Anda di halaman 1dari 4

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam

Kehidupan Harian
Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan
udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita
harapkan. Jom kita tengok bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan
alat-alat tersebut berfungsi.

1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan
kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan
menolak air masuk ke dalam penyedut minuman.

2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk
dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair
masukke dalam picagari.
3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan
laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung
silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di
dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian,
racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut
keluar dengan laju dari silinder.

4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah
terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak
air masuk ke sifon.
5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar,
kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah
melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar
menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak
kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.

6. Tin dengan dua lubang


Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang
menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

Anda mungkin juga menyukai