Anda di halaman 1dari 3

KONSEP FEUDAL JEPUN

 PENGENALAN
 Feudalisme di Jepun muncul akibat kebangkitan golongan para ksatria yang
melakukan perebutan kuasa. Sistem feudal berkembang di Jepun kerana adanya
estate persendirian yang dikenali sebagai Syoen.
 Estet-estet persendirian tersebut telah berkembang akibat daripada kemerosotan
kuasa golongan aristokrat dan kebangkitan golongan ksatria. Golongan tersebut
memberikan taat setia kepada Kamakura menyebabkan mereka mendominasi
jawatan Jito dan Shugo. Gabungan organisasi ini telah menjadi asas kepada
pembentukan sistem feudal di Jepun.
 Selain itu, sistem feudal juga ditandai dengan wujudnya dua golongan yang saling
bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan
golongan tentera.

1) SOSIAL
i) Agama dan kepercayaan
 Semasa zaman Keshogunan Kamakura, wujud kepercayaan kepada
Zen, agama Buddha dan juga idea Neo-Konfusianisme yang dibawa
dari China.
 Agama Buddha berkembang dengan pesat semasa era Kamakura
dan menjadi pusat Buddha Jepun. Sekitar abad ke-5 dan ke-6,
rahib-rahib Buddha tidak bebas berdakwah dan agama Buddha
hanya berlegar dalam golongan atasan akibat daripada monopoli
maharaja.
 Mazhab agama Buddha Tendai dan Shingon kekal dan popular
dalam kalangan aristokat. Antara mazhab yang diperkenalkan ialah
mazhab Jodo yang popular dikalangan golongan kebanyakkan,
mazhab Jodo Shinshu(Ikkoshu), dan mazhab Hokkeshu, manakala
mazhab yang popular di kalangan ksatria ialah mazhab Buddha Zen
yang dibawa masuk ke Jepun pada zaman Heian.
ii) Kesusasteraan
 Pencapaian turut dicapai dalam bidang kesusasteraan dengan
terhasilnya teks klasik “The Tale of The Heike” pada zaman
Kamakura.
 Sastera merupakan kisah lagenda yang menjelaskan minda zaman
pertengahan semasa pemerintahan Mahkamah Agung Heian yang
semakin merosot dan merupakan petanda bahawa negara mulai
memasuki era pahlawan yang begiti berpengaruh terhadap
masyarakat Jepun.
 Teks klasik ini penting kerana ia mencerminkan nilai-nilai budaya
pahlawan iaitu nilai kehormatan, keberanian, pengorbanan dan
kesetiaan.
2) EKONOMI
i) Sistem Sankin Kotai
 Sankin Kotai sebenarnya sudahpun berkembang di Jepun sejak
zaman Toyotomi Hideyoshi memerintah lagi.
 Di zaman Keshogunan Tokugawa, berlaku kemajuan yang pesat
dalam sektor ekonomi dimana sistem lama yang mengamalkan nilai
pertukaran padi diganti dengan sistem ekonomi wang.
 Hal ini menyebabkan keuntungan diperoleh oleh golongan
pedagang berbanding golongan pemerintah. Pedagang yang
menguasai padi menyebabkan mereka semakin berpengaruh dalam
bidang politik dan ini mengakibatkan golongan daimyo dan samurai
dikelilingi hutang kepada pedagang.
 Pengenalan sistem Sankin Kotai (alternatif kehadiran)
menyebabkan para daimyo diwajibkan berada di Yedo selama enam
bulan setiap tahun dan ini membebankan mereka.
 Malah, mereka diwajibkan membayar kos pembaikan istana bakufu
di Yedo dan melakukan pekerjaan umum yang lain.
 Hal ini bertujuan untuk mengawasi dan mengawal para daimyo
daripada melakukan pemberontakan terhadap Shogun Tokugawa.
Walaupun sistem ini merugikan daimyo, namun ia meningkatkan
lagi perdagangan dimana Kota Yedo menjadi pusat dari semua
laluan perdagangan.
ii) Dasar Tutup Pintu
 Jepun telah mengamalkan dasar tutup pintu ataupun pemencilan
yang bermakna Jepun tidak mahu menjalin hubungan diplomatik
mahupun perdagangan dengan negara luar.
 Tindakan Jepun ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti sikap
orang asing yang sebenarnya tidak mahu berkerjasama memajukan
hubungan perdagangan.
 Selain itu, pemberontakan Shimbara di Kyushu telah menyebabkan
bakufu beranggapan bahawa pemberontakan ini dilakukan oleh
orang-orang Kristian Jepun yang menentang kekuasaan Shogun.
 Walaubagaimanapun, dasar pemencilan tidak menggugat
kemajuan ekonomi, dan aktiviti ekonomi masih berjalan seperti
biasa. Hal ini dibuktikan dengan kemunculan pusat perdagangan
utama seperti Yedo dan Osaka. Malah, penggunaan mata wang
menggantikan sistem barter turut berlaku.
 KESIMPULAN
 Sistem pemerintahan feudal merupakan asas penting yang mempengaruhi aspek
politik pentadbiran, sosial dan ekonomi.
 Sistem ini penting khususnya dalam membantu raja menguruskan empayar yang
luas. Pemerintahan feudal ini dilaksanakan dengan sebaiknya, maka ia mampu
menjadi nukleus dalam membangunkan suatu kerajaan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai