Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN INDIVIDU :

REVOLUSI INDUSTRI 4.0

BPIN 3053
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. KHAIROL ANUAR ISHAK

TARIKH:
16 JULAI 2021

DISEDIAKAN OLEH :

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI


257936
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Isi Kandungan

1.0 Revolusi Industri..........................................................................................................................3

1.1 Latar Belakang dan Sejarah Revolusi Industri sebelumnya...................................................3

1.2 Revolusi Industri 4.0..............................................................................................................5

2.0 Aplikasi dalam konteks dunia nyata berdasarkan industri atau sektor ekonomi terpilih............8

3.0 Cabaran teknologi dan penggunaan IR 4.0..............................................................................10

4.0 Trend terkini dan masa depan yang berkaitan dengan IR 4.0...................................................12

5.0 Kesimpulan..............................................................................................................................14

Rujukan................................................................................................................................................16

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


2
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

1.0 Revolusi Industri

1.1 Latar Belakang dan Sejarah Revolusi Industri sebelumnya

Peredaran zaman yang berlaku pasti ada sejarah yang tercipta. Begitu juga dengan revolusi
industri di dunia ini. Revolusi industri ini tercipta apabila berlakunya perubahan dalam sektor
pertanian, pembuatan dan pengangkutan yang bermula pada akhir kurun ke-18 dan awal
kurun ke-19. Seterusnya ianya memberi kesan yang mendadak kepada aspek sosio-ekonomi
dan kebudayaan di Britain. Kemudian diikuti dengan negara Eropah dan Amerika Utara
sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Ini merupakan proses perubahan yang penting dalam
sejarah manusia. Sehubungan dengan itu, terdapat empat gelombang revolusi industri yang
tercipta dalam sejarah perindustrian.

Revolusi industri yang pertama adalah berlaku pada sekitar tahun 1820 hingga 1840 yang
bermula di Great Britain. Perubahan yang berlaku pada tempoh tersebut adalah dalam sektor
pembuatan yang mana berlakunya proses peralihan dari menggunakan tangan kepada
penggunaan mesin yang dikuasai oleh tenaga wap dan air. Penggunaan mesin wap yang
digunakan pada ketika itu adalah bagi tujuan pengeluaran barang atau produk. Di negara
Inggeris, penggunaan mesin wap dipelbagaikan dalam mengeluarkan sesuatu barangan yang
bermula dalam bidang tekstil yang digunakan sebagai mesin tenun dan ia merupakan
mekanisma pertama yang dapat meningkatkan produktiviti industri tekstil. Seterusnya dalam
bidang pertanian yang dahulunya meng gunakan keringat dan tenaga manusia atau haiwan
beralih kepada mesin wap tersebut. Sebagai contoh, yang dahulunya menggunakan haiwan
apabila ingin membajak benih padi, tetapi apabila wujudnya mesin wap ianya sebagai
pengganti bagi menggerakkan mesin untuk menabur benih padi. Seterusnya, dengan
kemajuan semakin hari semakin meningkat maka penemuan selanjutnya dalam bidang
pengangkutan. Pada waktu itu, pengangkutan laut adalah pengangkutan utama yang
digunakan ketika itu yang mana pengangkutan tersebut hanya menggunakan tenaga angin
untuk bergerak atau berlayar. Selanjutnya ianya berkembang pada pengangkutan darat dan
udara. Penemuan dan kemajuan ini tidak hanya di negara Inggeris, malahan berkembang ke
negara Perancis, Itali, Belanda, Amerika syariat dan negara Eropah yang lain.

Sehubungan dengan itu, apabila kemajuan dan teknologi baru ditemui, maka gelombang
revolusi industri yang kedua tercipta. Revolusi Industri 2.0 berlaku apabila berlakunya

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


3
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

peralihan proses yang menggunakan tenaga elektrik dalam proses pengeluaran secara besar-
besaran yang berlaku sekitar tempoh 1870 hingga 1914. Penemuan ini tercipta oleh dua orang
ilmuwan iaitu Nikola Tesla dan Thomas Alva Edison yang mana ia mampu menjadikan
tenaga elektrik sebagai penggerak enjin dalam bidang pengangkutan. Oleh itu, apabila tenaga
elektrik digunakan dalam pengangkutan dan mesin, maka dunia mencapai kemajuan yang
sangat luar biasa. Semasa revolusi industri kedua ii, terdapat banyak sektor mencapai
kemajuan yang mendadak. Sebagai contoh, kediaman masyarakat di dunia kini lebih terang
dengan cahaya lampu dari sumber tenaga elektrik. Manakala pengangkutan sudah dilengkapi
dengan cahaya lampu. Mesin dan jentera sudah beralih dari menggunakan tenaga wap dan air
kepada tenaga elektrik. Peralatan perang juga semakin hebat kerana tenaga elektrik dapat
membantu dalam pengeluaranya. Selain itu juga, pada zaman ini masyarakat agraria bertukar
status kepada masyarakat industri kerana kebanyakkan mereka bekerja dalam industri kilang-
kilang yang berasaskan tenaga elektrik. Seterusnya, kemajuan teknologi elektrik semakin
berkembang pesat ke seluruh dunia dengan revolusi industri kedua ini.

Seterusnya adalah di mana terciptanya revolusi yang ketiga yang dikenali juga revolusi
digital. Revolusi industri gelombang ketiga adalah pada hujung abad ke-20 yang mana
teknologi maklumat dan komputer digunakan untuk membantu dalam setiap sektor dan
kehidupan masyarakat. Revolusi industri 3.0 ini adalah perubahan yang berlaku dalam sektor
perindustrian di mana tenaga manusia tidak lagi digunakan, malahan penggunaan mesin
elektronik juga dikurangkan tetapi hampir keseluruhan kerja-kerja diambil alih oleh sistem
komputer. Revolusi ketiga ini juga membuatkan manusia berfikir ke arah kreatif dan
berinovasi dalam menghasilkan sesuatu produk dan perkhidmatan. Selain itu, revolusi ini
berlaku kerana terciptanya Integrated Circuit (IC) yang membolehkan komputer bersaiz kecil
dapat dihasilkan. Ianya juga dapat dibawa kemana-mana tanpa memerlukan sebarang tenaga
seperti revolusi sebelumnya. Barangan yang dikeluarkan juga lebih moden dan mesra
pengguna. Dengan kemunculan teknologi maklumat ini semuanya hanya dihujung jari. Oleh
yang demikian, dengan revolusi industri 3.0 ini ianya memberi impak yang sangat ketara
pada dunia yang berorentasikan teknologi. Sebagai contoh, terciptanya pelbagai peralatan
elektronik seperti telefon pintar, komputer bersaiz kecil dan nipis, tablet dan sebagainya.
Selain itu, akses internet yang berleluasa di pelusuk dunia, teknologi dalam sistem
pengangkutan dan sebagainya. Ini juga penanda aras bahawa dunia menuju ke arah
kehidupan moden dan bersedia untuk beralih ke revolusi industri yang seterusnya.

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


4
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

1.2 Revolusi Industri 4.0

Dunia kini sedang melalui proses peralihan teknologi melalui gelombang revolusi industri
yang pertama, kedua, ketiga dan telah mula ke arah revolusi industri 4.0 (IR 4.0). Revolusi
industri yang keempat ini juga dikenali sebagai perubahan perindustrian yang mendadak
mengikut era moden terkini. Ianya mula diperkenalkan pada sekitar tahun 2016. Menurut
pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial
Revolution telah memaklumkan bahawa gelombang revolusi keempat ini dapat dilihat dengan
kemunculan pelbagai teknologi yang baharu dan revolusi ini dipacu dengan tiga domain
teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak utama
iaitu penggunaan automasi, analisis dan big data, simulasi dan realiti maya, integrasi sistem
menegak dan melintang, Artificial Intelligence (AI), penggunaan cloud computing, Internet of
Things (IoT), cyber security, dan automasi robot serta seumpamanya yang mana membawa
kepada pengurangan dalam menggunakan fungsi otak pada manusia tetapi lebih difokuskan
kepada teknologi baru. Dalam erti kata lain adalah segalanya dengan bantuan robot sebagai
pengganti utama dalam menguruskan hal ehwal kehidupan seharian manusia. Secara umum,
revolusi industri 4.0 ini melibatkan teknologi automasi yang akan memberi cabaran baru
kepada semua sektor di dunia ini bagi menuju ke arah kehidupan moden dan digital.

Pada era globalisasi kini, penggunaan automasi sering kali dijumpai dalam pelbagai sektor
dan industri. Perkataan automasi yang beras al dari Bahasa Yunani “Automotos” yang
memberi maksud bergerak sendiri (self-moving) dan bahasa Latin “Ion” yang bermaksud
tetap “a state” Perkataan automasi muncul pada tahun 1936 oleh D.S Harder dan automasi
berkembang sejak tahun 1952 dan seterusnya. Oleh itu automasi membawa maksud satu
teknologi yang menggunakan mesin, elektronik dan sistem komputer dalam proses
pengeluaran dan operasi.

Selain itu, tujuan analisis dan big data atau data besar dalam revolusi 4.0 ini adalah dimana
wujudnya data-data yang sedia ada dan secara umumnya pengumpulan data-data yang
berskala besar. Teknologi yang kian maju membuatkan tercetusnya teknologi data besar
dalam revolusi 4.0 ini. Sebagai contoh penggunaan komputer, tablet dan telefon pintar yang
berleluasa dan merupakan gajet wajib setiap individu memilikinya. Justeru itu, lambakkan

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


5
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

data amat memerlukan pengurusan yang efisen berbanding menyimpan data di pangkalan
data.

Manakala yang dimaksudkan dengan simulasi dalam revolusi industri 4.0 ini adalah rakaman
animasi tiga dimensi (3D) yang memaparkan gambaran sebenar proses di alam nyata. Selain
itu, maksud asal simulasi atau perkataan lain adalah penyelakuan ialah mengajuk atau meniru
sesuatu keadaan atau suasana yang lain yang mana ianya memberi penjelasan yang hampir
sama dengan keadaan asal. Sebagai contoh dalam revolusi 4.0 ini yang sering digunakan
adalah teknologi virtual reality (VR). Teknologi simulasi sering digunapakai dalam bidang
dan sektor pembinaan, pembuatan, pendidikan dan kesihatan. Kebaikan penggunaan aplikasi
ini adalah dapat menjimatkan kos serta memudahkan kefahaman terhadap sesuatu objek yang
cuba ingin dibayangi. (ISMAIL, 2018)

Seterusnya penggunaan Artificial Intelligence (AI) sering digunakan dalam sistem dan
teknologi zaman kini. Ia juga dikenali sebagai kecerdasan buatan iaitu di mana satu mesin
pintar yang mampu melaksanakan hampir sama seperti fungsi dan ciri manusia hanya dalam
satu sistem atau teknologi komputer. Konsep AI telah lama muncul tetapi lebih dikenali
apabila wujudnya komputer digital sekitar revolusi yang ketiga sebelum ini. Istilah AI telah
diaplikasikan dalam program dan perisian komputer. Apabila penggunaan AI diterapkan
dalam program komputer biasa, hasilnya lebih kompleks dan memberi kesan yang positif
dalam bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan nasional,
perdagangan elektronik, dan sistem diagnostic.

Manakala cloud computing adalah satu teknologi awan yang mana akan menyampaikan
perkhidmatan dan penyimpanan data serta memastikan keberadaan data pada bila-bila masa
sahaja yang diinginkan oleh pemilik. Terdapat banyak organisasi yang telah mempraktikkan
dan melaksanakan teknologi ini demi menyahut cabaran IR 4.0 ini. Walaupun tenologi cloud
computing ini masih dalam kajian tetapi ianya pasti akan ditambah baik potensinya dalam
penyimpanan data dalam menerusi alaf IR 4.0. Ini kerana kebanyakannya seperti Digital
Twin, IoT memerlukan perkongsian data di seluruh mesin, tapak dan sempadan syarikat.
Dengan peningkatan teknologi awan, lebih banyak mesin dan data pengeluaran akan
dikerahkan ke awan, yang akan menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik.
Oleh yang demikian, sekiranya penggunaan teknologi ini digunakan oleh organisasi dalam
industri pembuatan, maka banyak produk baru yang moden akan terhasil. Sebagai contoh,
kemungkinan kita akan dapat melihat kewujudan smart car yang berleluasa di muka bumi ini.

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


6
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Manakala istilah IoT adalah sebuah konsep dimana sesuatu objek dapat menerima data atau
dapat melakukan kerja tanpa memerlukan bantuan dari manusia atau komputer. Sebagai
contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan
pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan secara terperinci. Ini antara pengenalan
awal kepada dunia telah berubah kepada segalanya menggunakan teknologi dan internet.
Selain itu, ianya dapat dilihat dengan kemunculan QR Code apabila ingin mengakses sesuatu
perkara serta penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) di laluan jalan raya dan
banyak lagi kemunculan aplikasi-aplikasi baru yang hanya berasaskan IoT ini.

Seterusnya adalah komponen yang digelar cyber security atau keselamatan syber. Ia
menjelaskan dimana komponen ini sangat penting apabila dunia melalui zaman moden dan
mempunyai data yang besar untuk menyimpan segala maklumat. Keselamatan terhadap
maklumat ini amat penting dan perlu diambil peduli di atas keselamatannya dari mudah
tersebar dan privasi pengguna mudah terancam daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai contoh, yang selalu berlaku adalah kebocoran data dan maklumat peribadi seseorang,
scam atau hack, dan sebagainya yang mana ia merupakan jenayah siber yang kini
mengancam kehidupan manusia. Penggunaan sosial media seperti facebook, Instagram dan
sebagainya yang membuatkan ianya terdorong kepada menjadi mangsa scam atau hack ini.
Oleh yang demikian, keselamatan siber ini antara komponen penting dalam memacu era
revolusi industri 4.0.

Manakala yang terakhir, penggunaan teknologi robotik atau digelar robot automasi dalam
revolusi industri 4.0 ini. Secara umumnya, teknologi robot automasi ini adalah penggunaan
mesin atau robot tanpa menggunakan tenaga kerja. Dunia kini, robot lebih dipercayai mampu
meningkatkan kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan. Hal ini demikian, robot akan
dibantu oleh kawalan sensor yang menyerupai otak dan fikiran manusia untuk bertindak atau
melakukan sesuatu kerja.

Secara keseluruhannya, sekiranya dunia sudah dikenali dan beralih ke revolusi industri 4.0
ini, mungkin dapatlah melihat pelbagai teknologi canggih dalam kehidupan seharian manusia.
Kemungkinan kita akan menaiki kereta yang tiada pemandu, hanya sistem dalam kenderaan
tersebut yang menjalankan kerja dan bekerja seperti otak manusia. Mungkin sukar untuk
digambarkan tetapi dunia ke arah revolusi ini. Selain itu, kemungkinan urusan harian dirumah
dikerjakan oleh suri rumah atau seorang manusia yang memerlukan keringatnya, tetapi kini
hanya dengan menekan butang di telefon pintar sahaja untuk membuat segala urusan harian

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


7
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

seperti mencuci baju, menyapu dan membuang sampah, memasak dan sebagainya. Senario
tersebut walaupun pelik dan sukar difikir dek akal, tetapi ianya secara perlahan-lahan telah
mula berkembang dan akan menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.

2.0 Aplikasi dalam konteks dunia nyata berdasarkan industri atau sektor
ekonomi terpilih

Dunia sedang berkembang maju mengikut peredaran zaman dan teknologi, maka dengan itu
pelbagai industri dan sektor juga turut berkembang dan berdaya saing ke arah dunia moden
dan globalisasi ini. Revolusi industri terbahagi kepada beberapa sektor iaitu sektor utama,
yang mengeluarkan hasil alam semula jadi dan kegiatannya terdiri daripada industri
pertanian, perhutanan, perikanan dan penternak. Manakala sektor kedua terdiri dari industri
pembinaan dan pembuatan yang melibatkan aktiviti pemprosesan bahan mentah dari sektor
utama. Yang terakhir adalah sektor ketiga yang dikenali sebagai sistem sokongan dalam
membantu melancarkan aktiviti ekonomi negara. Contoh kegiatannya adalah dari segi
industri perkhidmatan yang kini menunjukkan peningkatan kepada pendapatan per kapita
negara. Perubahan sistem daripada revolusi industri 2.0 kepada 3.0 telah membuatkan sektor
perkilangan bertambah mudah dan cekap. Hal ini kerana sistem yang lebih bersistematik
dapat diwujudkan dengan pelan yang lebih teratur. Revolusi 3.0 bermulanya suatu sistem
yang berteraskan komputer dan kecerdasan buatan. Revolusi 4.0 adalah lebih kepada
kemajuan daripada revolusi 3.0.

Aplikasi dalam sektor perkilangan atau pun perkhidmatan di era revolusi 4.0 adalah dimana
majikan atau pun pekerja dapat mengawal mesin dengan lebih mudah kerana semuanya
hanya berada di hujung jari. Segala langkah telah diatur terlebih dahulu dan dijalankan secara
automatik. Hal yang demikian, kewujudan Artificial Intelligence (AI) juga dapat
memudahkan urusan manusia, mesin akan mampu untuk membuat keputusan secara kendiri
tanpa bantuan manusia. Sebagai contoh dalam kajian oleh Martin Polivkal dan Lilia
Dvorakoval yang bertajuk “Industrial revolution 4.0 in industrial laundries and their
information technologies landscape”, mereka menerangkan bagaimana IR 4.0 dapat
membantu mempercepatkan dan memudahkan proses perkhidmatan dobi dengan lebih
teratur. Dengan mempraktikkan salah satu tiang utama IR 4.0 iaitu pengenalan automatik dan
tangkapan data, mereka dapat menyelia dan mengkategorikan jenis-jenis kain dan saiz kain

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


8
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

dengan lebih mudah. Proses dari permulaan sehingga akhir dilakukan secara automatik. Ini
sekali gus dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja. IR 4.0 dapat membantu proses kuantiti
dobi dengan lebih besar. Secara konklusi untuk artikel yang diterbitkan, mereka
mengaplikasikan beberapa tiang utama dari permulaan proses sehingga produk diserahkan
kepada pengguna iaitu robot kolaboratif autonomi, sistem integrasi, IoT dan pengenalan
automatik dan tangkapan data.

Evolusi dalam sektor pembuatan pula telah mewujudkan satu terma yang menggunakan
revolusi industri 4.0 iaitu kilang yang dipanggil Smart Factories. Hal ini membolehkan
kilang untuk mencipta produk yang memenuhi kehendak pelanggan dengan kos yang lebih
murah dan cekap dengan menggunakan sistem percetakan 3D. Zaman revolusi 1.0 lebih
mengutamakan pengeluaran besar-besaran manakala bagi revolusi 4.0 lebih mengutamakan
penyesuaian massa iaitu produk berdasarkan permintaan. Operasi industri bergantung kepada
rantaian bekalan yang telus. Oleh itu dengan integrasi revolusi 4.0 ini mampu untuk
mengurangkan risiko yang boleh dihadapi oleh pihak industri. Kehilangan satu punca
rantaian bekalan akan menyebabkan keseluruhan operasi terhenti lalu menyebabkan kerugian.
revolusi 4.0 dapat menghubungkan beberapa bahagian dalam sesebuah kilang. Kesan
daripada revolusi 4.0 ini, ia dapat menghubungkan sektor bahan asas dan produk dengan
lebih cekap. Dengan berkongsi data bersama pembekal dan pengilang dapat menjaga tempoh
penghantaran yang mengikut jadual. Sebagai contoh, apabila barisan pemasangan mengalami
gangguan, penghantaran boleh dihantar atau dilewatkan untuk mengelakkan kerugian yang
lebih besar. Teknologi dewasa kini juga mampu untuk mengkaji cuaca, membantu memilih
rakan kongsi pengangkutan dan peruncit, syarikat mampu untuk membuat pelan yang terbaik
untuk menghantar produk pada waktu yang pantas dan memenuhi permintaan pelanggan.

Manakala sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam revolusi 4.0 dengan
mewujudkan golongan yang mampu mencipta inovasi baru untuk membantu revolusi ini
menjadi lebih baik dan lebih pintar. Sebagai contoh di Malaysia, kita telah memperkenalkan
STEM iaitu “Science, Technology, Engineering dan Mathematics”. Pendidikan STEM secara
bersepadu di seluruh negara adalah salah satu langkah kerajaan dalam mendepani revolusi
4.0. Menurut Yusriza Mohamd Yusof, Afida Ayob & Mohamad Hanif Md Saad (2020),
kemahiran penggunaan teknologi yang sesuai dapat memaksimumkan kefahaman murid
terhadap kandungan pelajaran terutama dalam memahami sistem STEM dalam pembelajaran
mereka. STEM menerapkan komponen-komponen utama didalam revolusi 4.0 antaranya IoT

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


9
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

dan sistem yang berteraskan Artificial Intelligence. Perkenalan kepada modul yang lengkap
dapat melahirkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis sejajar dengan matlamat
negara yang mana telah memperkenalkan Malaysia Education Blueprint atau Pelan
Pembangunan Pendidikan (2013-2025). Antara komponen penting dalam pembelajaran
STEM adalah kemahiran menulis pengaturcaraan untuk memaksimumkan penggunaan
teknologi dalam abad ke-21. Ini adalah Langkah proaktif pihak kerajaan untuk mewujudkan
generasi yang mampu mengubah revolusi ke arah yang lebih berdaya saing.

3.0 Cabaran teknologi dan penggunaan IR 4.0

Kehidupan moden yang berteraskan teknologi informasi semakin hari semakin menjamah
hampir setiap aspek kehidupan seharian masyarakat kini. Oleh demikian, ianya telah
mendorong banyak cabaran teknologi dalam penggunaan revolusi industri 4.0 dalam setiap
sektor dan sosiobudaya masyarakat. Apa yang dapat dilihat, dunia kini berlumba-lumba
dalam penciptaan teknologi bagi memuaskan hati pengguna dan terlepas pandang akan akibat
kehidupan masyarakat. Antara cabaran yang paling ketara dalam teknologi dan penggunaan
revolusi industri 4.0 ini adalah berlakunya kekurangan peluang pekerjaan dan pengangguran
yang berleluasa. Dunia dan alam pekerjaan semakin merosot dan terjejas akibat pengenalan
kepada revolusi industri 4.0 ini. Sebagai contoh, mahasiswa yang dipandang dengan
kelulusan dalam pengkhususan bidang yang diambil seperti Doktor, Arkitek, Jurutera dan
sebagainya yang perlu mengambil sijil professional bagi melayakkan mereka diambil bekerja
digantikan dengan teknologi robotik. Apabila organisasi atau sesebuah sektor tersebut
menyahut cabaran penggunaan teknologi dan revolusi industri 4.0 ini maka, kekurangan
tenaga manusia akan meningkat. Ini kerana mereka lebih fokus penggunaan mesin atau
teknologi terkini yang lebih canggih yang dipercayai merupai keupayaan seorang graduan
yang membuat kerja atau lebih daripada kemampuan seseorang manusia.

Selain itu, cabaran antara graduan-graduan yang wujud di negara ini. Terdapat persaingan
yang sangat hebat dalam penerimaan seseorang graduan untuk bekerja didalam sesebuah
organisasi. Sebagai contoh adalah apabila mempunyai graduan yang lebih tinggi pangkatnya
seperti seseorang yang mempunyai PhD dengan mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam
bidang teknologi dan informasi. Organisasi yang mempunyai pelan strategi dan yang menuju
ke revolusi industri 4.0 akan memilih graduan yang lebih tinggi dan mempunyai banyak
FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)
10
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

pengalaman berbanding yang rendah dan sedikit pengalamannya. Ini kerana organisasi
tersebut akan berfikir ada peluang yang besar sekiranya mengeluarkan kos yang banyak pada
seorang pekerja sahaja berbanding mengambil ramai pekerja yang tidak mahir dalam bidang
teknologi dan informasi tersebut demi menggerakkan pelan dan strategi organisasi mereka.

Selain itu, cabaran dalam mengendalikan kos modal dan pelaburan yang amat besar dalam
penggunaan teknologi dan transformasi ini. Sebagai contoh, organisasi atau perniagaan kecil
seperti pembuatan keropok lekor memerlukan pengeluaran modal yang agak mahal untuk
membeli mesin yang mengggunakan teknologi terkini dan seterusnya akan memberikan
impak kepada perniagaan tersebut. Risiko yang amat tinggi untuk digalas oleh seseorang
peniaga dalam revolusi industri 4.0 ini. Selain itu, sekiranya mesin yang telah dilaburkan itu
mengalami kerosakan, pengendalian untuk membaikinya juga akan mengeluarkan modal
yang tinggi.

Seterusnya, cabaran dalam penggunaan teknologi dalam penggunaan revolusi industri 4.0
yang paling bahaya adalah dimana penggunaan internet yang berleluasa tanpa batasan. Tidak
dinafikan dunia mengejar dunia moden dan digital ini mempunyai banyak kelebihan. Akses
internet yang dimana sahaja amat penting zaman sekarang. Masyarakat juga dapat capaian
info dengan berita dunia terkini dengan pantas apabila akses internet amat mudah dan dimana
sahaja mereka berada. Tetapi terdapat cabaran yang memberi keburukan terhadap
penggunaan internet tanpa batasan ini dimana sebagai contoh dari sudut penyelewangan.
Penyelewangan info terutamanya dari musuh-musuh islam yang memutar belitkan fakta
seperti yang baru-baru ini peperangan dan perebutan negara Palestin oleh Israel. Amatlah
gerun apabila dengan kemudahan internet ini, masyarakat menjadi keliru dan percaya dengan
fakta-fakta yang diselewengkan oleh musuh-musuh islam melalui laman-laman web yang
berbahasa melayu dan seterusnya ianya memudahkan masyarakat melayu membacanya.
Selain itu, teknologi internet ini juga akan membawa keburukan kepada anak-anak muda
zaman sekarang. Sebagai contoh, kemudahan telefon pintar yang boleh akses pelbagai sosial
media dan internet yang membolehkan mereka mencari pelbagai info seperti akan berlakunya
gangguan seksual, menonton aktiviti lucah dan pelbagai aktiviti haram dengan hanya capaian
dihujung jari.

Selain itu juga, perkembangan teknologi informasi yang amat pesat ini akan mendatangkan
kesan buruk kepada sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah. Apabila
anak-anak yang membesar dan memerlukan gajet terkini dek pengaruh rakan sebaya meminta

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


11
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

kepada orang tuanya untu mendapatkannya. Oleh demikian, ini membuatkan ketua keluarga
berasa tertekan untuk mendapatkannya kerana tidak mampu menampung keperluan teknologi
komputer dan telefon pintar yang sangat mendesak kerana harganya yang mahal. Selain itu,
ia akan menyebabkan keretakan dalam sebuah keluarga tersebut. Apa yang diingini tidak
diperolehi dan mendesak anak-anak tersebut melakukan kerja atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang seperti mencuri dan sebagainya.

4.0 Trend terkini dan masa depan yang berkaitan dengan IR 4.0

Revolusi 4.0 pada era ini telah mewujudkan banyak inovasi baru yang dapat memudahkan
urusan pekerjaan. Sebagai contoh trend terbaru yang telah pun dilancarkan di Malaysia
adalah teknologi 5G. Melalui rangkaian yang pantas mampu mempercepatkan segala urusan
seperti pemindahan informasi, pertukaran maklumat dan penyimpanan data. 5G telah menjadi
aspek baru dalam memicu perkembangan teknologi maklumat. Teknologi seperti ini mampu
untuk meningkatkan nilai ekonomi dan daya saing global seperti Malaysia. Srinivas
Bhattiprolu yang merupakan director kepada Nokia Software menyatakan bahawa 5G dapat
membentuk asas kecerdasan, jaringan maklumat dan data yang lebih tinggi dan pantas. Hal
ini disokong dengan penciptaan aplikasi baru contohnya ekesihatan, rumah pintar dan juga
teknologi Internet of Things. Semuanya dikawal dengan di hujung jari sahaja. Teknologi 5G
juga membantu Artificial intelligence berfikir dengan lebih pantas dalam meningkatkan tahap
keselamatan jaringan. Sistem yang mampu bekerja secara automatik dan bekerjasama antara
pangkalan data mampu mencipta keselamatan yang bersepadu dan kuat, mengubah
pertahanan statik menjadi tindak balas yang lebih adaptif sekaligus mampu menghapuskan
ancaman siber.

Menurut Bernard Marr (2018), revolusi industri 4.0 membawa hubungan antara bahan asas
dan kelengkapan mesin melalui sistem perkomputeran dengan meningkatkan perkara tersebut
dengan kebijaksaan tiruan dan sistem berautonomi yang dilengkapi dengan data yang mampu
berinovasi dengannya. Antara contoh teknologi yang berevolusi Ketika ini adalah “Radio
Frequency Identification (RFID) Technology”. Pada asalnya teknologi seperti ini bermula
dengan “infrared”, seterusnya Bluetooth dan zaman kini wujud satu lagi sistem yang
dipanggil RFID. RFID adalah salah satu komponen penting dalam revolusi 4.0 kerana
keperluannya yang mampu untuk mentafsir dan memberi maklumat dengan pantas. Sebagai

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


12
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

contoh RFID banyak digunakan di sektor pembuatan kerana kemahirannya dalam menanda
produk yang dikeluarkan tanpa melalui proses yang memakan masa. Sistem lama iaitu sistem
barkod memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk mengesan kod yang ditanda pada produk
akan tetapi dengan melalui RFID, perlaksanaan e-label dapat mencapai objektif seperti
memendekkan proses, meningkat kecekapan inventori, meningkat kendalian pusat
pengedaran dan penghantaran maklumat dengan lebih cepat. RFID juga digunakan di
Malaysia sebagai penambahbaikkan kepada sistem Touchngo dan Smart Tag.

Selain itu, seiring dengan kecepatan teknologi berkembang, banyak syarikat telah mula
mengeluarkan produk yang boleh dikawal menggunakan sistem wifi atau pun peranti tanpa
wayar. Antara sistem yang semakin mendapat perhatian masyarakat adalah rumah pintar atau
lebih dikenali sebagai Smart Home. Smart Home mengambil kesempatan manfaat Internet of
Thing yang merupakan salah satu tiang utama revolusi 4.0. Pengguna dapat mengawal
peralatan seperti peti ais, lampu, kipas dan penghawa dingin walaupun dari jarak jauh. Ini
memudahkan pengguna dan menjimatkan kos dari segi elektrik. Di samping itu, terdapat
banyak produk inovatif yang diwujudkan bersandarkan Internet of Thing kepada petani
moden. Mereka boleh memantau tahap kesuburan tanah, kelembapan tanah, suhu dan kualiti
tanah. Dengan itu, dapat meningkatkan pengeluaran tanah dan menjimatkan kos.

Dalam sektor kesihatan, peranti Internet of Things yang digunapakai oleh ramai orang
sekarang adalah jam tangan yang disertakan dengan sensor nadi yang mana ianya dapat
membantu pengguna untuk memantau tahap kesihatan mereka sendiri. Pemantauan amat
penting dalam menjaga kesihatan pengguna. Antara contoh bacaan kesihatan yang boleh
dibaca adalah seperti tekanan nadi, tekanan darah, tekanan jantung, pengambilan kalori dan
lain-lain. Ramai orang sanggup memiliki jam tangan ini kerana ianya amat mudah dibaca
pada bila-bila masa dan dimana jua. Oleh itu, ini dapat menjadikan satu alat yang boleh
memantau dan menjadi penanda aras dimana tahap kesihatan kita pada waktu tersebut. Selain
itu, jam ini juga digunapakai apabila ingin melakukan aktiviti senaman seperti membaca
berapa langkah dalam melakukan aktiviti berjalan atau jogging, jarak kilometer yang telah
dilalui apabila melakukan aktiviti berbasikal dan sebagainya yang berkaitan.

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


13
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

5.0 Kesimpulan

Secara natijahnya, berdasarkan kajian yang dibuat antara kesembilan komponen penting
tersebut dapat menjelaskan bahawa dunia kearah yang lebih moden dengan terciptanya
pelbagai produk yang berteraskan komponen revolusi 4.0 ini. Ini kerana pengguna sudah
terdedah dan sedia untuk mendalami teknologi ini dan mempunyai permintaan yang tinggi di
atas produk yang mempunyai teknologi yang terkini. Apabila individu yang memiliki
teknologi moden yang lebih awal dari individu atau negara lain akan menjadi suatu
kebanggaan dan pencapaian yang disegani oleh masyarakat setempat.

Selain itu, revolusi industri 4.0 yang sedang diterokai oleh masyarakat kini ada menunjukkan
kebaikan dan kekurangannya. Antara Kebaikannya adalah kita mampu menyahut cabaran
dalam kemajuan teknologi dan kebanyakkannya akan memudahkan urusan kehidupan
seharian individu. Banyak teknologi baru yang diperkenalkan dan dalam masa yang sama
lahirnya individu yang semakin bijak dan berpengetahuan luas mengenai teknologi. Selain
itu, kemungkinan juga generasi baby boomers sudah biasa dengan norma baharu yang
dimana rutin harian mereka dilengkapi dengan penggunaan teknologi moden dan seterusnya
golongan ini mampu berdaya saing pada kehidupan era terkini.

Berikutan dengan kemunculan revolusi industri 4.0 ini juga ini telah mengubah beberapa cara
dalam operasi sektor perkhidmatan dan seterusnya melonjakkan kenaikkan yang mendadak
dalam sektor dan industri ketiga ini. Selain itu, dengan keberadaan rakyat dunia berdepan
dengan pandemik COVID-19 ini sedikit sebanyak telah mempercepatkan peralihan yang
mana mendorong rakyat, perniagaan dan kerajaan untuk mengaplikasikan pendigitalan dalam
urusan kehidupan seharian.

Selain itu, perlu diingatkan dengan keburukan yang bakal diperolehi oleh masyarakat yang
hidup didunia moden dan revolusi 4.0 ini akan menyebabkan kegagalan dalam membentuk
insan yang mempunyai nilai moral yang baik dan sempurna. Ini kerana apabila manusia kini
rakus dengan kewujudan teknologi digital dan moden ini, masing-masing akan berlumba
untuk memenangi teknologi terkini dan melahirkan nilai diri yang tidak baik kepada
masyarakat, agama mahupun negara.

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


14
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Oleh yang demikian, revolusi industri 4.0 kearah yang lebih moden dan kehidupan yang
berteraskan teknologi moden perlulah diambil perhatian yang mendalam setiap kelompok
masyarakat agar ianya seimbang. Semua pihak perlu menjalankan peranan dan
tanggungjawab bersama supaya aspirasi negara dapat dicapai seperti dapat menangani
masalah kemiskinan, pengangguran, ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin
kestabilan moral masyarakat.

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


15
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Rujukan

Ahmad, S. (30 Disember, 2020). Malaysia ke arah Industry4WRD. Retrieved from


https://www.bharian.com.my:
https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/12/770245/malaysia-ke-arah-
industry4wrd

Dk. Nurul Ain Binti Pg. Yahya, N. G. (2020). PERANAN KERAJAAN & PEKERJA DALAM MENDEPANI
CABARAN ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0: SATU TINJAUAN. Program Hubungan Industri, Fakulti
Kemanusiaan, Seni & Warisan,, 5.

Dvořáková1, M. P. (2020). Industrial revolution 4.0 in industrial laundries and their information
technologies landscape. Current Problems of the Corporate Sector 2020, 4.

Felo Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Sains Politik, I. K. (9 April, 2021). Apakah yang
dimaksudkan dengan Revolusi Industri 4.0? Retrieved from www.ump.edu.my:
https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0

Industri, T. (29 March, 2015). TEKNOLOGI AUTOMASI. Retrieved from


https://rinooktarial.blogspot.com: https://rinooktarial.blogspot.com/2015/03/teknologi-
automasi-automasi-berasal.html

ISMAIL, Z. Z. (2018). CABARAN INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA TERHADAP REVOLUSI INDUSTRI


4.0. THESIS / POSTGRADUATE PROJECT PAPER , 24.

KARABEGOVIĆ, I. (2018). THE ROLE OF INDUSTRIAL AND SERVICE ROBOTS IN THE 4th Industrial
Revolution - "Industry 4.0". A CTA TECHNICA CORVINIENSIS – Bulletin of Engineering, 2.

KOZHEVNIKOV, L. D. (2020). ELECTRIFICATION IN INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0. Jurnal of Energy


Prod. & Mgmt, 368.

Ragavan, K. B. (2019). What are the key challenges faced by the Malaysian hospitality and tourism
industry in the context of Industrial Revolution 4.0. Worldwide Hospitality and Tourism
Theme, 198.

Rymarczyk, J. (2021). The impact of industrial revolution 4.0. Entrepreneurial Business and Economics
Review, 107.

Siti Hajar Halili, S. S. (2020). Embracing industrial revolution 4.0 in universities. Annual Conference on
Computer Science and Engineering Technology, 2.

Yusriza Mohamd Yusof, A. A. (2021). Penggunaan Teknologi Kejuruteraan dalam Pendidikan STEM
Bersepadu. Jurnal Kejuruteraan, 1.

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


16
BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

FARAH ZULIANA BINTI ZULKIFLI (257936)


17

Anda mungkin juga menyukai