Anda di halaman 1dari 44

P E N G E N A L A N K E PA D A P U S AT

P E R K H I D M ATA N P E N D I D I K A N
KHAS (3PK)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


AGENDA
Pengenalan3PK

PeranandanFungsi3PK

Kemudahandi 3PK

Perkhidmatanditawarkandi 3PK

Lokasi3PK

SkopKerjaPegawai3PK
KUIZ
1. Apakah nama penuh bagi 3PK?

2. Berapakah bilangan 3PK di seluruh Malaysia?

3. Apakah tugas utama pegawai 3PK?

4. Siapakah berada dalam pasukan pelbagai disiplin di 3PK?

5. Apakah perkhidmatan yang disediakan di 3PK?


PENGENALAN 3PK
• Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat
khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan
intervensi/(re)habilitasi dan konsultasi bagi meningkatkan keupayaan
murid berkeperluan khas supaya mereka dapat mengikuti
pembelajaran tanpa halangan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Audiologi IntervensiPendidikan Psikologi
• Ujiandiagnostik/intervensiberkaitanorganpendengaran • Penilaian/intervensiberkaitankemahiranpembelajaran • Penilaian/intervensiberkaitankemahirankognitif,emosidantingkahlaku

TerapiCarakerja TerapiPertuturanBahasa TerapiAnggota(TerapiFisio)


• Penilaian/intervensiberkaitankemahirancarakerja&pengurusandiri • Penilaian/intervensiberkaitankemahirankomunikasi,bahasadanpertuturan • Penilaian/intervensiberkaitanpergerakkananggotabadan
PERANAN DAN
FUNGSI 3PK Saringan
&Pengesanan

Penilaian&
KhidmatSokongan
Diagnosis

PERANAN &
FUNGSI

Intervensi&
Konsultasi
(re)Habilitasi

ProgramIntervensiAwal
OBJEKTIF 3PK

Menyediakan intervensi dan (re)habilitasi yang Meningkatkan potensi MBK agar berupaya berdikari dan Menyediakan intervensi awal dari aspek domain
komprehensif bersosialisasi perkembangan

Meningkatkan peluang kebolehpasaran MBK MembantumengoptimakankesediaandanpotensidiriMBK Meningkatkan akses MBK kepada pendidikan
KEMUDAHAN
DI 3PK
Ruang Menunggu & Ruang
Aktiviti Berkumpulan

Ruang konsultasi bersama-sama


ibu bapa atau guru
Ruang aktiviti fizikal dan
rangsangan sensori kepada MBK

Saringan pendengaran dan ujian


diagnostik pendengaran
Ruang bagi melaksanakan sesi terapi untuk
merangsang deria seperti visual, sentuhan
dan auditori

Ruang bagi melaksanakan penilaian


dan terapi
kepada MBK
PERKHIDMATAN YANG
DITAWARKAN
SARINGAN & PENILAIAN

PENDENGARAN PERTUTURAN

PSIKOLOGI CARAKERJA
INTERVENSI / TERAPI INDIVIDU
INTERVENSI / TERAPI BERKUMPULAN
INTERVENSI / TERAPI BERKUMPULAN
PERKONGSIAN ILMU
PERKONGSIAN ILMU
LOKASI 3PK
KEDAH KELANTAN SABAH SARAWAK
• Terapi Carakerja (2) • Psikologi • Psikologi • Terapi Carakerja
• Psikologi • Terapi Carakerja • Terapi Carakerja

PERAK TERENGGANU
• Pegawai Intervensi • Pegawai Intervensi
• Psikologi • Psikologi
• Terapi Carakerja • Terapi Carakerja
• Terapi Fisio
PULAU PINANG
PUTRAJAYA
• Audiologi
• Psikologi • Pegawai Intervensi
• Terapi Carakerja • Terapi Pertuturan
• Terapi Pertuturan • Terapi Carakerja

SELANGOR PERLIS
• Audiologi • Pegawai Intervensi
• Terapi Pertuturan • Terapi Pertuturan
• Psikologi • Terapi Carakerja

MELAKA JOHOR PAHANG


• Pegawai Intervensi • Terapi Pertuturan • Audiologi
• Audiologi • Terapi Carakerja • Terapi Pertuturan
• Psikologi
• Terapi Pertuturan
SKOP KERJA
PEGAWAI 3PK
LATAR BELAKANG PEGAWAI 3PK
• Pegawai bidang khusus di 3PK terdiri daripada pegawai perkidmatan
pendidikan di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC), KPM yang
bertauliah dalam bidang sains kesihatan / sains sosial seperti bidang
psikologi/psikologi klinikal/psikologi pendidikan, terapi carakerja,
terapi pertuturan-bahasa, audiologi atau terapi anggota (terapi fisio).

• Pegawai intervensi di 3PK terdiri daripada pegawai perkhidmatan


pendidikan yang telah menghadiri kursus asas (selama 3 bulan)
dalam bidang pendengaran-pertuturan atau masalah pembelajaran
melalui program latihan bersama pihak hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) di Kelantan.
TUGAS PEGAWAI 3PK: AUDIOLOGIS
Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan saringan dan penilaian


diagnostik pendengaran.
• Melaksanakan intervensi/ rehabilitasi
pendengaran.
• Memberi konsultasi dan cadangan kepada
individu dan ibu bapa/ penjaga klien
bermasalah pendengaran.
TUGAS PEGAWAI 3PK: AUDIOLOGIS
Perkhidmatan Di Sekolah

• Memberi konsultasi dan khidmat bantu kepada pentadbir, guru-


guru, pembantu pengurusan murid yang mengenai;
• Memastikan penggunaan peralatan amplifikasi yang optimum di
sekolah.
• Melakukan modifikasi dan akomodasi persekitaran terutama
dalam kelas klien masalah pendengaran.
• Memberi kesedaran kesihatan pendengaran dan pengurusan
amplifikasi kepada warga sekolah.
• Memberi perkongsian ilmu serta menyediakan latihan dalam
perkhidmatan warga sekolah/bahagian berkaitan masalah
pendengaran dan strategi yang boleh diambil bagi
mengoptimumkan keupayaan MBK Pendengaran.
TUGAS PEGAWAI 3PK: AUDIOLOGIS
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Melaksanakan latihan kepada individu dan ibu bapa


klien bermasalah pendengaran, guru serta
komuniti setempat.

• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar


berkaitan perkongsian kepakaran, latihan dan
penyeliaan klinikal serta kajian dalam bidang
audiologi.
TUGAS PEGAWAI 3PK:
TERAPI PERTUTURAN BAHASA
Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan saringan, penilaian dan mengenalpasti


diagnosis kecelaruan pertuturan, bahasa,
komunikasi, kelancaran bahasa, suara, fungsi
dan/atau literasi bagi klien berumur 4 hingga 19
tahun.
• Merancang, mengurus dan melaksanakan pelan
intervensi individu/berkumpulan, membincangkan
prognosis dan discaj bersama-sama ibu
bapa/penjaga/ guru.
• Menjalankan konsultasi dan latihan intervensi asas
kepada ibu bapa/penjaga.
TUGAS PEGAWAI 3PK:
TERAPI PERTUTURAN BAHASA
Perkhidmatan Di Sekolah
• Melaksanakan saringan dan penilaian murid di kelas /sekolah dari
aspek pertuturan dan bahasa.
• Melaksanakan intervensi / rehabilitasi dalam/luar kelas bagi MBK di
sekolah.
• Menjalankan konsultasi kepada warga sekolah berkaitan strategi,
modifikasi dan akomodasi persekitaran bagi meningkatkan
kemahiran pertuturan, bahasa dan komunikasi di sekolah.
• Memberi perkongsian ilmu serta menyediakan latihan dalam
perkhidmatan warga sekolah/bahagian berkaitan intervensi asas
perkembangan pertuturan bahasa.
TUGAS PEGAWAI 3PK:
TERAPI PERTUTURAN BAHASA
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Memberi perkongsian ilmu dalam komuniti berkaitan bidang


terapi pertuturan, bahasa dan komunikasi.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar berkaitan latihan,
penyeliaan klinikal dan kajian.
TUGAS PEGAWAI 3PK: TERAPI
CARAKERJA
Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan saringan dan penilaian terapi carakerja dari aspek


perkembangan klien.
• Melaksanakan latihan motor dan kefungsian serta melatih klien
dalam aktiviti seharian supaya boleh berdikari.
• Merangsang kognitif dan persepsi klien bagi meningkatan tumpuan
dan memori.
• Menjalankan latihan kepada ibu bapa/ penjaga dan guru berkaitan
aktiviti dan teknik terapi carakerja yang boleh diaplikasikan di
rumah.
TUGAS PEGAWAI 3PK: TERAPI
CARAKERJA
Perkhidmatan Di Sekolah

• Memberi cadangan penggunaan alat bantuan yang


bersesuaian dengan murid bagi membolehkan
mereka mengikuti kurikulum kebangsaan.
• Memberi konsultasi kepada ibu bapa/ penjaga dan
guru berkaitan aktiviti dan teknik terapi carakerja
yang boleh diaplikasikan di rumah dan di sekolah.
• Menjalankan latihan kepada ibu bapa/ penjaga dan
guru berkaitan aktiviti dan teknik terapi carakerja
yang boleh diaplikasikan di sekolah.
TUGAS PEGAWAI 3PK: TERAPI
CARAKERJA
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Memberi cadangan kepada pihak komuniti di


dalam hal-hal berkaitan modifikasi
persekitaran dalam mewujudkan
persekitaran mesra OKU.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar
berkaitan dengan latihan, penyeliaan dan
kajian.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI
KLINIKAL
Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan proses penilaian psikologikal dengan menggunakan


instrumen pengujian yang bersesuaian mengikut kes.
• Menentukan diagnosis berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada temu bual, pemerhatian tingkah laku, penilaian psikologi
dan rujukan kriteria diagnostik.
• Menyediakan laporan penilaian psikologikal klien kepada perujuk
dan juga pihak-pihak yang memerlukan.
• Merancang dan melaksanakan proses intervensi psikologikal
kepada klien dan keluarga.
• Melaksanakan konsultansi dalam kalangan profesional bidang
psikologi klinikal dan profesional lain.
• Melaksanakan konsultasi kepada ibu bapa dan keluarga.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI
KLINIKAL
Perkhidmatan di Sekolah

• Melaksanakan ujian saringan psikologikal


kepada murid yang telah dirujuk oleh pihak
sekolah.
• Melaksanakan program kesedaran tentang
kecelaruan perkembangan neuro kepada
warga sekolah.
• Melaksanakan konsultasi kepada guru-guru di
sekolah.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI
KLINIKAL
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Melaksanakan perkongsian ilmu berkaitan


bidang psikologi klinikal kepada agensi dan
komuniti.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi
berkaitan latihan, penyeliaan klinikal dan kajian.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
Perkhidmatan Di 3PK
• Melaksanakan proses penilaian termasuk temu bual,
pemerhatian tingkah laku dan menjalankan ujian penilaian
berkaitan masalah pembelajaran menggunakan instrumen
standard.
• Merancang dan melaksanakan program intervensi
berkaitan pembelajaran kepada individu dan ibu bapa.
• Menyediakan laporan penilaian psikologikal berkaitan
masalah pembelajaran dan memberi cadangan yang
bersesuaian.
• Menyediakan konsultansi dalam kalangan profesional
bidang psikologi pendidikan dan profesional lain.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
Perkhidmatan di Sekolah

• Melaksanakan ujian saringan berkaitan pembelajaran bagi


murid yang dirujuk oleh pihak sekolah.
• Memberi konsultasi berkaitan akomodasi pembelajaran di
bilik darjah dan teknik pengajaran yang bersesuaian
dengan keupayaan murid.
• Memberi konsultasi kepada pihak sekolah bagi
pelaksanaan pelan pendidikan individu yang lebih efektif.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Menyediakan perkongsian ilmu kepada agensi dan


komuniti.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar
berkaitan khidmat kepakaran, latihan dan
penyeliaan serta kajian dalam bidang psikologi
pendidikan.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PEGAWAI
INTERVENSI
Perkhidmatan Di 3PK
• Mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan matematik melalui saringan dan
penilaian dengan menggunakan instrumen yang
bersesuaian.
• Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
matematik.
• Membuat rujukan kepada ahli profesional yang sesuai
dengan permasalahan yang dialami oleh murid
tersebut.
• Melaksanakan konsultasi kepada ibu bapa berkaitan
masalah pembelajaran klien.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PEGAWAI
INTERVENSI
Perkhidmatan di Sekolah
• Memberi perkongsian ilmu dan latihan mengenai teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk MBK kepada warga
sekolah.
• Membantu pelaksanaan transisi murid berkeperluan
khas dari peringkat prasekolah sehingga kerjaya.
• Memberi cadangan keperluan bahan bantu belajar atau
modifikasi peralatan yang bersesuaian bagi meningkatkan
potensi murid dalam pembelajaran.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PEGAWAI
INTERVENSI
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Memberi perkongsian ilmu dan latihan


tentang kesedaran mengenai Pendidikan
Khas kepada komuniti setempat.
TUGAS PEGAWAI
3PK:FISIOTERAPI
Perkhidmatan Di 3PK

• Menjalankan penilaian komprehensif bagi tujuan diagnosis fisioterapi.


• Melaksanakan proses rehabilitasi dan habilitasi untuk pemulihan kondisi dan
ketidakupayaan fungsi fizikal.
• Merangka aktiviti pencegahan bagi mengelak komplikasi.
• Merangka program senaman di rumah yang spesifik kepada kondisi klien.
• Melaksanakan konsultasi kepada klien dan ibu bapa berkaitan proses pemulihan
fungsi fizikal.
• Memberi cadangan modifikasi alat senaman dan preskripsi alat sokongan di
rumah.
TUGAS PEGAWAI
3PK:FISIOTERAPI
Perkhidmatan di Sekolah
• Melaksanakan saringan dan penilaian kepada murid yang dirujuk.
• Memberi cadangan modifikasi dan akomodasi alat sokongan di bilik darjah dan
persekitaran sekolah.
• Melaksanakan bimbingan dan latihan berkaitan dalam bidang fisioterapi dari segi
teori dan praktikal.

Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti


• Menyediakan perkongsian ilmu kepada agensi dan komuniti.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar berkaitan khidmat kepakaran, latihan
dan penyeliaan klinikal serta kajian dalam bidang fisioterapi.
KUIZ
1. Apakah nama penuh bagi 3PK?

2. Berapakah bilangan 3PK di seluruh Malaysia?

3. Apakah tugas utama pegawai 3PK?

4. Siapakah berada dalam pasukan pelbagai disiplin di 3PK?

5. Apakah perkhidmatan yang disediakan di 3PK?


JAWAPAN KUIZ
1. Apakah nama penuh bagi 3PK?
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

2. Berapakah bilangan 3PK di seluruh Malaysia?


13 buah 3PK

3. Apakah tugas utama pegawai 3PK?


Memberikan khidmat sokongan kepada MBK

4. Siapakah berada dalam pasukan pelbagai disiplin di 3PK?


Pegawai intervensi/ Terapi pertuturan-Bahasa/Audiologi/ Terapi carakerja/ Psikologi/ Terapi
Anggota

5. Apakah perkhidmatan yang disediakan di 3PK?


Saringan /Penilaian/ Intervensi individu atau berkumpulan / Konsultasi/ Perkongsian Ilmu

Anda mungkin juga menyukai