Anda di halaman 1dari 5

Litar Selari dan Litar Bersiri

Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada dawai-dawai penyambung dan komponen-
komponen elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir.

Satu litar elektrik terdiri daripada satu sumber elektrik, komponen-komponen elektrik, dawai-dawai
penyambung dan satu suis.

Litar Bersiri

Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.

Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama

Kelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus

Litar Selari

Arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.

Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan

Kelemahan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua mentol dibekalkan dengan voltan yang sama

Anda mungkin juga menyukai