Anda di halaman 1dari 4

plikasi-Aplikasi Prinsip Bernoulli

Kapal Terbang

(Click on the image to enlarge)

1. Bentuk serofoil sayap kapal terbang boleh menyebabkan pengaliran udara yang lebih cepat di
bahagian atas daripada bahagian bawahnya.

2. Oleh itu, tekanan udara yang bertindak di bahagian bawah aerofoil adalah lebih tinggi daripada
tekanan yang bertindak di bahagian atasnya.

3. Suatu daya angkat dihasilkan oleh perbezaan tekanan itu, maka kapal terbang boleh naik ke
atas.

4. Bagi suatu kapal terbang yang sedang terbang secara mengufuk, beratnya diseimbangkan oleh
daya angkat. Jika tujah ke depan sama dengan seretan ke belakang, daya-daya yang dikenakan
ke atas kapal terbang itu adalah seimbang, maka kapal terbang itu akan menerbang secara
mengufuk dengan laju malar,

Sukan
(Click on the image to enlarge)

Dalam sukan tertentu seperti bola sepak, pemain-pemain boleh menghasilkan bola bergerak
melengkung dengan memutarkan bola itu semasa menendang bola itu. Fenomena ini boleh diterangkan
oleh Prinsip Bernoulli.

Penyembur Racun Serangga

1. Rajah di atas menunjukkan suatu penyembur racun serangga.

2. Apabila omboh ditolak ke dalam pam, udara dipancut keluar dengan kelajuan yang tinggi dari
muncung sempitnya.

3. Suatu kawasan yang tekanannya lebih rendah daripada tekanan atmosfera wujud di luar
muncung, maka racun serangga naik ke atas melalui tiub logam.

4. Racun serangga yang bercampur dengan udara boleh disembur pada kelajuan yang tinggi.
Penunu Bunsen

1. Dalam suatu penunu Bunsen seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, gas dikeluarkan
melatui jet dengan kelajuan yang tinggi, maka suatu kawasan yang bertekanan rendah wujud di
dalam tiub.

2. Udara dari luar disedut masuk ke dalam tiub yang tekanannya lebih rendah daripada tekanan
atmosfera.

3. Udara masuk bercampur dengan gas dan menghasilkan suatu nyalaan yang lebih panas dan
kurang berkilau.

Karburetor Kereta
1. Karburetor digunakan untuk menghasilkan campuran petrol dan udara bagi pembakaran dalam
silinder enjin kereta.

2. Udara yang mengalir melalui kawasan sempit dengan halaju lebih tinggi menyebabkan tekanan
lebih rendah di kawasan jet.

3. Petrol dari tangki petrol ditindakkan oleh tekanan atmosfera mengalir keluar dari jet menjadi
semburan wap petrol bercampur dengan udara.

Anda mungkin juga menyukai