Anda di halaman 1dari 3

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian

Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan


menggunakan prinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan
tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok
bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat
tersebut berfungsi.
1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan
tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk
ke dalam penyedut minuman.

2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam
picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam
picagari.

3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju.
Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan

ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun
serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan
kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder.

4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah
terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air
masuk ke sifon.

5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian
membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada
permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya.
Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat

apabila pam sedutan ditarik ke atas.

6. Tin dengan dua lubang


Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang
menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

Anda mungkin juga menyukai