Anda di halaman 1dari 8

TEORI, REKA BENTUK DAN AMALAN KURIKULUM

(KPF 6024)

TUGASAN
SINOPSIS
THE FOURTH INDUSTRIAL REVOLUTION
BY KLAUS SCHWAB

PENSYARAH
DR. MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB

DISEDIAKAN OLEH
KASI VISALATCHY KRISHNAN
(M20162001954)

PENGAJIAN KURIKULUM
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.0 PENGENALAN
Profesor Klaus Schwab, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, telah
berada dalam urusan global selama lebih empat dekad. Dalam bukunya yang baharu The ‘The
Fourth Industrial Revolution’, beliau yakin bahawa kita berada di awal revolusi yang menjadi
asas dalam mengubah cara kita hidup, bekerja dan saling berhubungan antara satu sama lain.
Hal ini dibuktikan dengan perubahan-perubahan ketara di sekeliling kita yang berlaku pada
kelajuan eksponen seperti komputer mudah alih, robot pintar, kereta pandu sendiri, neuro-
teknologi, teknologi penyuntingan gen dan sebagainya.
Schwab meletakkan perubahan terkini dalam konteks sejarah, menggariskan teknologi
utama yang memacu revolusi ini, membincangkan kesan utama kepada kerajaan, perniagaan,
masyarakat, individu dan mencadangkan cara untuk bertindak balas. Di tengah-tengah
analisisnya beliau berkeyakinan bahawa Revolusi Perindustrian Keempat akan berada dalam
kawalan kita semua selagi kita dapat bekerjasama merentasi geografi, sektor dan disiplin
untuk memahami peluang yang diberikan.

2.0 SEJARAH REVOLUSI


Revolusi telah berlaku sepanjang sejarah ketika teknologi moden dan revolusi untuk melihat
dunia ini mencetuskan perubahan mendalam dalam ekonomi dan struktur sosial. Revolusi
industri pertama bermula pada tahun 1760 hingga 1840an dengan pembinaan landasan
keretapi dan engin stim yang membawa kepada pengeluaran. Tenaga kerja digantikan dengan
tenaga mekanikal pada revolusi industri kedua.
Pada abad ke-19, revolusi kedua bermula dengan pengeluaran tenaga elektrik dan
bahagian pemasangan yang besar-besaran. Revolusi ketiga pula berlaku semenjak 1960
dengan pembangunan semi konduktor, komputer kerangka utama (1960an), pengkomputeran
peribadi (1970an dan 1980an) dan internet pada 1990an. Pada masa ini, teknologi maklumat
digunakan untuk pengeluaran secara automasi. Kini Revolusi Perindustrian Keempat adalah
lanjutan daripada revolusi ketiga ekoran revolusi digital yang telah berlaku sejak pertengahan
abad yang lalu. Ia dicirikan sebagai gabungan teknologi yang terdiri daripada internet mudah
alih yang boleh didapati mana-mana, pengesan berkuasa tinggi yang kecil dan murah serta
kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin (proses komputer untuk belajar dari data).
Teknologi digital dengan perisian komputer dan jaringan bukan sesuatu yang baharu
tetapi digital teknologi menjadi lebih canggih dan berintegrasi sehingga membawa perubahan
dalam masyarakat dan ekonomi global. Pensyarah Erik Brynjolfsson dan Andrew McAfee
merujuk zaman ini sebagai ‘zaman mesin kedua’ dan menyatakan kesan teknologi digital
akan wujud dengan kekuatan penuh melalui automasi dan pembuatan perkara-perkara yang
belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan membolehkan kilang-kilang pintar, revolusi
perindustrian keempat mewujudkan dunia di mana sistem maya dan fizikal pembuatan secara
global bekerjasama dengan satu cara yang fleksibel.
Revolusi industri keempat bukan sahaja tentang penyambungan sistem dan mesin yang
pintar. Ia berskop luas merangkumi pelbagai bidang bermula daripada urutan gen kepada
nanoteknologi sehingga daripada tenaga boleh diperbaharui kepada pengkomputeran
kuantum. Pada asasnya, gabungan teknologi-teknologi ini dan interaksinya dengan domain
fizikal, digital dan biologi menyebabkan revolusi industri keempat berbeza daripada revolusi-
revolusi sebelum ini. Dalam revolusi ini, kemunculangan teknologi dan inovasi yang luas
tersebar dengan cepat dan lebih luas di mana ia terus berkembang di beberapa bahagian
dunia. Walaupun, revolusi sebelum ini tidak dinikmati sepenuhnya oleh penduduk dunia serta
mengambilmasa yang agak lama untuk sampai kepada mereka. Hal ini berbeza dengan
teknologi internet yang tersebar di seluruh dunia dalam masa kurang daripada satu dekad.

2.1 PERUBAHAN YANG MENDALAM DAN SISTEMATIK


Skala dan skop perubahan menerangkan mengapa perkhidmatan dalam talian (teknologi/
Inovasi disruptif) dan inovasi kini menjadi sangat drastik. Kepantasan inovasi dari segi
perkembangan dan penyebaran lebih pantas daripada sebelumnya. Airbnb, Uber, Instacart,
Alibaba, Seamless, Twitter, WhatsApp, Facebook, Google dan sebagainya tidak diketahui
beberapa tahun yang lalu. Telefon mudah alih, iPhone mula-mula dilancarkan pada tahun
2007. Tetapi, sebanyak 2 billion telefon pintar berada dalam pasaran menjelang akhir tahun
2015. Pada tahun 2010, Google telah mengumumkan kereta pandu sendiri (kereta autonomi)
pertamanya. Kenderaan seperti itu bakal menjadi realiti di jalan raya.
Digitalisasi bermaksud automasi, yang sepatutnya meningkatkan pulangan atau
keuntungan sesebuah syarikat dengan permodalan dan penggunaan tenaga kerja yang sedikit.
Perniagaan digital mempunyai margin kos yang cenderung ke arah sifar. Tambahan pula,
banyak perniagaan baharu dalam era digital sebenarnya menawarkan perkhidmatan dengan
hampir tiada kos. Misalnya, perkhidmatan Istagram dan Whatsapp tidak memerlukan banyak
pembiayaan untuk bermula. Hal ini menunjukkan perubahan dalam keseluruhan sistem.
Selain kepantasan dan keluasan, revolusi industri keempat unik kerana peningkatan
harmonisasi dan integrasi dengan kebanyakan bidang dan penemuan. Contohnya, teknologi
fabrikasi digital dapat berinteraksi dengan dunia biologi. Jurutera, pereka, dan arkitek
menggabungkan reka bentuk pengkomputeran, pembuatan tambahan, kejuruteraan bahan,
dan biologi sintetik untuk merintis simbiosis antara mikroorganisma, badan kita, produk yang
kita makan, dan juga bangunan yang kita huni. Aplikasi Siri dalam Apple merupakan salah
satu contoh kecerdasan buatan dan pengesan suara yang kian membangun pesat. Tidak dapat
dinafikan bahawa inovasi ini akan membawa kesan positif dan negatif kepada standard hidup
dan kebajikan kita.

3.0 PEMACU (DRIVERS)


Banyak organisasi telah menghasilkan senarai kedudukan pelbagai teknologi yang akan
memacu revolusi perindustrian keempat. Schwab memilih teknologi utama berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh Forum Ekonomi Dunia dan hasil kerja Forum Majlis Agenda
Global.
3.1 TREND MEGA (MEGATRENDS)
Semua perkembangan dan teknologi baharu memanfaatkan dan meluas kuasa digitalisasi dan
teknologi maklumat. Semua inovasi dimungkinkan dan ditingkatkan melalui kuasa digital.
Misalnya, penjujukan gen (DNA) tidak dapat dilakukan tanpa kuasa pengkomputeran. Trend
mega disusun dalam 3 domain utama iaitu fizikal, digital dan biologi.

3.1.1 FIZIKAL
Terdapat 4 manifestasi fizikal utama seperti berikut: -

A. KENDERAAN AUTONOMI: Kereta pandu sendiri merupakan berita hangat. Kini


terdapat kenderaan autonomi lain seperti truk, drone, pesawat dan bot. Perkembangan
teknologi pengesan dan kecerdasan buatan meningkatkan pengeleuaran kenderaan
autonomi. Keupayaan drone untuk mengesan dan respon kepada persekitaran akan
membolehkan ia digunakan dalam memeriksa elektrik, menghantar ubat-ubatan ke zon
peperangan serta memastikan penggunaan baja dan air yang berkesan dalam pertanian.

B. CETAKAN 3D (3D PRINTING): Ini juga dikenali sebagai pembuatan tambahan.


Teknologi cetak 3 dimensi merupakan sebuah teknologi yang dapat mencetak sebuah
benda fizikal lapis demi lapis daripada model digital benda tersebut yang dibuat dengan
bantuan komputer dan program pembuat model 3 dimensi, seperti Maya, Blender, atau
Autodesk. Teknologi ini digunakan secara luas dalam penghasilan benda besar seperti
turbin angina hingga benda kecil seperti implan perubatan. Cetakan 3D makin luas
dalam komponen elektronik seperti papan litar serta sel dan organ manusia (mikrocip
dalam bidang perubatan). Kini, pengkaji berusaha dalam penghasilan 4D, di mana
penghasilan produk mengubah diri sendiri kepada perubahan persekitan seperti
kepanasan dan kelembapan. Teknologi ini boleh digunakan dalam penghasilan pakaian
atau kasut serta produk perubatan seperti implant yang direka untuk menyesuaikan diri
mengikut badan manusia.

C. ROBOTIK MAJU (ADVANCED ROBOTICS): Kini, penggunaan robot meningkat


dalam pelbagai sektor bermula daripada pertanian hingga kejururawatan.
Perkembangan yang ketara dalam robotik membawa kepada kolaborasi antara manusia
dengan mesin. Robot menjadi lebih adaptif dan fleksibel dengan rekaan struktur dan
fungsi yang boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran. Hal ini menyebabkan ia
digunakan dengan banyak dalam menyelesaikan pekerjaan harian manusia. Kini,
autonomi robot dapat menerima informasi melalui kawalan jauh dan boleh
dihubungkan dengan robot lain.

D. BAHAN BAHARU (NEW MATERIALS): Penghasilan bahan baharu yang lebih


ringan, kuat, boleh dikitar semula dan adaptif terdapat di pasaran. Misalnya, bahan
nanoteknologi iaitu grafena adalah 200 kali kuat daripada besi, sejuta kali sangat halus
berbanding rambut manusia merupakan konduktor panas dan elektrik yang cekap.
Selain itu, penghasilan polimer/ plastik thermoset yang boleh dikitar semula digunakan
dalam telefon bimbit, papan litar hinggalah industri aeroangkasa.

3.1.2 DIGITAL
Aplikasi fizikal dan digital dihubungkan oleh internet (IoT, Internet of Things). Kini, terdapat
lebih kurang billion peranti yang dihubungkan dengan internet seperti telefon pintar, tablet
dan komputer di seluruh dunia. Menjelang beberapa tahun lagi, bilangan ini dijangka akan
meningkat lebih daripada trilion. Pemantauan kawalan jauh yang membolehkan pelanggan
mengesan dokumen atau barangan yang dipesan merupakan antara salah aplikasi internet
yang semakin meluas. Bitcoin adalah implementasi pertama daripada teknologi Blockchain
yang digunakan untuk membuat transaksi pembayaran tanpa menggunakan buku besar
(ledger). Dalam skala yang luas, teknologi membuka kepada platform digital yang
menawarkan berbagai-bagai jenis perkhidmatan dan barangan secara talian.

3.1.3 BIOLOGI
Inovasi dalam bidang biologi terutamanya teknologi genetik amat menabjukkan. Penjujukan
gen kini dapat dilakukan dalam masa beberapa jam dengan kos tidak melebihi seribu dollar.
Pemetaan DNA memberi yang mendalam dalam perubatan, pertanian dan bahan bakar hayati
atau biofuel. Gabungan teknologi yang berlainan seperti pembuatan 3D dan pemetaan genetik
turut menghasilkan tisu hidup untuk tujuan membina dan membaiki tisu. Teknologi yang
dipanggil ‘bioprinting’ ini telah digunakan untuk membina kulit, tulang, jantung dan tisu
vascular. Projek genom manusia membolehkan embrio dengan ciri-ciri tertentu atau yang
mempunyai rintangan terhadap sesuatu penyakit dapat dilahirkan.

3.2 TIPPING POINTS


Titik ‘tipping’ adalah satu titik di mana satu siri perubahan kecil atau kejadian menjadi cukup
penting atau pada masa apabila sejumlah besar ahli kumpulan dengan cepat dan dramatik
mengubah tingkah laku dengan meluas mengamalkan amalan yang jarang berlaku sebelum
ini untuk menyebabkan perubahan yang lebih besar dan lebih penting. Schwab telah
menyenaraikan 21 titik ‘tipping’ di dalam buku beliau.

4.0 KESAN
Schwab telah membincangkan kesan-kesan revolusi industri keempat ini kepada 5 perkara
seperti berikut: -

4.1 EKONOMI
Revolusi keempat memberi kesan yang besar kepada ekonomi global. Pembolehubah makro
besar seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK), pelaburan, penggunaan, pekerjaan,
perdagangan, inflasi dan sebagainya akan terjejas. Dua kritikal dimensi iaitu pertumbuhan
dan pekerjaan mempengaruhi ekonomi. Adalah penting untuk melihat kesan yang berpotensi
secara konseptual berdasarkan trend ekonomi semasa dan faktor pertumbuhan yang lain.
Beberapa tahun sebelum krisis ekonomi bermula pada tahun 2008, ekonomi global telah
meningkat kira-kira 5% setahun. Tetapi kini ekonomi global tersangkut pada kadar yang
rendah iaitu kira-kira 3-3.5% setahun.
Pertumbuhan yang rendah ini mungkin disebabkan oleh faktor usia dan produktiviti.
Faktor usia dan penyaraan menjadi cabaran ekonomi. Ini ditambah lagi dengan kadar
kelahiran di beberapa bahagian dunia yang semakin menurun. Disebabkan faktor usia
peyaraan, pembelian asset semakin berkurangan. Usia penyaraan perlu dilanjutkan bagi
mengukuhkan status ekonomi. Produktiviti merupakan dominan yang paling penting dalam
pertumbuhan ekonomi pada jangka masa panjang dan untuk meningkatkan taraf kehidupan
masyarakat. Produktiviti di seluruh dunia masih lembap, walaupun pertumbuhan eksponen
berlaku dalam kemajuan teknologi dan pelaburan dalam inovasi. Salah satu hujah utama
berfokuskan kepada cabaran mengukur input dan output dan seterusnya dengan itu
produktiviti yang cerdas. Walaupun, pasaran melalui platform digital meningkatkan
keberkesanan dan produktiviti tetapi ia tidak dapat diukur.
Dari segi pekerjaan, kemahiran teknikal khusus mungkin memburukkan
ketidaksamaan jantina. Automasi telah menyebabkan kehilangan pekerjaan besar-besaran
dalam sektor yang didominasi oleh lelaki seperti pembuatan, pembinaan dan lain-lain
disebabkan penggantian mesin. Walau bagaimanapun, lelaki masih cenderung untuk
menguasai bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) kerana permintaan
yang semakin meningkat Sementara itu, beberapa sektor yang didominasi oleh wanita tidak
boleh diganti dengan teknologi mesin kerana pekerjaan tersebut bergantung ciri-ciri manusia
yang intrinsik seperti empati dan belas kasihan seperti psikologi, kejururawatan dan
sebagainya.

4.2 PERNIAGAAN
Kemunculan teknologi baharu, yang selalu didayakan dengan keupayaan digital,
meningkatkan kelajuan dan skala perubahan untuk perniagaan. Dalam melahirkan generasi
pemimpin perniagaan yang berjaya, seseorang perlu melihat dirinya sebagai seorang
pemimpin dan perniagaan sebagai organisasi sendiri. Revolusi Perindustrian Keempat
mempunyai empat kesan utama terhadap perniagaan iaitu: -
A. harapan/ kehendak pelanggan: harapan pelanggan ditapis menjadi pengalaman.
Misalnya, Apple bukan sahaja mengambil kira faktor kegunaan produk, tetapi unsur-
unsur pembungkusan, jenama, kaedah membeli-belah dan perkhidmatan turut
dititikberatkan.

B. produk yang ditingkatkan dengan data: produk/barang dan perkhidmatan diperkayakan


dengan keupayaan digital yang meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan tersebut.
Misalnya, ‘Tesla’ menunjukkan bagaimana perisian udara dikemaskini dan sambungan
dapat digunakan untuk meningkatkan produk (seperti kereta) setelah pembelian
daripada membiarkannya menyusut dari waktu ke waktu.

C. Inovasi berkolaboratif: pengalaman dunia pelanggan, perkhidmatan berasaskan data


dan prestasi aset melalui analitik memerlukan satu bentuk kolaborasi baharu,
memandangkan kelajuan di mana inovasi dan diskruptif sedang berlaku. Koloboratif
memerlukan kedua-dua pihak melabur untuk perkembangan strategi syarikat, mencari
rakan kongsi yang sesuai, menyelaraskan proses, menubuhkan saluran komunikasi dan
memberi respons fleksibel terhadap perubahan keadaan.

D. model operasi baharu: kesemua impak ini menyebabkan syarikat berfikir semula
tentang model operasi mereka. Oleh itu, perancangan awal telah dicabar oleh keperluan
syarikat untuk beroperasi lebih cepat dengan ketangkasan yang lebih besar.

Syarikat yang dapat menggabungkan pelbagai dimensi seperti digital, fizikal dan biologi
sering berjaya mengubah seluruh industri dan sistem pengeluaran, pengedaran dan
penggunaan yang berkaitan. Penumpuan dalam ketiga-tiga dimensi menawarkan peluang
yang penting untuk dunia mencapai keuntungan besar dalam kecekapan penggunaan sumber.

4.3 NEGARA DAN GLOBAL


Perubahan yang tidak disengajakan yang dibawa oleh revolusi perindustrian keempat telah
menetapkan semula bagaimana institusi awam dan organisasi beroperasi. Perubahan ini
memaksa kerajaan di peringkat serantau, nasional dan tempatan untuk menyesuaikan diri
dengan mencipta semula diri mereka dengan mencari cara-cara baharu untuk bekerjasama
dengan warga dan sektor swasta. Ini juga mempengaruhi bagaimana negara dan kerajaan
berkaitan dengan satu sama lain. Pihak kerajaan dapat mendengar pendapat rakyat,
menyeleraskan usaha dan juga mengelakkan pengawasan pihak berkuasa awam. Kerajaan
akan mendapat kuasa teknologi baharu untuk meningkatkan kawalan mereka lebih daripada
populasi berdasarkan sistem pengawasan yang meresap dan keupayaan untuk mengawal
infrastruktur digital.
Apabila menilai impak terhadap kerajaan, penggunaan teknologi digital untuk
mentadbir dengan lebih baik adalah yang paling utama. Penggunaan teknologi web yang
lebih sengit dan inovatif boleh membantu pentadbiran awam memodenkan struktur dan
fungsi mereka untuk meningkatkan prestasi keseluruhan, bermula daripada memperkukuh
proses e-governance untuk memupuk ketelusan, akauntabiliti dan pertalian antara kerajaan
dengan warganegara. Kerajaan juga harus menyesuaikan diri dengan hakikat bahawa kuasa
beralih daripada negeri kepada bukan negeri, dan daripada institusi yang ditubuhkan kepada
rangkaian longgar. Teknologi baharu serta pengelompokan sosial dan interaksi yang
dimajukannya membolehkan semua orang menggunakan pengaruh dalam cara yang tidak
dapat difahami beberapa tahun yang lalu.
Secara ringkas, kerajaan dengan kerjasama perniagaan dan masyarakat sivil
tanggungjawab untuk membuat peraturan dan pemeriksaan bagi mengekalkan keadilan, daya
saing, inteklektual, keselamatan dan kebolehpercayaan sekiranya fungsi awam yang penting,
komunikasi sosial, dan maklumat peribadi berhijrah ke platform digital. Terdapat dua
pendekatan konseptual yang harus digabungkan oleh kerajaan iaitu segala yang tidak dilarang
dibenarkan dan segala yang tidak dibenarkan secara eksplisit dilarang.

4.4 MASYARAKAT
Kemajuan sains, pengkomersialan dan penyebaran inovasi merupakan proses sosial yang
terungkap sebagai manusia membangun dan menukar idea, nilai, minat dan norma sosial
dalam pelbagai konteks. Cabaran terbesar bagi masyarakat adalah bagaimana menerima dan
mengamalkan kehidupan serba moden sedangkan kehidupan masih merangkumi aspek-aspek
nilai tradisional.
Terdapat banyak perbezaan dalam kehidupan moden dan tradisi. Dalam kehidupan
yang berteknologi tinggi, manusia, syarikat dan institusi dapat merasai perubahan yang
mendalam. Perubahan dalam ekonomi dan perniagaan telah mewujudkan perbezaan dalam
kehidupan golongan tengah. Peningkatan robot dan algoritma yang menggantikan tenaga
buruh memberi kesan yang besar kepada golongan kelas tengah. Pasaran buruh terjejas akibat
set kemahiran teknikal yang terhad serta perkembangan platform dan pasaran digital secara
global. Ekoran daripada ini, hanya golongan yang dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam
ekosistem yang didorong oleh inovasi dengan memberi idea-idea baharu, model perniagaan,
produk dan perkhidmatan daripada mereka yang mempunyai kemahiran yang rendah.
Tambahan pula, hal ini turut menyebabkan pendapatan beku termasuk di negara-negara
dengan pendapatan negara yang tinggi.
Ketidaksamaan yang wujud ini menjadi cabaran kepada masyarakat. Masyarakat ini
cenderung menjadi lebih ganas, terlibat dalam kes jenayah, mengalami masalah sakit mental
dan obesiti pada tahap yang tinggi, jangka hayat yang lebih rendah serta tahap kepercayaan
yang rendah. Kajian turut mengenalpasti ketidaksamaan yang sangat tinggi meningkatkan
pengasingan dan mengurangkan pencapaian pendidikan dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja. Walau bagaimanapun, perkembangan media digital yang baharu telah menyebabkan
seseorang individu semakin maju. Teknologi ini menghubungkan individu dengan
masyarakat serta menjalinkan jaringan persahabatan dengan individu yang sama pemikiran.
Teknologi ini mewujudkan interaksi yang tinggi merentasi sekatan sosial, ekonomi, budaya,
politik. agama dan ideologi.
4.5 INDIVIDU
Revolusi industri keempat ini bukan sahaja mengubah apa yang kita lakukan tetapi diri kita.
Akibatnya, perubahan berlaku kepada individu yang berlainan daripada pelbagai aspek
seperti identiti individu, hak keperibadian, hak pemilikan, masa bekerja dan beriadah,
pembangunan kerjaya dan pemupukan kemahiran. Ia mempengaruhi bagaimana kita bertemu
orang lain, kesihatan kita, persoalan kewujudan manusia. Perubahan seperti ini menimbulkan
kegembiraan dan ketakutan kerana kita bergerak pada kelajuan yang belum pernah terjadi
sebelum ini. Buat masa kini, teknologi memudahkan seseorang individu untuk menjalankan
tugas mereka dengan cepat, cekap dan berkesan. Ia juga memberi peluang kepada
perkembangan kendiri.
Revolusi industri keempat merupakan pencetus inovasi bermula dari bioteknologi
hingga kecerdasan buatan yang membimbangkan. Teknologi ini mempengaruhi jangka hayat
hidup, kesihatan, kognisi dan keupayaan yang berkaitan dengan fiksyen sains. Kita
berhadapan dengan situasi di mana jurutera dan mesin berfikir lebih pantas daripada manusia.
Ia memberikan impak yang tinggi terhadap manusia. Kecerdasan buatan dan pembelajaran
mesin turut memberi kesan kepada individu. Perkembangan revolusi ini bergantung kepada
hubungan individu dengan teknologi dan kemahiran sosial.

5.0 MAJU KE HADAPAN


Revolusi perindustrian keempat mungkin membawa perubahan yang drastik tanpa diduga,
tetapi canaran yang terhasil adalah ekoran perbuatan kita sendiri. Maka, kita berkuasa untuk
menangani cabaran terbabit dan membuat keputusan tentang perubahan dan dasar yang
diperlukan untuk diadaptasi dalam persekitaran baharu. Schwab mencadangkan agar kita
menyesuaikan diri, membentuk dan memanfaatkan potensi gangguan dengan memupuk dan
memajukan empat jenis kecerdasan: -
a. kontekstual (minda): bagaimana kita memahami dan menerapkan pengetahuan kita
b. emosi (hati): bagaimana kita memproses dan mengintegrasikan pemikiran dan
perasaan kita dan berkaitan dengan diri kita sendiri dan kepada satu sama lain
c. inspirasi (jiwa): bagaimana kita menggunakan rasa individu dan tujuan bersama,
kepercayaan, dan kebaikan lain untuk mempengaruhi perubahan dan bertindak
terhadap kebaikan bersama
d. fizikal (badan): bagaimana kita memupuk dan mengekalkan kesihatan dan
kesejahteraan diri kita dan orang-orang di sekeliling kita berada dalam kedudukan
untuk menggunakan tenaga yang diperlukan bagi transformasi individu dan sistem.

6.0 KESIMPULAN
Buku ini melihat jauh kepada masa depan dan tanggungjawab kita untuk memastikannya
membawa kesan positif untuk kita semua. Kita berdiri di ambang revolusi teknologi yang
secara asasnya akan mengubah cara kita hidup, bekerja, dan saling berhubungan. Dalam
skala, skop, dan kerumitannya, transformasi ini akan menjadi sesuatu yang tidak pernah
dialami oleh manusia sebelum ini. Kita belum tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi
sambutan terhadapnya mestilah bersepadu dan komprehensif, melibatkan semua pihak
berkepentingan secara global, daripada sektor awam dan swasta hingga akademik dan
masyarakat sivil.

7.0 BIBLIOGRAFI
Industry 4.0: the fourth industrial revolution – guide to Industrie 4.0 Retrieved October 10, 2017 dari
https://www.i-scoop.eu/industry-4-0/
Schwab, K. (2017) The Fourth Industrial Revolution. Great Britain, UK: Crown Publishing Group.

Anda mungkin juga menyukai