Anda di halaman 1dari 44

PENGENALAN KEPADA PUSAT

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KHAS (3PK)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


AGENDA
Pengenalan 3PK

Peranan dan Fungsi 3PK

Kemudahan di 3PK

Perkhidmatan ditawarkan di 3PK

Lokasi 3PK

Skop Kerja Pegawai 3PK


KUIZ
1. Apakah nama penuh bagi 3PK?

2. Berapakah bilangan 3PK di seluruh Malaysia?

3. Apakah tugas utama pegawai 3PK?

4. Siapakah berada dalam pasukan pelbagai disiplin di 3PK?

5. Apakah perkhidmatan yang disediakan di 3PK?


PENGENALAN 3PK
• Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat
khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan
intervensi/(re)habilitasi dan konsultasi bagi meningkatkan
keupayaan murid berkeperluan khas supaya mereka dapat mengikuti
pembelajaran tanpa halangan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Audiologi Intervensi Pendidikan Psikologi
• Ujian diagnostik/ intervensi • Penilaian / intervensi • Penilaian/ intervensi berkaitan
berkaitan organ pendengaran berkaitan kemahiran kemahiran kognitif, emosi dan
pembelajaran tingkah laku

Terapi Carakerja Terapi Pertuturan Bahasa Terapi Anggota (Terapi


• Penilaian/ intervensi berkaitan • Penilaian/ intervensi berkaitan Fisio)
kemahiran carakerja & kemahiran komunikasi, bahasa • Penilaian / intervensi
pengurusan diri dan pertuturan berkaitan pergerakkan anggota
badan
PERANAN DAN Saringan &
FUNGSI 3PK Pengesana
n
Penilaian
Khidmat
&
Sokongan
Diagnosis

PERANAN
& FUNGSI

Intervensi
Konsultasi & (re)
Habilitasi
Program
Intervensi
Awal
OBJEKTIF 3PK

Menyediakan Meningkatkan Menyediakan


intervensi dan potensi MBK agar intervensi awal
(re)habilitasi yang berupaya berdikari dari aspek domain
komprehensif dan bersosialisasi perkembangan

Meningkatkan Membantu
Meningkatkan
peluang mengoptimakan
akses MBK
kebolehpasaran kesediaan dan
kepada pendidikan
MBK potensi diri MBK
KEMUDAHAN
DI 3PK
Ruang Menunggu & Ruang
Aktiviti Berkumpulan

Ruang konsultasi bersama-sama


ibu bapa atau guru
Ruang aktiviti fizikal dan rangsangan
sensori kepada MBK

Saringan pendengaran dan ujian


diagnostik pendengaran
Ruang bagi melaksanakan sesi terapi untuk
merangsang deria seperti visual, sentuhan dan
auditori

Ruang bagi melaksanakan


penilaian dan terapi
kepada MBK
PERKHIDMATAN
YANG
DITAWARKAN
SARINGAN & PENILAIAN

PENDENGARAN PERTUTURAN

PSIKOLOGI CARAKERJA
INTERVENSI / TERAPI INDIVIDU
INTERVENSI / TERAPI BERKUMPULAN
INTERVENSI / TERAPI BERKUMPULAN
PERKONGSIAN ILMU
PERKONGSIAN ILMU
LOKASI 3PK
KEDAH KELANTAN SABAH SARAWAK

Terapi Carakerja (2) •
Psikologi •
Psikologi •
Terapi Carakerja

Psikologi •
Terapi Carakerja •
Terapi Carakerja

PERAK TERENGGANU

Pegawai Intervensi •
Pegawai Intervensi

Psikologi •
Psikologi

Terapi Carakerja •
Terapi Carakerja

Terapi Fisio

PULAU PINANG
PUTRAJAYA •
Audiologi

Psikologi •
Pegawai Intervensi

Terapi Carakerja •
Terapi Pertuturan

Terapi Pertuturan •
Terapi Carakerja

SELANGOR PERLIS

Audiologi •
Pegawai Intervensi

Terapi Pertuturan •
Terapi Pertuturan

Psikologi •
Terapi Carakerja

MELAKA JOHOR PAHANG



Pegawai Intervensi •
Terapi Pertuturan •
Audiologi

Audiologi •
Terapi Carakerja •
Terapi Pertuturan

Psikologi

Terapi Pertuturan
SKOP KERJA
PEGAWAI 3PK
LATAR BELAKANG PEGAWAI 3PK
• Pegawai bidang khusus di 3PK terdiri daripada pegawai
perkidmatan pendidikan di bawah Program Pelajar Cemerlang
(PPC), KPM yang bertauliah dalam bidang sains kesihatan / sains
sosial seperti bidang psikologi/psikologi klinikal/psikologi
pendidikan, terapi carakerja, terapi pertuturan-bahasa, audiologi
atau terapi anggota (terapi fisio).

• Pegawai intervensi di 3PK terdiri daripada pegawai perkhidmatan


pendidikan yang telah menghadiri kursus asas (selama 3 bulan)
dalam bidang pendengaran-pertuturan atau masalah pembelajaran
melalui program latihan bersama pihak hospital Universiti Sains
TUGAS PEGAWAI 3PK: AUDIOLOGIS
Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan saringan dan penilaian


diagnostik pendengaran.
• Melaksanakan intervensi/ rehabilitasi
pendengaran.
• Memberi konsultasi dan cadangan
kepada individu dan ibu bapa/ penjaga
klien bermasalah pendengaran.
TUGAS PEGAWAI 3PK: AUDIOLOGIS
Perkhidmatan Di Sekolah

• Memberi konsultasi dan khidmat bantu kepada pentadbir,


guru-guru, pembantu pengurusan murid yang mengenai;
• Memastikan penggunaan peralatan amplifikasi yang optimum
di sekolah.
• Melakukan modifikasi dan akomodasi persekitaran terutama
dalam kelas klien masalah pendengaran.
• Memberi kesedaran kesihatan pendengaran dan pengurusan
amplifikasi kepada warga sekolah.
• Memberi perkongsian ilmu serta menyediakan latihan dalam
perkhidmatan warga sekolah/bahagian berkaitan masalah
pendengaran dan strategi yang boleh diambil bagi
mengoptimumkan keupayaan MBK Pendengaran.
TUGAS PEGAWAI 3PK: AUDIOLOGIS
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Melaksanakan latihan kepada individu dan ibu


bapa klien bermasalah pendengaran, guru serta
komuniti setempat.

• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar


berkaitan perkongsian kepakaran, latihan dan
penyeliaan klinikal serta kajian dalam bidang
audiologi.
TUGAS PEGAWAI 3PK:
TERAPI PERTUTURAN BAHASA
Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan saringan, penilaian dan mengenalpasti


diagnosis kecelaruan pertuturan, bahasa, komunikasi,
kelancaran bahasa, suara, fungsi dan/atau literasi bagi
klien berumur 4 hingga 19 tahun.
• Merancang, mengurus dan melaksanakan pelan intervensi
individu/berkumpulan, membincangkan prognosis dan
discaj bersama-sama ibu bapa/penjaga/ guru.
• Menjalankan konsultasi dan latihan intervensi asas
kepada ibu bapa/penjaga.
TUGAS PEGAWAI 3PK:
TERAPI PERTUTURAN BAHASA
Perkhidmatan Di Sekolah

• Melaksanakan saringan dan penilaian murid di kelas /sekolah dari


aspek pertuturan dan bahasa.
• Melaksanakan intervensi / rehabilitasi dalam/luar kelas bagi MBK
di sekolah.
• Menjalankan konsultasi kepada warga sekolah berkaitan strategi,
modifikasi dan akomodasi persekitaran bagi meningkatkan
kemahiran pertuturan, bahasa dan komunikasi di sekolah.
• Memberi perkongsian ilmu serta menyediakan latihan dalam
perkhidmatan warga sekolah/bahagian berkaitan intervensi asas
perkembangan pertuturan bahasa.
TUGAS PEGAWAI 3PK:
TERAPI PERTUTURAN BAHASA
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Memberi perkongsian ilmu dalam komuniti berkaitan bidang


terapi pertuturan, bahasa dan komunikasi.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar berkaitan latihan,
penyeliaan klinikal dan kajian.
TUGAS PEGAWAI 3PK: TERAPI CARAKERJA
Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan saringan dan penilaian terapi carakerja dari aspek


perkembangan klien.
• Melaksanakan latihan motor dan kefungsian serta melatih klien
dalam aktiviti seharian supaya boleh berdikari.
• Merangsang kognitif dan persepsi klien bagi meningkatan
tumpuan dan memori.
• Menjalankan latihan kepada ibu bapa/ penjaga dan guru berkaitan
aktiviti dan teknik terapi carakerja yang boleh diaplikasikan di
rumah.
TUGAS PEGAWAI 3PK: TERAPI CARAKERJA
Perkhidmatan Di Sekolah

• Memberi cadangan penggunaan alat bantuan yang


bersesuaian dengan murid bagi membolehkan
mereka mengikuti kurikulum kebangsaan.
• Memberi konsultasi kepada ibu bapa/ penjaga dan
guru berkaitan aktiviti dan teknik terapi carakerja
yang boleh diaplikasikan di rumah dan di sekolah.
• Menjalankan latihan kepada ibu bapa/ penjaga dan
guru berkaitan aktiviti dan teknik terapi carakerja
yang boleh diaplikasikan di sekolah.
TUGAS PEGAWAI 3PK: TERAPI CARAKERJA
Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Memberi cadangan kepada pihak komuniti di


dalam hal-hal berkaitan modifikasi
persekitaran dalam mewujudkan persekitaran
mesra OKU.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar
berkaitan dengan latihan, penyeliaan dan
kajian.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI KLINIKAL

Perkhidmatan Di 3PK

• Melaksanakan proses penilaian psikologikal dengan menggunakan


instrumen pengujian yang bersesuaian mengikut kes.
• Menentukan diagnosis berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada temu bual, pemerhatian tingkah laku, penilaian psikologi
dan rujukan kriteria diagnostik.
• Menyediakan laporan penilaian psikologikal klien kepada perujuk
dan juga pihak-pihak yang memerlukan.
• Merancang dan melaksanakan proses intervensi psikologikal
kepada klien dan keluarga.
• Melaksanakan konsultansi dalam kalangan profesional bidang
psikologi klinikal dan profesional lain.
• Melaksanakan konsultasi kepada ibu bapa dan keluarga.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI KLINIKAL

Perkhidmatan di Sekolah

• Melaksanakan ujian saringan psikologikal


kepada murid yang telah dirujuk oleh pihak
sekolah.
• Melaksanakan program kesedaran tentang
kecelaruan perkembangan neuro kepada
warga sekolah.
• Melaksanakan konsultasi kepada guru-guru di
sekolah.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI KLINIKAL

Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Melaksanakan perkongsian ilmu berkaitan


bidang psikologi klinikal kepada agensi dan
komuniti.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi
berkaitan latihan, penyeliaan klinikal dan
kajian.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Perkhidmatan Di 3PK
• Melaksanakan proses penilaian termasuk temu bual,
pemerhatian tingkah laku dan menjalankan ujian
penilaian berkaitan masalah pembelajaran menggunakan
instrumen standard.
• Merancang dan melaksanakan program intervensi
berkaitan pembelajaran kepada individu dan ibu bapa.
• Menyediakan laporan penilaian psikologikal berkaitan
masalah pembelajaran dan memberi cadangan yang
bersesuaian.
• Menyediakan konsultansi dalam kalangan profesional
bidang psikologi pendidikan dan profesional lain.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Perkhidmatan di Sekolah

• Melaksanakan ujian saringan berkaitan pembelajaran


bagi murid yang dirujuk oleh pihak sekolah.
• Memberi konsultasi berkaitan akomodasi pembelajaran
di bilik darjah dan teknik pengajaran yang bersesuaian
dengan keupayaan murid.
• Memberi konsultasi kepada pihak sekolah bagi
pelaksanaan pelan pendidikan individu yang lebih efektif.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Menyediakan perkongsian ilmu kepada agensi


dan komuniti.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar
berkaitan khidmat kepakaran, latihan dan
penyeliaan serta kajian dalam bidang psikologi
pendidikan.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PEGAWAI INTERVENSI
Perkhidmatan Di 3PK
• Mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan matematik melalui saringan
dan penilaian dengan menggunakan instrumen yang
bersesuaian.
• Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
matematik.
• Membuat rujukan kepada ahli profesional yang sesuai
dengan permasalahan yang dialami oleh murid
tersebut.
• Melaksanakan konsultasi kepada ibu bapa berkaitan
masalah pembelajaran klien.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PEGAWAI INTERVENSI

Perkhidmatan di Sekolah

• Memberi perkongsian ilmu dan latihan mengenai teknik


pengajaran dan pembelajaran untuk MBK kepada warga
sekolah.
• Membantu pelaksanaan transisi murid berkeperluan
khas dari peringkat prasekolah sehingga kerjaya.
• Memberi cadangan keperluan bahan bantu belajar atau
modifikasi peralatan yang bersesuaian bagi
meningkatkan potensi murid dalam pembelajaran.
TUGAS PEGAWAI 3PK:PEGAWAI INTERVENSI

Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti

• Memberi perkongsian ilmu dan latihan


tentang kesedaran mengenai Pendidikan
Khas kepada komuniti setempat.
TUGAS PEGAWAI 3PK:FISIOTERAPI
Perkhidmatan Di 3PK

• Menjalankan penilaian komprehensif bagi tujuan diagnosis fisioterapi.


• Melaksanakan proses rehabilitasi dan habilitasi untuk pemulihan kondisi dan
ketidakupayaan fungsi fizikal.
• Merangka aktiviti pencegahan bagi mengelak komplikasi.
• Merangka program senaman di rumah yang spesifik kepada kondisi klien.
• Melaksanakan konsultasi kepada klien dan ibu bapa berkaitan proses pemulihan
fungsi fizikal.
• Memberi cadangan modifikasi alat senaman dan preskripsi alat sokongan di
rumah.
TUGAS PEGAWAI 3PK:FISIOTERAPI
Perkhidmatan di Sekolah

• Melaksanakan saringan dan penilaian kepada murid yang dirujuk.


• Memberi cadangan modifikasi dan akomodasi alat sokongan di bilik darjah dan
persekitaran sekolah.
• Melaksanakan bimbingan dan latihan berkaitan dalam bidang fisioterapi dari segi
teori dan praktikal.

Perkhidmatan Sokongan dalam Komuniti


• Menyediakan perkongsian ilmu kepada agensi dan komuniti.
• Menjalankan kerjasama dengan agensi luar berkaitan khidmat kepakaran, latihan
dan penyeliaan klinikal serta kajian dalam bidang fisioterapi.
KUIZ
1. Apakah nama penuh bagi 3PK?

2. Berapakah bilangan 3PK di seluruh Malaysia?

3. Apakah tugas utama pegawai 3PK?

4. Siapakah berada dalam pasukan pelbagai disiplin di 3PK?

5. Apakah perkhidmatan yang disediakan di 3PK?


JAWAPAN KUIZ
1. Apakah nama penuh bagi 3PK?
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

2. Berapakah bilangan 3PK di seluruh Malaysia?


13 buah 3PK

3. Apakah tugas utama pegawai 3PK?


Memberikan khidmat sokongan kepada MBK

4. Siapakah berada dalam pasukan pelbagai disiplin di 3PK?


Pegawai intervensi/ Terapi pertuturan-Bahasa/Audiologi/ Terapi carakerja/ Psikologi/ Terapi
Anggota

5. Apakah perkhidmatan yang disediakan di 3PK?


Saringan /Penilaian/ Intervensi individu atau berkumpulan / Konsultasi/ Perkongsian Ilmu

Anda mungkin juga menyukai