Anda di halaman 1dari 6

REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.

Revolusi Perindustrian(IR) berkait rapat dengan aplikasi teknologi moden,


pengawalan maklumat dan pengenalan kepada komunikasi era moden. Pada permulannya,
terdapat tiga peringkat sebelum menuju ke industri 4.0. iaitu peringkat pertama tertumpu
kepada penggunaan mesin berkuasa wap, peringkat kedua berfokuskan kuasa elektrik,
peringkat ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.
Walaubagaimanapun, industri 4.0 menemui pelbagai teknologi seperti penggunaan robotik
atau erti kata lain Internet of things(IOT) membaik pulih hampir semua aspek kehidupan
seharian.
IoT secara ringkasnya merupakan lanjutan daripada teknologi Internet pada masa
kini. Terma IoT dicipta oleh Kevin Ashton, Pengarah Eksekutif Pusat MIT Auto-ID Center
pada tahun 1999. Menurut Jim Chase, (2013), Internet of Things (IoT) mencipta kecerdikan,
rangkaian yang boleh mengesan, mengawal dan memprogram dengan sendirinya. IoT
membolehkan peranti atau peralatan komputer menggunakan teknologi yang ada padanya
yang membenarkan mereka berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung atau
melalui Internet. Pada tahun 2014, visi Internet of Things adalah untuk lebih berkembang
dengan memberi penumpuan kepada beberapa teknologi seperti komunikasi tanpa wayar,
Wikipedia (2014).
Dunia digital pada masa kini berkembang dengan pesat sehingga manusia tidak
menyedari diri adakah mereka sudah bersedia untuk menghadapi arus pemodenan ini.
Dalam konteks Internet of Things(IOT), ia menggunakan konsep di mana mesin atau peranti
dihubungkan dengan internet dan berlaku pengumpulan dan pemindahan data menerusi
rangkaian. Antara contoh IOT yang terkenal pada masa kini ialah smartwatch, pembaca
nadi, alat sensor cahaya dan bunyi, dan pelbagai lagi. Untuk lebih spesifik, sebagi contoh,
kamera CCTV. Fungsi kamera CCTV rumah adalah untuk mengesan segala pergerakan
dan dapat menghantar gambar tersebut kepada tuan rumah dengan tujuan menghantar
maklumat semasa situasi kecemasan. Selain itu, haiwan peliharaan dipakaikan rantai yang
mempunyai penjejak GPS dan boleh mengesan haiwan peliharaan tersebut melalui telefon
dengan menggunakan aplikasi. Seterusnya, telefon pintar yang boleh mengakses internet
dengan mudah dan mampu mengesan pergerakan seperti berjalan dan berlari.
Justeru, aplikasi IoT dapat membantu industri yang diusahakan oleh pihak swasta
mahupun kerajaan. Antaranya, aplikasi pemantauan alam sekitar, aplikasi perindustrian,
pengurusan tenaga, sistem perubatan dan kesihatan, automasi bangunan dan rumah,
penyebaran skala besar dan sistem pengangkutan.
SOCIETY 5.0
Society 5.0 terhasil daripada negara jepun yang dilancarkan secara rasmi
meluncurkan “society 5.0 atau “super smart society”. Mengikut hasil carian tentang
society 5.0 ini, ciri-ciri yang ada pada society 5.0 ini merupakan konsep yang
dinyatakan merupakan pengembangan hasil dari revolusi industri 4.0 yang dinilai
berpotensi memudahkan lagi hasil kerja manusia. Mengikut apa yang dinyatakan
dalam konsep yang ada perkara ini didasarkan kerana society 5.0 ini dirancang
sebagai konsep masyarakat yang berpusatkan manusia dan bersandarkan teknologi
yang bermaksud hasil kerja manusia yang kearah lebih maju disamping
menggunakan teknologi yang lebih maju. Ia seperti memudahkan kerja manusia
seperti penggunaan “IOT” bermaksud internet of things iaitu penggunaan manusia
menggunakan internet dalam pekerjaan seharian mereka yakini lebih memudahkan
kerja yang sedia ada dan ia menambah baik teknologi yang sedia ada. “the internet
of things” ini juga dinyatakan sebagai data yang dikumpulkn melalui internet dalam
segala bidang kehidupan yang akan menjadi satu kearifan baru yang diyakini untuk
meningkatkan kemampuan manusia dan membuka peluang-peluang bagi
kemanusiaan.
Antara ciri-ciri yang lain ada pada society 5.0 juga dinyatakan sebagai
penyempurnaan dari konsep-konsep sebelumnya iaitu pada society 1.0 manusia
berada di eraberburu dan mengenal tulisan, pada society 2.0 adalah era pertanian
diaman manusia sudah mengenal untuk bercucuk tanam. Lalu pada society 3.0
sudah memasuki era industri iaitu manusia sudah menggunakan mesin untuk
melakukan kerja seharian dan munculah society 4.0 yang dialami oleh banyak
negara masa kini manusia mengenal computer dan internet dalam kehidupan
seharian. Menurut negara jepun yang merasmikan society 5.0 ini menyatakan era ini
dimana semua teknologi adalah sebagahian daripada manusia itu sendiri dan
internet bukan hanya sekadar mendapatkan maklumat malah digunakan seiring
dengan kerja-kerja seharian manusia.
Negara jepun juga menyatakan society 5.0 ini adalah untuk menstabilkan
keadaan di jepun yang mengalami masalah yang mengakibatkan populasi disana
berkurang dan menggunakan konsep society 5.0 ini untuk menstabilkan keadaan
tersebut. Kemudahan yang yang dinyatakan oleh negara jepun adalah sebagai
contoh dari konsep pengiriman barang yang menggunakan teknologi yang maju
dengan hanya menggunakan dron, robot yang diciptakan mengikut kercerdasan
buatan dan ia mempercepatkan proses tersebut tanpa perlu menunggu lama.
Teknologi yang melibatkan robot juga telah digunakan di perusahaan di negara
jepun sebagai pekerja di restoran sebagai pelayan pelanggan untuk mengambil
pesanan dan sebagainya dan ini menunjukkan jepun menggunakan konsep yang
dinyatakan oleh mereka manusia berada ditahap yang lebih moden seiring dengan
menggunakan teknologi yang memudahkan kerja manusia. Teknologi AI yang
merangkumi banyak perkara seperti sistem yang mampu mengetahui tentang
kesihatan manusia dan juga AI juga sebagai sistem yang menjaga keamanan seperti
CCTV namun dalam aspek yang lebih moden sehingga rumah boleh ditinggal
dengan selamat.
RUJUKAN
1) https://medium.com/hmif-itb/society-5-0-konsep-peradaban-masa-depan-
d1b29ebbac9e
2) https://www.timesindonesia.co.id/rea/news/197889/mengenal-sciety-50-
transformasi-kehidupan-yang-dikembangkan-jepang
3) https://idmetafora.com/news/read/333/industry-40-vs-society-50.html
4) http://hotnewsbatam.com/2019/02/19/society-5-0-solusi-masa-depan-
dunia/
5) https://www.iotforall.com/what-is-iot-simple-explanation/amp/
6) https://www.bharian.com.my/node/291781
7) https://www.kompasiana.com/muhamadagung/5cebcea995760e6fbe242dea
/mengenal-lebih-jauh-society-5-0
8) http://mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/industri-40-ir-40-
revolusi.html
9) Jim Chase. (2013). The evolution of the Internet of things. White paper: Texas
Instruments. Dicapai dari http://ww.ti.com/lit/ml/swrb028/swrb028.pdf.
10) Wikipedia. (2014) http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_of_Things.

Anda mungkin juga menyukai