Anda di halaman 1dari 25

UNIT 11

PENGURUSAN PELAJAR GIFTED


DAN DISRUPTIVE

Nama :Ernie/Afiqah/Mumtaz

Matrik:L20212012

No HP :-
Group : DPLI Usim-Tijarah (Kumpulan B)

PENSYARAH
DR.MOHD SYAUBARI OTHMAN
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SINOPSIS

Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas atau gifted ini
adalah hampir sama namun masih ada perbezaan. Perkembangan ini dapat diukur
dari segi fizikal, emosi dan sosial. Pelajar gifted berkongsi ciri keistimewaan tertentu
yang membezakan mereka dengan orang lain. Dari segi fizikal perkembangan pelajar
gifted ini tidak begitu ketara namun berbeza dari segi emosi dan sosial. Pelajar gifted
adalah golongan yang kemampuan mental mereka jauh lebih tinggi berbanding rakan
sebaya. Namun begitu, mereka juga tidak terlepas daripada masalah dan tidak
selalunya berjaya mengikut kehendak dalam kehidupan. Mereka mungkin tidak
menghadapi sebahagian masalah yang biasa dihadapi pelajar lain tetapi mereka
menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi oleh orang lain. Keadaan ini semakin
membebankan apabila ianya tidak difahami dan ditangani sebaiknya. Manakala pelajar
disruptive pula adalah golongan pelajar yang mempunyai pelbagai masalah
pembelajaran dan tingkah laku. Pelajar disruptive akan memberi kesan terhadap
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu, hak pelajar
disruptive ini untuk memperolehi ilmu tidak seharusnya diabaikan walaupun pelbagai
permasalahan telah ditimbulkan. Maka Pengurusan pelajar Gifted dan Disruptive yang
berkesan amat penting bagi membantu mereka memahami keunikan, kelemahan dan
kelebihan diri dan menguruskan dengan sebaiknya.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenal pasti ciri pelajar gifted/disruptive
2. Mengurus pelajar gifted/disruptive dengan aktiviti yang bersesuaian
3. Mengaplikasikan tiga model pengurusan bilik darjah (model-model asertif, modifikasi
tingkah laku dan positive classroom discipline)

KANDUNGAN
Halaman
1. Pengenalan 3
2. Pemetaan ringkasan kandungan 3
3. Konsep dan Pengertian Pelajar Gifted/Disruptive 4-5
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4. Pengurusan Kelas 5-6


5. Positive Classroom Dicipline Model (1987) 7
6. Model Disiplin Positif 11-12
7. Model Arsetif 12
8. Masalah dalam Perlaksanaan Pembelajaran 14
9. Penutup 16
10. Glosari 17
11. Bibliografi 18
12. Latihan 19-25

2
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

11.0 PENGENALAN

Pelajar pintar cerdas (gifted) merujuk kepada individu sama ada kanak-kanak, pelajar atau
dewasa yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti
intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat yang
mengagumkan dalam sesuatu bidang seperti bidang seni dan lain-lain. Sesuai dengan
keupayaan intelektuan yang luar biasa ini mereka memerlukan perkhidmatan dan
pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa
demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Kanak-kanak pintar cerdas ini juga dikatakan
mengalami perkembangan asynchronous yang mana perkembangan fizikal, intelek, emosi
dan sosialnya tidak seimbang dan setara dengan usia sebenar mereka. Seperti yang kita
maklum, kanak-kanak gifted ini mempunyai kemampuan intelek dan sosial yang jauh lebih
tinggi berbanding usia sebenar namun kemampuan emosi mereka masih pada usia sebenar
mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mampu menangani perkara yang
melibatkan pengurusan emosi. Perbezaan yang wujud akan menimbulkan pelbagai konflik
dalam kehidupan mereka terutama dari aspek pendidikan yang sesuai dengan kepintaran
mereka dan juga perkembangan sosial dan emosi yang setara dengan usia mereka.

Pelajar dengan tingkah laku menganggu atau disruptive adalah pelajar yang mempunyai
tingkah laku yang menganggu aktiviti, pengajaran guru dan banyak melakukan pergerakan
yang tidak perlu. Menurut Hamzah (1996), beliau menggariskan beberapa tingkah laku
kacau yang mewakili pelbagai bentuk tingkah laku yang tidak sesuai dan dikenali sebagai
“kenakalan”. Keadaan pelajar disruptive ini juga memberikan kesukaran belajar yang juga
memerlukan pengurusan yang sesuai bagi memastikan mereka tidak dipinggirkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

11.1 PEMETAAN RINGKASAN KANDUNGAN

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

3
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

11.2 KONSEP & PENGERTIAN PELAJAR GIFTED / DISRUPTIVE

Terdapat pelbagai pandangan mengenai konsep pelajar gifted yang dinyatatkan.

11.2.1 Pengertian Pelajar Kebolehan Gifted

Pelajar gifted ini cemerlang dalam bidang akademik dan pembelajaran. Kanak-kanak ini
mempunyai kepintaran yang luar biasa daripada orang lain. Ianya juga dikenali sebagai
pintar cerdas. Ciri-ciri kanak-kanak berbakat ialah kanak-kanak yang bergeliga (giftedness).
Tingkah laku ini boleh disaksikan dengan hasil kepintaran penaakulan dan penggunaan
konsep-konsep abstrak. Kanak-kanak yang pintar-cerdas secara amnya mempunyai ciri-ciri
tertentu yang dapat dikenalpasti.

11.2.2 Ciri-Ciri Pelajar Gifted

Secara amnya pelajar gifted ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1)Keupayaan mental am superior


Menurut Rohani Abdullah (2003) kecerdasan kanak-kanak cerdas merangkumi
pengetahuan, kefahaman dan penaakulan. Pelajar gifted juga membuktikan kemampuan
dengan prestasi yang tinggi dalam pelbagai bidang. Mereka juga menunjukkan kemampuan
yang dimiliki secara spontan yang tidak memerlukan bimbingan atau latihan minimal dalam
bidang tertentu yang membezakan mereka dengan rakan sebaya yang lain.

2)Bakat istimewa
Dari segi bakat pula mereka menunjukan penguasaan luar biasa dan ia adalah ketrampilan
atau pengetahuan yang dibentuk secara teratur dalam bidang-bidang tertentu. Mereka juga
menunjukan pemikiran yang jauh lebih matang dan bernas berbanding rakan sebaya yang
lain namun dari segi tingkah laku ia biasanya masih keanak-anakan (mengikut usia
sebenar). Keadaan ini sebenarnya menyebabkan timbulnya persepsi bahawa golongan ini
misteri dan sukar difahami seterusnya memberi kesan terhadap emosi pelajar gifted ini.
Akibat daripada ketidakseimbangan ini memerlukan ibu bapa dan guru berhati-hati dalam
berinteraksi dengan mereka. Ini kerana ,pelajar gifted biasanya sangat sensetif, mudah
terasa dan terluka.

3)Pencapaian kreatif tinggi


Pelajar gifted kebiasaannya mempunyai pencapaian kreatif yang lebih tinggi berbanding
pelajar yang sebaya dengannya. Mereka mampu menjana sesuatu idea baru berdasarkan
aplikasi daripada ilmu yang telah mereka pelajari. Golongan ini tahu kelemahan dan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

kelebihan diri mereka dan mereka menentukan cara yang sesuai untuk menggunakan
kelebihan diri mereka dan meminimakan kelemahan mereka.

4)Dorongan untuk belajar dan pencapaian


Bagi pelajar gifted cara dan dorongan untuk belajar juga berbeza kerana keadaan intelek ,
sosial dan emosi yang bercanggah. Pertimbangan dan dorongan mereka berbeza
menyebabkan pelan pendidikan yang berbeza diperlukan bagi mengoptimumkan
perkembangan dan pencapaian mereka dalam suatu bidang.

11.2.3 Pengertian Pelajar Disruptive

Tardapat pelajar yang selalu melakukan tingkah laku mengganggu (disruptive) dalam bilik
darjah atau persekitaran. Tingkah laku mengganggu ini akan menggangu aktiviti individu
atau kumpulan lain, pengajaran guru atau pergerakan yang tidak perlu. Antara tingkah laku
tersebut ialah pelajar disruptive suka bercakap tidak mengikut peraturan, ketawa terbahak-

4
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

bahak, bertepuk tangan, menjerit, menyanyi, bersiul, terlalu banyak membuat bising serta
mobiliti melampau. Mereka juga melakukan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak,
bertumbuk dan sebagainya. Kedaan ini menyebabkan akan timbul keadaan tidak selesa
dalam sesuatu situasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

11.2.4 Ciri-Ciri Pelajar Disruptive

Ciri-ciri pelajar disruptive adalah


1)Enggan memberikan kerjasama. Contohnya seperti bersikap keras kepala dan degil
2)Agresif atau bersikap kasar. Contoh seperti sering menganggu rakan-rakan atau individu
lain semasa dan di luar bilik darjah.
3)Mempunyai sifat inginkan perhatian berlebihan. Contoh seperti mengada-ngada atau
membuat bising agar guru dan rakan terganggu dan menumpukan perhatian terhadanya.
4)Mempunyai kosentrasi yang buruk. Contohnya suka menyendiri, smbil lewa dan tidak
mahu terlibat atau ambil bahagian dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.
5)Keupayaan mental yang lemah iaitu dari segi pembelajaran seperti lembab.

Pelajar disruptive juga dibahagikan kepada dua bahagian kacau laku iaitu sederhana dan
serius.

Kacau laku Sederhana Kacau Laku Serius


-Lemah Pencapaian Akademik -Pendiam dan enggan bertutur
-Lemah dalam hubungan dan interaksi -Pertuturan yang tidak bermakna dan
dengan manusi mengajuk kata/cakap seseorang
-Lemah dalam konsep kendiri -Tingkah laku atau perbuatan peransang
kendiri yang berlebihan seperti mengetuk
meja
-Mempunyai tingkah laku pemusnah diri
seperti mencedarakan diri seperti
menghantuk kepala
-Tidak menjaga penampilan diri dan
kesihatan diri
-Tidak memberikan respon apabila ditanya
dan berpura-pura tidak dengar/lihat
-Tidak menjawab soalan peperiksaan
-Kemahiran dan sikap terhadap orang
sekeliling yang buruk
-Bersifat agresif dan provakasi
-Tingkah laku vandalism (memsunahkan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

harta benda sendiri dan awam.


-Mudah terganggu
-Gopoh dan hyperaktif
-Sentiasa mencari perhatian berlebihan
rakan dan guru

11.3 PENGURUSAN KELAS

Pengurusan bilik darjah boleh didefinasikan sebagai kemahiran guru menggunakan masa,
ruang, sumber pembelajaran, peranan dan menguruskan tingkah laku murid dengan
menyediakan iklim pembelajaran yang sesuai (Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel). Tujuan utama pengurusan kelas/bilik darjah adalah untuk mengawal bilik darjah
yang merupakan tempat atau kawasan di mana proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.

5
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Pengurusan kelas atau bilik darjah yang baik penting untuk memastikan PdPc berjalan
lancar sepertimana yang dirancang bagi memastikan matlamat dan objektif pembelajaran
yang direncanakan dapat dicapai dengan sebaiknya. Selain itu, bilik darjah yang diuruskan
dengan baik sangat membantu menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai di dalam bilik
darjah. Contohnya seperti patuh dengan arahan guru, tidak membuat bising, memberikan
perhatian semasa P&P dan sebagainya.

Pengurusan bilik darjah yang baik juga menwujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
dan positif. Dengan itu, murid-murid dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap apa
yang diajar oleh guru seterusnya meningkatkan kefahaman dan membuatkan murid tidak
bosan semasa guru menyampaikan ilmu. Pengurusan bilik darjah juga menyumbang kepada
wujudnya hubungan baik di antara guru dan murid. Apabila hubungan interpersonal yang
baik ini dapat diwujudkan, ia akan membantu guru untuk lebih dekat dengan murid
seterusnya membantu mereka untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan setiap murid.
Guru juga dapat mengoptimumkan masa yang diperuntukan untuk mengajar sesuatu topik
dengan baik apabila bilik darjah diuruskan dengan baik. Selain itu, penglibatan murid dalam
aktiviti P&P juga dapat ditingkatkan kerana guru dapat merancang aktiviti yang bersesuaian
dalam suasana bilik darjah yang telah diuruskan dengan baik dan teliti. Kesemua keadaan
ini sangat membantu dalam mencapai objektif pendidikan yang telah ditetapkan.

11.3.1 Teknik Pengurusan Kelas

Pencegahan Consequential/Tindakan

 Mewujudkan dan menyampaikan  Bina peraturan bilik darjah bersama


peraturan dan prosedur bilik darjah pelajar. Peraturan perlu
 Berkomunikasi tentang prestasi bertulis(dipaparkan agar mudah
akademik dan jangkaan tingkah laku dilihat). Denda yang ditetapkan telah
 Berkomunikasi maklum balas yang dipersetujui bersama. Peraturan
konsisten dan akibat untuk tingkah yang ingin dilaksanakan mestilah
laku dan prestasi pelajar boleh dikuatkuasakan. Peraturan
 Urus dengan berjalan-jalan dan juga mesti lah ringkas dan penting.
mencapai "kedekatan" dengan Contoh seperti prosedur pergerakan,
seramai mungkin pelajar peraturan bercakap dan prosedur
terutamanya pelajar yang mudah masa terluang
terganggu  Mentadbir maklum balas dan akibat
 Libatkan diri dalam aktiviti yang secara konsisten
mengekalkan momentum  Pilih maklum balas dan akibat yang
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

pengajaran. Contohnya, ambil sesuai untuk tingkah laku dan situasi


kehadiran semasa pelajar terlibat pelajar
dalam aktiviti atau kerja tempat  Pilih maklum balas dan akibat yang
duduk. sesuai
 Belajar untuk menangani lebih  Secara amnya, berikan maklum
daripada satu situasi pada satu balas dan akibat supaya tidak
masa. Contohnya: mula menghadiri mengganggu momentum
pelajar ke topik pelajaran sambil pengajaran.
mengedarkan bahan.

6
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

11.4 POSITIVE CLASSROOM DISPLINE MODEL [ PCD] [JONES, 1987]

Menurut Fredric Jones, proses dalam Positive Classroom Dicipline Model meliputi:
1) Penetapan had/limit (Limit Setting)
2) Latihan Tanggungjawab (Responsibiliti Training)
3) Latihan Peninggalan (Omission training)
4) Persediaan sandaran atau A Back-up system seperti masa tamat, hilang hak
keutamaan, maklum/pertemuan dengan ibu bapa dan penahanan (time out, loss of
privileges, parent conferences and detentation).

Dalam positive classroom model ini adalah berkaitan dengan Pengurusan tingkah laku
individu (individual behavior management). Tujuan disiplin bukan untuk menghukum
sebaliknya untuk mengajar pelajar bagaimana untuk berkelakuan dengan sewajarnya dalam
pelbagai situasi. Menurut Jones ianya berasaskan kepada 3 andaian iaitu:
1) Kanak-kanak perlu dikawal untuk berkelakuan dengan sewajarnya
2) Guru boleh mengawal pelajar melalui komunikasi/singnal secara tidak langsung
(non-verbal cues) seperti pergerakan badan & mimik muka untuk lebih dekat dengan
pelajar secara fizikal.
3) Ibu bapa dan pihak pentadbir digunakan untuk mengawal tingkah laku pelajar.

Terdapat empat (4) elemen penting dalam aplikasi model jones iaitu:
1) Struktur bilik darjah (Classroom structure) Ini meliputi bagaimana susun atur meja,
kerusi, meja guru dan peralatan di dalam bilik darjah, peraturan di dalam bilik darjah,
rutin harian yang ditetapkan seperti jadual waktu bertugas harian membersihan bilik
darjah dan lain-lain.
2) Penetapan had/limit (Limit setting). Keberkesanan perlaksanaan peraturan dan
tindakan disiplin dengan penggunaan bahasa badan akan memberi kesan terhadap
emosi pelajar.
3) Sistem insentif –Motivasi/Tanggungjawab membina dan menyediakan latihan yang
bersesuaian dan bermakna.
4) Bantuan yang berkesan

Model ini merupakan model yang sesuai di aplikasikan dalam pembelajaran abad ke-21
dan sangat fleksible untuk digunakan dalam bilik darjah. Model ini dapat menghasilkan
masalah disiplin yang terhad. Ini kerana dalam model ini penetapan peraturan bilik telah
dilaksankan di awal kelas yang memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar tentang
peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturan yang dutetapkan juga adalah peraturan yang
munasabah dan tidak terlalu kompleks untuk diikuti. Jadi pelajar akan cenderung untuk
mengikuti peraturan yang ditetapkan dan mencegah tingkah laku yang tidak diingini
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

daripada berlaku. Model ini turut membantu membina hubungan yang baik dan positif di
antara guru dan pelajar. Ini kerana dalam penetapan peraturan pelajar tidak dihukum/denda
semasa di dalam kelas yang mana ini akan mengubah pandangan negatif pelajar terhadap
hukuman/denda seterusnya mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni. Guru hanya
akan memberi teguran secara baik tetapi tegas dengan menggunakan isyarat
badan/mata/mimik muka. Guru juga akan membuat pemerhatian secara fizikal dengan
melakukan rondaan dari pelajar ke pelajar lain yang sangat membantu guru danpelajar lebih
dekat dan mudah untuk memberikan pertolongan yang efisien kepada pelajar. Pelajar juga
akan rasa lebih dihargai dan selesa dengan guru seterusnya membina kepercayaan dan
rasa hormat pelajar terhadap guru yang akan membantu mengawal tingkah laku pelajar
semasa dalam bilik darjah.
Aplikasi medel ini juga membuatkan pelajar seronok untuk belajar kerana suasana
persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Apbila iklim belajar yang positif dan
sistematik dapat diwujudkan maka ini akan menggalakkan nilai, sikap dan tingkah laku yang
positif (Che Ahmad, Mohamaad Noh, Adnan, Putih &Ibrahim, 2004). Model pengurusan bilik
darjah Fred juga menggalakkan penglibatan pelajar yang aktif dalam sesi P&P melalui

7
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

penetapan rutin bilik darjah. Dalam penetapan rutin ini semua pelajar tidak tercicir dan
dilibatkan dalam pelbagai tugas dalam bilik darjah melalui jadual bertugas harian.
Penyertaan ini akan membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab terhadap
tugas yang diamanahkan serta memupuk sikap kerjasama dan berpasukan dikalalangan
pelajar.

11.4.1 Bahasa badan

Sebanyak 90% daripada masalah disiplin dan mengekalkan murid dgn tugasannya
boleh dilaksanakan dgn kemahiran penggunaan bahasa badan. Salah satu punca
berlakunya masalah disiplin adalah kerana sikap guru. Hukuman atau dendaan yang terlalu
ketat hanya kan membuatkan pelajar semakin negatif dan memberontak. Melalui Bahasa
badan, guru dapat menegur murid dengan cara yang baik tetapi tegas dengan memberikan
isyarat badan seperti pergerakan badan, hubungan mata (eye contact) atau isyarat-isyarat
tertentu yang bersesuaian. Bahasa lisan yang ditekankan dalam model ini sangat
menjimatkan masa berbanding dengan cara memberikan hukuamn atau dendeaan didalam
kelas. Contohnya, ada pelajar yang berbual semasa guru sedang memberikan penerangan,
guru boleh memberikan isyarat diam melalui tangan untuk meminta pelajar senyap dan beri
perhatian.

11.4.2 Sistem intensif

Melalui sistem insentif, guru akan memberi pujian atau ganjaran kepada pelajar yang
melakukan tingkah laku yang diinginkan untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam
pembelajaran bilik darjah.
Contoh masa sendiri, baca sendiri, permainan bercorak pendidikan dan tekanan rakan
sebaya [masa utk aktiviti yg disukai dikurangkan bila murid tidak berkelakukan baik]

11.4.3 Jenis Mesej


Mesej ialah isi kandungan yang ingin disampaikan oleh seseorang iaitu penyampai.
Mesej boleh terdiri daripada dalam bentuk makluman bertulis, motivasi, peringatan, memo,
Bahasa isyarat dan sebagainya. Mesej juga dapat disampaikan dalam bentuk gambar,
jadual, symbol, carta, pengumuman dan lain-lain lagi. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk mesej memainkan peranan yang penting bagi memastikan mesej
yang disampikan oleh guru(pemyampai) dapat di fahami oleh pelajar (penerima) dan ianya
perlu disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar bagi mempercepatkan
pemyampaian maklumat tersebut. Murid mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui
pengalaman konkrit dan dengan adanya pengalaman langsung dimana pelajar melalui
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

proses perbuatan, proses mengamati dan akhirnya sehingga dapat mentafsir maklumat dari
yang abstrak kepada yang konkrit (Wah Wan Ali et al.2008).

1. Mesej lisan
Mesej lisan adalah kaedah komunikasi yang menggunakan percakapan atau bertulis untuk
menyampaikan maklumat Contohnya seperti ucapab, pembentangan, perbualan telefon,
taklimat, mesyuarat dan lain-lain lagi yang melibatkan komunikasi dua hala.
Kebaikan mesej secara lisan ini adalah mesej dapat disampaikan dengan cepat
kepada penerima, maklum balas juga dapat diperolehi dengan cepat dan komunikasi mesej
lisan ini juga biasanya berlaku secara tidak formal dimana kejujuran dalam penyampaian
dapat dirasai.
Kelemahan komunikasi mesej lisan ini adalah sekiaranya penyampai tidak
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik maka mesej tidak dapat disampaikan dengan
baik. Selain itu, ianya tidak dapat disimpan kekal kerana biasanya berbentuk tidak nyata
seperti bercakap.

8
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2. Mesej bukan lisan

Bahasa muka { facial language }. Melalui wajah ia sudah dapat menggambarkan perasaan
kita. Kajian menyatakan wajah dapat menyatakan perasaan bahagia, seronok, takut, marah,
benci,hairan dan sebagainya.bahasa wajah dibahagikan kepada 3 bahagian iaiti dahi,
kening dan mata dan pelupuknya serta batang hidung ke bawah muka. Melalui bahagian-
bahagian ini akan menunjukan perasan yang sedang dialami. Maka kawalan komunikasi
muka perlu dikawal dengan baik dan betul bagi memastikan apa yang hendak disampaikan
itu dapat diterima dengan jelas.

Bahasa badan { facial language } adalah mesej bukan lisan yang berkait dengan gelagat
kinestatik yang merangkumi pergerakan badan seperti mimik muka(perubahan air muka),
kontak mata, cara bertindak, berjalan dan bahas isyarat. Terdapat 5 jenis komunikasi
bahasa badan iaiti komunikasi bersalaman, tangan, senyum, kepalan dan renungan mata
(Mulyana, 2005). Komunikasi bahasa badan ini penting bagi menyampaikan maklumat
dalam makna yang lebih berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
penting untuk menarik minat dan perhatian pelajar terhadap pelajaran yang sedang
diajarkan kerana dengan gabungan bahasa badan dengan kata-kata ia kan akan
membuatkan suasana p&p tersebut lebih hidup.

Ruang dan pergerakan { language of space and motion } adalah komunikasi/mesej yang
berasaskan pergerakan dan gaya badan/posture, gerak badan/ gesture, mimik muka dan
pergerakan mata yang mempunyai impak yang besar terhadap penyampaian sesuatu
pengajran berbanding komunikasi bukan lisan yang lain. Pergerakan yang dilakukan juga
buakn bersifat bebas tetapi mengikut peraturan/norma yang memudahkan kita untuk
bertidak balas atau interprestasi tingkah laku yang sesuai. Gesture pula adalah pergerakan
kecil atau besar tangan semasa komunikasi yang membawa makna yang tersendiri. Mimik
muka pula menggambarkan emosi yang sedang dihadapi oleh seseorang. Pergerakan mata
pula ada dua pergerakan iaitu menyatakan minat dan kuasa. Komunikasi non verbal yang
ditunjukan dengan ruang (proksimiks) antara individu dengan individu lain. Ia adalah teori
bagaimana seseorang menggunakan ruang yang khusus dalam kebudayaan/kelaziman
dalam komunikasi berdasarkan tahap ‘kedekatan’ atau akrabnya seseorang dengan siapa
dia berkomunikasi. Penggunaan ruang seseorang dapat mempengaruhi komunikasi, makna
dan perkara yang hendak disampaikan.

Masa { language of time } atau dikenalai sebagai kronimiks iaitu cara masyarakat
menggunakan elemen masa dalam komunikasi. Terdapat 3 jenis masa iaitu masa
teknikal(digunakan dalam profesion tertentu), formal(seperti hari, bulan,tahun dan musim)
dan informal.
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Suara { language of the vioce } atau paralinguistik adalah penggunaan suara semasa
komunikasi. Ianya penting kerana ia adalah bagaimana kita menyatakan sesuatu perkara
buakn apa yang dinyatakan. Suara juga penting untuk kita memahami bahasa. Lazimnya
setiap individu tahu untuk mnegawal suara dan menyatakan perasaan yang dialami seperti
marah, teruja, sedih, gembira dan sebagainya. Kategori suara meliputi perkara seperti pola
suara, tahap kelancaran, kualiti suara, sekatan suara, kelantangan, kadar dan tempo.

11.4.4 Komponen Lisan


Kemahiran lisan mengandungi 2 komponen iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Seseorang yang dapat memahami dan memproses maklumat yang didengar serta
boleh bertutur dengan baik dan lancar akan dapat mengembangkan daya pemikiran dan
kefahamannya terhadap seseuatu pelajaran atau situasi yang dialaminya ketika itu.
Merupakan kemahiran pertama yang dikuasai oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat
menguasa Bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada persekitaranya

9
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

dan akan cuba meniru dan menuturkannya berlang kali. Persekitaran merupakan model
kepada kanak-kanak maka persekitran yang baik akan membentuk kebiasaan berbahasa
yang baik dalam kalangan kanak-kanak dan sebaliknya.

Kemahiran Mendengar Kemahiran bertutur


Melibatkan aktiviti penerimaan mesej Merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti
atau maklumat penghasilan maklumat. Ianya adalah kegiatan
melafazkan bunyi-bunyia Bahasa yang
dilahirkan daripada alata-alat sebutan.
Tujuan mendengar – mendapatkan idea, Bertutur dapat meningkatkan kemahiran dalam
mencari isi penting, melaksankan aspek pertuturan verbal dan bukan verbal.
arahan, menghubungkait, mengenal isi Aspek verbal seperti sebutan, intonasi tekanan,
tersirat, mentafsir makna jeda, kelancaran, kefasihan dan tatabahasa.
tersirat,mengenalpasti mood, suasana Tujuannya untuk melatih menyebut suku kata
kenteks dan mengesan pengaruh dengan jelas dan tepat mengikut kesesuaian.
penuturnya. Bahasa tubuh atau bukan verbal pula adalah
komunikasi atau penerimaan maklumat tanpa
lisan atau kata-kata yang bertujuan untuk
mengukuhkan hujah yang disampaikan.
Contohnya seperti pandangan mata, mimik
muka dan pergerakan fizikal seperti tangan.
Proses mendengar adalah proses yang Konsep kemahiran bertutur adalah gabungan
komplek dimana memerlukan pendengar daripada bunyi-bunyi Bahasa yang dilafazkan.
menggunakan alat pendengarannya dan Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi
otak. Ia juga melibatkan proses dan hanya berlaku apabila seseorang
memahami, menghurai dan menilai apa- memahami dengan baik apa yang didengarnya.
apa yang didengar sebelum memberikan Kemahiran bertutur juga dapat ditingkatkan
gerak balas yang sewajarnya. melalui pengalaman dan kecerdasan minda.
KOnsep kemahiran bertutur juga meliputi
keupayaan seseoran untuk mengujarkan atau
melontarkan kata-kata, berkata-kata tau
bercakap. Melalui pertuturan juga penutur dapat
menzahirkan pendapat dan perasaan melalui
bahasa bunyi yang bermakna.
Peringkat proses mendengar: Faktor-faktor mempengaruhi kemahiran bertutur
1) Mendengar deretan bunyi adalah :
2) Memahami bunyi-bunyi tersebut 1) Faktor fizikal – berkaitan dengan organ
3) Menilai bunyi-bunyi yang vokal
diperdengarkan 2) Faktor jantina – kajian menunjukan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4) Bertindak balas terhadap bunyi perempuan bercakap lebih awal


dengan sewajarnya berbanding lelaki kerana perkembangan
saraf mereka lebih cepat.
3) Faktor kecerdasan – individu yang tinggi
kecerdasannya mampu bertutur dan
menyampaikannya dengan jelas
4) Faktor alam sekeliling – berkaitan latar
belakang keluarga
5) Faktor dwibahasa – kanak-kanak
dwibahasa lemah dalam pertuturan
kerana gangguan Bahasa ibunda
berbanding kanak-kanak dengan
ekabahasa.
6) Faktor kesihatan – kesihatan yang baik
memberi kesan kepada kecerdasan otak
yang meransang pertuturan

10
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Kesimpulannya kemahiran mendengar Kesimpulannya, kemahiran bertutur sanagt


membolehkan pelajar : penting dalam kehidupan dan dikuasai kerana
1) Mengusai kemahiran mendengar bertutur adalah kemahiran lisan yang pling asas.
dengan teliti terhadap bunyi-bunyi Penguasaan kemahiran bertutur yang baika
Bahasa akan memberikan keupayaan memberikan
2) Memahami mesej yang dibawa pendapat dengan jelas dan lancar. Setiap
oleh bunyi-bunyi Bahasa tersebut pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran
supaya dapat memebrikan gerak ini. Guru memainkan peranan yang penting
balas yang betul dengan mesej untuk melatih pelajar untuk menguasai
yang diterimanya. kemahiran ini semasa proses P&P.
3) Kemahiran mendengar tidak
diajar secara terpisah sebaliknya
diajar secara gabungjalin dengan
kemahiran Bahasa lain seperti
bertutur, membaca dan menulis.

11.4.5 Bantuan yg berkesan

Bantuan berkesana adalah bantuan atau tindakan guru dalam memastikan setiap pelajar
diberikan perhatian. Tindakan guru berjalan dari meja ke meja pelajar adalah untuk
memberikan peluang pelajar untuk mendapatkan bantuan berkaitan pelajaran. Namun
begitu, biasanya dalam sesebuah kelas pastinya bilangan pelajar adalah ramai dan mustahil
untuk guru memberikan bantuan sepenuhnya akibat kekenagan masa. Oleh itu, guru boleh
kurangkan masa yang diluangkan daripada 4 minit seorang kepada 20 saat seorang supaya
lebih ramai dapat bantuan guru.

Jika semua kurang berkesan, in-class isolation or removal from the room boleh digunakan
supaya pelajar dapat membuat refleksi tentang perlakuan dan tingkah laku mereka. Semua
pelajar walau apapun sikapnya adalah berhak untuk mendapat pelajaran. Isu tingkah laku
harus ditangani dengan bahan kurikulum yang sesuai supaya tiada pelajar yang mengalami
keciciran.

11.5. MODEL DISIPLIN POSITIF


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Positive Discipline by Jane Nelsen

11
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

11.6.1 Sistem intensif :-


Digunakan untuk memastikan pelajar meneruskan kerja yang diberi.
Apa sahaja pengaruh luaran yang menyebabkan pelajar bertindak.
Jones cadangkan aktiviti yang disukai oleh pelajar
Gunakan tekanan rakan sebaya

11.6.2 Bantuan yang cekap:-


Jangan terlalu lama membantu satu-satu pelajar sehingga meninggalkan yang lain.
Bantuan setiap pelajar lebih kurang 10-20 saat sahaja.

11.6 MODEL ARSETIF

11.6.1 Pengertian Model Arsetif

Model Asertif merupakan satu disiplin atau pendekatan sistematik dan berstruktur untuk
membantu guru mengendalikan bilik darjah dengan berkesan. Disiplin ini adalah
berdasarkan kepada kepentingan pematuhan pelajar terhadap pengajran dan pembelajarn
oleh guru di dalam bilik darjah. Menurut Lee Center yang mengemukakan teori ini, beliau
menyatakan hak guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan dan hak murid adalah belajar
dalam keadaan yang kondusif.

11.6.2 Ciri-ciri Model Arsetif

Ciri-ciri yang terdapat dalam model asertif adalah:

Guru tahu apa yang diiginkan oleh murid-muridnya


Guru asertif tidak membawa imej garang, kasar atau tegas melampau
Guru asertif memberi arahan yang jelas
Tindakan pembetulan yang dilaksanakan tidak bersifat mendera sebaliknya memberikan
kedailan kepada semua murid dan tindakan tersebut perlulah konsisten.

11.6.3 Langkah Perlaksanaan Model Arsetif KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1) Menetapkan Peraturan kelas


Guru perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membantu murid memilih
tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Perkara ini dapat dicapai dengan
menetapkan peraturan bilik darjah yang jelas. Guru dan murid haruslah menetapkan
peraturan bilik darjah yang dipersetujui pada awal tahun. Contohnya, salah satu
peraturannya adalah setiap pelajar wajib membawa buku teks bagi matapelajaran
sejarah dan sesiapa yang tidak membawanya akan didenda untuk berdiri sepanjang
waktu pelajaran tersebut.

2) Menentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah


Berdasarkan peraturan bilik darjah yang telah ditentukan, guru perlu melaksanakan
hukuman sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi tanpa mengira tahap
pencapaian akademik pelajar tersebut. Contohnya, terdapat pelajar yang telah
melanggar salah satu peraturan iaitu tidak membawa buku teks sejarah semasa
waktu matapelajaran tersebut maka guru akan menghukum pelajar tersebut untuk
berdiri sepanjang waktu matapelajaran sejarah tersebut berlangsung. Dengan cara

12
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

ini, pelajar tersebut akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Dalam masa yang sama pelajar lain juga akan sentiasa beringat supaya
mereka tidak mengulangi kesalahan pelajar yang didenda tadi.

3) Jangan terus menghukum sekiranya teknik perbincangan dapat meredakan


ketegangan
Guru juga boleh menggunakan peneguhan negatif terhadap pelajar yang tidak
mematuhi peraturan bilik darjah yang ditetapkan. Contohnya, kerja rumah yang
diberikan perlu dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan dan sesiapa yang
tidak menghantar akan diberikan markah kosong. Didapati ada beberapa orang
pelajar yang masih tidak menghantar tugasan tersebut dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Guru boleh memberikan peringatan atau amaran terlebih dahulu. Namun
begitu, sekiranya mereka masih tidak menghantarnya setelah diberikan amaran
maka mereka akan di bawa berjumpa guru besar/guru disiplin sepertimana yang
telah ditetapkan. Dengan cara ini, pelajar akan sedaya-upaya untuk mengelakkan hal
tersebut berlaku dan berusaha untuk menyiapkan dan menghantar tugasan tersebut
bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku ke atas diri mereka.

4) Menentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai seperti peneguhan
positif atau mempertimbangkan ganjaran kumpulan.
Model asertif ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diiginkan dan
penerimaaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila
murid mematuhi peraturan yang ditetapkan, guru boleh memberikan peneguhan
positif seperti pujian, penghargaan atau ganjaran. Contohnya, apabila murid-murid
menghantar kerja rumah yang diberikan tepat pada masa yang ditetapkan guru boleh
memberikan peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada
mereka. Dengan cara ini murid tersebut akan sentiasa mengamalkan tingkah laku
baik tersebut di masa akan datang kerana adanya tindak balas yang positif dan
penghargaan dari guru di atas kepatuhan tersebut. Keadaan ini juga secara tidak
langsung memberikan peneguhan positif juga kepada murid-murid yang sering tidak
menghantar kerja rumah untuk berubah sikap dengan mematuhi peraturan tersebut
untuk mendapat pujian atau hadiah yang diberikan oleh guru.

11.6.4 Aktiviti Pengajaran Berasaskan Model Disiplin


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

 Seorang guru perlu menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin
bilik darjah.

 Guru perlu membina hubungan yang positif dengan murid dan boleh memupuk tingkah
laku yang sesuai dalam bilik darjah. Contohnya, Guru juga boleh mengatakan ‘bagus’
atau menunjukkan isyarat tangan ‘thumbs up’ kepada murid tersebut. Tindakan itu
berupa semangat kepada murid- murid agar terus melibatkan diri secara aktif di kelas.

 Guru juga perlu mendengar dengan teliti dan menghormati penjelasan murid serta
melayani setiap individu dengan adil supaya guru dapat mengetahui apa yang diingini
daripada murid.

 Semasa menyampaikan pengajaran, guru perlu beri arahan yang jelas, tegas dan
ringkas bagi mengelakkan kekeliruan arahan berlaku pada murid.

 Guru mestilah menunjukkan cara peraturan dilaksanakan dan menerangkan mengapa

13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

peraturan tersebut ditetapkan. Sebagai contoh, apabila guru sedang bercakap murid
perlu diam kerana apabila murid bercakap arahan akan menjadi tidak jelas dan
mengakibatkan murid mengahadapi masalah untuk melakukan latihan yang diberikan.

 Guru juga mesti menerangkan tindakan yang guru akan lakukan sekiranya murid
melanggar peraturan tersebut.

 Bagi murid sekolah rendah, teguran boleh dilakukan secara langsung supaya dapat
diberikan pengajaran kepada mereka. Manakala, teguran secara individu boleh dibuat
terhadap pelajar sekolah menengah kerana mereka boleh berfikir secara matang dan
rasional. Sebagai contoh peneguhan negatif merujuk kepada rangsangan berbentuk
teguran atau pengurangan terhadap keistimewaan yang diberi. Contohnya, guru
mengajar semula di kelas kerana murid-murid membuat bising dan bermain apabila guru
menyuruh mereka membuat kerja sendiri. Dalam menangani masalah murid kurang
tumpuan, peneguhan negatif wajar diberikan. Sebagai contoh dalam situasi guru sedang
mengajar manakala murid leka makan di belakang. Guru boleh merampas makanan
tersebut untuk mengembalikan fokus murid tersebut kepada pengajaran guru.

11.7 MASALAH DALAM PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN

Perkara Penjelasan Contoh


Pelajar Gifted merupakan aset yang Contohnya seperti ingin
penting kepada negara maka cara melakukan sesuatu dengan
dan kaedah yang betul amat penting sempurna, terlalu sensetif,
untuk memperkembangkan potensi mengalami sensori
dan bakat mereka. Masalah yang overexcitability dan gemar
dihadapi adalah pengajaran guru mengasingkan diri dari interaksi
yang tidak mencabar pemikiran sosial. Sekiranya proses P&P
mereka mungkin akan menimbulkan tidak sesuai dengan kemampuan
rasa jemu dan minat belajar. Pelajar mereka ini akan menimbulkan
gifted mudah mengalami perasaan jemu, rasa malas dan
kekecewaan sekiranya mereka tidak hilang minat terhadap pelajaran.
mendapat galakan dan ransangan Seterusnya menyebabkan
yang mencabar dalam bilik darjah perkembangan potensi intelek
seterusnya memberikan kesan yang yang optimum terhalang.
gifted negatif kepada konsep kendiri dan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

menyebabkan mereka tidak dapat


memperkembangkan potensi diri
mereka. Pelajar gifted juga sering
menghadapi kerentanan kepada
sosio emosi. Pelajar gifted ini
mempunyai persepsi bahawa
mereka disukai atau disayangi
kerana kelebihan yang dimiliki maka
tidak akan membenarkan diri
mereka gagal atau membuat
kesilapan yang mana ini akan
menyebabkan mereka tertekan dan
mudah rasa tiada nilai diri.

Pelajar melawan dan tidak Intensiti gangguan terhadap


disruptive
menghormati guru, membaca persekitaran pengajaran dan

14
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

bahan-bahan lain, membuat bising pembelajaran mempunyai


atau bergerak bebas di dalam bilik perkaitan dengan jenis
darjah, tidak membuat kerja seperti kekerapan dan tempoh berlaku
yang diarahkan, ponteng kelas dan tingkah laku tersebut. Selain itu,
lewat masuk ke kelas. ia juga mempengaruhi
keselamatan psikologi para
pelajar, kesediaan mereka untuk
belajar, dan tingkah laku masa
depan mereka

Merupakan komunikasi utama yang Masalah gangguan atau


penting dalam P&P melibatkan halangan dalam komunikasi
aspek lisan seperti intonasi suara, antara pelajar dengan guru juga
kejelasan sebutan dan kelancaran berlaku mungkin disebabkan
guru dalam menyampaikan suasana kelas yang bising
pengajaran. Masalah yang sering menyebabkan pelajar sukar
terjadi dalam kominkasi lisan adalah mendengar pelajaran yang
kesukaran guru menjelaskan disampaikan.
lisan
sesuatu maklumat pelajaran. Selain
itu kelancaran dalam menyampaikan
pengajaran juga terbatas kerana
kekurangan kepelbagaian sumber
hanya menggunakan buku teks dan
intonasi suara juga senada, tidak
lantang serta tidak menarik.

Komunikasi non verbal atau bukan Contoh komunikasi non verbal


lisan pula merangkumi ekspresi sentuhan ini seperti memberikan
muka, kontak mata dan sentuhan. senyuman kepada tingkah laku
Masalah dalam pembelajaran yang baik, menepuk pelajar
komunikasi ini adalah tidak sebagai tanda penghargaan dan
menunjukkan ekspresi wajah yang lain-lain yang bersesuaian.
bersungguh-sungguh dalam Antara komunikasi non verbal
menyampaikan maklumat yang boleh di amalkan adalah
penting/menggambarkan sesuatu seperti guru sentiasa
perkara. Guru perlu bijak dan mempelbagaikan intonasi suara,
menggunakan aplikasi Bahasa berjalan ke depan dan ke
badan dengan apa yang sedang belakang kelas dan membuat
disampaikan supaya mesej yang kontak mata dengan pelajar
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

ingin disampaikan dapat difahami sesuai dengan pengajaran yang


non verbal dan diterima oleh pelajar. Dari segi sedang dijalankan.
hubungan mata kebiasaannya guru
dapat melakukannya dengan baik. Persekitaran bilik darjah yang
Manakala dari segi sentuhan masih tidak terurus, kerusi meja yang
kurang. Keupayaan mengaplikasi banyak dan nampak berselerak,
kominikasi non verbal ini dapat cahaya yang tidak mencukupi,
memberikan keseronokan, panas, bekalan elektrik tidak ada
kesungguhan dalam belajar dan atau sudah tidak berfungsi
mengekalkan momentum minat menimbulkan ketidakselesaan
pelajar untuk terus mengikuti kepada pelajar menyebabkan
pelajaran. mereka gelisah, tidak dapat
fokus seterusnya membawa
kepada masalah pembelajaran.

Suasana bilik darjah yang terlalu

15
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

padat kerana bilangan murid


yang ramai akan menimbulkan
kesesakan dan ketidakselasaan
kepada pelajar dan guru semasa
P&P terutamanya jika ada aktiviti
berkumpulan atau yang
memerlukan pergerakan.

Memberi motivasi atau dorongan Guru juga perlu bijak dalam


kepada pelajar supaya fokus mengendalikan psikologi
didalam kelas pelajarnya. Setiap pelajar
memerlukan dorongan dalam
apa jua yang dilakukan. Guru
boleh memberikan ganjaran atau
peneguhan positif jika murid
insentif
melibatkan diri secara aktif
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ganjaran yang
mudah mungkin berbentuk gula
– gula, hadiah seperti pensel,
pembaris atau buku nota

11.8 PENUTUP

Guru memainkan peranan yang penting dalam memberikan bimbingan kepada pelajar
bukan sahaja dari segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dari segi
pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang diinginkan. Seperti kita tahu di dalam
sesebuah kelas pasti terdiri daripada pelbagai jenis pelajar yang berbeza dalam
pelbagai aspek. Guru perlu cakna dan ambil tahu tentang perbezaan ini agar proses
p&p dan pengurusan bilik darjah dapat berjalan dengan lebih berkesan. Dalam
pengurusan disiplin dalam bilik darjah dapat dipraktikkan dengan memberi
peneguhan kepada pelajar samada dalam bentuk peneguhan positif atau peneguhan
negatif. Peneguhan positif terdiri daripada memberi ganjaran, pujian, hadiah untuk
hasil kerja pelajar dan supaya pelajar mewujudkan tingkah laku yang membina dan
positif serta dikaitkan dengan perasaan kegembiraan. Mengubah tingkah laku dengan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku
yang tidak diingini. Penggunaan peneguhan yang sistematik boleh membentuk
tingkah laku seperti yang dikehendaki. Tingkah laku menjadi kurang atau lemah jika
tidak diikuti dengan pengukuhan. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan
bahawa terdapat berbagai-bagai tingkah laku masalah di kalangan pelajar-pelajar
sekolah rendah dan menengah semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Maka kaedah dan aplikasi pengurusan yang betul dan sesuai perlu
difahami dan dipraktikkan bagi memastikan pelajar sentiasa dapat dibimbing kea rah
tingkah laku yang sewajarnya.

16
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

11.9 GLOSARI

Insentif Dorongan

Peneguhan Pengukuhan

Interaksi Perhubungan aktif antara satu sama lain

Fungsi Satu hubungan khas dengan setiap objek

Pintar cerdas Cekap, pandai dan sempurna akal

Kacau laku Tingkah laku mengganggu

Lisan Secara bertulis

kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suaranya


Lantang

Sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan


Kondusif
sesuatu: dgn penyediaan persekitaran

Refleksi bayangan, gambaran (dlm cermin, fikiran, dll)

Bertutur bercakap, berbicara, berkata-kata

kelopak mata
Pelupuk KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu


Rangsangan
perasaan atau reaksi

Inténsiti-keadaan yg amat sangat (hebat, sungguh-sungguh, mendalam,


Intensiti
dsb), keamatan

Lembab lambat berfikir; tidak cekap atau tidak cergas (bkn fikiran); lembam

17
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

11.10 BIBLIOGRAFI

Senaraikan Sekurang-kurangnya 5 rujukan buku dan 3 rujukan artikel mengikut format APA.

1. Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang: Bentong Pts
Publication & Distributors Sdn Bhd. Disiplin Asertif (2010). Dicapai pada 20/12/2010 dari
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif

2. Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Nota PISMP: Disiplin
asertif. Dicapai pada 20/12/2011 dari http://notapismp.blogspot.com/2010/05/disiplin
asertif.

3. Merapatkan jurang pendidikan. (2007). Dicapai pada 20/01/2012 dari


http://www.bppt.com.my/resources/download.php?id… Modifikasi tingkah laku.
Dicapai pada 15/01/2012 dari
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=modifikasi%20tingkah%20laku&source=we
b&cd=2&sqi=2&ved=0CC8QFjAB&url=http%3A%2F%2Fmysalawati.21classes.com%2F
pub%2Fmysalawati%2Ftingkahlaku_bermasalah.doc&ei=oZU

4. NordinTahir. (2011). Modifikasi tingkah laku. Dicapai pada 15/01/2012 dari


http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/moditifikasi-tingkahlaku-
kpli.pdf

5. Perkembangan fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak cerdas pintar. (2010). Dicapai
pada 23/01/2012 dari
http://www.fskpm.upsi.edu.my/…/strategi_pengajaran_dan_pembelajaran.php

6. Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka. (2010). Dicapai pada 22/01/2012
dari http://www. freewebs.com/truesenfa/bab1.htm/

7. Topik 7: Pengurusan bilik darjah. Dicapai pada 15/01/2012 dari


http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=modifikasi%20tingkah%20laku&source=we
b&cd=7&ved=0CFoQFjAG&url=http%3A%2F%2Fwww.freewebs.com%2Foum1%2FBilik
Darjah.ppt&ei=N

8. Jones,F.(1987). Positives classroom discipline. New York,NY.McGraw- Hill Book


Company.

9. Jones, F. (2000). Tools for teaching. Retrieved from http://www.fredjones.com/Tools-for-


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Teaching/bellwork.html

10. Ismail, M.J.,Hamuzan, H.A., & Maarof, N.H. (2021). Meneroka tingkah laku unik pelajar
pintar cerdas berbakat akademik. Malaysian Journal of Learning and Instruction,
18(2),301-328. https://doi.org/10.32890/mjli2021.18.2.11

11. Levin, J. & Nolan, J. (2010). Principles of classroom management a professional


decision-making model. Upper Saddle, NJ: Pearson Education, Inc.
http://www.youtube.com/watch?v=Ajcb4bwZQnE

12. Annur Alshaari.Isu dan Masalah di kalangan kanak-kanak pintar cerdas. Diakses pada
16.07.2022 di web
https://www.academia.edu/36288649/KEY_ISSUES_AND_PROBLEMS_IN_GIFTED_C
HILDREN_ISU_DAN_MASALAH_DI_KALANGAN_KANAK-KANAK_PINTAR_CERDAS

18
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

11.11 LATIHAN

OBJEKTIF

1. Antara berikut adalah ciri-ciri pelajar gifted KECUALI..


A. Keupayaan mental am yang luar biasa (superior)
B. Suka mencari perhatian berlebihan
C. Pencapaian kreatif tinggi
D. Dorongan belajar yang berbeza

“menekankan tentang hak guru dan murid dalam


pengurusan bilik darjah”

2. Apakah model disiplin yang dimaksudkan?


A. Model Asertif
B. Model Disiplin Jones
C.Model disiplin skinner
D. Model disiplin akibat logical dreikurs

3. Pernyataan dibawah merujuk kepada…

“melibatkan aspek seperti intonasi suara,


kejelasan sebutan dan kelancaran guru
dalam menyampaikan pengajaran”

A. Kemahiran bertutur
B. Non Verbal
C. Proses PdP
D. Komunikasi Lisan

4. Manakah antara berikut yang benar dalam proses pengurusan bilik darjah?
A. Pilih & guna strategi pengurusan >analisis suasana >entukan suasana bilik
darjah yang dinginkan > pantau & nilai keberkesanan pengurusan
B. Pilih & guna staretegi pengurusan > nilai kebersanan pengurusan > Analisis
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Suasana > tentukan suasana bilik darjah


C. Tentukan suasana bilik darjah yang diiginkan > analisis suasana bilk darjah
Semasa > pilih & guna strategi pengurusan > pantau & nilai keberkesanan
pengurusan
D.Tentukan suasana bilik darjah yang diinginkan > Pilih &guna strategi pengurusan >
Analisis suasana > pantau &nilai keberkesanan pengurusan

5. Yang manakan adalah komponen lisan yang utama?


A. Kemahiran bertutur dan Kemahiran menyampaikan
B. Kemahiran mendengar dan Kemahiran bertutur
C. Kemahiran mendengar dan Kemahiran melihar
D. Kemahiran Menulis dan Kemahiran mendengar

19
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SOALAN LATIHAN ESEI

1)Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah?

Jawapan
Menurut Albert & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai
kemahiran guru yang boleh menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan
tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Hal ini
bermakna pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada
kawalan bilik darjah dan peraturan semata-mata. Kejayaan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah bergantung kepada cara guru mengurus murid dan bilik darjah. Pada
pendapat saya dalam rajah di atas saya dapat lihat bahawa persekitaran pembelajaran tidak
kondusif dan tidak diurus dengan baik. Seterusnya saya juga dapat lihat bahawa komunikasi
antara guru dan murid-murid tidak berhala. Murid-murid tidak mahu mendengar arahan guru
dan guru tidak dapat memahami apa yang murid mahu. Guru juga tidak dapat mengawal
murid-murid. Oleh sebab itu, muri-murid tidak belajar dalam kelas malah bermain di
sekeliling bilik darjah.
Peranan guru sangat penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Peranan
pertamanya ialah guru perlu memastikan persekitaran pembelajaran di bilik darjah kondusif
iaitu tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian
dalam pembelajaran. Guru mesti mengingati bahawa persekitaran yang sihat selalu
mendorong murid untuk minat belajar dan dapat mengurus kelas dengan baik. Selain itu,
guru mesti memastikan persekitaran fizikal kelas yang boleh menyumbang kepada
pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid.
Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu menyeronokkan pengalam pembelajaran murid.
Guru tersebut perlu memastikan susunan dan reka bentuk fizikal bilik darjah, sumber bahan
pembelajaran yang terdapat dalam kelas, tempat ruang, beri perhatian kepada
pencahayaan, pengudaran, perabot dan akhirnya guru perlu memastikan bahawa kelas
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

tersebut sentiasa dalam keadaan bersih. Di samping itu, persekitaran psikososial amat
penting untuk murid-murid tersebut. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran
psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan dan, bentuk
komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan oleh guru di dalam bilik darjah. Guru perlu
mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran murid
yang berbeza. Seterusnya, guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang memberikan
peluang kepada murid- muridnya menggunakan gaya pembelajaran tersendiri dan apa yang
sangat penting ialah guru perlu mengamalkan amalan demokrasi yang selalu berbincang
dengan murid, memberikan murid peluang bersuara, mendengar pandangan mereka serta
memberikan peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan dengan sendiri.

20
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Peraturan dan rutin melicinkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah jika murid faham
dan mengetahui tanggungjawab mereka masing-masing. Maka, guru tersebut perlu
memastikan peraturan-peraturan yang terdapat dalam jadual kelas ataupun dalam buku
peraturan perlu jelas, ringkas dan penting harus dipaparkan di dalam bilik darjah untuk
pengetahuan murid-murid. Tambahan pula, untuk menyelesaikan ataupun mengawal murid-
murid dalam keadaan huru-hara seperti dalam gambar rajah tersebut, guru perlu menjalin
dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid yang perlu melalui
beberapa proses social yang memerlukan usaha dari guru. Pada mulanya, guru perlu
menarik murid ke dalam pembelajaran dengan sikap mesra dan mudah didekati tetapi tegas
dalam menentukan bata-batas pembelajaran dan memastikan
Justeru itu, guru perlu memastikan penampilan mereka dan bahasa yang guru
menggunakan kepada murid-murid perlulah sopan. Sentiasa menjaga tingkah laku murid di
depan murid-murid kerana sikap guru yang kasar akan dibenci oleh murid-murid. Guru perlu
menunjukkan minat dalam pengajaran supaya murid juga akan minat untuk belajar, sentiasa
ceria dan tenang dan mengambil berat tentang murid. Selain daripada itu, guru perlu
mengingati nama murid dan memnaggil dengan nama masing-masing. Sebagai seorang
guru, perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari
hari pertama persekolahan. Hal ini juga dapat menolong guru dapat mengawal tingkah laku
murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku boleh memanggil nama murid dan
menegurnya. Selain itu, guru itu perlu menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah.
Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid membangkitkan motivasi
intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menanamkan sifat
kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama, misalnya
mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Rasa kepunyaan
terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan membangkitkan
semangat setikawan dan kepunyaan antara murid-murid dan guru-murid. Tambahan pula,
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab


melibatkan kelas dan p$p merupakan salah satu strategi untuk membina hubungan antara
guru-murid. Beri peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga
kesejahteraan kelas. Murid-murid akan berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik
darjah tersebut.
Pengurusan disiplin bilik darjah ini juga boleh diterangkan sebagai idea bagaimana
guru mengawal murid untuk bertingkah laku positif agar pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar. Fokus utama pengurusan disiplin bilik darjah adalah untuk memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar selaras dengan pendapat Jacob Kounin
(1970) yang mana beliau menyatakan bahawa pengurusan disiplin bilik darjah yang teratur
bergantung kepada kemahiran guru menangani masalah daripada berlaku dan bukannya

21
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

bagaimana guru menyelesaikan masalah yang berlaku. Selain itu, menurut model disiplin
asertif canter guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan- peraturan di dalam bilik
darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Guru itu
perlu menjadi seorang guru yang asertif yang jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan
tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat
dan berlaku adil kepada semua murid. Seterusnya, guru assertif mengenakan tindakan
pembetulan ke atas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang, konsisten iaitu tindakan
yang sama yang dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh mana-mana
murid, apabila murid telah menunjukkan tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan,
berikan peluang untuk murid untuk meluahkan perasaan dan guru perlu mempunyai cara
komunikasi yang berkesan dalam menangani salah laku murid. Lagi lagi pula, guru perlu
mendekati murid-murid ini dan cuba dapatkan kepercayaan mereka terhadap guru, berikan
perhatian dan keperluan yang diperlukan oleh murid-murid ini yang tidak didapati sebelum
ini dan cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih kerap dengan murid-murid yang
sukar ini.
Secara kesimpulan, untuk membuat satu transformasi yang baru dalam kelas tersebut
peranan guru dalam pengurusan bilik darjah sangat penting. Guru mesti menyediakan bilik
darjay yang kondusif untuk murid-murid. Guru juga perlu membina suatu hubungan yang
positif di antara guru dengan murid supaya p&p berjalan dengan lancar dan akhirnya guru
juga perlu menguruskan bilik darjah dengan betul dan menggunkan kaedah yang sesuai
untuk mengawal murid-murid dalam kelas.

2) Terangkan mengenai Model Disiplin Asertif yang boleh diaplikasikan oleh guru-
guru di sekolah.
Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun
1976. Falsafah Model Disiplin Asertif Canter adalah berlandaskan kepentingan pematuhan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

murid untuk membentuk alam belajar yang kondusif serta berkesan untuk pembelajaran.
Selain daripada itu, Model Disiplin Asertif Canter juga berasaskan peneguhan terhadap
tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. Dengan ini, Model Disiplin Asertif Canter adalah sesuai digunakan oleh guru
untuk mengawal tingkah laku yang tidak ingini dalam bilik darjah.
Model Disiplin Asertif Canter mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri. Dalam
model ini, guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di bilik darjah. Guru
juga memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dengan tegas.
Selain daripada itu, model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada
peraturan yang ditetapkan. Dalam Model Disiplin Asertif Canter, guru haruslah tegas dalam
melaksanakan tingkah laku yang betul dan guru harus bertanggungjawab atas tingkah laku

22
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

murid-murid. Sekiranya guru gagal mengawal dan melaksanakan tingkah laku yang betul
terhadap murid, maka guru tersebut dianggap gagal mengawal disiplin murid. Canter juga
menerangkan Disiplin Asertif sebagai pendekatan di mana guru mengendalikan bilik darjah
dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Menurut Canter,
guru dan murid mempunyai hak masing-masing. Guru berhak untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan tanpa gangguan manakala murid berhak untuk
mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur. Selain itu, guru juga berhak
untuk meminta murid menunjukkan sikap yang diingini. Untuk itu, guru perlu mendapatkan
sokongan dan bantuan daripada pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid
apabila diperlukan.
Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter ialah guru mempunyai hak untuk
mengajar secara profesional dan tanpa gangguan manakala murid juga mempunyai
hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang dengan sokongan daripada
guru dan rakan-rakan yang lain. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru
bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid
daripada hak mereka. Untuk itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti
bilik darjah berjalan dengan lancar.
Selain itu, murid-murid juga mempunyai hak untuk mendapatkan guru yang dapat
membantu mengehadkan mereka daripada melakukan tingkah laku yang tidak sesuai.
Murid-murid adalah memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan
persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang
bermanfaat dan sesuai. Untuk mencapai persekitaran pembelajaran yang kondusif ini,
keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang
asertif. Matlamat ini boleh dicapai dengan penetapan dan penguatkuasaan peraturan
tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Guru akan memberikan peneguhan
seperti pujian dan penghargaan sekiranya murid-murid mematuhi peraturan-peraturan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

yang telahditetapkan manakala apabila murid melanggar peraturan, guru akan


mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur. Dengan ini, murid-murid akan mematuhi
peraturan untuk mengelakkan daripada peneguhan yang negatif tersebut.
Seterusnya, guru-guru harus membimbing murid supaya menunjukkan tingkah laku
yang diingini. Guru harus sentiasa memberikan perhatian yang positif kepada murid-murid,
berinteraksi dengan murid-murid yang menunjukkan salah laku serta mewujudkan hubungan
saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Dalam Model Disiplin Asertif Canter, Canter juga menggariskan tiga jenis guru yang
berbeza apabila mereka berdepan dengan murid yang mengalami masalah tingkah
laku. Pertama ialah guru yang agresif. Guru jenis ini garang, kasar, tidak mesra, tidak
bertimbang rasa dan menganggap murid sebagai seteru. Guru seperti ini menunjukkan

23
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

kuasa, menetapkan peraturan dan tidak bertolak ansur dengan murid apabila mengekalkan
dan menguruskan bilik darjah. Murid perlu mengikuti arahan yang guru berikan tanpa
bantahan. Ekspresi muka guru agresif sentiasa serius dan tegas. Mereka selalu
menggunakan arahan-arahan yang tegas seperti “Simpan buku komik dengan serta merta,
jikalau tidak, anda akan menyesal!”. Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan
dan membuat murid berasa terancam dan tidak diperlakukan dengan adil.

Jenis guru yang kedua ialah guru yang tidak asertif. Guru jenis ini menggunakan
pendekatan yang pasif terhadap murid-murid. Mereka gagal membantu murid-murid untuk
membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam mengatasi tingkah
laku murid. Kadang-kala, guru yang tidak asertif ini memarahi murid yang melakukan
tingkah laku yang tidak diingini tetapi pada masa yang lain mereka membenarkan
tingkah laku tersebut ditunjukkan. Guru yang tidak asertif kelihatan kelam-kabut, tidak
konsisten dan tidak tegas sehingga mengakibatkan sesetengah murid tidak menghormati
guru jenis ini. Tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru
dengan jangkaan dan tindakan guru. Guru yang tidak asertif selalu menggunakan fasa-
fasa seperti “sudah berulang kali saya minta anda supaya jangan bercakap dengan
rakan-rakan, dan anda masih berbuat demikian, sila berhenti”. Kadang-kala mereka
akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid.

Jenis guru yang ketiga ialah guru yang asertif. Guru jenis ini jelas dengan matlamat
pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Mereka membimbing murid-
murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dan mereka membentuk satu
sistem pengurusan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama dengan murid-murid.
Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua
murid. Guru seperti ini tahu apa yang diingini daripada murid-muridnya dan menyatakan
dengan jelas tingkah laku murid yang diingini serta perasaan mereka terhadap tingkah
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

laku murid. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk
tingkah laku yang menyusahkan dan menyumbang ke arah kegagalan. Guru asertif tidak
membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas dan mereka sentiasa memberikan
arahan dengan jelas dan tegas. Sebagai contoh, “Hassan, ini adalah amaran atas
perbuatan anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,
jikalau tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di sudut bacaan nanti.”
Pada pendapat Canter, guru jenis asertif merupakan pendekatan yang paling
baik. Sebenarnya, setiap jenis guru yang dinyatakan di atas ini akan memberikan kesan
kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Yang pertama, guru yang agresif
akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan. Murid juga akan berasa

24
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

takut dan terancam. Yang kedua, guru yang tidak asertif tidak dapat memenuhi keperluan
murid dan akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam
bilik darjah. Hal ini demikian kerana mereka kadang-kala bertindak tegas dan kadang-
kala membiarkan sahaja tingkah laku yang tidak diingini berlaku di dalam bilik darjah. Yang
ketiga, guru jenis asertif dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang
tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid kerana mereka sentiasa
menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid untuk melakukan tingkah laku yang
diingini.

Dalam Model Disiplin Asertif Canter, Canter juga mencadangkan beberapa cara
bagi pengurusan disiplin dengan asertif. Pertama sekali, guru boleh membuat
perancangan disiplin seperti peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah
laku. Yang kedua, pengiktirafan kepada tingkah laku murid perlu digunakan selalu untuk
meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan murid. Yang ketiga, tindakan pembetulan
hendak dikenakan kepada murid yang melakukan salah laku dan murid tersebut perlu
diberitahu kenapa tingkah laku yang ditunjukkan itu tidak sesuai dan mencanggah
peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan pembetulan tersebut boleh dibuat mengikut
Hierarki Tindakan Pembetulan Canter. Dalam Tindakan Pembetulan Canter, setiap tindakan
pembetulan atau akibatnya akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.
Contohnya, apabila murid melanggar peraturan pada kali pertama, murid tersebut akan
diberi amaran. Sekiranya murid itu melanggar peraturan pada kali kedua, maka dia
akan didenda lima minit di Sudut Senyap. Apabila murid itu melanggar peraturan pada kali
ketiga, dia akan didenda sepuluh minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku.
Apabila murid melanggar peraturan pada kali keempat, dia akan didenda lima belas minit di
Sudut Senyap, menulis Jurnal Tingkahlaku dan ibu bapanya akan dihubungi. Jika murid itu
masih melanggar peraturan pada kali kelima, maka dia akan terus dibawa berjumpa
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

dengan guru besar untuk tindakan selanjutnya.


Oleh yang demikian, guru bukan sahaja perlu banyak bersabar malah perlulah bijak
dalam membimbing murid agar berkelakuan baik supaya murid tidaklah mematuhi peraturan
semata-mata bagi mengelak dikenakan tindakan disiplin. Sebaliknya hukuman yang
diberikan adalah sebagai satu cara untuk mendidik dan mendisiplinkan mereka untuk
menjadi manusia yang berguna.

25

Anda mungkin juga menyukai