Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Gelombang pendidikan di Malaysia kini pesat berkembang selari dengan tuntutan pembangunan negara. Oleh itu, tanggungjawab dan peranan guru di sekolah amat penting, terutamanya dalam aspek untuk mencapai aspirasi dan matlamat sekolah. Golongan guru perlu mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dan teknik, khususnya kemahiran mengajar untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan seterusnya membantu mencapai pembelajaran di dalam kelas. Seiring dengan pendapat Coopes (1998) iaitu golongan guru perlu mempunyai kemahiran mengajar seperti dapat menguasai ilmu pengetahuan di dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia, menunjukkan sikap jujur yang dapat

menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif di dalam pelbagai hala. Selain itu, beliau juga berpendapat guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap di dalam mata pelajaran yang diajar serta menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah dan teknik yang betul.

BAHAGIAN 1

PSIKOLOGI PENDIDIKAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH

Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dalam situasi pendidikan. Ia juga mengkaji semua aspek proses pendidikan seperti pengajaran-pembelajaran, suasana bilik darjah, penyusunan kerusi meja, interaksi bilik darjah, kurikulum sekolah, ujian bakat dan ujian keupayaan. Ringkas kata, ia

merupakan penggunaan serta penyerapan teori dan kaedah psikologi terhadap masalah pendidikan (Ee Ah Meng 1998).

Teori pembelajaran behavioris menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Oleh itu, para guru perlu mewujudkan persekitaran kelas yang mengukuhkan tingkah laku positif dikalangan pelajar. Pengukuhan ini dapat memberikan rangsangan yang menyeronokan kepada pelajar . Contohnya, apabila salah seorang pelajar, secara spontan membantu pelajar yang lain membuat aktiviti di dalam kelas, guru memberi pujian terhadap pelajar tersebut. Pelajar akan berasa bangga dan dihargai oleh guru. Oleh itu, guru perlu menentukan bahawa pujian diberi dengan betul bersesuaian dengan tingkah laku serta beri peneguhan kepada pelajar untuk membina keyakinan mereka dalam mencapai kejayaan. Pelajar juga akan mengulangi perlakuan yang baik tersebut. (Mohd Sharani Ahmad Zainal Madon 2007, Majalah Pa&Ma, Februari 2013)

Selain itu, Teori Kognitivisme menyatakan bahawa pengaruh tingkah laku pelajar dipengaruhi peristiwa dalaman yang berlaku pada diri pelajar tersebut. Oleh itu, guru hendaklah mewujudkan perhatian dan motivasi dalam kelas iaitu guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Contohnya apabila pelajar termenung, muram atau tidak dapat menyiapkan latihan yang diberi, guru perlu peka dengan mendekati pelajar tersebut atau memanggil pelajar secara individu di luar waktu pengajaran dan pembelajaran untuk mengetahui punca masalah tersebut dan memberikan nasihat serta dorongan kepada pelajar tersebut. Jika perlu, guru juga boleh menghubungi atau berjumpa dengan ibu bapa atau penjaga kepada pelajar tersebut. (Mok Soon Sang.2009)

Menurut Teori Humanistik pula, keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri pelajar hendaklah dipenuhi. Ertinya bergantung
2

kepada setakat mana keperluan pelajar dapat dipenuhi. Ini bermakna, implikasi pengajarannya ialah wujudkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas . Contohnya sebelum memulakan pengajaran, guru perlu pastikan iklim kelas adalah kondusif supaya pelajar merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mestilah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang dan tidak memarahi pelajar dengan kata-kata yang tidak baik. Selain itu guru juga perlu merancang aktiviti yang menarik mengikut kebolehan pelajar, tidak telalu sukar, membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif. Selain itu, guru perlu menggunakan alat bantu yang sesuai seperti penggunaan LCD, gambar, VCD, bahan maujud, simulasi dan sebagainya yang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mempelajari sesuatu yang bermakna seterusnya menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian. (Mohd Sharani Ahmad ZainalMadon 2007)

Teori Psikoanalitik pula menyatakan tingkah laku pelajar dipengaruhi oleh proses mental tidak sedar.Pendekatan ini mengandaikan bahawa semua tingkah laku, normal dan abnormal, adalah hasil daripada faktor genetik dan persekitaran. Guru perlu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan dan menarik. Guru perlu mengambil perhatian murid dengan menyelitkan unsur-unsur jenaka atau bercerita kisah-kisah tauladan yang boleh menarik perhatian pelajar seterusya kaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, guru juga perlu membimbing pelajar mencari alternatif untuk memperolehi apa yang diingininya. (Mok Soon Sang 2009)

Seterusnya Teori Pembelajaran Konstruktivisme menyatakan bahawa pengaruh pengalaman sedia ada pelajar memainkan peranan penting bagi memastikan pelajar memberi perhatian semasa pengajaran. Guru perlu mewujudkan peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. Contohnya, guru perlu meminta
3

pelajar tersebut memberikan pandangan tentang aktiviti yang sedang dijalankan pada waktu itu, memberi peluang berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain serta meminta pelajar menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina. Kemudian, guru perlu menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. Selain itu , pelajar juga digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Keadaan ini menjadikan pelajar rasa lebih dihargai. (Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar 2009, Mok Soon Sang 2009)

BAHAGIAN 2

2.1

FAKTOR SALAH LAKU MURID DALAM BILIK DARJAH

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pengajaran pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru perlu mengenalpasti masalah-masalah yang timbul di dalam kelas bagi merangsang minat pelajar semasa pengajaran. Ini kerana mengurus tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah sebahagian daripada proses pengajaran pembelajaran. Masalah-masalah yang timbul dapat dihuraikan mengikut teori teori pembelajaran. Teori ialah merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melaluinya, guru akan memahami cara bagaimana pelajarnya belajar dan seterusnya

menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pengajaran dengan berkesan. (Rahil Mahyudin, Habibah Elias 2008)

Masalah kelas tidak terkawal dan menjadi bising adalah kerana pengajaran yang disampaikan oleh guru pada setiap hari tidak menarik dan tidak mempunyai kelainan.
4

Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian kerana tidak memahami pengajaran guru. Selain itu, terdapat pelajar yang meniru gaya rakan yang menarik perhatian mereka di dalam kelas dan menyebabkan pelajar ketawa seterusnya kelas menjadi bising. (Robert F.Mager, Penterjemah, Saat Md Yassin 2010)

Masalah ini boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura. Menurut Bandura, beliau kerap menghubungkan pembelajaran melalui pemerhatian (modeling) dan peniruan. Dalam proses pembelajaran, pelajar seringkali meniru perbuatan orang lain yang menarik perhatian mereka. Dalam masalah ini, pelajar meniru rakan mereka yang mengeluarkan bunyi yang bising seperti bersiul, bercakapcakap mengenai hal-hal yang tiada kaitan dengan pengajaran, Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura ada dalam masalah tersebut. Peniruan tingkah laku ini berlaku kerana pelajar sudah tidak memberikan tumpuan lagi kepada pengajaran guru, sebaliknya pelajar memberikan tumpuan kepada rakan mereka yang dianggap menghiburkan dan dapat memberikan keseronokan buat mereka. Mereka ingat perlakuan yang dilihat, kemudian mereka akan mengikut tingkah laku itu seperti bersiul, bercakap-cakap, berbisik-bisik dengan rakan, menyampuk dan menganggu penerangan guru. Pelajar-pelajar lain turut ketawa seolah-olah bersetuju dengan tindakan rakan mereka. Keadaan ini menyebabkan ramai pelajar yang turut melakukan perbuatan yang sama kerana mendapat suatu kepuasan dan seronok apabila melihat rakan-rakan turut ketawa. (Robert F.Mager, Penterjemah, Saat Md Yassin 2010)

Manakala displin pelajar yang rendah dan melakukan aktiviti yang tiada kaitan dengan pembelajaran pula berlaku kerana sikap guru yang tidak peka terhadap pelajar semasa pengajaran sedang di jalankan. Ada pelajar yang mengambil kesempatan dengan membuat rangsangan kepada rakan-rakan dan menyebabkan gerak balas daripada rakan-rakan mereka. Keadaan ini menyebabkan displin pelajar tidak terkawal dan menjadi bising. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor 2008)
5

Situasi ini boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran Pelaziman Operan .Ahli pelaziman Operan yang terkenal ialah B.F Skinner. Beliau berpendapat suatu gerak balas yang diikuti dengan konsekuen yang diingini, akan meningkatkan dari segi kekerapannya. Apabila tingkah laku tidak menghasilkan sesuatu, ia akan berkurangan dan mungkin tidak berlaku lagi. Gerak balasnya adalah secara sukarela iaitu individu boleh mengawalnya. Dalam hal ini, pelajar yang mengambil kesempatan dengan mengganggu rakan mereka dengan pelbagai cara. Termasuklah mencuit rakan, memberi nota peribadi, melontar kapal terbang kertas, mengambil dan meminjam barang rakan. Peringkat gerakbalas yang digariskan oleh Skinner wujud dalam masalah tersebut.Keadaan ini menyebabkan rakan yang diganggu akan bergerak balas dengan rangsangan rakan yang mengganggunya semasa pengajaran. Tingkah laku ini menyebabkan pelajar tidak memberikan perhatian kepada pengajaran guru. (Yahya Don 2006)

Seterusnya, pelajar yang termenung, berkhayal, mengantuk dan muram semasa proses pengajaran berlaku kerana pelajar tersebut menghadapi masalah kecelaruan emosi dan tingkah laku di rumah. Ada pelajar yang tidak menghiraukan guru yang menyampaikan pengajaran kerana memikirkan masalah keluarga dan mengalami tekanan dalam diri. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner. Beliau berpendapat bahawa persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu: 1. Sistem mikro iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. 2. Sistem Meso iaitu hubungan individu degan individu yang lain di dalam persekitaran di mana individu itu berkembang. 3. Sistem Ekso ialah pengalaman dengan persekitaran tidak melibatkan individu secara langsung,tetapi peristiwa yang berlaku mempengaruhi sistem individu dan keluarga.

4. Sistem Makro iaitu perkembangan individu dipengaruhi nilai dan amalan masyarakat. 5. Sistem Krono iaitu perubahan keadaan yang berlaku dalam persekitaran individu disepanjang hayatnya. (Yahya Don 2006)

Dalam kes tersebut, para pelajar mempuyai latar belakang keluarga yang berlainan. Ada pelajar yang dimarahi oleh ibu bapa sebelum tiba di sekolah, akan teringat semasa pengajaran dan pembelajaran ada juga pelajar yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa samada bercerai atau yatim piatu. Selain itu terdapat pelajar yang tidur lewat kerana menonton televisyen bersama keluarga hingga larut malam. Sistem yang digariskan Bronfenbrenner didapati ada dalam kes tersebut. Masalah ini menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, malahan mereka terbawa-bawa apa yang berlaku di rumah dan persekitaran mereka semasa pengajaran guru. (Yahya Don 2006)

Pelajar yang agresif iaitu pelajar yang tidak boleh duduk diam, meninggalkan tempat duduk tanpa kebenaran, suka melawan dan gemar bermain di dalam kelas Contohnya berjalan-jalan di dalam kelas, bermain dengan alat-alat tulis dan ada yang membawa permainan daripada rumah. Perlakuan pelajar tersebut menyebabkan rakanrakan tidak memberikan perhatian kepada guru sebaliknya memerhatikan kelakuan rakan mereka. (Yahya Don 2006)

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori Perkembangan Arnold Gesell. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap seseorang individu dan mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama di dalam menentukan proses pembelajaran. Ini bermakna, ciri-ciri yang tertentu akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian. Sekiranya otot, saraf, otak dan tulang tidak bersedia atau tidak matang, peluang-peluang yang
7

diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif. Perkembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Selain itu, Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget juga dapat dikaitkan dengan masalah ini.Menurut Piaget, kematangan biologi iaitu proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktof baka/genetik, pengalaman sosial iaitu perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran. (Robert F.Mager, Penterjemah, Saat Md Yassin 2010, Yahya Don 2006)

Dalam kes tersebut, pelajar yang tidak boleh duduk diam, suka melawan dan gemar bermain belum matang untuk menerima pembelajaran. Pelajar tersebut lebih memilih untuk bermain. Selain itu, masalah ini juga selalunya timbul kerana faktor baka yang diwarisi oleh ibu bapa pelajar tersebut. Peringkat perkembangan yang dinyatakan oleh Gesell dan Piaget didapati wujud dalam masalah tersebut. Sikap pelajar tersebut menyebabkan pelajar tidak memberikan perhatian lagi kepada pengajaran guru, sebaliknya memerhatikan gelagat rakan mereka yang tidak boleh duduk diam. Keadaan ini menunjukkan perkembangan antara pelajar adalah berbeza. (Robert F.Mager, Penterjemah, Saat Md Yassin 2010, Mok Soon Sang 2009)

Pelajar yang tidak berminat terhadap cara penyampaian guru atau sikap guru yang dianggap keterlaluan juga menyebabkan berlaku gangguan pengajaran. Pelajar yang belum bersedia untuk belajar , sering belajar dalam keadaan yang tertekan dan tidak seronok menyebabkan timbul masalah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga,ada pelajar menganggap sikap guru yang keterlaluan seperti mengajar sambil lewa, sering menghukum pelajar dan selalu mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap pelajar sehingga menakutkan pelajar. Situasi ini menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kerana tidak boleh menerima sikap guru tersebut dan seterusnya pelajar tidak dapat menerima pengajaran pembelajaran tersebut. (Mok Soon Sang 2009)

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori Pelaziman Operan Thorndike. Menurut Thorndike, pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus(rangsangan) dan response (gerak balas) .Beliau menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu iaitu hukum pembelajaran. Hukum tersebut dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

a.

Hukum Kesediaan: Seseorang itu perlulah bersedia ntuk melakukan

sesuatu tindakan supaya dapat memberikan kepuasan kepadanya. Tetapi jika sebaliknya akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.

b.

Hukum Latihan: Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G)

akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang.

c.

Hukum Kesan: Menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti

perubahan yang menyeronokan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya.Tetapi jika kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian R-G. (Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan 2011)

Dalam

kes

tersebut,

pelajar

yang

belum

bersedia

untuk

memulakan

pembelajaran dimarahi oleh guru dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik yang berunsur negatif terhadap pelajar, pilih kasih dan sering merendah-rendahkan kebolehan pelajar. Keadaan ini menyebabkan pelajar marah dan merasa tidak selamat kerana belajar dalam ketakutan dan seterusnya menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar. Selain itu, guru yang mengajar sambil lewa pula tidak memberi latihan atau pengukuhan yang membolehkan pelajar lebih memahami pengajaran guru.

Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak boleh menerima pengajaran guru. (Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan 2011)

2.2

PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH DAN PERANAN GURU

MEMOTIVASIKAN MURID BAGI MEWUJUDKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA.

Setelah

mengenalpasti

masalah

yang

berlaku,

guru

perlu

bijak

menangani

permasalahan tersebut. Melalui pemerhatian, kajian dan pengalaman di sekolah, pengurusan disiplin bilik darjah dan peranan guru dalam memotivasikan pelajar adalah sangat penting bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna dan bersistematik.

Perkara pertama yang perlu diambil berat oleh seorang guru bagi mencapai objektif ini adalah memastikan suasana persekitaran fizikal bilik darjah adalah menarik dan selesa. Susunan dalam bilik darjah juga perlu membantu pengajaran dan pembelajaran serta menolong mengekalkan disiplin. Contohnya, susun atur meja di dalam kelas hendaklah menghala kepada papan tulis kerana kebanyakan pengajaran bilik darjah berlaku di situ. Jika tidak, tumpuan pelajar boleh terarah kepada perkara lain dan membantut pengurusan disiplin bilik darjah serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. (Christopher Bowring-Carr, John West-Burnham, Penterjemah, Annuar Ayub 2010)

Guru juga seharusnya membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Ini adalah penting bagi mengawal pergerakan pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga pada waktu lain sepanjang pelajar berada di sekolah. Ini bukan sahaja dapat memastikan proses pengajaran dan
10

pembelajaran berjalan dengan lancar, bahkan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti pergaduhan dan lain-lain sepanjang pelajar berada di sekolah. (Ainon Mohd, Abdullah Hassan 2002)

Komunikasi yang berkesan juga sangat penting dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Gaya kepimpinan yang sering digunakan oleh para guru adalah kepimpinan autoritarian yang sering kali kelihatan sangat berkesan dalam mengawal pergerakan pelajar. Namun ia sebenarnya mewujudkan suasana pembelajaran yang tertekan dan tidak kondusif untuk pembelajaran yang sihat. Kepimpinan berbentuk demokratik adalah lebih digalakkan di mana guru mencari pematuhan melalui galakan dan bukan desakan serta berkongsi tanggungjawab dengan muridnya. Ini akan dapat membina penghargaan kendiri serta meningkatkan produktiviti dan pencapaian murid. (Dr. Maznah Abd. Samad, Fun Foo Ying, Rajendran, Dr Choong Lean Keow, Dr Boon Pong Ying 2003)

Memberi motivasi kepada pelajar juga adalah suatu perkara yang sangat penting bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna dan bersistematik. Guru perlu sentiasa menggalakkan pelajar supaya giat berusaha. Guru juga perlu membina suasana yang positif seperti memasukkan unsur kecindan dalam pengajaran. Murid juga perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran di samping guru sentiasa memupuk penghargaan kendiri di kalangan murid. Puji mereka apabila mereka membuat sesuatu dengan betul dan pujian yang lebih berkesan adalah pujian yang spesifik iaitu dengan menyebut nama pelajar tersebut. Semangat ingin tahu juga perlu disemai. Oleh itu setiap soalan perlu diraikan kerana apabila murid menyoal bererti ada proses kognitif di dalam kepalanya. (Majalah Pa&Ma 2013, Mohd Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim 2008, Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, Abdul Rashid Mohamed 2007)

11

Peneguhan juga perlu diberikan sesekali seperti memberi ganjaran di atas hasil kerja yang baik. Perasaan bimbang murid harus dikurangkan dengan memberi mereka masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan mereka. Apabila masalah timbul dalam bilik darjah, komunikasi yang baik antara guru dan pelajar adalah diperlukan. Komunikasi yang sebenar adalah komunikasi yang terbuka dan dua hala. Dengan komunikasi yang begini, guru akan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran bermakna. (Dr. Maznah Abd. Samad, Fun Foo Ying, Rajendran, Dr Choong Lean Keow, Dr Boon Pong Ying 2003)

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, psikologi pendidikan adalah kajian saintifik tentang tingkah laku individu dalam pendidikan serta mengandungi prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menyelasaikan masalah pendidikan. Selain itu, guru boleh membuat keputusan tentang sesuatu masalah pelajar secara lebih objektif dan sistematis. Guru boleh mendefinisikan masalah mencari alternatif kepada peyelesaian masalah dan menguji sesuatu alternatif.

Sementara itu juga, guru dapat memahami tingkah laku pelajar melalui pemahaman teori dan prinsip psikologi pendidikan, memahami perbezaan individu serta punca-puncanya, membantu guru menyelaras atau menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan dan kebolehan pelajar seterusnya membantu guru menyelesaikan masalah pelajar yang menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam kelas. Oleh itu, guru-guru perlu mengkaji dan memahami psikologi dan teori-teori pembelajaran . Melalui aplikasi prinsip dan teori ini, guru dapat berfikir secara kritis, merangkakan teori pengajaran dan membina seterusnya teori-teori lain secara langsung membantu guru dan pelajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

12

Anda mungkin juga menyukai