai pra-syarat sebelum menekuni usaha dan menikmati habuan
kehidupan duniawi. Gagasan akhirat mampu membersihkan urusan yang menyalahi etika
kemanusiaan dan adab syariah seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penganiayaan,
penipuan dan segala kemungkaran.

Seperti ungkapan hikmah para cendekiawan mengatakan “jika kita mengejar dunia, dunia
akan lari lebih pantas dan kita akan kepenatan. Jika kita mengejar akhirat, dunia akan
mengejar kita”. Sesungguhnya, orang yang memahami ungkapan ini ialah orang yang telah
menjiwai mafhum firman Allah tersebut. Merekalah yang telah mencapai Par Excellence
Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Semua pihak perlu memastikan pembangunan inklusif dalam rentak revolusi perindustrian
keempat. Umat Islam sewajarnya lebih peka dan bersedia kerana semua teknologi yang
sedang pesat berkembang ini telah disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW antara lain
memberi maksud bahawa suasana suatu zaman yang masanya menjadi singkat, jarak sudah
menjadi dekat dan komunikasi pula menjadi lebih rapat (berdasarkan hadis diriwayatkan oleh
At-Tirmizi).

Seiring dengan kefahaman ini, semua sektor perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam
bidang ekonomi, sosial dan sebagainya. Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia
turut berevolusi dan tidak statik dengan pendekatan tradisi dalam kehidupan.

Namun, maksud pembaharuan dan pembangunan ini ditujukan kepada kaedah kehidupan
yang diperbaharui, bukannya memperbaharui teras agama bersifat qat’ie (muktamad) dan
tidak berubah.

Orang tua-tua selalu berpesan agar budaya sediakan payung sebelum hujan perlu sentiasa
diamati, lebih-lebih lagi apabila membincangkan tentang revolusi teknologi.

Di samping manfaatnya yang banyak, impak teknologi dan globalisasi bakal menggandakan
persaingan dan meluaskan capaian tanpa sempadan.

Malaysia yang dalam proses menangani isu pengangguran bakal dikejutkan dengan
kehilangan beberapa jenis pekerjaan tradisi dalam bidang-bidang tertentu kerana digantikan
dengan peranti, teknologi dan aplikasi pintar.

Pujian perlu diberikan kepada kerajaan yang peka terhadap nasib pemandu teksi dalam
belanjawan 2018 dengan inisiatif geran RM5,000 dan e-hailing. Bukan setakat itu, malah
negara juga wajar menubuhkan pasukan petugas khas mempelopori rangsangan membina
aplikasi pintar dengan penglibatan langsung usahawan tempatan seperti mengadakan
pertandingan membuat pendua teknologi pintar sedia ada.

Dilaporkan bahawa Monetary Authority of Singapore (MAS) sedang dalam proses


membangunkan mata wang maya (wang kripto) sendiri ekoran dari perkembangan pasaran
wang digital antarabangsa sebagai alternatif dan langkah strategik negara tersebut
mempersiapkan diri menjadi hub-kewangan digital.

Landskap industri dan jenis pekerjaan sudah mula berubah.

Peluang pekerjaan tradisi bakal digantikan dengan jenis pekerjaan baru umpamanya
keperluan kepada pembangun aplikasi pintar, jurutera program, mudah alih dan pakar
teknologi.
Sehubungan itu, premis perniagaan juga tidak lagi diperlukan kerana urusniaga dilakukan
secara atas talian tanpa halangan masa dan tempat. Premis pejabat, kaunter pelanggan dan
perkhidmatan lepas jualan umpamanya akan dilakukan secara maya.

Di masa hadapan, kehadiran teknologi pintar dalam pelbagai industri menyebabkan


ekosistem ekonomi dan sosial turut berubah.

Urusan perbankan sekarang ini lebih mudah dilakukan secara atas talian kerana menjimatkan
masa dan tenaga. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 11 aplikasi pintar teknowang
(teknologi kewangan) telah mampu menggantikan enam kluster fungsi tradisi kewangan
melibatkan insurans, deposit dan pinjaman, pembiayaan dana, pelaburan, provisi pasaran dan
sistem pembayaran.

Kemudahan penggunaan teknologi ini jika tidak dihemati akan membawa bersamanya
sampah sarap anasir buruk seperti aplikasi berbahaya serta boleh membawa kesan moral dan
jenayah.

Pesan al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 195 mafhumnya; “Berinfaqlah kalian ke jalan
Allah dan jangan kalian jerumuskan diri kepada kemusnahan, berbuatlah baik kerana Allah
menyukai orang yang berbuat kebaikan.”

Inisiatif dan peruntukan bajet kerajaan memerlukan sokongan semua pihak untuk
merealisasikan kejayaannya. Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing supaya
aspirasi negara melalui belanjawan 2018 berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan,
pengangguran, ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin kestabilan moral
masyarakat.

PENULIS ialah Felo Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Sains Politik, Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Robot sebegini mempunyai potensi besar dalam membantu manusia


menguruskan kehidupan seharian dengan lebih lancar di masa hadapan.
Antaranya, untuk menjadi salah satu aplikasi pemantauan kesihatan, penasihat
pemakanan dan sebagainya bagi golongan yang mempunyai had pergerakan
fizikal seperti warga emas, penghidap penyakit berjangkit (seperti wabak
COVID-19, flu) dan golongan kelainan upaya. Selain itu, teknologi robotik
sosial juga boleh digunakan dalam membantu individu yang mengalami
masalah kognitif dalam membolehkan mereka meneruskan kehidupan yang
lebih bermakna. Walaupun dengan pelbagai kemungkinan, aplikasi ini dapat
memberi dimensi baru kehidupan di masa depan, terdapat beberapa persoalan
yang perlu dijawab sebelum teknologi robotik sosial menjadi sebahagian
“ahli” dan gaya hidup komuniti manusia. Antaranya, adakah kita percaya
kepada “mereka” dalam tugasan yang biasa dilaksanakan oleh manusia. Bagi
menjawab persoalan ini, penyelidik di kumpulan Mesin Hubungan, Makmal
Pengkomputeran Berpusatkan Manusia Universiti Utara Malaysia telah
menjalankan dua eksperimen (projek penyelidikan “Living with Robot”) dalam
aspek terapi kognitif menggunakan robot dan penasihat digital terhadap
beberapa individu.
SIMULASI 1. Membantu Mengkomunikasikan Ide atau Gagasan
Gagasan atau ide merupakan kerangka pemikiran yang dapat dituangkan atau dibagikan
kepada orang lain.

Ide kreatif kerap kali muncul secara mendadak. Walaupun kreatif, tetapi ide
seringkali stuck karena minim akan eksekusi.
Maka dari itu, terciptalah yang namanya simulasi digital.

Simulasi digital dapat menjadi salah satu jembatan untuk menuangkan sebuah idea kepada
khalayak ramai, salah satu caranya melalui video conference.
Setidaknya, ada beberapa cara untuk menciptakan sebuah ide:
 Melakukan observasi
 Bersosialisasi dengan lingkungan
 Membaca banyak artikel atau buku
 Menjelajah web secara random
 Membuat jurnal rutin
 Melakukan meditasi
 Latihan membuat ide
2. Memacu Kemampuan Berkomunikasi
Tidak hanya membantu mengkomunikasikan sebuah gagasan, fungsi simulasi digital yang
lain ialah membantu memperlancar dalam kemampuan berkomunikasi.

Dalam mengemukakan sebuah ide atau gagasan, tentu tak terlepas dari yang namanya cara
berkomunikasi.

Setidaknya, ada cara atau teknik dalam menciptakan komunikasi yang efektif:


 Informasi yang lengkap
 Cara penyampaian yang ringkas
 Pemilihan kata yang penuh pertimbangan
 Disampaikan dengan jelas
 Informasi bersifat nyata
 Berkomunikasi dengan tata krama
 Menyampaikan informasi yang teruji kebenarannya
Dari elemen komunikasi efektif di atas, sebenarnya komunikasi konvensional dan
komunikasi virtual hampir tidak ada bedanya.

Yang penting dari sebuah komunikasi ialah bagaimana cara menyampaikan informasi secara
tepat dari komunikator (pengirim pesan) ke komunikan (penerima pesan).
3. Keterampilan Menggunakan Perangkat
Tidak menghilangkan esensi, perangkat menjadi bagian terpenting dalam elemen simulasi
digital.

Selain cara memunculkan gagasan dan kemampuan berkomunikasi, cara menggunakan


perangkat juga penting peranannya dalam kehidupan sehari-hari.
Keterampilan menggunakan perangkat menjadi salah satu kemampuan teknis yang
terpenting.
Bisa dikatakan jika dengan adanya teknologi informasi, kemampuan menggagas ide dan
berkomunikasi menjadi lebih mudah dan jangkauannya lebih luas.

Di sisi lain, kemudahan tersebut harus dilakukan dengan mengedepankan etika komunikasi
digital atau yang selanjutnya disebut dengan digital citizenship.
Perangkat (komunikasi) digital, memungkinkan:

 Seseorang mencari alternatif solusi atas permasalahan yang dihadapi


 Seseorang mencari mitra kolaborasi untuk memodifikasi atau membuat produk atau
layanan baru
 Seseorang mengkomunikasikan hasil kerjanya kepada orang lain, atau bahkan
melakukan transaksi, hingga negosiasi

Fungsi dari cloud computing


Terdapat banyak sekali fungsi yang dimiliki oleh komputasi awan, berikut ini kami
merangkum menjadi tiga fungsi utama dari penggunaan cloud computing untuk membantu
aktivitas pengguna.
1. Meningkatkan kapasitas penyimpanan data
Dengan menggunakan komputasi awan, maka kapasitas penyimpanan menjadi lebih lebih
besar daripada anda menggunakan penyimpanan dalam sebuah perangkat misalnya flashdisk,
hardisk, dan lain sebagainya. Teknologi cloud dapat menyimpan berbagai informasi anda
dengan bantuan media internet. 
Jadi informasi anda akan tersimpan di dalam database internet yang menggunakan teknologi
big data. Contoh dari penggunaan penyimpanan berbasis cloud, adalah Google Cloud.
2. Meningkatkan kinerja stakeholder
Fungsi yang kedua, dengan menggunakan penyimpanan berbasis cloud, maka kinerja dari
setiap pemangku kepentingan sebuah bisnis akan menjadi lebih produktif dan optimal.
Dimana, setiap tim atau departemen dapat saling terhubung dalam waktu yang bersamaan dan
dapat menghemat resource yang ada. 
3. Mendapatkan pembaharuan sistem secara berkala (up to date)
Fungsi yang ketiga ini merupakan keunggulan dan ciri khas dari cloud computing. Dimana,
untuk mengatasi berbagai kekurangan yang ada dan mengikuti perkembangan trend di era
teknologi berbasis digital, maka sistem akan terus melakukan pembaharuan basis data secara
berkala. 
Update tersebut memiliki tujuan untuk meningkatkan keamanan, kemudian meningkatkan
fitur untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna internet di seluruh
dunia. Sehingga, setiap proses penyimpanan menjadi lebih aman, efektif, dan mempunyai
kredibilitas yang tinggi. 

Kebaikan Teknologi robot:-


1. Memudahkan Kerja Seharian
Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh kain,
mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja di rumah dan hampir setiap
rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-kurangnya mesin basuh kain dan peti
ais. Para suri rumah tidak perlu lagi membasuh kain dengan menggunakan tangan.
Teknologi bukan sahaja telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah
malah di pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja
untuk membuat salinan sesuatu dokumen .  Disamping itu penggunaan applikasi seperti
Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip
surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan penggunaan mesin taip yang
terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan.

2. Menjimatkan Masa

Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat


teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke
destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk
pergi dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan
duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan
sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu.  Teknologi
juga telah banyak membantu petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah.
Jika dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya
memerlukan banyak tenaga manusia dan memakan masa yang lama. Penggunaan alat
pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani.

3. Kemudahan komunikasi

Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada
seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon,
laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran
maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar,
telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam
menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah
mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.
Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan
masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk
berhubung sesama mereka.

4. Teknologi perubatan membantu mengawal/mengubat penyakit

Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia.


Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk
terus hidup.  Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak membantu
sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua
pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan
kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah
membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah.
Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah
banyak membantu pengamal perubatan.

5. Meningkatkan Pengeluaran

Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan pengeluaran.


Penggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan telah berjaya meningkatkan
pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh, contohnya penggunaan
mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta dan sebagainya. Penggunaan
mesian dan peralatan ini mampu mengurangkan kebarangkalian dalam kerosakan
sesuatu produk yang dihasilkan.

Keburukan Teknologi:-
1. Membantukkan Perkembangan Sosial

Pemasalahan ini boleh terjadi apa bila kanak-kanak didedahkan dengan permainan
digital tampa pengawasa dan kawalan. Kanak-kanak ini akan bermain permainan dalam
komputer kerana ganjaran dan tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh
kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain
untuk mengetahu apakan penghujung permainan tersebut. Mereka boleh ketagih
dengan permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak yang
sepatutnya dicapai.

Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya memikirkan
mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi
kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negative
ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya bermain permainan
komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak
dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi
aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak yang besar kepada kanak-
kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.

      2. Jenayah

Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber,


ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam ,
pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa
sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung.  Kecanggihan teknologi telah
disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara
yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk
melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam
kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh
penjenayah.

      3. Kurang Pergaulan

Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya
pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka
masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak
mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas
memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga
boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila
masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi
antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai
keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing
sibuk dengan alat komukasi masing-masing.  Inilah yang berlaku pada masa kini.

4. Menjejaskan kesihatan
Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan.
Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah
bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama? Penggunaan bahan kimia
dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik da 
asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu
juga, kenderaan yang terlampau banyak di kota raya juga  boleh menjejaskan kesihatan
manusia akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.

5. Kesan Kepada Sikap

Menurut Healy dalam buku keluaran CAP kanak-kanak yang terlalu banyak menonton
televisyen boleh menurunkan prestasi akademik terutamanya dalam keupayaan
membaca. Membaca memerlukan kedalaman atau pemerosesan tetapi ‘fikiran dua
minit’ kanak-kanak daripada menonton terlalu banyak televisyen dengan mudah
menjadikannya kurang sabar dengan kegiatan yang memerlukan pembacaan. Menonton
televisyen adalah komunikasi sehala di mana kanak-kanak akan menjadi pasif.

Kanak-kanak menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat. Perkara inilihat saja
kanak-kanak zaman sekarang pergi ke mana-mana pasti akan ada permainan di tangan.
Apalagi kalau bukan I-Pad, Tablet dan telefon bimbit. Oleh disebabkan itu, kanak-kanak
kurang memberikan tumpuan di dalam pelajaran kerana otak mereka sentiasa
memikirkan permainan yang ada di dalam tablet mereka.

RANGKA KERJA STRATEGIK


Rangka kerja strategik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menghadapi
gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) memandangkan ianya
akan menambahkan jumlah pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh 7
hingga 8 tahun akan datang. Industri 4.0 yang didorong oleh revolusi digital atau
internet melalui aplikasi sistem siber fizikal yang bukan hanya tertumpu pada sektor
pembuatan malah akan turut melibatkan sektor perkhidmatan. Revolusi ini
merupakan kesinambungan daripada revolusi perindustrian ketiga yang berteraskan
sistem elektronik dan teknologi maklumat. Trend revolusi keempat bermula daripada
negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan
Amerika Syarikat yang kini berkembang kepada negara-negara seperti China, Korea
Selatan dan Singapura.

Pemangkin Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan
kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud
computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan
integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada
perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan
perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih
berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat
untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan
yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan
kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran.

Anda mungkin juga menyukai