Anda di halaman 1dari 20

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

SMK TAMAN MEGAH RIA,

PASIR GUDANG
55
UJIAN BERTULIS OGOS 2019
2 JAM

ARAHAN

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.

2. Tulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan
dalam kertas soalan ini.
4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada guru pengawas pada
akhir peperiksaan
SAINS

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa:
Bahagia Markah Markah Bahagia Markah Markah
Soalan Soalan
n Penuh Diperolehi n Penuh Diperolehi
A 20 20 6 10
1 4 7 10
2 4 8 10
C
B 3 4 9 10
4 4 10 10
5 4 11 10
JUMLAH KESELURUHAN 100

NAMA : _______________________________________________________

TINGKATAN : _________________________________________________

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Puan Faridah Binti Osman Puan Nor Sanizai Binti Mohd. Rosli Puan Kosnah Binti Karnadi
Guru Mata Pelajaran Sains Ketua Panitia Sains Ketua Bidang Sains dan Matematik
SMK Taman Megah Ria SMK Taman Megah Ria SMK Taman Megah Ria

Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak

1 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

BAHAGIAN A (20 markah)
Jawab semua soalan

1. Rajah di bawah menunjukkan satu simbol pada sebuah botol reagen. Apakah maksud simbol tersebut?

A. Beracun
B. Merengsa
C. Mudah meletup
D. Mudah terbakar

2. Antara yang berikut, organisma yang manakah adalah multisel?

A.

B.

C.

D.

3. Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan bahan P.

Zarah-zarah bahan P sangat berjauhan antara satu sama lain

Apakah bahan P?
A. Ais
B. Merkuri
C. Minyak masak
D. Karbon dioksida

2 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

4. Rajah di bawah menunjukkan pencemaran di sebuah bandar.

Antara berikut, yang manakah merupakan satu kaedah untuk menangani masalah pencemaran itu?
I. Berkongsi kereta ke tempat kerja
II. Menggunakan petrol berplumbum
III. Berhenti menggunakan pengangkutan awam
IV. Memasang penapis asap pada cerobong di kilang-kilang

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5. Mengapakah udara adalah campuran?

A. Suhu udara sentiasa berubah
B. Kandungan udara terikat secara kimia
C. Kandungan udara bergantung kepada suhu persekitaran
D. Komponen udara boleh diasingkan dengan mudah secara fizikal

6. Antara fenomena berikut, yang manakah disebabkan oleh penyebaran cahaya?

A. Pembentukan pelangi
B. Kemerahan matahari terbenam
C. Dasar kolam kelihatan lebih cetek
D. Kebiruan langit pada waktu tengah hari

7. Sistem yang manakah terlibat dalam mengawal atur suhu badan?

A. Sistem otot
B. Sistem limfa
C. Sistem rangka
D. Sistem endokrin

8. Antara berikut, yang manakah merupakan jenis pembiakan yang dilakukan oleh katak dan ikan?
A. Belahan dedua
B. Penjanaan semula
C. Persenyawaan luar
D. Persenyawaan dalam

3 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

9. Rajah di bawah menunjukkan kitar karbon.

Apakah yang akan berlaku pada kuantiti gas K dan gas L sekiranya semua tumbuhan hijau musnah?

Gas K Gas L
A. Meningkat Berkurang
B. Meningkat Meningkat
C. Berkurang Meningkat
D. Berkurang Berkurang

10. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan tumbuhan.

Tumbuhan

Tumbuhan berbunga Tumbuhan tidak berbunga

P Q

Antara berikut, yang manakah diwakili oleh P dan Q?

P Q
A. Konifer Tebu
B. Spirogira Padi
C. Jagung Paku-pakis
D. Lumut hati Rumpai laut

4 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

11. Jadual menunjukkan keputusan ujian makanan ke atas satu sampel makanan.

Ujian Makanan Pemerhatian

Ujian Benedict Mendakan merah bata terbentuk
Ujian Millon Mendakan merah terbentuk
Ujian Iodin Tiada perubahan

Kelas makanan yang manakah terdapat dalam sampel makanan tersebut?

A. Kanji dan protein
B. Kanji dan glukosa
C. Protein dan lemak
D. Glukosa dan protein

12. Penyakit berjangkit merebak kepada manusia melalui air, udara, sentuhan dan vektor. Antara penyakit
berjangkit berikut, yang manakah boleh dipindahkan melalui sentuhan?
I. Kurap
II. Panau
III. Kolera
IV. Leptospirosis

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

13. Rajah di bawah menunjukkan kesan haba ke atas jalur dwilogam yang terdiri daripada kuprum dan besi.

Kuprum
Besi

Apakah yang menyebabkan pemerhatian tersebut?

A. Besi dan kuprum adalah logam
B. Besi mengecut apabila dipanaskan
C. Jirim mengembang apabila dipanaskan
D. Kuprum mengembang lebih banyak daripada besi

5 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

14. Daya geseran ialah daya yang menentang gerakan suatu objek. Antara berikut, yang manakah
merupakan keburukan daya geseran?
I. Memegang pensel
II. Boleh menyalakan mancis
III. Menghasilkan bunyi pada mesin
IV. Menyebabkan tapak kasut menjadi haus

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Maklumat di bawah menerangkan suatu kecacatan penglihatan.

Kecacatan ini disebabkan oleh kanta mata terlalu tebal atau bebola
mata terlalu panjang.

Bagaimanakah cara membetulkan kecacatan ini?

A. Menggunakan kanta silinder
B. Menggunakan kanta cekung
C. Menggunakan kanta cembung
D. Menggunakan kanta pembesar

16. Semasa menarik nafas, yang manakah akan berlaku?

Sangkar rusuk Diafragma

A. Bergerak ke atas Mengecut
B. Bergerak ke atas Mengendur
C. Bergerak ke bawah Melengkung ke atas
D. Bergerak ke dalam Menjadi rata

17. Bagaimanakah transpirasi memudahkan pengangkutan air dan garam mineral dalam tumbuhan?
A. Air diserap dari akar ke daun
B. Penyejatan wap air dari daun
C. Menyerap haba dari persekitaran
D. Mengangkut garam mineral terlarut dari akar

6 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

18. Rajah di bawah menunjukkan struktur respirasi manusia.

Apakah ciri bagi struktur tersebut?

I. Berdinding tebal
II. Permukaan lembap
III. Luas permukaan yang kecil
IV. Mempunyai jaringan kapilari darah yang banyak

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

19. Bagaimanakah transpirasi memudahkan pengangkutan air dan garam mineral dalam tumbuhan?
A. Air diserap dari akar ke daun
B. Penyejatan wap air dari daun
C. Menyerap haba dari persekitaran
D. Mengangkut garam mineral terlarut dari akar

20. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh tindak balas endotermik?
I. Respirasi
II. Membuat kek
III. Proses fotosintesis
IV. Pembakaran bunga api

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Hitamkan jawapan bagi soalan objektif.

1 A B C D 11 A B C D
2 A B C D 12 A B C D
3 A B C D 13 A B C D
4 A B C D 14 A B C D
5 A B C D 15 A B C D
6 A B C D 16 A B C D
7 A B C D 17 A B C D
8 A B C D 18 A B C D
9 A B C D 19 A B C D
10 A B C D 20 A B C D
7 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR
BAHAGIAN B (20 markah)
Jawab semua soalan

1. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis sel, iaitu sel haiwan dan sel tumbuhan.

a. Labelkan struktur P dan Q dengan perkataan yang diberikan.

Nukleus Mitokondria Vakuol

P : ______________________________________________________________________________
Q : ______________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Tandakan pada pernyataan yang betul bagi menunjukkan persamaan antara sel haiwan dengan
sel tumbuhan.

Kedua-dua sel mempunyai kloroplas untuk memerangkap cahaya.

Kedua-dua sel mempunyai nukleus yang mengawal semua aktiviti sel.
Kedua-dua sel mempunyai dinding sel untuk memberi sokongan kepada sel.
Kedua-dua sel mempunyai membran sel yang mengawal pergerakan bahan dalam sel.
(2 markah)

2. Rajah di bawah menunjukkan beberapa haiwan yang terdapat di Malaysia.

a. Tandakan bagi haiwan yang diancam kepupusan.

(2 markah)

8 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

b. Lengkapkan pernyataan di bawah dengan perkataan yang betul.

habitat biodiversiti khatulistiwa

Malaysia merupakan salah sebuah negara _______________________________ di dunia kerana

mempunyai kepelbagaian haiwan dan tumbuhan. Keadaan di Malaysia yang beriklim
_______________________________ menjadikannya habitat yang sesuai bagi pelbagai jenis
organisma. Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan warisan alam semula jadi yang
harus dikekalkan.
(2 markah)

3. Mineral merupakan pepejal dalam bentuk unsur dan sebatian yang wujud secara semula jadi dalam
kerak bumi.

a. Tandakan bagi mineral yang wujud sebagai sebatian dalam kerak bumi.

Emas
Perak
Galena
Hematit
(2 markah)

b. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji sifat kimia bagi kalsium karbonat.

Kalsium karbonat Air kapur

Panaskan

Lengkapkan pernyataan di bawah dengan perkataan yang betul.

bertukar jernih karbon dioksida oksigen menjadi keruh

Air kapur di dalam tabung didih _______________________________ apabila kalsium karbonat

dipanaskan. Ini menunjukkan _______________________________ dibebaskan semasa pemanasan
kalsium karbonat.
(2 markah)
9 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR
4. Lengkapkan teka silang kata berkaitan dengan tenaga.

1 N K
U

K I M I A
4

2 B
H
N
Y

Melintang
1. Dimiliki oleh objek yang bergerak
2. Meningkatkan suhu objek dan menyebabkan objek menjadi panas

Menegak
3. Tersimpan di dalam objek yang disebabkan oleh kedudukan atau keadaannya
4. Terhasil disebabkan objek bersinar
(4 markah)

5. Darah manusia terdiri daripada campuran plasma darah dan sel darah.

a. Lengkapkan pernyataan di bawah dengan perkataan yang betul.

sel darah putih platelet sel darah merah plasma

I. Hemoglobin adalah protein yang terdapat di dalam _______________________________ yang

diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.
II. Komponen yang mengandungi air dan bahan terlarut seperti nutrien dan bahan kumuh ialah
_______________________________.
(2 markah)

b. Kenal pasti kumpulan darah berikut.

Tidak mempunyai antigen A atau antigen B

Mempunyai kedua-dua antigen A dan antigen B
(2 markah)
10 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR
BAHAGIAN C (60 markah)
Jawab semua soalan

6. Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk menyiasat keapungan bahan di dalam air dan
hubungan keapungan dengan ketumpatan bahan. Bahan dimasukkan ke dalam silinder penyukat yang
berisi air. Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam eksperimen.

Bahan Ketumpatan (g/cm3)

Air 1.0
Kaca 2.5
Gabus 0.4
Minyak 0.9
Kuprum 8.9

a. Berdasarkan jadual di atas, kenal pasti bahan yang terapung dan tenggelam di dalam air.

Terapung Tenggelam

(2 markah)

b. Terangkan mengapa bahan-bahan terapung dan tenggelam di dalam air.

_________________________________________________________________________________

c. Murid-murid ingin menentukan ketumpatan suatu objek tidak sekata iaitu batu dengan menggunakan
kaedah sesaran air. Isipadu awal air di dalam silinder penyukat ialah 20cm 3 dan isipadu akhir air
selepas dimasukkan batu ialah 30cm3. Jisim batu tersebut ialah 25g. Kira ketumpatan batu tersebut.

Ketumpatan = Jisim (g)

Isipadu (cm3)

(2 markah)

11 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

d. Seorang murid memasukkan dua biji guli ke dalam silinder penyukat dan mendapati bahawa guli-guli
tersebut tenggelam di dalam air. Isipadu air yang tersesar ialah 20cm 3 dan ketumpatan sebiji guli
ialah 2.3g/cm3. Kira jisim sebiji guli.

Ketumpatan = Jisim (g)

Isipadu (cm3)

(2 markah)

e. Belon udara panas juga menggunakan konsep ketumpatan bagi membolehkan belon dinaikkan ke
udara. Terangkan fenomena tersebut.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)

7. Faizal suka bersenam pada waktu petang bagi mengekalkan kesihatan badannya. Semasa bersenam, dia
menarik dan menghembus nafas dengan lebih cepat bagi membolehkan banyak oksigen dapat diangkut
ke seluruh badan.

a. Nyatakan perubahan terhadap sangkar rusuk dan diafragma semasa mekanisme menarik nafas dan
menghembus nafas.

Struktur Menarik nafas Menghembus nafas

Sangkar rusuk
Diafragma
(2 markah)

b. Udara yang disedut ke dalam alveolus mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi daripada
kepekatan oksigen dalam darah. Proses resapan oksigen berlaku di alveolus ke dinding kapilari darah.
Terangkan proses resapan tersebut.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)

12 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

c. Adaptasi struktur alveolus telah meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan pertukaran gas di
dalam badan manusia. Nyatakan adaptasi struktur alveolus.
I. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
II. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
III. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(3 markah)

d. Udara yang mengandungi jerebu boleh memudaratkan sistem respirasi. Faizal memakai topeng muka
apabila keluar dari rumah semasa keadaan jerebu.

I. Berikan kesan sekiranya Faizal tidak memakai topeng muka apabila keluar dari rumah.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(1 markah)

II. Nyatakan langkah yang boleh dilakukan bagi mencegah fenomena jerebu ini.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(1 markah)

e. Asap rokok mengandungi banyak bahan berbahaya dan boleh menjejaskan sistem repirasi. Berikan
penyakit respiratori yang disebabkan oleh bahan di dalam asap rokok.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(1 markah)

13 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

8. Haba merupakan suatu bentuk tenaga. Haba mengalir dari suatu objek panas ke suatu objek yang sejuk.
Pengaliran haba boleh berlaku secara konduksi, perolakan dan sinaran.

a. Sekumpulan pengakap mengadakan perkhemahan di dalam hutan. Rajah di bawah menunjukkan tiga
anggota pengakap menggunakan unggun api untuk memasak air dan memanaskan badan. Mereka
menggunakan cerek yang diperbuat daripada logam untuk memasak air.

I. Berdasarkan rajah tersebut, nyatakan prinsip pengaliran haba yang terlibat dalam situasi
berikut.
 Daripada unggun api kepada badan
_________________________________________________________________________

 Daripada cerek kepada air di dalam cerek itu

_________________________________________________________________________
(2 markah)

II. Anggota pengakap itu mendapati air yang dimasak di dalam cerek yang diperbuat daripada
logam adalah cepat mendidih. Berikan inferens bagi keadaan ini.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(1 markah)

III. Air yang telah mendidih digunakan oleh salah seorang anggota pengakap itu untuk membuat
air teh. Dia telah mengisikan air teh tersebut ke dalam dua cawan yang diperbuat daripada
bahan berbeza. Cawan M diperbuat daripada logam manakala cawan N diperbuat daripada
polistirena. Cawan yang manakah lebih sesuai digunakan untuk mengekalkan kepanasan air teh
itu bagi tempoh masa yang lama? Terangkan jawapan anda.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(2 markah)

14 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

IV. Berikan satu contoh bahan yang boleh menebat haba.
____________________________________________________________________________
(1 markah)

V. Pada waktu malam yang sejuk, anggota pengakap itu menggunakan selimut kain yang tebal
untuk tidur dengan selesa. Terangkan kegunaan selimut tersebut.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Rajah di bawah menunjukkan Rita yang memakai baju berwarna gelap sedang berjalan di bawah
matahari yang panas terik.

Keupayaan sesuatu objek menyerap haba adalah bergantung dengan jenis dan warna permukaannya.

I. Rita berasa sangat panas dan berpeluh dengan banyak. Terangkan keadaan ini.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(1 markah)

II. Cadangkan satu cara yang boleh dilakukan oleh Rita untuk mengurangkan kesan haba itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(1 markah)

15 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

9. Ibu Lina mempunyai sebuah gerai minuman. Selepas tamat waktu persekolahan, Lina membantu ibunya
menyediakan pelbagai jenis minuman di gerai tersebut. Lina menyediakan air gula dengan
mencampurkan gula dalam air yang banyak. Air gula ini dicampurkan bagi menyediakan minuman.

a. Berikan pelarut yang digunakan untuk menyediakan air gula tersebut.

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(1 markah)

b. Namakan larutan yang terhasil apabila gula dicampurkan dengan air.

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(1 markah)

c. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan suatu bahan.

I. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
II. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(2 markah)

d. Cadangkan dua cara yang boleh dilakukan oleh Lina untuk menyediakan air gula dengan lebih cepat.
I. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
II. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(2 markah)

e. Lina telah memasukkan gula dalam kuantiti yang sangat banyak ke dalam air sehingga menyebabkan
mendakan terhasil. Gula yang berlebihan di dalam air tidak dapat dilarutkan walaupun telah dikacau
berulang kali.

I. Namakan larutan yang terhasil.

____________________________________________________________________________
(1 markah)

II. Terangkan bagaimana Lina boleh melarutkan gula dalam larutan tersebut tanpa mengubah
isipadu larutan.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(1 markah)

16 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

f. Air dikenali sebagai pelarut semesta kerana keupayaannya untuk melarutkan hampi semua bahan
sama ada pepejal, cecair atau gas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa zat terlarut yang tidak
boleh dilarutkan di dalam air. Berikan dua contoh pelarut bukan air.
I. ____________________________________________________________________________
II. ____________________________________________________________________________
(2 markah)

10. Daya ialah tarikan atau tolakan yang dikenakan ke atas suatu objek. Daya boleh wujud dalam pelbagai
bentuk.

a. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis daya. Namakan daya-daya tersebut.

(2 markah)

b. Dalam sebuah perlawanan bola sepak, penjaga gol berjaya menangkap bola daripada membolosi
gawangnya dengan menggunakan tangan. Nyatakan kesan daya dalam situasi tersebut.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(1 markah)

c. Rajah di bawah menunjukkan seorang petani membawa hasil tanamannya dengan menggunakan
kereta sorong.

I. Labelkan kedudukan fulkrum bagi kereta sorong dalam rajah di atas.

(1 markah)
17 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR
II. Berikan kelas tuas bagi kereta sorong itu.
____________________________________________________________________________
(1 markah)

III. Berikan satu contoh alat lain yang mempunyai kelas tuas yang sama seperti kereta sorong di
atas.
____________________________________________________________________________
(1 markah)

IV. Petani itu menolak kereta sorong di atas jalan berlumpur. Dia mendapati bahawa sangat sukar
untuk menolak kereta sorongnya di atas jalan berlumpur. Cadangkan pengubahsuaian yang
boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas jalan. Terangkan.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(2 markah)

d. Rajah di bawah menunjukkan dua orang kanak-kanak bermain jongkang-jongket di taman. Jongkang-
jongket itu dalam keadaan seimbang. Kanak-kanak M mempunyai jisim sebanyak 60kg manakala
kanak-kanak N mempunyai jisim 45kg. Jarak kanak-kanak N dari fulkrum ialah 1.5m agar jongkang-
jongket tersebut seimbang.

Kanak- kanak M Kanak- kanak N

Fulkrum

Kirakan jarak kanak-kanak M dari fulkrum jongkang-jongket itu.

Daya x Jarak daya dari fulkrum = Beban x Jarak beban dari fulkrum

(2 markah)
18 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR
11. Kita melihat imej kita dalam cermin setiap hari. Terdapat tiga jenis cermin yang banyak digunakan
dalam kehidupan seharian iaitu cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung.

a. Rajah di bawah menunjukkan seorang lelaki berdiri di hadapan cermin.

I. Nyatakan jenis cermin yang digunakan oleh lelaki tersebut untuk memerhatikan imejnya.
____________________________________________________________________________
(1 markah)

II. Terangkan bagaimana imej lelaki tersebut terbentuk pada cermin.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(2 markah)

III. Lelaki tersebut berdiri pada jarak 0.5 meter dari cermin itu. Kemudian, dia berundur ke
belakang dan berada pada jarak 1.0 meter dari cermin. Berapakah jarak lelaki itu dari imejnya?
____________________________________________________________________________
(1 markah)

IV. Nyatakan satu ciri imej yang terbentuk pada cermin.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(1 markah)

19 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

b. Seorang pemilik kedai runcit bercadang untuk memasang ciri keselamatan di dalam kedainya bagi
mengelakkan kecurian. Dia ingin memasang cermin bagi membantunya melihat setiap sudut kedai
runcitnya. Antara cermin cekung dan cermin cembung, cermin yang manakah paling sesuai
digunakan? Jelaskan jawapan anda.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Cermin mengaplikasikan konsep pantulan cahaya. Sinar cahaya yang terpancar di atas cermin akan
dipantulkan. Periskop merupakan alat optik yang direka cipta berdasarkan konsep pantulan cahaya
bagi meningkatkan keupayaan deria penglihatan manusia. Seorang murid ingin mencipta periskop
ringkas daripada kotak untuk melihat kawasan yang tidak dapat dicapai oleh deria penglihatannya.
Dia memerlukan bahan-bahan seperti di bawah untuk mencipta periskop tersebut.

Gunting Kotak susu Cermin Pita pelekat

Berdasarkan pengetahuan tentang cahaya dan penglihatan, lakarkan periskop ringkas yang boleh
dibina dan terangkan.

Penerangan
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

20 55 © 2019 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

Anda mungkin juga menyukai